Transcript
Page 1: folio sejarah wau powerpoint

WAU : PERMAINAN TRADISIONALWAU : PERMAINAN TRADISIONAL

RAKYAT MALAYSIA SEPANJANG ZAMAN

Page 2: folio sejarah wau powerpoint

PENDAHULUANPENDAHULUAN

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.

Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Page 3: folio sejarah wau powerpoint

KandunganKandungan

1. Latar Belakang / Sejarah Wau 1. Latar Belakang / Sejarah Wau

2. Bahagian Perincian Wau 2. Bahagian Perincian Wau

3. Pembuatan Wau 3. Pembuatan Wau

4. Jenis-jenis Koleksi Wau4. Jenis-jenis Koleksi Wau

Page 4: folio sejarah wau powerpoint

Latar Belakang Wau Latar Belakang Wau Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan

“wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Page 5: folio sejarah wau powerpoint

Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-Wau Bulan juga boleh didapati daripada :-

I) Seni Pertukangan : Filigree

Seni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi jiwa pencipta itu sendiri.

Page 6: folio sejarah wau powerpoint

Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.

Tarian Siti Wau BulanAsal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan seruling

Page 7: folio sejarah wau powerpoint

Dikir BaratSelain daripada permainan wau, wau juga turut dinyanyikan dalam Dikir Barat. Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud di kalangan masyarakat biasa di kampung-kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang Karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas-balas pantun dan diikuti oleh awak-awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Antara lagu Dikir Barat yang terkenal ialah :-

1. Karut Selampit

2. Karut Menora

3. Karut Jenaka Mak Yong

4. Karut Wau Bulan

Page 8: folio sejarah wau powerpoint

Contoh Lirik Lagu Wau Bulan Dalam Dikir BaratIn Formal Malay (Translation in Brackets)

Eh Wau Bulan 2X

(“Wau Bulan” is a specially shaped kite)

Wau Bulan teraju tiga

(“Teraju Tiga” describes the 3 strings attached to the body of the kite, joined to a single string for flying)

Ini malam sama-sama

(Tonight, all of us together)

Sama-sama bersuka-ria

(Together, we all have a good time)

Page 9: folio sejarah wau powerpoint

Sejarah Wau MalaysiaSejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Page 10: folio sejarah wau powerpoint

Mitos Permainan WauMitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Page 11: folio sejarah wau powerpoint

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Page 12: folio sejarah wau powerpoint

Bahagian Perincian WauBahagian Perincian Wau Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau

tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.

Page 13: folio sejarah wau powerpoint

Kepala Wau

Belalai dan Jambul

Torek atau pinggang

Ekor Wau

Sayap

Busur atau Dengung

Bahagian Utama WauBahagian Utama Wau

Page 14: folio sejarah wau powerpoint

Teknik Pembuatan Wau TradisionalTeknik Pembuatan Wau Tradisional

Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau.

Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.

Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Page 15: folio sejarah wau powerpoint

Petua dan Pantang Larang Pemilihan BuluhPetua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh 1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang,

bukan di dalam semak atau dusun. 2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah

rumpun. 3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana

buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.

4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.

5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.

6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.

Page 16: folio sejarah wau powerpoint

7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu

8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.

9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.

Penyimpanan Buluh

Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia.

Page 17: folio sejarah wau powerpoint

Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.

2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.

3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Page 18: folio sejarah wau powerpoint

Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.

Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :- 1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter

dengan kadar lembut dan sederhana keras. 2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga

1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.

3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter

Meraut BuluhMeraut Buluh

Page 19: folio sejarah wau powerpoint

4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.

Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai

Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.

Page 20: folio sejarah wau powerpoint

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau

1.Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.

2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu

3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang

4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.

5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap

Page 21: folio sejarah wau powerpoint

6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.

7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.

Page 22: folio sejarah wau powerpoint

Proses Memasang Tanah WauProses Memasang Tanah Wau Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas

yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai. 2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil

dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai. 2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil

dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.

3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.

4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.

Page 23: folio sejarah wau powerpoint

Mengukur, Melukis dan Menyobek CorakMengukur, Melukis dan Menyobek Corak Ukiran lukisan pada badan wau adalah

antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.

2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.

3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.

Page 24: folio sejarah wau powerpoint

4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.

Page 25: folio sejarah wau powerpoint

6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.

Page 26: folio sejarah wau powerpoint

Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau RambuProses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu

Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.

Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu

Proses Membuat Serta Memasang BelalaiProses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau

Page 27: folio sejarah wau powerpoint

Proses Membuat Serta Memasang BusurProses Membuat Serta Memasang BusurFungsi utama busur ialah untuk mengeluarkan bunyi semasa wau diterbangkan. Terdiri daripada empat komponen iaitu ‘bok’, daun ibus, inas dan buluh penyepit.

1. Potong kepingan buluh dengan ukuran separuh daripada panjang sayap wau.

2. Raut kepingan tersebut, belah daun ibus yang sudah dikeringkan ikut kesesuaian bunyi yang dikehendaki.

4. Untuk membuat inas, buluh cina sesuai digunakan dan dipotong sepanjang dua sentimeter dan ditebuk di bahagian tengahnya sebesar saiz busur.

5. Setelah ketiga-tiga komponen dicantumkan, lekatkan busur tersebut pada kepala wau dengan menggunakan buluh penyepit dan kemudiannya diikat menggunakan benang nilon.

Page 28: folio sejarah wau powerpoint

Jenis Koleksi Wau TradisionalJenis Koleksi Wau Tradisional

Wau Bulan Wau Jala Budi

Wau Merak

Wau Kucing

Page 29: folio sejarah wau powerpoint

Wau Boleh Diperolehi dari :-

Pelbagai jenis dan bentuk wau seperti Wau Bulan (yang paling terkenal), boleh didapati di kedai Wau Tradisi, Kuala Lumpur. (M51, Tel. : 03-22741906). Harga setiap wau dari RM198 (US$52) hingga RM500 (US$132)

Page 30: folio sejarah wau powerpoint

KesimpulanKesimpulan Wau tradisional mempunyai keunikannya

yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.

Page 31: folio sejarah wau powerpoint

Rujukan

“Brief History of the Kite.” http://www.kiteman.co.uk/KiteHistoryBothPages.html. 12 Oct. 2004

“Dikir Barat”. http://www.e-genius.com.my/sukan_kebudayaan03.html. 22 Dec. 2004

“Ekite model.” eKITE Website. http://www.e-kite.wakaf.net. 7 Oct. 2004

“Filigree.” www.kraftangan.gov.my/maklumatkraf.html#filigree. 22 Dec. 2004

“Kedai Wau.” http://www.smarttravelasia.com/klshop.html. 15 Dec. 2004

“Kites In Malaysia, kites in Penang.” Discovery Kites. http://www.discovery-kites.com/. 5 Oct. 2004

“Malaysian Kite Festival Pasir Gudang 6th Internatioal Kite”. Pasir Gudang Kite Festival Malaysia 2001. http://www.bhc.com/malaysia2001/. 2 Oct. 2004.

“Malaysia’s Independent Kiting Portal.” http://www.kites.org/malaysia. 11 Oct. 2004

“SkyDancer Sports Kites.” http://www.skydancer-kites.com. 7 Oct. 2004

“Traditional Kite Plans.” Kite Building Plans. KiteBuilder.com. http://nordnet.fr/~amoreaux/cv/waubu.htm. 15 Oct. 2004.

“Wau.” http://tourmalaysia.tripod.com/wau.htm. 12 Oct. 2004

Page 32: folio sejarah wau powerpoint

“Wau, gendang, gamelan (Terengganu)”. Selangor : Pustaka Murni, 2003.

J 394.309595122 Wa

“Wau Sebagai Perhiasan.” http://www.cybermelayu.com/newriang/. 15 Dec. 2004

“World Sport Kite Campionships Langkawi, Malaysia.” http:// www.aka.kite.org. 6 Oct. 2004

“WOW!!! Wau!.” http://www.usu.edu/~masa/selection.html. 12 Oct. 2004

Fieda. “Permainan Wau”. Petaling Jaya : Oak Enterprise, 2003. J796.109595 Fi

Maznan Noordin. “Wau”. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992. YF Maz

Mohd Nazri Ahmad.“Wau Dan Seni Tekat”. Selangor : Pustaka Mawar, 2000.

Wan Basiron Wan Ahmad. “Wau Tradisional Malaysia = Traditional Kites of Malaysia.” Pasir Gudang : Muzium Layang-layang, 2002. R 796.1589595 Wa

Rujukan

Page 33: folio sejarah wau powerpoint

Top Related