Transcript
Page 1: FOLIO SEJARAH TING3,2009

Bangunan bersejarah

Di negara kita:Bangunan kereta api

Tanah melayu(KTMB)

Page 2: FOLIO SEJARAH TING3,2009

SENARAI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

OBJEKTIF KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN-Sejarah KTMB-lokasi KTMB-Keistimewaan KTMB

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Page 3: FOLIO SEJARAH TING3,2009

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada:

(a) Guru matapelajaran sejarah saya iaitu, Pn. Rudiana binti Ramli. Kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja kursus sejarah ini.

(b) Puan pengetua, Pn. Alluwiyah binti Othman kerana telah memberi kebenaran untuk membuat kerja kursus ini.

(c) Ibu bapa saya, Yazid b. Othman dan Zainun binti Abu Bakar kerana telah memberi kos untuk membuat kerja kursus ini.

(d) Rakan-rakan saya yang membantu mencari maklumat tentang bangunan kereta api tanah melayu(KTMB).

Page 4: FOLIO SEJARAH TING3,2009

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian keatas bangunan kerata api tanah melayu adalah untuk memenuhi objektif berikut:

(a) Kajian ini secara amnya adalah untuk mengenal pasti sumber-sumberyang sahih. Ini dapat membantu saya kajian ilmiah dengan tatacara yang betul dan tepat.

(b) Dapat menambahkan pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah yang ada di malaysia. Bukan itu sahaja, ini dapat menyedarkan betapa pentingnya bangunan bersejarah di Malaysia.

(c) Dapat mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku semasa perang di tanah melayu. Sejarah yang berlaku ke atas bangunan tersebut.

(d) Saya juga dapat menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya dan generasi muda masa kini.

Page 5: FOLIO SEJARAH TING3,2009

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang saya gunakan ialah:

(a) TEMU BUAL-Saya telah menemubual orang sumber yang mempunyai pengetahuan serba sedikit tentang bangunan kereta api tanah melayu(KTMB).

(b) BUKU ILMIAH -Saya telah mengkaji sebuah buku ilmiah yang bertajuk Kuala Lumpur corporate Capital cultural cornucopia 2004 Arus intelek SDN. BHD. Buku ini mempunyai Maklumat yang lengkap tentang KTMB..

(b) KAJIAN DARI INTERNET-Saya melayari internet untuk mencari pelbagai maklumat tentang KTMB http://malaysiana.pnm.my www.wikipedia.com.my//keretaapitanahmelayu www.daftarwarisan.gov.my http://jmm.gov.my http://arkib.gov.my http://braderdm.blogspot.com semua lamanweb ini mempunyai maklumat yang cukup dan padat tentang KTMB.

(c) KAJIAN DI PERPUSTAKAAN -Saya membuat rujukan melalui buku tentang KTMB.

Page 6: FOLIO SEJARAH TING3,2009

HASIL KAJIAN

SEJARAH PENUBUHAN.

Kebanyakkan bangunan lama pentadbiran kerajaan di Bandaraya Kuala Lumpur direkabentuk oleh dua orang arkitek iaitu AC Norman dan AB Hubbock. Seni bina yang diketengahkan oleh dua orang arkitek ini berasaskan kepada seni bina bangunan tradisi Timur Tengah. Salah satu bangunan yang mirip kepada senibina yang dimaksudkan ini ialah Stesen Keretapi Tanah Melayu. Stesen ini berbentuk senibina Moorish, ia telah mula direka oleh AB Hubbock pada tahun 1900 dan hanya siap dibina sepenuhnya pada 1910 oleh pihak pemerintahan kolonial British.

Stesen ini pada asalnya telah dibina semula sebanyak tiga kali. Stesen yang pertama dibina pada tahun 1886 di simpang di antara Klang dan Kuala Lumpur. Stesen ini terletak di sebelah utara bangunan yang ada sekarang iaitu di Goods Yard Station. Stesen tersebut dikenali sebagai Stesen Residensi kerana stesen ini terletak di dalam Residensi British. Bangunan stesen ini dibuat daripada bumbung atap nipah. Dinding pula dibuat daripada kayu dan batu-bata. Hampir keseluruhan bahan binaan bagi bangunan ini dibeli dari England. Bangunan ini digunakan selama enam tahun dan berkembang seiring dengan berkembangnya perdagangan bijih timah yang dijalankan pada masa itu.

Page 7: FOLIO SEJARAH TING3,2009

PENGASAS BANGUNAN DAN UNSUR REKA BENTUK.

KEISTIMEWAAN BANGUNAN.

Bangunan ini diasaskan oleh pereka bangunan iaitu AB Hubbock. Pengarahnya, C.E Spooner selaku pengarah PWD kemudian Pengurus Besar F. M. S Railway dari 1901 – 1909. Reka bentuk bangunan mengambil unsur seni bina Moorish dan Moghul. Terdapat juga unsur-unsur Gothic dan Greek. Kebijaksanaan arkitek ini telah berjaya menggabungkan semua elemen ini menjadikan ianya satu bangunan yang berkarisma dan beridentiti.

Kedudukan dan saiz Chatris telah menjadikan Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi ikon kepada bandaraya di samping Bangunan Sultan Abdul Samad dan Masjid Jamek. Tidak keterlaluan jika dikatakan bangunan ini membangkitkan nostalgia dan suasana alam Arabian Nights kepada pengunjung dan penghuni bandaraya terutama di senja dan subuh hari.

Tampak sekeliling bawah bangunan ini dibarisi oleh arch bermuncuk ala Gothic sebagai pembuka laluan ke dalam bangunan ini. Di tingkat atasnya pula terdapat serambi yang dihuni oleh tiang dan arch yang berunsurkan Greek dan Moorish. Kewujudan serambi ini adalah untuk pengudaraan dan keselesaan penghuni bangunan. AB Hubbock menghabiskan masa di afrika dan mendapat ilham disana.

Tampak Hadapan

Tampak Belakang

Page 8: FOLIO SEJARAH TING3,2009

LOKASI BANGUNAN.

Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur terletak di persimpangan Jalan Bangsar dan Jalan Kuching. Bangunan ini sekarang menempatkan sebuah stesen keretapi, pejabat KTM Berhad dan Hotel Heritage. Jalan Sultan Hisamuddin, Kuala LumpurNo. Lot : 13 & 32. Hakmilik Bangunan : Keretapi Tanah Melayu Berhad / Kerajaan Persekutuan.

Page 9: FOLIO SEJARAH TING3,2009

Peta awal 1895 menunjukkan lokasi awal Stesen Kuala Lumpur yang lama sebelum stesen yang baru (1917)

Page 10: FOLIO SEJARAH TING3,2009

Lokasi Bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad. SEKARANG(2009).

Page 11: FOLIO SEJARAH TING3,2009

Bangunan asal Stesen Kuala Lumpur 1892, manakala stesen yang dikenali sekarang pembinaannya bermula pada 1917.

Stesen Kuala Lumpur awal 1960 (kiri)

Page 12: FOLIO SEJARAH TING3,2009

NAMA LAIN BAGI BANGUNAN KTMB DAN BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA KTMB KALI PETAMA.

Sebelum pembinaan stesen yang dikenali sekarang, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandaraya ini.Stesen Keretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai Stesen Residen kerana berdekatan dengan kediaman Residen British, ia dibina di seberang Kelab Diraja Selangor ke arah barat.

Stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke Klang (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di Semenanjung Melayu dirasmikan pada 22 September 1886.

Stesen kedua, Stesen Jalan Sultan (bahasa Inggeris Sultan Street Station), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak Menara Maybank Hentian Pudurayapada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan keretapi Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, menghubungkan lombong-lombong di Ampang ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelalah kanan bandar ini.

Pemandangan Stesen Sultan Street awal 1950an

Page 13: FOLIO SEJARAH TING3,2009

KOS DAN PERBELANJAAN PEMBINAAN KTMB.

Penyediaan pelan mula dirangka dalam tahun 1913 dan tender dikeluarkan pada 14hb. Mei 1914 dengan anggaran awal sebanyak $508,000 (Dolar Negeri Selat). Pembinaan ditawarkan kepada kontraktor Ang Seng bermula dalam tahun 1914, namun tergendala disebabkan Perang Dunia Pertama (1914-1918). Akhirnya setelah siap dalam bulan November 1917, kos sebenar meningkat hingga mencapai $780,422 (Dolar Negeri Selat).

Setelah siap, senibina Bangunan Baru Pentadbiran Keretapi F.M.S kini dikenali sebagai Bangunan Ibu Pejabat Keretapi (KTMB) dianggap sebagai komplimen kepada Bangunan Stesen Keretapi yang terletak bertentangan jalan sekaligus menggambarkan kemuncak pembangunan sejarah Keretapi di Tanah Melayu.

Page 14: FOLIO SEJARAH TING3,2009

KTMB SEBAGAI TAPAK WARISAN SEJARAH.

Bangunan Ibupejabat KTMB termasuk di dalam SISTEM DAFTAR WARISAN kategori Tapak Warisan Kebudayaan negara

Dalam lipatan sejarah bangunan ini, ia mengalami dua kali kerosakan besar. Pertama bahagian sayap utara musnah terkena bom semasa Perang Dunia Kedua. Kemudian, pada 14 November 1968, bahagian yang sama di tingkat kedua musnah akibat kebakaran.

Sebagai salah satu di antara bangunan terindah rekaan A. B. Hubback , bangunan ini memperlihatkan perkembangan reka bentuk dan nilai estetika melalui kepelbagaian ragam hiasnya seperti penggunaan berulang gerbang besar Gothe dan kecil dengan disulam beranda di tingkat bawah, tingkat satu dan dua, serta tingkap besar dan kubah dengan tiang tegak terpintal entwined column yang terletak di empat penjuru bangunan.

Page 15: FOLIO SEJARAH TING3,2009

PELAN LANTAI KTMB.

Bangunan ini berbentuk linear selari dengan landasan keretapi, sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah stesen keretapi. Serupa dengan kebanyakan bangunan ciptaan zaman kolonial pada masa itu, stesen keretapi dua tingkat ini dikelilingi serambi atas dan bawah di bahagian tampak depan untuk tujuan pengudaraan dan pengedaran aktiviti penghuninya.

Terdapat satu anjung utama di bahagian tengah bangunan yang diapit oleh dua lagi anjung di kiri dan kanannya. Ketiga-tiga anjung ini juga punyai ruang bawah yang membolehkan laluan kenderaan dan pejalan kaki untuk masuk ke stesen. Bangunan ini menempatkan pejabat KTM Berhad dan ruang di sebelah kanan bangunan pula menempatkan Heritage Hotel.

Page 16: FOLIO SEJARAH TING3,2009

RUMUSAN

Selepas saya menjalankan kajian ini,saya bersyukur menjadi rakyat Malaysia atas

keunikan dan kepelbagaian kesenian yang tersendiri yang terdapat di Malaysia.Saya juga

rasa sangat bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang bangunan

bersejarah yang saya pilih iaitu Bangunan Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Selepas kajian dijalankan, saya dapat menghayati peristiwa yang berlaku di sebalik

bangunan tersebut. Ini secara langsung akan memberikan iktibar kepada saya dan juga

orang lain juga agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Saya juga akan lebih

memahami fakta sejarah dengan melihat kesan peninggalan sejarah ini.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan perpaduan Tanah Melayu yang

terdapat dalam pelbagai kaum ini terus berkekalan. Impaknya, masyarakat akan

bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan

bersejarah ini.

Akhir kata marilah sama-sama kita sebagai rakyat Malaysia amnya menjaga segala

harta sejarah yang kita ada sebaik mungkin agar dapat dipertontonkan oleh generasi di

masa hadapan seta dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan oleh Allah

negara yang aman merdeka .

Page 17: FOLIO SEJARAH TING3,2009

LAMPIRAN.

KERETA API YANG TERDAPAT DI KTMB.

YDM4

Class 26 - 6800 @ 27107

Page 18: FOLIO SEJARAH TING3,2009

20 class

Maroon 1970

Page 19: FOLIO SEJARAH TING3,2009

HIASAN DALAMAN.

Page 20: FOLIO SEJARAH TING3,2009

RUJUKAN.

INTERNET: Rujukan dibuat seperti di dalam hasil kajian. http://malaysiana.pnm.my www.wikipedia.com.my//keretaapitanahmelayu www.daftarwarisan.gov.my http://jmm.gov.my http://arkib.gov.my

http://braderdm.blogspot.com

ORANG SUMBER: En.Yazid bin othman, beralamat: no.75, lorong seri mahkota aman 13, taman seri mahkota aman, 26070 Kuantan PAHANG.

BUKU ILMIAH: Kuala Lumpur corporate capital cultural cornucopia 2004 ARUS INTELEK S.D.N B.H.D

Page 21: FOLIO SEJARAH TING3,2009

ELEMEN 3.

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada era ini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan kereta api tanah melayu yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan rakyat tanah Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang. Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.


Top Related