Transcript

SEJARAH

Maktab Rendah Sains MARA Pendang adalah MRSM yang ke 27 dibina di Negara ini. Lokasinya terletak di Mukim Air Putih di Daerah Pendang dengan kedudukan 5 kilometer dari pekan Pendang dan 30 kilolemter dari Bandar Alor Setar. MRSM yang berkeluasan 21.282 hektar atau 52.591 ekar ini dibina oleh Kontraktor Uzaimin Enterprise dengan nilai Ringgit Malaysia 25 juta.

Kerja-kerja pembersihan tapak yang dahulunya dipenuhi dengan tanaman getah dimulakan pada 30 September 1999.Majlis pecah tanah dan perletakan batu asas telah disempurnakan oleh Y. B. Dato Haji Othman Bin Haji Abdul,Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri pada 14 November 1999.Kerja-kerja pembinaan berjaya disiapkan pada 12 April 2001.

MRSM Pendang mempunyai 4 blok akademik dan pentadbiran, 4 blok asrama yang memuatkan bilik pelajar puteri dan bilik pelajar putera dengan kapasiti maksimum 750 orang pelajar. MRSM ini juga dilengkapi dengan 25 bilik darjah, 13 makmal sains, 2 makmal komputer, 1 bilik bitara (makmal induk komputer), 4 bengkel Kemahiran Hidup, Dewan Selera, Dewan Serbaguna, Pusat Sumber

Pembelajaran, Bilik Multimedia, 2 bilik tayangan ,bilik audio video, makmal senireka, makmal reka cipta, dewan kuliah, bilik sakit, cafeteria dan mempunyai kemudahan sukan yang lengkap.

MRSM Pendang juga dilengkapi dengan kuarters untuk staf. Ia terdiri daripada 1 unit rumah Pengetua, 2 unit rumah Penolong Pengetua, 1 unit rumah ketua warden, 8 unit rumah guru dan 5 unit rumah kakitangan. Rumah-rumah warden juga dibina di hujung setiap blok asrama bagi memudahkan urusan dengan pelajar.

MRSM Pendang telah mula beroperasi pada 16 April 2001, dengan pengambilan pelajar perintis seramai 476 orang yang terdiri daripada 281 pelajar tingkatan 4 dan 195 pelajar

tingkatan 1, dengan bilangan tenaga pengajar perintis seramai 34 orang dan staf sokongan yang lain. Pengetua pertama MRSM Pendang ialah Tuan Haji Zakaria Bin Mohd Noor.

Kini tenaga pengajar MRSM Pendang telah meningkat kepada 57 orang guru, yang mana setiap seorang hanya dipertanggungjawabkan untuk mengajar satu subjek sahaja. Manakala kakitangan sokongan seramai 33 orang bagi melancarkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di MRSM Pendang

Roda Bergigi - Setiap gigi mewakili negeri dalam Malaysia dimana MARA memberi perkhidmatannya secara terus dan juga jaringan aktiviti keusahawanan yang diterokai oleh Bumiputera.Mewakili 14 buah negeri di Malaysia.Teleskop dan alatan sains -Melambangkan sains dan teknologi masa kini.berterusan Slogan Berdisplin berilmu dan beramal - Pada logo tersebut mewakili sahsiah terpuji yang diterapkan pada pelajar. Konsep utama MRSM iaitu pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai. Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka beradaHITAM - Sebagai lambang keutuhan dan kekukuhan semangat untuk membantu secara golongan Bumiputera.MERAH -Melambangkan keberanian

Slogan Berdisplin berilmu dan beramal

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana limpah dan kurnianya dapat kita bertemu di laman web MRSM Pendang. Saya dengan penuh hormat dan sukacitanya menjemput tuan/puan melayari laman web ini sebagai satu wahana interaktif mengenai maktab ini dengan lebih dekat lagi.

Sebagai sebuah institusi pendidikan MARA, pastinya maklumat yang dipaparkan dalam laman web MRSM Pendang ini diharapkan dapat memenuhi beberapa objektif berikut, antaranya:-

1) Menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mengenai berita semasa, terkini dan terbaru di MRSM Pendang.

2) Mewujudkan interaksi dan hubungan dua hala khususnya antara pihak sekolah dan ibu bapa.

3) Meningkatkan ilmu pengetahuan yang membolehkan perkongsian dan pertukaran maklumat antar institusi pendidikan MARA seluruh Malaysia.

4) Membudayakan ICT dalam semua bidang terutamanya bidang pendidikan.

5) Mempertingkatakan penggunaan dan penguasaan ICT dalam kalangan guru, pelajar, staf sokongan dan warga MRSM Pendang.

Akhir kata, saya berharap dengan kewujudan laman web ini, warga MRSM dapat memenafaatkan bersama demi mengangkat martabat pendidikan negara ke arah lebih berkualiti dan bagi membolehkan kami memperkasa dan menjayakan program yang dirancang dengan baik dan jayanya.

Sekian,

MRSM Pendang is the Best

Menjadi penyumbang utama dalam menyediakan k-Workers kepada pembangunan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputra yang berdaya maju. Mencapai sasaran sebgai salah satu Institusi Pendidikan Menengah terbaik seluruh Malaysia dalam tempoh 5 tahun

Menjadikan MRSM sebagai salah satu Institusi pendidikan bertaraf dunia dalam tempoh 7 tahun

Menjadikan MRSM sebagai salah satu Institusi pendidikan yang selamat, bersih dan selesa(kondusif) kepada seluruh warga maktab dan para pelanggan khususnya ibubapa setelah sekurang-kurangnya setahun beroperasi.

Menyemai sifat peramah dan penyayang di kalangan guru/kakitangan maktab serta pelajar MRSM bagi mewujudkan suasana harmonis dan kemanusiaan

Memberikan kepuasan sekurang-kurangnya 80 % ibubapa dan para pelanggan serta meningkatkan keyakinan mereka dalam apa jua perkhidmatan yang ditawarkan khususnya dalam bidang pendidikan

MRSM Komited untuk mencapai hasrat melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Sains dan Teknologi melalui komitmen warga kerja yang cemerlang yang mengamalkan budaya kerja cemerlang, kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang terkini serta lengkap, guru yang terlatih dari dalam/ luar negara, melaksanakan program SEM ( School Enrichment Model), Benchmark (Penanda Arasan), Knowledge Management di dalam sistem pendidikan dan pengurusan di MRSM.

1. Melaksanakan dasar dan sistem pendidikan MRSM bagi melahirkan sekurang-kurangnya 90% pelajar-pelajar bumiputra yang berpotensi tinggi dan cemerlang.

2. Mewujudkan 100% kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik di MRSM

3. Mewujudkan sekurang-kurangnya 90% kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik di MRSM

4. Mebangunkan kurikulum dan sekurang-kurangnya 90% program pembangunan yang berorientasikan pelajar secara terancang bagi melahirkan pelajar yang beketrampilan di MRSM5. Melaksanakan sekurang-kurangnya satu penyelidikan dan Pembangunan (R & D)pada setiap semester untuk meningkatkan kualiti pendidikan di MRSM.

6. Menerapkan 100% amalan Pengurusan Strategik dalam pengurusan dan pentadbiran7. Memastikan peraturan perkhidmatan dan arahan 100 % di patuhi oleh semua guru dan kakitangan

Program Pembangunan PengetahuanMenjadikan MRSM sebagai institusi pendidikan cemerlang dalam bidang akademik dengan GPS < 2.0 dan sekurang-kurangnya 20% pelajar mendapat A dalam peperiksaan SPM setiap tahunMemastikan 100% pelajar mendapat sekurang-kurangnya 6A di dalam SPM pada setiap tahunMencapai sasaran setiap subjek seperti yangditetapkan oleh BPL(M)

1. Memberi layanan perkhidmatan kaunter yang bekualiti.2. Bayaran kepada pembekal dibuat dalam masa satu bulan dari tarikh penerimaan bil.

3. Melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan cekap dan berkesan.

4. Memberi perkhidmatan yang cekap dan memuaskan dalam aspek pengurusan asrama, kualiti makanan dan kebajikan pelajar.

5. Melaksanakan langkah-langkah yang perlu dan rapi dalam aspek keselamatan dan kesihatan pelajar.

6. Mematuhi semua polisi, prosedur dan proses yang telah ditetapkan

bahawa pendidikan adalah suatu kewajipan dan komitmen "Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kami percaya yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti dan kerbergunaan manusia kepada diri sendiri, masyarakat dan negara. Kami juga yakin bahawa sekolah yang berkualiti dan cemerlang, sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti, kecemerlangan, penyuburan, pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Di samping itu, setiap pelajar adalah unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan."

Pendidikan sains dan teknologi diketengahkan, ketakwaan dijana dan keusahawanan disemai-Pelajar-pelajar MRSM ini seterusnya dicanai agar menjadi pelajar serba boleh, berjiwa patriotik, kental dan mampu bersaing pada bila-bila masa dan di mana jua mereka berada

PENGETUA

Pengetua

Hj Saari B Sawa

TIMB PENGETUAHeP TIMB PENGETUA HeA

Timb Pengetua HeP

En Arifin B Abu Bakar

Timb Pengetua HeA

En Ab Rahim B Ahmad

TIMB PENGETUA PEN PEGAWAI

KO-KURIKULUM TADBIR KANAN

Pen Peg Tadbir Kanan

Pn Anisah Bt Hj Hashim

Timb Pengetua Ko-Kurikulum

En Ibrahim B Abdullah

KAUNSELOR

Kaunselor

Pn Nor Shakila Bt Rosli

Kaunselor

Pn Azizah Bt Sidiwan

WARDEN

Ketua Warden

En Ashar B Ab Majid

BWP (Badan Wakil Pelajar)

LDP (Lembaga Disiplin Pelajar)

JAB SAINS JAB MATEMATIK

Ketua Jab Matematik

Pn Hamidah Bt Abdullah

Ketua Jab Sains

En Zulfitri B Chik @ Ismail

JAB SAINS SOSIAL JAB BAHASA

Ketua Jab Bahasa

Pn Nik Nur Zarirah Bt Muhd Nur

Ketua Jab Sains Sosial

En Mohd Sokry B Ahmad

KO-KURIKULUM KOPERASI

Penyelaras Ko-Kurikulum

Pn Zurina Bt Che Mat

Penyelaras Koperasi

Cik Noorisza Bt Ishak

PUM Kakitangan Sokongan

K/Tangan Sokongan

Penyelaras PUM

En Husairi B Hussin

MRSM PendangJalan Jenun, 06750 Pendang , Kedah Darul Aman No Telefon: 04-7583857/7583858, Fax: 04-7593855

Wahai putra putri bangsaku Ayuh segera menujuMengikut gerak langkah majubersatu mencari ilmuDizaman sains dan teknologiNegara perlukan jasamuJanganlah rasa malas lagiBersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARATuntut ilmu jangan jemuIngat taat setia pada guruBerdisiplin selaluHari ini hari mulanyaHari esok berjayaLengkapkan segala yang adaKe kuliah kita segera

Yuran & Kebajikan Pelajar

Asrama & Dewan Selera

Pusat Sumber Pendidikan

Unit ICT

Unit Makmal

i. Yuran Pengajian Yuran sebulan sebanyak RM30.00.ii. Biasiswa Diberikan kepada Pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah

iii. Pembiayaan Tiket Bas MARA akan membiayai tiket bas pelajar pulang bercuti pada semester 1 dan 2.

Asrama Pihak Telekom Malaysia telah menyediakan kemudahan telefon disetiap blok asrama . Pelajar dibenarkan keluar pada hujung minggu secara bergilir-gilir antara lelaki dan perempuan iaitu pada hari sabtu pukul 9.00 am 6.00 pm . Pelajar dibenarkan untuk pulang bermalam mengikut jadual yang telah ditetapakan oleh pihak maktab dan mendapatkan kebenaran dari ketua warden.

Dewan Selera

Kekerapan pelajar dihidangkan makanan dalam sehari:

Sarapan pagi - 6 .30 am - 7.15 am

Minum pagi - 10.30 am 11.00 am

Makan tengahhari - 1.45 pm - 2.30 pm

Minum petang - 4.30pm- 5.00 pm

Makan malam - 6.15 pm - 7.00 pm

Minum malam - 11.00 pm - 11.30 pm

Bagaimanapun jadual tersebut tertakluk kepada sebarang arahan

Bagi pelajar yang mengalami alahan, Pelajar tersebut akan disediakan menu yang bersesuaian.

Pelajar yang bukan islam akan disediakan menu yang bersesuaian.

Buku-buku di Pusat Sumber Pembelajaran telah dikelaskan mengikut nombor pengkelasan berdasarkan kepada jenis dan bidang buku tertentu. Perkhidmatan Photostate disediakan bermula pada pukul 10.20am-11.30am.

Dewan Pusat Sumber Pembelajaran Tempat untuk mentelaah bahan-bahan pembelajaran yang disediakan Memberi ruang untuk memuatkan tidak melebihi 200 orang pengguna bagi sesuatu perjumpaan atau taklimat Bilik Rujukan Menyediakan buku-buku berharga mahal, buku-buku yang diimport dan sukar diperolehi. Open Library Menyediakan kemudahan penggunaan komputer berinternet untuk semua warga MRSM Pendang. Dewan Kuliah Memberi ruang untuk mengadakan perjumpaan, taklimat, ceramah dan sebagainya Boleh memuatkan 200 orang Disediakan kemudahan penggunaan LCD dan AV Bilik Tayangan Memberi ruang untuk guru-guru mengajar dengan menggunakan Alatan Bantu Mengajar seperti pemain CD, Overhead Projector, LCD Projector dan AV Boleh memuatkan 60 orang pelajar di dalam sesuatu masa Memberi kemudahan untuk tempahan sebarang Tayangan

Makmal ICT Berinternet Di Perpustakaan TerbukaPenggunaannya adalah bila-bila masa sepanjang waktu persekolahan dan juga waktu persediaan pelajaran.

Di Makmal BitaraPenggunaannya hanya pada waktu persediaan pembelajaran. Makmal ICT (Tanpa Internet) Sesi pagi, 8.30 pagi hingga 12.30 tgh Sesi petang (persediaan pembelajaran) Kemudahan pinjaman alatan ICT (KAMERA DIGITAL, LCD PROJEKTOR, DVD, NOTEBOOK , HANDYCAM) juga disediakan

Perisian yang disediakan : OFFICE XP / 2000, PAKEJ MICROMEDIA, PINTAR VIRTUAL LAB, COMPASS WORKSTATIONS, PAKEJ ADOBE, SYMANTECT WORKSTATIONS ANTIVIRUS dan VISUAL BASICS. Printer

Scanner

Terdapat 4 jenis makmal iaitu makmal Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Teras. Makmal dilengkapi beberapa peralatan keselamatan contohnya fire blanket, alat pemadam api, eye wash, Goggle, safety spectacular, lab coat, kebuk wasap dan shower.

Persatuan Bulan Sabit Merah

Kadet Polis

Pengakap

Puteri Islam JPA 3

Silat Gayung

Tae Kwan Do

Pandu Puteri

Renjer Puteri

Kelab Kebudayaan (Kompang & Muzik Tradisional) Kelab Masakan PersatuanAgama Islam (Nasyid & Berzanji)

Persatuan Bahasa

Komputer

Robotic

Alam Sekitar

Khidmat Masyarakat

Pemikiran Kreatif (Sidang Redaksi)

Badminton Bola Jaring

Bola Sepak

Bola Tampar

Catur

Ping-Pong

Ragbi

Sepak Takraw

Petanque

Tenis Sofbol

Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor

-Bekas Pelajar MRSM Muar,Johor

ANGKASAWAN @ COSMONAUT

Dilahirkan pada 27 July, 1972 (1972-07-27) (age37)Kuala Lumpur, Malaysia Kelulusan : Bachelor of Medicine & Surgery, Kasturba Medical College, Manipal, India Pekerjaan : Pakar Bedah Orthopedic

Mempunyai kelayakan akademik, ketahanan fizikal, emosi, dan mental yang tinggi. Beliau merupakan orang Islam pertama yang menjalani ibadah berpuasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di angkasa lepas. Membawa pelbagai kultur sel hidupan daripada bumi untuk dibuat penyelidikan di angkasalepas. Ekspedisi ke Stesen angkasalepas (ISS) ini telah melahirkan kerjasama yang erat antara kerajaan Malaysia dan Rusia. . Dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di orbit


Top Related