Download - folio sejarah 2009-sultan abdul samad
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
1/26
SMKA MAAHADHAMIDIAH,JALAN
SUNGAI RAMAL LUAR,
KAJANG
KERJA KURSUS SEJARAH
PMR 2009
BANGUNAN SULTAN ABDULSAMAD
Nama Murid: SITI NURUL AIN RAZALI
No K/P : 940809-10-5334
Nama Guru: NOOR EZANA BINTI AWANG
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
2/26
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
3/26
M
A
J
A
L
A
H
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
4/26
I
N
T
E
R
N
E
T
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
5/26
E
NS
I
K
L
OP
E
DI
A
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
6/26
S
UR
AT
KHABAR
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
7/26
BUKUI
LM
IA
H
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
8/26
EL
EM
E
N2
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
9/26
BANGUNAN
SULTANABDUL
SAMAD
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
10/26
SENARAI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN
1 ELEMEN 1 1-
2 PENGHARGAAN
3 OBJEKTIF KAJIAN
4 KAEDAH KAJIAN
5 HASIL KAJIAN
1. nama bangunan
2. latar belakang
3. keistimewaan bangunan
6 RUMUSAN
7 LAMPIRAN
8 RUJUKAN
9 ELEMEN 3
PENGHARGAAN
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
11/26
Pertama sekali,saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan folio ini dengan sempurna.
Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan dan jutaan
terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya dalam menjalankan kajian ini
secara langsung mahupun secara tidak langsung. Bantuan,tunjuk ajar dan dorongan ini
telah membolehkan saya menjalankan kajian ini dengan jayanya.
Sekalung penghargaan kepada ibu bapa saya,RAZALI BIN ABDULHAMID
DAN ROSNA BINTI HASHIM kerana membantu dalam menyediakan kemudahan bagi
menyiapkan folio ini. Tidak dilupakan juga kepada guru Sejarah saya, Puan NOOR
EZANA BINTI AWANG kerana memberi panduan dan tunjuk ajar yang jelas kepada
saya bagi menjalankan kajian ini.
Ribuan terima kasih juga kepada para responden yang memberi kerjasama
yang baik sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali, terima kasih di ucapkan kepada
rakan-rakan yang membantu saya dalam melaksanakan kajian ini secara langsung
mahupun tidak langsung terutamanya NUR AFIQAH BINTI ABU BAKAR,3 Ali 2009
kerana memberi bantuan dan dorongan sepanjang proses saya menyiapkan folio ini.
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
12/26
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:-
1. Dapat mengetahui lebih mendalam mengenai bangunan bersejarah yang
dipilih.
2. Mengambil iktibar dan memupuk semangat patriotisme daripada catatan
sejarah bangunan yang dipilih.
3. Melahirkan rasa sayang dan bangga kepada negara Malaysia yang mempunyai
pelbagai sejarah disebalik sesebuah bangunan yang dipilih.
4. Mengkaji keindahan seni bina bangunan bersejarah yang unik.
KAEDAH KAJIAN
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
13/26
Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini.Kaedah yang telah saya gunakan ialah:-
1. Rujukan Saya telah merujuk dan menganalis maklumat dari buku-buku
ilmiah,dan ensiklopedia yang berkaitan di perpustakaan berhampiran bagi
mendapatkan maklumat mengenai bangunan yang telah saya pilih.
2. Media Saya telah menganalisi media massa dan media cetak seperti internet,
majalah-majalah, dan surat khabar yang berkaitan bagi mendapatkan
maklumat lanjut mengenai bangunan yang telah saya pilih dan mendapatkan
fahaman yang jelas mengenainya.
3. PemerhatianSaya telah melakukan pemerhatian bagi mengenal pasti seni
bina dan keistimewaan bangunan yang telah saya pilih dengan tepat.
HASIL KAJIAN
1.NAMA BANGUNAN
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
14/26
Pada mula pembinaannya di kenali sebagai Bangunan Baru Kerajaan (the new
Government Offices), kemudian sebagai Sekretariat Persekutuan, (Federal Secretariat),
di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam
pada tahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai Bangunan sebelum ditukar kepada
nama Sultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898. Bangunan ini
dinamakan sebagai bangunan Sultan Abdul Samadbersempena nama sultan Selangor
yang memerintah ketika itu.Jam besar yang terdapat pada bangunan tersebut dikenali
sebagaijam kemerdekaan kerana peristiwa pada 30 Ogos 1957, tepat jam12
malam.Jam ini berdenting sebanyak 12 kali yang menandakan kemerdekaan negara kita.
Serentak dengan itu juga,bendera UNION JACK diturunkan lalu digantikan dengan
bendera Persekutuan Tanah Melayu.
2.LATAR BELAKANG
Asal-usul
Atas cadangan SIR WILLIAM MAXWELL,Residen Selangor,kerajaan British
di negeri Selangor telah merancang untuk membina sebuah bangunan kerajaan pada
tahun 1893.Sebuah kawasan seluas 1035 hektar telah dipilih untuk pembinaannya.
Perletakan batu asas telah dibuat oleh SIR CHARLES B. H. MITCHELL,Gabenor
Negeri-negeri Selat pada 6 Oktober 1894 setelah reka bentuk bangunan tersebut telah
dipersetujui.
Pengasas
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
15/26
Reka bentuk bangunan ini dicipta oleh arkitek inggeris yng berkhidmat di
Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur yang bernama A.C NORMAN dan dibantu oleh
jurutera C.E SPOONER bagi memulakan kerja pembinaan bangunan ini.
Tarikh Pembinaan
Pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun1893 tetapi perletakan batu
asas bangunan ini hanya di buat pada 6 Oktober 1894.Bangunan ini telah siap di bina
pada tahun 1897.
Lokasi
Bangunanini terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di tengah-tengah
bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini berhadapan dengan Dataran Merdeka,Kelab
Diraja Selangordan berdekatan dengan Sungai Bonus.Bangunan ini terletak pada satu
tapak diantara pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Lokasinya merupakan
tapak yang strategik kerana terletak di tengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.
Kawasan ini meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan di bahagian belakangnya
terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan.
Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak
berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang
kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jalan_Tuanku_Abdul_Rahman&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Merdekahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelab_Diraja_Selangor&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelab_Diraja_Selangor&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Bonus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jalan_Tuanku_Abdul_Rahman&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuala_Lumpurhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Merdekahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelab_Diraja_Selangor&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kelab_Diraja_Selangor&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sungai_Bonus&action=edit&redlink=1 -
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
16/26
Tujuan penubuhan bangunan
Tujuan utama bangunan ini dibina ialah untuk mendirikan sebuah bangunan
kerajaan sebagai pusat pentadbiran British ketika itu dan member imej baru kepada
Kuala Lumpur dengan menonjolkan imej seni bina Islam yang menarik. Tujuan
pembinaan awal adalah sebagai Bangunan Kerajaan Baru untuk menempatkan semua
Jabatan pentadbiran Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) di bawah satu
Bangunan pentadbiran berpusat: menempatkan Sekretariat Kerajaan (G.S.O); bilik
mesyuarat Majlis Negeri (Council Chamber); Pejabat Pos; Lembaga Kebersihan
(Sanitary Board); Pejabat Kehakiman (Judicial Commissioner); Public Works
Department (PWD); Audit dan Perbendaharaan; Pejabat Tanah; Jabatan Galian dan
Pejabat Daerah Jabatan Kerja Raya (P.W.D. District Office).
Kos pembinaan
Kerajaan British Telah menghadkan kos tidak melebihi 231 000 ringgit untuk
tujuan pembinannya. Walaubagaimanapun, bangunan ini dibina dengan harga 152 000
ringgit sahaja tetapi ia tetap menjadi sebuah bangunan yang termahal pada ketika itu.
Perasmian
Bangunan ini dirasmikan oleh Residen British, SIR FRANK SWETTENHAM
pada tahun1897 iaitu ketika bangunan ini telah siap di bina.
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
17/26
3.KEISTIMEWAAN BANGUNAN
Reka bentuk pelan
Rekabentuk pelan bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara
bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai dua tingkat setinggi 57
kaki berbentuk ladam yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk
bangunan ini.
Senibinanya yang berbentuk saracenic merupakan satu ciri senibina
Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3
buah kubah yang menghiasi bangunan ini. Ia diperbuat daripada kayu dan batu
bata yang dicat berwarna hitam. Bangunan ini menonjolkan dua stail yang unik:
kehebatan pembahagian (grand proportion) dan pertembungan simetri yang klasik
(classical symmetry), gaya bangunan bersejarah Eropah dengan menitik berat
aspek dekorasi yang berciri the Raj style mencerminkan fungsi utama
pembinaanya di rantau ini.
Bahan binaan
Sejarah pembinaan Bangunan Awam Kerajaan yang pertama di bawah
pentadbiran Kerajaan Negeri Negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) ini melibatkan
penubuhan sebuah kilang bertempat di Brickfield bagi membekalkan bahan binaan
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
18/26
seperti 4 juta batu bata, 2,500 tong simen, 18,000 pikul kapur, 5,000 lb tembaga, 50
tan besi keluli dan 30,000 kaki padu kayu.
Pengubahsuaian
Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap
sepenuhnya dalam tahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada
waktu itu kerajaan Australia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos
menyadur tembaga bagi ketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini
dilakukan hanya pada bahagian dalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya
dan kedudukan asal bangunan tersebut. Selepas siap sepenuhnya, Bangunan Sultan
Abdul Samad ini sekali lagi dirasmikan pada tahun 1984.
Hiasan dalaman
Didalam bangunan ini turut dibina sebuah dataran berbentuk segi empat yang
diperindahkan di mana di tengah-tengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat
yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini juga
mempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satu
serambi besar tertutup.
Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman penjajahan British bangunan ini digunakan sebagai pusat
pentadbiran negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen Jeneral,dan Pejabat
Pos.
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
19/26
Selepas kemerdekaan, ia digunakan sebagai Pejabat Setiausaha Negeri
Selangor, iaitu meliputi Jabatan Perbendaharaan,Jabatan Perakaunan,Pejabat Am,
tempat Majlis Mesyuarat Negeri dan Pejabat Pos.
Bangunan bersejarah ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Cara pembinaan
Sebagai Bangunan yang menjadi pemula dalam waktu pembinaanya 1894
1897, hasil senibinanya pula lengkap dengan ciri ciri keistimewaan
dari aspek komposisi karektor seperti: stail, ragam hias dan pemilihan
unsur unsur Islam pada gerbang tingkap, bentuk separuh lengkong
(arch), kubah potong bawang (dome) dan struktur berbentuk minaret yang
kebiasaannya terdapat pada senibina Masjid.
RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam
tempoh masa yang ditetapkan.Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak
pengetahuan,pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
20/26
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan mercu tanda yang sangat
sinonim bagi bandaraya Kuala Lumpur hatta negara Malaysia. Kehadiran, keunikan
dan identiti seni bina yang terdapat pada bangunan tersebut mendapat pujian dan
sanjungan dari segenap lapisan penduduk Malaysia mahupun luar negara. Bangunan
ini telah berjaya menjadi ikon kepada Kuala Lumpur dan beberapa perayaan penting
seperti Sambutan Tahun Baru, Sambutan Hari Merdeka dan acara-acara yang
membabitkan promosi pelancongan negara. Saya sedar betapa bertuahnya menjadi
warganegara Malaysia yang banyak meninggal kesan peninggalan sejarah yang sang
unik dan bermakna untuk dijadikan pengajaran kepada rakyat masa akan datang.
Keindahan nilai estetika dan seni warisan ini dapat menjadi perangsang
kepada rakyatnya untuk terus berusaha untuk mengekalkan kesan peninggalan
sejarah ini.
Kerja kursus ini juga mengajar erti kerjasama,kesabaran dalam menghadapi
cabaran yang menimpa sepanjang proses menyiapkan folio ini dan mengajar saya
supaya mengambil iktibar dari sejarah lampau berdasarkan sejarah bangunan ini.
RUMUSAN
Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat hidup sejahtera dan
dalam kedaan harmoni walaupun Negara saya mempunyai masyarakat berbilang
bangsa. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan pelbagai budaya dan cara
hidup masyarakat yang berbeza, sekaligus memberi warna kehidupan yang pelbagai
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
21/26
kepada Negara yang kita cintai.
Pelbagai budaya ini memberikan Negara sambutan yang berbeza daripada
aspek perayaan, makanan, pakaian, tarian, nyanyian dan sebagainya. Saya mengkaji
bangunan bersejarah yang memberi saya pengalaman daripada segi mencari
maklumat. Saya juga memperolehi pengalaman kerana berpeluang mewujudkan
kerjasama antara rakan, peluang mewawancara bersama mereka yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk atau terlibat dalam projek
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan ini.
Saya amat berbangga mempunyai warisan budaya yang begitu tinggi
nilainya.Rakyat kita hidup denhgan mengamalkan budaya Kekitaan atau
Bersemangat kekitaan . Bangsa Melayu, Cina , India dan kaum-kaun lain di
Malaysia, saling bekerjasama dan tolong menolong antara satu sama lain. Rakyat
sentiasa mengamalkan persaan dan semnagat muhibbah atau semangat
masyarakat.Walaupun menganut agama dan menjalani hidup yang berbeza amalan
daripada segi budaya, masih ada sikap tolak ansur dan toleransi yang tinggi. Hal ini
dipraktikkan sepenuhnya dalam menjaga pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan
bersejarah.
Pengkajian ini juga menaikkan semangat patriotisme saya kerana dengan
mengenali dan mengkaji bangunan bersejarah, saya dapat lebih menjiwai dan
menyintai Negara saya.Seperti yang disebut dalam peribahasa melayu,"Tak kenal
maka tidak cinta"
LAMPIRAN
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
22/26
(GAMBAR BANGUNAN ABDUL SAMAD)
(pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad)
Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
23/26
(Pelan Tingkat Bawah) (Pelan Tingkat Satu)
(Pelan Tingkat Dua) (Pelan Tingkat Mezan)
( Sambutan di Bangunan Sultan Abdul Samad)
Rujukan
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
24/26
1. internet
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad
http://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBM
http://www.virtualmalaysia.com/destination
http://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad
1. buku ilmiah
Iman Suffiya,2006,Seni Bina dan Seni Lukis,Kuala Lumpur: Penerbit Era
Didik.
Mohd. Zahari Ishak,2006,Di Sebalik Simbol Kenegaraan,Melaka: Associated
Educational Distrbuters(M)Sdn.Bhd.
2. ensiklopedia-
Karya Terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka,Ensiklopedia Dunia,Malaysia,
Dawrna Sdn.Bhd.
3. majalah-
Kamalsyah,1990,Shah Alam Bersih dan Indah,Selangor,Majlis Penbandaran
Shah Alam,Selangor
4. surat khabar
Berita Harian,Ahad,4 Mei 2008,Halaman 7
Berita Harian,Selasa,20 Januari 2009,Halaman 28
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samadhttp://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBMhttp://www.virtualmalaysia.com/destinationhttp://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samadhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samadhttp://sejarahmalaysia.pnm.my/portalBMhttp://www.virtualmalaysia.com/destinationhttp://wiki.answers.com/Q/Sejarah_terperinci_bangunan_sultan_abdul_samad -
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
25/26
EL
M
E
N
3
-
8/14/2019 folio sejarah 2009-sultan abdul samad
26/26
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat
cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapatmenghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaantelah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan
bersejarah agar dengan itu dapat memupuksemangat cintakan warisan bangsadalamkalangan rakyat Malaysia.
Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai
rakyat Malaysia.Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh British di Kuala Lupur
iaitu bangunan Sultan Abdul Samad dapat lagi kita lihat dari dulu hingga
sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga
dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-
menolonguntuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini.
Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah
yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah
dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan
Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk
mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan
kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan
bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri
sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta
berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.
Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia
negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara
yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk
memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang.
Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan
negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara
berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan
yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. keranatelah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.