Download - Fiqh Sirah Slide
1. YUSRAN BIN YUSOFF (1102253)2. MOHD ROMODHIN BIN HARUN (1102431)3. MOHD SAIDJUDIN BIN MUSA (1102402)4. MOHD HIRMEY BIN OTHMAN (1102362)
TAJUK: UNIT 1: PENGENALAN FIQH SIRAH
KDC 3 PPG USIMSEM 5 2013
PENSYARAH : DR.ABD.AZIZ BIN MAHAYUDIN
Unit 1 Pengenalan Fiqh Sirah
Unit ini menjelaskan perkara-
perkara dasar berkaitan ilmu ini.
Antaranya definisi Fiqh Sirah,
kepentingan pembelajarannya,
sejarah perkembangan ilmu ini dan
rujukan utama yang terdapat
dalamnya.
PENGENALAN
Fiqh Sirah adalah satu ilmu yang
membahaskan sirah Nabi Muhammad S.A.W.
dari sudut kewajaran dan pengajaran yang
terdapat daripada peristiwa-peristiwa yang
berlaku padanya. Ia adalah satu ilmu yang
baharu yang hanya memfokuskan sudut yang
tertentu dan biasanya tanpa mendetailkan
setiap perkara yang berlaku.
Perkataan Fiqh berasal daripada perkataan
bahasa Arab - – ِف�قها �فق�ُه� َي yang „ ِف�ق�ُه�
bererti faham. Ilmu yang berkaitan hukum-hukum
syarak dinamakan Ilmu Fiqh kerana hukum
syarak tersebut perlu difahami daripada dalil-dalil
yang terdapat dalam Al-Quran dan Al-Sunnah.
DEFINISI
Perkataan Sirah pula berasal daripada perkataan
bahasa Arab - – ِس�يَر�ة ِس�يَر� yang ‘ ِس�اَر�
bererti perjalanan, kebiasaan, jalan, atau tingkah
laku. Dari segi istilah, Sirah bermaksud perincian
hidup atau sejarah hidup seseorang. Sirah yang
dimaksudkan di sini adalah Sirah Rasulullah
S.A.W. iaitu rakaman sejarah hidup Baginda
S.A.W. secara komprehensif.
…sambungan
Penggabungan dua istilah fiqh-sirah
bertujuan menunjukkan bahawa ilmu
ini merupakan ilmu untuk memahami
Sirah Rasulullah S.A.W. dari sudut
pengajaran dan rahsia yang boleh
diperolehi.
…sambungan
Nama lain bagi ilmu sirah sebelum perkataan sirah digunakan, iaitu:
1. al-Maghazi (peperangan).2. al-Tarikh (sejarah)
PERBAHASAN ILMU SIRAH
Ilmu Sirah pada asasnya membahaskan tiga perkara iaitu :
1.Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w bermula sejak
kemunculan tanda-tanda kenabian (sejak lahir) hingga
kewafatan Baginda S.A.W.
2. Sejarah kehidupan para sahabat yang beriman dan
berjihad bersama Baginda S.A.W.
3. Sejarah penyebaran Islam yang bermula apabila
diturunkan Surah al „Alaq di Gua Hira hingga
kemasukan ramai orang ke dalam agama Islam.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN ILMU SIRAH
1.Untuk memahami Sirah Rasul S.A.W. dengan lebih jelas.
2. Menjadi panduan dalam mengamalkan suruhan agama.
ROMODIN
KEPENTINGAN PEMBELAJARAN ILMU SIRAH
1.Dapat menghayati maksud pengutusan Nabi
S.A.W sebagai rahmat untuk sekelian alam
2.Untuk memahami agama dengan sempurna
3.Menangkis tuduhan tidak berasas musuh Islam
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU FIQH SIRAH
Penulisan sirah di zaman permulaan
1. Pada mulanya hanyalah kisah-kisah
berkaitan kehidupan Rasullullah S.A.W. dan
perjuangannya.
2. Terdapat di kalangan para sahabat yang amat
mengambil berat dan memberikan perhatian
kepada setiap peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan Rasullullah S.A.W.
3. zaman sahabat, para tabi‟in pula
menyampaikan riwayat-riwayat tersebut kepada
generasi selepas mereka atau mencatatkannya.
(Aban bin 'Othman bin 'Affan r.a (w105h) dan
'Urwah bin az-Zubair bin al-'Awwam (w93h)
4. Keprihatinan terhadap sirah berterusan hingga
ke generasi selepas mereka. Generasi inilah
kemudiannya mengkhususkan penulisan Ilmu
Sirah dan mengasingkannya sebagai bidang ilmu
yang lain.
5. Di antara pengarang sirah Rasullullah S.A.W. awal
yang paling terkenal adalah Muhammad bin Ishaq
bin Yasar yang terkenal dengan nama “Ibnu Ishaq”
(w152h). Beliau telah menulis sebuah kitab sirah
yang berjudul „al-Maghazi‟. Kitab ini mengandungi
banyak hadis dan riwayat berkaitan Rasullullah
S.A.W. dan kehidupannya. Semuanya adalah yang
beliau dengar sendiri ketika berada di Madinah dan
Mesir.
HIRMEY
5. Ibnu Hisyam iaitu murid al-Bakkai, salah seorang
murid Ibnu Ishaq yang terkenal, telah
meriwayatkan isi kandungan kitab „al-Maghazi
daripada gurunya al-Bakkai lalu memuatkannya
dalam kitabnya.
- Sirah Ibnu Hisyam
- Kitab Tabaqat Ibnu Sa’ad
- Kitab Tarikh al-Tabari
Penulisan sirah di zaman pertengahan
Penulisan sirah selepas itu telah berkembang daripada
hanya berbentuk pengkisahan secara umum tentang sirah
Nabi Muhammad S.A.W. hingga menjadi penulisan yang
memfokuskan sudut tertentu dalam sirah seperti
mengkhususkan aspek tanda-tanda kenabian seperti :
- Kitab Dalail al-Nubuwwah karangan Imam al-Asbahani,
-Kitab Syamail al-Muhammadiyyah susunan Imam al-
Tirmizi yang mengkhususkan sirah berkaitan
perwatakan Nabi Muhammad S.A.W. dan lain-lain lagi.
Penulisan sirah di zaman moden
# Pada zaman moden, antara kitab sirah yang
terkenal dalam Bahasa Arab adalah kitab Nur al-
Yaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin karangan Syeikh
Muhammad al-Khudhari.
# Kemudian kitab al-Rahiq al-Makhtum karangan
Syeikh Safi al-Rahman al-Mubarakfuri.
ABU IZZAT
Kemudian penulisan sirah yang memfokuskan
kepada menyingkap rahsia sirah selain
pengkisahannya yang dikenali dengan Fiqh Sirah
mula menjadi kecenderungan baru.
Antara buku-buku terkenal dalam jenis tersebut
adalah:
# Fiqh al-Sirah oleh Dr. Muhammad Sa‟id
Ramadhan al-Buuthi…(Al-Fatihah, telah kembali
ke Rahmatullah pada 22 Mac 2013, gugur bersama
42 jemaah masjid di Syiria.)
- Metodologi yang diterapkan dalam buku ini ialah
menukilkan satu kisah daripada kisah-kisah sirah
nabawiyah, kemudian beliau menyingkap pengajaran
yang boleh diambil daripada kisah tersebut.
- Beliau membahagikan perbahasan bukunya kepada
tahap dakwah menurut sirah nabawiyah.
- Pada bahagian penutup, beliau memaparkan sejarah
singkat khalifah-khalifah al-Rasyidin.
# al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawiyah – Dr. Munir Muhammad al-Ghadban
-Beliau menulis kajian fiqh sirah yang disebutnya sebagai Manhaj Haraki ini berdasarkan pemikiran Sayyid Qutb tentang waqi‟ah harakiyah,
-Dalam kajiannya tentang fasa-fasa pergerakan dari sirah nabawiyah, beliau membahagikan period manhaj haraki seperti berikut:
1. Sirriyah berdakwah secara sembunyi-sembunyi dan merahsiakan struktur organisasi2. Berdakwah secara terang-terangan dan merahsiakan struktur organisasi. 3. Mendirikan negara. 4. Negara dan penguatkuasaannya. 5. Penyebaran dakwah ke seluruh dunia.
• Al-Sirah al-Nabawiyah, Durus wa „Ibar – Dr. Musthafa
Al-Siba‟I
• Fiqh al-Sirah – Prof. Dr. Zaid bin Abdul Karim Al-Zaid
• Al-Sirah al-Nabawiyah- Dr Ali Muhammad al-Shalabi