Download - FAQ soalan lazim
-
Apa itu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) PPT?
Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada
mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan dalam Standard Kemahiran
Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.
1. Apa itu PPT Pernilaian Khas?
Pada 20hb Ogos 2014, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah meluluskan
satu kaedah persijilan khas bagi sektor pembaikan kenderaan kemalangan iaitu :-
Pengetukan Panel Kenderaan (Panel Beater) TP-311-2/3
Penyemburan Cat Automotif (Spray Painter) TP-306-1/2/3
Penasihat Tuntutan Kenderaan Kemalangan (Estimator) TP-110-3
Adjuster Insuran Kenderaan Motor (Adjuster) FB-060-2/3
Top Diversified Sdn Bhd, Sime Kansai Paint Sdn Bhd dan Motordata Research Consortium Sdn
Bhd telah dilantik oleh JPK sebagai agensi latihan untuk melaksanakan program tersebut.
Tempoh program ini hanya satu tahun bermula 1hb September 2014 hingga 31hb Ogos 2015.
2. Apakah kebaikan daripada PPT Pernilaian Khas?
i. Berpeluang memperoleh sijil SKM dengan cara yang mudah, cepat dan single-tier di
mana pemohon boleh terus mendapat sijil tahap 2 atau 3 berdasarkan tahun pengalaman
kerja atau kemahiran.
ii. Beberapa agensi kerajaan seperti KPDNKK mungkin melaksanakan dasar persijilan di mana
setiap bengkel pembaikan kenderaan kemalangan perlu mempunyai pekerja yang ada SKM.
3. Siapakah yang boleh memohon PPT Pernilaian Khas?
Pemohon perlu memenuhi kriteria seperti di bawah :-
i. Rakyat Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas
ii. Bidang mengetuk : Minimum 3 tahun pengalaman kerja dan berkemahiran dalam
bidang mengetuk panel kenderaan
Bidang mengecat : Minimum 2 tahun pengalaman kerja dan berkemahiran dalam
bidang mengecat badan kenderaan
Bidang Estimator : Minimum 4 tahun pengalaman kerja dan berkemahiran dalam
proses tuntutan kenderaan kemalangan
iii. Membuktikan pengalaman kerja dengan surat pengesahan majikan
4. Apakah proses yang terlibat dalam PPT Pernilaian Khas?
i. Pemohon perlu membayar RM1600.00 kepada ProAtec e-skill (kos itu termasuk kos
pendaftaran JPK, kos pembelajaran kursus latihan 3 hari, kos ujian teori dan praktikal, kos
makan minum, kos penyediaan profil kekompetenan dan sebagainya).
ii. Selepas itu, pemohon perlu menghadiri kursus pembelajaran 3 hari dan juga diuji latihan
teori dan praktikal untuk memastikan pemohon benar-benar berketrampilan.
iii. Pada masa yang sama, pemohon akan menyediakan profil kekompetenan yang ringkas
dengan bantuan penganjur latihan.
iv. Pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga oleh panel JPK (*tarikh akan diberitahu)
dan sijil SKM akan dikeluarkan dalam masa 14 hari.