1.0 Pengenalan
Kini, jumlah penduduk dunia semakin bertambah dari setahun ke setahun. Menurut
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), penduduk bermaksud orang yang menduduki sesuatu
tempat. Namun begitu, dalam aspek geografi penduduk menyediakan benda-benda latar
belakang dan kepentingan kefahaman. Ia menumpukan kepada nombor, komposisi, dan
taburan manusia yang berkaitan dengan perbezaan dalam ruang bumi (Fellmann, Getis
and Getis (1999)). Menurut Kennedy and Cheng (n.d), penduduk merujuk kepada semua
orang yang mendiami satu kawasan ditetapkan. Bilangan penduduk dunia adalah sentiasa
berubah-ubah atau dinamik akibat punca-punca tertentu. Kini, populasi penduduk akan
bertambah sebanyak 2 peratus pada setiap tahun (seperti dirujuk oleh Kennedy and
Cheng (n.d) daripada Brown, Harrison and Hutchings (1972)). Rajah 1 di bawah
menunjukkan pertumbuhan penduduk dunia yang sentiasa meningkat pada setiap 10
tahun.
Rajah 1 : Pertumbuhan penduduk dunia dari tahun 1950 hingga 2050.
1950 1960 1970 1980 1990 2000 2010 2020 2030 2040 20500123456789
10
Pertumbuhan penduduk
Tahun
Pend
uduk
(Bill
ion)
Sumber: http://www.umich.edu/~gs265/society/populationgrowth.htm diperoleh pada 29 Julai 2010.
1
Berdasarkan rajah 1 menunjukkan bilangan penduduk dunia sentiasa mengalami
peningkatan dan mula meningkat dengan cepat pada tengah abad ke-20. Antara negara
yang mempunyai paling ramai penduduk pada tahun 2003 adalah seperti China, India,
United States, Indonesia, Brazil dan Pakistan (seperti dirujuk oleh Boehm and Armstrong
el at. (2005) daripada World Population Data Sheet (2003)). Walau bagaimanapun,
bilangan penduduk di sesebuah negara seperti negara maju, membangun atau mundur
adalah berbeza dan disebabkan oleh beberapa faktor. Tidak dapat dinafikan jika jumlah
penduduk dunia dijangka mencecah angka 8 billion menjelang tahun 2030. Antara faktor
yang memyebabkan pertambahan bilangan penduduk dunia menjelang tahun 2030 ialah
faktor kadar kelahiran dan kadar kematian, kesuburan wanita, pengawalan penyakit, taraf
pendidikan, intensif kewangan, dan kepercayaan kepada agama.
2
2.0 Faktor-faktor yang menyumbang kepada pertambahan bilangan penduduk dunia
Antara faktor utama yang menyumbang kapada senario tersebut adalah penurunan dalam
kadar kematian dan peningkatan dalam kadar kelahiran. Kadar kematian ialah jumlah
kematian orang dalam setahun bagi setiap 1000 orang, manakala kadar kelahiran ialah
jumlah kelahiran bayi dalam setahun bagi setiap 1000 orang (Boehm, Armstrong et al.
(2005)). Kebanyakan fenomena ini berlaku di negara-negara membangun seperti Malaysia,
India, Thailand, Indonesia dan Filipina. Hal ini demikian kerana negara membangun
memerlukan penduduk yang ramai bagi membangunkan sektor-sektor ekonomi negara.
Penduduk merupakan sumber yang penting bagi mengerakkan kegiatan-kegiatan ekonomi di
sesebuah negara untuk mencapai negara maju. Namun begitu, bilangan kematian pula akan
turun akibat sistem perubatan yang sistematik dan cekap. Hal ini menyebabkan risiko
kematian bagi bayi dan warga tua adalah rendah. Di Malaysia, pertambahan penduduk akan
berlaku kerana kerajaan telah merancang untuk mempunyai jumlah penduduk mencecah 70
juta orang menjelang tahun 2100. Menurut Bernama, pada tahun 2009 negara telah
menyambut sebanyak 516,645 kelahiran bayi, iaitu peningkatan 3.9 peratus berbanding tahun
2008 sebanyak 20,231 kelahiran bayi. Keadaan ini secara tidak langsung telah menyumbang
kepada pertambahan penduduk dunia pada masa akan datang kerana peranan kerajaan negara
membangun yang mengalakkan bilangan kelahiran yang tinggi. Di samping itu, sistem
perubatan yang baik di Malaysia juga mampu mengurangkan bilangan kematian penduduk.
Jelaslah bahawa, peningkatan dalam kadar kelahiran dan penurunan dalam kadar kematian
sesebuah negara menyebabkan berlaku pertambahan dalam bilangan penduduk dunia.
3
Faktor yang menyumbang kepada pertambahan penduduk dunia adalah kesuburan
wanita. Tahap kesuburan wanita yang paling tinggi berada dalam lingkungan umur 20-an.
Jika seseorang wanita itu kahwin pada usia awal 20-an, peluang mereka untuk mempunyai
anak adalah ramai dan boleh meningkatkan kadar kelahiran bayi pada setiap tahun. Namun
begitu, bagi wanita yang tiada peluang untuk hamil pula, mereka boleh menjalankan rawatan
kesuburan. Hasil daripada rawatan ini menyebabkan golongan wanita yang tidak berpeluang
untuk hamil boleh mempunyai anak. Menurut Jason Chavis (n.d), biasanya 20% pasangan
mempunyai masalah untuk memperolehi anak. Namun begitu, dalam bidang sains kini telah
menemui cara-cara untuk meransang sistem pembiakan bagi memastikan kehamilan
seseorang wanita. Menurut Jason Chavis (n.d) lagi, 1 dalam 32 kelahiran adalah
menggunakan dadah untuk kesuburan dan keputusannya menghasilkan ramai anak di Baby
Center yang terletak di San Francisco. Di samping itu, rawatan ini boleh membawa kepada
kelahiran kembar tiga, kembar empat atau lebih. Secara tidak langsung, bilangan kelahiran
yang banyak ini boleh menyumbang kepada pertambahan penduduk di dunia. Sebaliknya,
bagi keluarga yang mengamalkan perubatan secara tradisional tidak menambahkan lebih
banyak anak dalam jumlah penduduk dunia. Oleh itu, tahap kesuburan yang tinggi bagi
golongan wanita juga boleh menyebabakan pertambahan penduduk dunia.
Antara faktor yang menyumbang kepada pertambahan penduduk dunia ialah pengawalan
penyakit yang cekap. Dalam hal ini, ahli sains telah menemui cara untuk menghalang dan
menyembuhkan pelbagai penyakit yang boleh membawa maut. Pada zaman dahulu, terdapat
ramai penduduk dunia mati akibat tiada penawar penyakit. Namun begitu, pada zaman
moden terdapat kecanggihan dalam bidang perubatan menyebabkan pelbagai penyakit dapat
dirawat dengan senang. Menurut Kinder (1998), antara alat-alat yang paling berkesan dalam
4
pengawalan penyakit ialah meningkatkan pengetahuan tentang pemakanan, mengambil
suntikan vaksin, membangunkan bidang perubatan dan menyediakan kemudahan kesihatan
yang baik. Keadaan ini akan menyebabkan jangka hayat penduduk panjang kerana penjagaan
kesihatan yang rapi menyebabkan penyakit penduduk yang membawa kepada maut dapat
dicegah. Di samping itu, kemudahan-kemudahan kesihatan seperti klinik dan hospital yang
banyak dan sistem perubatan yang cekap turut dapat mengurangkan risiko kematian yang
tinggi di dalam kalangan penduduk dunia. Dalam penjagaan kesihatan juga berkait rapat
dengan amalan pemakanan penduduk yang seimbang. Keadaan ini mengakibatkan penduduk
boleh hidup lama dan bilangan kematian penduduk dunia semakin berkurangan. Namun
begitu, bilangan kelahiran penduduk terus berlaku dan menyumbang kepada pertambahan
penduduk pada masa akan datang. Jelaslah bahawa, kaedah pengawalan penyakit dapat
mengurangkan kadar kematian penduduk dunia dan berupaya menyumbang kapada
pertambahan penduduk dunia sehingga dijangka bilangan penduduk akan mencecah 8 billion
orang menjelang 2030.
Taraf pendidikan yang rendah turut merupakan faktor kepada pertambahan penduduk
dunia. Namun begitu, taraf pendidikan di sesetengah negara adalah berbeza. Jika taraf
pendidikan di sesebuah negara adalah rendah, maka kadar buta huruf di dalam kalangan
penduduk sesebuah negara tersebut akan meningkat. Rajah 2 di bawah merupakan taburan
kadar buta huruf di dunia.
5
Rajah 2: Kadar buta huruf dunia pada tahun 2009
Sumber: http://www.mapsofworld.com/thematic-maps/world-illiteracy-map.htm diperoleh pada 1 Ogos 2010.
Berdasarkan kepada rajah di atas menunjukkan bahawa Afrika mempunyai kadar buta huruf
yang paling besar iaitu kira-kira 60% orang. Bagi warna merah merupakan negara yang
mempunyai kadar buta huruf antara 30-49% seperti India, Laos, Sudan, Algeria dan lain-lain
dan warna jingga merupakan negara yang mempunyai kadar buta huruf antara 10-29%
seperti Brazil, Arab Saudi, Iran, Turki dan lain-lain. Bagi negara yang berwarna kuning
merupakan negara yang mempunyai kadar buta huruf kurang daripada 10% iaitu negara-
negara Eropah dan Amerika Utara. Oleh itu, taraf pendidikan yang rendah di dalam kalangan
sesetengah penduduk dunia boleh mengagalkan rancangan menghalang pertambahan
penduduk dunia kerana mereka tidak memahami rancangan yang dilancarkan oleh kerajaan
negara masing-masing. Di samping itu, mereka juga tidak sedar kesan buruk akibat penduduk
6
dunia yang cepat bertambah dan menyebabkan mereka tidak mengetahui cara kawalan
penduduk dunia. Kekurangan pendidikan turut mengakibatkan mereka tidak mengetahui cara
perancangan keluarga yang teratur. Apabila penduduk tiada perancangan keluarga, mereka
akan cenderung mempunyai bilangan anak yang ramai. Oleh yang demikian, taraf pendidikan
yang rendah akan menyebabkan kurang berkesannya pengawalan penduduk dunia dan
seterusnya berlaku pertambahan penduduk dunia.
Selain itu, faktor yang menyumbang kepada pertambahan penduduk dunia ialah intensif
kewangan. Setiap negara mempunyai bilangan pendudukan yang berbeza. Intensif kewangan
merupakan langkah kepada sesetengah negara yang mempunyai bilangan penduduk yang
sedikit. Hal ini demikian kerana negara tersebut ingin menambahkan bilangan penduduknya
bagi pembangunan negara tersebut. Oleh itu, bagi negara yang mempunyai penduduk yang
sedikit, kerajaan akan mengadakan intensif kewangan bagi membantu penduduk
menambahkan bilangan anak. Selain itu, potongan cukai juga dilaksanakan bagi membantu
ibu bapa mengurangkan kos perbelanjaan anak setiap hari dan dapat menambahkan bilangan
anak. Hal ini dapat dibuktikan seperti petikan di bawah:
Melalui kajian “New York Times” menunjukkan hampir 75 peratus orang-orang Amerika mengambil potongan cukai ini dengan balasan mereka perlu menentukan bilangan anak yang akan mereka perolehi. Tambahan lagi, program-program kebajikan masyarakat turut diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah yang memberi bantuan kewangan kepada rakyat yang mempunyai bilangan anak ramai tetapi tiada wang untuk membiayai perbelanjaan anak-anak.(Jason Chavis (n.d))
Oleh itu, dengan adanya bantuan kewangan dan potongan cukai menyebabkan sesebuah
keluarga cenderung mempunyai anak yang ramai. Hal ini demikian kerana mereka mampu
membiayai perbelanjaan anak akibat pihak kerajaan yang memberi bantuan dari segi
kewangan. Secara tidak langsung, penduduk dunia akan bertambah dan tidak dapat dinafikan
jika penduduk dunia mencecah 8 billion menjelang tahun 2030.
7
Faktor kepercayaan kepada agama juga merupakan faktor penyumbang kepada
pertambahan penduduk dunia. Hal ini demikian kerana, kebanyakan agama dunia
menggalakkan umatnya tidak mengamalkan kaedah pengawalan kelahiran bayi. Menurut
Jason Chavis (n.d), salah satu gereja terbesar di dunia iaitu gereja Catholic mengutuk
kawalan kelahiran merupakan salah satu cara untuk mengelakkan kehamilan. Di samping itu,
agama Islam yang dianuti oleh penduduk dunia turut menggalakkan umatnya melahirkan
anak sebanyak yang mungkin. Kebanyakan ajaran-ajaran dalam agama masing-masing
adalah berdasarkan konsep Tuhan yang mereka sembah sama ada akan menghalang atau
menyokong kelahiran bayi. Oleh itu, bilangan kelahiran dunia akan meningkat kerana amalan
daripada agama penduduk dunia masing-masing. Secara tidak langsung, kepercayaan kepada
agama telah menyumbang kepada kadar kelahiran dan seterusnya memyebabkan penduduk
dunia bertambah.
8
3.0 Penutup
Kesimpulannya, penduduk merupakan sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah
kawasan pada masa tertentu dan bilangannya sentiasa berubah dari setahun ke setahun. Kini,
penduduk dunia bertambah dengan cepat akibat faktor-faktor tertentu. Hal ini menyebabkan
bilangan penduduk dunia akan mencecah 8 billion menjelang tahun 2030. Jika pertambahan
penduduk terus berlaku tanpa kawalan, maka penduduk dunia akan mengalami masalah
yang sangat serius akibat penduduk dunia yang ramai seperti kekurangan makanan. Oleh itu,
masalah penduduk dunia yang ramai perlulah diatasi dengan segera supaya tidak timbul
masalah tersebut. Maka itu, langkah segera perlu diambil bagi mengawal pertambahan
penduduk dunia.
9