FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING
DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HIEW YEE FUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
HIEW YEE FUN Saya
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi tinggi. 4.** Sila tandakan (√ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PETI SURAT 448, 89058 KUDAT, PN NOOR AZEAN BINTI ATAN SABAH. Nama Penyelia Tarikh : 14 APRIL 2006 Tarikh: 14 APRIL 2006
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya/ Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/
kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah
Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.
*Potong yang tidak berkenaan
Tandatangan :
Nama Penyelia :
Tarikh :
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN E-LEARNING
DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HIEW YEE FUN
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Hiew Yee Fun
Tarikah: : 14 APRIL 2006
iii
Untuk ayah, Hiew Tze Vun dan ibu, Wong Yun Yin yang tersayang;
Untuk abang, Hiew Chi Tsung, datuk dan nenek yang dikasihi.
iv
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargan kepada penyelia saya Puan Noor Azean Bt Atan
atas segala jasa baik dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh penghasilan
projek sarjana muda ini. Saya amat berterima kasih kepada beliau atas segala masa
dan tenaga yang telah dicurahkan bagi membantu saya menyemak dan memberi
komen-komen yang membina bagi menyiapkan projek sarjana muda ini.
Rakaman terima kasih juga ditujukan kepada para responden yang rela
meluangkan masa untuk menjawab borang soal selidik dengan ikhlas. Mereka telah
memberi maklumat yang banyak dan berguna kepada penulis.
Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada keluarga tersayang atas
segala kasih sayang dan sokongan moral yang telah diberikan untuk membantu saya
menyiapkan projek sarjana muda ini.
Akhir sekali, saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
atas segala sokongan dan bantuan yang diterima untuk menyiapkan projek sarjana
muda ini.
v
ABSTRAK
Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran
maklumat menerusi talian internet pada masa kini telah membawa kepada
pengaplikasian pembelajaran elektronik. Sejajar dengan itu, aplikasi e-learning
dalam bidang pendidikan di Malaysia telah bermula apabila universiti-universiti
tempatan menawarkan kursus-kursus diploma dan ijazah melalui pendidikan jarak
jauh. Justeru itu, tujuan kajian penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun
lima, Fakulti Pendidikan UTM. Seterusnya, kajian ini juga bertujuan untuk
mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar serta kebaikan dan
kelemahan penggunaan e-learning berdasarkan persepsi pelajar. Seramai 169
responden daripada pelajar tahun lima Fakulti Pendidikan UTM yang mengambil
subjek pembangunan multimedia telah dipilih untuk tujuan kajian ini. Dalam kajian
rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.8560. Data telah dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for Social
Science) untuk mendapatkan frekuensi , peratusan, min dan sisihan piawai bagi
setiap item dalam borang soal selidik. Semua faktor yang dikaji iaitu isi kandungan,
inisiatif pensyarah, inisiatif pelajar, kegunaan, kesenangan untuk diguna dan
rekabentuk didapati berada pada tahap pengaruh yang tinggi iaitu antara 3.34 hinnga
5.00. Hasil analisis ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar suka
menggunakan e-learning kerana ia membolehkan pelajar untuk memuat turun nota-
nota kuliah dengan cepat dan mudah.
vi
ABSTRACT
Nowadays the technology development and the improvements of the
importance of information delivering through internet have brought to the
application of electronic learning. By that, the application of e-learning in education
field In Malaysia has begun when the local universities provide diploma or degree
course through distance learning. Thus this research have done for the purpose to
study the factors that influence the using of e-learning among UTM students. Then,
the research also aims to identify the problems encounter by student and advantages
and disadvantages when using e-learning based on the perceptions of students. For
the purpose of this research, 169 UTM firth years students from education faculty
that taking multimedia development subject have been selected as the respondents.
Reliability of the research instrument had alpha values of 0.8560. Data have been
analyzed by using SPSS 10.0 for Windows (Statistical Package for Social Science)
and is presented in forms of frequency, percentage, mean and standard deviation for
each item in the questionnaire. All the factors in this research which are content,
lecturer initiative, student’s initiative, ease of use, usefulness, and design were found
in highest influential level that is between 3.34 to 5.00. The findings of the research
signify that most of the students like to use e-learning because it enables students to
download the notes easily and faster
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan 9
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Operasi 11
1.8.1 Faktor 11
1.8.2 Penggunaan 11
1.8.3 E-learning 12
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 14
2.2 Konsep E-learning 14
2.3 Kerangka E-learning 16
2.4 Kebaikan E-learning 19
2.5 Perkembangan Penyelidikan
E-learning UTM 21
2.6 Pelaksanaan E-learning UTM 22
2.6.1 Matlamat Pelaksanaan
E-learning UTM 23
2.6.2 Kemudahan-kemudahan
E-learning UTM 23
2.6.2.1 Kemudahan
-kemudahan Utama 23
2.6.2.2 Kemudahan
-kemudahan Lain 25
2.6.3 Kelebihan E-learning UTM 26
2.6.4 Keperluan Asas Untuk
Mengakses E-learning UTM 26
2.6.5 Cara Menggunakan E-learning 27
2.7 Perisian Sumber Terbuka Moodle 28
2.8 Faktor-faktor Penggunaan E-learning 31
2.8.1 Isi Kandungan 31
2.8.2 Inisiatif Pelajar 32
2.8.3 Inisiatif Pensyarah 33
ix
2.8.4 Kegunaan 35
2.8.5 Kesenangan Untuk Diguna 36
2.8.6 Reka bentuk E-learning 37
2.9 Jenis-jenis Instrumen Kajian 37
2.9.1 Soal Selidik 38
2.9.2 Temubual 39
2.10 Kajian-kajian Berkaitan 39
2.10.1 Kajian Dalam Negeri 39
2.10.2 Kajian Luar Negeri 43
2.11 Kesimpulan 45
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 46
3.2 Rekabentuk Kajian 46
3.3 Tempat Kajian 47
3.4 Populasi Kajian 47
3.5 Sampel Kajian 47
3.6 Instrumen Kajian 49
3.7 Prosedur Kajian 52
3.8 Kajian Rintis 52
3.9 Kaedah Pengumpulan Data 53
3.10 Kaedah Penganalisisan Data 54
3.10.1 Kaedah Analisis Kuantitatif 54
3.10.2 Kaedah Analisis Kualitatif 57
3.11 Penutup 58
BAB IV ANALISIS HASIL KAJIAN
4.1 Pengenalan 59
x
4.2 Persoalan Kajian 1 60
4.2.1 Faktor Isi Kandungan 60
4.2.2 Faktor Inisiatif Pelajar 63
4.2.3 Faktor Inisiatif Pensyarah 66
4.2.4 Faktor Kegunaan 69
4.2.5 Faktor Kesenangan Untuk Diguna 71
4.2.6 Faktor Rekabentuk 74
4.2.7 Min Keseluruhan Faktor-faktor
Penggunaan E-learning 76
4.3 Persoalan Kajian 2: 77
4.3.1 Faktor Jantina 77
4.3.2 Faktor Kursus 78
4.3.3 Faktor Subjek Pembangunan
Multimedia 79
4.4 Persoalan Kajian 3 80
4.5 Persoalan Kajian 4 82
4.5.1 Kelebihan yang Wujud Dalam
Penggunaan E-learning Di Kalangan
Pelajar Tahun Lima Fakulti
Pendidikan UTM 82
4.5.2 Kelemahan yang Wujud Dalam
Penggunaan E-learning Di Kalangan
Pelajar Tahun Lima Fakulti
Pendidikan UTM 83
4.6 Persoalan Kajian 5 84
4.7 Penutup 85
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 86
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 86
5.2.1 Pencapaian Objektif Pertama 87
xi
5.2.2 Pencapaian Objektif Kedua 90
5.2.3 Pencapaian Objektif Ketiga 91
5.2.4 Pencapaian Objektif Keempat 93
5.2.5 Pencapaian Objektif Kelima 94
5.3 Kesimpulan 95
5.4 Cadangan 96
5.4.1 Cadangan Kepada Universiti
Universiti Malaysia 96
5.4.2 Cadangan Kepada Pengkaji-
Pengkaji Akan Datang 98
5.5 Penutup 99
RUJUKAN 100
LAMPIRAN 108-114
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Dimensi kerangka e-learning 17
3.1 Taburan Sampel Dan Populasi Mengikut Kursus
Dan Subjek 48
3.1 Taburan item-item soalan soal selidik 50
3.2 Taburan bentuk soalan mengikut bahagian 51
3.3 Taburan Skor Mengikut Skala Likert Lima Mata 51
3.4 Nilai kebolehpercayaan soal selidik 53
3.5 Pengelasan tahap pengaruh faktor isi kandungan
berdasarkan analisis skor min 55
3.6 Pengelasan tahap pengaruh faktor inisiatif individu
berdasarkan analisis skor min 55
3.7 Pengelasan tahap pengaruh faktor inisiatif
pensyarah berdasarkan analisis skor min 55
3.8 Pengelasan tahap pengaruh faktor kegunaan
berdasarkan analisis skor min 55
3.9 Pengelasan tahap pengaruh faktor kesenangan
untuk diguna berdasarkan analisis skor min 56
3.10 Pengelasan tahap pengaruh faktor rekabentuk
berdasarkan analisis skor min 56
3.11 Pengelasan tahap masalah pelajar berdasarkan
analisis skor min 56
3.12 Penentuan perbezaan signifikan 57
4.1 Analisis Mengenai Isi Kandungan Sebagai Faktor
Penggunaan E-learning. 61
xiii
4.2 Analisis Mengenai Inisiatif Pelajar Sebagai Faktor
Penggunaan E-learning. 64
4.3 Analisis Mengenai Inisiatif Pensyarah Sebagai
Faktor Penggunaan E-learning. 67
4.4 Analisis Mengenai Kegunaan Sebagai Faktor
Penggunaan E-learning. 70
4.5 Analisis Mengenai Kesenangan Untuk Diguna
Sebagai Faktor Penggunaan E-learning 72
4.6 Analisis Mengenai Reka Bentuk Sebagai Faktor
Penggunaan E-learning. 75
4.7 Min keseluruhan bagi Faktor –faktor Penggunaan
E-learning 77
4.8 Ujian-t Bagi Membandingkan Min Antara Lelaki
Dengan Perempuan 78
4.9 Ujian-t Bagi Membandingkan Min Antara Sarjana
Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
denganSarjana Muda Sains Serta Pendidikan 79
4.10 Ujian-t Bagi Membandingkan Min Antara Subjek
Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM
dengan Web 80
4.11 Analisis Mengenai Masalah-masalah yang Dihadapi
Oleh Pelajar 81
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kerangka e-learning Badrul Khan 18
2.2 Ciri-ciri yang terdapat pada portal E-Pembelajaran 30
UTM
xv
SENARAI SIMBOL
AIMS - Academic Information Management System
CAI - Computer-Aided Instruction,
CD-ROM - Compact disc-read only memory
CICT - Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi
CMS - Course Management System
HTML - Hypertext Markup Language
ICT - Teknologi maklumat dan komunikasi
ITHO - Institut Teknologi Tun Hussein Onn
FKA - Fakulti Kejuruteraan Awam
LAN - Rangkaian komputer setempat
LMS - Learning Management Systems
OSS - Open source software,
PPPJJ - Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Islam)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)
SPL - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (TESL)
SPN - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)
SPS - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
SPSS - Statistical Package for Social Science
SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta Pendidikan
(Matematik)
TAM - Technology Acceptance Model
UNITAR - UniversitiTun Abdul Razak
UNITEM - Universiti Terbuka Malaysia
UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris
xvi
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
VLE - Virtual Learning Environments
WAN - Rangkaian komputer meluas
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 108
B Jadual penentuan saiz sampel Krejcie dan Morgan 114
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak dilahirkan, manusia mula mengalami proses pembelajaran yang
berterusan. Setiap hari, kita belajar secara tidak formal melalui aktiviti kehidupan
harian dan persekitaran. Apabila sudah cukup umur, kita menerima pendidikan
formal di sekolah dan institusi untuk mencapai matlamat kurikulum tertentu.
Merujuk kepada Ellington, Henry (1999), pembelajaran ialah perubahan kekal
secara relatif dalam tingkah laku manusia hasil daripada latihan atau pengalaman.
Manusia belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
pelbagai bidang supaya dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang
berlaku dalam kehidupan harian.
Sekiranya kita meninjau kaedah pembelajaran yang ada di seluruh dunia pada
hari ini, kita mendapati bahawa konsep pembelajaran sudah berubah.
Perkembangan teknologi dan peningkatan kepentingan penghantaran maklumat
berkomputer telah membawa kepada e-learning atau e-pembelajaran. Menurut
Mosher, (2005), e-learning telah mengubah lanskap pembelajaran dari pengajaran di
bilik darjah kepada pembelajaran di depan desktop. Oleh itu, pembelajaran menjadi
hal yang peribadi dan strategi penilaian yang efektif menjadi semakin penting.
2
Berbeza dengan pembelajaran atas talian(online learning), e-learning
merupakan pembelajaran yang berasaskan teknologi (technology-based learning).
Merujuk kepada Washington State Department of Personnel, Training and
Development Service (2001), e-learning ialah penghantaran kandungan menerusi
semua media elektronik, termasuk Internet, intranets, penyiaran satelit, pita audio
atau video, TV interaktif dan CD-ROM (Compact Disc-Read Only Memory). Oleh
itu, pelajar boleh mengalami proses pembelajaran menggunakan CD-ROM atau
melayari Internet tanpa kekangan masa, tempat dan ruang.
Semasa Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menghadapi masalah untuk
memberikan latihan yang konsistensi kepada tentera yang bertaburan di seluruh
dunia. Sebagai penyelesaian filem telah digunakan untuk melatih tentera. Oleh itu,
filem latihan tentera merupakan teknologi pembelajaran yang pertama dan dikuti
oleh televisyen, latihan berasaskan komputer (computer-based training) dan
teknologi lain. Namun, teknologi-teknologi tersebut tidak mendatangkan kesan
yang nyata terhadap pembelajaran. (Rosenberg, M. J., 2001)
Pengenalan Internet pada tahun 1980an telah membuka lembaran baru dalam
dunia pendidikan. Ini kerana Internet adalah satu institusi pendidikan tersendiri
yang penuh dengan maklumat dan sumber. Dengan Internet, pengguna boleh
melakukan pembelajaran kendiri untuk mencapai pelbagai jenis maklumat dan
sumber rujukan yang dikehendaki. Perkembangan Internet telah membawa kepada
e-learning menerusi Internet yang berpotensi membawa perubahan dan kesan yang
ketara dalam bidang pendidikan.
E-learning sememangnya merupakan suatu strategi baru dalam bidang
pendidikan yang berbeza dengan kaedah pembelajaran tradisional yang diamalkan.
E-learning membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kendiri dengan lebih
berkesan. Pelajar boleh memilih tempat, masa, kandungan dan hala tuju
pembelajaran mengikut kehendak sendiri. Selain itu, e-learning juga dianggap dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selesa kerana komunikasi boleh
dijalankan sama ada secara asynchronous ataupun synchronous. (Jamaludin
3
Mohaidin, 2000; Rosenberg, M. J., 2001; Mosher, 2005; Broadbent, Brooke., 2002;
Shea-Schultz dan Fogarty, 2002)
Satu kajian besar tentang keberkesanan pembelajaran atas talian (online
learning) telah menunjukkan bahawa pembelajaran menerusi Internet adalah sesuai
untuk pendidikan tahap pengajian tinggi. Berbanding dengan kelas tradisional,
kursus yang dilaksanakan atas talian mencatatkan tahap kepuasan pelajar yang lebih
tinggi, pencapaian pelajar yang sama atau lebih tinggi, tahap pemikiran kritikal yang
lebih tinggi dan perbincangan di antara pelajar dengan pengajar adalah lebih kerap.
(Kearsley, Greg., et al, 1995)
Di Malaysia, aplikasi e-learning dalam bidang pendidikan telah bermula
apabila universiti-universiti tempatan menawarkan kursus-kursus diploma dan ijazah
melalui pendidikan jarak jauh. Sebenarnya sistem pendidikan jarak jauh yang
dilakukan secara jarak jauh membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku tanpa kekangan masa, tempat dan ruang pembelajaran melalui penggunaan
pelbagai media elektronik. Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan universiti
tempatan pertama yang memulakan konsep pendidikan jarak jauh pada tahun 1971.
Pada tahun 1998, telah muncul sebuah universiti maya yang pertama di Malaysia
iaitu Universiti Tunku Abdul Razak (UNITAR). UNITAR telah menawarkan
program e-learning yang membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran secara
atas talian (online).
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai sebuah universiti yang bervisi
untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan akademik dan teknologi bertaraf dunia
melalui kreativiti sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan ini dapat dibuktikan
melalui pelancaran UTM sebagai sebuah Kampus Siber pada 16 Jun 1997. Salah
satu aplikasi pembangunan projek kampus siber UTM ialah pelaksanaan program e-
learning. Program e-learning telah dikembangkan dan dilaksanakan dengan
menggunakan perisian WebCT pada semester II sesi 2001/2002 dan kemudian
4
bertukar menggunakan perisian sumber terbuka (open source) Moodle sebagai
platform e-learning yang baru.
Dengan itu, dalam lembaran seterusnya, satu kajian akan dijalankan
mengenai faktor-faktor penggunaan e-learning di kalangan pelajar Fakulti
Pendidikan UTM yang akan dibincangkan dengan terperinci. Adalah diharapkan
kajian ini akan memberikan sumbangan kepada penggunaan e-learning di UTM dan
seterusnya membantu merealisasikan Wawasan 2020 dan mencapai taraf negara
maju.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pertumbuhan maklumat secara eksponen menjadikan keperluan untuk belajar
semakin penting. Namun, kaedah pembelajaran tradisional adalah tidak
menginzinkan kita untuk belajar pada kadar kelajuan yang sepatutunya.
Di Malaysia, bermula dari sebuah universiti pada tahun 1957 telah mencapai
37 buah universiti awam dan swasta pada hari ini. Matlamat Malaysia ialah terdapat
40 peratus pelajar lepasan sekolah yang melanjutkan pelajaran mereka ke
pendidikan pengajian tinggi pada tahun 2020. (David, et al,. 2004) Dengan itu,
bilangan universiti yang lebih banyak adalah diperlukan utuk menampung
pertumbuhan populasi pelajar. Walau bagaimanapun, penubuhan sesebuah
universiti memerlukan kos pembinaan dan pemeliharaan yang tinggi dan di samping
itu adalah sukar bagi kerajaan untuk memberikan penajaan yang sepenuhnya kepada
semua univeristi.
Di samping itu, pertambahan bilangan pelajar telah mengakibatkan
pengajaran tradisional kelihatan kurang dapat dilaksanakan secara berkesan lagi.
5
Hal ini demikian kerana pengajaran secara kuliah akan menjadi sesi penyampaian
maklumat semata-mata kerana bilangan pelajar yang ramai. Selain itu, interaksi
pelajar dengan pensyarah secara individu turut menjadi mustahil. Kaedah
pengajaran yang pelbagai selain bentuk kuliah seperti perbincangan kumpulan,
pembentangan kertas penyelidikan di seminar pendidikan, percambahan fikiran dan
lain-lain adalah susah untuk dilaksanakan. Bilik kuliah yang besar untuk
menampung bilangan pelajar yang ramai juga akan menyebabkan penggunaan alatan
media menjadi kurang berkesan dan seterusya mengurangkan motivasi
pembelajaran. Malah kesesakan dewan kuliah turut menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran menjadi tidak lagi kondusif. (Jamaludin, 2000)
Justeru itu, pembelajaran melalui e-learning merupakan satu alternatif yang
sesuai untuk menangani fenomena tersebut. Berdasarkan satu kajian yang
dijalankan oleh Ahmad, et al.,(2000) mahasiswa Institut Teknologi Tun Hussein
Onn (ITHO) menerima penggunaan kaedah laman Web Nicenet dalam
perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran sebagai satu alternatif untuk mereka
mudah berinteraksi dengan pensyarah berbanding dengan kaedah lazim yang
menurut mereka menimbulkan masalah. Selain itu, satu kajian yang dijalankan oleh
Mohd Koharuddin et al.,(2004) telah menunjukkan bahawa para pelajar UTM sedar
bahawa dengan menggunakan e-learning, mereka dapat memperolehi banyak nota
dan bahan pembelajaran tambahan. Menurutnya lagi, pelajar UTM bersetujui e-
learning dapat membantu dalam pencapaian akademik mereka.
Merujuk kepada pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian
Pendidikan Malaysia, Yang Bahagia Prof. Dr. Hassan Said (2002), Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan e-learning di
institusi pengajian tinggi sebagai salah satu strategi untuk meningkatkan penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan negara. Proses
pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk linear telah digantikan dengan bentuk
putaran dimana pelajar boleh bermula dengan belajar, bekerja dan kemudian balik
untuk belajar lagi. Buat masa ini, Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM) dan
6
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) merupakan dua buah universiti pembekal
utama dalam pendidikan maya.
Pengerusi Persatuan Kolej Swasta Malaysia, Dato’ Dr. Yahya Ibarahim
(2000) juga telah mengatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia telah berubah
daripada pendidikan konventional kepada pembelajaran elektronik atau e-learning
yang merupakan fokus konsep Sekolah Bestari negara kita. Selain itu, Prof Roy
Leitch (2000) telah mengatakan bahawa peratus keberkesanan penyampaian
pengetahuan daripada guru kepada pelajar hanyalah 30 peratus sahaja. Walau
bagaimanapun, beliau mempercayai bahawa pengajaran yang berkesan dapat
dipertingkatkan dengan penggunaan media elektronik.
Dengan yang demikian, penggunan e-learning sebagai suatu penambahan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah harus dipertingkatkan
di institusi-institusi pendidikan tinggi di Malaysia. Namun pelaksanaan e-learning
harus dikaji dengan teliti sama ada ia sesuai dilaksanakan di sesebuah institusi.
Selain itu, aspek keberkesanan dan faktor-faktor penggunaan e-learning juga harus
dikenalpasti supaya pelaksaaan e-learning mendatangkan kesan kebaikan daripada
keburukan.
1.3 Penyataan masalah
Selari dengan matlamat Projek e-learning, UTM menekankan bahawa
maklumat mata pelajaran, nota kuliah, kuiz, tugasan dan perbincangan hendaklah
boleh diakses oleh para pelajar melalui rangkaian komputer sendiri. Dengan itu,
fakulti pendidikan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran melalui e-learning sebagaimana yang disarankan oleh
pihak UTM.
7
Melalui sistem e-learning, setiap pelajar Fakulti Pendidikan yang berdaftar
berpeluang untuk mengakses maklumat mata palajaran masing-masing pada bila-
bila masa dan di mana juga. Pelaksanaan e-learning telah menyediakan banyak
manfaat kepada pelajar. Antaranya ialah menyediakan kemudahan untuk
menyokong proses pembelajaran yang lebih fleksibel, meningkatkan kefahaman dan
minat pelajar, menyediakan kemudahan untuk belajar mengikut kemampuan,
mendedahkan kepada pelajar konsep pendidikan tanpa batas, dan menggalakkan
pelajar menjadi lebih kreatif.
Sejak pelaksanaan e-learning, pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan (FP)
terutamanya pensyarah di bawah Jabatan Multimedia Pendidikan telah bertungkus-
lumus untuk memanfaatkan penggunaan e-learning dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Didapati pensyarah selalu mengemaskimi kandungan dan maklumat
mata pelajaran di laman web e-learning UTM. Pelajar-pelajar telah digalakkan oleh
pensyarah untuk menggunakan e-learning bagi menghantar tugasan dan mengambil
kuiz atas talian (online quiz).
Menurut Prof. Dr. Jamalludin Harun (2004) , tahap penggunaan e-learning di
kalangan pelajar FP adalah tertinggi di antara fakulti-fakulti UTM pada semester II
sesi 2004/2005. Menurut beliau lagi, pernah satu ketika hits ke pelayan (server) e-
learning UTM oleh pelajar yang mengambil matapelajaran pendidikan mencapai
jumlah melebihi 1500 dalam satu jam.
Dalam konteks kajian ini, masalah yang diketengahkan oleh pengkaji adalah:
1. Penggunaan e-learning merupakan sesuatau yang agak baru di
kalangan pelajar fakulti pendidikan. Oleh itu, ia masih perlu dikaji
dengan terperinci untuk mengembangkan pelaksanaan e-learning di
UTM
2. Kebanyakan kajian yang dijalankan terhadap e-learning di Malaysia
atau luar negara adalah berkaitan dengan penerimaan e-learning.
8
Oleh itu, kajian perlu dijalankan untuk mengetahui faktor-faktor
penggunaan e-learning.
3. Program e-learning UTM yang dilaksanakan dengan menggunakan
perisian sumber terbuka Moodle hanya bermula semenjak semester II
sesi 2004/05. Oleh itu, adalah perlu untuk menjalankan kajian untuk
mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna
supaya kelemahan yang wujud dapat dibaiki.
1.4 Objektif Kajian
1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun lima
Fakulti Pendidikan UTM menggunakan e-learning UTM dari enam
aspek utama iaitu isi kandungan, inisiatif individu, inisiatif
pensyarah, kegunaan (usefullness) , kesenangan untuk diguna (ease of
use), dan reka bentuk e-learning.
2. Mengenal pasti perbezaan signifikan bagi faktor demografi seperti
jantina, kursus dan subjek pembangunan multimedia terhadap
penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun lima Fakulti
Pendidikan UTM.
3. Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun
lima Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan e-learning
4. Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam
penggunaan e-learning di kalangan pelajar tahun lima Fakulti
Pendidikan UTM
5. Mengemukakan cadangan untuk meningkatkan keberkesanan
penggunaan e-learning UTM.
9
1.5 Persoalan Kajian
1. Apakah faktor-faktor penggunaan e-learning di kalangan pelajar
tahun lima Fakulti Pendidikan UTM?
2. Adakah faktor demografi yang terpilih seperti jantina, kursus dan
subjek pembangunan multimedia mempunyai perbezaan signifikan
terhadap penggunaan e-learning pelajar?
3. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun lima
Fakulti Pendidikan UTM semasa menggunakan e-learning?
4. Apakah kelebihan dan kelemahan yang wujud dalam penggunaan e-
learning UTM?
5. Apakah cadangan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan e-
learning UTM ?