International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
ANALISIS HADITH MUKHTALIF: HADITH TELAGA BUDA’AH DAN HADITH DUA KOLAH
NIK MOHD NABIL B. IBRAHIM @ NIK HANAFI
WAN HAKIMIN BIN WAN MOHD NOR
AHMAD FAQIH B. IBRAHIM
MOHAMMAD HAZWAN B. HAMRI
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bangi, Selangor.
ABSTRAK
Hadith Mukhtalif merupakan hadith maqbul yang seakan-akan bercanggah dan bertentangan
dari segi makna zahirnya. Kesan daripada percanggahan tersebut menyebabkan kekeliruan dan
salah anggap kepada hadith Rasulullah SAW. Ini akan memberi peluang keemasan kepada
musuh-musuh Islam untuk menghina dan memburukkan peribadi Rasulullah SAW dan hadith-
hadith baginda. Kajian ini bertujuan menjelaskan isu perbezaan hadith bagi menghindari
kekeliruan dan prasangka yang boleh menggugat keyakinan umum terhadap status sesuatu
hadith. Perkara ini amat penting khususnya kepada para fuqaha’ yang berusaha mengistinbat
hukum-hakam melalui hadith. Di samping menjadi kekuatan kepada para muhaddithin dalam
memberi maklum balas terhadap golongan liberalis yang sengaja menyandarkan hujah
penolakan hadith (anti-hadith) menerusi isu perbezaan hadith. Kajian ini menggunakan
metodologi kualitatif dengan rekabentuk analisis kandungan karya-karya hadith dan fiqh yang
membahaskan persoalan percanggahan hadith dan hukum hakam taharah khususnya tentang
air. Dapatan kajian ini menunjukkan kedua-dua hadith adalah sabit daripada Rasulullah SAW
akan tetapi terdapat percanggahan makna secara literalnya yang kesudahannya membawa
kepada khilaf muktabar di antara mazhab-mazhab fiqh.
Kata Kunci: mukhtalif hadith, telaga buda’ah, dua kolah, fiqh, mazhab.
PENDAHULUAN
Hadith diyakini oleh umat Islam sebagai sumber kedua ajaran agama Islam setelah al-Quran.
Sebagai salah satu sumber ajaran Islam, secara prinsip hadith tidak mungkin bertentangan
dengan dalil yang lain, baik dengan sesama hadith, dalil al-Quran mahupun ijma’. Sebab
kebenaran tidak akan bertentangan dengan kebenaran.Seandainya ada pertentangan, maka hal itu
hanya kelihatan di luarannya sahaja.Bertitik tolak dari prinsip ini, maka timbul usaha para ulama
untuk menyelesaikan persoalan ketika mendapati teks-teks hadith yang kelihatan saling
bertentangan. Hadith-hadith yang kelihatan bertentangan ini biasanya disebut dengan istilah
Ikhtilaf atau Mukhtalif al-Hadith.
Berbagai hadith yang mukhtalif telah dikumpul oleh ulama dalam kitab-kitab khusus.
Sejarah mencatat bahawa ulama yang mempelopori kegiatan ini adalah Imam al-Syafi`ie dengan
karyanya Ikhtilaf al-Hadith. Disusuli kemudiannya oleh Ibn Qutaibah dengan kitabnya Ta'wil
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Mukhtalif al-Hadith. Seterusnya pula al-Thahawi dengan judul kitabnya Musykil al-Athar,
kemudian Ibnu Khuzaimah, Ibn Jarir, Ibn al-Jauzi serta para ulama yang lain.Para ulama
sependapat bahawa hadith-hadith yang kelihatan bertentangan harus diselesaikan sehingga
hilanglah pertentangan itu. Cuma ulama berbeza pendapat dalam menyelesaikan pertentangan
yang berlaku tersebut. Kertas kerja yang ringkas ini akan membincangkan contoh dua hadith
yang kelihatan zahirnya bertentangan, iaitu hadith ٌ dengan hadith
.
1.1 PENGERTIAN MUKHTALIF HADITH
1.1.1 Dari Segi Bahasa
Secara bahasa mukhtalaf ( ) adalah isim maf’ul dari kata ikhtalafa ( ) yang
bererti perselisihan dua hal atau ketidaksesuaian dua hal, secara umum apabila ada dua hal yang
bertentangan, hal tersebut dikatakan mukhtalaf atau ikhtilaf. Manakala mukhtalif ( ) pula
adalah bentuk isim fa’il dari kata اختلف. Menurut Ibn Mandhur (1990: 9/91), ihktilaf merujuk
pada makna (tidak serasi/tidak sepadan) dan (segala sesuatu yang tidak
sama/beragam), hal ini dapat dilihat dalam al-Quran melalui firman Allah SWT yang bermaksud:
“…dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman Yang berlainan (bentuk,
rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, Yang bersamaan (warnanya atau
daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya)…” (Surah al-An’am 6:141)
Sedangkan menurut Lois Ma’luf (1994: 966), ikhtilaf mempunyai beberapa makna di antaranya:
i) (bertentangan).Secara bahasa kata merupakan masdar dari kata yang
bererti: (berlawanan) dan (saling berjauhan). Secara istilah, Lois Ma’lûf
mengartikan (dua hal yang saling berlawanan yang
menimbulkan perbezaan antara satu dengan yang lainnya)
ii) (beragam) atau (bermacam-macam).
iii) (saling bertolak belakang).
1.2.2 Dari Segi Istilah
Terdapat pelbagai pendefinisian berkaitan ilmu mukhtalif al-hadith dari segi istilah yang
dinyatakan oleh para ulama, antaranya:
i) Menurut ‘Ajjaj al-Khathib (1997: 283), bahawa ilmu mukhtalif al-hadith, ialah:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
“Ilmu yang membahas hadith-hadith, yang menurut zahirnya saling bertentangan atau
berlawanan, kemudian pertentangan tersebut dihilangkan atau disepadankan antara keduanya,
sebagaimana membahas yang sukar dipahami kandungannya, dengan menghilangkan
kesukarannya serta menjelaskan hakikatnya.”
ii) Menurut definisi yang diberikan oleh Subhi al-Salih (1979: 111) lain menyatakannya
sebagai:
“Ilmu yang membahas hadith-hadith yang menurut lahirnya saling bertentangan, karena
adanya kemungkinan dapat disepadankankan, baik dengan cara mentaqyid kemutlaqkannya,
atau mentakhsis keumumannya, atau dengan cara membawanya kepada beberapa kejadian
yang bersesuaian dengan hadith tersebut, dan lain-lain.”
iii) Dr. Mahmud al-Thahan menjelaskan secara sederhana, bahawa mukhtalif hadith adalah:
“Hadith yang diterima dan bertentangan dengan sesamanya serta memungkinkan
dihimpunkankan antara keduanya.” (Abdul Majid Khon 2011: 201)
iv) Pendapat al-Nawawi yang dinukilkan oleh al-Suyuti pula menyatakannya:
“Hadith-hadith mukhtalif ialah dua hadith yang saling bertentangan pada makna lahiriahnya
(namun makna sebenarnya bukanlah bertentangan). Maka keduanya dihimpunkan atau
ditarjih (untuk mengetahui mana yang kuat diantaranya).”
v) Pendapat al-Tahanuwiy menjelaskan bahawa:
“Wujudnya dua buah hadith (sama-sama dalam kategori) yang saling bertentangan pada
makna lahiriahnya, maka dihimpunkan kedua-duanya seterusnya menafikan pertentangan
yang wujud.”
Dari beberapa pengertian yang di sebutkan oleh para ulama di atas, dapat difahami dan
disimpulkan bahawa pengertian ilmu mukhtalif al-hadith ini meliputi:
i) Terjadi pertentangan yang melibatkan dua hadith
ii) Pertentangan bersifat lahiriah
iii) Pertentangan itu diselesaikan dengan beberapa cara tertentu.
1.2 FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN MUKHTALIF AL-HADITH
Secara lebih khususnya, faktor-faktor yang membawa kepada kewujudan hadith mukhtalif adalah
sebagai berikut (Abdul Mustaqim 2008: 87):
i) Faktor Dalaman (al-‘Amil al-Dakhili)
Biasanya terdapat ‘illat (cacat) di dalam hadith tersebut yang seterusnya mengakibatkan
kedudukan hadith tersebut menjadi dha’if, dan secara automatik hadith tersebut ditolak ketika
hadith tersebut berlawanan dengan hadith sahih.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
ii) Faktor Luaran (al-‘Amil al-Khariji)
Iaitu faktor yang disebabkan oleh konteks penyampaian dari nabi, yang mana menjadi ruang
lingkup dalam hal ini adalah waktu dan tempat di mana nabi menyampaikan hadithnya.
iii) Faktor Metodologi (al-‘Amil al-Manhaji)
Iaitu berkaitan dengan cara bagaimana cara dan proses seseorang memahami hadith tersebut.
Ada sebahagian dari hadith yang difahami secara tekstual sahaja dan tidak secara kontekstual
iaitu dengan kadar keilmuan dan kecenderungan yang dimiliki oleh seorang yang memahami
hadith, sehingga menyebabkan lahirnya hadith-hadith yang mukhtalif.
iv) Faktor Ideologi
Iaitu berkaitan dengan ideologi sesuatu mazhab dalam memahami suatu hadith, sehingga
memungkinkan terjadinya perbezaan dengan berbagai aliran yang sedang berkembang.
1.3 KAEDAH MENYELESAIKAN MUKHTALAF HADITH
1.2.1 Kaedah al-Jamcu
Kaedah ini dilakukan dengan cara menyatukan ataupun menggabungkan dua hadith yang
kelihatan saling bertentangan dan kedua-dua hadith tersebut mestilah sahih. Para ulama
berpendapat kaedah ini lebih baik didahulukan berbanding kaedah tarjih. Dalam salah satu
kaedah fiqh menyatakan mengamalkan suatu ucapan atau sabda itu lebih) حمالهإعمل القول خير من ا
baik daripada membiarkannya untuk tidak diamalkan). (Abdul Mustaqim 2008: 88)
Usaha menggabungkan kedua-dua hadith ini dapat dilakukan melalui beberapa jenis
pendekatan yang lebih terperinci sebagaimana berikut (Hammad 1992: 146-188)
i) Digabungkan dengan diterangkan perbezaan dari aspek pengertian lafaz (madlul al-lafz).
ii) Digabungkan dengan diterangkan perbezaan dari aspek keadaan (al-hal).
iii) Digabungkan dengan diterangkan perbezaan dari aspek tempat (al-mahal).
iv) Digabungkan dengan diterangkan perbezaan dari aspek perintah dan larangan (al-amr wa
al-nahy).
v) Digabungkan dengan diterangkan perbezaan dari aspek umum dan khusus (al-‘am wa al-
khas).
vi) Digabungkan dengan diterangkan perbezaan dari aspek mutlaq dan muqayyad.
Selain itu ulama turut menetapkan beberapa syarat bagi membolehkan kaedah
menggabungkan kedua-dua hadith ini dilakukan, antaranya ialah(Hammad 1992: 142-145, al-
Hafnawiyy 1987: 264-266):
i) Hendaklah kedua-dua dalil tersebut sabit kehujahannya. Contohnya ta’arud antara dua
hadith. Jika salah satu daripada dua hadith tersebut tidak sabit kehujahannya seperti
hadith daif atau hadith shadh, maka secara sendirinya tidak berlaku percanggahan antara
kedua-dua hadith tersebut.
ii) Tidak membawa kepada pembatalan sebahagian atau kesuluruhan sesuatu nas syarak.
Apabila berlaku percanggahan antara dua dalil dan para mujtahid menggabungkan antara
kedua-duanya dengan mentakwilkan salah satu daripada dalil-dalil tersebut sehingga
menyebabkan kedua-dua dalil tersebut terbatal, maka ini tidak dikatakan sebagai al-jam’.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
iii) Pengumpulan atau penggabungan tersebut membawa kepada hilangnya pertentangan dan
perbezaan antara kedua-dua hadith yang terlibat. Jika tidak berlaku demikian maka tidak
boleh keadah al-jam’ ini digunakan.
iv) Kedua-dua hadith yang saling bertentangan berlakunya (warid) pada zaman yang sama.
Jika berlaku pada zaman yang berlainan, maka ia beralih kepada kaedah nasikh dan
mansukh.
v) Hendaklah pengumpulan atau penggabungan tersebut dengan tujuan dan cara yang betul.
vi) Sebahagian ulama menetapkan bahawa hendaklah kedua-dua dalil yang bercanggah itu
sama kuat. Jika salah satu dalil lebih kuat berbanding dengan dalil yang satu lagi, maka ia
telah menjadi proses tarjih. Syarat ini merupakan syarat al-jam’ bagi mazhab Hanafi dan
sebilangan daripada mazhab Syafi’e. Namun, jumhur ulama mengatakan bahawa
persamaan dua dalil yang bercanggah itu tidak menjadi syarat kepada al-jam’. Hal ini
boleh dilihat daripada petikan kata-kata Syeikh Jalal al-Din al-Mahalliyy bahawa antara
penggunaan al-jam’ dengan al-tarjih, maka penggunaan al-jam’ lebih utama walaupun
kedua-dua dalil itu tidak sama dari segi kekuatannya.
1.2.2 Kaedah al-Nasikh dan al-Mansukh
Pendekatan ini dilakukan jika kaedah al-jam’ tidak dapat dilakukan. Itupun jika data
sejarah kedua hadith yang ikhtilaf dapat diketahui dengan jelas. Tanpa mengetahui taqaddum
(yang terdahulu) dan taakhhur (terkemudian) dari kedua-dua hadith itu, kaedah nasakh mustahil
dapat dilakukan. (Daniel Juned 2010: 130). Ini kerana pendekatan nasakh membawa kepada
natijah menghapuskanhadith yang terlebih dahulu, kemudian mengamalkan hadith yang
terkemudian datangnya.
Sebagaimana kaedah al-jam’, para ulama turut meletakan beberapa syarat dalam proses
al-nasikh dan al-mansukh ini, antaranya (Hammad 1992: 195-197):
i) Hendaklah benar-benar wujud pertentangan antara dua dalil yang ingin dinasikh dan
dimansukhkan, serta benar-benar kedua-duanya tidak mampu melalui kaedah al-jam’.
ii) Tiap-tiap daripada dalil yang ingin dinasikh dan dimansukhkan itu merupakan suatu
hukum yang sabit pada nas syarak.
iii) Tidak melibatkan dalil atau hadith yang sememanya telah mansukh disebabkan ianya
dikaitkan dengan waktu-waktu ataupun tujuan-tujuan tertentu sahaja. Maka hadith-hadith
tersebut secara automatik termansukh apabila luputnya waktu atau tujuan yang
dimaksudkan.
iv) Hadith yang menjadi nasikh itu merupakan hadith yang datangnya terkemudian.
v) Tidak boleh dijadikan hadith yang terdahulu datangnya sebagai nasikh.
vi) Hendaklah kedua-dua hadith berkenaan mempunyai kekuatan yang sama. Dimaksudkan
dengan kekuatan tersebut ialah dari aspek sabitnya hadith-hadith tersebut dan juga
kekuatan kedua-duanya sebagai sumber pendalilan.
vii) Perkara yang dimansukhkan merupakan perkara yang harus seperti hukum-hukum syarak
berkaitan amalan. Adapun hukum-hukum berkaitan akidah, akhlak dan kisah-kisah
khusus, maka ianya tidak boleh dimansukhkan.
1.2.3 Kaedah al-Tarjih
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Tarjih dari segi bahasa bermaksud memberatkan dan menguatkan. Dalam Ilmu Usul
bermaksud memberatkan atau menguatkan satu keterangan atau beberapa keterangan di antara
keterangan-keterangan yang pada zahirnya kelihatan berlawanan.Tarjih adalah suatu usaha
untuk menentukan sanad atau matan yang lebih kuat pada hadith-hadith yang kelihatan ikhtilaf.
Tarjih merupakan usaha terakhir (untuk berpegang kepada salah hadith) yang mungkin
dilakukan dalam menyelesaikan hadith-hadith mukhtalif ketika pendekatan al-jam’dan nasakh
mengalami kebuntuan. Jika pada langkah terakhir ini perbezaan atau pertentangan tidak juga
dapat diselesaikan, maka hadith-hadith tersebut dikira sebagai tidak boleh diamalkan (tawaqquf).
Tegasnya di antara hadith-hadith yang pada zahirnya itu berlawanan, akan dipilih yang
mana kuat menurut beberapa syarat sebagaimana berikut (Hammad 1992: 222-225):
i) Kedua-dua hadith mempunyai persamaan terhadap pertentangan dari segi sabit dan hujah.
ii) Kedua-dua hadith yang bertentangan benar-benar tidak mungkin melalui pendekatan al-
jam’.
iii) Tidak berlaku salah satu daripadanya mansukh dan yang lainnya sebagai nasikh.
iv) Kedua-dua hadith tersebut bukanlah bersifat dhanni.
v) Tidak berlaku salah satu daripadanya dalilnya bersifat qat’i dan yang lainnya bersifat
dhanni.
vi) Hendaklah individu yang ingin melakukan proses tarjih ini memenuhi syarat sebagai
seorang mujtahid.
Manakaka cara melaksanakan proses tarjih ini boleh dilakukan berdasarkan beberapa
keadaan, sama ada berdasarkan keadaan sanad, matan ataupun faktor luaran sesuatu hadith yang
terlibat. Secara terperincinya, aspek-aspek yang diambil kira dalam proses tarjih ini adalah
seperti berikut (Hammad 1992: 228-286):
i) Keadaan Sanad (Jalan Hadith)
Keadan sanad ialah jalan atau susur galur hadith iaitu individu-individu yang
meriwayatkan hadith daripada baginda seperti yang tercatat dalam kitab-kitab
hadith.Sanad yang terbaik dan terkuat tersebut akan dipilih sebagai yang rajih. Berikut
merupakan beberapa faktor yang biasanya dilihat dan diteliti dalam proses mentarjih dari
aspek sanad ini, iaitu:
a) Hendaklah dipilih sanad yang diriwayatkan oleh ramai perawi daripada sanad yang
diriwayatkan oleh perawi yang sedikit bilangannya. Hal ini demikian kerana bilangan
perawi yang ramai menunjukkan keyakinan tentang kebenaran hadith tersebut.
b) Hendaklah dipilih daripada kalangan perawi yang lebih kuat dabit dan hafalannya
serta yang mempunyai lebih bersikap berhati-hati dan berwaspada berbanding perawi
yang lain.
c) Hendaklah dipilih perawi yang merupakan empunya kisah (sahib al-qissah)atau yang
menyertai di dalam sesuatu kejadian yang dinyatakannya kerana pada kebiasaannya
dia lebih mengetahuinya.
d) Hendaklah dipilih sanad yang diriwayatkan oleh orang yang lebih faqihdan tinggi
pengetahuannya, kerana dia lebih mengetahui maksud hadith yang diriwayatkannya.
e) Hendaklah dipilih hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang terkemudian memeluk
Islamnya berbanding perawi yang lain.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
f) Hendaklah dipilih hadith yang diriwayatkan melalui pendengaran berbanding yang
lain.
g) Hendaklah dipilih riwayat yang tidak menggunakan perkataan “عن” (dari), hal ini
demikian kerana perkataan tersebut tidak menunjukkan bahawa perawi tersebut yang
mendengar hadith itu daripada orang menceritakannya, kemungkinan dia mendengar
dari orang lain, tetapi dia tidak mahu menyatakan nama disebabkan beberapa sebab.
h) Hendaklah dipilih hadith yang diperolehi secara musyafahah dan dilihat
(musyahadah) berbanding dadith yang diperolehi dari sebalik tabir atau tirai.
i) Hendaklah dipilih sahabat yang banyak bergaul dengan Rasulullah SAW. kerana pada
kebiasaannya lebih memahami berbanding perawi yang kurang bergaul dengan
baginda.
j) Hendaklah dipilih dari kalangan perawi yang mempunyai sifat terpuji melalui
pengalaman berbanding yang diketahui melalui pengkhabaran yang zahir.
k) Hendaklah dipilih perawi yang menghafal lafaz hadith daripada perawi yang
mengingati makna sesuatu hadith.
l) Hendaklah dipilih perawi yang tetap hafalannya walaupun telah tua.
m) Hendaklah dipilih hadith atau riwayat daripada perawi yang menyatakan sebab
sesuatu hadith atau riwayat yang dibawa oleh seseorang perawi.
n) Hendaklah dipilih riwayat orang yang telah baligh yang mendengar hadith daripada
orang yang belum baligh.
ii) Keadaan Matan (Isi hadith)
Matan ialah kandungan hadith atau kandungan riwayat iaitu pengkhabaran selepas orang
yang menceritakannya. Sebagai contoh, sabda nabi SAW. adalah matan.Untuk memilih
matan yang lebih kuat daripada matan yang lain, terdapat beberapa kaedah, antaranya
ialah:
a) Memilih kandungan hadith yang terpelihara daripada sebarang kecelaruan (idtirab).
b) Memilih kandungan hadith yang mengandungi hikmah dan sebab (‘illah).
c) Memilih kandungan hadith yang mengandungi penegasan.
d) Memilih kandungan hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW. secara bentuk
nas dan juga perkataan
e) Memilih kandungan hadith yang fasih bahasanya kerana kefasihan dapat menguatkan
kepercayaan bahawa hadith tersebut diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w.
f) Memilih matan yang menunjukkan maksud yang jelas daripada yang mengandungi
sindiran.
g) Memilih matan yang sesuai dengan bahasa yang digunapakai dalam agama.
h) Memilih matan yang tidak memerlukan bantuan keterangan daripada yang lain. Hal
ini bermaksud matan yang jelas dan difahami.
iii) Keadaan Faktor Luaran
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Keadaan luaran bermaksud perkara selain daripada yang dinyatakan di atas.
Terdapat beberapa perkara berkaitan faktor luaran yang perlu dilihat ketika menggunakan
pendekatan tarjih ini, antaranya:
a) Hendaklah dipilih hadith yang selari dengan ayat al-Quran.
b) Hendaklah dipilih hadith yang selari dengan hadith yang lain.
c) Hendaklah dipilih hadith yang selari dengan qias.
d) Hendaklah dipilih hadith yang selari dengan khulafa’ al-rasyidin.
e) Hendaklah dipilih hadith yang selari dengan amalan atau perbuatan penduduk
Madinah (ahl al-Madinah).
Setelah diketahui syarat serta kaedah mentarjih sesuatu hadith, maka barulah boleh
dilakukan proses tarjih terhadap hadith yang terlibat.
1.2.4 Kaedah al-Tawaqquf
Tawaqquf secara bahasa bererti mendiamkan atau menghentikan. Maksudnya adalah kita tidak
mengamalkan kedua hadith yang kelihatan bertentangan sehingga ditemui adanya keterangan
yang rasional untuk mengukuhkan hadith mana yang boleh diamalkan. (Abdul Mustaqim 2008:
98). Tawaqquf tidak boleh lagi dilakukan jika telah wujud atau datangnya keterangan serta bukti
melalui penelitian ilmu pengetahuan, sains atau yang lain.
ANALISIS MUKHTALIF HADITH TELAGA BUDA’AH DAN HADITH DUA KOLAH
PERCANGGAHAN HADITH
Hadith-hadith tentang kesucian air atau hadith-hadith Telaga Buda’ah menunjukkan secara
umum bahawa air tidak dapat dinajisi dengan apa sekalipun tanpa melihat kepada sukatan air
atau ukuran tempat penyimpanannya. Namun, sebaliknya hadith-hadith dua kolah / qullatain
menyatakan apabila sukatan air mencapai dua kolah maka, ia tidak dapat dinajisi atau
menanggung kotoran. Sebaliknya, jika kurang daripada itu ia mampu dinajisi dan dikotori
sekalipun tidak mengubah sifat air iaitu warna, bau atau rasanya.
HADITH TELAGA BUDA’AH
.
Maksudnya: Daripada ‘Ubaidillah bin ‘Abdullah bin Rafi' bin Khadij dari Abu Sa'id al-Khudri
bahawasanya pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW; "Bolehkan kita berwudhu’ dari telaga
Buda'ah? Iaitu telaga yang dilemparkan ke dalamnya bekas kotoran haid, bangkai anjing, dan
sesuatu yang berbau busuk." Rasulullah SAW menjawab: "Air itu suci, tidak ada sesuatu pun
yang dapat menajiskannya.” (Riwayat Abu Daud, al-Nasaie dan al-Tirmidhi. Disahihkan oleh
Ahmad, Yahya bin Ma’in dan Ibn Hazm).
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Takhrij Hadith
Perawi: Abu Sa’id al-Khudriy RA. Beliau adalah orang ke tujuh yang banyak meriwayatkan
hadith dari Rasulullah SAW. Telah meriwayatkan 1170 hadith. Sahabat beliau pernah meminta
daripadanya agar mengizinkan mereka menulis hadith yang mereka dengar darinya. Ia menjawab
“Jangan sekali kali kalian menulisnya dan jangan kalian menjadikan sebagai bacaan, tetapi
hafallah sebagaimana aku menghafalnya”. Nama aslinya adalah Sa’ad bin Malik bin Sinan.
Ayahnya Malik bin Sinan syahid dalam peperangan Uhud, beliau seorang Khudri nasabnya
bersambung dengan Khudrah bin Auf al-Harith bin al-Khazraj yang terkenal dengan jolokan
“Abjar” (Ibn Hajar al-‘Asqalani 2008: 1/696).
Hadith ini juga diriwayatkan daripada Abu Umamah al-Bahili RA. Nama sebenar Abu
Umamah ialah Sudaiy bin ‘Ajlan yang kemudiannya menetap di Syam dan wafat pada tahun 86H
(Ibn Hajar al-‘Asqalani :452). Hadith yang dimaksudkan ialah:-
Maksudnya: Daripada Abu Umamah al-Baahiliy RA beliau berkata, Rasulullah
SAW bersabda , " Sesungguhnya air tidak ada sesuatupun yang dapat menajiskannya kecuali yang
mendominasi (mencemari) bau, rasa, dan warnanya ."Dikeluarkan oleh Ibn Majah, didaifkan
oleh Abu Hatim. Dalam riwayat al-Baihaqi " Air itu suci kecuali jika berubah bau, rasa atau
warna oleh najis yang terkena padanya".
Namun, para Huffaz sepakat mendaifkan sanadnya sepertimana yang dicatatkan oleh al-
Zaila’ie di dalam Nasab al-Rayah 1/94 dan Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam al-Dirayah 1/52
kerana di dalam sanadnya seorang perawi daif iaitu Rusydan bin Sa’d. Akan tetapi tambahan ini
sahih maknanya dan dipakai fiqhnya oleh para fuqaha’. Al-Amir al-Son’ani menukilkan
perkataan Ibn al-Munzir: “Para ulama’ telah bersepakat bahawa air yang sedikit dan banyak jika
ada najis jatuh ke dalamnya lalu mengubah rasa, warna atau baunya maka air itu najis, maka
ijma’ (kesepakatan ulama’) adalah dalil atas najisnya air yang berubah salah satu sifatnya bukan
kerana tambahan ini" (al-Amir al-Son’ani 2009: 1/14).
Periwayat dan Komentar terhadap Hadith Telaga Buda’ah:-
1. al-Syafi’ie di dalam Musnad al-Syafi’ie yang dikeluarkan daripada kitabnya Ikhtilaf al-
Hadith.
2. Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud no. 66 dan 67 dan disahihkan oleh al-Albani. Hadith ini
antara hadith yang didiamkan beliau. Di dalam risalahnya kepada penduduk Makkah
menyebutkan apa yang didiamkannya adalah soleh.
3. al-Tirmidzi di dalam Sunan al-Tirmidzi no. 61. Beliau mengklasifikasikan hadith ini sebagai
hasan.
4. al-Nasaie di dalam Sunan al-Nasaie no. 323 dan disahihkan oleh al-Albani.
5. al-Nawawi di dalam al-Majmu’ 1/82: Sahih.
6. Ibn al-Mulaqqin di dalam al-Badr al-Munir 1/381: Sahih.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
7. al-Suyuti di dalam al-Jami’ al-Saghir no. 2095: Sahih.
8. al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ no. 1925: Sahih.
HADITH DUA KOLAH
Telah menceritakan kepada kami Hannad berkata, telah menceritakan kepada kami Abdah dari
Muhammad bin Ishaq dari Muhammad bin Ja'far bin al-Zubair dari ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah
bin ‘Umar dari Ibn ‘Umar ia berkata; "Aku mendengar dari Rasulullah SAW ketika beliau
ditanya tentang air yang ada di tanah lapang dan sering dikunjungi oleh binatang buas dan
haiwan lainnya, "Ibn ‘Umar berkata; Maka Rasulullah SAW menjawab: "Apabila air itu
mencapai dua Qullah maka tidak akan mengandungi kotoran (najis)." Pada lafaz (riwayat lain):
“Tidak najis”. (Riwayat oleh Abu Daud, al-Nasa’i, al-Tirmidhi dan Ibn Majah. Disahihkan oleh
Ibn Khuzaimah, al-Hakim dan Ibn Hibban).
Takhrij Hadith
Al-Tirmidhi dalam komentarnya terhadap hadith ini menyatakan: “Abdah berkata;
Muhammad bin Ishaq berkata; "al-Qullah adalah beberapa balang besar, dan Qullah adalah air
yang biasa dipakai untuk minum." Abu Isa berkata; "Dan itu adalah pendapat Imam Syafi'i,
Ahmad, dan Ishaq. Mereka mengatakan; "Apabila air itu mencapai dua Qullah maka tidak ada
sesuatu yang menjadikannya najis, iaitu selama tidak berubah bau atau rasanya, dan mereka
mengatakan; "kira-kira airnya sebanyak lima Qirbah (kendi).”
Menurut al-Bassam di dalam Taudih al-Ahkam Min Bulugh al-Maram: Dikeluarkan oleh
imam yang empat (Abu Daud, al-Tirmidhi, al-Nasa’i dan Ibn Majah), serta disahihkan oleh Ibn
Khuzaimah, al-Hakim, dan Ibn Hibban. Katanya lagi: Para ulama’ berbeza pendapat mengenai
kesahihan hadith ini, sebahagian ulama menghukumi hadith ini dengan syaz pada sanad dan
matannya. Syaz pada matannya dari segi bahawa hadith ini tidak masyhur padahal kandungan
hadith ini sangat dikehendaki, seharusnya dinukil secara masyhur, namun hal ini tidak. Dan tidak
ada yang meriwayatkan hadith ini kecuali Ibn Umar saja. Adapun segi idhtirab (simpang siur)
pada matan, iaitu adanya sebahagian riwayat “jika air mencapai dua kolah”, ada juga “jika air
mencapai tiga kolah”, ada juga “jika air mencapai empat puluh kolah”. Ukuran kolah pun tidak
diketahui, dan mengandungi pengertian yang berbeza-beza. Adapun ulama’ yang membela
hadith ini dan mengamalkannya seperti al-Syaukani, beliau berkata, “telah dijawab
tuduhan idtirab1 (simpang siur) dari segi sanad bahawa selagi terjaga di seluruh jalur
periwayatannya, maka tidak boleh dianggap idtirab (simpang siur), kerana hadith tersebut dinukil
1 Idtirab اضطرب bererti menjadi kacau atau tidak terkendali atau tidak stabil. Secara istilah, maknanya hadith yang
diriwayatkan dengan jalan-jalan (sanad dan matan) yang berbeza-beza namun setara dari segi kekuatan, sehingga
tidak boleh diputuskan makna yang kuat diantaranya. Status mudtarib ini boleh berlaku pada matan dan sanad dan
ini sering terjadi. Hukumnya adalah berstatus da’if.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
oleh yang terpercaya kepada yang terpercaya. Al-Hafiz berkata, “Hadith ini memiliki jalur
periwayatan dari al-Hakim dan sanadnya dikatakan baik oleh Ibn Ma’in.” Adapun tuduhan
idtirob dari segi matan, maka sesungguhnya riwayat “tiga” itu syaz, riwayat “empat puluh
kullah” itu mudtorib, bahkan dikatakan bahawa kedua riwayat tersebut maudu’, dan riwayat
“empat puluh” dida’ifkan oleh al-Daruqutni. Al-Albani berkata, “hadith ini sahih”, diriwayatkan
oleh lima imam bersama al-Darimi, al-Tahawi, al-Daruquthni, al-Hakim, al-Baihaqi, al-Tayalisi
dengan sanad yang sahih. al-Tahawi, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban, al-Dhahabi, al-Nawawi, Ibn
Hajar al-‘Asqalani mensahihkan hadith ini, dan sikap sebahagian ulama’ yang mencacatkan
hadith ini dengan idtirab (simpang siur) tidaklah dapat diterima. (al-Bassam 2003: 121 – 122).
Al-Sayyid Sabiq di dalam Fiqh al-Sunnah juga menyatakan hadith ini mudtarib sanad
dan matannya. Beliau menukilkan pandangan Ibn ‘Abd al-Bar di dalam kitab al-Tamhid: “Hadith
dua kolah yang menjadi pegangan al-Imam al-Syafi’e adalah mazhab yang lemah secara akalnya
di samping hadithnya tidak kuat.” (al-Sayyid Sabiq :26). Namun, hal ini dibantah oleh al-Albani
di dalam Tamam al-Minnah fi Ta’liq Fiqh al-Sunnah: “Tidak. Hadith ini adalah sahih menurut
jama’ah di antaranya Abu Ja’far al-Tahawi al-Hanafi. Mudtarib yang dimaksudkan pengarang
(al-Sayyid Sabiq) tentunya pada sebahagian jalur periwayatannya yang lemah” (al-Albani 1989:
46).
Hadith dua kolah ini sebenarnya diriwayatkan juga oleh beberapa sahabat RA dengan
beberapa tambahan lain. Antaranya:-
1. ‘Umar bin al-Khattab RA. Hadith yang diriwayatkan melalui beliau mempunyai tambahan
Ia dihukum mudtarib dan di dalamnya terdapat Muslim bin Khalid seorang perawi بقالل هجر.
da’if (Ibn Daqiq al-‘Eid, Syarh al-Ilmam 1/180 dan 1/186).
2. Yahya bin Ya’mar RA. Pada sanad terdapat Yahya bin ‘Uqail seorang perawi yang tidak
dikenali. Hadith ini juga mudtarib dari sudut sanad dan matan (Ibn Daqiq al-‘Eid, Syarh al-
Ilmam 1/200).
3. ‘Abdullah bin ‘Umar RA. Para ulama’ menghukumi hadith melalui jalur ini dengan pelbagai
pendapat. Ibn Athir di dalam Syarh Musnad al-Syafi’e (1/78) menyatakan ianya sahih
manakala al-Nawawi di dalam al-Majmu’ membawakan tiga jalur daripada Ibn ‘Umar
dengan menghukuminya sebagai hadith mursal (1/87), sahih (1/115) dan hasan (1/112).
Namun, Ibn Taimiyyah di dalam Majmu’ al-Fatawa (21/35) menyatakan hadith ini adalah
perkataan Ibn ‘Umar bukan perkataan Rasulullah SAW. Al-Daruqutni di dalam Sunan (1/73)
menghukumi hadith ini mauquf.
4. Maimunah RA. Diriwayatkan oleh Ibn Hibban no. 2329: Sahih.
5. ‘Abdullah bin ‘Abbas RA. Diriwayatkan oleh Ibn Hibban no. 3988: Sahih.
6. Abu Umamah al-Bahili RA. Hadith-hadith beliau diriwayatkan di dalam Sunan al-Kubra oleh
al-Baihaqi (1/259, 1/261, 3/167 dan 3/154) sebanyak 4 hadith dengan lafaz yang pelbagai.
Beliau juga menyatakan lafaz dua kolah adalah gharib dan diantara hadith tersebut terdapat
al-Mughirah bin Saqlab, seorang perawi da’if.
Perbahasan ‘Ulama Fiqh Tentang Kesucian Air
Para fuqaha’ berbeza pendapat berkenaan kesucian air apabila bercampur dengan sesuatu.
Hukum air pada asalnya adalah suci. Perbahasan hukum air yang bercampur dengan najis
menjadi perbahasan yang panjang dikalangan para ulama. Perbahasan tersebut adalah
sepertimana berikut:
Pendapat Pertama:
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Air yang bercampur dengan najis tapi tidak mengubah salah satu dari 3 sifatnya (bau, rasa dan
warna) hukumnya dikira suci tapi tidak menyucikan sama ada ianya sedikit atau banyak kerana
berhujahkan kepada hadith: . Maka ini bermakna kenajisan yang berlaku dalam air
sekiranya tidak mengubah salah satu dari sifatnya ia tetap dikira suci. Pendapat ini disokong oleh
al-Qasim, Yahya bin Hamzah, Malik, Zahiri, salah satu dari pendapat Imam Ahmad dan
sebahagian dari ashabnya.
Pendapat Kedua:
Al-Hadawiyah, al-Hanafiah dan al-Syafieyyah menjelaskan air yang sedikit akan mampu
dipengaruhi oleh najis secara mutlak, manakala air yang banyak tidak akan memberi kesan
melainkan najis tersebut mengubah salah satu dari sifatnya iaitu bau, warna dan rasa. Kemudian
mereka berselisih pendapat pada menentukan kadar air yang sedikit dan air yang banyak. (al-
Amir al-Son’ani 2009: 1/11).
Kadar Air
Mazhab Hanafie:
Di sisi Mazhab Hanafi mereka menetapkan kadar air yang banyak: iaitu apabila air digerakkan
(dikocak) oleh seseorang pada satu sudut maka air pada sudut yang lain tidak terjejas (tidak
berkocak). Mereka tidak menerima hadith dua kolah kerana mereka menghukum hadith tersebut
mudhtarib.
Mazhab Syafie:
Dalam masalah ini, Mazhab Syafie menjelaskan kadar air yang banyak mestilah air itu
mencecah sebanyak dua kolah, kadar dua kolah yang dimaksudkan menyamai 500 paun
berdasarkan hadith ‘qullatain’, maka yang keluar dari syarat tersebut dikira sedikit. (al-Amir al-
Son’ani 2009: 1/11).
Menurut mereka juga, jika terdapat najis pada air serta najis tersebut tidak mengubah rasanya,
baunya dan warnanya maka ia dibezakan melalui dua keadaan:
Pertama: Sekiranya air itu sedikit maka ia menjadi najis dengan sebab najis yang ada padanya
walaupun najis tersebut banyak atau sedikit seperti percikan kencing dan selainnya, sama ada air
mengalir atau tidak.
Kedua: Sekiranya air itu banyak dan terdapat di dalamnya najis serta ia tidak mengubah salah
satu dari sifatnya (bau, rasa, warna) maka ia tidak dianggap najis dan kekal hukumnya dalam
keadaan suci. (Muhammad al-Zuhaili 2010: 1/40).
Menurut Mazhab Syafie, batasan yang memisahkan kadar air yang sedikit dan banyak
ialah mengikut kadar yang telah ditentukan oleh Rasulullah SAW melalui hadith dua kolah
(Qullatain) yang diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah, sabdanya:
Maksudnya: “Apabila air mencecah 2 kolah maka tidak membawa kepada najis”
Dalam riwayat yang lain, (ia tidak dinajiskan dengan sesuatu apa pun)
kerana air yang sedikit senang untuk dijaga dari najis dalam keadaan-keadaan tertentu dan bekas-
bekas, manakala air yang banyak tidak mungkin dapat menjaganya dari najis, maka kadar dua
kolah menjadi pembatas antara kedua-duanya. (Muhammad al-Zuhaili 2010: 1/41).
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Kadar Dua Kolah
Menurut al-Zuhaili (2010) lagi kadar dua kolah lebih kurang (200) Kg air atau (200)
Liter. Ada setengah pandangan dua kolah bersamaan (204) Kg, dan sebahagian yang lain
menentukan kadar (192.85) Kg. Demikianlah kadar 2 kolah mengikut pandangan yang paling
hampir dengan ketepatan. Manakala menurut Ibn al-Naqib (2007) yang dimaksudkan kadar dua
kolah adalah keluasannya bersamaan satu hasta 1\4 panjang, lebar dan dalamnya.
BENTUK KHILAF FUQAHA’
Al-Amir al-Son’ani di dalam Subul al-Salam (2009) menyebut bahawa para ulama
berbeza pendapat dalam memahami hadith ini dengan pelbagai kefahaman dan bentuk
percanggahan antara satu sama lain. Bentuk khilaf yang berlaku adalah percanggahan antara
hadith-hadith yang berkaitan. Hadith ( dan hadith ( membawa maksud,
sedikitnya najis akan menajiskan sedikit air. Demikian juga hadith
ianya bercanggah dengan hadith ( dan hadith
kerana ia membawa maksud sedikitnya najis tidak akan menajiskan sedikit air.
Mazhab Syafie menghimpunkan antara hadith-hadith dengan hadith
dengan hadith air yang mengcukupi dengan kadar dua kolah dan ke atas maka ia dikira
banyak. Manakala hadith bangun tidur dan hadith air yang tak mengalir
dianggap sedikit.
Di sisi al-Hadawiah sesungguhnya hadith membawa maksud nadab (sunat) maka
tidak wajib membasuh kedua-dua tangan.
Mazhab Hanafie: Yang dikehendaki dengan maksud tidak dinajiskan dengan sesuatu apa pun –
ialah kadar air yang banyak sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini. Dan sesungguhnya
ulama Hanafiah meng’ilalkan hadith dengan mudhtarib. Demikian juga Imam Mahdi
meng’ilalkan hadith tersebut dalam kitab al-Bahr dan sebahagian mereka mentakwilkannya, dan
hadith-hadith yang berbaki mengenai dan juga datang kepada mereka hadith
yang mana menurut al-Shan’ani beliau memahami hadith tersebut najis yang sedikit tidaklah
menajiskan air yang sedikit. Maka menurut ulama Syafie pula, mereka mempertahankannya
dengan membezakan antara air yang datang pada najis dan najis yang datang pada air dengan
berkata: “Apabila datang ke atas sesuatu yang menajiskannya sebagaimana hadith
(al-Amir al-Son’ani 2009: 1/12).
Menurut al-Bassam (2003), beliau berkata: “Abu Hanifah, al-Syafi’e, Ahmad serta
pengikut mereka berpendapat bahawa air yang sedikit akan menjadi najis dengan bertemunya
najis walaupun tidak berubah sifatnya. Maksudnya air yang sedikit di sisi Abu Hanifah ialah
sekiranya air yang berada di sudut lain digoncang dan digerakkan ia mampu menggerakkan air
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
pada sudut yang lain. Adapun sedikit di sisi Mazhab Syafie dan Hanabilah ialah air tidak
mengcukupi kadar dua kolah. Manakala menurut Imam Malik, ulama Zahiri, Ibn Taimiyyah, Ibn
al-Qayyim, Syeikh Muhammad bin ‘Abd al-Wahab serta ulama-ulama salafi di Najad dan selain
mereka seperti muhaqqiqin berpandangan bahawa air tidak dinajiskan dengan sebab najis
selagimana tidak berubah salah satu dari sifatnya yang tiga (rasa, warna dan bau).
Mereka yang berkata bahawa air menjadi najis dengan sebab bertemu najis berhujah
dengan mafhum hadith Ibn Umar tentang dua kolah. Di sisi mereka air yang tidak mengcukupi
dua kolah akan menjadi najis. Ini bermakna air yang tidak mengcukupi kadar dua kolah akan
dinajiskan dengan sebab najis sebagaimana hadith mencurahkan bejana yang dijilat anjing tetapi
ia tidak boleh diiktibar berubah sifatnya.
Hadith dua kolah tidak bercanggah dengan Mazhab Hanafi kerana keadaan dua kolah
apabila air digerakkan pada salah satu sudut ia tidak menjejaskan satu sudut yang lain. Adapun
pihak lain mereka tidak melihat air akan menjadi najis melainkan berlaku perubahan pada
sifatnya (bau, warna dan rasa). Di antaranya hadith dua kolah, maka hadith yang dimaksudkan
air yang mencukupi dua kolah tidak dinajiskan dengan terkena najis kerana air tersebut
melenyapkan najis.
KESIMPULAN
Melalui kajian hadith Telaga Buda’ah dan hadith Qullatain ini didapati bahawa
sememangnya berlaku percanggahan makna secara umum sehingga terjadi khilaf yang hebat
dikalangan muhaddithin dan fuqaha’ dalam perbahasan mereka tentang air mutanajjis dan air
musta’mal. Tidak banyak perselisihan dan perbincangan tentang hadith Telaga Buda’ah
sekalipun tambahan lafaz hadith disepakati daif oleh para ulama’. Namun, mereka tetap
mengambilnya sebagai sandaran dalam persoalan fiqh khususnya berkaitan kenajisan sesuatu air.
Sebaliknya, mereka banyak berselisih dalam membicarakan hadith Qullatain sehinggakan al-
Nawawi (2006), seorang tokoh besar mazhab al-Syafi’i membawakan hujah panjang lebar di
dalam kitabnya al-Majmu’ bagi menyokong pendapat mazhab Syafi’i yang menetapkan air tidak
dapat dinajisi jika kuantitinya lebih dua kolah. Ini ditambah dengan kenyataan al-Syaukani di
dalam Taudih al-Ahkam (2003) yang juga tokoh bermazhab al-Syafi’i membantah mana-mana
pihak yang mempertikaikan hadith ini terutamanya para ulama’ al-Hanafiyah yang mencacatkan
hadith ini dengan mengatakannya mudtarib.
Benar, kedua-dua hadith sabit datangnya daripada Rasulullah SAW. Justeru,
kaedah al-Jam’u sepertimana yang telah dijelaskan amat sesuai dengan situasi semasa
masyarakat hari ini dengan menetapkan air selagi tidak berubah warna, bau atau rasanya tidak
najis sama ada kuantitinya banyak mahupun sedikit berdasarkan kaedah Usul al-Fiqh Taghaiyyir
Fatwa bi Taghaiyyir al-Azminah wa al-Amkinah. Walaupun ianya mungkin secara kebetulan
mempunyai persamaan dengan pandangan mazhab Maliki yang berlawanan dengan mazhab al-
Syafi’i yang menjadi mazhab fiqh yang diikuti oleh masyarakat Islam Malaysia. Abu Daud
dalam hadith Telaga Buda’ah riwayatnya menyatakan beliau sendiri pergi melihat keadaan telaga
tersebut. Abu Daud berkata; dan saya telah mendengar Qutaibah bin Sa'id berkata; Saya pernah
bertanya kepada penjaga telaga tersebut tentang kedalamannya, dia menjawab; "Dalam kondisi
air yang maksimal boleh mencapai tempat tumbuhnya bulu kemaluan." Saya bertanya; "Apabila
berkurang?" Dia menjawab; "Di bawah aurat." Abu Daud berkata; Dan saya sendiri pernah
mengukur telaga Buda'ah dengan selendang saya, saya julurkan ke dalam telaga kemudian saya
tarik kembali, ternyata tingginya adalah enam hasta. Kemudian saya bertanya kepada orang yang
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
membukakan pintu kebun untukku dan menghantarku kepadanya; "Apakah binaan telaga ini
telah diubah dari binaan asal?" Dia menjawab; "Tidak." Dan saya melihat ke dalam telaga,
terdapat air yang sudah berubah warnanya (Abu Daud, Sunan Abu Daud, Kitab al-Taharah, bab
Ma Ja’a fi Bi’r Buda’ah, no. 67). Ini menjadikan bukti saiz telaga buda’ah tidaklah besar bahkan
airnya telah berubah warnanya namun airnya tetap suci.
Al-Sayyid Sabiq menukilkan perkataan Abu Hamid al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulum al-
Din: “Saya berharap semoga mazhab Syafi’i dalam perkara air sama pendapatnya seperti mazhab
Malik.” Bahkan al-Nawawi (2003) menyebut di dalam al-Majmu’: “Pendapat ini adalah
pendapat yang paling sahih setelah mazhab kami (al-Syafi’e)”. Namun, pada halaman lain al-
Nawawi menyebutkan:..”Seandainya kami menyatakan air yang kurang dua kolah menjadi najis,
maka ini menjadi sulit dan mengakibatkan tiada yang suci hingga dicelupkan ke dalam air dua
kolah. Hal ini Justeru lebih menyulitkan, maka tidak berlaku. Wallahu’alam”. Ternyata pada
zaman, masa dan keadaan semasa pendapat Malik dan para ulama’ yang bersama dengannya
lebih kuat berbanding pendapat al-Syafi’e. Al-Syafi’e juga berpegang kepada pendapat ini pada
Qaul Qadimnya di Iraq dan bukanlah apabila terdapat Qaul Jadid beliau semasa di Mesir akan
memansuhkan Qaul Qadimnya kerana antara faktor lain perubahan fatwa beliau ialah kerana
perubahan masa, keadaan dan tempat serta adat atau uruf. (‘Abdul Karim ‘Ali et. al 2008: 310).
Hasan bin ‘Abd al-Satir al-Nu’mani di dalam Syifa’ al-‘Alil Syarh Kitab al-Tashil yang
dipetik daripada laman sesawang Multaqa Ahl al-Hadith menyatakan bahawa hadith dua kolah
adalah dilalah mafhum manakala hadith telaga Buda’ah dilalah mantuq dan dilalah mantuq
diuatamakan daripada dilalah mafhum. Sekiranya hadith ini diterima juga, para ulama’ telah
berselisih mengenainya dengan perselisihan yang banyak dalam menafsirkan maksud dua kolah.
Kadang-kadang dengan lima qurb, kadang-kadang dengan enam artal dan kadang-kadang
kembali kepada zahir dua kolah. Maka, zahirlah kesamaran tentang kadar dua kolah sehingga
tidak mungkin dapat beramal dengannya.
Justeru, hal ini menepati dengan roh syari’at Islam yang memberikan kemudahan kepada
umatnya beramal sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...Allah menghendaki
kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu...” (al-Qur’an, al-Baqarah: 185)
dan sabda baginda SAW yang bermaksud: “Permudahlah dan jangan menyusahkan, berikanlah
khabar gembira dan jangan membuat orang lari (dari agama).” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
RUJUKAN
‘Abd al-Halim ‘Uwais. 1426H/2005. Mausu’ah al-Fiqh al-Islamiy al-Mu’asir. al-Mansurah: Dar
al-Wafa’.
Abdul Karim Ali, Siti Kursiah Mansor, Shahabuddin Muhaemin dan Wan Zulkefli Wan Hassan.
2008. Faktor Perubahan Pendapat Imam al-Shafi’i dari Qawl al-Qadim kepada Qawl
Jadid. Jurnal Syariah. Jil. 16. Bil.2. Universiti Malaya.
Abu Daud, Sulaiman bin Asy’ath bin Ishaq al-Azdi al-Sajistaniy. 1420H/1999. Sunan Abi Daud.
Riyad: Dar al-Salam.
al-Albani, Muhammad Nasi al-Din. 1409H/1989. Tamam al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqh al-
Sunnah. Riyad: Dar al-Rayah.
al-Amir al-Son’ani, Muhammad bin Ismail. 2009. Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram.
Beirut: Dar Al-Fikr.
al-Bassam, ‘Abdullah bin ‘Abd al-Rahman. 1423H/2003. Taudih al-Ahkam Syarh Bulugh al-
Maram. Makkah: Maktabah al-Asadiyah.
al-Khumais, ‘Abd al-Rahman bin Ibrahim. 2012. Kamus Ilmu Hadith (Arab-Melayu). Terj. H.M
Yusuf Sinaga dan Puteri Maisarah Tamar. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
al-Nawawi, Abu Zakariya Muhyi al-Din bin Syarf. 1423H/2003. al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab
li al-Syirazi. Riyad: Dar al-Alim al-Kutub.
al-Sayyid Sabiq. t.t. Fiqh al-Sunnah. Beirut: Dar al-Jil.
al-Syafi’ie. Muhammad bin Idris. 1425H/2004. al-Umm. al-Mansurah: Dar al-Wafa’.
al-Syubrawi, Abu Ruwais.2007. Wuduk dan Solat Menurut Sunnah dan Mazhab Syafi’ie. Shah
Alam: Karya Bestari.
al-Tirmidzi, Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa. 1420H/1999. Jami’ al-Tirmidzi.
Riyad: Dar al-Salam.
al-Zuhaili, Wahbah. 1429H/2008. al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuh. Damsyik: Dar al-Fikr.
al-Zuhaili. Muhammad. 2010. Al-Mu’tamad Fi Al-Fiqh Al-Syafie. Damsyik: Dar Al-Qalam.
Faisal Ahmad Shah. 2012. Takhrij Hadith: Teknik Pencarian Hadith yang Tepat dan Berkesan.
Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Hafiz Firdaus Abdullah. 2002. Kaedah Memahmani Hadis-hadis yang Saling Bercanggah: Johor
Bahru. Perniagaan Jahabersa.
International Conference on Aqidah, Dakwah And Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12th – 13th October 2015
Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Abu al-Fadl Siyab al-Din Ahmad bin ‘Ali. t.t. al-Taqrib al-Tahzib. t.pt.
:Dar al-‘Asamah..
Ibn Hajar al-‘Asqalani, Abu al-Fadl Siyab al-Din Ahmad bin ‘Ali. 2008. al-Tahzib al-Tahzib.
t.pt. Muassasah al-Risalah.
Ibn Al-Naqib, Syihabuddin Abi al-‘Abbas Ahmad .2007. ‘Umdah Al-Salik Wa ‘Umdah Al-Nasik.
Beirut: Dar Al-Ma’rifah.
Ensiklopedi Hadits Kitab 9 Imam. 2011. Edisi Revisi: Lidwa Pustaka.
Umar Muhammad Noor. 2011. Takwil Hadis: Memahami Hadis Musykil Menurut Ibnu
Qutaibah. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.
www.dorar.net