Transcript

Soalan 2

1. Pilih satu hasil murid yang kreatif (mata pelajaran yang sesuai contoh: Seni Visual,penulisan).Temu bual dengan murid tersebut tentang cara mana dia menghasilkan bahan kreatif tersebut.

Huraikan pendapat dan pandangan anda secara reflektif terhadap pemikiran kreatif tersebut.

(Sertakan hasil kanak-kanak bersama tugasan yang dihantar)_________________________________________________________________________PENERANGAN

NAMA MURID

: MOHAMAD NAZRI BIN RAMLIKELAS

: TAHUN 3 ZAMRUDMATA PELAJARAN

: PENDIDIKAN SENI VISUALPENGENALAN

Sewaktu saya sedang membuat rondaan bertugas di kantin saya terjumpa murid keseorangan di satu sudut dan saya dapati beliau sedang leka bermain dengan beberapa bentuk origami tanpa bergaul dengan murid lain yang asyik bermain dan berbual. Kebetulan, beliau adalah murid saya dalam kelas Pendidikan Seni Visual. Memang saya perasan sewaktu dalam kelas beliau selalu bermain dengan origami apabila selesai membuat tugasan dalam kelas saya. Jadi, saya merancang untuk mengadakan aktiviti melipat origami sewaktu PdP kelas Pendidikan Seni Visual keesokan harinya di kelas yang sama murid ini belajar. Apabila tajuk ini dimulakan, saya telah memberikan penerangan dan meminta murid-murid saya menyiapkannya dalam pelbagai bentuk yang bebas mengikut imiginasi mereka. Sewaktu saya memantau proses penghasilan oleh murid, saya perasan yang Nazri sudah menyiapkan dua bentuk origami sedangkan murid lain masih terkial-kial untuk menyiapkan satu bentuk. Lalu,saya menghampiri Nazri dan berbual dengannya. Berikut adalah dialog antara saya dengan beliau :

Cikgu Khairi :Origami ni yang sudah siap ni kamu baru buat tadi atau kamu punya sendiri yang dibawa dari rumah? Nazri :Ini yang saya buat sendiri la cikgu. Kenapa?

Cikgu Khairi :Tiada apa,Cuma cikgu pelik sungguh cepat kamu buat dan siapkan. Kamu dah biasa ke buat lipatan origami ni?Nazri :Ya cikgu. Ini memang hobi saya.

Cikgu Khairi :Cikgu perhatikan sungguh kemas dan cepat kamu lipat. Cikgu pun tak mahir dengan benda ni. Cikgu rasa kalau cikgu buat sendiri pun pasti lunyai kertas asyik silap lipat dan buat balik berulang kali. Kalau jadi pun mesti senget benget. Mungkin cikgu memang tak minat buat benda seperti ini. Yang cikgu pelik,di mana kamu belajar membuat origami?

Nazri :Ohh.Ayah saya yang memberi panduan dan menggalakkan saya sejak dari kecil. Di rumah saya tidak banyak alat permainan jadi saya reka la sendiri menggunakan kertas.Cikgu Khairi :Ayah kamu mengajar kamu sendiri ke?

Nazri :Taklah cikgu. Ayah saya ada menyimpan koleksi gambar dan panduan seni origami di dalam komputernya. Ayah saya selalu menyuruh saya membuatnya berdasarkan panduan tersebut. Kemudian ayah saya menyuruh saya mengajar dua orang lagi adik saya. Banyak dah saya buat cikgu.Cikgu Khairi : Ayah kamu pun minat dengan seni origami ke?

Nazri : Tidaklah cikgu.Saya tak pernah pun lihat ayah saya melipat origami sendiri.Kalau ada pun dia buat bersama-sama saya dan dia minta saya pula mengajarnya.

Cikgu Khairi : Ohh

Nazri : Sebenarnya saya sendiri dari kecil suka melipat kertas untuk membuat roket, pistol dan kapal layar. Ayah selalu perhati saya dan tanya saya macam-macam tentang apa yang dilipat oleh saya. Lepas tu ayah belikan saya CD (cakera padat) cara membuat origami dan ayah suruh saya membaca panduan origami itu dalam komputernya apabila waktu lapang. Saya dah biasa cikgu. Itu yang saya rasa senang dan cepat untuk siapkan.Cikgu Khairi :Bentuk apa yang selalu kamu buat dan mahir?Nazri :Burung yang kepak boleh kembang macam tengah terbang, burung berdiri, dinasour, kelawar dan katak.

Cikgu Khairi :Okay. Kamu boleh sambung melipat semula. Lepas siap yang ini kamu pergi tolong kawan-kawan lain ye.

Nazri :Baik cikgu. Terima kasih cikgu.HASILAN Ketiga-tiga hasilan di atas merupakan satu seni origami yang berbentuk burung yang sedang terbang, burung berdiri dan kepala dinasour yang menggunakan kertas. Apa yang menakjubkan saya ialah Nazri dapat menyiapkan ketiga-tiga bentuk ini dalam masa 5 minit. Dari cerita beliau, hasil seni origaminya selalu diberi kepada rakan-rakannya. Rakannya selalu meminta beliau untuk membuatnya dalam pelbagai bentuk. Ada juga yang meminta beliau untuk mengajar cara membuat lipatan origami. Pada akhir waktu pelajaran tersebut, beliau telah menghadiahkan hasil kedua-kedua kraftangan tersebut kepada saya.

TUNJUKCARA

1. 3. 2.4

5. HURAIAN KREATIVITI

Calvin W. Taylor ialah seorang ahli psikologi yang memperkatakan tentang tidak semua manusia dilahirkan dan dikurniakan dengan bakat yang sama. Beliau percaya bahawa perkembangan bakat seseorang terlalu berkait rapat dengan cara bagaimana seorang pendidik berupaya merangsang pemikiran seorang pelajar. Di dalam teorinya Multiple Creative Talent, beliau menjelaskan bahawa pembentukkan bakat perlulah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Dalam teorinya Taylor telah menyarankanlimajenis kreativiti bagi menunjukkan tahap perbezaan proses kreativiti yang berlaku pada seorang individu dengan individu yang lain. Sebagai seorang guru dan ibu bapa, kita perlu faham dan sentiasa memberikan bimbingan kepada anak-anak agar mereka sentiasa kreatif dan inovatif dalam usaha membangunkan teori ini di dalam diri mereka. Dalam pemerhatian saya terhadap Nazri, teori ini sangat sesuai untuk diaplikasikan oleh saya yang berperanan sebagai guru dan mengembangkan lagi kreativiti murid saya. Terdapat beberapa jenis kreativiti dalam diri Nazri yang dapat dikaitkan dengan teori ini. Antaranya ialah :Kreativiti Bersifat EkspresifKreativiti yang bersifat ekpresif selalunya berlaku secara rawak dan bebas. Ia boleh dilihat melalui lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak yang melukis secara sepontan. Begitu juga dengan kes Nazri. Walaupun hanya menggunakan helaian kertas beliau dapat mencipta pelbagai objek berdasarkan imaginasinya hanya melalui lipatan. Hasil origami yang dihasilkan oleh beliau juga mengikut kemampuan bersesuaian dengan usia dan perkembangan mindanya. Hasil lipatannya adalah dalam bentuk benda logik dan yang diminati oleh murid lelaki yang sebaya dengan umurnya. Beliau mencipta benda yang ringkas tetapi menarik pada awal pembabitanya dalam hobi ini seperti pistol dan roket hanya dengan lipatan kertas. Kreativiti bersifat ekpresif ini adalah bersifat bebas, kemahiran, keaslian dan kualiti tidak dianggap penting oleh pelajar semasa proses menghasilkan karya. Kita jangan mengutuk dan menjatuhkan semangatnya oleh kerana hasil ciptaannya tidak cantik dan sempurna. Didapati Nazri dari kecil sudah biasa membuat origami yang ringkas tetapi sekarang dia sudah mula mencipta origami yang lebih susah dan mencabar iaitu burung, katak dan kepala dinasour. Bayangkan objek yang mustahil dibina hanya dengan melipat kertas dan kita sendiri pun tidak sangka. Yang paling saya kagum, Nazri hanya mengambil masa 5 minit untuk menyiapkan 3 origami berbentuk sebegitu. Bayangkan kreativiti ini terus didorong dan dikembangkan sepenuhnya. Apakah yang beliau mampu cipta apabila beliau melangkah ke tahun 4, 5 dan 6 (tahap 2) pada masa akan datang.

Kreativiti Bersifat InovatifKreativiti bersifat inovatif pula adalah peringkat yang melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas yang sedia ada kepada idea yang baru. Pada peringkat ini pelajar mula melakukan pengubahsuaian dan pembaharuan melalui gaya dan teknik mereka sendiri. Guru boleh membantu dan membimbing pelajar untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan yang betul. Nazri murid saya juga begitu. Beliau memperlihatkan kemajuan di mana dari kecil beliau hanya mencipta bentuk yang ringkas melalui origami, tetapi apabila beliau semakin membesar beliau mencuba benda yang baru dan lebih mencabar. Contohnya daripada melipat origami berbentuk burung, beliau telah mencipta burung yang boleh bergoyang sayapnya seakan terbang dan burung yang mempunyai kaki dan boleh berdiri. Hasilnya amat mengagumkan. Ini adalah daripada sokongan bapanya yang memberi semangat dan membeli bahan pengajaran mencipta origami iaitu dalam bentuk cakera padat. Di sekolah juga begitu. Kita kena menyokong apa sahaja idea murid kita walaupun perkara itu agak sukar dan mustahil. Kita jangan cepat menyatakan idea mereka salah dan menolak mentah-mentah. Cuba fikirkan bersama dan bagi mereka peluang untuk berfikiran jauh dan jika sesuatu idea itu mustahil kita bagi cadangan yang lebih baik dengan cara yang betul supaya murid ini tidak rasa takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Perlu diingat murid mempunyai imaginasi yang tinggi dan kekreatifan akan wujud daripadanya. Beri peluang kepada mereka dan biar mereka belajar sendiri daripada kegagalan setelah berusaha. Di situ, mereka akan belajar apa kesilapan yang telah dilakukan sepanjang proses. Seterusnya idea yang baru dan lebih baik akan wujud sepanjang proses pengubahsuaian dan penambah baikan. Jangan halang murid kita lebih kreatif dan mencipta inovasi baru. Sebagai contoh murid yang baru mencuba membuat origami tetapi gagal. Beri mereka tunjuk ajar dan suruh mereka fikirkan cara penyelesaian. Mungkin mereka akan dapat idea baru. Jika sepanjang aktiviti reka guna kertas nipis senang kedut dan koyak semasa melipat origami, mereka boleh menggunakan kad manila yang keras dengan saiz yang besar. Mereka juga boleh melipat bersama-sama secara berkumpulan diketuai oleh murid yang mahir iaitu Nazri. Mereka juga boleh membuat catatan langkah-langkah melipat kertas supaya dapat diingat dan boleh dibuat lagi pada masa akan datang.KESIMPULAN

Teori Multiple Creative Talent merupakan satu teori yang mempertengahkan kreativiti kanak-kanak dan dapat mengeluarkan bakat yang terpendam melalui pelbagai cara yang disokong kuat oleh guru, ibu bapa dan orang yang berdekatan. Hasil yang ditunjukkan adalah satu inovasi yang amat menakjubkan dan kadangkala tak terfikir oleh kita yang sebagai gurunya. Kita kena yakin yang pemikiran murid sangat kreatif bukan sahaja di kalangan murid pandai malah sesiapa sahaja. Sebagai guru kitalah tulang belakang yang kuat untuk memberi sokongan dan bimbingan kepada mereka.Ingatlah kejayaan murid kita juga adalah kejayaan kita bak kata pujangga, kanak-kanak ibarat kain putih yang bersih dan kita yang dewasa mencorakkannya.Sekian, terima kasih.

TAMATDisediakan oleh,

.............................................

( Mohamad Khairi Bin Ismail )

PPG/M/01/01217/2013/3/KIC

SEMESTER 3KAE 3013

EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAKESEI REFLEKTIFSOALAN 2

KUMPULAN C

(PPG)AMBILAN SEPTEMBER 2013 SEMESTER 3DISEDIAKAN OLEH

NAMANO.IDNOMBOR TEL :

NAJHAN BIN MAT AKHIRPPG/M/01/01217/2013/3/KIC0142334831

NAMA PENSYARAH : PN HJH SALIMAH BINTI MOHAMMAD ALITARIKH SERAH : 2 NOVEMBER 2014


Top Related