Transcript
Page 1: Ekonomi berasaskan pengetahuan

EKONOMI BERASASKAN

PENGETAHUANMUHAMAD NUR FADHLAN BIN JAMALUDDIN

6 ATAS DAHLIA

Page 2: Ekonomi berasaskan pengetahuan

KONSEP EKONOMI BERASASKAN

PENGETAHUAN

Page 3: Ekonomi berasaskan pengetahuan

KONSEP

• >>Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai Wawasan 2020.

Page 4: Ekonomi berasaskan pengetahuan

TUJUAN EKONOMI BERASASKAN

PENGETAHUAN

Page 5: Ekonomi berasaskan pengetahuan

TUJUAN• >>Membina asas tenaga kerja berpengetahuan,

antara lain, melalui penyemakan semula sistem pendidikan dan latihan, memperkenalkan sistem pembelajaran seumur hidup dan program bijak pandai (brain-gain)

• >>Memperbanyakkan lagi inisiatif S&T dan R&D ke arah memperkukuhkan sistem inovasi negara.

• >>Mempercepatkan pembangunan infrastruktur bagi memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.

Page 6: Ekonomi berasaskan pengetahuan

• >>Menstruktur semula sistem kewangan untuk memberi pembiayaian yang sesuai bagi aktiviti pengetahuan, menyediakan peralatan untuk pengurusan makro-ekonomi dan dapat bertahan dengan cabaran-cabaran berkaitan dengan ekonomi berasaskan pengetahuan.

• >>Meningkatkan kandungan pengetahuan di dalam sektor pertanian, pembuatan dan perkhidmatan.

• >>Menggalakkan sektor swasta agar bersedia dengan lebih pantas terhadap ekonomi berdasarkan pengetahuan dan juga mengenalpasti dan mengeksploitasi peluang-peluang yang bakal dijana.

Page 7: Ekonomi berasaskan pengetahuan

• >>Mengolah semula sektor awam untuk menjadi lebih cekap dalam penggunaan perolehan, penyebaran dan pengurusan pengetahuan.

• >>Memupuk penggunaan pengetahuan yang beretika;

• >>Mengambil tindakan tegas bagi merapatkan jurang digital antara pendapatan, kumpulan etnik, kumpulan umur, komuniti bandar dan luar bandar dan merentasi sempadan wilayah

Page 8: Ekonomi berasaskan pengetahuan

PELAKSANAAN EKONOMI

BERASASKAN PENGETAHUAN

Page 9: Ekonomi berasaskan pengetahuan

CARA PELAKSANAAN• >> Ekonomi berasaskan pengetahuan akan menyediakan

landasan ke arah mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai objektif Wawasan 2020. Ia juga akan mengukuhkan kemampuan Malaysia untuk berusaha menghasilkan pembaharuan, menyesuaikan dan mencipta teknologi tempatan serta mereka bentuk, membangun dan memasarkan produk baru yang akan menyediakan asas bagi pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri. Di samping itu, ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkap dan mempercepatkan perubahan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh produktiviti yang merupakan teras utama yang dimulakan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7).

Page 10: Ekonomi berasaskan pengetahuan

• >> Beberapa inisiatif telah dimulakan untuk membantu memudahkan usaha pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan. Walau bagaimanapun, Malaysia akan melipatgandakan usaha dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) terutamanya dalam bidang pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (P&P), infrastruktur maklumat dan pembiayaan untuk meletakkan Malaysia di kedudukan yang penting dalam peta dunia ekonomi berasaskan pengetahuan. Malaysia juga akan mengambil langkah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat peluang yang saksama untuk menikmati manfaat yang diwujudkan.

Page 11: Ekonomi berasaskan pengetahuan

• >> Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan faktor pengeluaran yang lazim seperti buruh, modal, bahan mentah dan keusahawanan terus penting, pengetahuan akan menjadi faktor utama yang menerajui pertumbuhan, menghasilkan nilai baru dan menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing. Walaupun teknologi maklumat (IT) merupakan alat penggerak asas utama, namun nadi bagi ekonomi berasaskan pengetahuan adalah sumber manusia - khususnya keupayaan mencipta, berusaha menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah fikiran baru serta menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik. Industri sedia ada akan menjadi lebih berintensifkan pengetahuan manakala industri baru berasaskan pengetahuan dan industri sokongan akan muncul. Dengan itu, ekonomi akan bercirikan aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan industri berteknologi tinggi akan mempunyai bahagian yang besar dalam guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan eksport. Selain menjadi satu faktor pengeluaran, pengetahuan juga akan menjadi satu barangan yang boleh diperdagangkan.

Page 12: Ekonomi berasaskan pengetahuan

• >> Ekonomi berasaskan pengetahuan menyediakan satu kaedah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mampan serta berdaya saing dalam jangka masa sederhana dan panjang. Dalam hubungan ini, Malaysia akan membangunkan kemudahan yang diperlukan dan memajukan industri yang mempunyai potensi untuk menjadi industri yang berintensifkan pengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jentera pertumbuhan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, manakala sektor awam akan menyediakan persekitaran yang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dan kesaksamaan akan kekal menjadi unsur penting dalam tahap pembangunan ekonomi yang baru ini dengan tanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurang pengetahuan di kalangan berbagai golongan pendapatan yang berlainan, di antara masyarakat bandar dengan luar bandar dan di antara wilayah.

Page 13: Ekonomi berasaskan pengetahuan

KESAN EKONOMI BERASASKAN

PENGETAHUAN

Page 14: Ekonomi berasaskan pengetahuan

KESAN• >>Sehingga pertengahan tahun 1990an, Malaysia bergantung

sebahagian besarnya kepada pelaburan modal untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. Malaysia telah melaksanakan strategi untuk beralih daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada yang didorong oleh produktiviti. Perubahan ini disebabkan oleh penurunan nilai sut produktiviti modal seperti yang dicerminkan oleh peningkatan nisbah tambahan modal kepada pengeluaran.

• >>RMKe-7 mengiktiraf usaha meningkatkan sumbangan produktiviti faktor keseluruhan (TFP) kepada pertumbuhan sebagai satu strategi penting. Namun dalam tempoh Rancangan tersebut, peralihan kepada ekonomi yang didorong oleh produktiviti adalah perlahan sebahagiannya disebabkan pelaburan besar yang mempunyai tempoh matang yang panjang serta kejatuhan pengeluaran akibat daripada krisis kewangan pada tahun 1997. Kekurangan tenaga manusia mahir dan kemajuan teknologi juga turut menyebabkan keadaan ini berlaku.

Page 15: Ekonomi berasaskan pengetahuan

• >>Ekonomi berasaskan pengetahuan akan melengkapi usaha meningkatkan produktiviti keseluruhan ekonomi melalui peningkatan TFP kerana ianya akan menambah nilai baru kepada aktiviti sedia ada dan akan diiringi dengan peningkatan teknologi, kemampuan inovasi yang lebih tinggi dan input daripada tenaga kerja yang lebih mahir.

• >> Ekonomi berasaskan pengetahuan juga akan melahirkan aktiviti baru untuk pelaburan dalam industri yang sedia ada di samping mewujudkan industri baru.

• >>Pengenalan kepada proses pengeluaran berteknologi tinggi dan berintensifkan pengetahuan akan membuka peluang pelaburan baru dalam industri sedia ada. Keperluan meluaskan aktiviti di sepanjang rantaian nilai meliputi reka bentuk dan pembangunan produk serta pembungkusan, pemasaran dan pengedaran akan menawarkan peluang pelaburan dalam industri baru.

Page 16: Ekonomi berasaskan pengetahuan

TAMATSEKIAN TERIMA KASIH


Top Related