Transcript
Page 1: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah yang dapat anda perhatikan dalam rajah di bawah ?

Page 2: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Nyatakan benda hidup dalam kawasan tersebut.

Page 3: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Nyatakan benda-benda bukan hidup dalam kawasan tersebut .

Page 4: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah yang diperlukan oleh benda-benda hidup dalam kawasan

tersebut?

Page 5: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

ekologi

• Kajian tentang hubungan antara organisma dengan benda bukan hidup dalam persekitarannya.

• Contohnya ikan memerlukan air untuk hidup .

• Ikan merupakan benda hidup atau biotik

• Air merupakan benda bukan hidup iaitu abiotik.

Page 6: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah jenis-jenis biotik yang ada dalam ekosistem tersebut ?

biotik

pengeluar pengguna pengurai

Page 7: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah pengeluar ?

• Pengeluar merupakan tumbuh-tumbuhan hijau.

• Mengapa tumbuhan hijau dianggap pengeluar ?

Page 8: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pengeluar

• Tumbuh-tumbuhan hijau dapat mensintesis makanan sendiri melalui proses fotosintesis dengan menggunakan cahaya matahari , gas karbon dioksida dan air .

Page 9: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pengguna

• Nyatakan organisma-organisma yang berperanan sebagai pengguna.

• Mengapa mereka dipanggil pengguna ?

• Bolehkah anda kenalpasti jenis-jenis pengguna ?

Page 10: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Organisma yang memakan tumbuh-tumbuan .

• Organisma ini dinamakan …..

• Pengguna primer• Organisma hidup

yang memakan tumbuh-tumbuhan dinamakan herbivour.

Page 11: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Organisma hidup yang memakan organisma hidup yang lain.

• Apakah makanan organisma jenis ini ?

• Organisma hidup yang memakan organisma lain selain tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai pengguna skunder dan tertier

• Organisma ini bersifat karnivor dan omnivor.

Page 12: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah yang berlaku apabila organisma hidup dalam kawasan

tersebut mati?

Page 13: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pengurai

• Apakah pengurai ?• Apakah peranan pengurai dalam satu ekosistem

?• Terdiri organisma saprofit iaitu mikroorganisma

seperti bakteria , kulat dan protozoa.• Mikroorganisma ini mereputkan bahan-bahan

organik yang telah mati kepada nutrien-nutrien seperti nitrogen , fosforus dan karbon.

Page 14: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah abiotik ?

Page 15: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Air

• Apakah pentingnya air dalam ekosistem ?• 75 % permukaan bumi terdiri daripada air .• 75 % ekosistem di bumi ialah ekosistem

akuatik.• Air berfungsi sebagai pelarut yang

berkesan menukarkan bahan-bahan organik yang larut kepada nutrien-nutrien.

• Proses pereputan tidak boleh berlaku tanpa air .

Page 16: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

tanah

• Bagaimana tanah terhasil ?

• Melalui proses luluhawa batuan.

• Tanah menyediakan bahan-bahan nutrien.

• Nutrien diserap oleh akar tumbuh-tumbuhan .

Page 17: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jenis tanah

• Tanah berpasir adalah bersifat poros dan mengandungi sedikit air.

• Tanah berpasir mengandungi sedikit tumbuh-tumbuhan seperti rumput dan kaktus.

Page 18: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Udara

• Atmosfera terdiri beberapa lapisan iaitu troposfera, stratosfera , mesosfera dan termosfera.

• Trposfera mengandungi oksigen , karbon dioksida , nitrogen dioksida dan wap air .

Page 19: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

udara

• Gas oksigen diperlukan oleh hidupan dipermukaan bumi untuk pernafasan.

• Gas karbon dioksida diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan untuk fotosistesis.

• Wap-wap air ditukar kepada titisan air dan diturunkan sebagai hujan.

Page 20: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Bahan nutrien

• Apakah bahan nutrien ?

• Bahan-bahan kimia yang ada dalam ekosistem.

• Seperti karbon , fosforus , nitrogen dan sulfur.

Page 21: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Analisis ekosistem berdasarkan struktual

ekosistem

Bukan hidupan

Organismaautotrof

Organismaheterotropik

pereput

Page 22: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ekosistem Paya Bakau

• Bagaimana keadaan di ekosistem ini ?

• Terdiri daripada tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan yang berlumpur dan kemasinan yang tinggi.

Page 23: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kawasan paya bakau

• Boleh didapati di muara sungai dan pinggir pantai terlindung.

• Di Malaysia paya bakau boleh didapati di pantai barat Semenanjung Malaysia seperti Perak , Selangor , Johor dan Kedah .Pantai Timur Sabah serta utara dan tenggara Sarawak .

Page 24: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ciri-ciri ekosistem paya bakau

• Terdiri daripada tumbuhan dan haiwan di daratan dan hidupan akuatik.

Page 25: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Sifat pokok bakau

• Pokok bakau mempunyai akar ceracak dan jangkang untuk membolehkan tumbuh-tumbuhan bernafas dan menyokong pokok.

• Pokok bakau menghasilkan buah vivipar yang membolehkan buah terpacak dalam lumpur apabila gugur.

Page 26: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Haiwan di paya bakau

• Haiwan daratan di kawasan paya bakau terdiri daripada burung dan monyet yang memakan buah-buah pokok bakau.

Page 27: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ekosistem tasik

Page 28: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ekosistem tasik

• Terdiri tasik semulajadi dan tasik buatan manusia.

Page 29: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Tasik semulajadi

• Tasik Bera dan tasik Chini

Page 30: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Tasik buatan manusia

• Tasik yang terhasil akibat kegiatan manusia seperti bekas lombong bijih timah dan pembinaan empangan hidroeletrik.

• Contohnya tasik Kenyir dan tasik Titiwangsa.

Page 31: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Zon-zon hidupan dalam ekosistem tasik

• Zon limme/limnetik bahagian tasik yang sentiasa mendapat cahaya matahari .

• Dalam zon ini terdiri organisma autotrof seperti alga , plankton dan lumut.

Page 32: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Zon profundal

• Bahagian tasik yang tidak mendapat cahaya matahari .

• Organisma autotrof kurang ditemui .

• Organisma hetertrof yang tidak boleh mensintesis makanan seperti labi-labi , kura-kura dan ular air terdapat dalam zon ini.

Page 33: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Zon litoral

• Bahagian tepi tasik yang berhampiran dengan daratan.

• Bahagian yang sentiasa dibasahi air dan mempunyai pelbagai jenis tumbuhan seperti keladi , teratai dan telipot.

Page 34: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Rantaian dan siratan makanan dalam ekosistem

Page 35: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah maksud rantaian makanan?

• Rantaian makanan ialah proses pemakanan antara pengeluar , pengguna dan pengurai yang melibatkan pemindahan tenaga antara organisma untuk menjalankan aktiviti tumbesaran dalam sesuatu ekosistem .

Page 36: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Bolehkah anda bina satu rantaian makanan bagi ekosistem hutan?

Page 37: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Sumber tenaga

• Matahari sebagai sumber tenaga utama

• Matahari membekalkan tenaga cahaya dan tenaga haba.

• Jumlah tenaga yang sampai ke permukaan bumi hanya 48 %

Selebihnya diserak , diserap dan dibalikkan semlua.

Page 38: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pengeluar

• Tumbuh-tumbuhan hijau menyerap cahaya matahari melalui sel-sel klorofil.

• Hanya 2 % tenaga cahaya digunakan untuk proses fotosintesis dengan air dan gas karbon dioksida.

• Lebihan 6 % dibebaskan untuk metabolisme , tranpirasi dan pertumbuhan.

Page 39: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengeluar

• Proses fotosintesis mensintesiskan makanan yang disimpan dalam daun , batang , buah dan bunga tumbuh-tumbuhan.

• Sebahagian tenaga telah hilang dalam bentuk tenaga haba apabila tumbuh-tumbuhan menjalankan proses respirasi , pergerakkan dan pembiakan.

Page 40: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengguna primer

• Penguna primer merupakan haiwan herbivor seperti monyet , burung dan belalang .

• Pengguna primer mendapat tenaga dengan memakan tumbuh-tumbuhan dalam bentuk daun dan buah.

Page 41: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengguna primer

• Tenaga yang diterima oleh pengguna primer digunakan untuk tumbesaran , pergerakkan , respirasi dan memanaskan badan .

• 10 % daripada biojisim tumbuh-tumbuhan ynag di makan ditukar menjadi tisu daging belalang .

• 90 % tenaga hilang semasa proses respirasi , metabolisme dan pertumbuhan.

Page 42: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengguna skunder

• Pengguna skunder merupakan haiwan karnivor seperti ular .

• Harimau dan beruang • Pengguna skunder

mendapat tenaga dengan memakan pengguna primer .

• Tenaga digunakan oleh pengguna skunder untuk tumbesaran , pergerakkan dan pembiakan .

Page 43: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengguna skunder

• 10 % daripada biojisim pengguna primer yang dimakan disimpan dalam tisu badan pengguna skunder .

• 90 % tenaga dibebaskan atau dihilangkan dalam bentuk tenaga haba melalui proses tumbesaran , pembiakan dan pergerakkan.

Page 44: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengguna tertier

• Pengguna tertier seperti harimau , singa dan helang memakan pengguna skunder untuk mendapatkan tenaga.

• Tenaga yang diperolehi digunakan untuk tumbesaran , pergerakkan , pembiakan dan memanaskan badan .

• 10 % tenaga biojisim dari pengguna skunder disimpan dalam tisu badan pengguna tertier.

• 90 % tenaga dibebaskan dalam bentuk tenaga haba.

Page 45: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pengurai

• Pengurai terdiri daripada bakteria dan kulat yang saprofit .

• Pengurai mendapat tenaga dengan menguraikan organisma-organisma hidup yang mati kepada bentuk-bentuk nutrien yang boleh diserap oleh akar pokok.

Page 46: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah kesimpulan yang anda boleh buat berdasarkan

aliran tenaga di atas ?

Page 47: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan stpm 2001

Page 48: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Berdasarkan rajah dibawah , tulis satu rantaian makanan dalam

ekosistem .

Page 49: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Rantaian makanan dalam ekosistem kolam

Page 50: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2001

• (a)(ii)Huraikan proses aliran tenaga dalam siratan makanan tersebut. (10)

• (b)Jelaskan bagaimana kegiatan manusia boleh mengganggu ekosistem tasik (10)

Page 51: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (b)

• (i)sumber tenaga matahari• (ii)tumbuhan hijau menyerap tenaga matahari• (iii)pengguna primer mendapat tenaga dengan

memakan pengeluar• (iv)pengguna sekunder mendapat tenaga

dengan memakan pengguna primer• (v)pengguna tertier mendapat tenaga dengan

memakan pengguna sekunder• (vi)pengurai mereputkan bahan kumbahan dan

organisma hidup yang mati.

Page 52: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Matahari dan pengeluar

• Matahari sebagai sumber tenaga dalam ekosistem.Tenaga cahaya diserap oleh tumbuh-tumbuhan hijau seperti alga , rumpai air dan fitoplankton melalui sel-sel klorofil .Tenaga cahaya digunakan untuk proses fotosintesis bersama –sama dengan gas karbon dioksida dan air.Tenaga cahaya ditukar kepada tenaga kimia.Tenaga terhasil digunakan untuk tumbesaran , respirasi dan pembiakan .Sebahagian tenaga disimpan dalam tisu pada buah , daun .Sebahagian tenaga hilang dalam bentuk haba.

Page 53: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pengguna

• Pengguna primer seperti seperti zooplankton mendapat tenaga dengan memakan alga dan fitoplankton .

• Tenaga digunakan oleh zooplankton untuk bergerak , tumbesaran , respirasi dan pembiakan .

• Sebahagian tenaga disimpan dalam tisu badan zooplankton.

• Sebahagian tenaga dibebaskan dalam bentuk haba.

Page 54: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pengurai

• Pengurai terdiri daripada bakteria dan kulat yang saprofit.

• Pengurai mendapat tenaga dengan menguraikan organisma-organisma hidup yang telah mati seperti ikan , rumpai air dan bahan kumbahan organisma.

• Pengurai menguraikan tisu-tisu kompleks badan organisma hidup kepada nutrien.

• Nutrien diserap oleh akar rumpai air , pokok kiambang.

Page 55: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan ( c)

• (i)tebusguna tasik untuk pembinaan

• (ii)perindustrian

• (iii)pertanian dan penternakan

• (iv)pelancongan

• (v)pembuangan sampah domestik

Page 56: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

perindustrian

• Pembuangan sisa-sisa perindustrian ke dalam tasik.

• Sisa-sisa industri mengandungi bahan kimia seperti asid , plumbum , sisa minyak

• Air didalam tasik menjadi lebih berasid dan tidak sesuai untuk hidupan akuatik.

• Mendapan yang banyak dalam tasik mengurangkan pancaran matahari ke dasar tasik .Ini menyebabkan alga dan fitoplankton tidak dapat menjalankan proses fotosintesis.

Page 57: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pertanian

• Air larian permukaan membawa lebihan baja dan racun seranggan ke dalam tasik .

• Proses larut resap menyebabkan air yang menyusup masuk ke dalam tanah membawa bersama baja dan racun serangga.

• Baja dan racun mengalir ke tasik melalui aliran air bawah tanah .

Page 58: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

penternakan

• Penternakan itik , ayam dan khinzir yang dijalankan berdekatan tasik menyebabkan ekosistem tasik terganggu.

• Bahan kumbahan haiwan dan bangkai haiwan yang dibuang ke dalam tasik mencemarkan air tasik .

• Ini menyebabkan kandungan bakteria E Coli dalam tasik meningkat.

• Peningkatan terhadap keperluan oksigen dalam tasik berlaku .Ini menyebabkan hidupan dalam tasik kekurangan oksigen dan mati.

Page 59: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kitaran Nutrien

Apakah kitaran nutrien ?

Page 60: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kitaran nutrien

• Nutrien ialah zat makanan yang diperlukan oleh komponen biotik untuk pertumbuhan dan membekalkan tenaga untuk kelansungan hidup dalam ekosistem.

• Kitar nutrien merupakan aliran unsur-unsur seperti karbon , oksigen dan nitrogen daripada komponen abiotik kepada komponen biotik.Unsur-unsur tersebut diperolehi dalam atmosfera dan tanah.

Page 61: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 62: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Terangkan proses-proses yang berlaku dalam kitar karbon-oksigen

Page 63: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Gas karbon dioksida dalam udara

• Apakah berlaku kepada gas karbon dioksida dalam udara ?

• Tumbuh-tumbuhan menyerap gas karbon dioksida dalam udara untuk melakukan proses fotosintesis.

• Gas karbon dioksida diserap melalui liang-liang stoma pada daun tumbuh-tumbuhan.

Page 64: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Proses fotosinteis

• Proses fotosintesis membebaskan gas oksigen .

• Unsur karbon digunakan untuk mensintesiskan makanan dan disimpan dalam sel-sel badan tumbuh-tumbuhan .

Page 65: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Proses respirasi• Gas oksigen yang dibebaskan melalui

fotosintesis diserap oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk respirasi.

• Proses respirasi membebaskan gas karbondioksida ke atmosfera.

• Gas oksigen digunakan untuk pembakaran makanan dalam sel badan haiwan .Proses ini menyebabkan unsur karbon bergabung dengan oksigen membentuk karbon dioksida.

Page 66: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Proses pembakaran bahan api fosil

• Mineral-mineral karbon yang terbentuk didalam tanah membentuk petroleum , gas asli dan arang batu.

• Bahan api fosil ini dilombong untuk digunakan dalam industri dan kenderaan.

• Pembakaran bahan api fosil menggunakan oksigen dan membebaskan gas karbon dioksida.

Page 67: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Proses pereputan

• Proses pereputan dilakukan oleh bakteria dan kulat yang saprofit.

• Bakteria menyerap oksigen untuk proses pereputan .

• Proses pereputan melibatkan organisma-organisma hidup yang mati serta pereputan bahan-bahan kumbahan haiwan .

Page 68: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Letusan gunung berapi

• Letusan gunung berapi membebaskan gas karbon dioksida.

Page 69: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 70: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Terangkan proses-proses yang berlaku dalam kitaran nitrogen

Page 71: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Gas nitrogen dalam udara

• Apakah yang berlaku kepada gas nitrogen dalam udara ?

• Tindakan kilat menukarkan nitrogen dioksida dalam udara kepada ion-ion nitrat.gas nitrogen terkena kilat ditukarkan kepada nitrogen oksida.

• Nitrogen oksida bertindakbalas dengan air membentuk nitrat.

• Bakteria pengikat nitrogen yang tinggal dalam nodul pokok ke kacang menukarkan nitrogen dalam udara kepada ion nitrat .

Page 72: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Gas nitrogen dalam udara

• Bakteria , kulat dan alga biru hijau berupaya mendapatkan nitrogen dalam udara .

• Nitrogen dicantumkan dengan hidrogen untuk menghasilkan gas ammonia

Page 73: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ion-ion nitrat dalam tanah

• Penghasilan ion-ion nitrat dalam tanah diserap oleh sistem akar pokok .

• Ion-ion nitrat digunakan untuk membentuk protein dalam tumbuh-tumbuhan .

• Oleh itu pokok kekacang mengandungi protein yang tinggi .

Page 74: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Protein dalam tumbuh-tumbuhan

• Protein dalam tumbuh-tumbuhan dipindahkan kepada haiwan apabila haiwan herbivor memakan tumbuh-tumbuhan.

• Ini menyebabkan haiwan mendapat protein dan disimpan dalam tisu-tisu badan sebagai protein haiwan .

Page 75: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Protein dalam tumbuh-tumbuhan dan haiwan .

• Protein dalam sel-sel badan tumbuhan dan haiwan boleh dikembalikan ke dalam tanah . Bagaimana ?

• Ini berlaku apabila tumbuh-tumbuhan dan haiwan mati atau haiwan menghasilkan bahan kumbahan.

Page 76: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Proses pereputan

• Organisma-organisma hidup yang mati serta bahan-bahan kumbahan haiwan diuraikan oleh bakteria pereputan.

• Proses pereputan menguraikan sel-sel kompleks tumbuhan dan haiwan kepada nutrien yang ringkas iaitu sebatian ammonium.

• Bakteria penitritan menguraikan sebatian ammonium kepada ion-ion nitrit.Bakteria nitrosomonas mengoksidakan ammonia menjadi nitrat.

Page 77: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Proses pereputan

• Ion-ion nitrit yang terhasil ditukarkan kepada ion nitrat oleh bakteria penitratan .

• Bakteria nitrobacter mencantumkan nitrit dengan oksigen membentuk nitrat.

• Ion-ion nitrat yang terhasil dapat diserap oleh sistem akar pokok.

Page 78: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Bolehkah ion-ion nitrat terhasil dikembalikan dalam bentuk gas ?

• Bakteria pendenitratan bertindak mengoksidakan ion-ion nitrat kepada gas nitrogen dioksida.

Page 79: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Aktiviti manusia

• Manusia membina kilang baja .

• Operasi kilang baja membebaskan gas nitrogen dioksida ke atmosfera.

• Aktiviti pembajaan menggunakan baja organik , baja urea amonia sulfat dan amonia nitrat.

Page 80: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

• Bakteria penitritan - nitrosumonas

• Bakteria penitratan -

• Bakteria pendenitritan

Page 81: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2008

• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien ? (5m)

• (b)Jelaskan kitar nitrogen dalam satu ekosistem di kawasan pertanian (10m)

• (c )Jelaskan bagaimana aktivti pertanian boleh mengganggu proses kitar nitrogen .

• (10m)

Page 82: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Gas nitrogen dalam udara di ladang kelapa sawit

• Gas nitrogen dalam udara ditukar kepada bentuk ion nitrat yang boleh diserap oleh pokok kelapa sawit melalui kilat dan tindakan bakteria pengikat nitrogen dalam nodul kekacang .

Page 83: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pemindahan nitrogen dari kelapa sawit kepada haiwan

• Apabila haiwan seperti burung , tikus memakan buah kelapa sawit , proten dalam kelapa sawit dipindahkan kepada protein dalam sel-sel haiwan tersebut.

Page 84: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 85: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengembalian nitrogen ke dalam tanah

• Daun-daun pokok kelapa yang kering dibiarkan mereput di ladang untuk mengembalikan nitrogen ke dalam tanah . Bakteria pereputan menguraikan sel-sel kompleks kepada nutrien iaitu ion ammmonium.Bakteria penitritan seperti nitrosomonas menukarkan ion ammonium kepada ion nitrit.

Page 86: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Tindakan bakteria menghasilkan ion nitrit dan nitrat

• Ion nitrit yang terhasil ditukarkan kepada ion nitrat oleh bakteria penitratan seperti bakteria nitrobacter.

Page 87: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengembalian nitrogen ke atmosfera

• Ion-ion nitrat yang terhasil ditukarkan kepada gas nitrogen dioksida dalam udara melalui bakteria pendenitratan .

Page 88: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 89: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Tindakan manusia menambah kandungan nitrogen dalam tanah.

• Manusia menjalankan aktiviti pembajaan.• Baja terdiri daripada sebatian ammonium • Sebatian ammonium diuraikan bakteria

kepada ion ammonium .• Ion ammonium ditukarkan bakteria

penitritan membentuk ion nitrit.• Bakteria penitratan menukarkan ion nitrit

kepada ion nitrat yang dapat diserap akar pokok kelapa sawit.

Page 90: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengembalian nitrogen ke udara oleh tindakan manusia

Page 91: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengembalian nitrogen ke atmosfera

• Kilang membuat baja organik , baja urea dan baja kompos membebaskan nitrogen dioksida kembali ke atmosfera.

Page 92: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2008

• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan penyahutanan ? (3m)

• (b)Huraikan impak penyahutanan terhadap kitaran hidrologi (10m)

• (c)Jelaskan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan di kawasan hutan tropika lembap. (12m)

Page 93: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pemeliharaan

• i)mewartakan hutan/undang-undang

• Ii)kawal pembalakan dan pemusnahan

• Iii)penyelidikan /ujian baka

• Iv)penebangan terpilih

Page 94: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pemuliharaan

• i)tanam semula hutan

• Ii)rawatan sivikultur

• Iii)

Page 95: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2007

Page 96: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ekosistem tasik

Page 97: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (a)

• Pengguna bagi aras trofik A ialah pengguna primer yang merupakan haiwan herbivor seperti belalang , ulat beluncas dan zooplankton yang memakan tumbuhan hijau.

• Pengguna bagi aras trofik B ialah pengguna skunder yang merupakan karnivor seperti burung yang memakan ulat , katak .

Page 98: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (a)

• Pengguna bagi aras trofik C ialah pengguna omnivor yang bersaiz lebih besar seperti burung bangau yang memakan katak dan ikan besar .

Page 99: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (b)

• Membekalkan makanan kepada organisma hidup diekosistem X .Tumbuhan hijau seperti teratai adalah organisma autotrof yang dapat menjalankan fotosistesis.Proses fotosintesis menggunakan cahaya matahari , gas karbon dioksida dan air untuk menghasilkan makanan .Ion-ion nitrat yang diserap oleh akar tumbuhan ditukar kepada protein tumbuh-tumbuhan .Protein tumbuh-tumbuhan dapat dibekalkan kepada organisma hidup yang lain apabila tumbuhan dimakan.

Page 100: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (b)

• Tumbuh-tumbuhan membekalkan oksigen kepada organisma hidup yang lain di ekosistem X .Proses fotosintesis yang dijalankan menghasilkan gas oksigen yang diperlukan oleh organisma hidup lain .Proses fotosintesis juga mengimbangkan kandungan gas karbon dioksida dalam udara.

Page 101: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (b)

• Tumbuh-tumbuhan menjadi habitat kepada organisma hidup .Tumbuh-tumbuah hijau dalam ekosistem X seperti pokok teratai menyediakan tempat yang sesuai untuk anak-anak ikan dan berudu untuk berlindung dari pemangsa. Disamping itu tumbuhan juga membekalkan nutrien bagi tumbesaran organisma tersebut.

Page 102: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (b)

• Tumbuh-tumbuhan menyederhanakan suhu .Proses sejatpeluhan yang dijalankan oleh tumbuh-tumbuhan menyebabkan udara menjadi lembap dan menurunkan suhu.Daun-daun tumbuhan juga meningkatkan kadar albedo dan melindungi organisma hidup dari bahangan matahari .

Page 103: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (b)

• Tumbuh-tumbuhan juga bertindak meningkatkan simpanan air bawah tanah .Pintasan air hujan yang dijalankan oleh tumbuh-tumbuhan daratan sekitar ekosistem X melambatkan kejatuhan air hujan dan meningkatkan susupan air kedalam tanah untuk membekalkan aliran air bawah tanah yang berterusan kepada ekosistem X.

Page 104: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (c )

• i)pertambahan gas karbon dioksida dalam udara

• Pembakaran hutan

• Pemusnahan hutan

• Pembakaran sampah di tapak pelupusan

• Asap kenderaan

• Asap kilang

Page 105: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (c )

• Ii)penurunan jumlah karbon dalam tanah

• Aktiviti perlombongan petroleum dan arang batu

Page 106: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2003

• (a)Nyatakan dua fasa kitar nutrien dalam sesuatu ekosistem (5m)

• (b)Dengan bantuan gambar rajah , huraikan proses yang berlaku dalam kitar nitrogen (12m)

• (c )huraikan bagaimana manusia mempengaruhi kitar nitrogen (8m)

Page 107: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Bagaimana aktiviti ini mengganggu kitaran nitrogen?

Page 108: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pembakaran hutan

• Hutan di bakar .

• Nitrogen terbebas ke udara dalam bentuk nitrogen dioksida.

Page 109: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Bagaimana aktiviti ini mengganggu kitaran nitrogen?

Page 110: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pemusnahan hutan

• Meningkatkan hakisan permukaan tanah oleh tindakan air larian permukaan.

• Nitrat yang terdapat pada permukaan tanah di bawa oleh air larian permukaan melalui proses larut resap ke dalam sistem sungai atau tasik yang berdekatan

Page 111: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Aktiviti pembajaan

• Penggunaan baja kimia seperti NPK (Nitrogen , Fosforus dan Kalsium)

• Kandungan nitrat dari baja dilarut resapkan ke dalam tanah oleh aliran air larian permukaan ke dalam sungai , kolam atau tasik.

Page 112: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Bagaimana aktiviti ini mempengaruhi kitaran nitrogen?

Page 113: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pembuangan sisa penternakan

• Hasil perkhumuhan haiwan mengandungi nitrogen ditukarkan organisma seni kepada amino.

• Bakteria nitrosomonas mengoksidakan ammonia menjadi nitrit.

• Bakteria nitrobacter pula mencantumkan nitrit dengan oksigen kepada nitrat.

• Ini boleh berlaku di dalam tanah dan air.

Page 114: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2002

• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan kitar nutrien dalam ekosistem (5m)

• (b)Dengan bantuan gambar rajah , huraikan bagaimana kitar oksigen berlaku dalam ekosistem daratan . (10m)

• (c )Jelaskan mengapa kitar oksigen dan kitar karbon selalunya digabungkan (10m)

Page 115: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan C

• 1.kitar oksigen berlaku dalam proses pernafasan atau respirasi haiwan dan manusia dengan proses fotosintesis oleh tumbuh-tumbuhan .Oksigen dalam atmosfera diserap terus oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan untuk respirasi.

• Proses respirasi membebaskan semula karbon dioksida ke dalam atmosfera.Karbon dioksida pula akan digunakan oleh tumbuh-tumbuhan hijau untuk proses fotosintesis.Fotosintesis pula membebaskan semula oksigen ke dalam atmosfera.Proses ini berterusan dan berkitaran .Dalam keadaan semulajadi proses ini berlaku dengan seimbang.

Page 116: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan c

• Kitar oksigen dan karbon tidak boleh dipisahkan .Proses pernafasan dan fotosintesis melibatkan kedua-dua unsur yang saling terikat antara satu sama lain .

• Pernafasan menggunakan oksigen membebaskan karbon dioksida manakala fotosintesis menggunakan karbon dioksida dan membebaskan oksigen.

Page 117: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pembakaran bahan api fosil

• Bahan api fosil seperti petroleum , gas asli dan arang batu yang digunakan dalam industri dan kenderaan .

• Proses pembakaran memerlukan gas oksigen .Proses pembakaran bahan api fosil membebaskan asap yang mengandungi karbon dioksida kerana bahan api mengandungi unsur-unsur karbon .

Page 118: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 1999

• (a)Nyatakan komponen-komponen asas yang membentuk setiap ekosistem(5m)

• (b)Dengan bantuan gambar rajah , jelaskan tentang kitar nutrien dalam ekosistem. (10m)

• (c )Bincangkan pengaruh karbon terhadap kehidupan manusia. (10m)

Page 119: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengaruh positif

• Karbon wujud dalam pelbagai bentuk • A)gas – karbon dioksida , karbon

monoksida• B)hidrokarbon – petroleum ,gas asli• i)mengukur umur fosil • Ii)minuman berkarbonat• Iii)perindustrian- pensil, kosmetik• Iv)menjana tenaga

Page 120: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengaruh negatif

• i)penyakit

• Ii)pencemaran udara

• Iii)perubahan cuaca / peningkatan suhu

Page 121: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pencemaran udara

• Peningkatan kenderaan dan industri membebaskan asap yang mengandungi gas karbon dioksida dan karbon monoksida.Pencemaran udara merendahkan kualiti udara.Ini menyebabkan fenomena seperti jerebu dan hujan asid .Keadaan menyebabkan manusia mudah terkena penyakit berkaitan pernafasan seperti asma dan paru-paru. Asap-asap kenderaan membebaskan gas karbon monoksida

• Karbon monoksida membahayakan kesihatan kerana apabila disedut,gas tersebut bertindak balas dengan sel darah dan mengurangkan kadar oksigen dalam saliran darah

Page 122: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Penyakit

• Asap-asap kenderaan membebaskan gas karbon monoksida

• Karbon monoksida membahayakan kesihatan kerana apabila disedut,gas tersebut bertindak balas dengan sel darah dan mengurangkan kadar oksigen dalam saliran darah

• CFC yang terkandung dalam sesetengah barang elektrik boleh memusnahkan partikel ozon

• Pemusnahan lapisan ozon akan membentuk lubang ozon yang membenarkan sinaran ultraungu dari matahari sampai secara langsung ke atas permukaan bumi

• Sekiranya ultraungu ini terkena pada manusia boleh mengakibatkan kanser kulit dan katarak mata

Page 123: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

penyakit

• Air berkarbonat juga mengandungi gas karbon dioksida

• Ini menyebabkan ramai meminati untuk membeli minuman berkarbonat

• Sekiranya kerap diminum,seseorang itu boleh menghidap penyakit diabetes,kegemukan,tekanan darah tinggi dan sebagainya

Page 124: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Peningkatan suhu

• CFC yang terkandung dalam sesetengah barang elektrik boleh memusnahkan partikel ozon

• Pemusnahan lapisan ozon akan membentuk lubang ozon yang membenarkan sinaran ultraungu dari matahari sampai secara langsung ke atas permukaan bumi

• Bumi menerima lebih banyak sinaran ultraungu yang mengandungi lebih banyak tenaga.Ini menyebabkan peningkatan suhu.Peningkatan gas karbon dioksida dalam udara menyebabkan kesan rumah hijau .Lapisan gas rumah hijau membenarkan bahangan matahari melaluinya tetapi menghalang bahangan bumi keluar.Ini meningkatkan suhu global.

Page 125: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Penghasilan bahan api

• Pembentukan fosil

• Menghasilkan bahan api spt petroleum , gas asli dan arang batu.

• Bahan api kenderaan dan insudtri

Page 126: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pembuatan makanan dan minuman

• Yis dalam pembuatan kopi

• Minuman berkarbonat

Page 127: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Penghasilan barangan

• Pembuatan kosmetik

• Pensil

• Alat sukan – raket badminton

Page 128: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2000

• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan rantaian makanan (5m)

• (b)Terangkan bagaimana tenaga dipindahkan dalam rantaian makanan bagi ekosistem hutan tropika (10m)

• (c )Jelaskan bagaimana rantaian makanan boleh diganggu dan huraikan kesan gangguan itu terhadap manusia.(10m)

Page 129: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ganguan- pembalakankesan- sumber makanan berkurang

Page 130: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Ganguan – pemanasan globalkesan-suhu tinggi , tidak selesa,

kebakaran

Page 131: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Gangguan –pemburuankesan – kepupusan hidupan liar

Page 132: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan 2004

• Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di suatu kawasan pinggir pantai ,

• (a)Huraikan siratan makanan dalam ekosistem di kawasan tersebut.(7m)

• (b)Jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah mengganggu ekosistem di kawasan tersebut

(10m)• (c )Huraikan bagaimana gangguan terhadap

ekosistem di kawasan tersebut dapat dikawal oleh pihak berkuasa tempatan. (8m)

Page 133: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan percubaan terengganu 2008

• (a)Nyatakan tiga ciri tumbuhan hutan hujan tropika (5m)

• (b)Jelaskan peranan hutan hujan tropika terhadap proses geomorfologi (10m)

• (c )(i)Huraikan tiga faktor semulajadi yang menyebabkan kemusnahan ekosistem hutan (6m)

• (ii)Cadangkan tiga langkah pemuliharaan ekosistem hutan hujan tropika (6m)

Page 134: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Soalan STPM 2009

• (a)Apakah yang dimaksudkan dengan persaingan spesis tumbuhan ?(5m)

• (b)Huraikan lima faktor yang mempengaruhi taburan spesis tumbuhan dalam sesuatu ekosistem .(10m)

• (c )Jelaskan bagaimana tumbuhan primer di sesuatu kawasan hutan mempengaruhi aktiviti manusia.

Page 135: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Huraikan jenis aktiviti manusia yang dapat menyebabkan

kemerosotan dan kepupusan kepelbagaian biologi

• Pertanian

• Pembalakan

• Perindustrian

• Pembinaan empangan

• perlombongan

Page 136: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pertanian

• Pertanian pindah yang dijalankan oleh orang asli contohnya pedalaman pahang , Perak dan Penan Sarawak .Aktiviti tebang dan bakar yang dijalankan menyebabkan kepupusan spesis tumbuhan seperti cengal , meranti dan paku pakis .Aktiviti pertanian ladang pula melibatkan pemusnahan beratus-ratus hektar hutan semulajadi dan ditukar kepada ladang-ladang getah dan kelapa sawit .Di Malaysia ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang luas dibuka oleh Felda , Felcra serta syarikat-syarikat swasta seperti Sime Darby , Tabung Haji .

Page 137: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

pertanian

• Kesatuan Antarabangsa untuk alam sekitar melapurkan ancaman terbesar kepada pelbagaian biologi ialah penukaran habitat semulajadi kepada kawasan pertanian dan telah memberi kesan terhadap 33 % spesis terancam .

Page 138: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 139: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pembinaan empangan

• Pembinaan empangan hidroeletrik melibatkan kerja-kerja pemusnahan hutan untuk membina jalanraya bagi mengangkut bahan binaan .

• Pembinaan empangan juga menyebabkan kawasan hutan yang luas ditenggelami air .Ini memusnahkan kawasan habitat haiwan yang luas .

Page 140: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Bagaimana menyebabkan kepupusan dan kemerosotan

kepelbagaian biologi ?• Pemusnahan hutan dan menenggelamkan

kawasan hutan yang luas menyebabkan negara kehilangan pelbagai spesis flora yang bernilai .

• Air sungai diempang dan ditakung dalam takungan menjejaskan pembiakan ikan air tawar .Terdapat pelbagai spesis ikan yang mudik ke hulu sungai untuk bertelur akan mengalami kepupusan .

Page 141: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 142: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Daripada jumlah keluasan Negara Thai, peratusan kawasan hutan telah berkurangan daripada 70% pada tahun 1945 kepada 20% pada tahun 1988.Kegiatan pembalakan yang keterlaluan dan pembalakan secara haram telah mengakibatkan masalah ketidakseimbangan keadaan alam sekitar.

Page 143: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

• Akibatnya,Kerajaan Thai terpaksa mengharamkan kegiatan pembalakan mulai bulan Januari 1989.Selain itu,Negara Thai juga telah mulai mengimport kayu balak sebanyak satu juta m3 setahun kerana pengeluaran sendiri sebanyak tiga juta m3 tidak mencukupi.

• Begitu juga pembalakan yang keterlaluan di Filipina telah mengakibatkan kawasan hutan cuma tinggal 20%.

Page 144: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

• Ini disebabkan kawasan hutan negara kita juga berkurangan.Keluasan kawasan perhutanan di Semenanjung Malaysia,misalnya telah berkurangan daripada 13 juta hektar pada tahun 1900 kepada 6.3 juta hektar pada tahun 1987.Daripada seluruh kawasan seluas 13.2 juta di Semenanjung Malaysia, peratusan kawasan hutan telah berkurangan daripada 98% pada tahun 1900 kepada 48% pada tahun 1987.

Page 145: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 146: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan
Page 147: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

• Kemusnahan ekosistem akuatik

Pembuangan sisa-sisa toksid dan kumbahan manusia menyebabkan kemusnahan sistem akuatik. Beberapa batang sungai di Malaysia dilaporkan telah mati. Maksudnya, sistem ekologi akuatik dalam sungai-sungai tersebut telah musnah dan akibatnya, sungai-sungai tersebut tidak dapat menampung sebarang kehidupan. Contohnya, Sungai Sepang.

Page 148: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kini di Abad ke 21 didapati bahawa isu alam sekitar telah menjadi lebih kompleks dan ianya tidak dapat dilihat dan diatasi secara berasingan lagi baik dari segi tindakan maupun pihak yang terlibat; ianya perlu tindakan bersama seluruh penduduk dunia.

Page 149: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

• MASALAH NEGARA & ANTARA NEGARA

• “DEKLARASI RIO” ?• “DEKLARASI LANGKAWI” ?

– Dikeluarkan oleh Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Langkawi, Malaysia.

– Langkawi– 21 Oktober 1989

Page 150: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Persidangan dan deklarasi

Page 151: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Persidangan

• Persidangan Stockholm memfokuskan kepada kelestarian dalam persekitaran manusia.

• Persidangan ini menghasilkan konsep pembangunan berterusan atau lestari .

• Persidangan Rio De janeiro atau Sidang kemuncak Bumi .

• Melalui persidangan ini telah diadakan Konvensyen Biodiversiti Dunia(CBD).

Page 152: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Persidangan

• Di dalam Konvesyen Biodiversiti Dunia telah diwujudkan Pelan Tindakan untuk Abad 21 dikenali Agenda 21 .

• Agenda 21 menekankan alam sekitar dan pembangunan yang seimbang dan mampan

Page 153: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Deklarasi• Deklarasi Langkawi mengambarkan

komitmen negara-negara Komanwel untuk bersama-sama menjaga , melindungi dan menguruskan alam sekitar secara mapan .

• Pada bulan Oktober 1989,

Page 154: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Protokol dan perjanjian

• Protokol Montreal pada tahun 1987 melibatkan usaha 92 buah negara anggota untuk mengawal penggunaan dan pembebasan gas Kloroflorokarbon .

• Protokol Kyoto pula merupakan usaha negara-negara didunia untuk mengawal pembebasan gas rumah hijau .

Page 155: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Protokol dan perjanjian• Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang atau

CTI merupakan usaha bersepadu bagi mengekalkan pertumbuhan terumbu karang yang meliputi negara Malaysia, Indonesia, Filipina, Papua New Guinea, Timor Leste dan Kepulauan Solomon.[1] CTI telah ditubuhkan pada 2007 dan merupakan idea Indonesia.

• Inisiatif Segi Tiga Terumbu Karang hanya meliputi dua peratus kawasan lautan dunia tetapi ia sangatlah penting.Hampir 75 % daripada semua jenis terumbu karang dan 40 % jenis ikan-ikan karang,

Page 156: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kerjasama teknikal dan kepakaran

• Teknologi moden seperti GPS dan gambar satelit adalah penting untuk mengumpul data-data berkaitan alam sekitar .

• Kerjasama dan sokongan kepada negara-negara yang kekurangan kepakaran dan teknologi adalah penting dalam usaha menangani isu alam sekitar merentas sempadan .

Page 157: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kerjasama teknikal dan kepakaran

• Sebagai contohnya dalam usaha menghadapi masalah jerebu di Asia Tenggara , Malaysia dan Singapura menawarkan bantuan teknikal dan kepakaran kepada Indonesia untuk membendung kebakaran hutan .

• Bantuan kewangan juga diberikan kepada negara miskin untuk pembangunan lestari .Contohnya USD30 billion telah disalurkan kepada negara-negara membangun dalam tempoh 2010-2020 sebagaimana dipersetujui dalam persidangan Copenhagen .

Page 158: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Latihan

• A)Apakah maksud kitar karbon (5m)

• B)Huraikan kepentingan karbon terhadap alam sekitar (10m)

• C)Bincangkan kesan kandungan karbon dioksida berlebihan di atmosfera terhadap sistem lain .(10m)

Page 159: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Latihan• Pilih satu ekosistem akuatik• A)Terangkan ciri-ciri ekosistem akuatik

yang anda pilih . (5m)• B)huraikan kesan-kesan aktiviti manusia

terhadap ekosistem akuatik yang anda pilih . (10m)

• C)Jelaskan langkah pemeliharaan dan pemuliharaan untuk memelihara ekosistem akuatik yang anda pilih .(10m)

Page 160: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Jawapan (a)

• Ekosistem marin yang meliputi lebih 70% daripada muka bumi.

• Ini merupakan ekosistem yang paling besar di dunia.

• Kawasan yang cetek pasang dan surut di pinggir pantai.

• Biotik- pengeluar (rumpai laut, alga, polip,fitoplankton), pengguna ( ikan , udang , kerang , zooplanton),

• Abiotik – air laut , kemasinan tinggi /garam galian tinggi .

• Zon litoral-pinggir laut• Zon profundal-dasar laut • Zon limnetik- mendapat pancaran matahari .

Page 161: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Latihan

• A)Apakah maksud kitar karbon (5m)

• B)Huraikan kepentingan karbon terhadap alam sekitar (10m)

• C)Bincangkan kesan kandungan karbon dioksida berlebihan di atmosfera terhadap sistem lain .(10m)

Page 162: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

• Aktiviti pertanian• Penggunaan baja dan racun serangga secara

berlebihan menyebabkan hutan termusnah• Pemusnahan hutan menyebabkan tanah

menjadi gondol.• Apabila hujan turun, tanah tiada cengkaman

daripada akar pokok.• Hakisan akan berlaku.• Sungai akan mengalirkan bahan organik seperti

racun dan serangga, tanah hasil daripada proses hakisan, kelodak dan sebagainya.

• Akhirnya, sungai akan mengalirkan bahan-bahan tersebut ke laut.

• Ketidakseimbangan ekologi akan berlaku.

Page 163: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

• Perlanggaran kapal• Aktiviti perkapalan di laluan perkapalan antarabangsa

seperti selat melaka• Secara purata 32331 kapal merentasinya setiap tahun

dan 34% merupakan kapal minyak• Risiko kemalangan tumpahan minyak adalah tinggi• Pada tahun 1992 hingga 1997,2 kemalangan kapal telah

menumpahkan minyak sebanyak 38000 tan ke dalam laut selat melaka

• Minyak yang tebal di permukaan laut cepat merebak dan mengurangkan cahaya matahari sampai ke dasar laut

• Hidupan seperti plankton tidak dapat membuat makanan kerana kurang cahaya matahari

• Menyebabkan ketidakseimbangan ekosisitem marin

Page 164: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Pengekalan , pemeliharaan dan pemuliharaan .

• Apakah pengekalan

• Cara bagaimana manusia dapat menjaga dan mengekalkan alam sekitar seperti sediada tanpa merosak atau memusnahkannya.

Page 165: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah pemeliharaan ?

• Konsep pemeliharaan bermaksud usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan tertentu bagi melindungi alam sekitar yang sedia ada daripada musnah demi kepentingan generasi akan datang .

Page 166: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Apakah pemuliharaan ?

• Konsep pemuliharaan pula merujuk kepada usaha memulihkan alam sekitar yang telah diterokai dan dicemari daripada terus musnah dan lenyap begitu sahaja tanpa boleh diwarisi oleh generasi akan datang .

Page 167: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Langkah pemeliharaan

• Kaedah perundangan• A)akta kualiti alam sekitar (1974)• Peruntukan akta ini merangkumi

hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar .

• Masalah pencemaran air di daratan seksyen 25

• Masalah pencemaran perairan peruntukan seksyen 29.

Page 168: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Langkah perundangan

• Akta jalan , parit dan bangunan 1974• Akta ini untuk melindungi dan

mengurangkan hakisan dari berlaku di tapak dan sekitar bangunan yang sedang dibina.

• Akta kerajaan tempatan(1976)• Peruntukan mengenai salah laku

dalam permasalahan pembuangan kotoran di dalam atau tebing sungai , terusan , parit serta longkang .

Page 169: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Penilaian Impak Alam sekitar (EIA)

• Merupakan satu laporan yang perlu disediakan oleh pemaju dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa berkenaan sebelum sesuatu projek dijalankan.

• Pihak berkuasa Jabatan Tanah dan galian , pihak berkuasa tempatan , jabatan alam sekitar dan jabatan pengairan dan saliran berhak untuk membatal dan menangguhkan sesuatu projek .

Page 170: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Mewartakan taman laut

• Pulau-pulau dipilih dijadikan taman laut

• Contohnya

• Pulau Redang

• Pulau Sipadan

• Pulau Tioman

Page 171: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kerjasama antarabangsa• Persidangan Di Rio (Sidang Kemuncak Bumi)• Melalui persidangan ini diwujudkan Konvensyen

Kepelbagaian Biologi yang telah menghasilkan agenda 21.

• Agenda 21 menekankan pembangunan lestari .• .  Konvensyen Ramsar (Ramsar)

Konvensyen tanah lembap yang ditandatangani di Ramsar, Iran, pada 1971, merupakan perjanjian antara kerajaan yang menyediakaan rangka kerja bagi tindakan peringkat kebangsaan dan kerjasama antarabangsa bagi konservasi dan penggunaan lestari tanah lembap serta sumber-sumbernya.

Page 172: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Kawasan tanah lembap yang diisytihar sebagai

tapak Ramsar• Hutan bakau Sungai Pulai ,

Johor (31/01/2003)

• Hutan Bakau Tanjung Piai, Johor (31/01/2003)

• Pulau Kukup, Johor (31/01/2003)

• Kuching Wetland National Park, Sarawak (08/11/2005)

Page 173: Ekologi disediakan oleh mohd salleh sairan

Langkah pemuliharaan

• Kerajaan telah menubuhkan pusat perlindungan hidupan liar supaya tidak mengalami kepupusan .

• Projek penetasan penyu di Rantau Abang Terengganu

• Projek perlindungan Tuntung di Bota Kanan Perak


Top Related