Transcript
Page 1: Edu sem 7 kumpulan 1

Nama ahli kumpulan 1

Mazlina bt alangNoor a/p dollah

RosdianaAzizah

Page 2: Edu sem 7 kumpulan 1

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Page 3: Edu sem 7 kumpulan 1

Maksud Etika

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Page 4: Edu sem 7 kumpulan 1

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Page 5: Edu sem 7 kumpulan 1

Skop Etika Profesional

1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar

Page 6: Edu sem 7 kumpulan 1

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

Page 7: Edu sem 7 kumpulan 1

4.Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Page 8: Edu sem 7 kumpulan 1

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid

mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira

bangsa dan agama atau kepercayaan.

Page 9: Edu sem 7 kumpulan 1

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

Page 10: Edu sem 7 kumpulan 1

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

Page 11: Edu sem 7 kumpulan 1

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. 21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu

berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Page 12: Edu sem 7 kumpulan 1

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:-

Niat yang betul Perlakuan yang baik Pengerak ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Berdisiplin dan beradab Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

Page 13: Edu sem 7 kumpulan 1

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah: Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ihklas Penyayang

Page 14: Edu sem 7 kumpulan 1

Isu guru- guru yang melanggar etika

Page 15: Edu sem 7 kumpulan 1

Di Sarawak, 18 Julai lalu, seorang guru wanita dikatakan ingin mendisiplinkan para pelajarnya yang membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas dengan merendam mereka beramai-ramai di dalam kolam. Guru tersebut yang juga merupakan seorang warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan telah mengambil keputusan untuk mendenda pelajar sedemikian akibat tidak tahan lagi dengan sikap pelajar-pelajarnya yang tidak menjaga kebersihan tandas asrama mereka. Sementara di Alor Setar pula, seorang guru perempuan didakwa memukul seorang murid tahun tiga di sebuah sekolah rendah dengan menggunakan pembersih habuk plastik bertangkai besi kerana murid tersebut tidak membersihkan kelas pada waktu rehat seperti yang ditetapkan dalam jadual tugasan harian. Seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran, Sabah pula digantung kerja selama dua bulan kerana telah didakwa menampar 22 pelajar tahun empat dari sekolah berkenaan yang tidak menyiapkan kerja sekolah mereka pada 19 Julai lalu.

Page 16: Edu sem 7 kumpulan 1

Belum pun reda kes 200 pelajar perempuan direndam dalam kolam ikan di Sibu, tujuh pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Long Lama di Baram, Miri pula mendakwa dirotan guru sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan kawasan asrama. Di Alor Gajah, Melaka, gara-gara didakwa ponteng kelas, empat pelajar perempuan sebuah sekolah menengah dirotan belakang betis sehingga lebam dan bengkak, selain seorang daripada mereka dituduh mengandungkan anak luar nikah. Sementara itu di Johor pula, beberapa nota ditulis seorang murid tahun dua untuk mencurahkan perasaannya selepas dipukul guru Bahasa Melayu sebagai bukti ‘penderaan’ terhadapnya di sebuah sekolah rendah di Batu Pahat. Bukti itu semakin jelas apabila mata kiri murid itu, mengalami pendarahan beku akibat dipukul guru terbabit.


Top Related