Download - Drama Bukan Gila

Transcript
Page 1: Drama Bukan Gila

KUMPULAN 5♫FAIZ AIMAN

♫NUR SYAFIQAH♫SITI NUR AINI

Page 2: Drama Bukan Gila

DRAMA (BUKAN GILA)

Page 3: Drama Bukan Gila

sinopsis

Page 4: Drama Bukan Gila

SINOpSISADEGAN 1• Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad keradan dikatakan

kurang siuman.Semasa di dalam wad fikiran amir sering bercelaru kerana membayangkan kehadiran Ani,bapa dan Pak Haji serta berdialong dengan mereka.Setiap dialong yang tersebut memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.

ADEGAN 2• Azmir telah dilawati oleh doctor.Doktor telah membenarkan Azmir untuk bersiar-siar

tetapi hanya di kawasan wad pesakit sahaja.

Page 5: Drama Bukan Gila

• ADEGAN 3• Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan

tiga orang pelakon.Setiap watak dalam adegan ini menyatakan prinsip yang berbeza tentang dunia.(dunia ialah kuasa,wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran).Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah system.Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat.Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya.Dialong mereka berkisar tentang kehidupan yang berbentuk lakonan atau reality.Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat.Pada masa yang sama Azmir sering melaungkan kesakitan pada kepalanya.Azmir diragui oleh kawan-kawanya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.

• Kemudia,Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari hilang.

Page 6: Drama Bukan Gila

• ADEGAN 4• Arif,pelakon1,pelakon2 dan pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir.Mereka ingin

mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir.Ibu bapa Azmir menceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya,bersikap gila-gila,Azmir mula berkelakuan aneh apabila berada di tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di university.Dia juga menggunakan nama W.A Domski dan bercakap dalam Bahasa Indonesia.Rakan Azmir pula mempunyai persepi yang berbeza tentang diri Azmir.Rakan Azmir berpendapat bahawa Azmir kurang mendapat kasih sayang dan sokongan daripada ibu bapa.Pelakon 2 berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada pendapatnya Azmir memerlukan kasih saying dan nilai cinta dalam kehidupan dan bukan cemuhan dan penghinaan.

Page 7: Drama Bukan Gila

• ADEGAN 5• Azmir bermonolog tentang kisah hidupnya bercinta dengan Ani.Azmir juga

bermonolog tentang suka duka kehidupannya.Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional.Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendirian dan menilai cinta dalam kehidupan.Manusia ialah pemburu dalam kehidupan.

• ADEGAN 6• Berika kematian Azmir dilaporkan dalam akhbar pada 21 Jun 1993.Kematiannya

amat mengejutkan dan dikaitkan berpunca daripada barah otak dialaminya.Ani menyesal kerana meninggalkan Azmir

Page 8: Drama Bukan Gila

tema

Page 9: Drama Bukan Gila

PEMIKIRAN/TEMA• Setiap orang mempunyai prinsip hidup dan ideologi yang berbeza yang boleh

mempengaruhi tindakan atau cara hidup.

Page 10: Drama Bukan Gila

persoalan

Page 11: Drama Bukan Gila

PERSOALAN1) Perbezaan pemikiran dan tindakan menyebabkan seseorang itu dianggap janggal

oleh masyarakat sekeliling.Azmir dianggap gila kerana mempunyai pandangan yang berbeza tentang hidup(cinta,sifat,kemanusiaan,prinsip hidup)berbanding orang lain.

2) Kepentingan cinta dan kasih saying.Cina dan kasih sayang amat penting bagi kebahagiaan

3) Rencah kehidupan,Hidup ini ibarat roda yang berputar,ada suka dan duka.4) Dunia ini ibarat pentas lakonan.Dalam hidup di dunia ini, manusia ialah

pelakonnya yang membawa pelbagai watak5) Kesakitan membawa penderitaan.Azmir yang menanggung kesakitan kerana

menghidap barah otak.

Page 12: Drama Bukan Gila

• plot• teknik plot

Page 13: Drama Bukan Gila

plotPERMULAAN• Keadaan yang bercakap-cakap sendirian di wad sakit jiwa.• Azmir berhalusinasi berjumpa dengan bapa dan Pak Haji.PERKEMBANGAN• Azmir berjumpa dengan pelakon drama “sasau”• KONFLIK• Pendapat Azmir dengan bapanya berbeza tentang kemasukkannya ke wad sakit jiwa.• Pendapat Azmir dengan Pak Haji berbeza tentang menjawab salam• Perbezaan pendapat ibu Azmir dengan Arif serta perlakon tentang Azmir yang

dainggap gila.

Page 14: Drama Bukan Gila

KLIMAKS• Azmir menarik-narik rambut dan menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai

sehingga darah mengalir serta berguling-gulingPELERAIAN• Azmir melayani perasaan terhadap Ani di wad dengan bercakap-cakap sendirian.• Akhirnya,Azmir rebah ke lantai dan meninggal dunia.• Ani menyesal setelah membaca akhbar tentang permegian Azmir bersendirian

akibat barah otak.

Page 15: Drama Bukan Gila

TEKNIK PLOT

TEKNIK

PLOT

Teknik dialog. Contohnya, dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya itu.

Teknik imbas kembali. Contohnya, bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.

Teknik monolog. Contohnya, Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.

Teknik monolog dalaman. Contohnya, Azmir mengungkapkan rasa terima kasih dalam hatinya.

Teknik kejutan. Contohnya, pembaca dikejutkan dengan berita kematian Azmir akibat menghidap penyakit barah otak.

Page 16: Drama Bukan Gila

Watak dan perwatakan

Page 17: Drama Bukan Gila

WATAK UTAMA (AZMIR)

AZMIR

Seorang yang degil. Contohnya, Azmir tidak mahu mengikut nasihat ibunya. Seorang yang optimis.

Contohnya, Azmir seorang yang optimis kerana tidak mudah melatah apabila disoal para pelakon drama sebaliknya menerangkannya dengan baik.

Seorang yang berbudi bahasa. Contohnya, Azmir menyatakan penghargaan kepada mereka yang berjasa dalam pembangunan negara.

Seorang yang bijak. Contohnya, Azmir berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti serta dapat memberi pendapat yang bernas kepada Arif dan kawan-kawannya.

Seorang yang petah. Contohnya, Azmir petah berkata-kata apabila menyuarakan pendapat

Page 18: Drama Bukan Gila

WATAK SAMPINGAN (ARIF)

ARIF

Seorang yang mudah bersimpati. Contohnya, Arif mudah bersimpati terhadap Azmir yang padanya sedang menderita bukannya gila seperti dakwaan doktor.

Seorang yang rasional. Contohnya, Arif tidak mudah melatah apabila menerima komen daripada pelakon mengenai Azmir

Seorang yang berjiwa besar. Contohnya, Arif sanggup belajar daripada Azmir untuk membantunya membikin drama Sasau.

Seorang yang prihatin. Contohnya, Arif prihatin terhadap keadaan Azmir.

Seorang yang penyayang. Contohnya, Arif menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.

Page 19: Drama Bukan Gila

WATAK SAMPINGAN (ibu azmir)

IBU AZMI

R

Seorang yang tidak penyayang. Contohnya, ibu Azmir mengambil mudah terhadap perubahan sikap Azmir dan menyangka anaknya itu sengaja buat-buat gila.

Seorang yang tidak prihatin. Contohnya, ibu Azmir tidak prihatin akan anaknya.

Seorang yang mudah berputus asa. Contohnya, ibu Azmir mudah berputus asa kerana menyatakan ketidaksanggupannya menjaga Azmir yang sengaja berbuat gila.

Seorang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, ibu Azmir tidak menjaga anaknya dengan baik disebabkan itu Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.

Seorang yang mudah mempercayai. Contohnya, ibu Azmir mudah percaya akan tuduhan orang yang menyatakan Azmir mejadi Orang Putih.

Page 20: Drama Bukan Gila

WATAK SAMPINGAN (bapa azmir)

BAPA AZMI

R

Seorang yang mendengar nasihat. Contohnya, bapa Azmir mendengar nasihat daripada Pelakon 2 supaya melawat anaknya.

Seorang yang tidak mengendahkan anaknya. Contohnya, bapa Azmir kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada Azmir.

Seorang yang tidak prihatin. Contohnya, bapa Azmir tidak mengetahui bahawa anaknya menghidap penyakit barah otak.

Seorang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, bapa Azmir menghantar anaknya terus ke hospital sakit jiwa tanpa memeriksa anaknya dahulu.

Seorang yang penyayang. Contohnya, bapa Azmir sering menziarahi Azmir.

Page 21: Drama Bukan Gila

LATAR TEMPAT LATAR MASA LATAR MASYARAKAT

Page 22: Drama Bukan Gila

LATAR TEMPAT

LATAR TEMPA

T

Hospital Besar. Contohnya, hospital yang merawat Azmir.

Ruang tamu rumah Ani. Contohnya, tempat Ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.

Pentas. Contohnya, tampat para pelakon drama Sasau berlakon.

Wad pesakit gila. Contohnya, tempat Azmir menjalani rawatan.

Rumah Azmir. Contohnya, tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.

Page 23: Drama Bukan Gila

LATAR MASA

LATAR

MASA

Waktu tingkatan enam. Contohnya, ibu Azmir mula mengesan sikap gila-gila anaknya pada waktu itu.

21 Jun 1993. Contohnya, tarikh kematian Azmir.

Tiga hari. Contohnya, tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.

Waktu siang. Contohnya, Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.

Sehari. Contohnya, tempoh Arif dan para pelakon berkawan dengan Azmir.

Page 24: Drama Bukan Gila

LATAR MASYARAKAT

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang bijak dan petah berkata-kata. Contohnya, Azmir mampu berkata-kata dengan petah dan hujah yang bernas.

Masyarakat yang prihatin terhadap keadaan sebenar yang dihadapi oleh orang lain. Contohnya, Arif memahami bahawa Azmir bukan gila tetapi dia sedang menanggung kesakitan.

Masyarakat yang menderita sakit secara bersendirian. Contohnya, Azmir menderita sakit barah otak tanpa diketahui dan difahami oleh ibu bapa dan kekasihnya.

Masyarakat yang tidak setia. Contohnya, Ani telah meninggalkan Azmir yang sedang menghidap sakit barah otak.

Masyarakat yang tidak ambil peduli akan orang lain. Contohnya, Azmir mengatakan bahawa Pak Haji tidak pernah mempedulikan orang yang senasib dengannya.

Page 25: Drama Bukan Gila

GAYA BAHASA• Simile – mata Azmir semacam melihat tepat ke arah suatu objek.• Anafora – HAMBA : Rahsiamu? Rahsiamu ialah penderitaanku tetapi kepuasanmu.• Repetisi - ANI : Percayalah. Ani masih mencintai abang, sungguh-sungguh

mencintai abang.• Metafora – kamus kemanusiaan, pesona keghairahan, angin kemudaan, pohon-

pohon jasa.• Sinkope – kau, mu, tak.

Page 26: Drama Bukan Gila

NILAI• Kasih sayang – bapa sayang akan Azmir dan menziarahinya di wad.• Keprihatinan – Pak Haji amat prihatin akan perubahan yang berlaku pada

diri Azmir.• Rasional – Pak Haji bersikap rasional dengan menukar topik perbualan

apabila Azmir menunjukkan rasa kurang senang.• Kebijaksanaan – Azmir bijak menyampaikan hujahnya tentang kuasa,

wang, rakyat dan manusia kepada para pelakon drama ‘Sasau’.• Bertanggungjawab – Arif dan para pelakon drama ‘Sasau’

bertanggungjawab menyampaikan khabar Azmir kepada kedua-dua ibu bapanya.

Page 27: Drama Bukan Gila

PENGAJARAN• Kita hendaklah mengkaji sesuatu permasalahan yang timbul sebelum membuat penilaian.• Kita haruslah menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia.• Kita sewajarnya menyatakan masalah yang melanda lebih awal agar tindakan segera dapat diambil.• Kita hendaklah bersedia mendengar rintihan seseorang yang menghadapi masalah.• Kita sepatutnya menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya.

Page 28: Drama Bukan Gila

SEKIAN, TERIMA KASIH


Top Related