PORTAL MyKKP
PANDUAN PENGGUNA
Permohonan Pendaftaran OYK
Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO)
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 2 OF 13
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN......................................................................... 3
2. PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN .................................................................................. 4
2.1 KELAYAKAN PENDAFTARAN ...........................................................4
2.2 DOKUMEN PERMOHONAN ..............................................................5 2.3 SLIP PERAKUAN PENDAFTARAN ....................................................6
2.4 TEMPOH PENDAFTARAN .................................................................6 2.5 PEMBATALAN PENDAFTARAN ........................................................6
2.6 CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN ......................................7
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 3 OF 13
1. PENGENALAN
Berdasarkan kepada peruntukan undang-undang 29(3) Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan bahawa pegawai
keselamatan dan kesihatan hendaklah di ambil kerja semata-mata bagi
maksud menjamin pematuhan wajar di tempat kerja dan penggalakkan
penjalanan selamat kerja di tempat kerja. Manakala di bawah
peruntukan undang-undang 29(4) Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 yang mana menyatakan Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan memiliki apa-apa kelayakkan atau telah menerima apa-apa
latihan yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui
pemberitahuan Warta.
Sehubungan dengan itu, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan
(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 telah mula dikuatkuasakan
pada 22 Ogos 1997. Peraturan ini adalah bertujuan untuk memastikan
majikan daripada kelas atau jenis industri yang dinyatakan di dalam
Perintah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan
Dan Kesihatan) 1997 mengambil kerja seorang pegawai keselamatan dan
kesihatan bagi tujuan pengurusan hal-hal berkenaan keselamatan dan
kesihatan tempat kerja. Tugas Pegawai Keselamatan dan Kesihatan merujuk
kepada Peraturan 18 di bawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan
Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.
Di bawah Peraturan 4 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan
(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997 menyatakan bahawa tiada
seorang pun boleh bertindak sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan
melainkan jika dia telah berdaftar dengan Ketua Pengarah. Ketua Pengarah
ialah Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 4 OF 13
2. PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
2.1 KELAYAKAN PENDAFTARAN
Kelayakan seseorang yang ingin mendaftar sebagai pegawai keselamatan
dan kesihatan adalah berdasarkan kepada subperaturan 6(1)(a), 6(1)(b),
6(1)(c) dan 6(1)(d) Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan
(Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.
Bagi permohonan pendaftaran pegawai keselamatan dan kesihatan di bawah
subperaturan 6(1)(c), (penerangan & kaedah pendaftaran) pemohon
hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis (syor) daripada Jabatan terlebih
dahulu untuk menduduki peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan di
NIOSH. Hanya pemohon yang lulus peperiksaan tersebut sahaja layak untuk
didaftarkan.
Seseorang tidak layak didaftarkan sebagai pegawai keselamatan dan
kesihatan jika pada masa permohonan pendaftaran beliau telah:
i. Disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta atau
mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta; atau
ii. Disabitkan dengan mana-mana kesalahan dan dihukum lebih
daripada satu tahun penjara atau denda lebih daripada dua ribu
ringgit; atau
iii. Telah diisytiharkan bankrap.
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 5 OF 13
2.2 DOKUMEN PERMOHONAN
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat seperti berikut -
1) Gambar terkini berwarna berukuran lesen memandu;
2) Yuran pemprosesan sebanyak RM100 secara atas talian (Credit Card /
FPX) atau di kaunter JKKP Putrajaya;
3) Salinan kad pengenalan ;
4) Salinan Ijazah atau Diploma dalam bidang Keselamatan & Kesihatan
yang diiktiraf oleh jabatan atau;
5) Salinan sijil hadir kursus dan sijil lulus peperiksaan Pegawai
Keselamatan dan Kesihatan;
6) Surat pengesahan majikan terkini dan terdahulu dengan menyatakan
tempoh pengalaman atau tarikh mula terlibat dalam bidang
keselamatan dan kesihatan
7) Surat lantikan/kontrak kerja sebagai personal Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (sepanjang tempoh penglibatan); dan
8) Senarai tugas lengkap dan diakui oleh majikan terkini dan terdahulu;
9) Profil syarikat majikan yang mengandungi maklukmat-maklumat seperti
Jenis industri, Bilangan pekerja, Kelas industri mengikut Perintah
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan dan
Kesihatan) 1997,dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan dalam
bentuk rumusan;
10) Nombor pendaftaran kilang/tempat kerja/tapak bina dengan JKKP dan
laporan pemeriksaan kilang/tapak bina/oleh JKKP. (seperti buku log
penguatkuasaan);
11) Bukti-bukti menjalankan tugas sebagai personal keselamatan dan
kesihatan pekerjaan seperti minit mesyuarat JKK, laporan bulanan,
HIRARC, laporan audit tempat kerja dan lain-lain (Bagi sepanjang
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 6 OF 13
tempoh penglibatan tuan sebagai personal keselamatan dan kesihatan
pekerjaan);
12) Salinan sijil-sijil lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
/ lain-lain dokumen yang diperlukan bagi permohonan;
2.3 SLIP PERAKUAN PENDAFTARAN
Slip perakuan pendaftaran sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan
akan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JKKP Malaysia kepada setiap
pemohon yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
2.4 TEMPOH PENDAFTARAN
Pendaftaran sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan adalah sah bagi
tempoh selama tiga (3) tahun, melainkan jika ia dibatalkan terlebih dahulu
oleh Ketua Pengarah merujuk subperaturan 13 Peraturan-peraturan
Keselamatan dan Kesihatan (Pegawai Keselamatan dan Kesihatan) 1997.
2.5 PEMBATALAN PENDAFTARAN
Ketua Pengarah JKKP boleh membatalkan pendaftaran jika didapati
seseorang pegawai keselamatan dan kesihatan itu pada bila-bila masa:
a) Telah berhenti menjadi pegawai keselamatan dan kesihatan;
b) telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta
atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta;
c) Tidak memenuhi apa-apa kehendak yang dinyatakan di
bawah Peraturan-peraturan ini atau mana-mana perintah yang
dibuat oleh Menteri di bawah subseksyen 29(4) Akta;atau
d) Telah memperoleh pendaftaran melalui salah nyataan atau
fraud.
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 7 OF 13
2.6 CARA MENGISI BORANG PERMOHONAN
BIL. PENERANGAN / SKRIN
Langkah 1: URL Sistem 1. Masukkan URL berikut pada alamat browser:
http://mykkp.dosh.gov.my
Langkah 2: Log Masuk MyKKP
1. Skrin Laman Utama MyKKP akan dipaparkan.
2. Klik menu Log Masuk seperti rajah dibawah.
Langkah 3: Maklumat Diri
1. Skrin Log Masuk akan dipaparkan.
2. Masukkan maklumat berikut untuk log masuk ke sistem:
Login ID
Kata Laluan
3. Klik butang Log Masuk.
Langkah 4: Laman Utama Sistem MyKKP
1. Skrin Laman Utama Sistem MyKKP akan dipaparkan
seperti dibawah.
2. Klik menu Orang Yang Kompeten untuk melihat senarai
modul.
Contoh: [email protected]
Contoh: abc@1234
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 8 OF 13
BIL. PENERANGAN / SKRIN
Langkah 5: Paparan senarai modul (Bagi tajuk Keselamatan)
1. Skrin senarai modul bagi tajuk Keselamatan akan
dipaparkan seperti dibawah 2. Klik Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Langkah 6: Laman Maklumat Am 1. Skrin bagi Maklumat Am akan dipaparkan seperti
dibawah. 2. Data Maklumat Am dipaparkan berdasarkan Profail
Pemohon.
3. Klik butang Seterusnya bagi mengisi Maklumat Majikan
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 9 OF 13
BIL. PENERANGAN / SKRIN
Langkah 7: Laman Maklumat Majikan
1. Skrin bagi Maklumat Majikan akan dipaparkan seperti dibawah.
2. Data Maklumat Majikan akan terpapar sekiranya pemohon mempunyai majikan
3. Klik pada butang kemaskini majikan sekiranya ingin
mengemakini maklumat majikan.
Langkah 8: Laman Kemaskini Majikan - Carian
1. Skrin bagi Kemaskini Majikan akan dipaparkan seperti dibawah.
2. Klik pada butang carian dan kemudian memasukkan Nama
Majikan atau No.ROC 3. Sekiranya maklumat majikan tiada dalam carian, pemohon
boleh menambah baru maklumat majikan.
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 10 OF 13
BIL. PENERANGAN / SKRIN
Langkah 9: Laman Kemaskini Majikan – Menambah Baru 1. Skrin bagi pemohon menambah baru maklumat majikan
akan dipaparkan seperti dibawah. 2. Klik pada butang Menambah Baru dan kemudian
memasukkan Nama Majikan atau No.ROC
3. Klik butang Seterusnya bagi mengisi Maklumat
Kelayakan Akademik
Langkah 10: Laman Kelayakan Akademik
1. Skrin bagi Maklumat Kelayakan Akademik akan dipaparkan seperti dibawah.
2. Data Maklumat Kelayakan Akademik akan diisi oleh
pemohon. 3. Klik pautan Tambah Baru / Kemaskini untuk mengisi
dan mengemaskini maklumat kelayakan akademik.
Langkah 11: Laman Kelayakan Akademik – Mengisi Maklumat
1. Skrin bagi Maklumat Kelayakan Akademik akan dipaparkan seperti dibawah.
2. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki pada skrin 3. Klik butang Tambah dan maklumat akan dipaparkan pada
Senarai Kelayakan Akademik Baru
Langkah 12: Laman Pengalaman Kerja – Mengisi Maklumat
1. Skrin bagi Maklumat Pengalaman Kerja akan dipaparkan seperti dibawah.
2. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki pada skrin 3. Klik butang Tambah dan maklumat akan dipaparkan pada
Senarai Maklumat Pengalaman Kerja
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 11 OF 13
BIL. PENERANGAN / SKRIN
Langkah 13: Laman Kursus Kelayakan – Mengisi Maklumat
1. Skrin bagi Maklumat Kursus Kelayakan akan dipaparkan
seperti dibawah. 2. Isikan maklumat seperti yang dikehendaki pada skrin 3. Klik butang Tambah dan maklumat akan dipaparkan pada
Senarai Kursus Kelayakan
Langkah 14: Laman Maklumat Perubatan – Mengisi Maklumat
1. Skrin bagi Maklumat Perubatan akan dipaparkan seperti dibawah.
2. Isikan No.Pendaftaran OHD dan Nama OHD akan terpapar.
3. Klik untuk muat naik dokumen sokongan bagi maklumat perubatan
4. Klik butang Seterusnya setelah memuat naik dokumen
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 12 OF 13
BIL. PENERANGAN / SKRIN
Langkah 15: Laman Dokumen Sokongan – Memuat Naik Dokumen
1. Skrin bagi Maklumat Dokumen Sokongan akan dipaparkan seperti dibawah.
2. Klik pada Jenis dokumen untuk memuat naik dokumen sokongan.
3. Lampiran dokumen No 2, 3, 9 & 11 adalah tidak wajib dan
No 10 adalah melalui Pos atau muatnaik
Langkah 16: Laman Maklumat Perakuan – Mengisi Maklumat Perakuan
1. Skrin bagi Maklumat Perakuan akan dipaparkan seperti dibawah
2. Klik pada kotak perakuan dan isikan jawatan pemohon.
3. Klik butang Hantar & Membuat Pembayaran
Langkah 17: Skrin Permohonan Berjaya
1. Skrin bagi Permohonan Berjaya akan dipaparkan setelah butang Hantar ditekan.
MYKKP – PANDUAN PENGGUNA PENDAFTARAN PEGAWAI KESELAMATAN DAN
KESIHATAN
JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PAGE 13 OF 13