Transcript
Page 1: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

IsU 4 2013

www.dorsett.com www.facebook.com/dorsetthospitalityinternational

Dorsett – IntI menanDatanganI moU

Æ 16

LagI pengIktIrafan UntUk HoteL-HoteL DorsettÆ 8, 9 & 17

kUtIpan sgD$100,000 berjaya DIkUmpULkanÆ 12 & 13

DORsETT HOsPITALITY INTERNATIONAL

Nadi

DORsETT HOsPITALITY INTERNATIONAL

MENGUAsAI PAsARANLEBIH BEsARLebih banyak Hotel Dorsett akan dibuka pada tahun 2014

G E R B A N G H O s P I TA L I T I B E R I L H A M k A N A s I A

Page 2: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

sambil kita melangkah ke suku terakhir tahun 2013, menjadi satu penghormatan

bagi saya untuk mengumumkan bahawa di sebalik kemunculan beberapa hotel di rantau ini, Dorsett Hospitality International masih terus melangkah gagah dengan merekodkan perolehan sebanyak HkD$1,088.9 juta bagi tempoh enam bulan pertama; suatu peningkatan pendapatan sebanyak 96.7% berasaskan tahun ke tahun. keuntungan kasar syarikat juga telah meningkat sebanyak 44% berbanding dengan tahun kewangan lalu; kita telah mencapai jumlah keseluruhan sebanyak HkD$456.3 juta.

Bagi mengakhiri tahun ini dengan bergaya, kita juga telah memeterai perjanjian dengan Mayland Group Malaysia dan Far East Consortium International Limited untuk menguruskan hotel-hotel Dorsett di Malaysia seperti silka Cheras, Dorsett Putrajaya, Dorsett Hartamas dan sri Jati Hotel. Usaha ini akan menambah sebanyak 1,000 buah bilik lagi menjadikan jumlah inventori bilik kumpulan berjumlah lebih 8,500 buah dengan portfolio hotel sebanyak 29 buah.

Di peringkat korporat, kita terus mengukuhkan jenama kita apabila kita menjadi ahli Pacific Asia Travel Association (PATA) dan menyertai pameran PATA Travel Mart 2013 untuk kali pertama. kita juga telah mengukir satu lagi kejayaan apabila Dorsett Hospitality International menjadi tuan rumah bagi Majlis Makan Malam untuk Lembaga Eksekutif dan Ahli Lembaga PATA di Dorsett Grand Chengdu. Ini merupakan sebuah simbol kecemerlangan bagi kita!

sekembali sahaja dari PATA Travel Mart di Chengdu, Dorsett International menuju ke singapura untuk acara ITB Asia yang bertemakan “Pameran Perdagangan untuk Pasaran Pelancongan Asia.” Bukan sahaja kita mempamerkan dan menjadikan jenama kita menonjol dalam pameran tersebut, kita juga telah berjaya memecah rekod dengan mengumpul dana berjumlah sGD$100,000 menerusi parti atas bumbung yang dianjurkan bersama dengan Diamond Resorts International dengan kerjasama Web-In-Travel. Jumlah yang terkumpul daripada acara ini telah disalurkan ke Cambodian Phare Circus.

sebagai sebuah syarikat baharu yang agresif dan semakin berkembang, kami percaya bahawa kakitangan merupakan aset. Di kuala Lumpur baru-baru ini, Dorsett International dan INTI International

kehadiran global Dorsett Hospitality International

2

GAGAsAN UTAMA

menandatangani sebuah memorandum persefahaman yang dengannya Dorsett International akan menyediakan latihan industri profesional untuk pelajar INTI Hospitaliti.

Latihan ini sekali gus akan membolehkan generasi muda untuk lebih bersedia dengan pengalaman dan pengetahuan sebenar sebelum mereka menyertai industri ini. sambil kami memberi latihan industri untuk pelajar INTI Hospitaliti, INTI International sebaliknya akan mengendalikan kursus ulang kaji untuk Rakan sekutu Dorsett.

saya percaya bahawa rakan sekutu kita akan mempunyai pengetahuan teori yang lebih baik, digabungkan dengan kebolehan praktikal yang sudah mereka miliki. syabas kepada kate Ho, Pengarah Pembangunan Modal Insan dan pasukan beliau kerana memulakan program ini!

saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada beberapa hotel kita, seperti Dorsett Regency kuala Lumpur dan Dorsett Grand Labuan kerana berjaya menambah koleksi anugerah mereka serta Lan kwai Fong Hotel@kau U Fong kerana merangkul satu lagi anugerah di World Travel Awards 2013! syabas dan marilah kita bersama-sama membangunkan jenama Dorsett ini dengan lebih jauh lagi!

sebelum saya m e n a m a t k a nbingkisan saya, bagi pihak pengurusan Dorsett Hospitality International, izinkan saya mengucapkan selamat Tahun Baru 2014.

sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan untuk Dorsett International, e-mel anda boleh dikirimkan ke [email protected]

- Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Dorsett Hospitality International

Page 3: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

Lembaga (“Lembaga”) pengarah (“Pengarah”) Dorsett Hospitality International Limited (“syarikat”) dengan

sukacitanya mengumumkan ringkasan keputusan belum diaudit disatukan syarikat dan anak-anak syarikatnya (“kumpulan”) bagi tempoh enam bulan yang berakhir pada 30 september 2013 seperti berikut:

sorotan kewanganHasil mencapai jumlah Hk$1,088.9 juta bagi enam bulan pertama, naik 96.4% tahun ke tahun. kenaikan ini sebahagian besarnya berpunca daripada jualan pangsapuri di singapura. Hasil setiap bilik tersedia (revenue per available room - “RevPAR”) menurun 9.7% kepada Hk$561 didorong oleh kombinasi penurunan 6% mata bagi kadar penghunian (on occupancy rate - “OCC”) kepada 75% dan penurunan pada harga purata bilik (average room rate - “ARR”) sebanyak 2.5% kepada Hk$749.

berdasarkan keadaaan yang sama (like for like – LfL)

(1) RevPAR menurun sebanyak 4.1% kepada Hk$589 disebabkan oleh kejatuhan 3.0% ARR dan penurunan marginal 1% mata OCC.keuntungan kasar berada pada Hk$456.3 juta, naik 44.0% berbanding tempoh yang sama pada tahun kewangan lalu. keuntungan bersih merosot 39.5% kepada Hk$330.2 juta.

Perolehan sesaham ialah Hk16.5 sen, 39.5% lebih rendah daripada tempoh yang sama pada tahun kewangan lepas.

Berdasarkan keadaan yang sama (like for like) tidak mengambil kira hasil daripada hotel-hotel yang tidak beroperasi sepenuhnya dalam tempoh tinjauan bagi kedua-dua tahun kewangan semasa dan lepas. Hotel-hotel yang dikecualikan ialah Dorsett Regency Hotel, Hong kong, Dorsett kwun Tong, Hong kong, Dorsett Grand Chengdu dan Dorsett singapura.

tinjauan perniagaan dan operasiPrestasi ekonomi global bagi tempoh yang ditinjau

masih lagi lemah sebahagian besarnya disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang berpanjangan di rantau Eropah dan pertumbuhan lebih perlahan dalam pasaran baru muncul. Walau bagaimanapun, didorong oleh jualan pangsapuri di singapura dan pertumbuhan berterusan operasi hotel kami, hasil kumpulan meningkat sebanyak 96.4% untuk mencapai Hk$1,088.9 juta bagi separuh pertama tahun kewangan 2014 (“FY2014”).

keuntungan bersih kumpulan bagaimanapun merosot sebanyak 39.5% kepada 330.2 juta memandangkan asas yang lebih tinggi dalam tempoh yang sama disebabkan oleh keuntungan daripada pelupusan sebuah anak syarikat.

Meninggalkan tahun 2013 dengan aura positif, melangkah ke tahun 2014 dengan pasti!

pengambilalihan dan pelupusanPada tempoh yang ditinjau, kumpulan terus

mengembangkan portfolio hotel dan liputan rangkaiannya. Pada bulan Ogos 2013, kumpulan telah menandatangani satu transaksi untuk memperoleh sebuah hartanah hotel di

wilayah Jiangxi, Republik Rakyat China. Hartanah hotel itu terletak dalam kawasan Taman Negara Lushan yang terkenal di bandar Jiujiang, yang merupakan salah satu destinasi pelancongan paling terkemuka di China. Urus niaga itu selesai pada bulan Oktober 2013 dan kumpulan Dorsett akan membuka hotel tersebut secara rasmi pada bulan April 2014.

selaras dengan strategi “Dompet China” kumpulan untuk menguasai bahagian pasaran bagi pelancong dari China yang semakin meningkat, pada bulan september 2013, kumpulan Dorsett telah memeterai sebuah urus niaga untuk memperoleh pub dan bangunan restoran “Walkabout” yang terletak bersebelahan dengan hotel Dorsett shepherds Bush London, sebuah hotel 317

bilik milik kumpulan Dorsett yang sedang dalam pembinaan. kumpulan berhasrat menukar hartanah itu kepada bilik-bilik hotel yang akan melengkapkan operasi Dorsett shepherds Bush, London yang akan dibuka tidak lama lagi.

pembangunan perniagaan dan projek Berdasarkan portfolio sedia ada, pada masa ini ada 8 buah

projek hotel milik kumpulan yang berada di bawah pelbagai peringkat perancangan dan pembangunan. Hotel-hotel ini dijangka memulakan operasi pada tarikh-tarikh berikut:

HAsIL MENCAPAI JUMLAH

Hk$1,088.9MILLION

+96.4% TAHUN kE TAHUN

kEUNTUNGAN kAsAR

Hk$456.3 MILLION+44.0% BERBANDING

TEMPOH YANG sAMA PADA TAHUN kEWANGAN LALU

(1) Nama-nama hotel, segmen pasaran sasaran, jumlah bilik dan tarikh mula operasi mungkin berubah.

(2) kumpulan memiliki 25% kepentingan hotel.(3) kumpulan sedang dalam proses mendapatkan sijil hakmilik untuk

Dorsett Zhongshan.(4) Jumlah bilik kira-kira 275 buah adalah tertakluk kepada kelulusan

perancangan dan pemuktamadan rancangan penukaran.(5) Penukaran hartanah Walkabout kepada bilik-bilik hotel, dianggarkan 44

buah bilik tertakluk kepada perubahan. selepas tempoh yang berakhir pada 30 september 2013, kumpulan Dorsett telah memeterai kontrak pengurusan dengan pihak yang berkaitan untuk menguruskan 4 buah hotel dengan sejumlah kira-kira 1,000 buah bilik di Malaysia. kontrak pengurusan akan menyediakan platform bagi kumpulan untuk mengembangkan lagi rangkaiannya di Asia Tenggara dan menyediakan aliran pendapatan yang stabil pada masa hadapan.

Projek Hotel Dalam segmen pasaran JumlahPembangunan(1) Lokasi sasaran(1) bilik(1) Mula operasi(1)

Dorsett Tsuen Wan, Hong kong Hk Pertengahan 547 suku ke-4 FY2014Lushan Resorts China Resort 297 suku ke-1 FY2014Dorsett shepherds Bush, London Uk Pertengahan 317 suku ke-4 FY2014Dorsett Grand Zhuji(2) China Mewah 200 suku ke-3 FY2015Dorsett Zhongshan(3) China Pertengahan 416 suku ke-4 FY2015silka Tsuen Wan, Hong kong Hk Nilai 420 suku ke-2 FY2016Dorsett City, London Uk Pertengahan 275(4) suku ke-3 FY2016Dorsett shepherds Bush, London(5) Uk Pertengahan 44(5) suku ke-3 FY2016

3

CARTA kEJAYAAN

Page 4: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

4

DALAM PERANCANGAN

HOTEL DORsETT TERBAHARU DI HONG kONGDORsETT TsUEN WAN

Hong kong sesuai dilawati pada bila-bila masa. sama ada untuk pesta membeli-belah atau menikmati makanan

Hong kong atau bersiar-siar mengecapi pemandangan dan bunyi di kota raya ini, sudah pasti ada sesuatu yang menarik bagi setiap orang di kota yang menjadi salah satu daripada bandar raya dunia Asia ini. Jadi, jika anda melancong ke Hong kong tidak lama lagi, pastikan singgah ke hotel Dorsett terkini di bandar ini - Dorsett Tsuen Wan, yang dijangka dibuka pada pertengahan bulan Januari 2014 dengan 547 bilik bilik dan suite.

Terletak di kesibukan daerah Tsuen Wan, salah satu daripada 18 daerah di Hong kong, Dorsett Tsuen Wan hanyalah sejauh 30 minit perjalanan dengan kereta dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong kong dan 8 minit berjalan kaki ke stesen MTR Tai Wo Hau; oleh itu ia menawarkan akses mudah bagi mereka yang datang atas urusan perniagaan mahupun bercuti ke beberapa tempat membeli-belah dan menjamu selera utama Hong kong.

Berseni bina moden dengan binaan luaran daripada kaca, bilik-bilik di Dorsett Tsuen Wan dihiasi dengan pemandangan indah latar langit bandar raya, dengan reka bentuk kontemporari yang dilengkapi dengan kelengkapan bergaya, tempat tidur yang selesa, TV skrin

rata 40”, sambungan pantas WiFi dan akses internet jalur lebar serta pelbagai peralatan mandi sekadar menyebut sebahagian sahaja.

Bagi memenuhi keperluan yang berbeza-beza antara ahli perniagaan dan pelancong, kemudahan dan perkhidmatan lain termasuk kemudahan menjamu selera yang unggul, pusat kecergasan yang lengkap, kolam renang dan spa luaran; dan khidmat pengangkutan ulang-alik berjadual percuma ke beberapa kawasan menarik yang ditetapkan.

Untuk mesyuarat yang produktif dan perjumpaan sosial yang kekal dalam kenangan, Dorsett Tsuen Wan menyediakan dewan besar dengan kapasiti yang berbeza-beza: 290 untuk jamuan, 480 untuk aturan gaya teater dan 260 untuk aturan bilik darjah; dengan sokongan terbaik daripada kemudahan persidangan terkini yang tercanggih dan perkhidmatan sokongan oleh pasukan profesional yang komited untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam kelas.

Bagi pelancong, selain daripada Hong kong Disneyland yang hanya 30 minit berkereta dari hotel, kawasan menarik berdekatan lain termasuk Bahtera Nabi Nuh, Muzium sam Tung Uk, Buddhist Western Monastery dan Yuen Yuen Institute; dan pengalaman membeli-belah terhebat yang ditawarkan oleh kawasan membeli-belah, menjamu selera dan hiburan Citistore, Citywalk, Mong kok dan Tsim sha Tsui sekadar menamakan sebahagian daripadanya.

Pengemudi hotel yang mengagumkan ini tidak lain tidak bukan Pengurus Besar Eric Cheng dengan Henry Tse mengetuai bahagian Jualan & Pemasaran sebagai Pengarah Jualan & Pemasaran. Eric dan Henry juga bertanggungjawab atas operasi dan jualan serta fungsi pemasaran harian untuk silka Far East, jenama hotel utama-nilai kumpulan.

Page 5: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

5

DALAM PERANCANGAN

LONDON, kAMI sUDAH TIBA...

LUsHAN REsORT

satu-satunya hotel antarabangsa di Lushan, Lushan Resort dijadualkan akan dibuka pada April

2014.Terletak 110 kilometer dari Lapangan Terbang

Antarabangsa Nanchang Changbei, hotel ini terletak di tengah rimbunan kehijauan dan pokok-pokok purba di

kaki lereng selatan Gunung Lushan.Pilihan yang sempurna untuk percutian dan acara perniagaan, Lushan Resort menampilkan rangkaian bilik dan suite yang

dilengkapi dengan semua kemudahan dan

Terletak di tengah-tengah shepherd’s Bush di West London, Dorsett shepherds Bush

berkedudukan hampir dengan Pusat Membeli-belah Westfield, Earls Court dan Olympia Exhibition Centres. Hotel 7 tingkat ini dijadualkan dibuka pada suku pertama 2014 menampilkan seni bina dan reka bentuk moden sambil mengekalkan bahagian luar bangunan yang bersejarah. Dikenali sebagai The Pavilion dan disenaraikan sebagai bangunan

Gred II, bangunan ini telah melalui pelbagai wajah sejak pembinaannya pada tahun 1923 - sebelum ini menjadi teater, pawagam dan dewan bingo.

Dorsett shepherds Bush mempunyai 317 buah bilik, dua buah restoran, sebuah bar destinasi dan spa yang terletak di bawah bumbung kaca yang terkenal itu serta pelbagai kemudahan mesyuarat dan ruang mesyuarat fleksibel untuk menampung mesyuarat dan acara pada kapasiti yang berbeza.

Nantikan maklumat lanjut mengenai Dorsett shepherds Bush dalam isu akan datang......

WACANA HARMONI DI REsORT PERTAMA kUMPULAN

perkhidmatan moden untuk memastikan pengalaman menginap yang sukar dilupakan.

Gunung Lushan yang indah, terletak bersebelahan Tasik Poyang, 36 kilometer ke selatan Jiujiang City di Wilayah Jiangxi ialah destinasi musim panas yang terkenal di dunia dengan pelbagai tarikan seperti Wulaofeng (Five Elderly Men Peaks), Xianrendong (Immortal’s Cavern) dan White Deer Cave Academy.

Pada tahun 1996, Gunung Lushan telah disenaraikan sebagai warisan budaya dunia.

Nantikan maklumat lanjut mengenai Lushan Resort dalam isu akan datang......

DORsETT sHEPHERDs BUsH

Page 6: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

DALAM PERANCANGAN

silka Cheras bakal membuka pintunya pada awal tahun 2014

sehingga 220 orang.Bakal menjadi mercu tanda ikonik Cheras, terletak

bersebelahan dengan pusat membeli-belah terbaru Cheras sentral, silka Cheras berkedudukan strategik sejauh hanya 15 minit berkereta dari Pusat Bandar kuala Lumpur dan 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa kuala Lumpur. Tarikan lain dalam radius lima kilometer dari hotel ini termasuk Taman Rekreasi Alam Damai, Velodrom, Pusat Renang Negara dan stadium Bola sepak kuala Lumpur.

selain memenuhi citarasa pelancong dan ahli perniagaan, silka Cheras juga sesuai untuk pelancong perubatan dengan kedudukannya yang berdekatan dengan Hospital Universiti dan Pusat Pakar Cheras.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai silka Cheras dan harga bilik pada hari pembukaannya, layari dorsett.com

Jika anda ke kuala Lumpur pada suku pertama 2014, singgahlah ke salah satu hotel terbaru

Dorsett International di bandar raya ini iaitu silka Cheras.sebuah hotel yang diuruskan oleh

Dorsett Hospitality International, silka Cheras mempunyai 319 buah bilik dengan reka bentuk dan kelengkapan dalaman yang melambangkan intipati jenama silka: selesa, Mudah dan Harga Berpatutan.

salah satu hotel 3-bintang di kesibukan kawasan pinggir bandar Cheras, kuala Lumpur, hotel ini menjanjikan tahap hospitaliti berilhamkan Asia yang terbaik dan perkhidmatan terunggul untuk memastikan keselesaan mutlak tetamu; dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pusat kecergasan, tempat makan yang dibuka sepanjang hari, kolam renang luaran dan dewan besar (boleh dibahagi menjadi dua bilik mesyuarat yang lebih kecil) yang boleh menampung

6

Page 7: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

ANDA ADALAH BINTANG

7

Lagi anugerah untuk Dorsett Regency kuala LumpurDorsett Regency kuala Lumpur menambah beberapa

lagi pengiktirafan bemakna apabila meraih empat anugerah gangsa dan tujuh diploma pada majlis yang diiktiraf antarabangsa, Culinaire Malaysia 2013.

Diketuai oleh Chef Eksekutif, Chef kk Yau, Chef Mohd Faizal Wahid dengan Norashikin Hashim, Lily Mastura dan Zarina bt. Mat Nayan telah dikurniakan Anugerah Gangsa dalam kelas 27 kategori

“Warisan Nyonya” untuk hidangan Nyonya asli mereka.Pingat Gangsa lain masing-masing dianugerahkan

kepada chef-chef yang telah mengambil bahagian dalam kategori individu lain; Poon Zhi Zheng untuk kelas 22/Perantis Hidangan Utama Ayam/salmon; Norhakim B Halkin untuk kelas 20 Hidangan Utama Ikan/Makanan Laut dan Chef Badrol Hisham Bin Mohd Ali untuk kelas 13/Pameran Pastri.

sementara itu, Diploma telah dianugerahkan kepada Umang Matius untuk kelas 14/Menghias kek, Hilson seow untuk kelas 1/Pembuka selera Berpinggan, Norhakim B Halkin untuk kelas 21 Hidangan Utama Daging/Ayam, Lee Tiong seng untuk kelas 10/Petit Four atau Praline dan kelas 9/Pencuci Mulut Berpinggan manakala Mohd sabri Bin Norizan untuk kelas 9/Pencuci Mulut Berpinggan dan kelas 12/kek Perkahwinan Bergaya Elegan.

Tahun ini, Culinaire Malaysia 2013 menarik lebih daripada 1,200 chef, pelayan bar dan kakitangan F&B dari hotel dan restoran di seluruh Jerman, Rusia, China, Taiwan, korea, singapura, kemboja, Laos, Thailand dan Indonesia.

Dorsett Grand Labuan muncul naib juara pada sabah Hospitality Fiesta 2013 kali ke-16 baru-baru ini.

Dianjurkan oleh Malaysian Association of Hoteliers (Bahagian sabah & Labuan) setiap tahun, acara tahun ini menyaksikan pertandingan sengit di kalangan 16 hotel yang mengambil bahagian di Malaysia timur.

sebagai satu-satunya hotel yang mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan menghadapi cabaran hebat daripada penggiat industri utama, Chef Aldo Brian dan Reynold Hermes dari Dorsett Grand Labuan berjaya meraih pingat emas dalam kategori ‘Masakan Panas dan Makanan Berpinggan Individu’; Nor Jannah suharto, suffary Yusof dan Nazdran kasman memenangi pingat perak dalam kategori ‘Nescafe Tarik, Ukiran Buah dan sayur Individu’ dan ‘kelas Pameran - Makanan Berpinggan; Mat Jaiman sukaidi meraih pingat gangsa dalam kategori ‘Buah dan sayur Individu’ manakala sijil diploma dalam kategori ‘Blackbox-Commis-Demi’ dan ‘Nescafe Tarik’ telah dianugerahkan kepada Merle Alsisto, Musa Punan dan Mohd Farizey John secara individu.

Dorsett Grand Labuan memenangi anugerah

Berlangsung pada 26 - 27 Oktober di kota kinabalu, acara ini mempunyai 10 kategori pertandingan yang berbeza seperti kategori “Menyiapkan Meja”; kategori “Mengemas katil Profesional”; “kek Perkahwinan semu Berhias”; “Roti Pameran”; “Amouse Bouche”; “BlackBox: Commis-Demi”; “BlackBox: CDP-sous”; “Ukiran Buah & sayur Individu”; “Pertandingan Nescafe Tarik “ dan “Bartender Flair - Cocktail”.

sabah Hospitality Fiesta ke-16 disenaraikan dalam acara Pelancongan dan Hospitaliti oleh Lembaga Pelancongan sabah.

Page 8: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

MENERUsI LENsA

8

Dorsett Hospitality International menjadi tuan rumah kepada Ahli Lembaga Eksekutif dan Ahli Lembaga PATA

Dorsett Hospitality International telah mengukir satu lagi kejayaan apabila ia menjadi antara ahli

terbaru Pacific Asia Travel Association (PATA) dan mengambil bahagian buat kali pertama dalam PATA Travel Mart 2013 di Chengdu, China.

Diketuai oleh Philip schaetz, Naib Presiden kanan bahagian Jualan dan Pemasaran Dorsett International, delegasi diangotai oleh pelbagai Hotel Dorsett seperti Dorsett singapore, Dorsett Wuhan, Dorsett Grand Chengdu dan Dorsett Regency kuala Lumpur.

sempena PATA Travel Mart 2013, Dorsett Hospitality International menjadi tuan rumah Majlis Makan Malam Ahli Lembaga Eksekutif dan Ahli Lembaga PATA bertempat di Dorsett Grand Chengdu pada 14 september 2013 yang bertujuan mempamerkan hotel kepada hadirin dan membolehkan mereka mengalami mutu perkhidmatan makanan dan minuman yang tinggi.

Page 9: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

9

Dorsett Hospitality International menjadi tuan rumah kepada Ahli Lembaga Eksekutif dan Ahli Lembaga PATA

Page 10: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

12

Berpesta untuk tujuan MENERUsI LENsA

sejumlah sGD$100,000 telah dikumpulkan untuk Cambodian Phare Circus melalui Pesta Atas Bumbung @ Dorsett singapore

yang baik

sekembali dari menyertai PATA Travel Mart 2013 di Chengdu, Dorsett Hospitality International sekali lagi

memastikan kehadirannya dirasai di ITB Asia, singapura, dan di Pesta Atas Bumbung anjuran bersama dengan Diamond Resorts International.

Diadakan di Dorsett singapore, Pesta Atas Bumbung menyaksikan kira-kira sGD$100,000 dikumpulkan melalui lelongan amal yang disalurkan kepada Cambodian Phare Circus. Barangan yang dilelong termasuk beberapa lukisan karya artis terkemuka kontemporari Myanmar, Nyein Chan su dan cetakan hitam putih oleh jurugambar antarabangsa, Nic Gaunt.

Page 11: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

B r u c e D e l f i k , r a k a n k o n g s i Diamond Resorts International, bermurah hati membuat sumbangan berupa tiga hadiah penginapan tujuh malam di Las Vegas termasuk tiket penerbangan kelas perniagaan untuk dua orang, cip kasino bernilai UsD1,000 dan makan malam bersama selebriti. Hadiah ini menghasilkan sGD45,000 dengan tiga bidaan berjumlah UsGD15, 000 setiap satu.

Winnie Chiu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Dorsett International berkata, “kami terharu dengan jumlah sGD$100,000 yang berjaya dikumpul. Jumlah ini dipercayai telah meningkatkan sebanyak dua kali ganda dana yang diperoleh sejak beberapa tahun sebelum ini. Jutaan terima kasih kepada Diamond Resorts International dan juga kemurahan hati para tetamu.”

Cerita seterusnya di halaman 13

11

Page 12: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

14

Page 13: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

13

Dari halaman 11

sementara itu di ITB Asia, mengetuai pasukan

Dorsett International ke pameran perdagangan tidak

lain tidak bukan ialah Presiden dan Pengarah Eksekutif

kumpulan, Winnie Chiu dan Philip schaetz, Naib Presiden

kanan Jualan & Pemasaran. Wakil-wakil daripada hotel-

hotel Dorsett seperti Dorsett Wan Chai (sekarang dikenali

sebagai Cosmpolitan Hotel Hong kong), Dorsett Mongkok

and Cosmo Hotel Hong kong, Dorsett Regency

kuala Lumpur, silka Maytower Hotel & serviced

Residences, silka Johor Bahru, Dorsett Grand Labuan,

Dorsett Grand subang, Dorsett singapore dan

Dorsett shepherds Bush, London juga turut hadir.

ITB Asia telah berlangsung antara 23 dan 25 Oktober

2013 di Pusat konvensyen suntec di singapura.

Page 14: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

APA kHABAR DORsETT?

14

Dorsett Hospitality International baru-baru ini telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman

dengan INTI International College subang (IICs) sebagai sebahagian daripada inisiatif berterusannya untuk memupuk dan menyediakan mentor yang berkualiti untuk belia yang bercita-cita menjadikan hospitaliti kerjaya sepanjang hayat.

Melalui kerjasama ini, Dorsett Hospitality International akan berkongsi dengan IICs manual Latihan dan Prosedur Operasi standard dalam bidang kaunter Hadapan (Front Office) dan Pengemasan (Housekeeping) yang selain meningkatkan pengalaman pembelajaran untuk pelajar hospitaliti IICs juga dapat membantu keperluan latihan pelajar-pelajar ini dan akan menawarkan keutamaan penempatan latihan dalam portfolio hotelnya.

kerjasama ini juga akan memberikan pengusaha hotel baharu peluang-peluang kerjaya dalam kumpulan setelah tamat pengajian mereka. sekutu Dorsett International juga akan mendapat manfaat daripada kerjasama ini, khususnya mereka yang bekerja di Bahagian Penginapan kerana mereka juga akan diberi peluang untuk pembelajaran berterusan di IICs.

“kami benar-benar teruja untuk bekerjasama dengan IICs dan menggabungkan kepakaran kami dalam arena pengurusan hospitaliti dengan tradisi mereka menyediakan pendidikan berkualiti tinggi, dan akan terus membantu pengusaha hotel baharu untuk membina bidang mereka sendiri dalam industri yang dinamik

ini,” ujar Datin Jasmine Abdullah Heng, Naib Pengerusi Dorsett Hospitality International.

“Menyedari permintaan untuk kakitangan yang berkelayakan dan keperluan untuk mewujudkan satu generasi baru pengusaha hotel yang bersedia menghadapi cabaran-cabaran industri global ini, kumpulan sentiasa melibatkan diri dan memberi sokongan dalam bentuk pelbagai program hospitaliti yang berkaitan. kumpulan terus bekerja bersama pelajar-pelajar melalui persidangan, forum, simposium, menyediakan peluang latihan dan secara aktif meneruskan pengambilan lepasan ijazah,” tambah kate Ho, Pengarah Pembangunan Modal Insan yang berpusat di pejabat korporat Dorsett Hospitality International di Hong kong.

Dorsett Hospitality International menyokong pembelajaran berterusan dengan INTI International College subang

Page 15: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

APA kHABAR DORsETT?

Berbilang sambutan

Pasukan Pengurusan Dorsett Hospitality International dan kakitangan di Pejabat korporat, Hong kong, berkumpul untuk meraikan ulang tahun ketiga penyenaraian Dorsett International di Bursa saham Hong kong dan juga untuk

memeriahkan sambutan kakitangan yang meraikan hari lahir mereka.

Lan kwai Fong Hotel@kau U Fong menambah koleksi anugerahnya apabila ia memenangi anugerah ‘Hotel Butik Terkemuka

Hong kong’ pada World Travel Awards 2013 tahun ini.sebuah acara tahunan yang mengiktiraf penggiat industri

hospitaliti kerana memberikan standard kecemerlangan yang tinggi, anugerah ini telah diberikan kepada Lan kwai Fong Hotel@kau U Fong di sebalik cabaran sengit daripada beribu-ribu hotel dari 171 buah negara.

kemenangan kali ketiga untuk pihak hotel, Rebecca kwan, Pengurus Besar Lan kwai Fong berkata kemenangan itu membuktikan tetamu serta lembaga anugerah hospitaliti seperti World Travel Awards mengiktiraf usaha dan standard kecemerlangan hotel tersebut.

“kami gembira hotel kami sekali lagi dianugerahkan “Hotel Butik Terkemuka Hong kong”. Ini tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa sokongan berterusan tetamu kami dan rakan-rakan industri hospitaliti,” tambah Rebecca kwan.

Pengiktirafan yang sama telah dianugerahkan kepada Lan kwai Fong Hotel@kau U Fong pada tahun 2008 dan 2012.

Lan kwai Fong Hotel@kau U Fong memenangi anugerah kali ketiga di World Travel Awards 2013

15

Page 16: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

16

APA kHABAR DORsETT?

Benjamin Franklin, individu yang menemui “elektrik” pernah berkata, “kejujuran ialah polisi terbaik”.

Menjadikan falsafah ini sebagai prinsip dan amalan hidup, apabila penyelia pengemasan di silka Maytower Hotel & serviced Residences, Nik Fakruzaidi bin Jusoh menemui wang tunai UsD$3,900 dalam peti besi di sebuah bilik, tanpa teragak-agak beliau segera memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan dan Penolong Pengurus Pejabat kaunter Depan, Azlan Mohamed.

Mereka berjaya menjejak kembali pemiliknya yang datang dari Nara City, Jepun.

Henry Loo, Pengurus Besar silka Maytower Hotel & serviced Residences berkata beliau sangat gembira dan berasa bertuah mempunyai pekerja yang jujur.

kedua-dua Nik Fakruzaidi dan Azlan Mohamed kemudiannya dianugerahi sijil pengiktirafan atas kejujuran mereka.

kejujuran ialah polisi terbaik

Pengalaman yang membuka mata untuk Rakan sekutu Dorsett shanghai sekutu Dorsett shanghai mengalami pengalaman

yang sungguh mengujakan apabila mereka menyertai perjalanan ke pulau ketiga terbesar di China, Pulau Chongming. Perjalanan yang dianjurkan khas untuk beramah mesara dan bersantai, rakan-rakan sekutu mengalami pengalaman yang membuka mata

apabila mereka merasai sendiri makanan tengah hari di sebuah rumah petani tempatan, manakala aktiviti-aktiviti lain termasuk menunggang kuda, luncur rumput dan berbasikal di Taman Negara Dongping. Doris Hui, Pengurus Besar Dorsett shanghai turut hadir.

Pilihan utamaDorsett kwun Tong merupakan hotel pilihan utama

selebriti Hong kong untuk acara pelancaran filem dan temu bual media. Selebriti seperti Vivian Lai, penyanyi Canto-Pop terkenal; Louis Yuen - pelakon lawak legenda dan penyanyi; Chapman To - pelakon komedi; Chrissie Chau - pelakon wanita yang dianggap Dewi filem; Pengarah Patrick Hong – pembuat drama filem berpengalaman dan Tao Kit - pengarah filem semuanya pernah melangsungkan acara media mereka di Dorsett kwun Tong kerana kemudahan dan perkhidmatannya yang cemerlang.

Page 17: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

Pelancong yang kerap ke Hong kong atau mereka yang suka memanjakan diri di hotel bertemakan Victorian

– Oriental kini boleh menikmati hospitaliti mewah “timur-bertemu-barat” dengan edisi bilik terbaharu Cosmopolitan Hotel Hong kong iaitu Bilik Grand Deluxe.

Bilik yang baru diperkenalkan di hotel sederhana Dorsett, Bilik Grand Deluxe menawarkan hiasan hebat dan halus yang terserlah dalam setiap pilihan bahan dan warna; ruang dalamnya menampilkan kepala katil katil baldu gaya Victoria dengan warna sepadan yang berharmoni dengan

Cosmopolitan Hotel memperkenalkan Bilik Grand Deluxe yang baru diubahsuai

APA kHABAR DORsETT?

CosmopolitanHotelHongkongwww.cosmopolitanhotel.com.hk

sentuhan klasik Asia seperti meja kerja hasil kerja tangan halus yang ditatah dengan mutiara mewah.

Dengan pilihan sama ada bilik dengan pemandangan rimbunan hijau yang menakjubkan atau bilik dengan pemandangan indah latar langit bandar raya Hong kong, Bilik Grand Deluxe sudah pasti merupakan satu keunikan bagi tetamu yang mempunyai cita rasa yang tinggi!

Berikutan kemenangan dua anugerah sijil kecemerlangan oleh TripAdvisor® pada tahun

2012 dan 2013, Cosmo Hotel Hong kong sekali lagi mencipta nama dalam industri hospitaliti apabila memenangi “Best of Expedias VIP Access® Hotel Awards 2013” anjuran Expedia.com.

Pengiktirafan berprestij yang dianugerahkan kepada 20% hotel terbaik yang tersenarai di portal tempahan pelancongan, hotel yang memenanginya merupakan yang terunggul dalam industri hospitaliti global. Hotel-hotel ini diketahui memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi dan pengalaman penginapan yang unggul secara konsisten untuk tetamu dan juga ahli-ahli elit Expedia.com.

“kami amat berbesar hati dan gembira menerima anugerah berprestij ini daripada organisasi dunia yang terkenal, Expedia.com. kami akan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan kemudahan yang lebih baik,” kata Anita Chan, Pengurus Besar Cosmo Hotel Hong kong.

Cosmo Hotel memenangi anugerah idaman Expedias VIP Access® Hotel Award 2013

17

Page 18: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

18

APA kHABAR DORsETT?

Penjenamaan semula menjadi Dorsett Grand Labuan

kami menggalakkan kakitangan untuk terus belajar dan memperbaiki diri dari semasa ke semasa,” tambah Alfred.

Antara kemudahan yang baru diperkenalkan di hotel ini ialah suite Junior; lukisan kontemporari yang baru dipasang di bilik terpilih; kerusi berjemur yang baru diperkenalkan, meja dan payung di tepi kolam renang; waktu operasi lebih lama di Fun Pub; dan untuk mewujudkan kesan yang lebih baik semasa ketibaan VIP atau untuk sebarang majlis, kakitangan hotel telah mencipta “Lagu Dorsett Grand Labuan”.

Dikenali sebagai “Lagu DGL”, ia akan dinyanyikan oleh kakitangan sebagai pembukaan untuk mana-mana acara yang diadakan di hotel. suatu yang unik tentang persembahan ini ialah alat-alat muzik yang digunakan terdiri daripada bahan kitar semula seperti bekas plastik, periuk dan kuali, penyepit dan lain-lain.

Die Fledermaus karya Johann strauss menerima ulasan media dan awam yang jitu!Tiada dendam yang begitu indah sehinggalah Johann strauss

‘”Die Fledermaus” atau Revenge of the Bat diadakan buat kali pertama di Malaysia di Dorsett Grand subang pada 4 Oktober. Diuar-uarkan sebagai salah satu komedi muzikal perdana amal berprofil tinggi di Malaysia dan mendapat begitu banyak ulasan positif yang menggalakkan daripada orang awam dan media, persembahan muzik yang termasyhur ini dianjurkan untuk mengumpul dana bagi kelab kIWANIs Bukit kiara bertujuan memberi sokongan atas perkhidmatan berterusan yayasan itu kepada masyarakat umum.

“Objektif Dorsett Hospitality International bekerjasama dengan show Time Asia mempersembahkan komedi muzikal terkenal ini ialah untuk menyokong kegiatan seni persembahan untuk pengayaan budaya masyarakat dan pada masa yang sama mengumpul dana bagi kelab kiwanis Bukit kiara,” ujar Datin Jasmine Abdullah Heng, Naib Pengerusi Dorsett Hospitality International, yang juga merupakan Pengarah Lembaga kelab kiwanis Bukit kiara.

Die Fledermaus karya Johann strauss merupakan sebuah opera komedi muzikal 3 bahagian yang terkenal di Eropah yang mengisahkan bagaimana Dr Falke diaibkan dengan begitu teruk oleh sahabat baiknya, Gabriel Eisenstein, apabila beliau ditinggalkan dalam keadaan bogel di tengah bandar dengan hanya sekeping topeng untuk menutup mahkota kelelakiannya apabila mabuk selepas melakukan tarian bertopeng. Peristiwa memalukan yang berlaku di hadapan seluruh penduduk bandar itu perlu dibalas! Berlatarbelakangkan peristiwa itu, pentas disetkan seperti era Australian Art Decoration pada 1920’an khas untuk membalas dendam!

Grand Dorsett Labuan dijangka melonjak ke tahap yang lebih tinggi selepas penjenamaan semula menjadi

Dorsett Grand Labuan.sebagai satu-satunya hotel mewah di Pulau Labuan,

penjenamaan semula Dorsett Grand Labuan termasuk membaik pulih bahagian dalaman dan menaik taraf kemudahan hotel.

susulan langkah ini, pihak hotel bermatlamat menjadinya destinasi pilihan bagi pelancong ke Pulau Labuan, selain terkenal pada ketika ini sebagai hotel perniagaan terunggul di Pulau Labuan yang memenuhi citarasa ahli perniagaan dan pelancong bijak.

“kami berbangga dengan apa yang kami miliki untuk ditawarkan kepada tetamu. Dengan pengubahsuaian dan penaiktarafan kemudahan hotel ini, kami akan meningkatkan pengalaman keseluruhan penginapan para tetamu,” kata Pengurus Besar Dorsett Grand Labuan, Alfred Paulsen.

Demi mewujudkan pengalaman yang lebih baik untuk tetamu hotel, Dorsett Grand Labuan melatih kakitangannya untuk menyediakan “perkhidmatan yang datang dari hati”.

“Dari saat tetamu melangkah ke hotel sehingga mereka meninggalkannya, kakitangan kami dilatih untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin... perkhidmatan terbaik ini hanya boleh dicapai dengan keikhlasan dan kemesraan. Demi memastikan kami mencapai kecemerlangan perkhidmatan pelanggan,

Page 19: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

19

PELANTIkAN BARU

Hilary CrossPengurus BesarDorsett Shepherds Bush, London

Hilary Cross menyertai Dorsett Hospitality International sebagai Pengurus Besar Dorsett shepherds Bush di

London, salah satu hotel Dorsett International terbaharu yang dijadualkan dibuka pada tahun 2014.

Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang industri hotel United kingdom dan memiliki lebih 24

Shahrir Naelis AmirPengurus BesarSilka Johor Bahru

shahrir Naelis Amir menyertai silka Johor Bahru sebagai Pengurus Besar.Dengan pelbagai latar belakang jualan dan

hubungan rangkaian yang kukuh dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, shahrir menyelia urusan perniagaan harian, operasi dan pengurusan silka Johor Bahru. Beliau melaporkan diri kepada Christina Toh, Pengurus Besar kawasan Dorsett Regency kuala Lumpur dan dua Hotel silka di Malaysia.

sebelum menyertai silka Johor Bahru, shahrir ialah Pengurus Besar Felda Residence Hot springs di Perak dan pernah berkhidmat dengan Felda Residence kuala Terengganu, kedua-duanya terletak di Malaysia.

Jasmin LimPengurus BesarSilka Cheras, Kuala Lumpur

Jasmin Lim dilantik sebagai Pengurus Besar silka Cheras, salah satu hotel silka terbaru yang dijadual dibuka pada

suku pertama tahun 2014 di kuala Lumpur.Berbekalkan pengalaman luas selama

25 tahun dalam jualan hospitaliti dan dengan pengetahuan mendalam industri perhotelan, Jasmin bersedia mengemudi silka Cheras untuk aktiviti pra-pembukaan, perancangan perniagaan taktikal dan juga operasi dan prestasi hotel selepas pembukaan. Beliau melaporkan diri kepada Christina Toh, Pengurus Besar kawasan, Dorsett Regency kuala Lumpur dan dua Hotel silka di Malaysia.

Beliau merupakan bekas Pengurus Besar Vivatel kuala Lumpur; pernah berkhidmat dengan Radius International Hotel, kuala Lumpur dan Pulai springs Resort Berhad di Johor Bahru, Malaysia.

Rita WangPengurus BesarDorsett Grand Chengdu

Rita Wang memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Grand Dorsett Chengdu.

Berbekalkan lebih 25 tahun kekuatan dalam industri hospitaliti ditambah pula dengan hubungan kuat dengan agensi kerajaan dan pelancongan di China, Rita bertanggungjawab atas urusan perniagaan harian, operasi dan pengurusan Dorsett Grand Chengdu. Beliau melaporkan diri kepada Frankie Lai, ketua Pegawai Operasi, China dan Hong kong.

Rita merupakan bekas Pengurus Besar di Chengdu WuJin Culture Development Company Limited dan pernah mengurus dua buah projek pembangunan hotel. sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Pengurus Besar Homeland Hotel, sebuah hotel 5 bintang di Chengdu.

tahun pengalaman dalam pengurusan hotel, Hilary bersedia mengendalikan

aktiviti pra-pembukaan Dorsett shepherds Bush, perancangan perniagaan strategik dan operasi serta prestasi hotel selepas pembukaan. Beliau melaporkan diri kepada Presiden & Pengarah Eksekutif Dorsett Hospitality

International, Winnie Chiu.sebelum menyertai Dorsett International, Hilary merupakan bekas Pengurus Besar k West Hotel & spa, London dan sebelum itu, beliau berkhidmat dengan st Martins Lane Hotel & kensington Close Hotel di London.

Page 20: Dorsett pulse issue 4 2013 (bahasa malaysia)

20

penasihat penerbitan: Philip schaetz kate Ho kattie Hoo

pengarang: kahPeng Loke

kreatif: kenneth Fan

Pasukan editorial Dorsett Pulse ingin menyampaikan penghargaan khas kepada pihak pengurusan Dorsett Hospitality International atas sokongan dan galakan untuk merealisasikan risalah ini. Jutaan terima kasih kepada semua Pengurus Besar Hotel atas sumbungan artikel dan berita. Tidak dilupakan, individu-individu yang membantu dan berusaha untuk menjadikan Dorsett Pulse suatu kenyataan.

DOrSETT PuLSE • PASuKAn EDiTOriAL

PELANTIkAN BARU

Decky KwokPengarah Jualan Serantau - Dorsett Hospitality International Asia Tenggara

Decky kwok dilantik sebagai Pengarah Jualan seranntau -

Asia Tenggara yang berpangkalan di Pejabat Wilayah, Malaysia.

Berbekalkan pengalaman jualan hospitaliti selama 20 tahun, Decky bertanggungjawab mengenal pasti akaun-akaun utama di rantau ini dan juga menguruskan perniagaan keluar dari rantau ini untuk Dorsett Hospitality International. Beliau melaporkan diri kepada Philip schaetz, Naib Presiden kanan Jualan & Pemasaran kumpulan.

Decky sebelum ini merupakan Pengarah Pembangunan Perniagaan di sunway Resort Hotel & spa kuala Lumpur. Beliau juga pernah berkhidmat dengan Mandarin Oriental kuala Lumpur dan Prince Hotel & Residences kuala Lumpur.

Michael FitzgeraldPengurus Kanan ProjekDorsett Hospitality International

Michael Fitzgerald menyertai Dorsett Hospitality International

sebagai Pengurus kanan Projek yang berpangkalan di Pejabat Wilayah, London.

Dengan pengalaman selama 20 tahun dalam bidang pembinaan hartanah hotel, peruncitan, pendidikan dan perumahan, Michael ditugaskan untuk menyelia pengurusan projek keseluruhan bagi membangunkan projek-projek dan hartanah hotel di United kingdom. Beliau melaporkan diri kepada John Connolly, ketua Pembangunan, United kingdom.

sebelum menyertai Dorsett International, beliau merupakan Pengarah Bersekutu McBains Cooper, London.

Desmond SohPengurus Latihan KananDorsett Hospitality International

Desmond soh baru-baru ini telah menyertai Dorsett Hospitality

International sebagai Pengurus Latihan kanan yang berpangkalan di Pejabat Wilayah, Malaysia.

Berbekalkan lebih 17 tahun pengalaman dalam industri latihan hospitaliti, beliau diamanahkan menjaga semua aktiviti latihan Dorsett International dan hotel-hotelnya, termasuk mengenal pasti, membangunkan dan menjalankan semua program latihan. Desmond melaporkan diri kepada Nancy Teoh, Pengarah sumber Manusia Wilayah Asia Tenggara.

Desmond sebelum ini merupakan Pengarah Pembelajaran kumpulan di YTL Hotels, pernah berkhidmat di The Ritz-Carlton kuala Lumpur, The Ritz-Carlton sarasota di Florida dan st Thomas Hotel di Pulau Virgin, kedua-duanya di Amerika syarikat.


Top Related