Transcript

DOKUMEN SEBUT HARGA

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PROMOSI

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 DI MEDIA ELEKTRONIK

UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

NO. SEBUT HARGA: JPA(SII)03/2016

SENARAI LAMPIRAN

1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL

3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA

4. Lampiran 4 : LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA

5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA

6. Lampiran 6 :

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

7. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q

8. Lampiran 8 : SURAT AKUAN PEMBIDA

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

_________________________________

DOKUMEN PELAWAAN

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN PROMOSI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 DI MEDIA ELEKTRONIK UNTUK

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

1. PERIHAL

1.1 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mempelawa Penyebutharga bagi Sebut Harga Perkhidmatan Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 di Media Elektronik untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti arahan di Lampiran 1.

2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA

2.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang : 222001 . Sila sertakan salinan Sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian Kewangan.

2.2 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan .

2.3 Syarikat-syarikat yang digantung atau dipotong pendaftarannya tidak akan dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana sebut harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan Berkanun di seluruh Malaysia.

2.4 Bagi semua penggantungan/potongan pendaftaran syarikat, nama pengarah-pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar akan disenaraihitamkan.

MUSTAHAK PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN

PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI

3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA

3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga.

3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.

3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.

3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.

3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebutharga.

3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.

3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

3.1.7 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

4. SKOP PERKHIDMATAN

4.1 Skop bagi Perkhidmatan Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan

Agong Sesi Pengajian 2016/2017 di Media Elektronik untuk Jabatan Perkhidmatan Awam adalah seperti di Lampiran 2 (Jadual Spesifikasi Teknikal).

5. SPESIFIKASI TEKNIKAL

5.1. Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan sebut harga.

5.2. Penyebutharga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.

5.3. Sebelum menghantar tawaran sebut harga, Penyebutharga hendaklah memeriksa dokumen sebut harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam.

5.4. Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.

6. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

6.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran sebut harga ini adalah seperti berikut:

Tarikh Tutup : 23 Mac 2016 (Rabu) Masa : Sebelum jam 12.00 tengah hari Nombor Rujukan : JPA(SII)03/2016

7. DOKUMEN SEBUT HARGA 7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir

di dalam lampiran berikut:

7.1.1 Lampiran 2 -Jadual Spesifikasi Teknikal 7.1.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 7.1.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebutharga 7.1.4 Lampiran 5 -Surat Akuan Sebut Harga 7.1.5 Lampiran 7 - Lampiran Q 7.1.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida

8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN

8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebutharga dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.

8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebutharga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.

8.3 Dokumen-dokumen di bawah perlu dikembalikan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) :

8.3.1 Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal 8.3.2 Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga 8.3.3 Lampiran 4 - Latar Belakang Dan Pengalaman

Penyebutharga 8.3.4 Lampiran 5 - Surat Akuan Sebut Harga 8.3.5 Lampiran 7 - Lampiran Q 8.3.6 Lampiran 8 - Surat Akuan Pembida

8.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan

ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditanda dengan jelas seperti arahan di Lampiran 1. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA

8.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga

yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 8.4.

8.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.

9. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

9.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh sebut harga ini ditutup.

10. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA

10.1 JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen sebut harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

10.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga kerana urusan sebut harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut

11. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

11.1 JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada kesemuanya atau sebahagiannya.

11.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana sebut harga jua pun.

11.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.

11.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.

11.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebutharga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.

12. KEPUTUSAN SEBUTHARGA ADALAH MUKTAMAD

12.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan sebut harga ini tidak akan dilayan.

13. BANTAHAN

13.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.

13.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Sektor Perolehan & Aset Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Puan Shahila binti Shamsuddin)

14. URUS SETIA SEBUT HARGA

14.1 Penyebut harga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian : Puan Shahila binti Shamsuddin)

15.1 TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA – Lampiran 3

15.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP/PK 5), kadar fi perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak. Sehubungan itu, caj sebanyak 0.4% akan dikenakan atas nilai invois/tawaran harga yang dikemukakan dan;

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment)

15.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.

16. PENUTUP

15.1 Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Ini untuk memastikan segala maklum balas yang diperlukan.

LAMPIRAN 1

ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA

(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)

1. PERIHAL SEBUT HARGA

1.1 Penyebutharga yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan memiliki kod bidang : 222001 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Sebut Harga Media Elektronik – Tidak Termasuk kerja Percetakan bagi Perkhidmatan Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 di Media Elektronik untuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah dalam

tempoh tujuh (7) hari dari hari tawaran dibuka sehingga ianya ditutup dan mestilah berurusan terus di alamat: Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat Pengurusan Aras 9, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

(u.p: En. Safuan Bin Saleh / Pn. Shahila binti Shamsuddin)

1.3 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.

1.4 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga

(Lampiran 3) yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna

2. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja. 2.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam

sampul surat

2.3 Dokumen Sebut Harga yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.

3. PERTANYAAN

3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut: Spesifikasi : i) En. Elfian Satria Yaacob 03-8885 3088

i) Cik Nurul Najwa Mohd Amin 03-8885 3088 Urus Setia ii) Pn. Shahila binti Shamsuddin 03 - 8885 3256

4. KESIMPULAN

3.1 Penyebutharga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2) dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.

LAMPIRAN 2

JADUAL SPESIFIKASI

PERKHIDMATAN PROMOSI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 DI MEDIA ELEKTRONIK UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

BIL. PERKARA SPESIFIKASI Keperluan Mandatori (Ya/Tidak)

Jawapan Kepada

Keperluan Mandatori (Ya/Tidak)

1.

Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan

Agong (BYDPA) di Media Elektronik

Rancangan TV: Malaysia Hari Ini

(MHI), TV3

i. Rancangan TV: Malaysia Hari Ini (MHI) ii. Saluran: TV3 iii. Durasi: 6 Minit

iv. Keluaran: 1 Kali v. Bersiaran Secara Langsung (LIVE) vi. Menyediakan salinan rakaman

selepas program tamat.

Ya

2.

Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan

Agong (BYDPA) di Media Elektronik

Rancangan TV: Nasi

Lemak Kopi O (NKLO), TV9

i. Rancangan TV: Nasi Lemak Kopi O (NKLO) ii. Saluran: TV9 iii. Durasi: 6 Minit

iv. Keluaran: 1 Kali v. Bersiaran Secara Langsung (LIVE) vi. Menyediakan salinan rakaman

selepas program tamat.

Ya

LAMPIRAN 3

JADUAL TAWARAN HARGA

PERKHIDMATAN PROMOSI

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 DI MEDIA ELEKTRONIK UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Bil. Perkara Keluaran (Unit) Harga Per Item (RM)

Harga

Keseluruhan (RM)

1.

Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di

Media Elektronik

Rancangan TV: Malaysia Hari Ini (MHI), TV3

1

2.

Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di

Media Elektronik

Rancangan TV: Nasi Lemak Kopi O (NKLO), TV9

1

JUMLAH KESELURUHAN

Tempoh perkhidmatan bermula dari tarikh surat setuju terima ditandatangani (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani) Harga Tawaran adalah tidak termasuk kenaan 6% Cukai Barang Dan Perkhidmaatan (GST)

TANDATANGAN : ......................................................................................

NAMA : ......................................................................................

JAWATAN : ......................................................................................

TEMPOH PEMBEKALAN : .......................................................................................

COP SYARIKAT : .......................................................................................

LAMPIRAN 4

LATAR BELAKANG DAN PENGALAMAN PENYEBUTHARGA (JIKA MAKLUMAT DI BAWAH TIDAK LENGKAP AKAN MENJEJASKAN

PENILAIAN KE ATAS TAWARAN SYARIKAT)

A. AM

1. Nama Syarikat : _______________________________ 1.1 Alamat Pejabat : _______________________________ _______________________________

_______________________________ 1.2 No. Telefon : _______________________________ 1.3 No. Pendaftaran : _______________________________ Syarikat 1.4 No. Pendaftaran : _______________________________ Kementerian Kewangan (sertakan salinan sijil)

2. Modal Di benar : _______________________________

Modal Berbayar : _______________________________ B. PROFIL SYARIKAT

(i) Pengarah :

Bil. Nama

(ii) Pemegang Saham :

Bil. Nama Peratus Pegangan Saham (%)

(iii) Pekerja :

Bil. Kategori Jawatan Bilangan Orang

1 Pengurusan

2 Profesional

3 Kakitangan

C. NYATAKAN PERATUSAN PEMILIKAN SAHAM SYARIKAT

Bil.

Taraf

Peratusan (%)

i. Bumiputra

ii. Bukan Bumiputra

iii. Modal Asing dan Nama Negeri

D. KEDUDUKAN KEWANGAN

1. Nyatakan dengan jelas dan sertakan salinan dokumen berkaitan.

i. Total Authorised Capital (Share) RM

ii. Total Paid Out Capital RM

iii. Penyata Akaun Syarikat Sertakan Salinan Penyata Akaun Bank Bagi Tiga Bulan Terakhir

E. PENGALAMAN BERKAITAN DENGAN SEBUT HARGA SAHAJA

- JIKA TIADA PENGALAMAN PASTIKAN RUANG TERSEBUT DICATATKAN PERKATAAN TIADA PENGALAMAN -

(i) Kerajaan :

Bil. Tajuk & Nama Agensi Tarikh

Perkhidmatan & Tempoh

Nama & No. Tel. Pegawai / Agensi untuk

dirujuk

1

2

3

4

5

6

(ii) Swasta :

Bil. Tajuk & Nama Agensi Tarikh

Perkhidmatan & Tempoh

Nama & No. Tel. Pegawai / Agensi untuk

dirujuk

1

2

3

4

5

6

F. PERAKUAN Saya/kami mengaku bahawa segala maklumat yang dikemukakan di atas adalah benar. Saya juga menyedari sekiranya didapati maklumat-maklumat yang diberikan ini adalah palsu atau tidak benar, maka Kerajaan boleh mengambil apa-apa tindakan terhadap saya dan Syarikat yang saya wakili di bawah apa-apa undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Tandatangan : ____________________________________ Nama Penyebutharga : ____________________________________ Nombor Kad Pengenalan : ____________________________________ Tarikh : ____________________________________ Cop Syarikat :

LAMPIRAN 5

SURAT AKUAN SEBUT HARGA

Ketua pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Khidmat Pengurusan, Sektor Perolehan dan Aset, Aras 9, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya. Tuan, NO. SEBUT HARGA : JPA(SII)03/2016 PERKHIDMATAN PROMOSI BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 DI MEDIA ELEKTRONIK UNTUK JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup. 2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :

a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;

b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;

c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu penyebutharga;

d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga JPA adalah muktamad; e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal

akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;

f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;

g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan

h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.

Bagi pihak Penyebutharga Tandatangan Penyebutharga : ________________________________

Nama Penuh : ________________________________

No. Kad Pengenalan : ________________________________

Alamat / Cop Syarikat : ________________________________

Di hadapan : Tandatangan Saksi : ________________________________

Nama Penuh Saksi : ________________________________

No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________

Alamat : ________________________________

________________________________

________________________________

LAMPIRAN 6

KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)

1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-

mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota

pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan

perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

LAMPIRAN 7

(Kew. 284-Pin. 2/94) Lampiran Q

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

KERAJAAN MALAYSIA

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170) NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN

SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN

Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oieh

.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)

No. TeIefon............................................................... Ketua Pengarah Jabatan

No. Pendaftaran dengan Kementerian Perkhidmatan Awam

Kewangan ...... ......... ............................................... Jabatan Perkhidmatan Awam

Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Bahagian Khidmat Pengurusan

pembelian ini 222001 Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,

Blok C1 Kompleks C, Putrajaya No. Telefon. 03-8885 3796

Tarikh: _______________ 1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah

tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:

1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna

1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.

1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.

1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda

”No. Scbutharga JPA(SII)03/2016

1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas

tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 23 Mac 2016 (Rabu)

1.5 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 4 Mac 2016

No. Sebutharga Bil.JPA(SII)03/2016

Nama Pegawai : Safuan Bin Saleh

Jawatan : Ketua Penolong Pengarah

Bil Perihal barang-barang/perhidmatan

dan Syarat-syarat Khas

Unit

Durasi

Kuantiti/

Kekerapan

Kadar

(RM)

Harga

(RM)

Untuk diisi oleh Jabatan Untuk disi oleh

Penyebutharga

Promosi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) di Media Elektronik

1. Rancangan TV:

Malaysia Hari Ini (MHI), TV3

2. Rancangan TV: Nasi Lemak Kopi O (NKLO), TV9

Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ditawarkan....................................... *sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftran dengan Kementerian Kewangan

6 Minit

6 Minit

1 Kali

1 Kali

Jumlah

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan

(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................

Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-

syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tandatangan Penyebutharga : ..........................................

Nama dan K/P : .........................................

Alamat Syarikat : ..........................................

Tarikh : ..........................................

LAMPIRAN 8

(SAP bertarikh 1 April 2010) SURAT AKUAN PEMBIDA

Bagi (Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)

……………………………………………………

Saya, ……………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili.....………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang Benar, ……………………………...... (Nama dan No.KP) Cop Syarikat :

Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.

(Nama Wakil Syarikat)

(Nama Syarikat) (MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Nama Kementerian/Agensi)

(Tandatangan)


Top Related