Transcript
Page 1: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Panduan Pengurusan Disiplin PelajarMaktab Rendah Sains MARA

Unit Kebajikan & DisiplinCawangan Hal Ehwal Pelajar

Bahagian Pendidikan & Latihan(Menengah)

MARA

2008

Page 2: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

KANDUNGAN

1. Bahagian I : Pendahuluan 32. Bahagian II : Matlamat & Etika Pelajar 53. Bahagian III : Kesalahan Disiplin Pelajar 64. Bahagian IV : Dendaan & Hukuman 9 5. Bahagian V : Pengurusan Disiplin &

Tatatertib Pelajar 106. Bahagian VI : Am 137. Bahagian VII : Organisasi Pengurusan Disiplin 13

Senarai Lampiran

A : [Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 6 Minggu] 23B : [Tahanan Dalam Maktab Tidak Melebihi 4 Minggu] 24C : [Tatacara/Panduan Merotan & Proses Rayuan] 25D : [Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas

Tindakan Tatatertib] 26E : [Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin] 27F : [Senarai Tugas Pengerusi & Setiausaha Dalam JPPM, JDM, JDRM, JDB & JRB] 28G : [Surat Perjanjian Berkelakuan Baik] 29H : [Minit Mesyuarat JDM/JDRM] 30I : [Contoh Sinopsis Kes Disiplin] 31J : [Laporan Pengaduan / Tertuduh / Mangsa / Saksi] 32K : [Laporan Penyiasatan] 36L : [Proses Pengurusan Kes Disiplin Pelajar MRSM] 37M : [Perjanjian Sentiasa Mematuhi Ikrar Dan Janji] 41

2

Page 3: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJARMAKTAB RENDAH SAINS MARA

Bahagian I : Pendahuluan

1. Nama dan Tarikh kuat kuasa

Peraturan-peraturan ini boleh dinamakan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA dan hendaklah berkuat kuasa pada 1 Januari 2008.

2. Pemakaian

Panduan Pengurusan hendaklah diguna pakai bagi semua pelajar MRSM.

Pelanggaran mana-mana peruntukan ini, akan mengakibatkan pelajar MRSM itu boleh dikenakan tindakan tatatertib. 3. Tafsiran

Dalam Panduan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

‘Badan Wakil Pelajar (BWP)’ ertinya Badan Wakil Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

‘Barang atau Harta Maktab’ ertinya benda kepunyaan/milik/di bawah kawalan Maktab Rendah Sains MARA.

‘Dadah’ ertinya sebarang jenis dadah atau bahan yang pada masa ini disenaraikan dalam Jadual Pertama di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234).

‘Guru’ ertinya guru Maktab Rendah Sains MARA.

‘Guru Kanan’ ertinya guru kanan subjek atau ketua unit subjek berkenaan.

‘Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB)’ ertinya Jawatankuasa Rayuan di Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi mempertimbangkan rayuan disiplin yang dirujuk oleh Jawatankuasa Disiplin Bahagian.

‘Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB)’ ertinya Jawatankuasa Disiplin di Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) yang berfungsi mengawal tatatertib dan disiplin pelajar MRSM.

‘Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab (JDRM)’ ertinya Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

3

Page 4: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

‘Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)’ ertinya Jawatankuasa Disiplin Maktab Rendah Sains MARA.

‘Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab (JPPM)’ ertinya Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab Rendah Sains MARA.

‘Judi’ ertinya aktiviti yang melibatkan apa-apa permainan beradu nasib, atau gabungan beradu nasib dan kemahiran, bagi wang atau nilai wang, dan termasuklah apa-apa pertaruhan atau apa-apa loteri.

‘Kaunselor’ ertinya Kaunselor Maktab Rendah Sains MARA.

‘Ketua Warden’ ertinya Ketua Warden Maktab Rendah Sains MARA.

‘MARA’ ertinya Majlis Amanah Rakyat yang ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

‘Ketua Jabatan (KJ)’ ertinya Ketua Jabatan Sains atau Ketua Jabatan Matematik atau Ketua Jabatan Bahasa atau Ketua Jabatan Pengajian Am.

‘Minuman keras’ ertinya apa-apa minuman yang memabukkan, samada atau tidak mengandungi kekuatan alkohol.

‘Ketua Seksyen (KS)’ ertinya Ketua Seksyen Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

‘Ketua Penolong Pengarah (KPP)’ ertinya Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

‘Pelajar’ ertinya pelajar yang mendaftar di Maktab Rendah Sains MARA.

‘Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah)’ ertinya Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) MARA.

‘Pengetua’ ertinya Pengetua Maktab Rendah Sains MARA.

‘Timbalan Pengetua (HEP)’ ertinya Timbalan Pengetua Hal Ehwal Pelajar Maktab Rendah Sains MARA.

‘Timbalan Pengetua (HEA)’ ertinya Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik Maktab Rendah Sains MARA.

‘Penasihat Homeroom” ertinya guru penasihat kepada homeroom pelajar.

4. Pindaan dan Tambahan

MARA berhak pada bila-bila masa untuk membuat sebarang pindaan dan/atau penambahan yang difikirkan perlu kepada peraturan dan yang mana pindaan dan/atau penambahan ini hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada peraturan ini.

4

Page 5: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Bahagian II : Matlamat & Etika Pelajar

1. Matlamat

Matlamat Peraturan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA adalah untuk:-

1.1 Mewujudkan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang selamat, bersih, segar, kemas dan prihatin kepada tanggung-jawab diri dan sosial pelajar;

1.2 Membantu pelajar menguruskan diri dan masa dengan berkesan; dan

1.3 Membina budaya kerja yang cemerlang dan berakhlak mulia.

2. Etika Pelajar

2.1 Kepercayaan Kepada Tuhan

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang percaya kepada Tuhan dan bersyukur atas segala kemudahan dan nikmat yang dikurniakan.

2.2 Bersopan Dan Bertatasusila

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersopan santun, berpekerti mulia, berbudi bahasa, menghormati ibu bapa, guru-guru, ketua dan rakan-rakan.

2.3 Kepatuhan Kepada Undang-Undang

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang berdisiplin dan menghormati Peraturan & Undang-Undang, Agama, Maktab dan Negara.

2.4 Menghormati Masa Dan Tanggungjawab

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang menepati masa, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas dan tanggungjawab.

2.5 Mementingkan Kesihatan Dan Kebersihan

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang bersih, sihat, kemas, berwibawa, berketrampilan, menghargai kebersihan dan mencintai alam sekitar.

2.6 Berfikiran Positif Dan Bercita-cita Tinggi

5

Page 6: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Sentiasa menunjukan tingkahlaku yang dapat dilihat atau ditafsirkan sebagai seorang pelajar yang yakin kepada kebolehan diri sendiri, tidak mudah putus asa, berpandangan jauh, berjiwa besar, patriotik, dinamik, berdaya saing dan bercita-cita tinggi.

Bahagian III : Kesalahan Disiplin Pelajar

Pada bila-bila masa pelajar dilarang atau ditegah daripada melakukan atau terlibat atau membiarkan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam apa jua perbuatan atau aktiviti yang boleh ditafsirkan atau dibuktikan sebagai kesalahan disiplin pelajar atau melanggar Tatatertib dan Peraturan Disiplin seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Maktab.

1. Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat

a. Berkahwin. b. Berzina.c. Mengandung atau mempunyai anak.d. Melanggan pelacur atau melacur atau menjadi bohsia atau bohjan atau

pondan atau melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak bermoral.e. Mengadakan hubungan seks luar tabii seperti liwat, seks oral, lesbian

atau homoseksual. f. Merogol atau melakukan paksaan seksual terhadap orang lain.g. Mencabul kehormatan orang lain.h. Menyebabkan kematian secara sengaja atau tidak sengaja dengan

senjata atau tanpa senjata.i. Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara

berkumpulan.j. Mencederakan atau menyebabkan kecederaan kepada seseorang.k. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual

sebarang jenis dadah (narkotik).l. Menyalahgunakan bahan yang boleh mengkhayalkan seperti gam atau

ubat batuk dan seumpamanya.m. Menyimpan atau memiliki senjata api atau bahan peledak. n. Cubaan membunuh diri.o. Merompak atau menyamun.p. Menganjurkan atau menggerakkan atau menghasut orang lain bertindak

ganas atau menunjuk perasaan yang boleh menyebabkan kerosakan harta benda atau mengancam keselamatan maktab atau awam.

q. Bekerjasama, menjadi ahli atau terlibat dalam pertubuhan haram atau kongsi gelap.

r. Melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan Black Metal, Skin Head, Punk atau Cyber Cafe serta lain-lain kumpulan yang menjalani aktiviti-aktiviti yang bersamaan dengan kumpulan-kumpulan ini.

s. Menulis atau mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej MARA sama ada melalui media cetak atau media elektronik.

6

Page 7: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

t. Sebarang tingkahlaku atau perlakuan yang boleh menjatuhkan imej MARA yang bersabit dengan kesalahan sivil/jenayah oleh pihak berkuasa.

u. Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.v. Memukul guru.w. Mengancam guru atau Pengetua.x. Mengancam pelajar lain – ancaman yang serius dan merbahaya.y. Mengambil dadah.z. Berjudi atau terlibat dalam kegiatan perjudian atau loteri atau pertaruhan

wang dan sebagainya.aa. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau

membekal atau menjual sebarang jenis minuman beralkohol.bb. Melakukan tiga kali kesalahan disiplin selepas dijatuhkan hukuman oleh

Pengetua.cc. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang di Malaysia.dd. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan

menimbulkan kacau-bilau dan perpecahan kaum.ee. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan politik anti-

kerajaan samada dengan menghadiri perhimpunan haram, tunjuk perasaan, memiliki dan memperdengarkan pita pidato anti-kerajaan, menampal dan mengedarkan poster dan risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik bukan kerajaan dan lain-lain aktiviti seumpamanya.

ff. Melibatkan diri dalam apa cara sekalipun dalam kegiatan ala-gangster, gangster, keganasan dan lain-lain aktiviti atau kegiatan yang seumpamanya.

gg. Melakukan Kesalahan Disiplin Kategori Berat kali kedua.hh. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis yang menurut

budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib yang amat berat.

2. Kesalahan Disiplin Kategori Berat

a. Menyimpan atau memiliki atau menghisap atau mengguna atau mengedar atau membekal atau menjual sebarang jenis bahan tembakau.

b. Menyimpan atau memiliki atau mengguna atau mengedar atau menjual sebarang senjata atau pisau atau alatan atau mercun atau bahan kimia yang boleh membahayakan orang lain.

c. Mencipta atau melayari atau menyiar atau mencetak atau menyebar atau menyimpan maklumat atau dokumen atau laman web atau SMS yang mengandungi bahan lucah atau ganas atau tidak bermoral.

d. Memeras ugut atau apa jua tindakan yang boleh ditakrifkan sebagai peras ugut dengan menggunakan sesuatu ancaman atau tekanan keselamatan kepada sesuatu pihak.

e. Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu-cumbuan atau sumbang atau mencurigakan.

f. Memecah atau menceroboh masuk sesuatu premis dan mencuri harta benda atau wang atau maklumat atau dokumen dan sebagainya.

7

Page 8: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

g. Keluar dari kawasan maktab tanpa kebenaran.h. Memukul atau mendera atau menyeksa atau membuli seseorang secara

perseorangan.i. Bergaduh sehingga membawa kecederaan.j. Mencuri atau mengambil harta benda atau wang atau maklumat atau

dokumen kepunyaan orang lain. k. Memiliki atau menyimpan barang curi.l. Memalsukan tandatangan atau dokumen atau maklumat.m. Melakukan apa jua aktiviti yang boleh ditakrifkan sebagai perlakuan

gangguan seksual.n. Mencederakan diri sendiri.o. Membawa atau memakan atau menjamu makanan yang tidak halal di

kawasan maktab.p. Memperagakan imej diri negatif yang bertentangan dengan peraturan

dan budaya maktab seperti bertatoo atau bertindik di hidung atau lidah dan seumpamanya.

q. Menceroboh asrama puteri oleh pelajar putera dan sebaliknya.r. Mengunjungi pusat hiburan seperti disko atau karaoke dan

seumpamanya.s. Menulis kepada media cetak atau elektronik tanpa memberitahu pihak

Maktab.t. Sengaja merosakkan harta kerajaan/Maktab.u. Mencuri.v. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru

atau Pengetua.w. Melakukan kesalahan Disiplin Kategori Sederhana kali kedua.

3. Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana

a. Menceroboh kawasan akademik atau pentadbiran atau kolam renang dan sebagainya pada waktu larangan.

b. Menceroboh kawasan yang diwartakan sebagai kawasan larangan seperti tangki air, loji kumbahan, jana kuasa elektrik atau rumah pam.

c. Merosakan atau menyalahgunakan alatan atau kemudahan maktab atau kemudahan awam atau orang lain.

d. Bergaduh. e. Biadab atau berkelakuan tidak sopan terhadap pelajar lain atau guru

atau kakitangan atau tetamu sehingga boleh menjejaskan nama baik individu atau maktab.

f. Mengintai pelajar atau guru atau kakitangan atau tetamu.g. Menyalahgunakan ubat-ubatan untuk tujuan selain daripada rawatan

penyakit.h. Ingkar keputusan atau arahan guru atau pihak-pihak lain yang

menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.i. Menipu atau meniru dalam sesuatu ujian atau peperiksaan.j. Menyalahgunakan nama atau jawatan seseorang seperti pengetua atau

8

Page 9: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

guru atau pegawai kerajaan.k. Mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.l. Melindungi seseorang yang disyaki bersalah seperti menyembunyikan

maklumat atau penyaksian atau enggan memberi kerjasama.m. Bersubahat atau membantu seseorang melakukan kejahatan.n. Fesyen rambut yang keterlaluan seperti ‘punk’ atau botak atau ‘skin

head’ atau berwarna.o. Membawa masuk orang awam ke kawasan maktab tanpa kebenaran.p. Menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran.q. Ponteng kelas.r. Melanggar peraturan am atau peraturan tambahan atau peraturan yang

diwartakan melalui unit-unit pentadbiran maktab yang telah diambil tindakan di peringkat JPPM.

Bahagian IV : Dendaan & Hukuman

Pihak maktab melalui tatacara pengadilan yang telah ditetapkan boleh mengenakan hukuman atau dendaan yang sesuai dan wajar ke atas seseorang pelajar yang didapati atau dibuktikan bersalah melanggar peraturan disiplin berdasarkan Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Maktab Rendah Sains MARA seperti berikut:

1. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat:

a. Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkaitan.b. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM dan gantung

persekolahan serta-merta selama 2 minggu.c. Membayar ganti rugi jika berkenaan.d. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga.e. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa/penjaga.

2. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Berat:

a. Laporkan kepada pihak berkuasa polis jika berkaitan.b. Cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM dan gantung

persekolahan serta-merta selama 2 minggu;dan/atau

c. Rotan secara tertutup maksimum sebanyak dua (2) kali;dan/atau

d. Tahanan dalam maktab selama tidak melebihi enam (6) minggu [Rujuk Lampiran A].e. Maklumkan kepada ibu bapa/penjaga.f. Membayar ganti rugi jika berkenaan.g. Hantar pelajar balik kepada ibu bapa/penjaga.h. Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan.

3. Hukuman Kesalahan Disiplin Kategori Sederhana:

9

Page 10: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

a. Digantung persekolahan selama tidak melebihi tujuh (7) hari. dan/atau

b. Dikenakan tahanan terhad dalam kawasan Maktab selama tidak melebihi empat (4) minggu. [Rujuk Lampiran B].

dan/atauc. Dirotan satu (1) kali secara tertutup.

dan/ataud. Membayar ganti rugi jika berkenaan.e. Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga. f. Dirujuk kepada kaunselor untuk tindakan pemulihan.

4. Secara amnya, bagi maksud memelihara disiplin dan tatatertib pelajar, Pengetua hendaklah diberi kuasa untuk mengenakan hukuman-hukuman sebagaimana perlu atau mustahak, dengan syarat :-

a. Hukuman dera atau ‘corporal punishment’ terhadap pelajar perempuan adalah dilarang; dan

b. Hukuman dera terhadap pelajar lelaki oleh seseorang guru atau kakitangan yang lain hendaklah dihadkan dengan pukulan-pukulan dengan rotan kecil ke atas tapak tangan atau punggung di atas pakaian dan hendaklah dikenakan hanya oleh Pengetua atau dengan kuasa yang diberikannya dalam sesuatu kes tertentu; dan

c. Satu rekod mengenai semua hukuman yang dikenakan di bawah perenggan 4 (a) dan 4 (b) di atas hendaklah disimpan rahsia dalam satu borang yang diluluskan oleh MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah).

5. Pengetua dan guru hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam melaksanakan tindakan dan hukuman, antaranya :-

a. Elak dan hindarkan diri daripada nafsu marah dan membuat kesimpulan terburu-buru tanpa penyelidikan terlebih dahulu.

b. Elakkan daripada mengambil tindakan yang pada hemat orang ramai tidak sesuai berbentuk penyeksaan, cacian di khalayak ramai yang memberi tekanan dan kesan emosi yang serius atau lain-lain hukuman liar serta tidak berperikemanusiaan.

Bahagian V : Pengurusan Disiplin & Tatatertib Pelajar

Pengetua melalui wakilnya atau agensi-agensi yang ditubuhkan adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam segala urusan pentadbiran disiplin, peraturan dan keselamatan pelajar. Oleh itu adalah menjadi tugas dan

10

Page 11: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

tanggungjawab setiap guru, kakitangan dan ketua pelajar khasnya dan pelajar amnya untuk menghormati dan mematuhi peraturan disiplin dan tatatertib yang ditetapkan dan menguatkuasakan dengan adil dan bersungguh-sungguh mengikut peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan.

1. Tatacara Pengadilan

1.1 Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin dikeluarkan dan dinyatakan bahawa pelajar diberi peluang untuk membela diri semasa perbicaraan di hadapan Jawatankuasa Disiplin Maktab, JDM & Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab, JDRM. [Lampiran E]

1.2 Pelajar yang didapati melakukan kesalahan akan dibicarakan oleh JDM atau JDRM dan jika sabit kesalahan, mereka akan dihukum mengikut kesalahan yang dilakukan.

1.3 Pelajar dibenarkan memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.

1.4 JDM atau JDRM boleh menyoal atau memanggil mana-mana saksi untuk memberi keterangan.

1.5 Sekiranya pelajar ingin mengemukakan rayuan, ia perlu dibuat dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh dimaklumkan hukuman.

2. Pelaksanaan Hukuman & Dendaan

2.1 Setiap kesalahan Kategori Amat Berat, Berat dan Kes Rayuan mestilah dibincangkan dan diadili oleh Jawatankuasa Disiplin Dan Rayuan Maktab, JDRM dengan dipengerusikan oleh Pengetua atau Timbalan Pengetua yang menjalankan tugas sebagai Pengetua. Kesalahan Kategori Sederhana dibincang dan diadili oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM).

2.2 Pihak JDRM tidak boleh menjatuhkan hukuman ‘Ditamatkan Pengajian’ kepada pelajar tetapi hanya boleh mencadangkan hukuman tersebut kepada BPL(M). Cadangan ini kemudiannya akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Bahagian, JDB dan keputusan muktamad akan dibuat oleh JDB. Cadangan hukuman ‘Ditamatkan Pengajian’ mestilah disertakan dengan laporan lengkap dan dihantar ke Pengarah Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) dalam tempoh empat belas (14) hari. Laporan tersebut mesti mengandungi perkara berikut :-

2.2.1 Minit Mesyuarat JDM/JDRM2.2.2 Laporan Pengaduan.2.2.3 Laporan Penyiasatan.2.2.4 Surat Rayuan (jika ada).2.2.5 Pengakuan Bertulis Tertuduh.

11

Page 12: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

2.2.6 Pengakuan Bertulis Saksi.2.2.7 Pengakuan Bertulis Mangsa.2.2.8 Latar belakang Tertuduh (Termasuk Gambar) & Maklumat Ibu

bapa/Penjaga.2.2.9 Latar Belakang Mangsa2.2.10 Rekod Disiplin Tertuduh2.2.11 Rekod Disiplin Mangsa2.2.12 Langkah-Langkah Pemulihan Yang Telah Diambil2.2.13 Laporan Prestasi Akademik Tertuduh.2.2.14 Ulasan/Komen Penasihat Homeroom.2.2.15 Ulasan/Komen Penasihat Guru Subjek.2.2.16 Ulasan/Komen Penasihat Kaunselor.2.2.17 Ulasan/Komen Penasihat Ketua Warden/Warden.2.2.18 Laporan Doktor tentang Mangsa (jika ada).2.2.19 Salinan ‘Surat Perjanjian Berkelakuan Baik’ Tertuduh (jika ada).2.2.20 Dokumen lain sebagai bukti.

2.3 Seorang pelajar yang didapati bersalah dan dikenakan hukuman cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ mestilah digantung persekolahannya bermula dari tarikh hukuman dimaklumkan sehingga mendapat keputusan muktamad daripada JDB dalam masa tidak lebih empat belas (14) hari, jika dalam masa empat belas (14) hari berkenaan, pihak JDB tidak membuat sebarang keputusan, maka pelajar berkenaan hendaklah dipanggil semula meneruskan pengajiannya dan hukuman gantung persekolahan yang telah dikenakan hendaklah dianggap terlaksana.

2.4 Bagi kes cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’, pihak JDRM tidak boleh menjatuhkan hukuman seperti di Bahagian: IV (Dendaan & Hukuman ceraian 2c dan 2d). Pihak JDB akan menentukan hukuman yang akan dikenakan sekiranya cadangan ditamatkan pengajian ditolak.

2.5 Pelajar boleh mengemukakan rayuan terus kepada Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB) dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh hukuman dimaklumkan.

2.6 Salinan Surat Pemberitahuan Hukuman Ke Atas Tindakan Disiplin (Lampiran D) dan Surat Pertuduhan Pelanggaran Disiplin (Lampiran E) yang diserahkan kepada tertuduh hendaklah juga dihantar kepada Ibu bapa/Penjaga, Kaunselor dan Penasihat Homeroom.

2.7 Setiap rekod kesalahan, pertuduhan disiplin dan dokumen berkaitan mestilah difailkan dalam fail Peribadi Pelajar dan fail Rekod Disiplin Pelajar.

2.8 Ibu bapa/Penjaga pelajar yang tertuduh atau pelajar yang tertuduh sendiri berhak mengemukakan rayuan. Bagi kes Kesalahan Disiplin Kategori Amat Berat dan Berat yang melibatkan hukuman ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM, rayuan hendaklah dibuat terus

12

Page 13: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

kepada JRB dalam tempoh empat belas (14) hari.

2.9 Bayaran ganti rugi kerana kerosakan atau kerugian akibat dari salah laku yang berkaitan hendaklah dibayar atau ditanggung oleh pelajar.

2.10 Bagi kes kesalahan jenayah berat, pihak Maktab perlu melaporkan kepada pihak berkuasa polis.

BAHAGIAN VI : AM

1. Kes Disiplin yang disiarkan di akhbar

Sekiranya terdapat kes disiplin pelajar yang disiarkan di akhbar, Pengetua hendaklah menghubungi MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah) dengan segera.

Pengetua juga hendaklah menyediakan satu laporan khas berkenaan kes tersebut dan dikemukakan kepada MARA melalui Pengarah Pendidikan & Latihan (Menengah)

BAHAGIAN VII : ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN

1. Peringkat Bahagian

1.1 Jawatankuasa Rayuan Bahagian (JRB)

1.1.1 Keahlian

Pengerusi : Pengarah

Pengerusi : Timbalan Pengarah 1 Silih Ganti

Ahli : 6 orang Ketua Seksyen & seorang Pegawai Undang-undang MARA

*Pemerhati : KPP (Bimbingan & Kaunseling)/ KPP (Unit Penyelaras)

Pelapor JDB : Setiausaha JDB

Setiausaha : KPP (Kebajikan & Disiplin)

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam pengundian menjatuhkan hukuman.

13

Page 14: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

1.1.2 Korum

Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk Pengerusi.

1.1.3 Bidang Kuasa

a. Mendengar, menimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes rayuan yang dirujuk oleh JDB.

b. Mengekal atau meminda keputusan kes-kes rayuan yang dirujuk JDB.

c. Memaklumkan keputusan mesyuarat JRB kepada ibu bapa pelajar, Pengetua MRSM, Pengarah Kanan (Pendidikan & Latihan), Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Ketua Pengarah MARA dan Pengerusi MARA.

CARTA ORGANISASI

PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

JAWATANKUASA RAYUAN BAHAGIAN(JRB)

PENGERUSIPengarah BPL(M) /

TP1

SETIAUSAHAKPP (Kebajikan &

Disiplin)

PEMERHATIKPP (Bimbingan & Kaunseling)/ KPP (Unit Penyelaras)

AHLI (1)Ketua Seksyen

(HEP)

AHLI (2)Ketua Seksyen

(Sains & Matematik)

AHLI (3)Ketua Seksyen(Sains Sosial)

AHLI (5)Ketua Seksyen(Perkhidmatan)

AHLI (6)Ketua Seksyen(Pengurusan)

AHLI (7)Pegawai

Undang-undang MARA

AHLI (4)Ketua Seksyen

(Teknologi Penyelidikan)

14

Page 15: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Catatan : Korum sekurang-kurangnya 4 orang ahli tidak termasuk Pengerusi.

1.2 Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB)

1.2.1 Keahlian

Pengerusi : Timbalan Pengarah 1 (HEP)

Pengerusi : Timbalan Pengarah 1 Silih Ganti

Ahli : 7 orang Ketua Penolong Pengarah (KPP)

*Pemerhati : KPP (Bimbingan & Kaunseling) /Ketua Seksyen (HEP)

Pelapor JDB : Setiausaha JDB

Setiausaha : KPP (Kebajikan & Disiplin)

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam pengundian menjatuhkan hukuman.

1.2.2 Korum

Kuorum sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk Pengerusi.

1.2.3 Bidang Kuasa

a. Membincang, menimbang dan membuat keputusan terhadap cadangan tindakan disiplin dari JDRM.

b. Menjatuhkan hukuman ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM.

c. Menjatuhkan hukuman selain daripada ‘Ditamatkan Pengajian’.

d. Memaklumkan keputusan mesyuarat JDB kepada ibu bapa pelajar, Pengetua MRSM, Pengarah Kanan (Pendidikan & Latihan), Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan), Ketua Pengarah MARA dan Pengerusi MARA.

e. Mencadangkan pengubahsuaian dan pengemaskinian peraturan/hukuman yang sedia ada kepada Jawatankuasa Peraturan MARA.

15

Page 16: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

JAWATANKUASA DISIPLIN BAHAGIAN(JDB)

Catatan :

1. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 4 ahli tidak termasuk Pengerusi.

2. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta.

PENGERUSITP 1 (HEP) / TP 1

SETIAUSAHAKPP (Kebajikan &

Disiplin)

PEMERHATIKPP (Bimbingan & Kaunseling) / KS

(HEP)

AHLI (1)KPP

AHLI (2)KPP

AHLI (3)KPP

AHLI (5)KPP

AHLI (6)KPP

AHLI (7)KPP

AHLI (4)KPP

16

Page 17: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

2.0 Peringkat Maktab

2.1 Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab ( JDRM )

2.1.1 Keahlian

Pengerusi : Pengetua

Pengerusi : Timbalan Pengetua Silih Ganti (Hal Ehwal Akademik)

Ahli : 4 orang Ketua Jabatan

*Pemerhati : Penasihat Homeroom: Kaunselor: Ketua Warden

Pendakwa : Timbalan Pengetua (HEP)

Setiausaha : 1 orang guru yang dilantik

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan teguran dan tidak terlibat

dalam pengundian menjatuhkan hukuman.

Korum

Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.

2.1.2 Bidang Kuasa

a. Menjalankan perbicaraan kes kesalahan disiplin kategori Amat Berat dan Berat.

b. Mengemukakan dokumen lengkap bagi kes-kes melibatkan cadangan ‘Ditamatkan Pengajian’ dari MRSM kepada JDB.

c. Mendengar, menimbang dan membuat keputusan terhadap kes-kes rayuan yang dirujuk oleh JDM dalam masa 14 hari dari tarikh makluman hukuman.

d. Menyimpan rekod kes disiplin.

e. Melaksanakan hukuman.

17

Page 18: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

( PERINGKAT MAKTAB )

JAWATANKUASA DISIPLIN & RAYUAN MAKTAB(JDRM)

Membicarakan Kes Amat Berat, Berat dan Rayuan.

Catatan:

1. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.2. TP(HEP) adalah pendakwa dalam kes kesalahan disiplin kategori ini.3. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta.

PENGERUSIPengetua MRSM /

Timbalan Pengetua (HEA)

SETIAUSAHA(Seorang guru yang

dilantik)

PEMERHATI Penasihat Homeroom Kaunselor Ketua Warden

AHLI (1)KJ

AHLI (2)KJ

AHLI (3)KJ

AHLI (4)KJ

PENDAKWA Timbalan Pengetua (HEP)

18

Page 19: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

3.0 Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)

3.1 Keahlian

Pengerusi : Timbalan Pengetua ( HEP )

Ahli : 3 orang Guru Kanan: 2 orang Warden/Guru (Bukan ahli JPPM)

Pendakwa : Ketua Warden/Warden/Guru

Pemerhati : Penasihat Homeroom & Kaunselor

Setiausaha : Seorang guru yang dilantik

*Catatan : Pemerhati hanya boleh memberikan pandangan/teguran dan tidak terlibat dalam pengundian menjatuhkan hukuman.

3.2 Korum

Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.

3.3 Bidang Kuasa

a. Menjalankan perbicaraan kes kesalahan disiplin kategori sederhana.

b. Menyimpan rekod kes disiplin.

c. Melaksanakan hukuman.

19

Page 20: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

CARTA ORGANISASIPENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

( PERINGKAT MAKTAB )

JAWATANKUASA DISIPLIN MAKTAB(JDM)

Membicarakan Kes-Kes Disiplin Kategori Sederhana.

Catatan :

1. Korum mesyuarat sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.2. Pemerhati boleh memberikan pandangan jika diminta.

PENGERUSI Timbalan Pengetua (HEP)

SETIAUSAHA(Seorang guru yang

dilantik)

PEMERHATI Penasihat Homeroom Kaunselor

AHLI (1)Guru Kanan

AHLI (2)Guru Kanan

AHLI (3)Guru Kanan

AHLI (5)Guru/Warden

AHLI (4)Guru/Warden

PENDAKWAKetua Warden/Warden/Guru

20

Page 21: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

4.0 Jawatankuasa Penguatkuasaan Peraturan Maktab ( JPPM )

4.1 Keahlian

Pengerusi : Ketua Warden

Setiausaha : Seorang guru yang dilantik

Ahli : Penasihat BWP: Penasihat LDP: 1 orang Warden (bukan ahli JDM): 2 orang guru

4.2 Korum

Korum sekurang-kurangnya 3 ahli tidak termasuk Pengerusi.

4.3 Bidang Kuasa

a. Bertindak sebagai penguat kuasa peraturan.

b. Membincang dan menentukan tindakan pengawasan dan pembangunan disiplin pelajar.

c. Mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar dalam kes-kes tertentu yang tidak perlu dibawa ke JDM dan JDRM

d. Bertindak sebagai badan penasihat kepada Pengetua dalam perkara yang berkaitan dengan isu disiplin dan keselamatan pelajar.

21

Page 22: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR

( PERINGKAT MAKTAB )

JAWATANKUASA PENGUATKUASAAN PERATURAN MAKTAB (JPPM)

PENGERUSIKetua Warden

SETIAUSAHA(Seorang guru yang

dilantik)

AHLI (1)Penasihat BWP

AHLI (3)Guru

AHLI (4)Guru

AHLI (2)Warden

AHLI (5)Penasihat LDP

22

Page 23: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran A

Tahanan dalam maktab selama tidak lebih enam (6) minggu dengan mengikut peraturan berikut:

Tidak dibenarkan keluar dari kawasan maktab. Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam [kecuali kecemasan]. Tidak dibenarkan mengikut, turut serta atau mewakili maktab dalam apa jua

aktiviti yang diadakan di luar maktab. Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh

tahanan berkenaan pada waktu – waktu yang telah ditetapkan seperti : - 5.45 pagi- 3.15 petang- 5.15 petang

- 8.15 malam - 10.45 malam

Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja bakti seperti :

- Mencuci longkang, tandas - Membersihkan bilik mandi- Menyapu sampah, susun kerusi dan meja- Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat, Muazzin, Hafaz

Surah, doa dan lain-lain. - Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik pelajaran tertentu.

Tempoh masa :

Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada hujung minggu.

Boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Di bawah seliaan seorang warden/guru atau kakitangan yang telah ditetapkan oleh Pengetua atau Timbalan Pengetua (HEP).

23

Page 24: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran B

Tahanan dalam maktab selama tidak lebih (4) empat minggu mengikut peraturan berikut : Tidak dibenarkan keluar dari kawasan maktab. Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam (kecuali kecemasan). Tidak dibenarkan mengikuti, turut serta atau mewakili Maktab dalam apa jua

aktiviti yang diadakan di luar kawasan maktab. Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal maktab di sepanjang tempoh tahanan

berkenaan pada waktu – waktu yang telah ditetapkan seperti :

- 5.45 pagi- 3.15 petang- 5.15 petang- 8.15 malam- 10.45 malam

Semasa dalam tahanan, pelajar boleh diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja bakti seperti :

- Mencuci longkang, tandas - Membersihkan bilik mandi- Menyapu sampah, susun kerusi dan meja- Aktiviti kerohanian seperti menjadi Imam Solat, Muazzin, Hafaz Surah, doa

dan lain-lain. - Aktiviti akademik seperti membuat ringkasan topik pelajaran tertentu.

Tempoh masa :

Tidak lebih 4 jam sehari, 2 hari berturut-turut pada hujung minggu.

Boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan

Di bawah seliaan seorang warden/guru atau kakitangan yang telah ditetapkan oleh Pengetua atau Timbalan Pengetua (HEP).

24

Page 25: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran C

TATACARA / PANDUAN MEROTAN & PROSES RAYUAN

Dalam Bab II MELANGGAR DISIPLIN DAN HUKUMANNYA , No. 7 (c) (i) Hukuman Dera (corporal punishment), buku PANDUAN TATACARA DISIPLIN SEKOLAH UNTUK GURU BESAR DAN GURU, Kementerian Pendidikan Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1988 menyatakan:

(i) Hukuman Dera (Corporal Punishment)

Hukuman dera (rotan) boleh dikenakan (kecuali ke atas murid – murid perempuan) tertakluk kepada syarat – syarat yang dinyatakan dalam Peraturan – peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Hukuman hendaklah dijalankan oleh Guru Besar (Pengetua) sendiri atau oleh seorang guru berdaftar yang telah diberikan kuasa oleh Guru Besar sama ada secara nyata atau khas iaitu mengikut keadaan.

Hukuman dera hendaklah dijalankan dengan menggunakan rotan ringan. Pukulan rotan hanya boleh dibuat pada tapak tangan atau di bahagian punggung yang berlapik pakaian.

Pengetua mestilah mencatatkan hukuman dera yang dikenakan dalam satu buku rekod khas dan menyatakan bilangan pukulan yang dikenakan, bahagian anggota dirotan (tangan atau punggung), sebab–sebab dirotan (kesalahan), tarikh dan tandatangan Pengetua dan seorang Guru yang menjadi saksi.

PROSES RAYUAN

Pelajar/ibu bapa bolehlah mengemukakan rayuan dalam masa empat belas (14) hari daripada tarikh dimaklumkan hukuman.

Hukuman dilaksanakan selepas empat belas (14) hari dari tarikh keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM).

25

Page 26: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran D

Nama PelajarAlamat

Tarikh

SURAT PEMBERITAHUAN HUKUMAN KE ATAS TINDAKAN TATATERTIB

Jawatankuasa Disiplin Bahagian/Maktab* yang bersidang pada ____________ telah mendapati anda

Nama : No. Maktab :

Homeroom :Tingkatan :

bersalah di atas tuduhan ___________________________________________________________________dan Jawatankuasa ini telah memutuskan anda dikenakan hukuman ______________________________ berkuat kuasa pada ____________________

Anda boleh merayu kepada Jawatankuasa Disiplin dan Rayuan Maktab/Jawatankuasa Rayuan Bahagian * dalam masa empat belas ( 14 ) hari daripada tarikh pemberitahuan ini.

________________________Tandatangan ( Pengetua MRSM/Timbalan Pengarah 1 HEP* )

s.k. (Untuk JDM) (Untuk JDB)Ibu bapa/Penjaga Ibu bapa/Penjaga Kaunselor Pengetua MRSMGuru Penasihat HomeroomKetua WardenFail Peribadi

* (potong mana yang tidak berkenaan)

26

Page 27: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran E

Nama PelajarAlamat

Tarikh

SURAT PERTUDUHAN PELANGGARAN DISIPLIN

Satu laporan telah diterima menyatakan bahawa Nama :

No. Maktab :Homeroom :Tingkatan :

telah pada ( tarikh, masa dan tempat kejadian) melakukan

1. ( nyatakan perbuatan salah lakunya )

2.

3.

Perbuatan ini merupakan kesalahan ( nyatakan kategori kesalahan ) di bawah Peraturan Disiplin Pelajar MRSM. Jika didapati bersalah, anda boleh dihukum

1. ( nyatakan hukuman maksimum dalam kategori berkenaan )

2.

3.

________________________Tandatangan Setiausaha JDM

s.k. Penasihat Homeroom

27

Page 28: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran F

SENARAI TUGAS PENGERUSI DAN SETIAUSAHAJPPM, JDM, JDRM, JDB DAN JRB

Pengerusi

1. Mempengerusikan mesyuarat.2. Memastikan kehadiran ahli mencukupi korum.3. Memastikan segala keputusan yang diambil dalam mesyuarat,

dilaksanakan tanpa ada halangan serta pengaruh luaran/dalaman.

Setiausaha

1. Mengeluarkan surat panggilan mesyuarat kepada ahli jawatankuasa.2. Menyediakan minit mesyuarat.3. Mengedarkan laporan kes kepada ahli sebelum mesyuarat.4. Menyediakan kes rayuan untuk pertimbangan.

28

Page 29: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran G

SURAT PERJANJIAN BERKELAKUAN BAIK

MRSM : _____________________________________

TARIKH : _____________________________________

Bahawasanya saya ______________________________________________________________ No. Maktab: _________________ No. Kad Pengenalan: ________________

Tingkatan: ______________________ Homeroom : __________________ dengan ini berjanji tidak akan melakukan kesalahan–kesalahan melanggar peraturan maktab. Saya juga berjanji akan sentiasa berkelakuan baik sepanjang saya berada di maktab ini demi kepentingan masa depan saya dan keluarga serta nama baik maktab.

Sekiranya saya didapati melakukan kesalahan lagi selepas ini, saya sedia menerima apa jua tindakan yang akan dikenakan oleh pihak Maktab/MARA seperti yang terkandung dalam PANDUAN PENGURUSAN DISIPLIN PELAJAR MRSM.

1. 2. (Tandatangan Pelajar) (Tandatangan Penjamin) Nama : Nama : Tarikh : Hubungan dengan pelajar:

3. 4. (Tandatangan Saksi) (Tandatangan Pengetua) Nama : Nama : Jawatan: Jawatan:

29

Page 30: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran H

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM)/ Jawatankuasa Disiplin & Rayuan Maktab (JDRM)

MRSM ___________Bil. ___ / 200____

Tarikh : Hari : Masa : Tempat :

Kehadiran :1. - Pengerusi2. - Ahli3. - Kaunselor4. - Pemerhati5. - Setiausaha

Tidak hadir dengan maaf :1.2.

AGENDA:

1.0 Ucapan Pengerusi

2.0 Perkara Berbangkit

3.0 Kes Semasa3.1. Kes bil __/200_

a) Tuduhan (kesalahan / tarikh / masa / tempat)b) Kategori (Amat Berat / Berat) & Ceraianc) Fakta Kes (lihat lampiran contoh sinopsis kes)d) Keputusan JDM/JDRM e) Alasan Penghakiman

4.0 Hal-Hal Lain

Disediakan oleh, Disahkan oleh,Setiausaha JDM/JDRM Pengerusi

30

Page 31: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran I

CONTOH SINOPSIS KES DISIPLINBIL. __ / 200___

MRSM________________

Tuduhan : Tertuduh di bawah dituduh memukul mangsa (Nama) (Tingkatan 4) ‘secara berkumpulan’ pada 31 Mac 2005 (Khamis), antara jam 12.30 pagi dan 1.50 pagi di Bilik No. 10 Asrama Putera MRSM .................

Kategori Kes : Amat Berat 1(e)

Mangsa:Nama : Mangsa (Nama)No. Maktab : 05215 Tingkatan : 4 Anggerik

Fakta Kes

Biodata Tertuduh

Pengakuan Tertuduh

PengakuanMangsa

PengakuanSaksi

Kesalahan Lalu& Hukuman

KeputusanMesyuarat

1. NamaTertuduh, No. Maktab,Tingkatan, PNGK=?, Bapa (Kerja) & Ibu (Kerja), Alamat (Bandar shj. Contoh Kuantan).

- menumbuk di perut mangsa (nama) 1X.

Mangsa (nama) – tertuduh (nama) menumbuk di perut

Syafik – melihat tertuduh (nama) menumbuk di perut mangsa (Mangsa).

1. Memecahkan siling koperasi & curi gula-gula(23/1/2004)/Hukuman –1. Digantung sekolah selama seminggu.2. Menandatangani perjanjian berkelakuan baik pada 17/2/04.

Ditamat pengajian

Rasional - memukul pelajar adalah kesalahan serius dan tiada alasan memukul di kalangan pelajar MRSM.

2.

31

Page 32: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran J1

LAPORAN PENGADUAN

Kes / Kejadian :

Tarikh/Hari :

Tempat :

Masa : Pelapor : 1] (Nama, No. Maktab & Tingkatan) Jika pelajar yang melaporkan 2] (Nama, No. Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan pelajar

Keterangan :

Bahawa saya (Nama), no. maktab / no. KP: ......................... secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat aduan iaitu ......................................................

Yang Benar

(Tandatangan Pengadu)

Diterima oleh :

[ Penerima Aduan ]Tarikh:

Disahkan oleh:

[ TP HEP ]Tarikh:

(Penerima Aduan – menyoal pengadu menggunakan konsep “5 W + 1H & Before, During, After”).

32

Page 33: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Lampiran J2

PENGAKUAN TERTUDUH

Kes / Kejadian :

Tarikh/Hari :

Tempat :

Masa : Tertuduh : (Nama, No. Maktab & Tingkatan)

Keterangan :

Bahawa saya (Nama), no. maktab / no. KP: ......................... secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat pengakuan iaitu .................................................

Yang Benar

(Tandatangan Tertuduh)

33

Page 34: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Diterima oleh :

[ Penerima Pengakuan ]Tarikh:

Disahkan oleh:

[ TP HEP ]Tarikh:

(Penerima Pengakuan – menyoal tertuduh menggunakan konsep “5 W + 1H & Before, During, After”).

Lampiran J3

PENGAKUAN MANGSA

Kes / Kejadian :

Tarikh/Hari :

Tempat :

Masa : Mangsa : (Nama, No. Maktab & Tingkatan)

Keterangan :

Bahawa saya (Nama), no. maktab / no. KP: ......................... secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat pengakuan iaitu ................................................

Yang Benar

(Tandatangan Mangsa)

Diterima oleh :

[ Penerima Pengakuan ]Tarikh:

Disahkan oleh:

[ TP HEP ]Tarikh:

34

Page 35: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

(Penerima Pengakuan – menyoal mangsa menggunakan konsep “5 W + 1H & Before, During, After”).

Lampiran J4PENGAKUAN SAKSI

Kes / Kejadian :

Tarikh/Hari :

Tempat :

Masa : Saksi : 1] (Nama, No. Maktab & Tingkatan) Jika pelajar. 2] (Nama, No. Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan pelajar

35

Page 36: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Keterangan :

Bahawa saya (Nama), no. maktab / no. KP: ......................... secara sedar dan tanpa paksaan ingin membuat pengakuan iaitu ..................................................

Yang Benar

(Tandatangan Saksi)Diterima oleh :

[ Penerima Pengakuan]Tarikh:

Disahkan oleh:

[ TP HEP ]Tarikh:

(Penerima Pengakuan – menyoal saksi menggunakan konsep “5 W + 1H & Before, During, After”).

Lampiran KLAPORAN PENYIASATAN

Kes / Kejadian :

Tarikh/Hari /Masa Kejadian :

Tarikh Penyiasatan : Pelapor : 1] (Nama, No. Maktab & Tingkatan) Jika pelajar.

2] (Nama, No. Kad Pengenalan & pekerjaan) Jika bukan pelajar.

36

Page 37: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

Butiran Penyiasatan (Kronologi Kejadian - Before, During, After & 5W + 1H):

Disediakan oleh :

[ Ketua Warden / Warden / Ahli JPPM ]Tarikh:

Disahkan oleh:

[ TP HEP]Tarikh:

Lampiran L

PROSES PENGURUSAN KES DISIPLIN PELAJARMAKTAB RENDAH SAINS MARA

Terima Aduan

Mula

Mesyuarat JPPM

37

Page 38: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

A

PROSES PENGURUSAN KES DISIPLIN PELAJARMAKTAB RENDAH SAINS MARA

1. Kes Tidak Melibatkan hukuman Tamat Pengajian (JDM/JDRM)

Siasatan

Mesyuarat JRB

Mesyuarat JDM

Mesyuarat JRB

Selesai

Ada Kes

Analisis Kes

Kategori ?

Mesyuarat JDRM

Mesyuarat JDB

Menerima Aduan daripada mangsa/pelapor

Mula

Membuat Penyiasatan

Menyediakan kertas pertuduhan

Tidak

Ya

Berat / Amat Berat

Sederhana

38

Page 39: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

A

A

2. Kes Yang Melibatkan Hukuman Tamat Pengajian (JDRM)

a. Peringkat Maktab

Membuat laporanke BPL(M) / JDB

Bebas

Kurangkan Hukuman

Bersalah

Rayuan

Mesyuarat JDRM

Menerima aduan daripada mangsa/pelapor

Mula

Membuat Penyiasatan

Menyediakan kertas pertuduhan

Melengkapkan laporanyang diperlukan

Mesyuarat JDM/JDRM

Terima

Hukuman

Selesai

Tidak

Tidak

Tidak

Ya

39

Page 40: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

A

Membuat

b. Peringkat Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) (JDB & JRB)

Meneruskan pengajian

Bersalah

Cadangan tamat pengajian

Tidak

Ya

Merima cadangan tamat pengajian daripada MRSM

Mula

Melengkapkan laporan yang diperlukan

Mesyuarat JDB

Melengkapkan laporanyang diperlukan

Mesyuarat JDRM

Membuat Laporanke BPL(M)

Selesai

40

Page 41: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

A

LAMPIRAN M

BPL(M)/HEP/07-1A klt ( )

PERJANJIAN SENTIASA MEMATUHI IKRAR DAN JANJI

ADALAH DENGAN INI SAYA, BERSETUJU BERIKRAR DAN BERJANJI BAHAWA:

1. SAYA (Nama pelajar dengan huruf besar)____________________________________________________________________________________________________________Kad Pengenalan No. _______________________ Tingkatan ___________________beralamat ______________________________________________________________________________________________________________________________________dengan kebenaran dan persetujuan IBU BAPA/PENJAGA sebagai PENJAMIN sayaBAHAWA jika pada bila-bila masa di sepanjang tempoh pengajian saya :

Dipindahkan ke maktab lain/dikekalkan

Pemulihan di maktab

Tamat Pengajian

Makluman kepada ibu bapa/penjaga dan pihak maktab

Sesi Kaunseling

Tandatangan Perjanjian mematuhi Ikrar dan Janji di BPL(M)

Selesai

Tamat Pengajian

Maklum kepada ibu bapa/penjaga dan pihak maktab

Rayuan

JRB

Tidak

Ya

Ya

Tolak

Terima

41

Page 42: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

telah disabitkan dengan sebarang kesalahan yang selepas pada tarikh ____________________ pada pendapat Jawatankuasa Disiplin Bahagian, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah) MARA telah melanggar disiplin maktab seperti yang tertakrif dalam Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar MRSM.

Maka dalam hal yang demikian, Jawatankuasa Disiplin Bahagian mempunyai budi bicara yang mutlak bagi memberhentikan segala kemudahan pengajian saya, dan dengan keputusan tersebut, saya tidak lagi berhak untuk menerima sebarang faedah pengajian di MRSM.

Adalah dipersetujui dan diperakui dalam mana-mana keadaan bahawa:

Saya dan Penjamin dengan ini berakujanji bagi bersesama menjelaskan semua hutang piutang yang dipertanggungkan ke atas saya, kepada semua pihak di MRSM (jika ada). Segala barang - barang dan/atau peralatan yang dipinjam daripada mana-mana pihak di MRSM akan dikembalikan (jika ada).

2. Dengan ini,Saya sedar dan insaf serta faham tentang akibat daripada perjanjian ini.

DITANDATANGANI OLEH PELAJAR )

Nama: ________________________________ )

No. Kad Pengenalan : ____________________ ) _____________________

(Tandatangan Pelajar)

PADA MENYAKSIKAN HAL-HAL DIATAS:

Pihak – pihak yang tersebut dalam perjanjian ini telah menurunkan di sini tandatangan pada haribulan dan tahun seperti yang dipernyatakan :

DITANDATANGANI oleh ibu bapa/penjaga )Sebagai Penjamin )

1) Nama _______________________________________ ) _______________________ (Tandatangan Penjamin)

No.Kad Pengenalan : ___________________________ )

42

Page 43: Disiplin - Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar Mrsm Mrsm Kuala Krai

2) PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ) DAN LATIHAN (MENENGAH) MARA ) _______________________

(Tandatangan Pengarah Bahagian Pendidikan dan

Latihan (Menengah)

DITANDATANGANI oleh saksi )

Nama _________________________________________ ) _______________________ (Tandatangan Saksi)

No.Kad Pengenalan : _____________________________ )

_________________________________________________________________________________

Nama : _________________________________

No. Kad Pengenalan : _____________________

Bertarikh : ______________________________

__________________________(Tandatangan SetiausahaJawatankuasa Disiplin Bahagian)

PPDPMRSM/28012008

43


Top Related