Download - Dirasah Fi Ayat al-Ahkam -Sumpah dan Nazar-
ISI KANDUNGAN 1PENGHARGAAN 2
BERSUMPAH 3
PENGERTIAN BERSUMPAH 3 KAFFARAH SUMPAH 3 MUNASABAH AYAT 4 HURAIAN AYAT 5 HUKUM BERSUMPAH 5 SYARAT-SYARAT BERSUMPAH 6 JENIS SUMPAH 7 HUKUM MELANGGAR SUMPAH 7 DENDA MELANGGAR SUMPAH 8
NAZAR 9
PENGERTIAN NAZAR 9 NAZAR MENGIKUT KONSEP ISLAM 9 MUNASABAH AYAT 11 HURAIAN AYAT 12 NAZAR ADALAH IBADAH 13 DALIL PENSYARIATAN NAZAR 13 HUKUM NAZAR 14 RUKUN NAZAR 14 SYARAT ORANG BERNAZAR 14 SYARAT UCAPAN NAZAR 15 SYARAT PERKARA DINAZARKAN 15 KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR 16 PEMBAHAGIAN NAZAR 17 JENIS-JENIS NAZAR 17
KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR 18
MUNASABAH AYAT 19 KAFFARAH PENEBUS NAZAR 20 HUKUM SETIAP NAZAR 21
KESIMPULAN 23
BIBLIOGRAFI 24
1
1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan
utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang
mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan
kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberikati saya yang sentiasa
mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat
menyiapkan kerja kursus, Dirasat Fi Ayat al-Ahkam dalam tajuk Kaffarah dan Nazar tanpa
sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis
gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi
iaitu Ustaz Shahrul Hizam bin Mokhtar. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi
penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan
kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang sentiasa
memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti
pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.
Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan
yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis termampu.
2
2.0.BERSUMPAH
2.1.PENGERTIAN BERSUMPAH
Perkataan “aiman” adalah jama bagi perkataan “yamin”. Dari segi bahasa, sumpah bermaksud
kekuasaan. Perkataan “yamin” juga bermaksud tangan kanan kerana terdapat kekuatan pada
tangan tersebut. Manakala mengikut pengertian istilah pula, yamin diertikan sebagai menguatkan
maksud kata-kata yang tidak thabit dengan menyebut salah satu daripada sifat Allah dalam lafaz
yang tertentu. Lafaz yang menguatkan kata-kata yang thabit seperti “demi Allah”.1
2.2.KAFFARAH SUMPAH
Surah al-Ma’idah ayat 89 :
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang
tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah
olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan
bersungguh-sungguh.2
maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari
jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga
kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang
hamba. kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang
tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah
1)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 174.2)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Ma’idah ayat 89, Halaman 122.
3
denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah -
peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur.3
2.3.MUNASABAH AYAT
2.3.1.MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA
Munasabah ayat sebelumnya adalah berkaitan dengan larangan
mengharamkan makanan yang halal. Ayat 88 surah al-Ma’idah menceritakan
bahawa makanan yang halal adalah lebih baik daripada apa yang Allah telah
rezekikan. Ayat ini juga menyeru manusia agar bertaqwa kepada Allah
dengan mengimaninya serta beriman kepada Allah SWT.
2.3.2.MUNASABAH AYAT SELEPASNYA
Munasabah ayat selepasnya adalah berkaitan dengan larangan meminum
arak atau khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib.
Ayat 90 surah al-Ma’idah ini menceritakan bahawa perbuatan tersebut
adalah diharamkan dan merupakan perbuatan yang keji. Ianya merupakan
perbuatan yang termasuk dalam amalan syaitan. Ayat ini juga menyeru agar
menjauhi perbuatan-perbuatan ini supaya mendapat keberuntungan.4
2.4.HURAIAN AYAT
3)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Ma’idah ayat 89, Halaman 122.4)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Ma’idah ayat 89, Halaman 122.
4
Ayat tersebut (surah al-Ma’idah ayat 89) dimulai dengan menyatakan hukum
bersumpah tanpa niat. Hukuman tidak dikenakan kepada orang yang
melakukan sumpah tanpa niat. Tetapi hukuman dikenakan jika sumpah yang
dilakukan dengan niat. Kandungan ayat tersebut juga turut menyatakan
hukuman terhadap sumpah. Maka bagi orang yang melanggar sumpah
dikenakan kaffarah sumpah iaitu member makan kepada sepuluh orang
miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
Selain itu memberi pakaiana kepada sepuluh orang miskin atau
memerdekakan seseorang seorang hamba. Turut ditegaskan bahawa,
sesiapa yang tidak mampu melaksanakan kaffarah yang telah dinyatakan
tadi, maka kaffarahnya lain adalah berpuasa selama tiga hari. Jelas
dinyatakan kaffarah sumpah yang perlu dilaksanakan oleh seorang yang
bersumpah. Disamping itu, ayat ini juga melarang setiap individu daripada
bersumpah. Jika sumpah dilakukan juga, pesumpah tersebut kena menjaga
sumpah yang telah dilakukan. Diakhir ayat turut diselitkan peringatan yang
mana Allah SWT menerangkan hukum-hukumnya kepada makhluknya agar
makhluknya tahu bersyukur.5
2.5.HUKUM BERSUMPAH
Pada umumnya hukum bersumpah adalah makruh. Hal ini berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah ayat 224 yang berbunyi :
6
5)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Ma’idah ayat 89, Halaman 122.6)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 177.
5
224. (dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai
benteng Yang menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta
mendamaikan perbalahan antara sesama manusia. dan (ingatlah), Allah
sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui.7
Hukum haram pula apabila bersumpah pada sesuatu yang haram yang
mana meninggalkannya adalah wajib atau sumpah bohong yang tidak
berasas sama sekali.
Hukum wajib dalam bersumpah pula adalah apabila ia merupakan
satu-satunya cara untuk menyelamatkan orang yang teraniaya atau
untuk membuktikan kebenaran.
Manakala hukum bersumpah harus apabila tujuan bersumpah untuk
kebaikan, menjauhi maksiat, membimbing kepada kebenaran atau
menghindari kebenaran. Sebagai contoh dalam hadis Nabi Muhammad
SAW yang berbunyi :
Maksdunya : Sabda Nabi Muhammad SAW, “Demi Allah, Allah tidak
jemu membalas amalan kamu dengan pahala sehinggalah kamu jemu
melakukannya.”
Bersumpah juga jatuh hukum sunat apabila untuk meyakini seseorang
terhadap nasihat yang diberikan dan jika diyakini ianya adalah satu-
satu jalan yang dapat meyakinkan.8
2.6.SYARAT-SYARAT BERSUMPAH
Sesuatu lafaz dianggap sumpah atau sah sebagai sumpah dengan syarat-
syarat berikut :
7)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 177.8)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 177-180.
6
Orang yang bersumpah waras dan baligh.
Sumpah yang tidak sesia.
Bersumpah dengan menggunakan nama atau sifat Allah SWT.9
2.7.JENIS SUMPAH
Terdapat dua jenis sumpah iaitu :
Nyata. Setiap sumpah yang dilakukan dengan menyebut khusus nama
Allah. Seperti “aku bersumpah dengan nama Allah”. Sumpah nyata ini
dianggap sah sebaik-baik sahaja ia dilafazkan walaupun tanpa niat.
Tidak nyata. Bersumpah secara umum dengan menjurus kepada
maksud Allah SWT. Seperti “aku bersumpah dengan pencipta”.
Sumpah tidak nyata ini dianggap tidak sah kecuali dengan niat dan
tujuan bersumpah.10
2.8.HUKUM MELANGGAR SUMPAH
Hukum melanggar sumpah dapat dilihat dalam dua situasi yang berbeza
iaitu :
Melanggar sumpah dengan tidak melaksanakannya pada masa yang
telah ditetapkan. Contohnya seseorang yang bersumpah akan
bersedekah pada hari tertentu tetapi dia tidak melakukan sumpah
9)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 182-186.10)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 186-187.
7
pada hari yang telah ditetapakannya maka golongan ini wajib
dikenakan denda.
Melanggar sumpah disebabkan pernyataan yang tidak benar yang
cuba diyakinkan dengan bersumpah. Contohnya, seseorang yang
bersumpah bahawa dia adalah pemilik kepada sesuatu barang
tersebut sedangkan dia sendiri menyedari barang tersebut bukan
miliknya. Sumpah ini dinamakan sumpah bohong dan pelakunya akan
menerima azab yang berat dari Allah SWT dan dikenakan denda
kerana sumpah tersebut tidak sah.11
2.9.DENDA MELANGGAR SUMPAH
Sesiapa yang mendustai sumpah, maka wajib membayar denda satu
daripada empat perkara yang berikut :
Memerdekakan seseorang hamba lelaki atau perempuan yang mu’min
jika ada.
Memberi makan kepada sepuluh orang miskin mengikut makanan
asasi sebuah Negara tersebut dengan kadar secupak. Member
makanan disini bermaksud wajib memberi makanan kepada orang
miskin dan tidak memadai jika hanya menjemput mereka menikmati
jamuan makan dirumah.
Memberi pakaian yang biasa dipakai kepada sepuluh orang miskin.
Jika tidak mampu melaksanakn ketiga-tiga hukuman diatas disebabkan
halangan kesusahan, maka wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa
putus. Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat
89 yang berbunyi :
11)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 191-193.
8
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang
tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah
olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan
bersungguh-sungguh.12
Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari
jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga
kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang
hamba. Kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang
tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah
denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah -
peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu
ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur.13
3.0.NAZAR
3.1.PENGERTIAN NAZAR
12)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 193-195.13)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 195.
9
Menurut syarak, nazar membawa maksud sebagai janji untuk kebaikan
khasnya. Istilah ulama’ feqah pula ialah beriltizam untuk mendekatkan diri
dengan kewajipan yang tidak disyarakkan secara mutlak atau pun terikat
dengan sesuatu. Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT kerana menghargai nikmat
yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib ditunaikan. Nazar mewajibkan atas
diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah SWT yang asal hukumnya tidak wajib.
Pengertian nazar menurut istilah secara mudah ialah mewajibkan diri sendiri melakukan sesuatu
amalan dengan niat mendampingi diri pada Allah.14
3.2.KONSEP NAZAR DALAM ISLAM
Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 270) :
270. dan (ketahuilah), apa sahaja Yang kamu belanjakan (dermakan) atau
apa sahaja Yang kamu nazarkan maka Sesungguhnya Allah mengetahuiNya
dan (ingatlah), orang-orang Yang zalim itu tidak ada sesiapa pun Yang dapat
menolongnya.
Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 35) :
35. (ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya Aku
nazarkan kepadamu anak Yang ada Dalam kandunganku sebagai seorang
Yang bebas (dari Segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-
14)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jasmin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 525.
10
mata), maka Terimalah nazarku; Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
Ayat 3 (Surah Maryam ayat 26) :
26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang
merunsingkan. kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka
katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-
Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan
berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".15
3.3.MUNASABAH AYAT
3.3.1.MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA
Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 269).
Ayat ini menceritakan berkaitan dengan nikmat yang dikurniakan oleh
Allah SWT. Allah SWT mengurniakan al-hikmah iaitu kefahaman yang
dalam tentang al-Quran dan as-Sunnah kepada sesiapa yang
dikehendaki Allah SWT. Hal ini menunjukkan bahawa individu tersebut
adalah individu yang mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Keberuntungan terhadap individu yang dianugerah al-hikmah benar-
benar telah dikurniakan sesuatu yang banyak. Ianya kerana
kandungan al-Quran yang merangkumi semua aspek kehidupan. Juga
ditegaskan bahawa, orang-orang yang menggunakan akal yang akan
mendapat pengajaran daripada ayat Allah SWT.16
Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 34).
Ayat ini menceritakan bahawa keutamaan keluarga Imran. Mafhum
ayatnya berbunyi yang mana keluarga Imran merupakan satu 15)http://www.konsepnazar.com.my16)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Baqarah ayat 269, Halaman 45.
11
keturunan yang terpilih daripada segala umat dimasa mereka masing-
masing. Sedungguhnya Allah SWT maha mengetahui lagi maha
mendengar.17
3.3.2.MUNASABAH AYAT SELEPASNYA
Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 271).
Ayat ini menceritakan berkaitan dengan sedekah yang dilakukan.
Menyembunyikan pemberian terhadap orang-orang fakir itu adalah
jauh lebih baik daripada memberikan sedekah yang dilakukan secara
menampakkannya atau memperlihatkannya. Maka sedekah yang
dilakukan secara sembunyi dengan ikhlas itu akan Allah SWT
menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahan orang tersebut. Allah
maha mengetahui segala apa yang dilakukan oleh hambanya.18
Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 36).
Ayat ini menceritakan berkaitan kelahiran Maryam. Ditegaskan dalam
ayat ini bahawa Allah SWT lebih mengetahui akan sesuatu perkara.
Isteri Imran menginginkan anak lelaki namun dia mendapat anak
perempuan yang bernama Maryam. Lalu isteri Imran memohon kepada
Allah SWT supaya melindungi anak-anak dan keturunannya daripada
syaitan yang terkutuk.19
3.4.HURAIAN AYAT
Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 270).
17)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Imran ayat 34, Halaman 54.18)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Ma’idah ayat 89, Halaman 46.19)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Imran ayat 36, Halaman 55.
12
Ayat ini menceritakan bahawa Allah SWT maha mengetahui pada
setiap apa yang dinafkahkan dan apa yang dinazarkan. Setiap nazar
yang dilakukan adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Dalam ayat ini
turut ditegaskan bahawa seseorang yang zalim tidak akan mendapat
sebarang pertolongan daripada Allah SWT.
Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 35).
Ayat ini menceritakan berkaitan dengan nazar yang dilakukan oleh
isteri Imran yang mana dia menazarkan anak yang berada dalam
kandungannya untuk menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat
kepada Allah SWT sebagai hamba abdi yang saleh (berkhidmat di
Baitul Maqdis). Isteri Imran memohon kepada Allah SWT agar nazar
yang dilakukannya itu diterima oleh Allah SWT. Ditegaskan juga dalam
ayat tersebut bahawa Allah maha mengetahui lagi maha mendengar.20
3.5.NAZAR ADALAH IBADAH
Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar
untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama
sebulan. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah
menjadi wajib. Contoh-contoh nazar:-
Berpuasa.
Mencukur rambut.
Sedekah.21
20)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Baqarah dan al-Imran, Halaman 45 dan 55.21)http://www.nazar.com.my
13
3.6.DALIL PENSYARIATAN BERKAITAN NAZAR
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah
mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf
akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.
Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud:
22
7. (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan
nazarnya (apatah lagi Yang Diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka
takutkan hari (akhirat) Yang azab seksaNya merebak di sana sini.
3.7.HUKUM NAZAR
Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri
kepada Allah. Oleh sebab ia itu para ulama’ feqah berpendapat tidak sah
nazar orang kafir. 23
3.8.RUKUN NAZAR
Orang yang bernazar.
Pekara yang dinazarkan.
22)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 201-202.
23)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 202-204.
14
Ucapan yang diguna untuk bernazar.24
3.9.SYARAT ORANG YANG BERNAZAR
Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat
kebajikan.
Pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang
dipaksa.
Lulus memerintah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar
seumpama menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada
memerintah harta dengan sabab muflis atau bankrap, bodoh, kanak
kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar yang melibatkan harta
ada pun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah nazar orang
yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.
Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah
bernazar seorang akan puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti
puasa sepanjang hayat atau bernazar hendak mengerjakan haji
pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke Mekah
dengan sebab jauh atau sempit waktu.25
3.10.SYARAT UCAPAN YANG DIGUNA UNTUK BERNAZAR
Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafaz yang memberi tahu
melazimkan (mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang
bernazar “bagi Allah wajib atas ku puasa”. Puasa di sini sebagai
contoh boleh dimasukkan yang lain.
Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk
dalam akad maka syaratnya mesti berlafaz.
24)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 528.25)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 208-209.
15
3.11.SYARAT PERKARA YANG DINAZARKAN
Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang
mendampingkan diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.
Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang
bernazar, seperti sembahyang fardu.
Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan
tidak berwudu, minum arak dan lainnya.
Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama
lamanya bagi mereka yang takut mudarat atau takut luput hak,
seperti nafkah keluarga.
Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, berdiri
atau duduk, sama ada nazar hendak melakukan perkara yang harus
itu atau tidak mahu melakukannya.
Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya
nescaya dia tidak wajib membayar kafarah dengan sebab dia
menyalahi dengan apa yang dinazarkan, sekalipun pada perkara
yang harus.26
3.12.KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR JIKA TERTANGGUH
Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh
apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT
yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada
26)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 208-213.
16
dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian. Adapun amalan
yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila
gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firman di dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang
bermaksud:
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang
tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah
olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan
bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan
sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa)
berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau
memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa Yang tidak dapat
(menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari.
Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya)
supaya kamu bersyukur.27
3.13.PEMBAHAGIAN NAZAR
Nazar dari segi amalan dan penghayatannya terbahagi tiga, iaitu:
Nazar melakukan kebajikan, misalnya ia berkata: Jika saya memperoleh kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan, saya akan berpuasa sebulan dan sebagainya atau jika saya
beroleh anak lelaki, saya akan membina sebuah masjid.
27)http://www.nazar.com.my
17
Nazar melakukan sesuatu yang diharuskan, misalnya ia berkata: Jika saya disembuhkan
daripada penyakit ini, saya akan melancong ke luar negara dan sebagainya.
Nazar melakukan maksiat, misalnya ia berkata: Jika saya mendapat bonus pada tahun ini,
saya akan tinggalkan sembahyang atau menajakan suatu perjudian (barang dijauhi
Allah).28
3.14.JENIS-JENIS NAZAR
Nazar terbahagi kepada 3 jenis iaitu sebagaimana berikut :
Pertama : Nazar Lajaj (Nazar Perbantahan).
Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam
keadaan hilang pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia
berkata ketika dalam keadaan itu : “Sekiranya aku bercakap dengan si
pulan maka demi Allah atasku puasa sebulan”.
Kedua : Nazar al-Mujazah (Pembalasan).
Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada
sesuatu yang akan menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia
berbuat demikian bukannya ketika hilang pertimbangan diri akibat
terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu berkata :
“Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku
akan bersedekah seekor kambing”.29
Ketiga : Nazar Mutlak (Semata-mata).
Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi tujuan
mendekatkan diri kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu dengan
sesuatu perkara yang lain dan juga bukan dilafaz ketika hilang
28)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 204-208.29)http://www.nazar.com.my
18
pertimbangan diri kerana terlalu marah. Contohnya seseorang itu
berkata : “Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis”.
Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan
kerana orang yang bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan
menghampirkan diri kepada Allah.30
4.0.KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang
tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah
olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja kamu buat Dengan
bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan
sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa)
berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau
memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa Yang tidak dapat
(menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari.31
Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah
menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya)
supaya kamu bersyukur.32
30)http://www.nazar.com.my31)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 213-215.
32)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, ‘Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-Syafi’I Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
19
4.1.MUNASABAH AYAT
4.1.1.MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA
Munasabah ayat sebelumnya adalah berkaitan dengan larangan
mengharamkan makanan yang halal. Ayat 88 surah al-Ma’idah menceritakan
bahawa makanan yang halal adalah lebih baik daripada apa yang Allah telah
rezekikan. Ayat ini juga menyeru manusia agar bertaqwa kepada Allah
dengan mengimaninya serta beriman kepada Allah SWT.
4.1.2.MUNASABAH AYAT SELEPASNYA
Munasabah ayat selepasnya adalah berkaitan dengan larangan meminum
arak atau khamar, berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib.
Ayat 90 surah al-Ma’idah ini menceritakan bahawa perbuatan tersebut
adalah diharamkan dan merupakan perbuatan yang keji. Ianya merupakan
perbuatan yang termasuk dalam amalan syaitan. Ayat ini juga menyeru agar
menjauhi perbuatan-perbuatan ini supaya mendapat keberuntungan.33
4.2.HURAIAN AYAT
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 213-215.33)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Ma’idah ayat 89, Halaman 122.
20
Ayat tersebut (surah al-Ma’idah ayat 89) dimulai dengan menyatakan hukum
bersumpah tanpa niat. Hukuman tidak dikenakan kepada orang yang
melakukan sumpah tanpa niat. Tetapi hukuman dikenakan jika sumpah yang
dilakukan dengan niat. Kandungan ayat tersebut juga turut menyatakan
hukuman terhadap sumpah. Maka bagi orang yang melanggar sumpah
dikenakan kaffarah sumpah iaitu member makan kepada sepuluh orang
miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu.
Selain itu memberi pakaiana kepada sepuluh orang miskin atau
memerdekakan seseorang seorang hamba. Turut ditegaskan bahawa,
sesiapa yang tidak mampu melaksanakan kaffarah yang telah dinyatakan
tadi, maka kaffarahnya lain adalah berpuasa selama tiga hari. Jelas
dinyatakan kaffarah sumpah yang perlu dilaksanakan oleh seorang yang
bersumpah. Disamping itu, ayat ini juga melarang setiap individu daripada
bersumpah. Jika sumpah dilakukan juga, pesumpah tersebut kena menjaga
sumpah yang telah dilakukan. Diakhir ayat turut diselitkan peringatan yang
mana Allah SWT menerangkan hukum-hukumnya kepada makhluknya agar
makhluknya tahu bersyukur.34
4.3.KAFARAH PENEBUS NAZAR
Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti
berikut:
1. Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada
keluarga kamu.
2. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3. Memerdekakan seorang hamba
34)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Ma’idah ayat 89, Halaman 122.
21
4. Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa
selama tiga hari.35
4.4.HUKUM BAGI SETIAP NAZAR
Pertama : Nazar Lajaj.
Hukumnya bergantung kepada perkara yang dikaitkan dengannya iaitu
apa yang dinazar. Jika ia boleh berlaku maka wajib atas orang yang
bernazar itu untuk melaksanakan apa yang dinazarkan atau pun
membayar kafarah sumpah. Dia dibolehkan untuk memilih antara
keduanya kerana nazar jenis ini hampir sama dengan nazar dari sudut
mewajibkan diri (mewajibkan berpuasa sebulan misalnya) dan
menyerupai sumpah pada sudut keadaannya sebagai jalan ke arah
menghalang daripada sesuatu(tidak mahu bercakap dengan si pulan
misalnya). Dalilnya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
imam Muslim daripada ‘Uqbah bin ‘Amir daripada Rasulullah S.A.W
telah bersabda yang bermaksud : Kafarah nazar seperti kafarah
sumpah.
Kedua : Nazar al-Mujazah.
Hukumnya ialah jika apa yang dikaitkan dengan apa yang dinazar
berlaku seperti sembuh daripada penyakit maka dia diwajibkan untuk
melaksanakan apa yang telah dinazar seperti sedekah seekor
kambing. Dia tidak boleh menggantikannya dengan perkara lain.
Dalilnya sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 29 surah al-
Haj :
35)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 530.
22
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan
hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah
mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
Dan kamu hendaklah menepati dengan janji Allah apabila kamu
berjanji. Maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam
Bukhari daripada Sayyidatina ‘Aishah: Sesiapa yang bernazar untuk
mentaati Allah maka taatilah akanNya.36
Ketiga : Nazar Mutlak.
Hukumnya ialah wajib ke atas orang bernazar untuk melaksanakan
apa yang telah dinazarkan secara mutlak tanpa terikat pada sesuatu
perkara. Dalilnya adalah sebagaimana ayat 29 surah al-Haj yang
berbunyi :
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan
hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah
mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
Sebagaimana disebut dalam nazar al-Mujazah di atas yang mana ia
datang dengan dalil yang umum. Dia diharuskan untuk melewatkan
pelaksanaan kepada apa yang telah dinazarkan sehinggalah dia
merasakan bahawa dirinya sudah mampu untuk melaksanakannya
seperti berpuasa pada hari Khamis. Dia tidak boleh menukar nazarnya
itu dengan kafarah sumpah kerana makna sumpah telah ternafi
dengan nazar jenis ini.37
36)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan Pertama 2008, Halaman 531-534.37)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan
23
5.0.KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kita rumuskan ialah Islam itu adalah agama yang
memudahkan. Kesukaran dan bebanan yang terdapat pada agama Islam itu
hanyalah sedikit. Namun sesuatu yang mudah itu perlulah diambil berat dan
ditekankan agar ianya tidak ditambah mudahkan lagi. Konsep sumpah dan
nazar adalah konsep yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
yang berbentuk rabbaniyah dan jami’ah (jemaah). Remaja kini, kedua-dua
konsep tersebut banyak berlaku dalam kehidupan dan senario masyarakat
kini yang mana ianya memberikan implikasi dalam kehidupan seharian.
Melalui penulisan ini dijelaskan penerapan berkaitan dengan konsep sumpah
dan nazar. Yang mana kedua-dua konsep adalah berpandukan syariat yang
telah ditetapkan. Selain itu juga, kedua-dua konsep ini adalah saling
berkaitan. Turut dinyatakan berkaitan jenis sumpah dalam penulisan ini.
Sumpah dikategorikan dalam dua jenis iaitu sumpah nyata dan sumpah tidak
nyata. Syarat-syarat sumpah turut dijelaskan bagi membezakan sesuatu
sumpah itu sah ataupun tidak sah. Perbincangan diteruskan lagi dengan
Pertama 2008, Halaman 535.
24
menjelaskan berkaitan dengan konsep nazar. Nazar merupakan satu
perbuatan yang amat sinonim dalam kehidupan manusia jika menginginkan
kebaikan atau beroleh kebaikan. Nazar dapat dibahagikan kepada tiga
kategori dan secara tidak langsung mewakili tiga jenis nazar. Antara tiga
kategori nazar itu ialah, nazar melakukan kebajikan, nazar melakukan
sesuatu yang harus, dan nazar melakukan maksiat. Penjelasan yang lebih
lanjut telah disentuh dan dinyatakan didalam penulisan. Manakala jenis-jenis
nazar pula ialah, nazar lajaj, nazar mujazah dan nazar mutlak. Ketiga-tiga
jenis nazar ini adalah berbeza mengikut kriterianya. Tututan hukum bagi
setiap nazar yang dinyatakan juga adalah berbeza mengikut apa yang telah
ditetapkan oleh syarak dan bagi mencapai kemashlahatan hidup manusia.
Kedua-dua konsep yang dinyakan tersebut adalah merangkumi hukum
ibadah dan hukum muamalah. Terdapat hukum yang perlu diselesaikan
dalam bentuk ibadah (menyentuh dan berkaitan dengan hak Allah) dan
terdapat juga hukum yang perlu diselesaikan mengikut muamalah
(menyentuh dan berkaitan dengan hak manusia) dalam kehidupan dialam
semesta ini.
6.0.BIBLIOGRAFI
1. Manhaj Fiqh al-Syafi’I, Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha, ‘Ali
Al-Syarbaji, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan
Kedua Mei 2007.
2. Al-Fiqh Al-Wadhih Jilid II, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin
Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan Pertama 2008.
25
3. Terjemahan Al-Quran Rasm Uthmani, Al-Hidayah House Of Quran SDN.
BHD., Cetakan Pertama 2010.
4. Huraian Ayat-Ayat Hukum II, Ustaz Abdul Latif Bin Muda, Pustaka
Salam SDN. BHD., Prospecta Printers SDN. BHD., Cetakan Pertama
November 2001.
5. Tafsir Ayat-Ayat Hukum Jilid II, Saleh Mahfoed, M. Ali Ash-Shabuni,
Pustaka Al-Aihar K.L., Pustaka Al-Azhar Kuala Lumpur, Cetakan Kedua
1995.
6. http://www.konsepnazar.com.my
7. http://www.nazar.com.my
26