Transcript
  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    1/52

    WAN KAMAL MUJANI

    1

    Sejarah Dinar Menyusuri Zaman

    WAN KAMAL MUJANI

    Pendahuluan

    Penggunaan wang dalam sistem perekonomian telah bermula sejak

    zaman sebelum Islam lagi. Islam mengenali penggunaan wang melalui

    tamadun Rom yang berpusat di Bayzantine dan tamadun Parsi.

    Kewujudan aktiviti perdagangan serta interaksi sosial antara tamadun-

    tamadun tersebut telah menyumbang kepada perpindahan sebahagianbesar aspek-aspek tamadun ke dunia Islam yang bermula di Madinah

    sebagai negara Islam yang pertama. Penerimaan aspek-aspek dan

    pembangunan tamadun terbabit membuktikan bahawa Islam tidakmenolak sebarang pembangunan selagi ianya tidak melanggar peraturan

    syarak. Sehubungan dengan itu, kertas kerja utama ini bermatlamat

    mengupas sejarah perjalanan dan perkembangan penggunaan wang Dinar

    bermula dari zaman Jahiliyyah hingga zaman kerajaan Uthmaniyyah.

    Semoga sejarah perjalanan wang Dinar ini dapat dijadikan iktibar,

    panduan dan pedoman kepada warga akademik dan masyarakat Islam

    pada hari ini.

    Sejarah Dinar pada Zaman Sebelum Islam

    Istilah Dinar dan Dirham sebagai unit wang dalam Islam merupakan

    pengaruh daripada bahasa kerajaan-kerajaan silam yang telah wujud

    sebelum zaman pemerintahan Islam. Interaksi masyarakat Arab sejak

    sebelum Islam dengan kerajaan-kerajaan sekitarnya menerusi aktiviti

    perdagangan telah menyumbang kepada pengenalan wang Dinar dan

    Dirham di kalangan masyarakat Arab. Wang Dinar dan Dirham yang

    digunakan oleh masyarakat Islam yang mula membangun di

    Semenanjung Arab ketika pemerintahan Rasulullah (s.a.w.) merupakan

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    2/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    2

    kesinambungan daripada perkembangan penggunaan wang bagikerajaan-kerajaan masyarakat zaman yang lebih awal di sekitarnya iaitu

    Kerajaan Lydia, Kerajaan Greek Yunani, Kerajaan Rom dan KerajaanParsi.

    Kerajaan Lydia

    Umum mengetahui bahawa kegiatan ekonomi memainkan peranan

    penting dalam pertumbuhan sesebuah negara. Aktiviti masyarakat silam

    yang bergiat aktif dalam urusan jual-beli akhirnya telah mencetuskan

    kepada kewujudan unit wang. Penempaan wang logam yang pertama

    telah diperkenalkan oleh pemerintah Kerajaan Lydia iaitu Raja Croesusyang memerintah sekitar tahun 570-546 S.M. (Hasan 1999: 60). Lydia

    merupakan sebuah negara-kota yang terletak di barat Anatolia dankerajaan ini pernah diterajui oleh tiga dinasti iaitu Atyds, Heraclias dan

    Candaules (Anwar 2002: 2; http://www.americola.com/sites/Lydia).

    Kerajaan silam Lidya dipercayai berkuasa sekitar 1300 S.M. sehinggalah

    133 S.M. selepas ditakluk oleh Empayar Greek Yunani menerusi Raja

    Alexandar III. Kedudukan Lidya yang strategik sebagai lokasi

    perdagangan yang menghubungkan antara pedagang Timur dan Eropah

    menjadikan kegiatan ekonomi di wilayah itu semakin rancak dan

    seterusnya mencetuskan idea untuk menempa wang bagi kemudahanpedagang.

    Faktor lain yang mendorong kepada pengeluaran wang pertama ini

    ialah kewujudan kawasan yang mempunyai sumber logam iaitu di Sungai

    Pactolus. Kawasan tersebut mempunyai sumber logam electrum iaitu

    campuran logam emas dan perak. Masyarakat Lidya dipercayai menempa

    wang mereka daripada logam electrum yang sebahagian besarnya

    diperolehi daripada sungai tersebut. Lambang kepala singa yang terdapat

    pada permukaan wang menjelaskan pengaruh wang terbabit sebagai

    simbol pemerintahan beraja ketika itu. Ia mempunyai campuran 96%

    logam emas dan 4% logam perak (Qadus 2001: 6). Wang ini ditempa

    dengan berat sekitar 4.76 gram. Reka bentuknya masih tidak sekatadengan permukaan yang tidak rata. Penggunaan wang tersebut telah

    berterusan sehingga berlakunya penguasaan pemerintah Mecedonia, Raja

    Alexander III sekitar tahun 133 S.M. (http://www.americola.com/

    sites/Lydia). Kewujudan unit-unit wang tersebut menunjukkan bahawa

    Lydia telah mempunyai peradabannya yang tersendiri dari aspek

    perkembangan pemikiran dan ekonomi.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    3/52

    WAN KAMAL MUJANI

    3

    Kerajaan Greek Yunani

    Masyarakat Greek bukan sahaja terkenal sebagai komuniti yang

    mempunyai ketinggian tamadun dalam bidang falsafah sahaja, malahmereka juga muncul sebagai antara masyarakat terawal yang

    menggunakan wang sebagai bahantara dalam aktiviti jual-beli, sama ada

    untuk mendapatkan barangan mahupun perkhidmatan yang lazimnya

    diperlukan oleh masyarakat. Sebelum menempa wang, masyarakat Greek

    telah menggunakan wang dalam bentuk barangan seperti kapak dan

    gelang besar yang diperbuat daripada gangsa. Bagaimanapun, rekabentuk

    barangan terbabit yang besar memberi kesukaran kepada orang ramai

    untuk membawa dan menyimpannya apabila melibatkan kuantiti yangbanyak.

    Perubahan dalam sistem transaksi ekonomi di Yunani ketika erapemerintahan Kerajaan Greek bermula apabila wujudnya interaksi

    masyarakat Yunani dengan masyarakat Lidya yang telah ditakluk oleh

    pemerintah Greek pada akhir abad ke-3 S.M. Bagaimanapun, pada

    peringkat awal, masyarakat Greek hanya menggunakan kepingan-

    kepingan logam emas dan perak sebelum mula menempa wang pada

    tahun 406 S.M. Sejak itu, logam emas dan perak mulai ditempa di

    beberapa wilayah dunia yang telah dikuasai oleh Greek (Anwar 2006: 2).

    Keadaan ini berterusan sehingga kemunculan era pemerintahan Alexander The Greatpada abad ke-4 S.M. Wang logam daripada perak

    dan emas kemudiannya telah ditempa dan digunakan oleh masyarakat

    dari Mecedonia sehingga ke Babylon dan seterusnya berkembang ke

    wilayah-wilayah penguasaan Greek-Yunani.

    Pada peringkat awal, wang emas dan perak yang ditempa telah ditera

    dengan motif haiwan seperti burung helang dan lakaran Tuhan atau

    Dewa bagi masyarakat Greek-Yunani. Antara nama Tuhan-tuhan

    kepercayaan masyarakat Greek-Yunani yang ditera potret wajah mereka

    pada permukaan wang ialah Aphrodite, Apollo, Ares, Artemis, Athena

    dan Zeus (Qadus 2001: 38). Gambar-gambar tersebut dilakar dalam

    bentuk wajah manusia. Setelah kematian Alexandar The Greatpadatahun 323 S.M., lakaran wajah beliau telah menggantikan lakaran wajah-

    wajah Tuhan kepercayaan masyarakat setempat (Qadus 2001: 9).

    Perkembangan menempa wang di Yunani bermula menerusi

    kesedaran para peniaga, malah mereka bertanggungjawab menempa

    wang-wang logam yang wujud pada peringkat awalnya. Walau

    bagaimanapun, menyedari kepentingan wang sebagai lambang

    penguasaan politik dan ekonomi, maka pemerintah ketika itu mula

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    4/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    4

    merasakan perlunya suatu peraturan yang bertanggungjawab memantaupengeluaran wang. Pertengahan kurun ke-6 S.M. menyaksikan

    kerancakan pengeluaran wang oleh wilayah dan bandar-bandar lain. Disamping Lidya dan bandar Kota Sardis yang telah mengeluarkan wang

    ketika penguasaan Raja Creosues, wilayah lain yang turut menempa

    wang logam ketika era penguasaan Empayar Greek ialah Athens, Aegine

    dan Corinth di Yunani sendiri.

    Sekitar abad ke-3 S.M., wang logam emas tidak lagi ditempa secara

    berleluasa di Yunani. Sebaliknya, pemerintah selepas Alexander

    menjadikan wang perak yang dikenali sebagai Drachm sebagai wang

    utama dan ia dicetak secara berleluasa (Anwar 2006: 2). Situasi ini

    akhirnya menjadikan negara-negara di bawah pengaruh dan penguasaanGreek Yunani menggunakan wang perak sebagai bahantara untukmendapatkan barangan serta memberi upah kepada sesuatu perkhidmatan

    ketika itu. Malah, wang terbabit turut digunakan oleh masyarakat Arab

    Jahiliyyah sehingga zaman awal Islam.

    Kerajaan Rom

    Pada akhir abad ke-3 S.M., wilayah-wilayah kekuasaan Greek-Yunani

    telah jatuh di bawah penguasaan Kerajaan Rom terutamanya di kawasan

    Timur Tengah. Keadaan ini turut mempengaruhi perkembanganpengeluaran wang ketika itu. Beberapa wilayah yang sebelumnya

    menjadi jajahan Kerajaan Greek hanya dibenarkan untuk menempa wang

    perak menurut piawaian sebelumnya dalam keadaan tertentu sahaja,

    sebagaimana yang berlaku di Mesir dan Syria. Beberapa wilayah di

    Anatolia dan Afrika yang telah berada di bawah penguasaan Rom turut

    menerima nasib yang sama, apabila hanya dibenarkan menempa wang

    logam emas untuk beberapa ketika sahaja sebelum bertukar kepada wang

    Rom. Kesemua wang yang ditempa perlu ditera dengan lakaran kepala

    Maharaja-maharaja Rom atau pahlawan tempatan yang banyak berjasa

    kepada perkembangan Empayar Rom.

    Walau bagaimanapun, masyarakat Yahudi yang menduduki Judea,mereka dibenarkan menempa wang logam yang ditera dengan identiti

    penganut Yahudi iaitu ditempa dengan lambang-lambang agama Yahudi

    seperti mangkuk arak, buah-buahan dan pokok tamar, wajah pemerintah

    Yahudi serta gambar tempat meletak lilin bercabang tujuh yang dikenali

    Menorah.

    Sebelum kurun ke-3 S.M., masyarakat Rom menggunakan wang

    gangsa yang dikenali sebagai Iz. Selain itu, mereka turut menggunakan

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    5/52

    WAN KAMAL MUJANI

    5

    wang yang diperbuat daripada tembaga yang dipercayai mula ditempaoleh Numa atau Cirqus Telius. Seterusnya pada tahun 269 S.M.

    masyarakat Rom mula menempa wang yang diperbuat daripada perak(Hasan 1999: 61). Wang tersebut menjadi wang rasmi bagi wilayah-

    wilayah penguasaan Rom pada peringkat awal. Walau bagaimanapun,

    pada tahun 286 S.M., wang emas yang dikenali sebagai Denarius mula

    ditempa. Wang ini dilaporkan telah ditempa ketika pemerintahan Julius

    Caesar. Bermula tahun tersebut, wang logam Rom Denarius terdiri

    daripada wang emas, perak dan gangsa (Safra 2002, 16:529). Penipuan

    dalam kerja-kerja menempa wang Rom dilaporkan banyak berlaku ketika

    itu, di mana berlaku percampuran logam emas bersama bahan logam lain

    seperti perak atau gangsa dalam penghasilan unit wang emas.Pada tahun 395 M, Empayar Rom telah berpecah kepada Rom Barat

    yang berpusat di Rom dan Rom Timur yang berpusat Konstantinople.

    Seterusnya pada tahun 476 M, Kerajaan Rom Barat telah mengalami

    kejatuhan. Kejatuhan Kerajaan Rom Barat ini menyumbang kepada

    perkembangan Rom Timur yang akhirnya muncul sebagai sebuah

    empayar yang hebat dan berkuasa sekitar kurun ke-5 M sehingga 1453M.

    Setelah kehancuran Kerajaan Rom Barat, Empayar Byzantine telah

    muncul sebagai sebuah empayar yang terulung serta berkembang dari

    aspek kestabilan politik dan ekonomi. Perkembangan yang berlaku turutmempengaruhi penggunaan wang Rom ketika itu. Logam emas yang

    diperkenalkan oleh Maharaja Konstantine telah diberi nama Solidus danmenjadi wang rasmi kerajaan yang paling utama di sekitar Eropah serta

    beberapa wilayah lain (Safra 2002, 16:538). Walau bagaimanapun, wang

    emas ini lebih dikenali sebagai Denarius di kalangan masyarakat Romserta penggunanya. Kehebatan dan kekuatan Kerajaan Byzantine ketika

    itu telah membantu kepada tersebarnya wang emasDenarius ke beberapa

    wilayah sekitarnya melalui kegiatan perdagangan serantau.

    Kerajaan Parsi

    Penguasaan dan penjajahan adakalanya memberi implikasi yang positifterhadap perkembangan sosio-budaya masyarakat setempat. Kenyataan

    ini dapat dibuktikan menerusi tindakan masyarakat Parsi yang

    mempelajari kaedah menempa wang setelah wilayah mereka dikuasai

    oleh Kerajaan Lydia pada tahun 546 S.M. Ketika itu, wang yang ditempa

    berbentuk empat segi sebelum bertukar ke bentuk bulat (Hasan 1999: 62).

    Pada permukaan wang terbabit ditera dengan gambar Maharaja sambil

    memegang busur panah dalam keadaan duduk melutut.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    6/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    6

    Pada peringkat awal, masyarakat Parsi menempa wang logam emasyang dikenali sebagai Daric dan logam perak yang dikenali sebagai

    Siglos. Namun, selepas zaman Alexender The Great, pengaruh Greek-Yunani telah mendorong masyarakat Parsi untuk menempa wang perak

    yang dikenali sebagaiDrachm. Pada zaman penguasaan Kerajaan Sasan

    di Parsi, wang perak Drachm terus digunakan walaupun terdapat

    penghasilan wang emas oleh kerajaan tersebut. Wang logam perak yang

    dikenaliDrachm itu turut digunakan di Mesir, Syria, Afrika Utara, Iran

    dan Iraq. Selain daripada wang perak yang dikenali sebagai Drachm,

    masyarakat Parsi di bawah penguasaan Kerajaan Sasan turut menempa

    wang perak yang dikenali sebagai Tetradrachm. Wang ini ditempa

    dengan nilai yang lebih besar serta mempunyai kualiti yang lebih baik.Malah, ia turut tersebar luas penggunaannya di kalangan pedagang danpenghijrah seperti dari Mesir dan Semenanjung Arab (Safra 2002,

    16:532).

    Sejarah Dinar di Kalangan MasyarakatArab Zaman Jahiliyyah

    Pada zaman Jahiliyyah, masyarakat Arab tidak mempunyai wang yangkhusus dalam urusan jual beli di kalangan mereka. Walau bagaimanapun,

    perhubungan yang berlaku di antara masyarakat Arab dengan masyarakatluar seperti Rom dan Parsi yang datang berdagang di sekitar

    Semenanjung Arab telah memperkenalkan masyarakat Arab kepada

    wang yang digunakan di Rom dan Parsi. Kedua-dua empayar Rom dan

    Parsi merupakan empayar yang berpengaruh ketika zaman Jahiliyyah di

    Semenanjung Arab dan sekitarnya. Malah, kekuasaan kedua-dua

    empayar tersebut telah berlangsung berabad-abad lamanya sebagaiempayar yang berpengaruh pada zaman silam.

    Wang yang digunakan oleh masyarakat tempatan di SemenanjungArab pada zaman Jahiliyyah ialah mata wang Dirham dan Dinar. Dirham

    merupakan wang yang diperbuat daripada perak, manakala Dinar adalah

    wang yang diperbuat daripada emas. Kedua-dua wang ini tidak ditempadi Semenanjung Arab, sebaliknya dibawa dan diperkenalkan oleh para

    pedagang luar yang datang ke Semenanjung Arab dari Rom dan Parsi (al-

    Shariff, 1965:374). Aktiviti perdagangan yang rancak berlangsung di

    sekitar Semenanjung Arab pada kurun ke-6M menunjukkan bahawa

    masyarakat Arab yang telah berdagang sehingga ke utara dan selatanSemenanjung Arab telah menggunakan wang Rom dan Parsi.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    7/52

    WAN KAMAL MUJANI

    7

    Malah, hasil daripada kemasukan pedagang Yunani ke Teluk Arabdan Laut Merah dengan kapal-kapal perdagangan turut membawa wang

    Drachm ke Semenanjung Arab. Antara wangDrachm yang telah ditemuiialah wang Drachm yang ditempa dengan nama Alexander The Great

    sekitar tahun 310-300 S.M. serta wang Drachm yang ditempa sekitar

    tahun 223 S.M. dan 187 S.M. (al-Jabari 1989: 20). Penemuan wang

    tersebut menunjukkan bahawa wang Drachm telah sampai ke

    Semenanjung Arab dan digunakan dalam aktiviti perdagangan

    masyarakat Arab zaman Jahiliyyah. Selain itu, masyarakat Arab

    Jahiliyyah turut menggunakan wang emas Rom yang dikenali sebagai

    Denarius sebagai bahantara dalam perdagangan mereka.

    Di samping menggunakan wang Drachm dari Parsi dan Denariusyang ditempa di Rom, masyarakat Arab pada zaman Jahiliyyah turutmenjalankan urusan jual beli melalui timbangan emas dan perak (al-

    Shariff 1965:374). Menerusi sistem ini, pedagang akan menentukan nilai

    barangan yang dijual menerusi timbangan emas atau perak. Ini kerana

    terdapat aktiviti perlombongan emas dan perak yang dijalankan di

    Yaman dan beberapa buah wilayah lain pada ketika itu yang mendorong

    kepada penggunaanya secara meluas. Penggunaan logam emas dan perak

    ini dilihat telah menggantikan wangDrachm danDenarius, tetapi ia agak

    terbatas dan terhad penggunaanya di kalangan pedagang Arab.Sistem penggunaan wang di Semenanjung Arab pada zaman

    Jahiliyyah tidak berlaku secara sistematik. Masyarakat Arab ketika itu,tidak mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mewujudkan satu sistem

    penggunaan wang yang khusus bagi melancarkan kegiatan ekonomi

    mereka. Sebaliknya mereka hanya menggunakan wang Rom dan Parsiyang merupakan kuasa yang berpengaruh besar ketika itu. Walaupun

    mempunyai sumber logam seperti emas dan perak, masyarakat Arab

    tidak menggunakan sumber-sumber tersebut untuk menempa wang

    sendiri. Pada pendapat penulis, situasi ini berlaku lantaran ketiadaan satu

    kuasa pentadbiran yang kuat dan hebat sebagaimana Empayar Rom dan

    Parsi yang dapat mengeluar serta menguatkuasakan penggunaan wang

    rasmi.

    Sejarah Dinar pada Zaman Islam

    Zaman Rasulullah (s.a.w.)

    Semenanjung Arab ketika kedatangan Islam tidak mempunyai wang

    sendiri. Kerajaan-kerajaan Arab purba seperti Kerajaan Saba`, Kerajaan

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    8/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    8

    Himyar dan sebagainya yang dipercayai mempunyai wang sendiri, telahlama lenyap. Pada abad ke-6 dan ke-7M, orang Arab terutama yang

    menetap seperti di Mekah dan Madinah telah memenuhi keperluanmereka dengan menggunakan wang yang ditempa dan digunakan di

    wilayah-wilayah Empayar Byzantine dan Empayar Sasan yang berjiran

    atau menggunakan wang peninggalan kerajaan-kerajaan silam (Anwar

    2002: 5). Rasulullah s.a.w telah meneruskan penggunaan wang Drachm

    dan Denarius ketika menubuhkan kerajaan Islam yang pertama di

    Madinah. Baginda (s.a.w.) dipercayai tidak pernah mencetak wang bagi

    kerajaan yang ditubuhkan, walaupun banyak melakukan usaha-usaha

    untuk memajukan ekonomi umat Islam di Madinah.

    Selain memperakui penggunaan wang Dinar dan Dirham KerajaanByzantine dan Sasan, Rasulullah (s.a.w.) turut menggunakan wangsyiling tersebut dalam beberapa situasi. Baginda (s.a.w.) menggunakan

    wang syiling Dinar ketika mengahwinkan puterinya, Fatimah dengan Ali

    bin Abi Talib dengan mahar perkahwinannya sebanyak 480 Dinar.

    Baginda (s.a.w.) turut mewajibkan pembayaran zakat harta berdasarkan

    kepada wang syiling Dinar dan Dirham (al-Haddad 2006: 671). Bagi

    mewujudkan sistem pembayaran zakat dan cukai lain dengan sistematik,

    baginda (s.a.w.) telah menetapkan beberapa peraturan serta nilai yang

    sepatutnya bagi memudahkan masyarakat Islam melaksanakan syariattersebut.

    Justeru, dapat disimpulkan bahawa tidak terdapat wang syiling Islampada zaman Rasulullah (s.a.w.) Walau bagaimanapun, baginda (s.a.w.)

    mempunyai peranan dan sumbangan yang besar dalam perkembangan

    penggunaan wang Dinar dan Dirham Islam apabila bertanggungjawabmenentukan berat bagi wang Dinar dan Dirham. Perakuan baginda

    (s.a.w.) terhadap penggunaan wang syiling Rom dan Parsi dijadikan

    sebagai dalil Taqrir terhadap kesahihan penggunaanya. Selain

    memperakui penggunaan wang Dinar Rom dan Dirham Parsi, masyarakat

    Semenanjung Arab pada zaman baginda (s.a.w.) turut menggunakan

    ketulan emas dan perak berdasarkan timbangan tertentu sebagai

    bahantara dalam aktiviti perekonomian termasuklah pemberian upah danlain-lain kerana faktor kekayaan sumber logam tersebut di kalangan

    masyarakat Arab ketika itu.

    Zaman Khalifah Abu Bakr al-Siddiq (r.a.)

    Boleh dikatakan tiada perkembangan berlaku terhadap wang Dirham dan

    Dinar yang digunakan pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    9/52

    WAN KAMAL MUJANI

    9

    memandangkan era beliau yang dipenuhi dengan gerakan menumpaskangolongan murtad. Wang syiling yang digunakan pada zaman Rasulullah

    (s.a.w.) terus digunakan pada oleh beliau (Hallan 1978: 22).Sebagaimana yang dilaksanakan oleh Rasulullah (s.a.w.) yang tidak

    mengubah sebarang bentuk dan ciri-ciri wang syiling Rom dan Parsi,

    Khalifah Abu Bakar turut mengambil inisiatif yang sama.

    Zaman Khalifah Umar bin al-Khattab

    Pada awal pemerintahannya, Khalifah Umar bin al-Khattab tidak

    membuat sebarang perubahan pada wang Dinar dan Dirham yang

    digunakan oleh masyarakat Islam dan hanya mengguna pakai wang DinarRom dan Dirham Parsi sebagaimana yang diperakui oleh Rasulullah

    (s.a.w.) dan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq. Namun, perubahan padawang Islam mula berlaku pada tahun ke-18H/639M ketika tentera Islam

    berjaya menawan Parsi. Oleh itu, berlaku permulaan dalam percetakan

    wang Islam di Iraq dan Iran dengan menggunakan bahasa Pahlawi iaitu

    bahasa Parsi (al-Haddad 2006: 671). Kenyataan ini menunjukkan bahawa

    Khalifah Umar bin al-Khattab menerima wang syiling Dirham yang

    dihasilkan menerusi acuan Sasan dengan mengekalkan gambar Maharaja

    Sasan di bahagian hadapan dan gambar tempat penyembahan api bagi

    agama Majusi di bahagian belakangnya.Khalifah Umar bin al-Khattab hanya menambah beberapa ungkapan

    tauhid pada permukaan wang iaitu kalimah atau atau . Pada tahun 20H/641M, beliau dilaporkan menambah padasebahagian wang Dirham dengan lafaz atau . Terdapatsebahagian daripada wang pada ketika itu dicetak dengan nama Khalifah

    atau Amir. Tulisan-tulisan tersebut dicetak sama ada dalam bahasa

    Pahlavi atau bahasa Arab dengan tulisan Kufi (Hallan 1978: 23). Justeru

    itu, tindakan Khalifah Umar bin al-Khattab dianggap sebagai usaha

    pertama yang dilakukan dalam sejarah menempa wang Dinar dan Dirham

    Islam.

    Walau bagaimanapun, terdapat sesetengah sejarawan menyatakanbahawa panglima perang Islam yang terkenal semasa zaman Khalifah

    Umar bin al-Khattab iaitu Khalid bin al-Walid merupakan individu

    pertama yang telah menempa wang dengan nama beliau. Khalid bin al-

    Walid dipercayai mencetak nama beliau pada wang yang ditempa oleh

    Kerajaan Greek Yunani di Tibriz pada tahun 15H/635M. Beliau masih

    mengekalkan gambar Maharaja Greek serta tanda Salib pada wang

    tersebut, tetapi hanya menambah nama beliau dengan bahasa dan huruf

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    10/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    10

    Yunani iaitu XAVED yang bermaksud Khalid (Hallan 1978: 23).Penemuan ini tetap menunjukkan bahawa usaha menempa dan mencetak

    wang Islam yang pertama telah dilakukan pada zaman pemerintahanKhalifah Umar bin al-Khattab lagi. Malah, berat piawaian bagi setiap

    wang Dinar dan Dirham Islam telah ditetapkan oleh Umar bin al-

    Khattab dan ia kemudiannya diikuti oleh pemerintah-pemerintah Islam

    selepasnya.

    Pembaharuan yang dicetuskan oleh beliau dalam isu penetapan

    piawaian wang Dirham ini menjadi penandarasan bagi setiap kepingan

    wang Dirham yang ditempa selepasnya. Bagi setiap 10 Dirham adalah

    bersamaan dengan 7 Dinar. Menerusi ketetapan tersebut, berat bagi wang

    Dinar yang ditetapkan ialah 4.25 gram (1 mithqal), manakala berat yangdiselaraskan bagi wang Dirham ialah 2.97 gram.

    Zaman Khalifah Uthman bin Affan

    Dari aspek perkembangan ekonomi dan penggunaan wang, Khalifah

    Uthman bin Affan masih menggunakan wang Dinar Byzantine dan

    Dirham Parsi selain daripada wang yang telah ditambah dengan cetakan

    lafaz Islam pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab. Walau

    bagaimanapun, Khalifah Uthman telah melakukan sedikit penambahan

    pada sebahagian wang Dirham acuan Kerajaan Sasan di Parsi denganmencetak lafaz Takbir iaitu . Selain itu, terdapat juga wang yangdicetak dengan kalimah dan pada wang syiling Sasan yangmempunyai gambar Maharaja Yazdajrid III. Wang syiling tersebut

    dipercayai bertarikh 31H/651M dan 32H/652M(al-Haddad 2006: 671).

    Percubaan mencetak kalimah dan ungkapan bercirikan Islam dalam

    bahasa Arab menunjukkan bahawa telah wujud kesedaran di kalangan

    para pemerintah untuk mencetak wang Islam bagi kegunaan harian

    masyarakat dalam aktiviti ekonomi dan sebagainya. Selain mencetak

    ungkapan dan kalimah Islam pada wang Dirham Sasan dengan tulisan

    Arab Kufi, zaman Khalifah Uthman turut menyaksikan penggunaan

    wang syiling yang dicetak dengan nama bandar tempat mencetak wangserta tarikh wang tersebut dihasilkan dengan bahasa dan huruf Pahlavi

    (Hasan 1999: 66).

    Zaman Khalifah Ali bin Abi Talib

    Selain meneruskan penggunaan wang syiling yang digunakan oleh

    Khulafa` sebelumnya, Khalifah Ali bin Abi Talib juga telah menambah

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    11/52

    WAN KAMAL MUJANI

    11

    cetakan pada wang Dirham Sasan dengan ungkapan atau selain mencetak nama dengan menggunakan tulisan Arab Kufi (al-Haddad 2006: 672). Usaha yang dilakukan pada zaman pemerintahanKhalifah Ali bin Abi Talib turut diperakui sebagai antara percubaan

    yang dilakukan dalam usaha mencetak wang Dinar Islam.

    Sejarah Dinar Pada Zaman Kerajaan Umayyah

    Sejarah perkembangan penggunaan wang Dinar dan Dirham pada zaman

    Bani Umayyah menyaksikan era kemunculan wang Dinar dan Dirham

    Islam yang pertama. Usaha mewujudkan penggunaan wang Islam telah

    melalui beberapa peringkat sehingga munculnya wang Dinar Islam padatahun 77H/696M dan wang Dirham pada tahun 78H/697M. Khalifah

    Abd al-Malik bin Marwan, khalifah Bani Umaiyyah yang ke-5 telahmemainkan peranan penting dalam usaha mewujud dan memperkenalkan

    penggunaan wang Dinar dan Dirham Islam yang bebas daripada sebarang

    pengaruh acuan Byzantine dan Sasan. Malah piawaian yang tertentu telah

    ditetapkan bagi setiap kepingan wang Dinar dan Dirham Islam iaitu 4.25

    gram (1 Mithqal) bagi wang Dinar dan 2.97 gram bagi wang Dirham

    (Schultz 2002: 59).

    Terdapat pelbagai faktor yang mendorong kepada khalifah pada

    ketika itu untuk melaksanakan projek menempa wang Islam, antaranyaialah tindakan sesetengah pemberontak yang menera nama mereka pada

    acuan wang Dirham Sasan serta ancaman Maharaja Byzantine terhadap

    kesucian Islam. Faktor-faktor ini telah mendorong khalifah bertindak

    untuk menempa wang Dinar dan Dirham Arab-Islam yang mempunyai

    ciri-ciri khusus bagi menggambarkan pengaruh Islam ke seluruh wilayah

    Islam di Timur dan sebahagian di Barat. Tindakan Abd al-Malik telah

    diteruskan oleh beberapa khalifah Bani Umayyah yang memerintah

    selepasnya. Malah, beberapa tempat menempa wang yang dikenali

    sebagaiDar al-Darb telah berkembang di beberapa wilayah Islam lain.

    Sejarah Dinar Pada Zaman Kerajaan Abbasiyyah

    Perkembangan penggunaan wang Dinar dan Dirham pada zaman

    Abbasiyyah turut menyaksikan beberapa perubahan. Malah pergolakan

    politik yang berlaku pada zaman itu juga telah mempengaruhi aktiviti

    penempaan wang Dinar dan Dirham yang digunakan oleh masyarakat disekitar wilayah penguasaan Abbasiyyah termasuk wilayah-wilayah

    Islam lain yang ada pada ketika itu. Kerajaan Abbasiyyah merupakan

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    12/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    12

    antara pemerintahan Islam yang paling panjang bermula dari tahun132H/750M sehingga 656H/1258M. Dalam tempoh terbabit, pelbagai

    peristiwa yang berlaku sehingga mempengaruhi ciri-ciri wang Dinar danDirham yang dihasilkan oleh setiap pemerintah yang berkuasa.

    Abu Abbas al-Saffah yang dilantik sebagai khalifah yang pertama

    telah melakukan perubahan yang pertama pada wang Dirham yang

    ditempa dengan menukar ungkapan surah al-Ikhlas kepada ungkapan

    kalimah Syahadah. Penukaran ungkapan tersebut berkait rapat dengan

    syiar Bani Abbas yang memperakui diri mereka sebagai keturunan yang

    paling hampir dengan baginda Rasululah (s.a.w.)

    Perkembangan selanjutnya berlaku ketika era Abu Jafar al-Mansur

    di mana beliau telah melakukan perubahan dengan membenarkananaknya, al-Mahdi untuk menera nama sebagai gabenor pada permukaanwang yang ditempa di wilayah penguasaan al-Mahdi. Kebenaran yang

    diberikan itu telah membuka peluang kepada al-Mahdi untuk menera

    nama beliau yang ketika itu adalah gabenor di Rayy. Selain al-Mahdi,

    wang Dirham ketika itu turut ditera dengan nama beberapa gabenor lain

    seprti wang Dirham yang ditempa Basrah pada tahun 146H/763M yang

    ditera dengan nama iaitu Salm bin Qutaybah al-Bahili, gabenorBasrah sekitar tahun 146H/763M. Walau bagaimanapun, al-Mansur

    sebagai khalifah yang berkuasa pada ketika itu tidak mengambil inisiatifuntuk menera namanya pada mana-mana wang Dirham atau Dinar yang

    ditempa. Teraan nama pada permukaan wang hanyalah dilakukan olehgabenor yang memerintah.

    Perubahan utama yang berlaku terhadap wang Dinar dan Dirham

    Islam ketika era Abbasiyyah ialah peneraan nama khalifah bersamagelarannya pada permukaan wang Dinar dan Dirham. Walau

    bagaimanapun, tindakan terbabit tidak berlaku secara serentak bagi

    kedua-dua wang. Peneraan nama bersama gelaran khalifah pada

    permukaan wang Dirham telah berlaku ketika era pemerintahan Khalifah

    al-Mahdi. Wang tersebut telah mula ditempa pada tahun 158H/775M.

    Manakala peneraan nama bersama gelaran khalifah pada permukaan

    wang Dinar telah berlaku ketika era pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid yang mula memerintah sekitar tahun 169H/786M. Usaha kedua-

    dua khalifah itu kemudiannya telah diikuti oleh para pemimpin

    Abbasiyyah selepas mereka.Secara umumnya, dapat dinyatakan bahawa wang Dinar dan Dirham

    di Baghdad ketika itu tidak hanya menera nama khalifah yang

    memerintah dan putera mahkota yang dilantik. Malah, turut ditera nama

    menteri mahupun gabenor atau penguasa lain yang benar-benar

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    13/52

    WAN KAMAL MUJANI

    13

    menerima kepercayaan daripada khalifah, berpengaruh di kalanganrakyat, menguasai pentadbiran negara dan kepimpinan tentera serta diberi

    gelaran khusus oleh khalifah. Kenyataan ini dapat dibuktikan apabilaterdapat wang yang ditera dengan nama menteri-menteri yang menerima

    gelaran daripada khalifah yang memerintah ketika era terbabit seperti

    Said bin Mukhallaf, menteri Khalifah al-Mutamid yang menerima

    gelaran Dhu al-Wizaratyn (al-Hibri 1993, 36:61), Abu al-Husayn bin

    Ubaydillah, menteri Khalifah al-Muktafi dan seorang menteri Khalifah

    al-Muqtadir yang menerima gelaranAmid al-Dawlah (Anwar 2002: 14).

    Wang Dinar dan Dirham yang digunakan pada sepanjang era

    pemerintahan Bani Abbas mempunyai pelbagai ciri dan piawaian yang

    tidak menentu. Malah, kewujudan kerajaan-kerajaan kecil ketikapenghujung zaman pemerintahan Abbasiyyah telah mengundang kepadakewujudan wang Dinar dan Dirham palsu. Keluasan wilyah Islam ketika

    itu menyebabkan pemerintah yang berpusat di Baghdad tidak dapat

    mengawal dan menguatkuasakan pengeluaran wang Dinar dan Dirham di

    wilayah-wilayah Islam lain yang diketuai oleh gabenor.

    Sejarah Dinar Pada Zaman Kerajaan-kerajaanKecil (Duwaylat)

    Sebenarnya, Kerajaan Abbasiyyah telah mengalami kemerosotan kuasapolitik sejak zaman pertengahan lagi. Implikasinya, gabenor yang kuat

    dan menerima sokongan padu rakyat di sesebuah wilayah telah

    mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya daripada pentadbiran pusat di

    Baghdad. Kebanyakan wilayah yang berjaya menuntut kemerdekaan

    daripada kerajaan pusat telah mencetak wang dengan menera nama

    pemerintah di wilayah tersebut. Antara kerajaan yang bertindaksedemikian ialah Kerajaan Tulun, Kerajaan Ikhshid, Kerajaan Aghlab,

    Kerajaan Idrisi, Kerajaan Tahiri dan lain-lain. Para pemerintah tersebuttelah mengeluarkan wang syiling di wilayah penguasaan masing-masing

    dan menera nama mereka di bawah nama khalifah atau selepas nama

    putera mahkota pada permukaan wang yang dikeluarkan.Kerajaan kecil yang pertama bertindak mengeluarkan wang sendiri

    ialah pemerintah Kerajaan Safariyyah di Khurasan sekitar tahun

    259H/872M dan 265H/878M, diikuti oleh pemerintah Kerajaan Tulun di

    Mesir. Tindakan ini seterusnya menjadi ikutan penguasa-penguasa

    wilayah lain sama ada mereka adalah gabenor, penguasa wilayah yangseparuh merdeka atau merdeka sepenuhnya mahupun pemberontak yang

    merampas kuasa (Anwar 2002: 14). Wang syiling yang dihasilkan oleh

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    14/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    14

    penguasa-penguasa wilayah tersebut masih sama dari aspek bentuk, gayatulisan khat Kufi serta sebahagian ungkapan yang ditera pada wang

    dengan wang syiling Abbasiyyah. Para penguasa didapati bertindakmenambah nama sendiri, mengubah sebahagian ungkapan serta

    menempanya tanpa pengawalan serta penyelarasan kerajaan pusat.

    Penghasilan wang syiling oleh para penguasa wilayah-wilayah di

    luar Kerajaan Abbasiyyah yang membentuk kerajaan-kerajaan kecil

    secara tidak langsung mendedahkan kepada berleluasanya aktiviti

    penempaan wang syiling Dirham dan Dinar palsu. Tambahan pula,

    khalifah Abbasiyyah tidak dapat mengawal penghasilan wang di

    wilayah Islam lain kerana pentadbirannya yang semakin lemah dan hanya

    mampu mengawal penghasilan wang Dinar dan Dirham di Bahgdadsahaja.

    Ringkasnya, wang syiling yang ditempa di wilayah-wilayah kerajaan

    kecil yang muncul pada zaman pemerintahan Kerajaan Abbasiyyah

    dihasilkan secara berleluasa tanpa kawalan pemerintah di Baghdad. Para

    penguasa di setiap wilayah bertindak menera nama mereka pada

    permukaan wang syiling Dinar dan Dirham di samping nama khalifah

    dan putera mahkota. Tindakan yang sedemikian bertujuan untuk

    membuktikan kekuatan serta penguasaan mereka di wilayah terbabit

    kepada masyarakat dan rakyat umum.

    Sejarah Dinar di Andalus

    Andalus merupakan sebuah wilayah yang terletak di Semenanjung Iberia

    yang kini dikenali sebagai Sepanyol dan telah berjaya dikuasai Islam

    semasa zaman pemerintahan Bani Umaiyyah melalui kejayaan tentera

    pimpinan Tariq bin Ziyad menewaskan orang-orang Visigoth. Kerajaan

    Islam menguasai Andalus bermula tahun 92H/711M sehingga tahun

    897M/1492M.

    Pengusaan Islam di Andalus menyaksikan pelbagai kerajaan dan

    pemerintah. Pada awalnya, Andalus merupakan sebuah wilayah di bawah

    penguasaan Bani Umaiyyah di Sham. Khalifah hanya akan melantikseorang gabenor untuk memerintah di Andalus. Tempoh ini berlangsung

    sekitar tahun 92-132H/711-750M. Ketika Bani Abbas mula

    menggantikan Bani Umaiyyah, bentuk pemerintahan di Andalus juga

    berubah. Ketika itu bermula penguasaan Bani Umaiyyah di Andalus

    dengan dua peringkat iaitu peringkat Amir (132-317H/750-929M) dan

    peringkat Khilafah (317-422H/929-1031M). Kelemahan pemerintahan

    Bani Umaiyyah akhirnya membawa Andalus kepada dilema perpecahan

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    15/52

    WAN KAMAL MUJANI

    15

    wilayah pentadbiran Islam yang menyaksikan kemunculan pelbagaikerajaan kecil di sekitar wilayah Andalus yang dikenali sebagai Muluk

    al-Tawa`if sebelum membawa kepada penguasaan al-Murabitun, al-Muwahhidun dan akhirnya Banu Ahmar di Granada. Tempoh ini

    berlangsung antara tahun 422H/1031M sehingga 897H/1492M.

    Masyarakat Islam di Andalus pada awalnya hanya menggunakan

    wang Arab-Byzantine iaitu sama seperti wang yang digunakan oleh

    masyarakat Islam di Afrika Utara. Wang ini mengandungi gambar-

    gambar ikan, bulan dan bintang serta tulisan Arab di samping tulisan

    Latin. Ada di antara wang tersebut yang tertera ungkapan padapermukaan hadapannya (Anwar 2002: 17). Ketika itu Andalus masih

    berada dibawah penguasaan Wali atau gabenor yang terikat denganpemerintahan Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik.

    Wang Islam mula dicetak dan ditempa di Andalus sekitar tahun

    98H/716M iaitu ketika Andalus di bawah pengusaan Bani Umaiyyah.

    Walau bagaimanapun, wang logam yang digunakan ketika itu masih

    mempunyai pengaruh Latin. Ia ditempa dengan dwibahasa iaitu Bahasa

    Arab dan Bahasa Latin, selain daripada memaparkan gambar bintang di

    tengah permukaan wang. Ungkapan yang ditera pada permukaan depan

    wang tersebut ialah dan dibirai sekitarnya ditera denganungkapan . Manakala padabahagian belakangnya ditera ungkapan dengan tulisan berbahasa Latin

    (Ali 2004: 7; www.muslimheritage.com). Penggunaan dwibahasa padapermukaan wang ini memperlihatkan wujudnya percampuran budaya

    Arab dan Byzantine pada zaman awal Islam di Andalus sebagaimana

    yang berlaku di Semenanjung Arab.Pada tahun 103H/721M, wang Islam juga ditempa di Andalus.

    Walau bagaimanapun, wang ini ditempa mengikut acuan Dinar Moroko

    iaitu sebuah bandar yang terletak di Afrika Utara. Bentuk dan gaya wang

    ini menyamai wang syiling Dirham yang ditempa oleh Khalifah Bani

    Umaiyyah di Syria, Iraq dan Iran. Pada bahagian hadapan permukaan

    wang ditera dengan ungkapan dan pada bahagian

    belakang wang ditera dengan ayat al-Quran daripada Surah al-Ikhlas.Bahagian birai depan wang ditera dengan nama tempat dan tarikh wang

    ditempa, manakala pada birai belakang wang ditera dengan ayat ke-33

    daripada surah al-Taubah (Anwar 2002: 18). Ciri-ciri ini menunjukkanwang Dinar dan Dirham yang ditempa masih dipengaruhi oleh ciri-ciri

    wang Bani Umaiyyah.

    Ketika Kerajaan Abbasiyyah berkuasa di Bahgdad, Andalus sebagai

    sebuah negara Islam yang merdeka daripada penguasaan Abbasiyyah

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    16/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    16

    ketika itu berada di bawah pemerintahan Bani Umaiyyah. Zamanpemerintahan Bani Umaiyyah di Andalus bermula sekitar tahun

    138H.755M dengan kemasukan Amir Abd al-Rahman I yang menerimagelaran al-Dakhil. Beliau hanya menggunakan gelaran Amir walaupun

    tidak tunduk kepada pemerintahan Bani Abbas (Yatim 2001: 95). Malah,

    Abd al-Rahman al-Dakhil tidak menempa sebarang wang Islam di

    Andalus mahupun menera namanya pada permukaan wang. Beliau

    didapati lebih selesa meneruskan penggunaan wang Islam yang sedia ada

    di Andalus serta wang lain yang masuk ke Andalus. Tindakan beliau

    turut diikuti oleh pengganti-pengganti beliau selepas itu yang masih

    menggunakan gelaran Amir.

    Walau bagaimanapun, bermula dari tahun 317H/929M, wang syilingIslam telah muncul dan ditempa secara berleluasa di beberapa wilayah disekitar Andalus. Ketika itu Andalus di perintah oleh Abd al-Rahman al-

    Nasir atau dikenali sebagai Abd al-Rahman III. Beliau merupakan

    pemerintah keturunan Bani Umaiyyah di Andalus yang pertama

    menggunakan gelaran khalifah walaupun ketika itu terdapat khalifah di

    Bahgdad. Selain mengistiharkan diri sebagai khalifah, beliau turut

    menempa wang Islam Dinar pertama di Andalus serta melakukan

    beberapa perubahan pada wang yang dikeluarkan.

    Bermula tahun 317H/929M sehingga berakhirnya pemerintahanBani Umaiyyah di Andalus, nama serta gelaran pemerintah telah ditera

    pada permukaan wang di samping nama tempat wang dicetak dan tahundikeluarkan. Abd al-Rahman al-Nasir telah menggunakan pelbagai

    ungkapan bagi menera namanya pada wang. Pada awalnya beliau hanya

    menera ungkapan: dan setahun kemudiandigantikan dengan ungkapan: . Pada tahun 330H/912M, sekali lagi ungkapan nama tersebut diubah kepada. Perubahan ini bukan sahaja berlaku pada wang Dinar, malah turut dilakukan pada wang Dirham. Para

    pemerintah selepas beliau turut melakukan perkara yang sama dan hanya

    menukar nama serta gelaran pada ungkapan yang ditera (Anwar 2002: 19;

    Ali, 2004: 19; www.muslimheritage.com).Pemerintahan Bani Umayyah di Andalus berakhir pada tahun

    422H/1031M dan secara tidak langsung ia juga membawa kepada

    berakhirnya zaman pemerintahan khilafah di Andalus dan digantikandengan pemerintahan Islam yang mulai berpecah kepada wilayah-

    wilayah kecil. Setiap wilayah tersebut dikuasai oleh penguasa-penguasa

    tertentu dan dikenali sebagai zaman Muluk al-Tawa`if yang berpusat di

    Toledo, Sevile, Cordova dan sebagainya. Pada era ini, setiap penguasa

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    17/52

    WAN KAMAL MUJANI

    17

    wilayah telah menempa wang dengan menera nama masing-masing padapermukaan wang.

    Walaupun wilayah Islam di Andalus telah berpecah kepadakerajaan-kerajaan kecil, namun pada tahun 479H/1086M, muncul dua

    buah kerajaan Islam yang kuat dan mendominasi sebahagian besar

    wilayah Islam di Andalus iaitu Dinasti Murabitun (479-538H/1086-

    1143M) dan Dinasti Muwahhidun (541-633H/1146-1235M). Kedua-dua

    dinasti tersebut berkuasa di sebahagian besar wilayah di Andalus ketika

    Kerajaan Abbasiyyah masih wujud di Baghdad. Dinasti Murabitun telah

    mencetak wangnya sendiri serta menera nama pemerintah ketika itu

    dengan gelaran dan kemudian bertukar kepada .Pemerintah al-Murabitun dilaporkan mengakui Khilafah Abbasiyyah diBahgdad walaupun tidak tunduk kepada kekuasaannya. Kenyataan inidapat dilihat menerusi wang syiling Dinar dan Dirham yang ditempa

    ketika zaman pemerintahan Dinasti al-Murabitun yang ditera dengan

    ungkapan yang merujuk kepada Khilafah Abbasiyah iaitu ungkapan (Anwar 2002: 19). Wang Dinar Islam di Andalustelah menjadi wang yang paling berkualiti ketika itu di sekitar

    Mediteranean dan sebahagian negara Eropah. Dinar al-Murabitun telah

    dikenali sebagaiMorabiti di kalangan masyarakat Eropah.

    Dinasti al-Muwahhidun yang muncul selepas berjaya menewaskanal-Murabitun telah melakukan pelbagai pembaharuan dalam aktiviti

    penempaan wang. Pemerintah al-Muwahhidun telah memperkenalkanbentuk baru bagi wang iaitu wang Dinar dan Dirham yang berbentuk

    empat segi tepat. Mereka turut menetapkan piawaian baru bagi berat

    wang iaitu 2.3 gram bagi wang Dinar dan 1.5 gram bagi wang Dirham.Nama tempat mencetak dan tahun wang dikeluarkan tidak lagi ditera

    pada permukaan wang baru ini. Wang ini ditera pada hadapannya dengan

    kalimah Syahadah di birainya dan di tengahnya terdapat ungkapan: . Pada bahagian belakang wangditera dengan kata-kata serta birainya ditera dengannama pemerintah Dinasti al-Muwahhidun yang memerintah ketika wang

    ditempa (Anwar 2002: 20).Perubahan yang dilakukan oleh al-Muwahhidun telah diikuti oleh

    penguasa di Andalus yang terakhir iaitu Banu Ahmar di Granada.

    Walaupun banyak menzahirkan peradaban Islam di Andalus sepertipembinaan Masjid al-Hambra yang unik, namun kerajaan ini hanya

    berkuasa di sebahagian wilayah yang kecil di Andalus iaitu di Granada.

    Islam di Andalus telah berjaya dihapuskan oleh pihak Kristian pada

    tahun 897H/1492M. Wang syiling Dinar dan Dirham Islam di Andalus

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    18/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    18

    turut mengalami nasib yang sama sebagaimana terhapusnya umat Islamdi wilayah Eropah tersebut.

    Sejarah Dinar Pada Zaman Kerajaan Fatimiyyah

    Ketika berlangsungnya pemerintahan Abbasiyyah yang berpusat di

    Baghdad, terdapat sebuah pemerintahan kerajaan Islam lain yang

    merdeka sepenuhnya daripada pentadbiran Abbasiyyah dan membentuk

    sebuah kerajaan Islam dengan pentadbirannya sendiri iaitu Kerajaan

    Fatimiyyah. Dinasti ini telah memerintah di Mesir, Moroco dan Tunisia

    bermula sekitar tahun 297H/910M sehingga 566H/1171M. Kerajaan

    Fatimiyyah berkuasa setelah berjaya menewaskan pemerintahanAghlabiyyah yang berpusat di Qayrawan dan seterusnya berjaya

    meluaskan wilayah penguasaanya di beberapa wilayah lain sekitar AfrikaUtara.

    Tiga orang khalifah yang terawal dalam Kerajaan Fatimiyyah hanya

    menggunakan wang syiling Dinar dan Dirham yang ditempa oleh Dinasti

    Aghlabiyah sebelumnya dengan ciri-ciri Sunni. Malah wang tersebut

    turut dipengaruhi dengan perkembangan wang Kerajaan Abbasiyyah

    walaupun Dinasti Fatimiyyah merdeka sepenuhnya daripada pentadbiran

    Abbasiyyah (Ali 2004: 10). Wang yang ditempa juga hampir sama,

    cuma dibezakan dengan nama tempat ditempa dan nama khalifahFatimiyyah yang memerintah. Antara tempat penempaan wang kerajaan

    Fatimiyyah ialah Mansurah dan Fez.

    Setelah perlantikan Khalifah al-Muizz iaitu Khalifah Dinasti

    Fatimiyyah yang ke-4, wang syiling Dinar dan Dirham telah bertukar

    dengan teraan ungkapan bercirikan aliran mazhab Syiah. Pembaharuan

    pertama bagi Dinsati Fatimiyyah ini bermula sekitar tahun 341H/952M.

    Di samping kalimah yang ditera pada bahagianhadapan, ia telah ditambah dengan ungkapan . Pada bahagian belakang permukaan wangditera nama khalifah yang memerintah dengan ungkapan

    .Walau bagaimanapun, setelah mendapat tindak balas yang kurangmenyenangkan oleh masyarakat Mesir yang berpegang dengan aliran

    mazhab Sunni, Khalifah al-Muizz telah menukar ungkapan namanya

    kepada lafaz yang lebih sederhana iaitu ungkapan . Para khalifah Dinasti Fatimiyyah selepas Khalifah al-Muizzkemudiannya telah menukar kepada ungkapan . Ini diikutidengan gelaran, nama peribadi dan lafaz (Anwar 2001: 21).

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    19/52

    WAN KAMAL MUJANI

    19

    Semua ungkapan yang ditera pada permukaan wang syiling Dinar danDirham Dinasti Fatimiyyah mempunyai ciri-ciri aliran Syiah sama ada

    ungkapan pada bahagian hadapan mahupun belakang wang bagimenjelaskan nama pemerintah.

    Selain itu, gaya corak pada permukaan wang Dinar dan Dirham

    Islam pada zaman Dinasti Fatimiyyah turut mengalami perubahan.

    Khalifah al-Mustansir yang memerintah selepas Khalifah al-Muizz telah

    membuat beberapa lingkaran bulatan pada permukaan wang. Antara

    tahun 439H/1048M sehingga 469H/1077M, beliau telah membuat tiga

    lingkaran bulatan pada permukaan wang berbanding hanya 1 lingkaran

    sebelumnya (Ali 2004: 10). Sebenarnya, lingkaran bulatan pada

    permukaan wang Dinar dan Dirham telah dimulakan oleh pemerintahBani Abbas di Baghdad tanpa membawa sebarang maksud.Bagaimanapun, berbeza dengan tindakan al-Mustansir yang

    menghasilkan wang dengan 3 lingkaran yang membawa maksud yang

    tertentu.

    Bulatan di tengah pada mulanya dibiarkan kosong, namun kemudian

    dihiasi dengan teraan ungkapan tertentu. Lingkaran pada permukaan

    wang dibuat bagi melambangkan maksud yang tertentu. Bulatan tengah

    bagi melambangkan kebenaran mutlak yang hanya diketahui oleh

    Khalifah Dinasti Fatimiyyah. Lingkaran bulatan luaran melambangkansemua orang Islam dan lingkaran bulatan dalaman melambangkan

    pengikut-pengikut aliran Ismaili yang dianggap sebagai orang yangberiman dan sebagai mukmin yang sejati (Anwar 2002: 21). Setelah

    berakhirnya pemerintahan Fatimiyyah di Afrika Utara dan digantikan

    dengan Dinasti Ayyubiyyah, pengaruh wang syiling Fatimiyyah turutmempengaruhi penghasilan wang syiling Dinar dan Dirham selepasnya

    di sekitar benua Afrika Utara.

    Sejarah Dinar pada Zaman Mamluk

    Dalam sejarah Islam, perkataan Mamluk bermaksud hamba dan secaralebih spesifik ialah hamba berkulit putih yang digunakan dalam sistem

    ketenteraan. Pada zaman Kerajaan Ayyubiyyah, golongan Mamluk telah

    berkhidmat sebagai tentera dan kemudiannya mereka merampas takhta

    lalu melantik diri mereka sebagai pemerintah bagi menggantikan

    kerajaan tersebut. Untuk jangka masa lebih dari 250 tahun, golongan

    Mamluk telah memerintah Mesir, Syria, Jordan, Palestin dan Hijaz. Era

    pemerintahan Mamluk boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    20/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    20

    Mamluk Bahri atau Turki yang bermula dari 648H/1250M hingga783H/1381M dan Mamluk Burji atau Jarkashi yang bermula dari

    784H/1382M hingga 922H/1517M. Majoriti para sarjana dan sejarawanbersetuju menyatakan bahawa kerajaan Mamluk mencapai zaman

    kegemilangannya pada zaman Mamluk Bahri dan beransur-ansur merosot

    pada zaman Mamluk Burji.

    Secara umumnya, terdapat pelbagai wang Dinar pada zaman

    Mamluk yang dikeluarkan oleh Amir yang berpengaruh dan sultan yang

    memerintah. Beratnya juga berbeza-beza dan kadang kala tidak mengikut

    berat yang standard (1 mithqal), begitu juga dengan bentuknya.

    Antaranya ialah Dinar Salimi (4.25 gram) yang ditempa oleh Amir

    Yalbugha al-Salim (w. 811H/1408M) (Balog 1964: 46), Dinar Nasiri(3.55 gram) yang dicetak oleh Sultan al-Nasir Faraj pada 808H/1405M(Popper 1957: 48), Dinar Ashrafi (3.45 gram) oleh Sultan al-Ashraf

    Barsbay pada 829H/1425M (Shoshan 1978: 129-130),Dinar Zahiri oleh

    Sultan al-Zahir Jaqmaq (842-857H1438-1453M) dan Dinar Mansuri

    (3.186gram) oleh Sultan al-Mansur Uthman pada 857H1453M (al-

    Nabarawi 1993: 86-87).

    Pada peringkat akhir kerajaan ini, sistem kewangan didapati

    seringkali berada dalam keadaan yang tidak stabil. Bukti numismatikmenunjukkan bahawa para pemerintah ketika itu telah mengurangkan

    berat wang syiling dan ketulinannya serta memonopoli kadar tukaranmata wang. Salah satu punca utama yang menyebabkan hal-hal sebegini

    ialah kerana bertambahnya keperluan kewangan oleh pihak kerajaan

    untuk membiayai pelbagai kos perbelanjaan termasuk sebahagian

    daripadanya untuk kepentingan peribadi mereka. Faktor lain yang

    menjejaskan sistem kewangan ketika itu ialah berlakunya pemalsuan

    dalam pembuatan wang syiling.

    Sesuatu yang menarik mengenai sejarah wang Dinar pada zaman ini

    ialah Dinar-dinar yang dikeluarkan oleh para pemerintah Mamluk telahmenyaksikan beberapa episod pertembungan dan persaingan wang ini

    dengan wang emas asing seperti Ducat and Florin (3.5 gram) dari Eropah

    yang juga berada di pasaran di negara itu. Matawang asing tersebut yangtelah pun diterima secara berleluasa di Mesir dan lain-lain wilayah Islam

    sejak abad ke 14M telah mula beransur hilang penggunaannya selepas1425M apabila Sultan al-Ashraf Barsbay mencetak matawang Dinar baru

    yang bernama Ashrafi sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

    Terdahulu daripada itu, sebenarnya terdapat beberapa orang sultan yang

    telah pun mencetak pelbagai wang Dinar bagi menggantikan wang asing

    tersebut, tetapi gagal. Antara wang Dinar yang dikeluarkan dan tidak

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    21/52

    WAN KAMAL MUJANI

    21

    berjaya menyaingi atau menembusi dominasi matawang asing tersebutialahDinar Salimi danDinar Nasiri.

    Rahsia kejayaan Dinar Ashrafi berjaya menyingkir wang asingtersebut dapat dijelaskan dengan kenyataan berikut:

    The Mamluk historians say that the failure of the Dinar (before the issue ofAshrafiDinars) to meet the challenge of the Ifranti (Florin) was due to the gold coins being

    under weight. The well-known numismatist Jere L. Bacharach says that the dominationof the Ifranti was due to its high quality and distinct shape, this giving it a goodreputation among merchants, shopkeepers and money exchangers. It was also availablein large quantities and was in circulation for a number of years. At the same time, the

    people and merchants also lost confidence in the governments coinage and the

    overvalued foreign currencies. TheAshrafiDinarwas successful in facing the challengeof the Ifranti because the government had enough financial resources and absolute

    political power to force the money markets to reverse an existing relationship betweencurrencies. Sultan al-Ashraf Barsbay was able to flood the markets with large numbersofAshrafi Dinars because he had enough gold to issue them. Eventually, however, thereis a report that the weight of theIfranti decreased from 3.5 grams to about 3.30 grams

    during the ninthfifteenth century when it ceased to be the dominant currency (WanKamal 2006: 29-45).

    Sejarah Dinar pada Zaman Kerajaan Saljuk

    Kerajaan Saljuk merupakan sebuah kerajaan Islam yang memerintah di

    Asia Tengah dan Timur Tengah dari abad ke-11M hingga abad ke-14M.Mereka telah mendirikan kerajaan Islam yang dikenali sebagai Kerajaan

    Saljuk Agung. Kerajaan ini terbentang luas dari Anatolia hingga ke

    rantau Punjab di Asia Selatan. Pada asalnya, keluarga Saljuk merupakan

    sebahagian suku Oghuz Oinik yang tinggal di kawasan penduduk Islam.

    Penetapan mereka ialah Khagan Yabgh dan pada abad ke-10M merekaberhijrah ke Parsi lalu menetap di kawasan Khurasan. Pengasas kerajaan

    Saljuk ialah Saljuk bin Tuqaq dan merupakan seorang pemimpin kaumTurki yang tinggal di Asia Tengah, kira-kira 80 batu dari Bukhara. Pada

    tahun 420H/1029M, keturunannya iaitu Tughril Beg mula menjelajahi

    Iran di bahagian utara dan barat. Pada tahun 429H/1037M, Tughril Beg

    telah berjaya menguasai Merv dan kemudiannya beliau berjayamenduduki wilayah-wilayah lain (Siti Maryam 2003: 136).

    Kekuasaannya semakin kukuh pada tahun 447H/1055M apabila beliau

    berjaya menguasai Baghdad dengan mengalahkan Bani Buwayh

    (Mohammad 2008: 124). Kerajaan Saljuk telah menjadikan Naishapursebagai pusat pemerintahannya dan kemudiannya berpindah ke Rayy.

    Hubungan antara kerajaan Saljuk dengan Khalifah Abbasiyyahdikatakan baik kerana kerajaan Saljuk sentiasa berusaha menjaga

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    22/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    22

    kepentingan kerajaan tersebut. Dalam merealisasikan matlamat itu,kerajaan Saljuk telah mengembalikan kerajaan-kerajaan kecil yang

    berpecah kepada kerajaan Abbasiyyah.Pada tahun 454H/1062M, Tughril Beg meninggal dunia tanpa

    meninggalkan pewaris untuk menggantikan pemerintahannya. Oleh

    sebab itu, tempatnya diganti oleh anak saudaranya, Alp Arslan (455-

    465H/1063-1072M). Beliau dilaporkan telah menghantar tentera Saljuk

    ke Barat pada 464H/1071M untuk menewaskan tentera Rom. Serangan

    tersebut berjaya dan beliau dapat menangkap Maharaja Byzantine ketika

    itu, Romanus IV di Manzikert (Plant 1973: 78). Di atas kejayaan tersebut,

    Alp Arslan digelar sebagai Singa Berani dan selepas itulah pengaruh

    Turki mula meresap masuk ke Asia Kecil. Selepas kematian Alp Arslan,tempatnya digantikan oleh puteranya, Malik Shah pada tahun465H/1072M yang merupakan penguasa terbesar di dalam kerajaan

    Saljuk.

    Pada tahun 470H/1077M, kesultanan Saljuk Rom telah didirikan

    dengan Iconim dijadikan sebagai ibu kota. Tidak lama kemudian, pada

    tahun 487H/1094M, kesultanan Saljuk Syria pula diasaskan. Sultan

    Malik Shah terus meluaskan wilayah kerajaan Bani Saljuk sehingga ke

    hujung sempadan daerah Turki dan Jerusalem. Wilayahnya yang luas ini

    terbahagi kepada lima bahagian dan dipimpin oleh para gabenor yangmemakai gelaran Syeikh atau Malik. Selepas kematian Malik Shah,

    kerajaan Saljuk mula mengalami kemerosotan. Perebutan kuasamenyebabkan kemelut dan konflik antara sesama ahli keluarga tidak

    dapat dielakkan dan implikasinya kuasa kerajaan Abbasiyyah kembali

    kuat terutamanya di Iraq. Akhirnya, pada tahun 596H/1199M, kuasaKerajaan Saljuk berakhir di tangan Khawarizm Shah. Antara pemerintah

    kerajaan Saljuk adalah Tughril I (Tughril Beg)(429-455H/1037-1063M),

    Alp Arslan bin Chaghri (455-465H/1063-1072M), Jalal al-Dawlah Malik

    Shah I (465-485H/1072-1092M), Nasir al-Din Mahmud I (485-

    486H/1092-1093M), Rukn al-Din Barkiyaruq (486-498H/1093-1104M),

    Muizz al-Din Malik Shah II (499H/1105M), Ghiyath al-Din Muhammad

    I (499-511H/1105-1117M) dan Abu Harith Sanjar (511-523H/1117-1128M).

    Terdapat banyak perbezaan di antara wang Kerajaan Saljuk dengan

    wang Parsi. Wang Kerajaan Saljuk dikenali sebagai Rasultegin. Padatempaan permukaan wang syiling Saljuk terdapat empat ruang garisan

    yang mencatat kalimah al-Amir al-Ajall Husam al-Din Abu Shuja

    Rasultegin ibn Muizz al-Dawlah (Lowick 1990: 226). Wang Dinar

    kerajaan Saljuk ini pernah dijumpai di Istakhar. Walaupun berat asalnya

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    23/52

    WAN KAMAL MUJANI

    23

    tidak dapat dipastikan, namun ia boleh dianggarkan 2 gram dandikeluarkan pada tahun 456H/1063M.

    Kalimah yang terukir pada permukaan wang Dinar kerajaan Saljukadalah La Ilaha illa Allahu wahdahu la sharik Allah al-Qaimu bi amr

    Allah, manakala tulisan yang terdapat di luarnya pula adalahMuhammad

    Rasulullah dan tercatat juga nama pemerintah pada ketika itu iaitu

    Rasultegin ibn Muizz. Walau bagaimanapun, ternyata telah berlaku

    penipuan dalam pengeluaran mata wang Dinar ini kerana ia didapati telah

    dicampur aduk dengan logam-logam lain seperti tembaga. Selain itu, jika

    dilihat pada nama wang kerajaan Saljuk ini iaitu Rasultegin, ia jelas

    membuktikan bahawa penggunaan nama wang ini diambil daripada

    bahasa Turki. Hal ini kerana pada zaman tersebut telah berlakupercampuran dua bahasa iaitu Arab dan Turk (Lowick 1990: 226).

    Pada zaman pemerintahan Alp Arslan, mata wang syiling Qashan

    atau Kashan telah ditempa di utara Iran dan beratnya adalah 3.37 gram.

    Pada bahagian permukaan wang itu tercatat kalimahLa ilaha illa Allahu

    wahdahu la sharik Allah al-Qaimu bi amr Allah dan pada bahagian

    sebelahnya pula terdapat kalimah Muhammad rasulullah al-Sultan al-

    Muazim mulk al-Islam Alp Arslan. Selanjutnya ialah wang semasa

    pemerintahan Berkiyaruq dan Arslan Arghun yang dikeluarkan di

    Naishapur. Berat mata wang syiling tersebut adalah 3.51 gram dan padapermukaannya terdapat kalimah La ilaha illa Allahu wahdahu la sharik

    Allah al-Mustazharu billah Arslan Arghun bin Muhammad, manakala dibahagian sebelah lain pula tercatat kalimah Lillah Muhammad rasul

    Allah al-Sultan al-Muazam mulk al-Islam Abu al-Muzaffar Barkiyaruq

    ibn Malik Shah (Lowick 1990: 226).Mata wang syiling yang ketiga telah dikeluarkan oleh Arslan

    Arghun iaitu anak Alp Arslan yang memerintah Khurasan antara tahun

    485-491H/1092-1097M. Pada tahun 488H/1095M, wang syiling Balkh

    dikeluarkan oleh Arslan Arghun untuk menunjukkan kekuasaannya.

    Kebiasaannya hanya nama sultan yang memerintah sahaja yang boleh

    dicetak iaitu Sultan Barkiyaruq kerana kekuasaan kerajaan Saljuk pada

    waktu itu di bawahnya. Hal demikian sudah tentu menunjukkan bahawaArslan Arghun mempunyai kuasa besar ke atas kerajaan Saljuk. Selain

    itu juga, beliau turut memakai gelaran dengan nama al-Muzaffar al-Mulk

    (Lowick 1990: 242).Jika dilihat ke atas wang Dinar yang ditempa oleh Arslan Arghun, ia

    amat ganjil kerana beliau telah meletakkan namanya dan tidak

    ditampilkan nama pemerintah pada waktu itu. Oleh sebab itu, tindakan

    yang dilakukan oleh Arslan Arghun seolah-olah menunjukkan beliau

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    24/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    24

    mempunyai niat untuk merampas kuasa daripada Sultan Barkiyaruq.Namun begitu, pada tahun 488H/1095M, berlaku pembunuhan ke atas

    Arslan Arghun dan akhirnya kuasa Barkiyaruq pulih semula ke ataswilayah-wilayah Timur yang dikuasainya.

    Kerajaan Saljuk Agung selepas kematian Sultan Malik Shah telah

    menyaksikan persaingan dalaman kerana berlaku perpecahan keluarga

    untuk menjadi pemerintah kerajaan Saljuk. Sebenarnya, permusuhan ini

    juga telah memberi kesan negatif ke atas pengeluaran wang kerajaan

    Saljuk. Hal sedemikian kerana nilai mata wang Dinar di Balkh telah

    diturunkan oleh Sultan Sanjar. Pada awalnya Sultan Sanjar

    mengiktirafkan sultan Barkiyaruq sebagai sultan kerajaan Saljuk Agung,

    tetapi Sultan Sanjar kemudiannya telah mengalih kesetiaannya kepadaSultan Muhammad sebagai Sultan Saljuk Agung. Malah, Sultan Sanjar

    juga turut menggelarkan dirinya al-Malik al-Muzaffaratau al-Malik al-

    Musharraf sebelum Sultan Muhammad meninggal dunia pada

    512H/1118M. Selepas kemangkatan Sultan Muhammad, Sultan Sanjar

    telah menggantikannya sebagai pemerintah Kerajaan Saljuk Agung

    (Lowick 1990: 242).

    Berbeza dengan kebanyakkan wang Dinar sebelum itu, pada zaman

    kerajaan Saljuk, nilai wang Dinar telah turun kerana berlaku campuran

    dengan logam lain dalam kandungan wang Dinar tersebut. Hal ini dapatdibuktikan dengan jelas apabila memerhatikan wang Dinar pada zaman

    kerajaan Saljuk yang berwarna kuning samar. Mereka juga telahmencampurkannya dengan logam perak yang jumlahnya hampir sama

    banyak dengan jumlah emas yang ada dalam wang Dinar tersebut. Hal ini

    telah menjatuhkan kedudukan kerajaan Saljuk dalam pengeluaran wangDinar (Lowick 1990: 242). Boleh dikatakan wang Dinar zaman kerajaan

    Saljuk yang ditemui pada hari ini didapati telah dicampurkan dengan

    bahan-bahan lain. Ini dapat dilihat ke atas wang Alp Arslan dan anaknya,

    Malik Shah yang ditempa di Balkh, Merv, Heart dan Sarakhs. Semua

    wang syiling yang dijumpai didapati bercampur perak dengan kuantiti

    yang tidak sepatutnya.

    Adalah jelas bahawa penggunaan wang pada zaman Kerajaan Saljuktelah mengalami nilai yang rendah kerana berlaku campuran dengan

    logam-logam lain semasa pengeluarannya. Berkemungkinan

    pengurangan emas tersebut berlaku kerana beberapa masalah dalamaniaitu perebutan takhta di kalangan ahli keluarga Bani Saljuk di samping

    peperangan-peperangan yang berlaku juga memerlukan perbelanjaan

    yang banyak. Oleh itu, kerajaan Saljuk terpaksa mengurangkan nilai

    emas dalam pengeluaran wang Dinarnya. Walau bagaimanapun, akibat

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    25/52

    WAN KAMAL MUJANI

    25

    pengurangan bahan tulen tersebut, ia menyebabkan nilai mata wangkerajaan Saljuk menghadapi nilai yang rendah dan tidak bermutu.

    Sejarah Dinar pada Zaman Uthmaniyyah

    Sejak zaman awal lagi, para pemerintah kerajaan Uthmaniyyah telah

    menempa dan mengeluarkan mata wang kerajaan mereka sendiri. Namun,

    semasa pemerintahan Uthman I, wang kerajaan ini menunjukkan tidak

    terdapat catatan nama pemerintahnya pada ketika itu. Hal ini

    menunjukkan bahawa ketika pemerintahan Uthman I, wang perak iaitu

    Acke yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah dipengaruhi oleh

    wang kerajaan Ilkhan (Pamuk 2000: 30).Pada tahun 724H/1323M, selepas kemangkatan pengasas kerajaan

    Uthmaniyyah iaitu Uthman I, tempatnya digantikan oleh anaknya,Orhan. Beliau merupakan pemerintah kerajaan Uthmaniyyah yang

    pertama memakai gelaran Sultan. Pada tahun 727H/1326M, Orhan mula

    mencetak dan mengeluarkan mata wang kerajaan Uthmaniyyahsendiri.

    Oleh sebab itu, tahun tersebut dianggap sebagai tarikh kedaulatan yang

    sebenar bagi kerajaan Uthmaniyyah. Hal ini kerana percetakan wang

    pada zaman itu boleh dianggap sebagai lambang kedaulatan bagi

    sesebuah kerajaan yang wujud pada ketika itu.

    Selain mengeluarkan wang perakAcke, dalam zaman awal ini jugakerajaan Uthmaniyyahtelah mencetak dan mengeluarkan wang tembaga.

    Nilai wang tembaga tersebut adalah lebih rendah berbanding nilai mata

    wang Acke. Wang tembaga tersebut dikenali sebagai Mangir, Manku

    atau Pul. Ia dipercayai mula diperkenalkan semasa pemerintahan Murad

    I (764-792H/1362-1389M). Tujuan mata wang Mangir ini dikeluarkan

    oleh Murad I adalah bagi memudahkan urusan-urusan harian di bawah

    pentadbirannya yang melibatkan nilai mata wang dengan jumlah atau

    angka yang lebih kecil (Pamuk 2000: 38-39).

    Pada zaman pertengahan pula, di bawah pemerintahan Muhammad

    (II) al-Fatih, beliau telah menempa di atas permukaan wangAkce dengan

    tempaan kalimah Sultan. Hal ini menunjukkan bahawa semasapemerintahannya, Muhammad II telah menggunakan gelaran Sultan pada

    dirinya. Mata wang Acke kerajaan Uthmaniyyah pada zaman ini telah

    dikeluarkan dengan piawaian berat yang sama iaitu 1.1 gram. Di bawah

    pemerintahan Muhammad II juga, wang emas kerajaan Uthmaniyyah

    yang pertama telah memperkenalkan dengan nama Sultani atauHasane-I

    Sultaniye. Ia berlaku kerana perkembangan politik dan ekonomi semasa

    dalam wilayah-wilayah Uthmaniyyah yang semakin meluas. Wang emas

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    26/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    26

    baru dikeluarkan oleh Muhammad II telah mengikut berat piawaiDucatyang dikeluarkan oleh Venice iaitu 3.52 gram.

    Cetakan wang emas pertama ini telah dibuat di Istanbul pada tahun882-883H/1477-1478M. Pada permukaan wang ini terdapat ukiran

    perkataan nama pemerintah, tempat dikeluarkan dan tarikh wang ini

    ditempa. Wang emas Sultani ini kemudiannya telah digunakan semasa

    pemerintahan Bayazid II (886-918H/1481-1512M) dan berterusan

    sehingga berakhir abad ke-17M. Kehalusan dan berat mata wang emas

    Sultani ini telah mengikut standardDucatyang dikeluarkan oleh kerajaan

    Venice. Walaupun kerajaan Uthmaniyyah telah mengambil tarafDucat

    untuk wang syiling emas mereka, namun dalam masa yang sama, mereka

    secara pragmatik telah mengetahui bahawa taraf Ducat di wilayah-wilayah Laut Mediterranean dan lain-lain kawasan mempunyai piawaianyang berbeza (Pamuk 2000: 61-61).

    Seterusnya, pada era Salim I dan Sulayman I, kerajaan

    Uthmaniyyah juga telah mengunakan mata wangDinar Ashrafi di Mesir

    dan mata wang emas Dinasti Ziyan di Maghrib. Mata wang ini terus

    diguna pakai dalam segala urusan pentadbiran kerajaan Uthmaniyyahdi

    samping digunakan juga wang Dinar Sultani dan wang perakAcke.

    Terdapat sumber yang menunjukkan bahawa pengeluaran Sultani tidak

    begitu besar pada awalnya sehingga pada suku abad ke-16M. Padamulanya, wang Sultani telah ditempa kebanyakannya di Istanbul dan

    Seres. Namun begitu, semasa pemerintahan Salim I pada tahun 918-927H/1512-1520M, beliau telah menyediakan kawasan baru untuk

    mengeluarkan mata wang Sultani iaitu di timur Anatolia, Syria dan Mesir.

    Kemudiannya, pengeluaran wang Sultani semakin bertambah semasa dibawah pemerintahan Sulayman I pada tahun 927-974H/1520-1566M di

    kawasan Balkan, Sidrekapsi dan Karatova di samping Istanbul serta

    Kaherah. Tidak dapat dinafikan bahawa penaklukan ke atas Mesir telah

    menambahkan lagi harta perbendaharaan Istanbul dan pengeluaran mata

    wang emas Sultani semakin banyak (Pamuk 2000: 61-61).

    Pada abad ke-16M, nilai wang emas Sultani adalah tetap dan juga

    seimbang dengan timbangan Ducat. Namun begitu, nilai mata wangsyiling emas ini mula mengalami perubahan pada awal abad ke-17M. Hal

    ini mungkin disebabkan faktor kemerosotan mutu dalam pencetakan dan

    pengeluaran mata wang syiling Sultani pada waktu itu di sampingberlaku juga ketidakstabilan dalam pengeluaran mata wang perakAkce

    dalam masa yang sama. Semenjak tahun 955H/1534M pula, di bawah

    pemerintahan Sulayman II, sistem pengeluaran wang kerajaan

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    27/52

    WAN KAMAL MUJANI

    27

    Uthmaniyyah menggunakan standard emas dan perak yang dikenalisebagai Standard Bimetalisme.

    Wang pada zaman moden Kerajaan Uthmaniyyah bermula padazaman pemerintahan Mahmud II iaitu pada tahun 1223H/1808M

    sehingga berakhir zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyyahpada

    tahun 1343H/1924M di bawah pemerintahan Abdul Majid II. Catatan

    pada permukaan wang semasa zaman pemerintahan Mahmud II ialah

    kalimah Sultan al-barrayn wa khaqan al-bahrayn al-sultan ibn al-sultan

    (Plant 1973: 22). Pada zaman moden ini juga iaitu pada 1244-

    1250H/1828-1834M, kerajaan Uthmaniyyah terus melakukan

    pencetakan dan pengeluaran kepingan-kepingan syiling terutama syiling

    lima dan enam Kurush yang dikenali sebagai Beslik dan Altilik. Wangsyiling ini terus diguna pakai oleh Kerajaan Uthmaniyyah

    sehingga

    berlaku Perang Dunia Pertama. Pada tahun 1255H/1839M pula, Kerajaan

    Uthmaniyyah dilaporkan telah memperkenalkan mata wang baru iaitu

    Qa-I-Mah (Gaima) dalam bentuk wang kertas. Manakala pada tahun

    1260H/1844M, Kerajaan Uthmaniyyah telah mengeluarkan wang al-

    Majidi iaitu wang syiling perak dan wang syiling emas.

    Seterusnya, semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid II, gelaran

    Khalifah telah digunakan untuk melambangkan beliau seorang ketua

    pemimpin orang Islam pada ketika itu. Pada tahun 1327H/1909M pula,Muhammad V telah mengambil alih tampuk pemerintahan daripada

    abangnya Abdul Hamid II dan era ini memperlihatkan wang kerajaanUthmaniyyah telah diterap dengan gaya baru ekoran pengaruh Turki

    Muda. Terdapat gambar lingkaran daun Laurel dan jagung pada

    permukaan mata wang kerajaan Uthmaniyyah

    yang menunjukkanpencetakan wang ini telah terpengaruh dengan wang dari Barat. Namun

    begitu, pada bahagian permukaan hadapan wang ini masih lagi

    mempunyai susunan perkataan Arab seperti kalimah Duriba fi

    Qustantiniyyah.

    Selain itu, kerajaan Uthmaniyyah juga mengundang dan mengupah

    juruteknik dan pakar-pakar dalam bidang cetakan wang dari England dan

    Perancis untuk mengendalikan mesin-mesin pencetak. Malah, merekaturut dilantik sebagai penasihat kerajaan Uthmaniyyahtentang piawaian

    baru dalam pencetakan wang syiling kerajaan Uthmaniyyah. Wang emas

    dan perak kerajaan Uthmaniyyah

    yang dicetak sehingga tahun1341H/1922M didapati berpegang teguh kepada piawaian tahun

    1260H/1844M. Namun begitu, terdapat tambahan pada pencetakan duit

    syiling tembaga dengan nilai yang kecil seperti lima, sepuluh dan dua

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    28/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    28

    puluh. Kepingan-kepingan yang dicetak ini telah ditempa untukmelancarkan setiap urusan perniagaan harian.

    Namun begitu, apabila berlakunya Perang Dunia Pertama, KerajaanUthmaniyyah telah mengisytiharkan bahawa satu-satunya bentuk mata

    wang yang sah dan boleh diperlakukan hanyalah wang kertas sahaja,

    sementara wang syiling emas dan perak dimansuhkan. Peraturan

    penggunaan wang baru ini telah berkuatkuasa ke atas semua wilayah di

    bawah pemerintahan kerajaan Uthmaniyyah. Terdapat pelbagai faktor

    yang menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyahmenukarkan wang emas dan

    perak kepada wang kertas seperti kekerapan penglibatan Uthmaniyyah

    dalam peperangan yang mengakibatkan kekurangan stok emas pada

    ketika itu. Pada tahun 1343H/1924M, di bawah pemerintahan Abdul al-Majid II, kerajaan Uthmaniyyah

    telah mengalami kehancuran. Malah,

    pada tahun itu juga wang Dinar dan Dirham tidak lagi menjadi wang

    rasmi kerajaan Uthmaniyyah.

    Kesimpulan

    Berdasarkan kepada perbincangan di atas iaitu mengenai sejarah Dinar

    pada sepanjang zaman, penulis dapat membuat beberapa rumusan

    penting. Antaranya ialah kemunculan penggunaan wang adalah kerana

    keperluan manusia kepadanya dalam urusan perekonomian mereka. Iamemudahkan mereka dalam hal ehwal perniagaan dan perdagangan

    berbanding dengan sistem barter atau penggunaan ketulan emas serta

    perak yang tidak ditetapkan nilainya. Masyarakat zaman awal Islam pula

    telah meneruskan penggunaan Dinar dan Dirham yang dihasilkan oleh

    kerajaan Rom dan Parsi. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan oleh

    Khulafa` al-Rashidin melalui teraan perkataan-perkataan tertentu di atas

    permukaan Dinar yang sedia ada di samping penetapan piawai beratnya

    sehinggalah ia dicetak sepenuhnya oleh kerajaan Bani Umayyah yang

    memperlihatkan pembebasan Dinar daripada pengaruh wang asing.

    Pada pandangan penulis, terdapat dua faktor ia ditempa iaitu sebagai

    menunjukkan lambang penguasaan seseorang pemerintah atau kedaulatankerajaan yang dipimpinnya dan untuk menyerlahkan kekuasaan Islam.

    Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa wang Dinar dalam

    sejarah Islam bukan sahaja mempunyai nilainya yang tinggi, namun lebih

    dari itu, ia juga mempunyai nilai politik yang tiada tandingnya untuk

    menunjukkan kekuatan atau kewibawaan seseorang pemimpin itu dan

    kerajaannya. Hal inilah yang dapat diperhatikan semasa Dinar menyusuri

    zaman Duwaylat apabila muncul kerajaan-kerajaan yang sering

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    29/52

    WAN KAMAL MUJANI

    29

    bertelagah. Di atas kepingan emas itu juga telah disadurkan idealogi danfahaman oleh seseorang pemerintah untuk tujuan propaganda atau

    sebagainya.Sejarah Islam juga telah menyaksikan pertembungan Dinar dengan

    wang-wang asing sebagaimana yang berlaku pada zaman Mamluk.

    Mungkin di sini timbul beberapa persoalan yang boleh kita fikirkan

    bersama secara lebih mendalam iaitu bagaimana wang asing dapat berada

    dalam sesebuah kerajaan Islam yang besar ketika itu dan mampu

    menyaingi wang Dinar tempatan? Apakah faktor-faktor yang

    menyebabkan kegagalan wang Dinar yang dicetak sebelum 829H/1425M

    untuk menyaingi wang asing dan mengapa wang Dinar yang dikeluarkan

    oleh Sultan al-Ashraf Barsbay dapat menyekat dominasi wang asing.Jawapannya mungkin atau pasti dapat digunakan dalam usaha-usahauntuk mengaplikasikan semula penggunaan wang Dinar pada zaman

    moden kini.

    Sejarah Dinar yang menyusuri era Uthmaniyyah adalah sesuatu

    yang paling menarik untuk disoroti dan diselidiki. Ini adalah kerana

    kuasa Islam telah mencapai ke kemuncaknya pada zaman ini. Dinar yang

    ditempa oleh Uthmaniyyah bukan sahaja digunakan oleh dunia Islam

    malah juga dunia Barat. Penyatuan umat hampir-hampir dapat

    dilaksanakan dengan Dinar yang ada, namun seperti biasa, Dinar jugakerap kali menghadapi hari-hari sukarnya apabila peratusan ketulenannya

    disusutkan oleh pemerintah dan berlaku penyelewengan semasapenempaannya. Dua sebab utama telah dikenal pasti mengapa ia berlaku

    iaitu bebanan kewangan yang dipikul oleh kerajaan sama ada untuk

    membiayai kos perbelanjaan negara atau untuk kepentingan diri. Initermasuklah hutang dan tekanan negara-negara Eropah ke atas

    Uthmaniyyah. Akhirnya Dinar tersungkur rebah di tangan wang fiat

    yang hakikatnya tidak mempunyai apa-apa nilai melainkan ia hanyalah

    sehelai kertas yang berwarna..

    Apakah benar stok bullion di dunia ini telah berkurangan dan

    semakin habis? Apakah Allah (s.w.t.). menjadikan kuantitinya tidak

    mencukupi untuk manusia? Jawapannya tentulah tidak, Sesungguhnyasetiap sesuatu yang dijadikan olehNya adalah sempurna dan mencukupi.

    Namun, manusia sahaja yang tidak tahu dan lemah dalam cara

    menguruskannya di samping terdapat beberapa kelompok manusia yangcuba mengeksploitasi stok bullion tersebut. Maka oleh itu, wajarlah pada

    hari ini dihidupkan semula Dinar emas di kalangan masyarakat dan

    Dunia Islam. Tidak timbul masalah stok bullion yang tidak mencukupi

    atau akan adanya sekatan serta halangan daripada pihak tertentu untuk

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    30/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    30

    tidak melaksanakan hasrat tersebut. Pokok pangkalnya ia memerlukansatu mekanisme dan satu keberanian serta sifat kewajaan di hati sanubari

    umat Islam untuk melaksanakannya. Hanya dengan cara ini sahajamasalah wang kertas atau fiat yang rapuh di samping nilainya yang

    sentiasa terapung lagi terdedah kepada spekulasi dan monopoli dapat

    diselesaikan. Atau tidak-tidaknya wang kertas pada hari ini mestilah

    dikembalikan sandarannya kepada emas yang sudah tentu tidak akan

    susut nilainya Inilah sesuatu yang perlu difikirkan umat Islam kini

    Rujukan

    Ali, Wijdan. 2004. Islamic Coins during the Umayyad, Abbasid, Andalusian andFatimid Dynasties. T.tp: FSTC Limited.

    Anwar Zainal Abidin. Sejarah penggunaan matawang Dinar. Seminar Dinar PeringkatKebangsaan. KUIM. 16 Mac 2002.

    Anwar Zainal Abidin. 2002. Sejarah penggunaan matawang Dinar.Ulum Islamiyyah.Vol. 1: 21-50.

    Balog, Paul. 1964. The Coinage of the Mamlk Sultans of Egypt and Syria. New York:The American Numismatic Society.

    Grierson, Philip. 1960. The monetary reforms of Abd al-Malik. Journal of theEconomic and Social History of the Orient. Vol.3: 241-264.

    al-Haddad, Muhammad Hamzah Ismail. 2006. al-Majmal fi al-athar wa al-hadharahal-Islamiyah. Kaherah: Maktabat Zahra` al-Sharif.

    Hallan, Hassan Ali. 1978. Tarib al-nuqud wa al-dawawin fi al-asr al-Umawi. Beirut:

    Dar al-Kitab Lubnan.Hasan, Ahmad. 1999. al-Awraq al-nuqdiyah fi al-iqtisadi al-Islami: Qimatuha wa

    ahkamuha. Lubnan: Dar al-Fikr.al-Hibri, Tayyib. 1993. Coinage reform under the Abasid caliph al-Mamun. Journal

    of the Economic and Social History of the Orient. Vol. 36: 58-83.

    http://www.muslimheritage.com http://www.americola.com/sites/Lydiaal-Jabari, Abd al-Mutal Muhamad 1989. Asalat al-dawawin wa al-nuqud al-

    Arabiyyah. Kaherah: Maktabat Wahbah.Lowick, Nicholas. 1990. Coinage and history of the Islamic world. British: Variorum.

    Mohamad Nurhakim. 2008. Jatuhnya sesebuah tamadun. Selangor: PTS Publicationsand Distributors Snd.Bhd.

    al-Nabarawi, Ra`fat Muhammad. 1993. al-Sikkah al-Islamiyyah fi Misr ahd dawlat al-

    Mamalik al-Jarakishah. Giza: Markaz al-Tijarah al-Arabiyya lil Ilam wa al-Nashr.

    Pamuk, Sevket. 2000. A monetery history of the Ottoman empire. United Kingdom:University Press Cambridge.

    Plant, Richard J. 1973.Arabic coins and how to read them. London: B.A. SEABY.Popper, William. 1957.Egypt and Syria under the Circassian Sultans 1383-1468 A.D.

    Systematic notes to Ibn Taghri Birdis chronicles of Egypt. Berkeley: University

    of California Press.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    31/52

    WAN KAMAL MUJANI

    31

    Qadus,

    Izat Zaki Hamid. 2001. al-

    Umlah al-Yunaniyyah wa al-Hilinsiyyah.Iskandariah: Matbaat al-Hadari.

    Safra, Jacob E. 2002. Coins and coinage. Dlm. The New Encyclopedia Britannica.Chicago: Encyclopedia Britannica Inc.

    Schultz, Warren C. 2003. Mamluk metrology and the numismatic evidence.Al-Masaq Islam and the Medieval Mediterranean. Vol. 15: 59-75.

    al-Shariff, Ahmad Ibrahim. 1965. Makkah wa al-Madinah fi al-Jahiliyyah wa al-cahd

    al-Rasul. Baghdad: Dar al-Fikr.

    Shoshan, Boaz. 1978. Money, prices and population in Mamluk Egypt, 1382-1517.Tesis Ph.D. Universiti Princeton.

    Siti Maryam. 2003. Sejarah peradaban Islam dari masa klasik hingga modern.

    Yogyakarta: LESFI.Wan Kamal Mujani. 2006. The monetary system during the Mamluk period.

    Islamiyyat. Vol 28: 29-43.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    32/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    32

    Lampiran

    Peta Kerajaan Lydia (800-900 S.M)

    Matawang pertama dunia daripada Kerajaan Lydia

    Sumber : The Lydian Lion (http://www.wikipedia.com)

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    33/52

    WAN KAMAL MUJANI

    33

    Wang Drachm ketika Pemerintahan Kerajaan Parsi-Sasan

    Wang Denarius Kerajaan Rom yang ditera dengan simbol-simbol

    keagamaan, motif haiwan dan potret wajah Mahajara yang

    memerintah atau Dewa.

    Sumber : http://www.vcoins.com/ancient dan

    http://www.rosenblumcoins.com

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    34/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    34

    Wang Drachm Sasan yang ditempa dengan wajah Maharaja Yazdajrid III,namun telah ditera dengan kalimah Islam (Bismillah). Wang ini adalah

    pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab.

    Sumber : http://www.ancient-art/arabic.com

    WangDrachm Arab-Sasan yang digunakan ketika pemerintahan Bani

    Umaiyyah pada peringkat awal

    Sumber : http://www.vcoin.com/ancient/sphinx/store/list

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    35/52

    WAN KAMAL MUJANI

    35

    Wang Dirham Arab-Sasan yang digunakan di Hijjaz ketika erapemerintahan Ibn al-Zubayr

    Sumber : http://www.vcoin.com/ancient/sphinx/store/list

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    36/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    36

    Wang Dinar dan Wang Dirham Abd al-Malik bin Marwan

    Wang Dirham dan Dinar Umawi yang mempunyai teraan ungkapan surah

    al-Ikhlas dengan gaya Khat Kufi ditempa ketika era pemerintahan

    Khalifah al-Walid pada tahun 94H/703M.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    37/52

    WAN KAMAL MUJANI

    37

    Wang Dinar yang ditempa ketika era pemerintahanKhalifah Hisham pada tahun 98H/715M.

    Sumber : http://www.vcoin.com/ancient/sphinx/store/list

    Wang Dirham dan Dinar yang ditempa pada peringkat awal zaman

    pemerintahan Abbasiyyah

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    38/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    38

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    39/52

    WAN KAMAL MUJANI

    39

    Wang Dinar yang ditempa ketika era pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid yang mempunyai teraan nama khalifah pada lingkaran wang yang

    ditempa

    Wang Dinar yang ditempa ketika era pemerintahan al-Mutawakkil.

    Keempat-empat wang ini ditera dengan lafaz Syahadah dan nama

    pemerintah pada birai permukaan wang

    Sumber : http://www.vcoin.com/ancient/sphinx/store/list

    Wang Dinar yang ditempa ketika pemerintahan Abu Fadl Jafar

    al-Muktadir bi Allah sekitar tahun 295H/908M -320H/932M.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    40/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    40

    Wang Dirham berbentuk empat segi yang ditempa ketika zaman

    pemerintahan Dinasti al-Muwahhidun di Andalus

    Sumber : http://www.ancient-art.com/arabic.htm

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    41/52

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    42/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    42

    Wang Dinar Kerajaan Khawarizmi

    Kepelbagaian bentuk dan gaya ungkapan pada permukaan wang Dinar

    yang ditempa oleh pemerintah Kerajaan-kerajaan Kecil ketika era

    pemerintahan Abbasiyyah

    Wang Dinar yang ditempa era pemerintahan Saljuk

    Wang Dinar yang ditempa era pemerintahan Bani Buwayh

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    43/52

    WAN KAMAL MUJANI

    43

    Wang Dinar yang ditempa pemerintah Kerajaan Ghaznawiyah

    Sumber : http://www.vcoin.com/ancient/sphinx/store/list

    Matawang Dinar dan Dirham zaman pemerintahan Khalifah Abd al-

    Rahman II daripada Bani Umaiyyah di Andalus

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    44/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    44

    Wang Dirham berbentuk empat segi yang ditempa ketika pemerintahanal-Muwahhidun

    Sumber : http://www.ancient-art.com/arabic.htm

    Wang Dinar Daulah Fatimiyyah yang mempunyai tiga lingkaran padasekitar permukaan wang

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    45/52

    WAN KAMAL MUJANI

    45

    Sumber : http://www.ancient-art.com/arabic.htm ;

    http://www.vcoins.com/ancient/canmoose

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    46/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    46

    Contoh wang pada zaman MamlukSumber: Balog Paul. 1994. The Coinage of the Mamlk Sultns of Egypt

    and Syria.

    New York: The American Numismatics Society

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    47/52

    WAN KAMAL MUJANI

    47

    Contoh wang pada zaman Uthmaniyyah

    Orhan (1324-1360M)Mata wang perakAkce, 16 mm

    Murad I (1360-1389M)

    Mata wang perakAkce, 17 mm.

    Bayazid I (1389-1402M)792H

    Mata wang perakAkce, 14 mm.

    Sulaymn (1402-1411M)806H

    Mata wang perakAkce, 14 mm.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    48/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    48

    Muhammad (1403-1413M)

    Bursa, 806HMata wang perakAkce, 15 mm.

    Muhammad II (1444-1445M)Serez, 848HMata wang perakAkce, 11 mm.

    Muhammad II (1451-1481M)Ayathuluq, 855H

    Mata wang perakAkce, 11 mm.

    Muhammad II (1451-1481M)

    Mata wang tembagaManghir, 15 mm.

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    49/52

    WAN KAMAL MUJANI

    49

    Salim I (1512-1520M)Contanstinople, 918H

    Mata wang perakAkce, 11 mm.

    Sulaymn I (1520-1566M)

    Novabirda, 926HMata wang perakAkce, 10 mm

    Ahmad I (1603-1617M)

    al-Qahirah

    Mata wangDirham atau Para, 16 mm.

    cUthman II (1618-1622M)

    al-Qahirah

    Mata wang perakAkce, 12 mm

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    50/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    50

    Muhammad IV (1648-1687M)al-Qahirah

    Mata wang perakPara, 15 mm.

    Sulaymn II (1687-1691M)1099H

    Mata wang perakPara, 18 mm.

    Sumber: http://www.ottomansouvenir.com/Coinage/Ottoman banknotes

    and coins 3. htm

    Mata Wang Dinar Sultani Zaman Murad III

    Tarikh 982/1574MBerat 3.5 gm & panjang 19.5 mm

    Sumber: Http://cgi.ebay.com.my/Cairo-Egypt-AV-Sultani-Ottoman-

    Murad-982-AH-1574-AD-

    XF_W0QQcmdZViewItemQQitemZ330311784023

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    51/52

    WAN KAMAL MUJANI

    51

    Mata Wang Dinar Sultani Zaman Sulyman ITarikh 926H/1520M

    Berat 3.4 gm & panjang 19 mm

    Mata WangDinar Ashrafi

    Mesir, 1425M

    4.25 gram

    Sumber: Http://www.telltale-coins.com/ducat/ashrafi.html

    Mata Wang Kurush Pada Zaman Mahmud II

  • 8/6/2019 Dinar Menyusur ZamanWan Kamal Mujani

    52/52

    SEJARAH DINAR MENYUSURI ZAMAN

    Sumber:Http://review.ebay.com/Buying-ottoman-Gold-Coins

    Gambarajah lakaran alat dan teknik yang digunakan oleh masyarakat

    silam dalam aktiviti menempa wang logam


Top Related