Muka Surat | 1 Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Dibangunkan Untuk
MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Disediakan Oleh
AJ QUIMERA ENTERPRISE
No. 697, Lorong Sejati 8, Taman Sejati,
32000 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan
Email: [email protected]
No Tel: 012-5137172
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 2 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
Pendahuluan 3
BAB 1 | Pendaftaran Peniaga/Pemohon
Pendaftaran Pemohon 4
Semak No Kad Pengenalan 5
Isikan Maklumat Peribadi 6
Isikan Kata Laluan 7
BAB 2 | Pendaftaran Permohonan Permit Bazar
Log Masuk 8
Mohon Permit Bazar 9
Dokumen Sokongan 9
Jenis Jualan 10
Zon dan Tapak 10
BAB 3 | Status Permohonan
Status Permohonan 13
BAB 4 | Maklumat Pemohon
Maklumat Pemohon 15
BAB 5 | Lupa Katalaluan
Lupa Katalaluan 15
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 3 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
PANDUAN PERMOHONAN PERMIT BAZAR RAMADHAN
SISTEM PERMOHONAN PERMIT BAZAR RAMDHAN (eBazar)
1. Pendahuluan.
1.1 Manual panduan pengguna Sistem eBazar ini dibangunkan bagi memudahkan
peniaga/pemohon membuat permohonan permit Bazar Ramadhan secara atas talian.
1.2 Adalah diharapkan panduan ini dapat membantu peniaga memohon permit bazar
dengan lebih cepat dan efisien.
2. Latarbelakang eBazar.
2.1 Pelbagai usaha telah diadakan supaya permohonan permit bazar dapat dipertingkatkan
dan yang terbaru Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengemaskini secara
menyeluruh peraturan dan pengurusan sesuatu permohonan itu di buat. Ianya bertujuan
untuk memudahkan pihak pengurusan dan juga permohonan yang di buat oleh pemohon
lebih teratur dan bersesuaian dengan keadaan semasa.
2.2 Satu pendekatan baru perlu diambil bagi memastikan setiap permohonan di uruskan
dengan cekap dan teratur. Di era teknologi maklumat ini, tiba masanya pengurusan
permohonan Majlis Perbandaran Manjung berubah dari kaedah tradisional (cara manual)
kepada pengurusan berkomputer. Ini dirasakan merupakan satu pendekatan yang
terbaik bagi menggantikan sistem manual yang lambat dan rumit.
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 4 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
BAB 1 | PENDAFTARAN PENIAGA/PEMOHON
3. Pendaftaran Pemohon
3.1. Untuk mencapai sistem eBazar, pengguna boleh menggunakan URL: https://online-
manjung.mpm.gov.my/ebazar
3.2. Paparan seperti di bawah akan dipaparkan.
Gambarajah 1: Login sistem
3.3. Bagi pengguna baru yang belum lagi mendaftar klik pautan Daftar Baru dan seterusnya
akan di bawa ke paparan selanjutnya untuk membuat pendaftaran akaun bagi pemohon.
Terdapat tiga bahagian untuk membuat pendaftaran akaun iaitu seperti gambarajah di bawah:
Gambarajah 2: Aturan daftar akaun pemohon
Semak
No Kad Pengenalan
Isi Maklumat
Peribadi
Isi
Kata Laluan
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 5 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Gambarajah 3: Semak No Kad Pengenalan
3.3.1 Bahagian pertama adalah untuk menyemak No Kad Pengenalan samada
pemohon pernah berdaftar atau tidak sebelum ini. Setelah di isi klik butang Seterusnya.
Sekiranya pemohon pernah berdaftar sistem akan memaklumkan kepada pemohon dan
pendaftaran tidak boleh diteruskan (Pemohon boleh menggunakan maklumat
pendaftaran sebelum ini untuk Log Masuk).
3.3.2 Sekiranya tidak pernah berdaftar, pemohon akan dibawa ke paparan seterusnya
untuk mengisi maklumat peribadi. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dan klik
butang Seterusnya.
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 6 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Gambarajah 4: Maklumat peribadi
3.3.3 Pemohon akan dibawa ke paparan seterusnya untuk mengisi kata laluan. Sila
PASTIKAN kata laluan yang dimasukkan disimpan untuk permohonan permit pada masa
akan datang. Masukkan di ruang Cipta Kata Laluan, Ulang Kata Laluan, Soalan Keselamtan
dan Jawapan Soalan Keselamatan. Setelah isi semua yang diperlukan Klik butang
Seterusnya.
3.3.4 Soalan Keselamatan adalah untuk digunakan apabila pemohon terlupa kata laluan.
Rujuk Bab
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 7 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Gambarajah 5: Maklumat Login dan Soalan Keselamatan
Sekiranya kata laluan telah berjaya direkodkan paparan seperti di bawah akan
dipaparkan.
Gambarajah 6: Pendaftaran Selesai
3.3.5 Pendaftaran maklumat pemohon telah selesai dan klik butang Daftar dan Log
Masuk ke Sistem eBazar untuk membuat permohonan permit tapak bazar.
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 8 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
BAB 2 | PENDAFTARAN PERMOHONAN PERMIT BAZAR
4. Log Masuk
4.1. Untuk mengakses sistem eBazar pengguna perlu memasukkan URL http://online-
manjung.mpm.gov.my/ebazar . Paparan seperti di Gambarajah 7 akan dipaparkan. Sila isikan No
Kad Pengenalan dan Kata Laluan seterusnya klik butang Log Masuk. Sekiranya terlupa kata
laluan klik pautan Klik disini dan kata laluan akan dihantar ke alamat emel yang telah diisi semasa
pendaftaran pemohon.
Gambarajah 7: Log Masuk
4.2. Sekiranya log masuk berjaya paparan seperti dibawah akan dipaparkan dan pemohon
perlu mengisi maklumat yang diperlukan untuk memohon permit bazar.
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 9 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
5. Mohon Permit Bazar
5.1 Syarat Permohonan, klik butang Saya bersetuju untuk terus ke Borang Permohonan
Permit Bazar.
Gambarajah 8: Keperluan untuk memohon permit
Antara maklumat PENTING yang perlu diisi semasa memohon permit adalah seperti di bawah:
Gambarajah 9: Keperluan untuk memohon permit
5.1. Bahagian Dokumen Sokongan PERLU diisikan dengan lengkap terlebih dahulu sebelum
mengisi maklumat di Bahagian Jenis Jualan dan Bahagian Zon.
• Salinan Gambar Pemohon
• Salinan Kad Pengenalan Pemohon
• Salinan Kad Suntikan Pengendali Makanan
• Kad OKU
• Surat Kebenaran Jabatan (Penjawat Awam)
A. Dokumen Sokongan
• Jenis Jualan
• Item JualanB. Jenis Jualan
• Pilihan Zon
• Pilihan Jumlah Tapak 1 atau 2C. Zon dan Tapak
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 10 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Gambarajah 10: Dokumen Sokongan
5.2. Bahagian Jenis Jualan PERLU diisikan dengan lengkap terlebih dahulu sebelum mengisi
maklumat di Bahagian Zon dan Tapak.
Gambarajah 11: Jenis Jualan
1. Pilih Kategori
2. Klik butang Choose FileChoose FileChoose FileChoose File
3. Pilih gambar
4. Muatnaik gambar yang
telah dipilih
5. Status SELESAISELESAISELESAISELESAI
sekiranya berjaya.
6. Klik butang Padam jika
ingin muatnaik semula
gambar
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 11 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
5.3. Bahagian terakhir ialah Zon dan Tapak. Isikan dengan lengkap. Permohonan bilangan
tapak boleh pilih dari 1 atau 2 tapak. Klik butang Simpan Pilihan Zon setelah pilihan dibuat.
Gambarajah 12: Zon dan Tapak untuk Satu Tapak
5.4. Apabila Dua Tapak dipilih pemohon MESTI mendaftar pemohon kedua untuk mendapat
no petak yang bersebelahan.
Gambarajah 13: Zon dan Tapak untuk Dua Tapak
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 12 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
5.5. Maklumat pemohon kedua juga perlu diisi sepertimana pendaftaran baru pemohon
pertama dibuat. Klik butang Simpan Pilihan Zon untuk menyelesaikan permohonan permit
bazar.
Gambarajah 14: Maklumat Peribadi Pemohon Kedua
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 13 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Paparan permohonan permit selesai akan dipaparkan seperti gambarajah 12. Klik butang
Padam jika ingin menukar zon.
Gambarajah 15: Zon dan Tapak selesai
BAB 3 | STATUS PERMOHONAN
6. Status Permohonan
6.1. Klik menu Status Permohonan untuk mengetahui status semasa permohonan permit yang
telah dibuat.
Gambarajah 16: Status Permohonan yang tidak lengkap
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 14 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Gambarajah 17: Status Permohonan yang lengkap
6.1. Klik butang Cetak Permohonan untuk mencetak status permohonan. Cetakan ini PENTING
supaya pemohon boleh membawa ke taklimat bazar sebagai pengesahan permohonan telah dibuat
secara online.
Gambarajah 18: Mencetak Status Permohonan
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 15 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
BAB 4 | MAKLUMAT PEMOHON
7. Maklumat Pemohon
7.1. Klik menu Maklumat Permohonan untuk melihat atau mengemaskini maklumat. Sila klik
butang Kemaskini Maklumat Pemohon sekiranya pemohon ada membuat perubahan pada
maklumat tersebut.
Gambarajah 19: Maklumat Permohonan
BAB 5 | LUPA KATA LALUAN
8. Lupa Kata laluan
8.1. Sekiranya pemohon terlupa kata laluan, pemohon boleh menukar semula kata laluan
dengan klik pada link Klik disini pada paparan Login seperti di gambarajah 1. Paparan seperti
berikut akan dipaparkan. Klik butang Seterusnya selepas memasukkan no kad pengenalan yang
didaftarkan dalam sistem.
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 16 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Gambarajah 20: Lupa Kata laluan. Semak No Kad Pengenalan
8.2. Selepas semakan no kad pengenalan berjaya, pemohon perlu memasukkan jawapan
kepada soalan keselematan yang diisi semasa mendaftar sistem. Klik butang Seterusnya.
Gambarajah 21: Soalan Keselamatan
8.3. Selepas jawapan keselamatan yang dimasukkan betul, pemohon akan dibawa ke paparan
untuk menukar kata laluan yang baru. Klik butang Seterusnya selepas maklumat diisi.
________________________________________________________________________________________________________
Muka Surat | 17 Hakcipta Terpelihara Sistem Permit Bazar Ramadhan | eBazar
Gambarajah 22: Reset Katalaluan
8.4. Selepas kata laluan diterima dan disahkan pemohon boleh akses semula kepada sistem
eBazar dengan klik butang Log Masuk.
Gambarajah 23: Reset Katalaluan selesai