Transcript
Page 1: Definisi Ilmu Ekonomi

SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

DEFINISI ILMU EKONOMI

1. Perkataan Ekonomi berasal dari bahasa Greek iaitu oikos dan nomos = peraturan rumahtangga.- Merujuk kepada kegiatan ketua isi rumah mengurus,memperuntukkan dan mengagihkan

semua ekonomi untuk memenuhi kehendak,memaksimumkan kepuasan,memaksimumkan keuntungan dan memaksimumkan kebajikan ahlinya.

2. Definisi oleh Para Ahli Ekonomi Klasik a. Adam Smith = kajian tentang sebab-2 wujudnya kekayaan.b. F.A. Walker = satu cabang ilmu yang berkaitan dengan kekayaan.c. David Ricardo = satu kajian tentang hukum pelbagai jenis golongan masyarakat.d. J.B Say = satu kajian tentang peraturan-2 yang menentukan kekayaan.e. J.S. Mill = satu sains yang berhubung dengan pengeluaran hasil negara dan pengagihannya.

Rumusan : kajian sains kekayaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak individu, masyarakat dan negara dan cara-2 yang digunakan untuk mencapai kekayaan tersebut.p/s: individu,masyarakat dan negara boleh hidup kaya-raya dan makmur.

3. Definisi oleh Para Ahli Ekonomi Neo-Klasika. (Ketua) Alfred Marshall = satu kajian tentang kelakuan manusia berhubung dengan cara

mereka mendapatkan dan menggunakan keperluan kebendaan mereka.b. Edwin Cannan = matlamat ilmu ekonomi adalah untuk menerangkan faktor-2 umum yang

menentukan kebajikan material.c. A.C. Pigou = satu kajian untuk + menambah jumlah pengeluaran untuk meningkatkan taraf

hidup.d. William Beveridge = satu kajian tentang kelakuan manusia berhubung dengan cara mereka

bekerjasama untuk mendapatkan keperluan kebendaan mereka.Rumusan : kajian sains kebajikan di mana kekayaan material dianggap sumber kepada kebajikan dan kekayaan bukanlah matlamat utama.P/s: kebajikan manusia dapat diperbaiki dan dipertingkatkan.

4. Definisi oleh Para Ahli Ekonomi Moden.a. Diketuai oleh Lionel Robbins = satu sains sosial yang mengkaji tentang bagaimana manusia

memenuhi kehendak mereka yang tidak terbatas berbanding dengan punca-2 sumber ekonomi yang terhad dan banyak pilihan kegunaan.

b. 4 ciri kehidupan asas oleh Lionel Robbins : i. Manusia ada kehendak untuk dipenuhi.ii. Sumber ekonomi terhad untuk memenuhi kehendak yang tidak terbatas.iii. Sumber ekonomi yang terhad perlu digunakan untuk membuat banyak pilihan

kegunaan.iv. Manusia perlu membuat pilihan.

Rumusan : Bidang sains sosial yang mengkaji tentang gelagat pelaku ekonomi dalam kegiatan penggunaan,pengeluaran dan pengagihan sumber ekonomi yang terhad berbanding kehendak manusia yang tidak terbatas.SOALAN :

Page 2: Definisi Ilmu Ekonomi

SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

1. Apakah definisi ilmu ekonomi ?

__________________________________ (JAWAPAN : BAGI JAWAPAN MENURUT EKONOMI MODEN SAHAJA)


Top Related