Download - Data Analisi1 (Yang Ambil)
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
DATA ANALISIS
Pendahuluan
Bab ini akan membincangkan secara terperinci dan menyeluruh data- data yang diperolehi daripada
persoalan – persoalan kajian yang berhubung dengan faktor – faktor yang menyebabkan stres di
kalangan guru. Data yang diperolehi melalui temubual telah ditranskripsikan secara manual dan
dapatan kajian diperjelaskan berdasarkan tema- tema yang timbul.
TEMA 1 : PERANAN SEBENAR GURU
Peranan sebenar guru dalam pendidikan seharusnya menumpukan kepada objektif utama iaitu untuk
membangunkan dan meningkatkan prestasi pelajar. Ini penting bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek selaras dengan Falsafah pendidikan Negara.
PK HEM dari sebuah sekolah menyatakan ‘Tujuan pendidikan adalah untuk membangunkan pelajar
secara menyeluruh..jadi..guru seharusnya menumpukan sepenuh perhatian terhadap objektif
tersebut.’
Seorang guru iaitu Pn Rahmah bersetuju bahawa seharusnya tugas utama guru sepatutnya bertumpu
kepada pengajaran dan pembelajaran sekaligus meningkatkan prestasi murid- murid.
TEMA 2 : PERANAN SEBENAR HEM
Seorang PK HEM menyatakan bahawa tugas- tugas rutin HEM yang perlu dilaksanakan
termasuklah seperti Disipiln , asrama, biasiwa, kebajikan, 3K dan Kaunseling. Tugas- tugas HEM
yang banyak menyebabkan dia merasa tertekan. Ini ditambah lagi dengan kurangnya kerjasama dari
ibu bapa terutama sekali dalam menangani Hal disiplin pelajar.
“Sebagai seorang PK HEM, tugas-tugas HEM sahaja sudah cukup memberi tekanan kepadanya.
Selain itu, kurangnya kerjasama daripada ibu bapa turut memberi tekanan kepada beliau.”
Kebanyakan kes- kes disipilin yang harus ditangani dan perlu mendapat kerjasama ibu bapa adalah
sepert kes pelajar Lewat, Ponteng dan tidak hadir sekolah.
2
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
Seorang guru bernama Khaireya bersetuju bahawa tugas – tugas Rutin HEM pada masa kini
memang terlalu banyak. PK HEM ini merupakan satu tugas yang amat menitikberatkan tentang
pembentukan murid- murid disekolah. ‘Ya...saya mengerti perasaannya. Kita semua pun tahu tugas
seorang PK HEM itu memang berat kerana perlu menguruskan segala hal berkenaan dengan
murid-murid.’
TEMA 3: PROGRAM TAMBAHAN
Pelaksanaan pelbagai program tambahan pada masa kini menyebabkan kebanyakkan guru pada
masa kini tertekan. Program – program tambahan ini kebanyakkannya tidak berkaian dengan P&P.
Menurut PK HEM yang telah ditemuramah, guru – guru pada masa kini terpaksa menjalankan
program tambahan. Program tambahan ini membuatkan banyak guru terbeban, Bagi beliau sendiri
sebagai HEM beliau terpaksa menjalankan program “outreach’ yang diarahkan oleh pihak atasan.
Tapi, terdapat lagi program tambahan yang perlu dilaksanakan contohnya seperti yang terbaru,
program ‘outreach’. Program-program tambahan sebegini sebenarnya adalah arahan daripada
pihak atasan. Sebenarnya..saya melihat fenomena ini sebagai satu bebanan buat guru..’
Selain daripada itu, guru- guru juga perlu meyediakan analisis SWOT dan TOV bagi setiap tahun
sebagai target peperiksaan untuk program Jabatan. Tugasan ini amat membebankan guru kerana ia
mengambil masa yang banyak untuk membuat analisis. ‘Contoh lain yang boleh saya beri adalah
guru-guru perlu menyediakan analisis SWOT dan TOV setiap tahun sebagai target peperiksaan
untuk program di peringkat jabatan. Ini mengambil banyak masa guru itu sendiri..’
Cikgu khairieyah dan Cikgu Rahmah bersetuju dengan pendapat PK HEM ini. Menurut mereka
Analisis SWOT dan TOV ini disediakan untuk meneliti kekuatan, kelemahan , peluang dan
halanagan dalam perancangan sesuatu aktiviti di sekolah. TOV pula adalah untuk sasaran
pencapaian murid dalam ujian/peperiksaan yang dijalankam di sekolah.
Kekesalan lain timbul apabila PK HEM beranggapan semua analisis swot dan TOV yang dibuat
lebih merupakan dokumentasi sahaja. ‘Lagipun akhirnya semua itu hanya sebagai dokumentasi
sahaja.’ Ini adalah kerana, guru hilang penumpuan atas aktiviti yang akan dijalankan kerana terlalu
tertekan dan kadangkala guru selalu bertindak mengikut situasi pelajar. Walaupun sasaran tersebut
3
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
penting untuk memastikan pencapaian pelajar meningkat, tapi terlau banyak pendokumentasian
menyebabkan guru- guru merasa agak terbeban.
PK Hem juga berpendapat dari segi penetapan objektif sesetengah progam tidak begitu jelas. Ini
menyebabkan banyak program tidak dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan. ‘akhirnya,
kadang-kadang saya rasa objektif sesetengah program itu tidak jelas dan tidak tercapai..’
Ini disokong oleh cikgu Rahmah yang menyatakan terdapat PK Hem dan beberapa orang guru yang
ditugaskan perlu mengadakan lawatan ke sekolah – sekolah tertentu hanya untuk memberi
maklumat dan menarik perhatian pmurid- murid untuk bersekolah di sekoalah mereka. Ya...saya
pernah..saya pernah dengar program itu...di mana PK HEM dan beberapa orang guru yang
ditugaskan perlu mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah tertentu untuk memberi maklumat..dan
menarik perhatian murid-murid untuk bersekolah di sekolah mereka.’
Apa yang lebih membebankan guru – guru pada masa kini ialah semua program tambahan yang
diatur wajib untuk dilaksanakan kerana perlu menghantar laporan ke pada pihak atasan atas
perlaksanaaan berikut. Emm..semua program yang diatur itu wajib dilaksanakan..sebab ada
laporan yang perlu dihantar..jadi, mahu tidak mahu tetap perlu dilaksanakan juga..terpaksalah.’
TEMA 4 : PERIBADI
Salah satu faktor lagi yang menyebabkan seseorang guru ini berasa stres adalah disebabkan oleh
masa mereka bersama keluarga agak terhad. Menurut PK Hem, kerana kesibukan kerja yang beliau
alami menyebabkan masa untuk diluang bersama keluarga agak terbatas. ‘Sememangnya beban
tugas guru sekarang ini lebih daripada dulu. Secara jujurnya, saya sendiri pun berasa tertekan
dengan kerjaya saya sekarang ini, masa untuk diluang bersama keluarga pun amat terhad. Kadang-
kadang sampai ke malam saya masih di sekolah..’ Pendapat ini disokong oleh dua orang guru iaitu
Cikgu Rahimah dan Cikgu Zulaikha dimana disebabkan dengan kesibukan kerja, guru – guru sukar
untuk membahagikan masa antara tugas dan keluarga .
Dia terasa agak sukar membahagikan masa bagi melaksanakan kesemua kerja-kerja tersebut.’
Diapun ada juga mengadu tentang masa untuk diluangkan bersama keluarga agak terhad dan
kadang-kadang sampai malam pun dia masih berada di sekolah.’
4
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
TEMA 5: KUALITI KERJA
Pelaksanaan pelbagai program kadang kala tidak memberi impak yang positif kepada pelajar. Ini
menimbulkan kekesalan kepada PK Hem itu sendiri kerana perubahan yang diharapkan tidak dapat
dicapai oleh pelajar. ‘..tapi tidak juga ada perubahan positif yang ketara pada pelajar.’ Senario
yang berlaku disebabkan oleh guru pada hari ini terpaksa mengejar bilangan kerja yang banyak
menyebabkan kualiti kerja tersebut terabai. ‘Hal ini berlaku kerana guru terpaksa mengejar kuantiti
kerja yang perlu dibuat, bukannya kualiti.’
Cikgu Zulaikha bersetuju di mana akibat daripada kuantiti kerja yang banyak ini maka ada
sesetengah guru atau pentadbir melupakan kualiti tugasan tersebut kerana merasa sangat terbeban .
TEMA 6 : KERJA – KERJA PENGKERANIAN
Pk Hem yang di temuduga percaya bahawa pada masa kini tugas guru amat mencabar dibandingkan
dengan dahulu. Ramai guru – guru terbeban dengan kerja – kerja pengkeranian dan pentadbiran.
‘kerja-kerja pentadbiran dan pengkeranian. Emm..pada saya, memang sangat berbeza kerjaya
sebagai guru itu kalau dibandingkan dahulu dan sekarang. Pada masa sekarang, saya
akui..sememangnya ia lebih mencabarlah..’
Kerja – kerja pengekeranian ini sebenarnya tugas – tugas luar bidang yang terpaksa guru – guru
lakukan. Tapi, perlu juga saya nyatakan di sini..yang paling membebankan guru sebenarnya adalah
tugas-tugas luar bidang seperti kerja pentadbiran dan pengkeranian..’ guru – guru pada masa kini
amat mahir mengendalikan mesin – mesin petadbiran seperti Riso, laminate dan lain. setiap masa
guru- guru berdepan dengan kerja – kerja pengkeranian.
5
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
Ini disokong oleh cikgu Zulaika dan Cikgu Khairieya yang menyatakan bahawa‘dan lambakan
kerja-kerja pengkeranian di mana kedua-dua kerja tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa
seorang PK HEM.’
TEMA 7 : MASALAH DISIPLIN PELAJAR
Salah satu yang menyebabkan stres di kalangan guru adalah masalah disiplin pelajar yang pada
masa kini. . PK HEM ada menyatakan “ Pelajar – pelajar sekarang inipun...semakin banyak
terdedah dengan pelbagai pengaruh luar yang negatif...sekaligus menyebabkan banyak masalah
disipilin berlaku.
TEMA 8 : PROGRAM SEKOLAH
Program sekolah yang banyak juga menyebabkan stres dikalangan guru. Program – progaram
tersebut termasuklah Program dalaman yang diarahkan oleh pihak sekolah dan program luaran yang
di atur oleh pihak atasan. Guru terpaksa melakukan semua program – program sekolah seperti yang
diarahkan. Ini menyebabkan bebanan tugas yang banyak kepada guru. Seorang guru menyatakan “
ditambah lagi dengan pelbagai progran yang perlu dijalankan oleh pihak sekolah.. o banyak.. tidak
kiralah program dalaman sekolah atau program yang di atur oleh pihak atasan...”
TEMA 9: CADANGAN MENGATASI
PK Hem mencadangkan supaya pihak atasan dapat menyelesaikan beban tugas guru terutama dalam
kerja pentadbiran dan pengkeranian. ‘Mungkin pihak atasan boleh cuba fikirkan..bagaimana untuk
menyelesaikan masalah kerja pentadbiran dan pengkeranian..yang terpaksa dilakukan oleh guru.’
Masalah guru yang terbeban dengan tugas –tugas pengkeranian ini perlu dicari jalan penyelesaian
dimana PK Hem sendiri mencadangkan seorang kerani disediakan untuk setiap satu Panitia dan juga
menyediakan pembantu untuk setiap Penolong Kanan. ‘Satu langkah yang boleh saya cadangkan
adalah dengan menggaji satu kerani bagi setiap panitia..’
‘dan juga pembantu bagi setiap Penolong Kanan.’
6
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
Ini dipersetujui oleh 3 orang guru supaya masalah pentadbiran dan pengkeranian ini sepatutnya
dapat diselesaikan dengan cara yang dicadangkan oleh PK Hem tadi.
PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian, jelas bahawa punca – punca berlakunya stress di kalangan guru adalah
disebabkan oleh Peranan guru, program tambahan, peribadi, tuntutan kepada kualiti kerja, kerja –
kerja pengkeranian, masalah disiplin pelajar dan program sekolah.
Beban tugas yang banyak telah menimbulkan kerumitan, ketidakpuasan hati dan keletihan emosi
kepada guru. Ciri ini selaras dengan pendapat Abdul Aziz Yusof (2003) menyatakan tekanan akan
timbul apabila berdepan dengan kerja yang telalu banyak untuk dilakukan. Kenneth (1996) , dalam
kajiannya terhadap pengetua di Tennessee mendapati kebanyakan pengetua mengakui beban tugas
mereka menyebabkan wujudnya stres.
Beban tugas yang lain seperti terpaksa menjalankan program sekolah dan program tambahan adalah
salah satu punca berlakunya stress di kalangan guru- guru. Ini menyebabkan guru amat terbeban
dengan tugas yang banyak. Kajian Deraman (2003) tentang tekanan kerja guru di Daerah Klang
menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan tekanan guru ialah beban tugas. Kajian Ahmad
(1998) terhadap 47 orang guru – guru Kemahiran Hidup yang mengajar di sekolah- sekolah daerah
Pekan dan Rompin, didapati bahawa beban tugas merupakan punca stres yang paling ketara.
Selain daripada faktor pekerjaan, fenomena stres di kalangan guru merangkumi keseluruhan
kehidupan guru. Ia pastinya akan berkait dengan punca stres guru secara peribadi atau individu.
(Slavin, Rainer, Mc Creary dan Gowdan (1991). Sebagai seorang golongan manusia yang unik, stres
di kalangan guru juga perlu dilihat dari aspek pekerjaan dan kehidupan peribadi secara holistik.
Seorang guru juga mempunyai kehidupan peribadi yang tersendiri berbeza dengan kerjaya lain,
stres yang wujud dalam profession keguruan juga memberi kesan terhadap kehidupan guru.
Kenyataan ini disokong oleh Leats & Stolar (1993) yang berpendapat bahawa seseorang itu amat
7
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
sukar untuk melupakan masalah keluarga di rumah semasa bekerja. Begitu juga jika terdapat
masalah di tempat kerja, individu ia sukar untuk tidak memikirkannya semasa bersama keluarga.
Kebanyakkan guru juga bersetuju faktor kualiti kerja adalah salah satu sebab guru menjadi stres.
Pelaksanaan pelbagai program untuk membaiki prestasi pelajar yang lemah kadangkala tidak
mendatangkan sebarang impak menyebabkan guru menjadi stres. Ini adalah kerana guru terpaksa
mengejar kuantiti kerja berbanding dengan kualiti. Otta (1986), Martin Col dan Stephen Walken
(1989) telah menyatakan salah satu yang faktor yang menyebabkan stres guru adalah sikap pelajar –
pelajar. Hubungan dengan pelajar yang bermasalah dan kekangan masa menyebabkan tekanan yang
lebih tinggi kepada guru.
Terlalu banyak kerja pengkeranian juga menyebabkan guru menjadi stres. Di sekolah sering
kedengaran rungutan guru – guru yang terpaksa menghabiskan masa yang banyak bukan kepada
tugas mengajar tetapi banyak tugas pengkeranian seperti sedia kertas kerja, isi rekod prestasi, rekod
kesihatan, kempen- kempen, pertandingan, kutipan derma dan sebagainya. Menurut Sufean Husein
(1993) tanggungjawab dan beban kerja guru kini semakin bertambah. Mereka bukan sahaja menjadi
guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam menyediakan urusan sampingan seperti urusan buku
teks pelajar, Hal Ehwal kebajikan pelajar, disiplin pelajar, akaun persatuan dan kelas, kegiatan
kurikulum dan ko- kurikulum. Mohd Sazali Nordin (1997) dalam kajian mereka mendapati punca
stres di kalangan guru adalah banyak tugas pengkeranian.
Kebanyakkan guru juga bersetuju salah satu berlakunya stres adalah disebabkan oleh masalah
disiplin pelajar. Kes – kes seperti ponteng sekolah, merokok, membuli sudah begitu sinonim dengan
kes disiplin pelajar. Pada masa kini juga kebanyakan pelajar telah banyak terdedah dengan
pengaruh – pengaruh negatif di luar. Kesannya, guru akan menjadi stres kerana terpaksa berhadapan
dengan pelajar – pelajar yang bermasalah ini. Dalam kajian Siti Rohani Md Sharif (1991), beliau
mendapati guru mengalami tekanan berhubung dengan empat perkara iaitu: faktor murid, bebanan
tugas, tekanan masa, keadaan kerja dan suasana sekolah. Tekanan yang paling tinggi adalah
disebabkan faktor – faktor murid. Tan Huat Chye ( 1996) dalam kajiannya juga menyatakan salah
satu daripada punca yang mendatangkan stres di kalangan guru DI SJK(c) adalah sikap buruk
8
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
pelajar dan terpaksa tangani pelajar yang berkelakuan buruk. Rosmawati (1999) menunjukan faktor
utama guru menjadi stres ialah kategori tingkah laku pelajar seperti murid tidak sopan, tidak
berdisiplin dan tidak berminat untuk belajar.
Persoalan tentang perlunya mengatasi masalah ini perlu diberi perhatian terutamanya masalah guru
yang berkaitan dengan tugas pengkeranian. Majoriti guru berpendapat sudah tiba masanya pihak
atasan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia mencari jalan penyelesaian bagi membantu guru
mengatasi stres mereka terutamanya dalam tugas – tugas pengkeranian.
Secara ringkas, dapatan kajian tentang punca –punca stres di kalangan guru adalah selaras dengan
pandangan pengkaji – pengkaji sebelum ini iaitu Peranan guru, program tambahan, peribadi,
tuntutan kepada kualiti kerja, kerja –kerja pengkeranian, masalah disiplin pelajar dan program
sekolah.
RUMUSAN KAJIAN
Stres di kalangan guru adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang dikenal pasti. Guru – guru
mengalami stres kerana berdepan dengan beban tugas yang banyak seperti melaksanakan program
tambahan dan program sekolah. Ini menyebabkan guru merasa keliru dengan peranan sebenar
mereka sebagai seorang guru.
Selain daripada itu, peribadi juga menjadi punca stres guru kerana masa bersama keluarga menjadi
terhad kerana terpaksa berdepan dengan tugas – tugas sekolah. Tugas- tugas yang terlalu banyak
dan terpaksa disiapkan dalam jangkamasa yang singkat menyebabkan masa guru bersama keluarga
amat terhad.
Faktor kualiti kerja juga menjadi punca guru merasa stres. Disebabkan ingin mengejar kuantiti kerja
yang banyak guru – guru terpaksa mengabaikan kualiti kerja. Ini menyebabkan banyak objektif
program tersasar dan tidak mendatangkan impak kepada pelajar.
9
TT 60204 PENAAKULAN DATA DALAMPENYELIDIKAN PENDIDIKAN KUALITATIF
Terlalu banyak disumbatkan dengan tugas – tugas pengkeranian menyebabkan guru stres. Selain
mengajar guru – guru juga berdepan dengan tugas –tugas seperti merekod kesihatan pelajar,
membuat kertas kerja, menguruskan ko – kurikulum seperti menyediakan penyata kewangan dan
lain – lain.
Masalah disiplin pelajar yang semakin serius juga menyebabkan stres di kalangan guru. Guru
terpaksa berdepan dengan pelajar – pelajar yang bermasalah dan menyelesaikan masalah disiplin
pelajar.
Untuk mengatasi masalah terutamanya yang melibatkan pengkeranian guru telah meminta agar
kementerian Pelajaran Malaysia supaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Salah satu cara
yang dicadangkan oleh guru adalah dengan mengupah seorang kerani bagi setiap bidang dan
Penolong Kanan.
10