KOMPILASIDASAR OPERASIINSTITUT PENDIDIKAN GURU
Disediakan Oleh:
Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia
2018
ISI KANDUNGAN
PERANCANGAN HALA TUJU IPGM
PERANCANGAN PEMBANGUNAN
PENGURUSAN DATA DAN PERANGKAAN PENDIDIKAN GURU
PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA DAN PENGANTARABANGSAAN
PELAKSANAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
PENGURUSAN HAL-EHWAL PELAJAR
JAMINAN KUALITI DAN KEUTUHAN
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB) IPG
PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN/ PENTAKSIRAN
PENGURUSAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
PENGURUSAN PROGRAM KHAS
PENGURUSAN INFRA DAN INFOSTRUKTUR TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
PERANCANGAN DAN PENGGUBALAN KURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN GURU PRAPERKHIDMATAN DAN DALAM PERKHIDMATAN MENGIKUT PROSEDUR KUALITI YANG DITETAPKAN
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KEWANGAN, AKAUN, PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR, ASET, PENTADBIRAN, PERPUSTAKAAN DAN PENERBITAN
0303030405060714192223252627
3KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
1 PERANCANGAN HALA TUJU IPGM
1.1 Perancangan Hala Tuju Institut Pendidikan Guru (IPG) dibuat bagi memandu halatuju program pengurusan pendidikan keguruan dan perancangan strategik secara sistematik dan berkesan
i. Dokumen Transformasi IPGii. Pelan Strategik IPG 2016-2025iii. Sistem e-KPIiv. IPGM-PPK-PT-02
(Perancangan Tahunan)
2 PERANCANGAN PEMBANGUNAN
2.1 Perancangan Pembangunan IPGa. Perancangan pembangunan IPG perlu
dilaksanakan dengan lebih sistematik dan cekap dalam memastikan infrastruktur IPG yang mantap.
b. Kemudahan fizikal dan kemudahan asas IPG perlu sentiasa dipertingkatkan.
c. Perancangan yang dibuat adalah berasaskan outcome (Outcome-based).
d. Proses perancangan bagi pembangunan IPG adalah berkonsepkan rolling plan.
i. Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
ii. Pekeliling Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Bilangan 1 Tahun 2009
iii. Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2012- Garis Panduan Pencapaian Program/ Projek Pembangunan Melalui Penilaian Outcome
iv. Garis Panduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan Edisi Tahun 2015 (Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri)
3 PENGURUSAN DATA DAN PERANGKAAN PENDIDIKAN GURU
3.1 Pengurusan dan gunasama data IPG a. Pengurusan data yang betul,tepat,sahih dan
disahkan bagi keperluan IPG dan pemegang taruh.
b. Pengurusan data guna sama bagi Manual Definisi Variabel IPG berpandukan Data Dictionary Sektor Awam (DDSA).
i. Pekeliling Am Bil.1 Tahun 2015- Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam
ii. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010: Akta 709
4 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
4 PELAKSANAAN PROGRAM KERJASAMA DAN PENGANTARABANGSAAN
4.1 Pelaksanaan Program Kerjasama danPengantarabangsaanPelaksanaan program kerjasama yang melibatkan kementerian, agensi atau institusi dalam dan luar negara bukan sahaja memberi impak kepada imej Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) tetapi juga kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Semua program kerjasama IPG KPM perlu dirancang rapi dan dilaksanakan dengan lebih profesional agar ianya memberi hasil yang berkualiti dan impak yang positif kepada IPG KPM.
Definisi Program Kerjasama IPG KPMa. Program kerjasama IPG KPM yang
melibatkan kementerian, agensi, institusi, Universiti Awam dan Universiti Swasta di dalam dan luar negara.
b. Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan sebaran proses menandatangani dokumen kerjasama seperti pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), Memorandum Perjanjian (MoA), Surat Hasrat (Letter of Intent) dan sebagainya.
c. Program kerjasama IPG KPM yang melibatkan Bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia.
d. Program kerjasama yang melibatkan penyertaan dan sumbangan IPG KPM yang berkesan kepada pertubuhan dalam dan luar negara.
e. Program yang melibatkan jaringan dan kolaborasi dalam bidang latihan guru dengan agensi dan institusi latihan dalam dan luar negara.
f. Contoh program kerjasama adalah kursus pengajian, program latihan, penyelidikan, seminar, persidangan, lawatan, Training of Trainers(TOT), program pertukaran pelajar, program kerjasama melalui Mesyuarat Joint Working Group (JWG) dalam Bidang Pendidikan, dan sebagainya.
i. Garis Panduan Pelaksanaan Program Kerjasama IPG KPM (2016)
ii. Garis Panduan Pelaksanaan Majlis dan Acara IPG KPM (2016)
5KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
g. Program kerjasama tersebut mempunyai kriteria seperti berimpak tinggi (outcome-based), mempunyai kebolehcapaian (doable), mempunyai peruntukan yang mencukupi (budgetary readiness) dan mempunyai nilai timbal balik yang setara (return on investment).
5 PELAKSANAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI
5.1 Pelaksanaan PenyelidikanIPGM melalui PPPI melaksanakan pemantauan penyelidikan secara berkala untuk meningkatkan keupayaan penyelidikan serta menstruktur semula fungsi dan peranan sedia ada JPIPK di peringkat kampus.
i. COPPA- Bidang 5 (5.2- Penyelidikan dan Pembangunan)
ii. IPGM-PPK-PUP-04: Maklumbalas Pelanggan
iii. Dasar Penyelidikan IPG
5.2 Pelaksanaan Inovasi Strategi pelaksanaan bagi memantapkan inovasi di IPG adalah seperti berikut:a. Merancang, membangun dan menyelaras
program inovasi latihan guru.b. Memantau dan menilai keberkesanan aktiviti
inovasi IPG.c. Mengurus, memantau dan melaksanakan KIK
dan CIC.d. Menguruskan anugerah, persidangan,
bengkel dan pameran (showcase) inovasi peringkat Kebangsaan.
e. Menggalakkan amalan inovasi terbuka bersama agensi lain dan menerapkan kreativiti dalam pengurusan.
f. Menguruskan kajian-kajian inovasi mengikut keperluan.
g. Memberi khidmat nasihat, membantu dan memudahcara penyelidik dan perekacipta mendapatkan perlindungan harta intelek
i. Garis Panduan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) untuk pelaksanaan KIK Horizon Baharu
ii. Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (MOSTI)
6 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
6PERANCANGAN DAN PENGGUBALAN KURIKULUM PROGRAMPENDIDIKAN GURU PRAPERKHIDMATAN DAN DALAM PERKHIDMATANMENGIKUT PROSEDUR KUALITI YANG DITETAPKAN
6.1 Pembinaan Struktur Program dan KurikulumStruktur program merupakan kerangka dan komponen kurikulum yang menetapkan kursus-kursus yang ditawarkan serta jumlah komponen dan kredit berpandukan Program Standard Pendidikan (EPS) dan juga Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum.
Pembinaan kurikulum ini mengambil kira input dari pelbagai sumber dan melibatkan langkah-langkah berikut:a. Pusat Pembangunan Akademik (PPA), IPGM
merancang dan membina struktur setelah mendapat punca kuasa Senat.
b. PPA mendapat pandangan pakar rujuk mengenai struktur kurikulum. Panel penggubal dan pemurnian struktur kurikulum dipilih dalam kalangan pensyarah-pensyarah IPGK yang berkelayakan akademik dan berpengalaman dalam bidang pengkhususan.
c. Struktur kurikulum yang telah dimurnikan dibentangkan kepada Pasukan Jaminan Kualiti Akademik (PJKA). Struktur tersebut dimantapkan dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) dan seterusnya diangkat ke Senat untuk kelulusan.
d. Struktur kurikulum yang telah diluluskan diedarkan kepada IPGK yang dipertanggungjawabkan untuk merancang dan menggubal Ringkasan Maklumat Kursus/ Maklumat Kursus.
e. Dalam proses penggubalan kurikulum, pengurusan tertinggi KPM, tenaga pakar daripada institusi pengajian tinggi, pegawai iktisas Bahagian KPM, pensyarah IPG, dan guru sekolah dirujuk dan dilibatkan secara langsung.
f. Draf Ringkasan Maklumat Kursus/ Maklumat Kursus yang telah disediakan oleh IPGK dibentangkan kepada Pasukan Jaminan Kualiti Akademik PPA (PJKA PPA) yang dipengerusikan oleh Pengarah IPG Kampus yang dilantik oleh Rektor IPGM untuk tujuan pemantapan sebelum dibentang ke JKPA.
i. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran
ii. Dasar e-Pembelajaraniii. Buku Panduan Amalan Profesionaliv. Program Standard Pendidikan (EPS)v. Garis Panduan Amalan
Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum
7KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
g. Draf Ringkasan Maklumat Kursus/ Maklumat Kursus yang telah dimurnikan akan dibentang kepada Jawatankuasa Pembangunan Akademik (JKPA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Rektor.
h. Pandangan professional daripada hasil pembentangan itu diambil kira untuk proses pemantapan Ringkasan Maklumat Kursus/ Maklumat Kursus tersebut.
i. Ringkasan Maklumat Kursus/ Maklumat Kursusyang telah dimantapkan dibentang kepada Senat untuk kelulusan.
j. Taklimat induksi kurikulum diberikan kepada SUA, KJ dan KU IPGK.
k. IPGK melaksanakan induksi kurikulum di peringkat kampus kepada semua pensyarah
Pemantauan kurikulum dilaksanakan oleh IPGM menggunakan borang instrumen yang dibangunkan mengikut keperluan.
7 PENGURUSAN HAL-EHWAL PELAJAR
7.1 Pengoperasian dan Penguatkuasaan Peraturan dan Akta 174 dan Disiplin pelajari. Pengurusan Tatatertib Pelajar menggunakan
Akta 174 digunakan apabila seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman itu disatukan sekali mengikut kaedah 48, Jadual Kedua Akta 174 iaitu:
a. amaran; b. denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit; c. penggantungan daripada mana-mana
daripada atau kesemua kemudahan Institusi selama tempoh yang ditentukan;
d. penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di Institusi selama tempoh yang ditentukan;
e. penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di Institusi;
f. penyingkiran daripada mana-mana bahagian Institusi selama tempoh yang ditentukan;
g. pembuangan daripada Institusi oleh pihak berkuasa tatatertib.
i. Undang-undang Malaysia Akta Institusi-institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] (Pindaan) 2012
ii. Buku Peraturan Pelajariii. Prosedur Tindakan
Secara Pentadbiraniv. Prosedur Pelaksanaan
Tindakan Tatatertibv. Perjanjian Pendidikan Guru
8 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
ii. Pihak berkuasa tatatertib IPG KPM perlu mengenakan tindakan tatatertib kepada pelajar yang melanggar disiplin.
iii. Pengarah IPG KPM yang menjalankan fungsi Pegawai Hal Pelajar perlu menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Akta 174 bagi kesalahan yang dikenakan tindakan di bawah Akta 174.
iv. Pegawai Hal Ehwal Pelajar perlu mengambil kira bahawa setiap tindakan dan hukuman yang dikenakan adalah setimpal dengan hasrat untuk mendidik dan membimbing pelajar IPG KPM membentuk jati diri.
7.2 Kebajikan Pelajara. Penangguhan Pengajian
Penangguhan pengajian bermaksud memberhentikan sementara pengajian bagi seseorang pelajar dalam tempoh masa tertentu berdasarkan sebab-sebab yang dipersetujui oleh pihak IPG
b. Penggantungan PengajianPenggantungan Pengajian bermaksud hukuman oleh Lembaga Tatatertib IPG yang mengakibatkan pelajar tidak dibenarkan meneruskan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan
c. Tempoh Penangguhan/ PenggantunganAdalah satu tempoh di mana pelajar tidak boleh mengikuti sebarang aktiviti akademik dan tidak diambil kira sebagai tempoh pengajian
d. Penamatan PengajianAdalah pelajar yang diberhentikan pengajian oleh pihak institut kerana;i. Pembuangan dari institut melalui
tindakan tatatertib (Akta 174)ii. Gagal peperiksaan (keputusan Senat IPG)iii. Ditamatkan perjanjian oleh pihak penajaiv. Pelajar tidak hadir kuliah tiga bulan
berturut-turut tanpa alasan munasabah.v. Penangguhan pengajian
melebihi satu tahunvi. Permohonan berhenti pelajar
(diluluskan Pengarah IPG KPM).
Prosedur Penangguhan dan Penyambungan Pengajian Selepas Tempoh Penangguhan/ Penggantungan Pengajian Pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)
9KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
e. Berkahwin Semasa Pengajiani. Pelajar tidak boleh berkahwin semasa
berkursus kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah IPG KPM
ii. Semua urusan perkahwinan perlu mematuhi undang-undang perkahwinan yang digunapakai di Malaysia
f. Lawatan ke Luar NegaraDokumen ini bertujuan untuk menyelaraskan proses kerja yang perlu dilakukan oleh pelajar dan pentadbir bagi memudahkan pertimbangan kelulusan kebenaran lawatan pelajar ke luar negara sama ada secara persendirian atau berkumpulan.
Buku Peraturan Pelajar(Perkara 11)
i. Prosedur Lawatan Ke Luar Negara Pelajar (Persendirian/Berkumpulan)
ii. Buku Peraturan Pelajar (Perkara 10)
7.3 Perjanjian Pendidikan GuruPerjanjian Pendidikan Guru merupakan satu kontrak perjanjian kepada pelajar-pelajar yang dibayar elaun oleh KERAJAAN (Rektor IPGM) sepanjang tempoh pengajian. Pelajar perlu menandatangani perjanjian ini dalam tempoh sebulan dari tempoh mendaftar sebagai pelajar baharu.
i. Borang Perjanjian Pendidikan Guru (PPISMP/PISMP/PDPLI/PDPM)
ii. Prosedur Mengisi Borang Perjanjian Pendidikan Guru
7.4 Penguatkuasaan Perjanjian Pendidikan Gurua. Menjelaskan tentang pelaksanaan
penamatan pengajian dan tuntutan ganti rugi pelajar yang mungkir Perjanjian Pendidikan Guru serta Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih dalam ikatan perjanjian untuk dibawa dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (MJKP KPM) bagi menentukan tuntutan ganti rugi.
b. Pemegang kontrak KPM sama ada pelajar pra-perkhidmatan atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih terikat dan didapati ingkar dengan kontrak perjanjian akan dikenakan tuntutan ganti rugi.
Prosedur Pelaksanaan Penamatan Pengajian dan Tuntutan Ganti Rugi Pelajar yang Ingkar Perjanjian Pendidikan Guru (PPG) Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
7.5 Pengurusan Rekod/Dokumen PelajarMenjelaskan dokumen/rekod pelajar seperti Fail Peribadi Pelajar, Perjanjian Pendidikan Guru dan Buku Daftar Pelajar yang perlu disimpan, direkod dan dilupuskan apabila telah tamat tempoh penyimpanan.
Prosedur Pengurusan, Penyimpanan dan Pelupusan Rekod/Dokumen Pelajar IPG
10 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
7.6 Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu (PPPB)Merupakan satu program yang diwajibkan kepada semua pelajar baharu mengikuti latihan perguruan peringkat Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) / Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) / Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) / Program Diploma Pendidikan Lepas Ijazah (PDPLI) di semua IPG KPM. Prosedur ini dikeluarkan bagi memastikan pelaksanaan aktiviti PPPB dapat diselaraskan di semua IPG KPM.
i. Prosedur Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu Institut Pendidikan Guru
ii. Prosedur Pengisian Program Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu (Latihan dalam kumpulan / kerohanian & moral)
iii. IPGM-PPK-PT-03
7.7 Pelaksanaan Program Mentor-Mentee Pelajar IPG KPMMerupakan program yang dilaksananakan oleh mentor untuk membimbing pelajar dalam membentuk sahsiah yang baik dan seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani secara berjadual (1 jam seminggu). Modul ini membantu mentor mengendalikan aktiviti secara lebih terancang di semua IPG KPM.
i. Panduan Pelaksanaan Program Pementoran
ii. IPGM-PPK-PT-03
7.8 Pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)a. Merupakan kepimpinan pelajar di IPG yang
dilantik melalui proses pilihan raya kampus berdasarkan Jadual Ketiga Seksyen 7, 22 dan 23 Akta 174.
b. Prosedur ini membantu dan menyeragamkan proses pilihan raya di kampus dan watikah pelantikan bagi pelajar-pelajar yang terpilih secara demokrasi melalui pilihan raya yang telah diadakan.
Prosedur Pengurusan JPP:i. Perwakilan Pelajarii. Perlembagaan JPPiii. Watikah Pelantikan JPP
7.9 Sukarelawan IPG KPMProsedur operasi standard ini disediakan bagi memastikan aktiviti kesukarelawanan dapat dilaksanakan dan diselaraskan dengan berkesan oleh Sukarelawan IPG KPM yang melibatkan IPGM dan 27 IPGK di seluruh negara.
Garis Panduan Prosedur Operasi Standard Sukarelawan IPG KPM
11KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
7.10 Etika PelajarMerupakan panduan kepada pelajar dalam mengamalkan nilai-nilai bertanggungjawab terhadap diri, rakan, keluarga, ilmu, guru, IPG, masyarakat dan profesion perguruan dengan berlandaskan nilai-nilai akhlak mulia.
Etika Pelajar Pendidikan Guru IPG KPM
7.11 Peraturan Pelajar IPGMerupakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar IPG selaras dengan Akta 174.
Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru
7.12 Pengurusan Kewangan Pelajar Merupakan prosedur kewangan bagi tujuan penyelarasan di semua IPG dalam menguruskan pembayaran elaun sara hidup pelajar, tambang dan elaun kurang upaya serta bayaran elaun bagi kes menangguh, gantung pengajian, gagal, sakit, berhenti, meninggal
Prosedur Pengurusan Kewangan
7.13 Program Ekstra Kurikulum a. Merupakan sebahagian daripada
aktiviti ekstra kurikulum sedia ada yang mengandungi komponen Sukan dan Permainan, Kelab/Persatuan, Unit Beruniform dan program bersama Agensi Luar (NGO) sebagai nilai tambah dan tidak melibatkan sebarang penilaian akademik.
b. Ekstra Kurikulum juga menekankan aspek 4K (Kemahiran Asas, Kepegawaian, Kejurulatihan dan Kepengelolaan) bagi komponen Sukan dan Permainan, Kelab/Persatuan dan Unit Beruniform bagi melengkapkan kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar IPG sesuai dengan keperluan pendidikan semasa.
i. Buku Panduan Pelaksanaan Ekstra Kurikulum
ii. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang berkaitan
iii. Peraturan Tetap Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA)
12 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
7.14
Pengambilan dan Penempatan Pelajar a. IPGM bertanggungjawab terhadap
pengambilan dan penempatan pelajar pra-perkhidmatan bagi program PISMP. Kelayakan akademik untuk kemasukan ke IPG KPM adalah berdasarkan syarat kemasukan yang diluluskan oleh IPGM seperti berikut:
• Warganegara Malaysia• Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun
dalam tahun permohonan dibuat.• Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan
kokurikulum• Mendapat gred CEMERLANG dalam mana-
mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
• Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
• Lulus Bahasa Inggeris.• Memenuhi syarat bidang pengkhususan.• Calon mesti LULUS Program Persediaan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang dijalankan selama dua belas (12) bulan/dua (2) semester dan akan diberikan Sijil Tamat PPISMP serta DITAWARKAN mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama empat (4) tahun/lapan (8) semester di IPG. Program PPISMP dan PISMP dijalankan menggunakan Mod Sepenuh Masa.
7.14.2 Laluan Khas (Calon Orang Asli dan Penang, Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Malaysia).• Warganegara Malaysia• Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun
dalam tahun permohonan dibuat.• Sihat tubuh badan• Aktif dalam kegiatan kokurikulum.• Mendapat gred KEPUJIAN dalam mana-mana
enam (6) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan LULUS Bahasa Inggeris serta Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penambahan syarat dan kreteria pengambilan serta ujian saringan terhadap calon PISMP ke IPG mulai 2014 telah pun diluluskan dalam Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.3 bertarikh 26 Februari 2014.
i. Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli yang dilancarkan oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia, di sekolah Kebangsaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Betau, Kuala Lipis, Pahang pada 21 Jun 2012 mengariskan tujuh (7) inisiatif baharu sebagai usaha untuk mengarusperdanakan masyarakat Orang Asli seiring dengan kemajuan rakyat Malaysia. KPM memutuskan pengambilan pelajar bagi Laluan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di
13KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
7.14.3 Prosedur Pengambilan dan Penempatan PelajarProsedur pelaksanaan pengambilan dan penempatan pelajar (PPP) adalah tertakluk kepada proses yang terkandung di dalam ISO; IPGM-PPK-PT-04. Pengambilan dan penempatan pelajar berdasarkan unjuran keperluan guru yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Proses pengambilan akan dimulakan dengan mengeluarkan Iklan Permohonan. Calon yang menepati syarat asas dan syarat bidang akan dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Calon yang lulus komponen Ujian Kelayakan Fizikal dan Ujian Psikologi (bertulis) akan dipanggil untuk menduduki temuduga. Prosedur pemilihan calon guru tertakluk kepada kriteria pemilihan calon dan prosedur pemilihan dan penempatan pelajar.
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang dan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu LintangSarawak bagi kaum Penan mengikut keperluan semasa.
ii. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan KPM kali ke 200 Bil. 3/2012 bertarikh 26 Julai 2012 memutuskan bahawa pelaksanaan laluan khas bagi kemasukan ke IPG KPM dalam kalangan atlet murid Sekolah Sukan Malaysia dan Sekolah Seni Malaysia diteruskan mengikut kriteria yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah bertarikh 17 Mac 2010.
i. Prosedur Kualiti Umum Pengurusan Pengambilan Pelajar (IPGM-PPK-PT-04)
ii. Unjuran KPM Pengambilan PISMP/ PDPLI daripada BPPDP
iii. Iklan Permohonan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah (PDPLI)/ Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
iv. Buku Panduan Ujian Bertulis (SULIT)v. Buku Panduan UKF (SULIT)vi. Buku Panduan Temu Duga (SULIT)vii. Kriteria Pemilihan Calon (SULIT)viii. Prosedur Pemilihan dan
Penempatan Pelajarix. Buku Panduan Pendaftaranx. COPPA (Code of Practice For
Programme Accreditation 2nd Edition 2017)
14 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
8 JAMINAN KUALITI DAN KEUTUHAN
8.1 Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 di IPGM dan IPGPelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 lebih menekankan ‘pendekatan proses’ untuk membangunkan dan mempertingkatkan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK). Pengurusan proses melalui kaedah Plan-Do-Check-Act (PDCA) dengan berfokuskan “Pemikiran Berdasarkan Risiko”. Ia juga memfokuskan kepada pelanggan serta keselarasan/keserasian dengan Standard Sistem Pengurusan yang lain.Standard Antarabangsa ini menetapkan keperluan bagi sistem pengurusan kualiti apabila sebuah organisasi: a. perlu untuk menunjukkan keupayaan untuk
menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan dan kehendak berkanun dan peraturan yang berkenaan secara konsisten, dan
b. bertujuan untuk meningkatkan kepuasan pelanggan melalui penggunaan sistem yang berkesan, termasuk proses penambahbaikan sistem dan jaminan keakuran kepada pelanggan dan keperluan undang-undang dan peraturan.
MS ISO 9001:2015 (Januari 2018)
i. Manual Kualiti IPGM-PPK-MK-01ii. Perancangan Tahunan
IPGM-PPK-PT-02iii. Pengurusan Hal Ehwal
Pelajar IPGM-PPK-PT-03iv. Pengurusan Pengambilan
Pelajar IPGM-PPK-PT-04v. Reka Bentuk & Penyampaian
Kurikulum IPGM-PPK-PT-05vi. Pentaksiran Pelajar
IPGM-PPK-PT-06vii. Pengurusan Peperiksaan
IPGM-PPK-PT-07viii. Pengurusan Perpustakaan
IPGM-PPK-PT-08ix. Pengendalian Mesyuarat
Kajian Semula Pengurusan dan Mesyuarat Majlis Kualiti Institut IPGM-PPK-PUP-01
x. Tindakan Pembetulan & Penambahbaikan IPGM-PPK-PUP-02
xi. Audit Dalaman IPGM-PPK-PUP-03xii. Maklum Balas Pelanggan
IPGM-PPK-PUP-04xiii. Pengurusan Rangkaian
IPG IPGM-PPK-PUP-05xiv. Perolehan IPGM-PPK-PUP-06xv. Aduan Pelanggan IPGM-
PPK-PUP-07xvi. Latihan Pembangunan
Staf IPGM-PPK-PUS-01xvii. Kawalan Dokumen
IPGM-PPK-PUS-02xviii. Malaysian Standard MS ISO
9001:2015 Quality Management Systems – Fundamentals and Vocabulary (Second Revision)
xix. Malaysian Standard MS ISO 9001:2015 Quality Management Systems – Requirements (Second Revision)(ISO 9001:P2015, IDT
xx. Malaysian Standards MS ISO 9004:2000 Quality6 Management Systems – Guidelines for Performance Improvements
15KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
xxi. Surat Siaran Pemakluman Mengenai Keputusan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) Institut Pendidikan Guru Bil.2/2017 KPM.100-14/6/1 JLD.2(51) bertarikh 29/12/2017
8.2 Prosedur permohonan akreditasi bagi program pengajian yang ditawarkan di IPG8.2.1. Akreditasi program merupakan satu
perlakuan penilaian yang dikendalikan oleh pihak keserakanan bagi tujuan memastikan program akademik mencapai tahap kualiti yang dihasratkan.
8.2.2. Akreditasi penuh merupakan satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan pengajaran, pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan program yang ditawarkan telah menepati keperluan standard akreditasi penuh seperti yang terdapat dalam Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Program Accreditation, COPPA) dan mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualification Framework, MQF).
8.2.3. Penilaian Akreditasi Penuh dikendalikan oleh Agensi Kelayakan Malaysia melalui Panel Penilai yang menilai Maklumat Program dan Laporan Penilaian Kendiri yang dikemukakan melalui Dokumen MQA-02. Panel ini juga akan melakukan lawatan penilaian bagi menentusah dan memperakui segala maklumat yang dikemukakan dalam dokumen tersebut.
i. Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA) 2nd Edition (2017)
ii. Malaysian Qualifications Framework – Point of Reference and Joint Understanding of Higher Education Qualifications in Malaysia\
iii. Education Programme Standards (EPS)2014
iv. MQA Assessors & Officers Workshop – Guidelines To Good Practices: Continual Quality Improvement and Programme Monitoring and Review (GGP: CQIPMR)
v. Guidelines To Good Practices: Monitoring, Reviewing and Continually Improving Institutional Quality (GGP: MR and CIIQ)
vi. Code of Practice for Institutional Audit (COPIA)2nd Edition (2009)
16 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
8.2.4. Dokumentasi MQA-02 adalah pengemaskinian dokumentasi permohonan akreditasi sementara MQA-01 yang melibatkan penyediaan maklumat berikut:a) Bahagian A: Maklumat Umum
Pemberi Pendidikan Tinggib) Bahagian B: Maklumat Programc) Bahagian C: Standard Programd) Bahagian D: Laporan Penilaian Kendiri
8.2.5. Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan berperanan sebagai urus setia dalam menyelaras proses permohonan akreditasi penuh oleh IPG dan bertanggungjawab ke atas penyediaan maklumat Bahagian A sahaja.
8.3 Penarafan IPGa. Inisiatif Penarafan IPG termaktub di dalam
beberapa agenda penting pendidikan negara iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
b. Terdapat 5 bidang keberhasilan utama iaitu kesinambungan daripada penilaian kualiti sedia ada seperti Sistem penilaian kualiti oleh MQA – COPPA, COPIA serta Sistem Penarafan untuk pelbagai institusi – RU, SETARA, HICoE, MyQUEST dan Polyrate.
c. Sistem Penarafan Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan sebuah instrumen yang dibangunkan untuk membuat penilaian yang jelas dan seragam terhadap kualiti dan prestasi IPG.
d. Sistem penarafan ini akan turut membantu perlaksanaan CQI untuk sistem pendidikan di IPG.
e. Mesyuarat Task Force Inisiatif Kualiti Guru yang dipengerusikan oleh TKPPM (SPPK) pada 17 Februari 2012 telah memutuskan supaya inisiatif yang dirancang di bawah Kualiti Guru diberi penyegaran semula.
f. IPGM, PADU dan PEMANDU bersetuju supaya satu Sistem Penarafan IPG dibangunkan segera.
i. PADU – 10 November 2014. Minit Mesyuarat Perbincangan Pelaksanaan Penarafan Institut Pendidikan Guru
ii. Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM (9 Januari 2015)- Memo Antara Bahagian. Penilaian Penarafan Bintang (Perkhidmatan Teras) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
iii. PPPM 2013-2025 Anjakan 5; Bab 5; ms 5-5; Merombak IPG dan Latihan Guru
iv. Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020 (Buku pelan strategik; no 23 dan 24, ms 14-15)
17KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
g. Pihak pengurusan tertinggi telah memberikan persetujuan bahawa pelaksanaan Sistem Penarafan IPG ini dilaksanakan dua (2) tahun sekali
h. IPGM telah mula melaksanakan Sistem Penarafan IPG ke atas semua 27 IPG pada tahun 2013, diikuti 2015 dan terkini 2017.
8.4 Sistem Star Rating (SSR) a. Arahan Perkhidmatan (AP) yang diguna
pakai sekarang telah dikeluarkan pada 1 Mac 1974. Secara amnya AP digunakan sebagai panduan dalam urusan pentadbiran sesuatu pejabat yang meliputi aspek urusan pentadbiran, dokumen, barang kelengkapan jabatan, perhubungan dan perkara berkaitan dengan perkhidmatan. Selaras dengan perkembangan semasa dalam perkhidmatan awam, AP yang sedia ada wajar diperkemaskan supaya ianya sentiasa relevan dan dapat
b. Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2015.
c. Panduan kepada agensi awam terutama dalam menguruskan perkara mengenai urusan pentadbiran harian sesebuah jabatan atau pejabat.
d. Objektif: - Menilai dan mengukur prestasi agensi
Sektor Awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholders;
- Memperkasakan elemen Transformasi dan Inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi; dan
- Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang.
Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan PejabatDokumen Penilaian Star Rating Agensi Sektor Awam MAMPU 2012Manual Prosedur Kerja IPGM KPM
18 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
8.5 Budaya IPGa. Budaya IPG telah diperkenalkan oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada tahun 2006, bertujuan mewujudkan identiti IPG sebagai sebuah institusi latihan perguruan yang unggul.
b. Justeru, IPGM telah menggariskan tujuh dimensi Budaya IPG yang perlu diterapkan oleh Institusi Pendidikan Guru (IPG) bagi memastikan bakal graduannya mempunyai nilai kompeten, berkualiti, keterampilan serta mampu bersaing dalam era global.
c. Bagi merealisasikan hasrat peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan di IPGM dan IPGK, Jabatan Pengurusan Kualiti dan Keutuhan (JPKK) IPGM mencadangkan agar Program Amalan Dimensi Budaya IPG yang dijalankan di semua IPG kampus disebar luas dan diseragamkan ke seluruh IPGM. Dimensi-dimensi yang terdapat di dalam Budaya IPG adalah Budaya Ilmu, Budaya Kepimpinan, Budaya Kerja Profesional, Budaya Akhlak dan Moral, Budaya Penyayang, Budaya Hidup Sihat dan Budaya Estetika.
d. Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran dan Profesional IPGM, Bil.3 2016, dokumen Budaya IPG telah diminta oleh pihak pengurusan tertinggi IPGM untuk dikaji semula. Hasil ketetapan mesyuarat tersebut, penambahbaikan terhadap dokumen Budaya IPG perlu dilaksanakan bertujuan untuk menyemak semula kerelevenan isi dokumen berserta usaha penambahbaikan bagi menyesuaikan penggunaannya mengikut keperluan pendidikan semasa.
Panduan Budaya IPG Institut Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, Januari 2006
19KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
9PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KEWANGAN, AKAUN, PEMBANGUNAN DAN INFRASTRUKTUR, ASET, PENTADBIRAN, PERPUSTAKAAN DAN PENERBITAN
9.1 Pengurusan Sumber Manusia Keperluan bilangan perjawatan staf sokongan bergantung kepada bilangan pelajar dan staf akademik. Bilangan staf pentadbiran adalah berdasarkan Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan Tahunan (ABM B41) yang dikeluarkan oleh Bahagian Sumber Manusia, KPM berdasarkan norma perjawatan.Pengambilan dan pelantikan staf pentadbiran adalah di bawah pengurusan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terma dan syarat perkhidmatan tertakluk kepada Perintah Am Persekutuan, Surat Pekeliling dan Arahan Perkhidmatan yang sedang berkuatkuasa.
i. Waran Perjawatan Terkini (B63)ii. TOR Pengambilan Pensyarah
dan Pegawai Pengurusaniii. Pekeliling dan garis panduan
yang berkuatkuasa (Pekeliling Perkhidmatan)
9.2 Pengurusan Kewangan dan AkaunPerbelanjaan tahunan semasa adalah berdasarkan kelulusan permohonan ABM dan tahun kewangan berakhir pada setiap 31 Disember tahun berkenaan.Anggaran Belanja Mengurus (ABM) yang disediakan dua tahun sekali memperuntukan perbelanjaan untuk :
• Emolumen (Gaji & Upah)• Bekalan dan Perkhidmatan• Pemberian dan Bayaran Tetap
(Elaun Pelajar & aktiviti pelajar) • Penyenggaraan, Ubahsuai dan• Aset
Perancangan kewangan IPGM dibuat dalam bentuk penyediaan anggaran mengurus. Keperluan peruntukan IPGM dikemukakan kepada Bahagian Kewangan KPM bagi tujuan penyemakan bajet oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
i. Arahan Pegawai Pengawal Tahun Semasa
ii. Pekeliling Perbendaharaaniii. Tatacara Kewangan iv. Peraturan dan garis panduan
yang berkuatkuasav. Anggaran belanja mengurus
20 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
9.3 Pengurusan Pembangunan dan Infrastruktur dan AsetIPGM dan IPG bertangggungjawab untuk menentukan, menyedia, dan mengurus infrastruktur dan aset yang diperlukan bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang ditetapkan dalam SPK tidak terjejas.Infrastruktur meliputi:
• bangunan, tempat dan ruang kerja serta kemudahan yang berkaitan seperti dewan, bilik kuliah, makmal, bengkel pengajaran dan pembelajaran, asrama, pusat sumber, gelanggang sukan dan sebagainya;
• peralatan, perkakasan dan perisian yang diperlukan untuk menjalankan tugas;
• perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan dan komunikasi atau sistem maklumat.
Maklumat pengurusan aset hendaklah lengkap dan jelas, iaitu mengenal, mengawal, menyimpan, menjaga, mengurus, mendapatkan semula dan melupuskan barang serta menepati Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang digunapakai. Ini termasuk:
• Mewujudkan pangkalan data yang lengkap, tepat dan kemaskini;
• Memudahkan pengesanan dan pemantauan;
• Membolehkan keadaan aset diketahui; dan
• Memudahkan penyenggaraan, pelupusan dan penggantian aset.
i. Pekeliling Tatacara PengurusanAset Tak Alih Kerajaan (TPATA)tahun 2012
ii. Garis Panduan Pengurusan Kontrak Perkhidmatan KPM 2015
iii. Pekeliling PTP Bil 1/ 2013 – bagi sewaan ruang/tapak/dan sebagainya di bawah haklimik Pensuruhjaya Tanah Persekutuan
iv. Akta dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa seperti Akta 550, Suruhan Tenaga, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya.
v. Pekeliling Perbendaharaan dan garis panduan berkaitan yang sedang berkuatkuasa
9.4 Pengurusan PerpustakaanPengurusan Perpustakaan bertujuan memastikan semua bahan perpustakaan yang diperoleh oleh perpustakaan IPG didokumen, diuruskan dan diselenggarakan dengan teratur dan efisyen supaya mudah dikesan, dipinjam dan dipulangkan mengikut kaedah yang ditetapkan supaya dapat memenuhi keperluan pengguna.Pengurusan perpustakaan merangkumi perolehan, pemprosesan, pengkelasan dan pengkatalogan bahan perpustakaan.
i. Manual Kualiti IPGM-PPK-MK-01ii. Terbitan tempatan (Panduan)iii. Piawaian Pusat Sumber Maktab
Perguruan Versi 2004iv. Dewey Decimal Classification
(DDC) Scheme.v. Sistem Pengkelasan
Islam Ziaudin Sardarvi. Anglo-American
Cataloguing Rules II.vii. Library of Congress
Subject Headingsviii. Sears List of Subject Headings
21KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
ix. Panduan Perpustakaan Institut Pendidikan Guru masing-masing.
x. Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perkhidmatan semasa
xi. Akta Institusi-institusi Pelajaran 1976 (Akta 174)
xii. Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331)
xiii. Terbitan Antarabangsa (Panduan)xiv. Code of Practice for Program
Accreditation (COPPA) 2nd Edition 2017
xv. Dasar Pelupusan Sumber Perpustakaan (terbitan Perpustakaan Negara Malaysia)
xvi. Dasar Koleksi Khas (terbitan Perpustakaan Negara Malaysia)
9.5 Pengurusan PenerbitanAktiviti penerbitan karya-karya ilmiah dalam kalangan ahli akademik yang bertujuan menyokong pengajaran dan pembelajaran dan penyelidikan IPG, termasuk laporan dan dokumen-dokumen rasmi perlu diuruskan dengan terancang dan sistematik.
Peraturan Akta Hak Cipta 1987
22 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
10 PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (PPB) IPG
10.1 Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) adalah usaha untuk melengkapi pembangunan profesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti serta memperkasa profesion keguruan di IPG. Aspek-aspek PPB adalah:10.1. Perkongsian Tanggungjawab
a) Peningkatan inisiatif kendirib) Pengurangan inisiatif KPM c) Organisasi memberi dorongan,
sokongan / bantuan d) Membangunkan pelan pembangunan
profesionalisme kendiri10.2. Kepelbagaian Pendekatan/ Kandungan
a) Memenuhi keperluan organisasi b) Memenuhi keperluan individu
pelbagai, dinamik dan fleksibelc) Membangunkan potensi
dan bakat individu10.3. Keberkesanan pelaksanaan
a) Pengurangan pelaksanaan secara berpusat
b) Peningkatan PPB berasaskan tugas c) Inisiatif kendiri secara berterusan d) Peluasan mod dalam talian e) Memberi nilai tambah melalui
sistem mata PPB dan lain-lain10.4. Pengurusan Rekod Dan
Data Yang Sistematika) Portfolio latihan (e-portfolio/manual) b) Data berpusat yang mudah
diakses pihak berkenaan c) Skim pensijilan
i. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005: Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam
ii. Dasar Latihan Sumber Manusia KPM : Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2016
iii. Surat Siaran – Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku, Sesi Perkongsian Ilmu dan Pembelajaran Kendiri
iv. Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2014 : Penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia
v. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 2/2014: Garis Panduan Perbelanjaan Secara BerhematBagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam.
vi. Surat Siaran KPM Bilangan 14/2013: Garis Panduan Pembentangan Kertas Ilmiah Peringkat Antarabangsa di Dalam atau Luar Negara.
vii. Surat Siaran – Pegawai/Penyelaras Latihan di Bahagian/Jabatan di KPM – KP(PP)0022/189/2Jld.13 (16) – 17 September 2013
viii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012: Program Transformasi Minda
ix. Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Menggantikan Hari Berkursus Di Kementerian Pelajaran Malaysia Pada Tahun 2011.Ruj:KP(PP)0022/252 (23) Bertarikh 20 Disember 2010
x. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2009: Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam
23KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
xi. Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 3 Tahun 2005: Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan dan Bayaran Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Praperkhidmatan.
xii. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1997: Kuasa Meluluskan Kursus Jangka Pendek Yang Tempohnya Tiga Bulan Atau Kurang
xiii. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2009 Kemudahan Cuti Kursus Sambilan (CKS) Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara
11 PENGURUSAN PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN/ PENTAKSIRAN
11.1 Pentadbiran dan pengoperasian peperiksaan Pencapaian pelajar dalam pentaksiran secara formatif dan sumatif digunakan untuk menentukan sama ada hasil pembelajaran sesuatu kursus telah tercapai.
Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) akan melaksanakan proses penambahbaikan kepada kaedah dan jenis pentaksiran dari semasa ke semasa bagi memastikan hasil pembelajaran tercapai melalui proses ‘Closing The Loop’
i. Kod Amalan Pentaksiran Pelajarii. Buku Panduan dan Syarat
Penganugerahan Sijil/ Diploma/ ijazah
iii. Buku Panduan Pentaksiraniv. Manual Prosedur
Peperiksaan IPG KPMv. Arahan Keselamatanvi. Buku Panduan Pentaksiran 2016vii. Garis Panduan Pelaksanaan
Amalan Profesionalviii. Buku Panduan Bina Insan Guruix. Maklumat Kursus (MK)
11.2 Pembangunan dan verifikasi pentaksiran
Kaedah Penilaian:• Pentaksiran merangkumi pelbagai kaedah,
formal atau tidak formal untuk mencapai hasil pembelajaran kursus.
• Pentaksiran dilaksanakan dengan pelbagai kaedah terkini bagi menilai tahap intelektual dan kemahiran generik pelajar melibatkan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
• Pentaksiran amali dilaksanakan secara berterusan bagi kursus yang berteraskan kemahiran
24 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
bertujuan mengukur kebolehan pelajar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam bentuk penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kreativiti dan sikap.
• Pentaksiran Gerak Kerja Kokurikulum dijalankan secara berterusan menerusi kaedah kerja kursus semasa interaksi dijalankan.
• Pentaksiran untuk Program Bina Insan Guru (BIG) untuk menilai sahsiah dan insaniah dijalankan secara pemerhatian, kerja amali beserta laporan berportfolio, melalui aktiviti seperti perkhemahan, khidmat masyarakat, seminar dan kursus.
Amalan pentaksiran:• Kaedah dan jenis pentaksiran adalah
kombinasi kerja kursus dan peperiksaan atau kerja kursus sepenuhnya mengikut komponen kursus.
• Pentaksiran secara formatif dan sumatif berdasarkan standard rujukan kriteria dan standard rujukan norma dilaksanakan secara bersama.
• Buku Panduan Amalan Profesional digunakan sebagai panduan pelaksanaan PBS, praktikum dan internship.
• Berdasarkan prinsip pentaksiran yang dinyatakan, kaedah dan amalan pentaksiran dapat menunjukkan perkaitannya dengan hasil pembelajaran yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan dalamRingkasan Maklumat Kursus/ Maklumat Kursus.
Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi proses verifikasi dan moderasi telah dinyatakan secara jelas dalam Buku Panduan Pentaksiran dan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 IPGM-PPK-PT-06 Pelaksanaan Pentaksiran Pendidikan Guru. Prosedur ini bertujuan memastikan pentaksiran dijalankan secara sistematik, profesional dan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta mengikut keperluan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG).
25KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
12PENGURUSAN INFRA DAN INFOSTRUKTURTEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
12.1 Dasar TMK IPG Setiap prosedur dan peraturan dalam dasar ini ditujukan kepada golongan yang tertentu bersesuaian dengan peranan dan tanggungjawab mereka. Semua warga IPG mesti membaca, memahami, mematuhi arahan-arahan dan melaksanakannya secara berterusan. Tanggungjawab yang dinyatakan dalam dasar ini juga boleh ditaksirkan ke dalam peranan organisasi dan perseorangan. Dokumen-dokumen yang mendorong pencapaian peranan ialah dokumen proses kerja, misalnya arahan kerja, prosedur, peraturan, garis panduan, jadual kerja, laporan dan lainlain. Dokumen proses kerja yang digubal mengikut keperluan dan kesesuaian adalah berdasarkan dasar sedia ada.
i. COPPA: Bidang 5ii. Kementerian Pelajaran
Malaysia. 2012. Dasar Keselamatan ICT Versi 2.0
iii. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Arahan Pentadbiran Bil. 1/2013: Garis Panduan Penggunaan dan Penggurusan e-Mel Kementerian Pendidikan Malaysia.
iv. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2011. Surat Pekeliling ICT Bilangan 1 Tahun 2011: Dasar Keselamatan ICT (DKICT)
v. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Surat Pekeliling ICT Bilangan 2 Tahun 2014: Garis Panduan Mengenai Struktur Tadbir Urus Jawatankuasa Laman Web/Portal Kementerian Pendidikan Malaysia.
vi. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Pekeliling ICT KPM Bil. 1 Tahun 2014: Tadbir Urus Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT)
vii. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2014. Surat Pekeliling ICT KPM Bilangan 1 Tahun 2014: Garis Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Inisiatif ICT. Bahagian/Jabatan/Agensi dan Badan Berkanun Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
viii. Jabatan Perdana Menteri. 2007. Arahan Teknologi Maklumat. Putrajaya: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
ix. Jabatan Perdana Menteri. 2010. Dasar Keselamatan ICT Versi 5.3. Putrajaya: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
26 KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
x. Jabatan Perdana Menteri. 2009. Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2009: Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian Dan Sistem ICT Sektor Awam.
xi. Ministry of Education Malaysia. 2010.Policy on ICT in Education Malaysia. Putrajaya: Frost & Sullivan UNESCO. 2014. ICT Transforming Education: A Regional Guide. Bangkok: UNESCO
13 PENGURUSAN PERKHIDMATAN PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
13.1 Perkhidmatan kaunseling/ bimbingan/ konsultansia. Strategi pelaksanaan perkhidmatan Dasar
Psikologi dan Kaunseling KPM adalah secara komprehensif dengan merangkumi pelbagai setting perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
b. Mensyaratkan pematuhan garis panduan digunapakai dalam perancangan dan pelaksanaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling.
c. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan penglibatan warga KPM dengan mengutamakan aspek psikologi dan kaunseling dalam pembangunan modal insan.
d. Mentransformasikan perkhidmatan psikologi dan kaunseling seiring perubahan semasa.
i. Dasar Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling (DPPsK) merentasi semua peringkat warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
ii. Rancangan Malaysia Ke-11 (Strategik D:2)
iii. Akta Kaunselor 580iv. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
18 Tahun 2005 dan pekeliling perkhidmatan yang berkaitan
v. Kajian Keperluan Dasar Perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling
27KOMPILASI DASAR OPERASI IPG
BIL PERKARA DAN KETERANGAN DASAR / PROSEDUR / RUJUKAN
14 PENGURUSAN PROGRAM KHAS
14.1 Program Teach For Malaysia (TFM)i. Teach For Malaysia merupakan satu
program kerjasama diantara Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
ii. Program TFM bertujuan:• Menarik lebih ramai graduan cemerlang untuk memilih profesion keguruan• Memantapkan kualiti profesion keguruan di negara
iii. IPGM berperanan sebagai penyelaras program peringkat KPM merangkumi penyedia latihan ikhtisas dan terlibat dalam pemilihan felo TFM.
i. Rancangan Malaysia Ke-10 2011-2015 : Bab 5 Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan Bertaraf Dunia
ii. Perjanjian Bagi Mengendalikan Program Teach For Malaysia (TFM) Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia KPM/42/2011/10/0046 Tempoh perjanjian: 25.08.2011-24.08.2013
iii. Perjanjian Tambahan Kepada Perjanjian Bagi Mengendalikan Program Teach For Malaysia (TFM) Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia KPM/42/2013/10/0049 Tempoh perjanjian: 25.08.2013-31.12.2016
iv. Perjanjian Bagi Mengendalikan Perkhidmatan Program Teach For Malaysia (TFM) Fasa II Untuk Kementerian Pendidikan Malaysia KPM/48/2016/10/0001 Tempoh perjanjian: 1.1.2016-31.12.2020