-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
1/49
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
dengan fasih dan betul. Dasar MBMMBI ini dilaksanakan kerana pemansuhan Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) secara soft landing. Kajian
ini mengupas perubahan kurikulum yang berlaku selepas pelaksanaan MBMMBI. Ia juga
membincangkan sejauhmana hala tuju pelaksanaan dasar MBMMBI ini dalam erti kata lain
memartabatkannya. Dalam melaksanakan dasar ini, pelbagai strategi dan perubahan dalam
sistem pendidikan sekolah. Antaranya ialah kesan kepada pendidik dan pelajar, bahan-bahan
sumber pengajaran dan pembelajaran, sokongan dan komitmen agensi pusat serta cabaran dan
sokongan masyarakat.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa
Inggeris Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada
tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti
yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan
bahasa pengantar utama pendidikanberdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuh Bahasa
Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang
wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Dasar ini berperanan untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar di semua sekolah kebangsaaan dan sekolah menengah serta memastikan murid
boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
merupakan salah satu dasar pendidikan di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 2003 oleh
wantan perdana menteri kita iaitu Tun Mahathir bin Mohamad. Tunggak utama dasar ini ialah
menggantikan penggunaan bahasa ibunda atau bahasa Melayu kepada penggunaan bahasa
Inggeris sebagai bahasa perantara untuk proses pembelajaran dan pembelajaran di bilik darjah
di semua peringkat pendidikan. Akhirnya, dasar PPSMI ini telah dimansuhkan pada 8 Julai 2009
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
2/49
setelah menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak diperkenalkan dan juga berikutan
kegagalan perlaksanaan secara menyeluruh terutamanya kepada pelajar luar Bandar. Pada 9
Ogos, Tan Sri Muhyiddin mengumumkan para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah
menengahsekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Sehubungan
dengan itu, beliau memperkenalkan dasar MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia,
Memperkukuh Bahasa Inggeris) sebagai menggantikan dasar PPSMI yang memberi tumpuan
kepada peningkatan pembelajaran matapelajaran bahasa-bahasa, sambil mengaku bahawa
kerajaan tidak akan kembali ke dasar PPSMI (Wikipedia, 2011).
Pelaksanaan dasar baru memartabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa
Inggeris (MBMMBI) bagi murid Tahun Satu mulai 2011 telah dipercepatkan berbanding
cadangan asal pada 2012. Pelaksanaan lebih awal MBMMBI bagi menggantikan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bergantung
kepada beberapa faktor. Antaranya, bilangan guru yang mencukupi, kesediaan kurikulum baru
serta buku teks untuk Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris yang perlu disiapkan.
Secara umumnya, frasa memartabatkan bahasa Melayu yang didefinisikan sebagai
memberi kedudukan tinggi lagi bermaruah serta berprestij kepada bahasa Melayu dalam
kalangan penutur aslinya serta masyarakat lain, pada peringkat nasional, serantau dan global.
Bahasa Melayu yang bermartabat adalah bahasa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang
tinggi, sebagaimana dibuktikan oleh bahasa-bahasa utama dunia khususnya bahasa Inggeris,
Perancis dan Jepun. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, ia tentu sekali perlu menjadi bahasa
yang mendukung pelbagai disiplin ilmu dan digunakan sepenuhnya dalam pentadbiran negara,
penggubalan dan perumusan undang-undang, perbicaraan kes di mahkamah dan sektor
kehakiman, sektor perdagangan, ekonomi, korporat dan pasaran saham, kedoktoran,
kejuruteraan, teknologi maklumat serta pelbagai bidang penting dan utama yang menunjangi
kemajuan bangsa serta negara di pentas global (ITNM, 2010).
Menurut Mohd Ayob (2010), memartabatkan bahasa Melayu bermaksud
mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
3/49
Manakala memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan
bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar
benar-benar dapat menguasainya dengan baik. Melalui dasar baru yang diperkenalkan oleh
kerajaan Malaysia, guru merupakan medium terpenting bagi menggerakkan dan melaksanakan
dasar ini selaras dengan peranan guru di dalam mempertingkatkan kualiti proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutamanya.
Dasar MBMMBI ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft- landing )
mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran dan pembelajaran bagi
matapelajaran Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia
atau bahasa Malaysia sahaja di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris
dan bahasa Cina atau bahasa Cina sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bahasa
Inggeris dan bahasa Tamil atau bahasa Tamil sahaja di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT).
Pelaksanaan dasar ini bermula pada tahun 2012 bagi pelajar-pelajar Tahun 1, Tahun 4,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Walau bagaimanapun mekanisme soft landing akan memberi
ruang kepada dilaksanakan dalam dwibahasa. pelajar-pelajar lain menyesuaikan diri dengan
peralihan dasar di mana P&P sains dan matematik boleh dilaksanakan dalam dwibahasa. Ini
bertujuan untuk membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar PPSMI
ke dasar MBMMBI.
Soft-landing ini akan membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang
telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
pada atau sebelum tahun 2010 untuk meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat
Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft-
landing ini, proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Sains dan Matematik di
sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016.
Manakala di sekolah menengah pula, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua
mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. Selaras dengan soft-landing MMMBI, soalan
peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di peringkat UPSR, PMR dan SPM
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
4/49
akan dibuat dalam dwibahasa sehingga tahun 2020. Selepas daripada tahun 2020 semua soalan
bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut akan dibuat dalam bahasa Malaysia. Ini adalah selaras
dengan hasrat MBMMBI.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan
menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu. Sementara sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan
dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014. Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu
mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan
aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan
cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan
pengajaran bahasa Inggeris. "Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan
yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula
dilaksanakan pada 2003," katanya. Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam
PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua
subjek teknikal itu.
Rentetan pelaksanaan PPSMI
Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI)
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
5/49
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk
peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana
Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said
dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus
penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains
dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian
berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam
kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus
mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
6/49
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar
tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas
mempunyai pelbagai kelemahan ketara."
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak
rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan
andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan
sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI
dimansuhkan sepenuhnya pada 2012
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual membuat pengumuman
itu selepas membentangkan laporan hasil kajian PPSMI dalam mesyuarat Kabinet di Putrajaya.
Beliau juga akan mengemukakan cadangan yang menjadi kata putus tentang masa depan
PPSMI - sama ada diteruskan atau dimansuhkan sama sekali. Satu sidang media akan diadakan
bagi mengumumkan keputusan Jemaah Menteri itu di Kementerian Pelajaran pukul 2.30
petang. Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbarnya di Pagoh hari ini memberitahu,
keputusan mengenai dasar PPSMI tidak dibuat terburu-buru atau atas desakan serta tekanan
daripada mana-mana pihak. Ia berdasarkan kepentingan pelajar dan pentingnya
mempertingkatkan sistem pendidikan negara.
Tegas Muhyiddin, apa juga keputusan yang dibuat akan menjadi satu dasar dan tiada
sebarang rayuan kerana pihaknya sudah menerima pandangan bertahun-tahun lamanya. Pihak
kementerian juga, katanya, telah membuat pelbagai kajian dan menemui pelbagai hasil dan
pendapat. Muhyiddin berkata, beliau telah menemui kumpulan berkepentingan dalam soal
pendidikan menerusi perbincangan serta meja bulat dan kini mendapat gambaran yang jelas
mengenai PPSMI. Mengulas pandangan Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu itu,
Timbalan Perdana Menteri mengakui menemui bekas Perdana Menteri yang disifatkan sebagai
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
7/49
satu proses perbincangan atau musyawarah. Kajian pelaksanaan PPSMI dilakukan berikutan
reaksi pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), para akademik, pencinta
bahasa, persatuan pelajar dan ahli-ahli politik. Kebanyakan pandangan tidak bersetuju dasar
tersebut diteruskan kerana selepas enam tahun pelaksanaannya, terdapat petunjuk
kemerosotan keputusan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran.
Bantahan juga menjurus kepada kekhuatiran kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan akan terjejas selain masalah kekurangan guru yang fasih bahasa Inggeris untuk
mengajar kedua-dua mata pelajaran itu. Sementara itu, Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr. Zainal Kling ketika dihubungi meletakkan harapan
yang tinggi terhadap keputusan Kabinet esok. Diharap keputusan itu akan menjadi penentu
kepada kejayaan konsep 1Malaysia dengan kembali memartabatkan bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan. Untuk membolehkan hasrat itu menjadi kenyataan, maka PPSMI wajib
dimansuhkan dan kembali kepada asal di mana pengajaran di semua peringkat adalah dalam
bahasa Melayu. Beliau juga yakin pemansuhan PPSMI akan mengembalikan keyakinan rakyat
terhadap kesungguhan kerajaan memartabatkan bahasa dan membina bangsa melalui
penggunaan Bahasa Kebangsaan yang tunggal. Zainal juga percaya PPSMI jika dimansuhkan
akan memberi keyakinan kepada lulusan universiti untuk mempelajari bahasa asing terutama
bahasa Inggeris sebagai nilai tambah bagi menghadapi saingan globalisasi.
Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Emeritus Tan
Sri Dr. Ismail Hussein berkata, PPSMI jika diteruskan akan menimbulkan masalah kepada
golongan cendekiawan. Katanya, pelaksanaan PPSMI hanya memberi keselesaan kepada
kelompok bandar manakala pelajar luar bandar akan terus tertekan sehingga mewujudkan
ketidakseimbangan bagi bangsa Melayu itu sendiri. Beliau juga bimbang PPSMI jika diteruskan
akan menjadikan kelompok di bandar yang sebenarnya minoriti menjadi majoriti dan
menguasai segalanya. Jika situasi sedemikian berlaku, negara kita akan menjadi negara yang
porak peranda akibat bahasa ibunda kita sendiri tidak dimartabatkan tetapi mengagung-
agungkan bahasa asing.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
8/49
Sebab Pemansuhan PPSMI
Semenjak demonstrasi yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 7 Mac yang lepas, isu PPSMI
semakin hangat diperkatakan.Ada yang terus menyatakan bantahan dan ada juga yang
mempertahankan keperluan dasar PPSMI.Namun, daripada pemerhatian peribadi, rata-rata
pandangan yang mempertahankan dasar PPSMI dibuat berdasarkan kepentingan politik
ataupun dengan berdasarkan pemikiran yang simplistik.
Harus difahami bahawa isu PPSMI bukan isu politik.Pihak yang berterusan membantah
isu PPSMI juga bukanlah pihak yang mempunyai kepentingan politik. Seandainya ditelusuri
sejarah isu ini, maka kita akan dapati bahawa pihak yang benar-benar berterusan
memperjuangkan agar dasar PPSMI dimansuhkan, semenjak daripada mula-mula timbulnya
cadangan untuk melaksanakan dasar ini, bukanlah parti-parti politik tetapi badan-badan bukan
kerajaan (NGO), para sasterawan dan para intelektual negara. Hal ini bermakna bahawa
bantahan yang dibuat bukanlah berdasarkan kepada apa-apa kepentingan sebaliknya hanyalah
bertunjangkan rasa cinta kepada bangsa dan keprihatinan akan masa depan umat.
Adalah penting untuk difahami dengan jelas bahawa bantahan yang disuarakan
terhadap dasar PPSMI tidak sama sekali bererti penolakan terhadap kepentingan menguasai
Bahasa Inggeris sebagai salah satu bahasa yang penting di dunia pada hari ini. Secara umumnya
boleh diperhatikan bahawa persepsi ini wujud; bahawa seolah-olah pihak yang membantah
dasar PPSMI ini adalah pihak yang menentang Bahasa Inggeris. Hal itu tidak benar sama sekali.
Kepentingan menguasai Bahasa Inggeris tidak dinafikan, malah memang perlu digalakkan.
Malangnya, pelaksanaan dasar PPSMI bukanlah langkah yang betul; bukan hanya pelaksanaan
dasar ini tidak membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan para pelajar
tetapi akan membawa kesan-kesan lain yang cukup kritikal, khususnya dalam konteks budaya
dan pandangan alam.
Dasar PPSMI bukanlah penyelesaian untuk masalah penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan para pelajar kerana dasar ini lahir daripada corak pemikiran yang normal dan
simplistik.Dasar ini tidak menyentuh permasalahan dasar. Dalam proses penyelesaian masalah,
antara langkah awal yang penting adalah proses mengenalpasti punca masalah yang sebenar.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
9/49
Kegagalan mengenalpasti punca permasalahan yang sebenar akan menyebabkan tindakan yang
salah diambil, lantas gagal menyelesaikan masalah. Cara berfikir secara simplistik, dengan gaya
pemikiran yang normal yang biasanya akan mudah membuat sesuatu kesimpulan atau
keputusan dengan berdasarkan maklumat yang tidak lengkap, akan menyebabkan punca
masalah yang sebenar gagal untuk dikenalpasti.
Dalam isu yang sedang diperkatakan ini, masalah yang ingin ditangani adalah kelemahan
para pelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris, sekaligus menyukarkan mereka untuk
mendapatkan ilmu-ilmu berkaitan Sains dan Teknologi kerana kebanyakan rujukan adalah
dalam Bahasa Inggeris. Setelah masalah dikenalpasti, langkah seterusnya adalah untuk
mengenalpasti pula punca permasalahan yang sebenar. Dalam mengenalpasti punca masalah,
adalah penting untuk kita tanyakan:
" Mengapakah para pelajar kita gagal menguasai Bahasa Inggeris walaupun setelah mereka
mempelajari bahasa itu di sekolah semenjak Darjah 1 hingga Tingkatan 5 - sejumlah 11 tahun
kesemuanya! "
Tempoh 11 tahun itu adalah satu tempoh yang sangat panjang untuk mempelajari
bahasa.Bukankah perkara ini memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan
kaedah pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah? Seterusnya, kalaupun kita meletakkan
kegagalan menguasai disiplin ilmu Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sebagai
masalahnya, kita pasti akan bertemu dengan punca permasalahan yang sama apabila difikirkan
secara rasional dan berdasarkan pandangan para intelektual.
Rasional pengenalan dasar MBMMBI ini merangkumi aspek atau justifikasi seperti yang
dinyatakan di bawah:
Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar pengajaran Sains dan Matematikdi sekolah rendah dan menengah menghakis kepentingan bahasa Malaysia sebagai
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
10/49
bahasa ilmu dalam bidang tersebut. Apabila para pelajar mula menggunakan bahasa
Inggeris sebagai medium untuk berkomunikasi, ini akan menyebabkan mereka alpa
untuk bertutur di dalam bahasa ibunda terutamanya kepada anak-anak kecil yang masih
di peringkat awal pendidikan. Oleh itu, kepentingan bahasa ibunda secara perlahan-
lahan akan terhakis dan tidak lagi menjadi bahasa utama untuk para pelajar
berkomunikasi samaada di sekolah mahupun di rumah.
PPSMI telah melebarkan jurang pencapain Sains dan Matematik antara pelajar di Bandardan juga di luar Bandar. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu
kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan
ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa
Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi
kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran
seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan
berbahasa Inggeris mereka. Tambahan pula. Pelajar- pelajar di luar Bandar juga tidak
begitu mahir dalam menguasai pertuturan dan juga penulisan menerusi medium bahasa
Inggeris. Ini akan menyebabkan kesukaran untuk memahami proses pengajaran dan
pembelajaran dan menyebabkan mereka ketinggalan di dalam banyak aspek. Sebagai
kesan, pencapaian mereka di dalam mata pelajaran Sains dan Matematik khususnya
akan merosot dan hal ini juga dapat menghakis minat untuk belajar akibat kehilangan
fokus.
Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1961 telah menekankantentangperlunya penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-
sekolah dan dijadikan panduan. Seperti kata pepatah Melayu, Tak lapuk dek hujan tak
lekang dek panas. Sejak 1956 lagi dasar pendidikan Negara telah menekankankepentingan terhadap penggunaan bahasa Melayu dan sehingga kini, bahasa ibunda
masih dituturkan di bibir-bibir rakyat Malaysia sebagai bahasa rasmi Negara. Ini
membawa maksud bahasa Melayu tidak pernah lupus ditelan arus kemajuan dan global
yang semakin pesat.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
11/49
Antara strategi pelaksanaan MBMMBI dalam memartabatkan Bahasa Malaysia ialahP&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK
dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, menambah waktu P&P
Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT, menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia,
menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam
P&P Bahasa Inggeris. Manakala strategi bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris
pula ialah melalui penyediaan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru
bersara, guru dari luar negara dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan
IPTA, menyediakan guru BI di luar norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas
berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid), menyediakan bahan bacaan Bahasa
Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam P&P Bahasa Inggeris.
Antara strategi pelaksanaan MBMMBI dalam memartabatkan Bahasa Malaysia ialah
P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK
manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT, menambah waktu P&P Bahasa
Malaysia di SJKC dan SJKT, menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia, menyediakan bahan
bacaan Bahasa Malaysia dan memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris.
Manakala strategi bagi memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris pula ialah melalui
penyediaan guru BI yang mencukupi menerusi pengambilan guru bersara, guru dari luar negara
dan IPTS selain daripada pengambilan melalui IPGM dan IPTA, menyediakan guru BI di luar
norma iaitu 2 orang guru bagi setiap kelas berenrolmen tinggi (contoh: melebihi 35 murid),
menyediakan bahan bacaan Bahasa Inggeris dan memperkenalkan language arts dalam P&P
Bahasa Inggeris.
Pemansuhan PPSMI tidak bermakna Kerajaan mengabaikan kepentingan bahasa
Inggeris.Sebaliknya, penguasaan bahasa Inggeris pelajar akan dipertingkatkan dengan beberapa
langkah menambahbaik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Peribahasa Melayu ada
menyebut Yang lama dikelek, yang baru didukung yang membawa maksud adat yang lama
tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baru. Bahasa Melayu telah lama menjadi
tunggak di dalam dasar pendidikan Negara tidak seharusnya dilupakan atau digantikan dengan
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
12/49
pengunaan bahasa yang baru, tetapi seharusnya dimantapkan dan dimartabatkan lagi di
samping memperkukuhkan penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar
dan juga di dalam proses pembelajaran dan pendidikan. Langkah-langkah yang akan diambil
oleh kerajaan adalah untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Kenyataan ini telah disebutkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika membuat pengumuman
mengenai strategi Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI) baru-baru ini.
Ini termasuklah menambah bilangan guru bahasa Inggeris, menambah waktu belajar bahasa
Inggeris di semua peringkat persekolahan, memperkenalkan program sastera kontemporari
kanak-kanak untuk mengukuhkan asas penguasaan bahasa Inggeris di peringkat umur yang
awal, memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris, menekankan komponen tatabahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa Inggeris dan mendedahkan pelajar dengan istilah-istilah sains dan teknologi dalam mata
pelajaran bahasa Inggeris (Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, 2011).
Pihak Kementerian juga telah bersetuju untuk mewujudkan lima buah Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) Kampus Bahasa Inggeris khusus untuk melatih guru-guru bahasa Inggeris.
Kementerian juga secara dasarnya telah bersetuju untuk menempatkan guru-guru bahasa
Inggeris terbaik dan guru-guru yang akan diambil dari luar negara di kawasan luar bandar bagi
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar luar bandar. Insentif khusus akan diberikan
kepada guru-guru bahasa Inggeris yang bersedia untuk berkhidmat di luar bandar. Jawatan
pembantu guru bahasa Inggeris juga akan diwujudkan bagi kelas besar, seperti kelas yang
melebihi 35 orang murid, untuk meningkatkan contact-time antara guru dan murid. Dengan
mewujudkan jawatan guru pembantu bahasa Inggeris ini, tumpuan yang lebih boleh diberikan
kepada pelajar-pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris.Mereka ini boleh dibimbing
secara lebih dekat untuk membolehkan mereka menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik
(MudahBelajar, 2009).
Dengan melakukan penambahbaikan secara menyeluruh dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris, disertai dengan komitmen para guru untuk menggunakan kaedah terbaik
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
13/49
dalam usaha memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, Kerajaan menaruh
keyakinan bahawa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita akan meningkat. Untuk
mencapai matlamat ini, warga pendidik perlu melakukan lonjakan berganda untuk
menterjemahkan dasar dan strategi pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris dalam bentuk
pelaksanaan yang berkesan.Kita sesungguhnya tidak mempunyai banyak masa untuk mencapai
matlamat penting ini tetapi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Keupayaan
negara untuk melahirkan modal insan yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik dan
kompeten terletak di bahu warga pendidik.Pemantapan penguasaan bahasa Inggeris perlu
bergerak seiring dengan pengukuhan penguasaan bahasa Malaysia. Untuk tujuan ini,
Kementerian Pelajaran akan memberi fokus kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa
Malaysia di kalangan pelajar melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penekanan
juga akan diberikan kepada penghayatan dan apresiasi kesusasteraan Melayu bagi pelajar di
peringkat sekolah menengah.
Keputusan mengembalikan pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Malaysia di sekolah
kebangsaan juga merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk memperkukuh dan
memartabatkan kedudukan bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dalam sistem
pendidikan negara. Antara strategi yang digunakan untuk memartabatkan bahasa Melayu ialah:
P&P Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di Tingkatan Satu hingga Lima di SMKdan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT
Menambah waktu P&P Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT Menggunakan ICT dalam P&P Bahasa Malaysia Menyediakan bahan bacaan Bahasa Malaysia Memperkenalkan seni bahasa dalam P&P Bahasa Inggeris
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
14/49
KRONOLOGI MBMMBI
15 April 2009 Pelantikan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd. Yassin sebagai
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran
Malaysia.
8 Julai 2009 Memorandum Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran :
Transformasi Pendidikan Strategi Memartabatkan Bahasa
Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris.
8 Julai 2009 Pengumuman pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan MBMMBI
oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran
Malaysia.
4 Julai 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI Bil.1/2009
dipengerusikan oleh Y.Bhg.Tan Sri KSU & Y.Bhg. Tan Sri KPPM.
3 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa Inggeris Bil.
1/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato Noor Rezan Bapoo Hashim,
TKPPM (0)
5 Ogos 2009 Nota Jemaah Menteri daripada Menteri Pelajaran Strategi
MBMMBI
5 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa induk MBMMBI 2/2009 2.30 petang
dipengerusikan oleh KSU & KPPM
14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Bil.2/09 dipengerusikan oleh Y.Bhg.Dato TKPPM (0)
14 Ogos 2009 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan & Penyelarasan Program
Bahasa Inggeris Bil.2/09
17 Ogos 2009 Mesyuarat Ketua Setiausaha KPM bersama Ketua Perkhidmatan
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
15/49
KPM Bil. 8/2009. Pembentangan MBMMBI oleh Y.Bhg Tan Sri
KPM.
19 Ogos 2009 Sidang Media- Keputusan Meja Bulat PPSMI & Soft Landing
MBMMBI oleh Y.Bhg. Tan Sri KPPM.
20 Ogos 2009 Publisiti dalam MHI-TV3 mengenai MBI oleh Pn.Adzura Elier
Ahmad (UiTM)
24 Ogos 2009 Publisiti dalam The Star mengenai MBMMBI oleh Y.Bhg.Dato
TKPPM(0)
25 Ogos 2009 Publisiti dalam NST mengenai MBI oleh Y.Bhg Dato KPPM(0)
25 Ogos 2009 Sesi perbincangan cadangan LDP untuk guru Bahasa Inggeris
2 Sept 2009 Publisiti dalam WEB TV mengenai MBI oleh Y.Bhg.Dato TKPPM(0)
17 Sept 2009 Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBI oleh Y.Bhg.Dato
TKPPM(0)
10 Sept 2009 Publisiti dalam Nasi Lemak Kopi 0-TV9 mengenai MBM oleh Prof.
Dr. Onn Hj.Hashim (MBM)
10 Sept 2009 Publisiti dalam Berita Harian mengenai MBM oleh Y.Brs.Dr. Haili
Dolhan, TKPPM(D)
10 Sept 2009 Publisiti dalam WEB TV mengenai MBM oleh Y.Brs. TKPPM(D)
5 Oktober 2009 mesyuarat Jawatankuasa Induk MBMMBI 3/2009 2.30 petang
dipengerusikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin,Menteri Pelajaran
8 Oktober 2009 Majlis Bersama Tokoh-tokoh Bahasa dipengerusikan oleh
Y.Bhg.Tan Sri KPPM
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
16/49
10 Oktober 2009 Program bersama KPM di TV1 : 6 Fokus Utama MBMMBI oleh
Y.Bhg. Tan Sri KPPM
12 Oktober 2009 Mesyuarat Tindak Susul kepada Mesyuarat Jawatankuasa Induk
MBMMBI 3/2009
11 November 2011 Taklimat pelaksanaan MBMMBI kepada JPN.
15 November 2011 Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh JPN kepada PPD
18 November 2011 Taklimat pelaksanaan MBMMBI oleh PPD kepada sekolah
3 Disember 2011 Pendaftaran murid Tahun 1 dan Tingkatan 1
3 & 4 Januari 2012 Sesi persekolah 2012 bermula dan pelaksanaan MBMMBI
bermula.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
17/49
DASAR PELAKSANAAN MBMMBI
KementerianPelajaran Malaysia telahmengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil.12/2011
Pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh BahasaInggeris (MBMMBI)
bertarikh 4 November 2011 yang menjelaskan pelaksanaan Dasar MBMMBI. Di bawah dasar
MBMMBI, pengajaran sains dan matematik dilaksanakan dalam bahasa Malaysia di sekolah
kebangsaan (SK) dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC)
dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bagi melicinkan pelaksanaan dasar
tersebut dalam tempoh peralihan ini, garis panduan berikut disediakan bagi membantu pihak
sekolah untuk membuat keputusan tentang pemilihan bahasa dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-
sama dengan SPI Bil. 12/2011.
Pihak sekolah boleh meneruskan p&p bagi sains dan matematik berdasarkan situasisemasa yang sedang dijalankan di peringkat sekolah masing-masing, iaitu:
o Kelas yang menggunakan bahasa Malaysia dalam p&p sains dan matematikhendaklah terus menggunakan bahasa tersebut; atau
o Kelas yang menggunakan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik jugaboleh terus menggunakan bahasa tersebut; atau
o Bagi kelas yang menggunakan dwibahasa, penggunaan bahasa Malaysia amatdigalakkan. Walaubagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris dibenarkan bagi
menerangkan istilah dan konsep.
o Murid dibenarkan untuk meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yangdiikuti sebelum ini.
Pemilihan penggunaan bahasa Inggeris dalam p&p sains dan matematik tertaklukkepada kesediaan guru dan murid di peringkat sekolah.
o Kesediaan guru bermaksudkompetensi guru yang sediaada disekolahuntukmengajardalambahasaInggeris.
o Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah mempertimbangkan kesediaan muriduntukmengikuti p&p dalam bahasa Inggeris.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
18/49
Pihak sekolah dibenarkan untuk menentukan bilangan kelas yang akan melaksanakanp&p sains dan matematik dalam bahasa Inggeris/bahasa Malaysia berdasarkan
keputusan Jawatan kuasa Kurikulum Sekolah.
Sekolah diminta menggunakan glosari yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajarandalam usaha untuk menerangkan istilah dan konsep sains dan matematik dalam
pengajaran:
o Sekolah akan dibekalkan dengan buku glosari bagi membantu p&p sains danmatematik;
o Sekolah juga boleh memuat turun glosari daripada laman web Kementerian Pelajaran.
Pengetua sekolah yang menerima murid baru Tingkatan 1 hendaklah mengenalpastibahasa yang digunakan dalam p&p sains dan matematik semasa murid tersebut berada
di Tahun 6.
Bagi tujuan pendaftaran/penempatan murid keTingkatan 1, dasar dan prosedurpenempatan yang sedia ada dikekalkan. Urusan pendaftaran murid Tingkatan 1 perlu
dilaksanakan pada awal bulan Disembersila rujuk lampiran.
Sekiranya terdapat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa dalamp&p sains dan matematik, prosedur pertukaran sekolah hendaklah dipatuhi.
o Pihak sekolah hendaklah sebaik mungkin mengekalkan murid yang telah mendaftar disekolah masing-masing.
o Sekolah perlu seboleh mungkin memenuhi keperluan murid untuk meneruskan p&psains dan matematik dalam bahasa yang telah mereka ikuti.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
19/49
o Sekiranya perkara 7.1 dan 7.2 tidak dapat dipenuhi, maka permohonan pertukaransekolah murid berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan.
o Bagitujuan perpindahan murid seperti perkara 7.3, hendaklah disegerakan dan diberipertimbangan khas oleh pihak PPD dan sekolah.
Sekiranya timbul sebarang isu atau keraguan di peringkat pelaksaan adalam tempohperalihan pelaksanaan Dasar MBMMBI, hal tersebut perlu dirujuk kepada pengurusan
atasan.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar MBMMBI dalam tempoh peralihan ini,satu pasukan petugas khas hendaklah ditubuhkan di peringkat KPM, JPN dan PPD.
o Peranan pasukan petugas khas ini adalah untuk: menjadisumberrujukanpelaksanaan MBMMBI; memantaupelaksanaan MBMMBI; menyediakanlaporanpelaksanaan MBMMBI; menyelaraskandanmenyelesaikanisu-isuberbangkit; dan mengumpul data pelaksanaan MBMMBI.
o Setiap pasukan petugas khas hendaklah mengadakan mesyuarat mingguanseperti berikut:
KPMsetiaphariRabudandipengerusikanoleh KPPM JPNsetiap hari Selasa dan dipengerusikan oleh
Pengarah JP
PPDsetiap har iIsnin dan dipengerusikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
20/49
o Keurusetiaan dan urusan pendokumentasian bagi pasukan petugas khas adalahseperti berikut:
KPMdiurusetiakan oleh BahagianPengurusan Sekolah Harian JPNdiurusetiakan oleh SektorPengurusan Sekolah PPDdiurusetiakan oleh Sektor Pengurusan Sekolah
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
21/49
TUJUAN DASAR MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia sangat jelas kerana ia merupakan
bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan,bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu
kea rah membina negara, bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia. Begitu pula dengan
memperkukuh bahasa inggeris kerana ia merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang
perlu dikuasai bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat
nasional dan global.
Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, P&P Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris diperlukan
menerusi pendekatan yang lebih berkesan.Dengan pemansuhan menerusi PPSMI,mulai tahun
2011,murid tahun satu sekolah kebangsaan akan menggunakan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik.
PERLAKSANAAN DASAR MBMMBI
Dalam usaha menjayakan dasar ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengangkat
kembali matapelajaran Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran utama dan bahasa melayu
sebagai bahasa utama negara, semua rakyat Negara Malaysia khususnya guru mestilah menjaga
dan memelihara bahasa Malaysia kerana hilang bahasa lenyaplah bangsa. Oleh demikian
peruntukan masa untuk pengajaran Bahasa Melayu akan ditambah mulai tahun 2011, apabila
dasar MBMMBI dilaksanakan sepenuhnya. Pertambahan masa Bahasa Melayu daripada 270
minit kepada 330 minit di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil, manakala untuk Sekolah
Kebangsaan dikekalkan kepada 270 minit, menunjukkan komitmen KPM dalam usaha
memartabatkan kembali Bahasa Melayu di sekolah.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran,
inisiatif berkenaan diambil sebagai usaha melaksanakan MBMMBI yang menggantikan PPSMI
mulai 2011. Namun begitu, dengan pertambahan masa tersebut tidak akan memanjangkan
waktu persekolahan semasa kerana ia hanya melibatkan pengubahsuaian peringkat dalaman
sahaja.Menurut pelbagai sumber media dasar yang diperkenalkan amat ditunggu-tunggu oleh
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
22/49
sebahagian besar rakyat Malaysia yang sebenarnya lebih selesa menggunakan bahasa melayu
sebagai bahasa pengantar. Langkah menambahkan masa pembelajaran dalam bahasa inggeris
adalah amat wajar bagi memperkukuhkan penguasaan para pelajar. Kita perlu faham, bahasa
inggeris bukan untuk sains dan matematik sahaja, tetapi untuk semua mata pelajaran.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
23/49
STRATEGI MENCAPAI DASAR MBMMBI
Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa sains dan matematik perlu diajar dalam
bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan (SK) ,
bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan bahasa Tamil di sekolah jenis
kebangsaan Tamil (SJKT). Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan MBMMBI melalui
strategi;
Memartabatkan Bahasa Melayu
Bahasa Malaysia
Pengajaran dan pembelajaran bagi Sains dan Matematik dalam Bahasa Malaysia di
Tingkatan Satu hingga Lima di SMK dan SK manakala, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di
SJKT. Selain daripada itu, penambahan waktu PdP Bahasa Malaysia di SJKC dan SJKT seperti
berikut:
JENIS SEKOLAH PENAMBAHAN MASA
TAHAP 1:
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan
360 minit ( tiada perubahan )
300 minit ( 210 minit + tambahan 90 minit )
TAHAP 2:
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Jenis Kebangsaan
300 minit ( tiada perubahan )
240 minit ( 150 minit + tambahan 90 minit )
Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan pendekatan modular dalam Kurikulum
Standard Bahasa Malaysia sebagai satu daripada strategi pelaksanaan dasar Memartabatkan
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
24/49
Bahasa Malaysia ( MBM ) bermula 2012. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Sektor Dasar dan
Pembangunan, Kementerian Pelajaran, Dr Haili Dolhan , berkata pendekatan itu satu daripada
usaha penambahbaikan kurikulum sedia ada yang lebih menekankan konsep huraian sukatan
pelajaran. Menerusi pendekatan modular, kurikulum digubal dan disampaikan mengikut
bahagian dan unit lengkap dengan gabungan pengetahuan, kemahiran dan nilai bersepadu yang
seimbang serta holistic. Penambahbaikan ini dibuat bagi memastikan kurikulum Bahasa
Malaysia di semua peringkat sekolah sentiasa releven dan bersepadu bagi melahirkan insan
yang seimbang. Ia juga satu mekanisme mantap, bestari dan berkesan bagi memastikan
kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar di sekolah terus kukuh.
Asas Berbahasa ( Back to Basics )
Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas
berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuhkan melalui modul pengajaran
dan pembelajaran yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. Pengajaran
dan pembelajaran tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan
secara bersepadu dan konteks. Tumpuan diberikan kepada murid prasekolah menerusi modul
penguasaan asas berbahasa dimulai dengan pradengar, prabaca dan pratulis, selain mengenal
abjad serta perkataan. Modul tersebut bertujuan memastikan murid mendapat asas dan
landasan kukuh untuk menguasai kemahiran berbahasa merangkumi kemahiran mendengar,
menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat
penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru
merupakan pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang
digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Contohnya dalam Program Literasi dan
Numerasi (LINUS). Program ini memberi penekanan kepada litersi bahasa Malaysia iaitu lisan
dan bacaan. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM 2003),
bahawa setiap murid berbeza antara satu sama lain dari segi pengalaman, tingkahlaku, amalan,
bakat dan kebolehan. Oleh yang demikian, guru harus memahami keperluan konsep pemulihan
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
25/49
di dalam bilik darjah bagi mengatasi pemasalahan menguasai kemahiran membaca dan menulis
di kalangan murid.
Didik Hibur
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran akan menyediakan suasana yang lebih
menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan aktiviti penerokaan,
pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.
Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-
murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran BM. Tujuannya supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.
Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan
murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu
diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan
dan puisi secara sistematik dan terancang.
Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan meyokong
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa
pasar mesti dipantau agar tidak menjejaskan standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.
Guru boleh menggalakkan murid-murid bergerak aktif bukan setakat berkarya malahan
menyertai pertandingan bercerita. Tajul Arifin Nordin (1991), pernah menyarankan supaya
diadakan usaha memperkembangkan dan memperkaya penyelidikan asli karya-karya dalam
Bahasa Malaysia dalam semua bidang.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
26/49
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman
web dapat menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta
menghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta
menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta penggunaan
Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi akan memudahkan pembelajaran
muird-murid. Guru menggunakan komputer sebagai medium untuk membimbing murid-murid
dalam mencari dan mengekses maklumat dari CD rom, internet, gerbang maklumat dan lain-
lain. Murid-murid boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi komputer dalam pembelajaran Bahasa Malaysia. Ianya pasti akan menyeronokkan
murid-murid dan pemudahcara bagi guru itu sendiri. Oleh itu, guru perlulah memahirkan diri
mereka dengan kemahiran teknologi ICT serta dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan yang
terkini yang meliputi bidang teknologi maklumat dan komunikasi agar objektif dan matlamat
pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.
Program Bacaan
Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia ( KOMSAS ), Buku
Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awak Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa
penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najid Tun Abdul Razak pernah menyatakan hasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai Negara Pembaca . Ini kerana melalui bacaan, seseorang itu
dapat meluaskan ilmu pengetahuannya baik dari segi ekonomi, politik, sosial dan lain-lain.
Melalui bidang membaca juga, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran berbahasa seseorang
itu dapat dipertingakat. Dalam usaha menjayakan dasar MBMMBI, guru boleh menggalakkan
para pelajarnya terlibat dalam program bacaan kerana program atau aktiviti sebegini bukan
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
27/49
sahaja mampu meluaskan pengetahuan para pelajar malah dapat juga mendedahkan mereka
kepada elemen-elemen sastera dan seterusnya meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.
Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen BM untuk memastikan kualiti
dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang
memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga
perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.
Pengetahuan pedagogi mengajar bermaksud setiap guru perlu mempunyai pelbagai
pengetahuan berkaitan pedagogi mengajar. Dalam konteks pendidikan Bahasa Malaysia, setiap
guru BM sewajarnya memahami dan menguasai pelbagai kemahiran mengajar/pedagogi terkini
yang melibatkan kaedah, pendekatan, teknik dan strategi mengajar BM.
Bahagian Pendidkan Guru (BPG) juga mengendalikan program latihan dan peningkatan
profesinalisme guru bagi mata pelajaran BM. Antara latihan untuk guru BM:
i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)
ii. KDP 4 minggu
iii. Kursus Kolaboratif dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah
dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas , serta keadaan fizikal bilik
darjah dan sekolah lebih kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah memainkan peranan yang
penting bagi guru dalam usaha menjayakan dasar ini. Seperti yang kita ketahui, sekolah ialah
tempat penyebaran ilmu yang utama. Untuk menjadikan pelajar suka akan ilmu, gur harus bijak
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
28/49
memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selesa dan
sesuai untuk pelajar. Untuk itu, aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah harus
dititikberatkan. Guru perlu kreatif dalam memotivasikan pelajar untuk belajar di sekolah.
Misalnya, guru boleh menyediakan bilik darjah yang ceria dengan bahan-bahan ABM atau BBM
yang berwarna-warni serta menarik , suasana sosioemosi kelas yang mesra dan ceria serta
persekitaran yang ideal untuk pelajar menimba ilmu. Dengan ini pengajaran dan pembelajaran
yang bermakna dan berkesan dapat diwujudkan.
Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
Usaha menterjemahkan karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu
diperhebatkan. Melaui cara ini perluasan ilmu melaui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat
dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar
hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.
Usaha yang gigih serta berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kedudukan bahasa
Malaysia sebagai bahasa ilmu tidak mengalami kemerosotan. Penegasan dasar bahasa dan
penguatkuasaan dasar bahasa secara bersepadu perlu dilakukan. Contohnya pelaksanaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi hendaklah ditegaskan semula supaya semua urusan
rasmi di peringkat negara mengutamakan penggunaan BM.
Kolaborasi Antarabangsa Kursi BM di Universiti Luar Negara
Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan
dengan menubuhkan kursi BM di universiti luar negara.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
29/49
Syarat Layak Masuk Institusi Pengajian Tinggi
Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian
dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.
Di samping itu juga, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membentangkan beberapa
program di dalam Perbincangan Meja Bulat Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) yang
berlangsung pada 27 April 2010 di Hotel JW Marriot, Putrajaya.Dalam perbincangan ini, KPM
telah membentangkan program yang dilaksanakan bermula tahun 2010 sehingga 2012 dalam
usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu. Secara dasarnya, program
memartabatkan bahasa Melayu di KPM terbahagi kepada empat bahagian, iaitu Program
Kurikulum, Program Kokurikulum, Program Kajian, serta Program Latihan dan Pembangunan.
Berikut adalah ringkasan program dan aktiviti yang telah dibentangkan (ITNM, 2010). Kempat-
empat program yang telah dipersetujui ialah:
Program Kurikulum
1. Bagi memartabatkan bahasa Melayu, pihak BPK telah melaksanakan transformasiKurikulum Bahasa Melayu bagi Sekolah Rendah dengan meningkatkan waktu belajar
bahasa Melayu. Bagi pelajar Tahap I, waktu belajar ditingkatkan dari 270 minit seminggu
kepada 300 minit seminggu; manakala bagi Tahap II, dari 150 minit kepada 240 minit
seminggu.
2. Untuk transformasi Kurikulum Bahasa Melayu di Sekolah Menengah, ia masih dalamproses penggubalan dan akan dilaksanakan pada tahun 2012 dengan menumpukan
kepada Dokumen Standard Bahasa Melayu.
3. Bagi Kurikulum Tingkatan 6 (STPM), menurut Majlis Peperiksaan Malaysia, transformasiuntuk pembelajaran bahasa Melayu akan bermula pada 2011, dan berbentuk Sistem
Modular.
4. Pelajar sekolah menengah (pelajar Tingkatan 1 hingga 5) berpeluang memanfaatkanKomponen Sastera dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) yang mana teks KOMSAS baru
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
30/49
Tingkatan 1 dan 4 telah digunakan mulai Januari 2010. Teks Kesusasteraan Melayu
Elektif baru juga telah digunakan untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 bermula Januari 2010.
5. Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS)bertujuan untuk memastikansemua murid dapat membaca, mengira dan mengenal huruf selepas tiga tahun
persekolahan.
6. Program PROTIM (Membaca dan Menulis) membolehkan murid Tahap II (Tahun 4, 5 dan6) yang masih lemah dapat menguasai kemahiran berbahasa sebelum mengikuti
pembelajaran di peringkat menengah.
7. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana MBM bagi memastikan program bahasa Melayulebih terancang dan hasrat dasar Memartabatkan Bahasa Melayu akan tercapai.
Program Kokurikulum
1. Pemantapan program memartabatkan bahasa Melayu oleh Bahagian TeknologiPendidikan diadakan melalui penganjuran aktiviti seperti Mari Membaca, Kem Penulis
Muda,program Nilai Ilmu Amalan Membaca(NILAM), Minggu Bahasadan Klinik Bahasa.
2. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional menganjurkan program Membaca 1 BukuBahasa Melayusetiap bulan dalam kalangan pegawainya sebagai menyokong usaha
memartabatkan bahasa Melayu selain mengadakan KOMSAS Mentoringuntuk pelajar
Tingkatan 4 dan 5.
3. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pula menganjurkan aktiviti PelestarianKebudayaan Melayukepada guru pelatih, guru sekolah menengah dan rendah sebagai
program penataran pendidikan kebudayaan, pelestarian aktiviti berkaitan budaya dan
penyelidikan aspek kebudayaan setempat.
Program Kajian
1. Institut Aminuddin Baki (IAB) menjalankan penyelidikan tahap kompetensi pemimpinsekolah dalam bahasa Melayu untuk guru besar dan pengetua.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
31/49
2. Jemaah Nazir telah mengadakan kajian tahap penguasaan bahasa Melayu dalamkalangan guru berbangsa Cina dan India yang mengajar subjek Bahasa Melayu di
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Ini bagi memartabatkan lagi bahasa Melayu dalam
kalangan guru bukan Melayu yang mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah bukan
Melayu.
3. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan juga telah mengadakan kajianpenguasaan bahasa Melayu dalam kalangan guru yang mengajar Bahasa Melayu di
sekolah rendah dan menengah.
4. Jemaah Nazir turut mengadakan pemeriksaan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu yangberfokus kepada penguasaan kemahiran lisan dan menulis di peringkat sekolah
menengah, terutamanya pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
Program Latihan dan Pembangunan
1. IPGM telah menganjurkan Wacana Epistemologi dan Pemikiran AlamMelayu,khususnya untuk pensyarah-pensyarah IPG. Selain itu, IPGM turut mengadakan
program pengantarabangsaan bahasa Melayu,Kursus Ketepatan Penggunaan Bahasa
Melayu dalam Penulisan Dokumen Rasmidan Kursus dalam Perkhidmatan.Bagi aktiviti
peningkatan kepakaran guru bahasa Melayu, IPGM telah mengadakan pelbagai kursus
berkaitan untuk meningkatkan prestasi guru.
2. Program-program lain yang turut dianjurkan dalam usaha memartabatkan bahasaMelayu adalah Kempen Kecintaan Terhadap Bahasa Kebangsaan, Kursus Pemerkasaan
Bahasa Kebangsaan dalam Kalangan Pelajar dan Guru, Pemilihan Munsyi Dewan,
Konvensyen Munsyi Dewan, Kursus Pengukuhan Bahasa Melayudan taklimat sukatan
pelajaran bahasa Melayu kepada Jurulatih Utama Bahasa Melayu seluruh negara.
3. Bahagian Teknologi Pendidikan kini dalam usaha pembinaan e-Bahan Bahasa Malaysiauntuk memeriksa kesalahan umum tatabahasa dan apresiasi puisi. Selain itu, bahagian
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
32/49
ini juga membuat pembelian dan pengedaran bahan off the shelfCD Kancil, memuat
turun perisian kursus e-Bahan Bahasa Melayu pada LMS dan menambah baik prasarana
yang disediakan.
4. Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional turut mewujudkan Pusat Kecemerlangan MataPelajaran di Sekolah Menengah Teknik (SMT) yang memberi penumpuan kepada mata
pelajaran teknik, tetapi dalam masa sama tetap memartabatkan bahasa Melayu.
Berdasarkan kepada empat program yang tertera seperti di atas, ianya bertujuan untuk
membina asas yang kukuh, menetapkan sasaran, menumpukan kepada kepentingan dan tidak
takut melakukan kesilapan serta yang paling penting, keseronokan mempelajari bahasa
Melayu.Oleh itu, output-output yang diterima oleh para pelajar melalui usaha kerajaan, dasar
MBMMBI, dan juga program-program di atas ini dapat mendukung objektif untuk
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dan memperkukuhkan penguasaan dan
penggunaan bahasa Inggeris. Tidak ketinggalan juga, kerajaan telah menggalakan perluasan
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan computer
netbook, projektor LCD, menambah baik fungsi makmal computer kepada makmal bahasa, dan
juga menerusi perisian di dalam mempertingkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
33/49
BAHAN DAN SUMBER MBMMBI
Dalam melaksanakan sesuatu perubahan kurikulum, pihak yang bertanggungjawab
haruslah mengenalpasti apakah bahan-bahan sumber yang akan disediakan kepada para
pendidik. Hal ini penting kerana bahan dan sumber yang disediakan akan membantu melicinkan
lagi proses perubahan kurikulum tersebut.
Dalam melaksanakan MBMMBI, pihak kementerian memperkenalkan makmal bahasa
dimana makmal komputer sekolah digunakan sebagai makmal bahasa bagi menyokong dasar
MBMMBI. Penggunaan makmal komputer sebagai makmal bagi pengajaran dan pembelajaran
(P&P) bahasa dilaksanakan berasaskan beberapa perkara iaitu menjimatkan kos perolehan baru
peralatan ICT untuk makmal Bahasa. Di samping itu, harus mengoptimumkan penggunaan
makmal komputer bagi pengajaran Bahasa. Dengan ini dapat menggalakkan penggunaan ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa di sekolah. Seterusnya dapat membantu
guru dan murid dalam memperkasakan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa
Inggeris.
Objektif Makmal Bahasa ini diperkenalkan ialah satu pendekatan dalam menambah baik
kurikulum pembelajaran Bahasa dan disamping itu dapat menyediakan satu medium interaktif
dan menyeronokkan melibatkan fonologi, morfologi, sintaksisdan semantik Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris. Melalui penggunaan komputer juga, pelajar secara individu atau kumpulan
dapat mendengar, bertutur dan belajar bagi menyokong P&P Bahasa di dalam kelas sebenar
dan ini akan meningkatkan daya kreativiti pelajar. Malah, Makmal Bahasa ini juga menjadi
pusat setempat untuk aktiviti persatuan bahasa misalnya mendengar tape, memainkan bahan
digital, slaid dan filem yang berkaitan.
Antara peralatan ICT di makmal komputer sekolah yang boleh digunakan termasuklah Head
set, Spilter, LCD Monitor, Classroom Monitoring System (Perisian platform bagi pelaksanaan
p&p) dan perisian Bahasa ( Bahan p&p Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia).
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
34/49
KESAN MBMMBI TERHADAP GURU
Perlaksanaan MBMMBI sedikit sebanyak mengubah kehidupan harian pendidik. Guru-
guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu terlibat dengan
tambahan waktu P&P. Ini kerana peruntukkan tambahan waktu pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah bertambah di sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah. Peruntukan waktu BM bagi sekolah jenis kebangsaan adalah antara 30 minit hingga
90 minit. Peruntukan waktu pengajaran BI di sekolah kebangsaan ditambah antara 60 minit
hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu pengajaran dan pembelajaran BI di sekolah jenis
kebangsaan ditambah antara 30 minit hingga 90 minit seminggu. Peruntukan waktu BI bagi
tingkatan Satu hingga Tingkatan lima ditambah sebanyak 40 minit seminggu.
Guru juga mesti mengikuti program yang dilaksanakan oleh kerajaan di mana kerajaan
telah membawa masuk penutur jati dari luar di kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru
(IPG) yang telah bersara secara kontrak untuk melaksanakan program peningkatan
profesionalisme pensyarah dan guru. Pakar Bahasa Inggeris ini akan dilantik sebagai mentor
kepada kepada guru-guru Bahasa Inggeris yang terlibat mengajar bahasa Inggeris di sekolah.
Untuk memastikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diajarkan oleh guru mengikut opsyen ,
semua guru-guru opsyen Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris akan ditempatkan semula
mengikut keperluan, manakala guru-guru bukan opsyen akan diberikan kursus tambah opsyen.
. Guru-guru bahasa Ingggeris akan dibantu oleh seorang pembantu bagi kelas yang besar, kelas
yang melebihi 35 orang murid untuk meningkatkan contact time antara guru dan murid.
Dengan wujudnya jawatan guru pembantu bahasa Inggeris , tumpuan yang lebih boleh
diberikan kepada pelajar pelajar yang lemah penguasaan bahasa Inggeris. Guru-guru yang
berminat untuk mengajar di luar Bandar akan diberi insentif, tawaran ini bertujuan untuk guru
supaya berusaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar luar
Bandar.
Perlaksanaan PPSMI sebelum ini memberi memberi kesan negatif kepada pelajar Luar
Bandar di mana pelajar perlu belajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
35/49
Inggeris mengakibatkan keputusan pelajar merosot. Perlaksanaan MBMMBI memberi nafas
lega kepada guru kerana keciciran pelajar boleh diminumkan jumlahnya kerana pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Matematik boleh diajar dalam dwibahasa mengikut kefahaman pelajar.
Guru juga perlu mengambil inisiatif dalam mempelbagaikan bahan Alat Bahan Bantu mengajar
(ABBM) dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar melalui
pendekatan kurikulum modular yang bersepadu, seimbang dan holistik. Pendekatan ini
dilakukan melalui modul pengajaran yang dan pembelajaran yang memberi tumpuan kepada
perkara asas berbahasa, didik hibur, apreseasi bahasa melalui Modul Seni Bahasa dan Modul
Tatabahasa yang memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu
berasaskan sistem bahasa. Aktiviti ini perlu disokong dengan bahan bacaan estetika seperti
seperti kontemporari kanak-kanak, bahan program awal berstuktur dan bacaan intensif yang
mendedahkan murid kepada bahan bacaan yang berkualiti.
Pendedahan kepada kepda masa depan yang cenderung kepada era globalisasi. Guru
juga perlu melengkapkan ilmu dengan bahan bacaan dan bilik komputer bahasa yang diiktiraf
sebagai makmal bahasa Ingggeris yang debekalkan sebagai perintis makmal kepada
memperkasakan bahasa inggeris Penggunaan Bahasa Ingeris sekiranya dijadikan bahasa
pengantar untuk berkomunikasi memberi faedah kepada guru dan pelajar untuk jangka masa
panjang. Guru perlu memantapkan pengetahuan dengan program yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan antaranya program sastera kontemporari kanak-kanak untuk mengukuhkan asas
penguasaan bahasa inggeris di peringkat umur awal, memanfaatkan penggunaan teknologi
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa inggeris . Guru-guru yang mengajar
mata pelajaran Bahasa Inggeris digalakkan untuk menambah alat bantuan mengajar semasa
P&P agar menambah minat dan kefahaman pelajar.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
36/49
KESAN MBMBI KEPADA PELAJAR
MBMMBI yang akan menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), adalah strategi serampang dua mata kerajaan bagi
memartabatkan bahasa Melayu tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Inggeris. Justeru,
usaha kerajaan mempercepatkan MBMMBI yang sebelum ini disasarkan bermula pada 2012
kepada 2011, membabitkan murid Tahun Satu, mamp. Langkah kerajaan memperluaskannya
MBMMBI kepada murid Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat membuka ruang
kepada pelajar untuk mepelajari subjek Sains dan matematik dalam bahasa Melayu. MBMBI
mampu membantu pelajar yang keciciran terutamanya di sekolah rendah luar bandar
berikutan subjek Sains dan matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris.
Tindakan kerajaan untuk melaksanakan MBMMBI pada 2012 telah memudahkan
pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sains dan matematik di mana kedua-dua mata
pelajaran ini perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu Bahasa Malaysia
di sekolah kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Merujuk kepada garis
panduan perlaksanaan MBMMBI tahun 2012 SPI BIL 5/2011 perkara 7 pelajar boleh boleh
membuat permohonan pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa P&P sains dan
matematik tetapi BIL 5/2011 perkara 7.1 sekolah perlu memenuhi keperluan murid untuk
meneruskan p&p sains dan matematik dalam bahasa yang telah mereka ikuti. pihak sekolah
juga diarah untuk mengekalkan murid-murid yang telah mendaftar di sekolah (BIL 5/2011
perkara 7.2). Sekiranya hal ini tidak dapat dipenuhi, BIL 5/2011 perkara 7.3 permohonan
pertukaran sekolah berdasarkan pilihan bahasa boleh dilaksanakan.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
37/49
IMPLIKASI MBMMBI TERHADAP PENGURUSAN BILIK DARJAH
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi memastikan penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan menengah serta
memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan
betul.Dasar MBMMBI berbeza dengan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Tamil dan sekolah menengah. Manakala Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah jenis
kebangsaan Tamil.
Dasar MBMMBI yang dilaksanakan di sekolah melalui pendekatan mengembalikan
peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa P&P Sains dan Matematik, meningkatkan penguasaan
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaan tambahan waktu P&P, transformasi
kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumber manusia, penyediaan bahan dan peralatan
serta mengintegrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam P&P. Kajian yang
dijalankan oleh pelbagai pihak mendapati PPSMI tidak dapat dilaksana seperti dihasratkan.
Hasil kajian mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris.Murid mengambil masa lama memahami konsep Matematik dan Sains kerana
mereka tidak faham bahasa Inggeris.Hal ini memaksa guru mengajar dalam bahasa Malaysia
supaya murid dapat memahami mata pelajaran itu.Masalah seperti ini bukan saja dialami
sekolah luar bandar, malah di bandar.
Sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara ini tidak dapat
menguasai ilmu Matematik dan Sains dengan baik dan mereka terus ketinggalan.Mulai 2010,
dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat peringkat di semua sekolah.Dalam proses
peralihan ini, P&P Sains dan Matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa
Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
38/49
di sekolah jenis kebangsaan Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis
kebangsaan Tamil.Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan
perubahan dasar itu. Perlaksanaan secara berperingkat membolehkan murid sekolah rendah
dan sekolah menengah yang mengikuti P&P Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada
atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan Lima
berdasar kesediaan guru dan murid di sekolah.
Dengan pendekatan ini, P&P Matematik dan Sains di sekolah rendah dilaksanakan dalam
bahasa Malaysia sepenuhnya pada 2016.Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa
Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada 2021.MBMMBI memberi
kesan terhadap perubahan suasana P&P dengan adanya pelbagai modul yang perlu diguna
pakai oleh guru sebagai satu alat bantuan terhadap pendekatan Modular Kurikulum Bahasa
Melayu.Melalui modul P&P penguasaan asas bahasa dapat diperkukuh melalui pendekatan
modular yang bersepadu, seimbang dan holistik.
Aktiviti di dalam kelas juga lebih menarik melalui pendekatan MBMMBI apabila asas
berbahasa atau Back to Basic di laksanakan secara berstruktur dan sistematik di dalam kelas.
Asas berbahasa seperti pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis dapat diperkukuh melalui
modul P&P yang menyeronokkan seperti penggunaan televisyen pendidikan di dalam kelas,
penggunaan audio dan visual, penggunaan CD interaktif dan sebagainya yang mampu
mempertingkatkan minat pelajar terhadap Bahasa Malaysia. Bagi pengukuhan dan pemantapan
lagi Bahasa Inggeris penekanan kepada Phonics adalah dititikberatkan di dalam kelas.Elemen
pembelajaran yang menyeronokkan di bentuk dalam Language Arts bagi menarik minat
pelajar.Modul tatabahasa diberikan penekanan penting di dalam pengajaran tatabahasa di
dalam kelas.
Penggunaan teknologi maklumat seperti perisian, email, laman sembang dan laman web
dapat menyediakan P& P yang bersifat interaktif serta menghiburkan.Satu portal akan dibina
untuk menghimpunkan bahan penulisan bagi pengiat bahasa, pendidik, sasterawan, pelajar
serta pengguna Bahasa Malaysia. Bagi mempergiatkan lagi pembangunan penguasaan Bahasa
Malaysia di Sekolah, program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia, Buku
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
39/49
Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan dan diperkukuhkan
lagi dengan penambahbaikan dalam pelaksanaan program.
Melalui aktiviti didik hibur pendekatan P&P Bahasa Malaysia memberikan suasana yang
lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai pendekatan dan kaedah seperti kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa dengan menggunakan
aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, dan penghasilan produk. Modul Language Arts
menekankan aspek didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P Bahasa Inggeris yang menarik dan
efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan
bahan bantu mengajar yang interktif. Bahan bacaan estetik juga diberi penekanan di dalam
aktiviti pelajar di dalam kelas melalui Sastera Kontemporari Kanak-kanak, bahan Bacaan Awal
Berstruktur dan Bacaan Ekstensif bagi mendedahkan pelajar kepada Bahasa Inggeris pelbagai
genre.
Pelaksanaan MBMMBI di sekolah banyak mendorong kepada pembinaan dan
pelestarian bagi persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selamat untuk pelajar-
pelajar sekolah.Sekolah perlu memantau dengan teliti dalam aspek kebersihan, keceriaan, dan
keselamatan di sekolah. Pemantauan ini perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi
memastikan saiz kelas, keadaan bilik darjah, jumlah pelajar di dalam kelas lebih kondusif dan
selesa bagi pelajar-pelajar menjalankan aktiviti P&P. Peningkatan sumber atau bahan bantu
mengajar berlakuapabila MBMMBI dilaksanakan di sekolah melalui penaiktarafan makmal
computer dengan penambahan perkakasan dan perisian supaya boleh berfungsi sebagai
makmal bahasa. Perisian yang sesuai akan digunakan sebagai bahan P&P di dalam kelas.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
40/49
KOMITMEN KPM DALAM MEREALISASIKAN MBMMBI
Bagi melaksanakan dasar MBMMBI, KPM bertanggungjawab dalam merancang dan
melaksanakan pelbagai program di bawah dasar MBMMBI. KPM bertanggungjawab bagi
melatih guru bahasa Inggeris dalam perkhidmatan bagi meningkatkan profesionalisme dan
melengkapkan guru dengan kemahiran selaras dengan pembangunan pendidikan nasional.
Dalam meningkatkan kemahiran guru bahasa Inggeris, ELTC dipertanggungjawabkan untuk
melaksanakan program serta kursus berikut:
I. Training of Trainers for English Language Lecturers in Institutes of Teacher Education(ELITE-ToT) untuk Pensyarah IPG.
II. Certificate in the Practice of English Language Teaching (CPELT) untuk guru bukanopsyen bahasa Inggeris.
III. Reinforcing English Language Teaching for Non-Option English Language Teachers(RELTNOTe) untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang tidak mengikuti
CPELT(Certificate in the Practice English Language Teaching).
IV. Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-ENGLISH) untuk meningkatkankemahiran bertutur dan berkomunikasi dalam kalangan pelajar Tingkatan Satu di
sekolah Band 3 hingga 5.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) mengendalikan program latihan dan peningkatan
profesionalisme guru bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris:
Latihan untuk bahasa Malaysia:
i. Kursus Pendek Kelolaan Institusi (KPKI)ii. KDP 4 Minggu
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
41/49
iii. Kursus Kolaboratif Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka
Latihan untuk bahasa Inggeris:
i. Kursus Pemantapan Profisiensi Guru Bukan Opsyen bahasa Inggerisii. Kursus Peningkatan Pedagogi Guru Opsyen bahasa Inggerisiii. Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris .
Sebagai langkah untuk memastikan guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris mencukupi bagi
menampung penambahan waktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa
Inggeris, ELTC melaksanakan Certificate in the Practice of English Language Teaching (C -PELT)
untuk guru bukan opsyen bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris di
sekolah rendah di seluruh Malaysia. Kursus ini adalah kursus tambah opsyen. BPG
melaksanakan 2 jenis program bagi tujuan itu:
i. Program Intervensi Tambah Opsyen guru Sains dan Matematik sekolah menengahyang berkhidmat antara 1 hingga 5 tahun
ii. Program Latihan Guru Kontrak bahasa Inggeris guru bahasa Inggeris yang bersaradari seluruh negara.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
42/49
PROGRAM PENUTUR JATI ( NATIVE SPEAKER PROGRAMME)
Dalam usaha menangani masalah perlaksanaan MBMMBI, pada 2008 KPM telah
bersetuju mengambil penutur jati Bahasa Inggeris sebagai pakaratau mentor kepada guru dan
pensyarah bahasa Inggeris di sekolah rendah dan institusi pendidikan guru di negara
ini.Keputusan dibuat bagi melaksanakan Program Penutur Jati bahasa Inggeris mulai 2011
hingga 2013. Peranan Training Fellows ditempatkan di setiap PKBI adalah menjadi mentor
kepada pensyarah bahasa Inggeris bertujuan membantu pembangunan profesionalisme
pensyarah itu. Selain itu,TrainingFellows juga bekerjasama dengan pensyarah dalam
membangunkan program latihan. Tugas dilaksanakan Training Fellows sejajar dengan keperluan
dan kehendak institusi.
Bagi menjayakan Dasar MBMMBI, English Language Teaching Centre (ELTC) menyediakan
bahan meningkatkan profesionalisme serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan guru manakala Bahagian Teknologi Pendidikan menyediakan dan membekalkan bahan
digital pengajaran dan pembelajaran ke semua sekolah. Petunjuk Prestasi Utama Program
Penutur Jati untuk meningkatkan kapasiti guru bahasa Inggeris di 1,800 sekolah rendah dan
pensyarah di lima Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah dikenal pasti sebagai Pusat
Kecemerlangan Bahasa Inggeris (PKBI) iaitu:
I. IPG Kampus Batu Lintang, Kuching, Sarawak.II. IPG Kampus Gaya, Kota Kinabalu, Sabah.
III. IPG Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.IV. IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, Kuala LumpurV. English Language Teaching Centre, Kuala Lumpur.
Program penutur jati adalah salah satu program di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ianya telah dimulakan sejak tahun 2011 hingga 2013. Selama tiga tahun guru-guru Bahasa
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
43/49
Inggeris di seluruh negara berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada mentor yang telah
ditetapkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing. Walau bagaimanapun bukan semua
guru Bahasa Inggeris terlibat dalam program ini. Hanya sekolah-sekolah terpilih sahaja dapat
mengikuti program ini kerana bilangan penutur jati adalah terhad. Sekolah-sekolah yang
terlibat adalah dipilih oleh Pejabat Pelajaran berdasarkan kritiria-kritiria tertentu.
Tujuan program penutur jati ini adalah untuk membantu guru-guru yang mengajar Bahasa
Inggeris khususnya Tahap 1 (Tahun 1,2, dan 3) memahami kaedah dan teknik berkesan dalam
pembelajaran dan pengajaran seterusnya dapat membantu murid-murid memperbaiki
penguasaan Bahasa Inggeris ke tahap yang lebih baik selaras dengan aspirasi Kementerian
Pelajaran Malaysia terhadap MBMMBI.
Banyak aktiviti yang dijalankan melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di
dalam kelas atau semasa menghadiri bengkel. D iantara aktiviti tersebut termasuklah tunjuk
cara proses pengajaran di dalam kelas, kuiz, nyanyian, chant, game dan lain-lain. Semua aktiviti
ini banyak membantu guru amnya dan murid-murid khasnya. Di bawah sistem KSSR murid tidak
ditekankan dengan peperiksaan. Murid-murid berminat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh
mentor dan terlibat secara aktif.
Guru mendapat pendedahan dan teknik yang betul mengajar Bahasa Inggeris. Murid-
murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan terlibat secara aktif. Dapat mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan guru dan murid. Mencari jalan atau cara supaya sesuatu masalah itu
dapat diatasi.
Tidak semua sekolah terlibat dan seolah-olah objektifnya tidak menyeluruh. Bahasa Inggeris
yang digunakan oleh mentor agak sedikit berbeza dari segi sebutannya dengan Bahasa Inggeris
di Malaysia. Bebanan tugas ke atas guru yang terlibat apabila guru yang sama juga mengajar
Tahun 6, dan sudah tentu memberikan fokus yang lebih terhadap peperiksaan UPSR. Jadual
workshop yang bertindih dengan aktiviti sekolah seperti kursus, mesyuarat, contact time, ko-
kurikulum, latihan sukan dan lain-lain serta guru besar pula agak keberatan memberi keizinan
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
44/49
jika melibatkan aktiviti besar sekolah. Jadual yang berbeza di antara sekolah-sekolah yang
terlibat. Contohnya jika sekolah A ada mesyuarat kurikulum pada hari Isnin , sekolah B hari
Selasa dan sekolah C pula ada perjumpaan dengan ibu bapa pada hari yang sama tentulah
kehadiran bagi workshop tidak penuh. Apabila ini berlaku tentulah menyukarkan mentor untuk
mengulang semula perkara yang sama. Banyak kali berlaku guru tidak dapat hadir dengan
sebab tertentu dan ada kalanya workshop dibatakan kerana hanya seorang atau dua orang guru
yang hadir. Jadual waktu guru yang terlibat juga padat terutama pada sebelah petang. Guru
perlu memastikan anak-anak yang bersekolah sesi petang selesai diuruskan sebelum
menghadiri workshop. Begitu juga anak-anak yang bersekolah agama rakyat mesti dihantar
mengikut masa yang ditetapkan. Situasi ini tentu bertambah sukar apabila anak jatuh sakit atau
suami pula berkursus atau bertugas di luar daerah. Masalah-masalah inilah yang mengekang
kehadiran guru ke workshop dan seterunya menjejaskan matlamat penutur jati. Kehadiran
mentor di sekolah terlalu singkat. Pertukaran guru dan perubahan kelas yang diajar oleh guru.
Contoh ada guru yang mengikuti program ini di tahun pertama tetapi tidak dapat
meneruskannya di tahun kedua kerana bertukar ke sekolah yang tidak mempunyai program ini,
ada guru yang terlibat pencen dan ada juga yang mengajar tahun 6,5 atau 4 dan tidak lagi
mengajar Tahap 1 .
Libatkan semua sekolah dan semua guru Bahasa Inggeris termasuklah guru Tahap 1 dan Tahap
2. Guru yang terlibat tidak terikat dengan kelas lain terutama Tahun 6. Lima buah sekolah dan
maksima lima belas orang guru adalah sesuatu yang sukar untuk melihat keberkesanan
program ini. Kurangkan jumlah sekolah dan guru yang terlibat bagi seorang mentor. Untuk
kesan jangka panjang eloklah program ini diadakan di peringkat Institut Pendidikan Guru (IPG),
kerana lebih mudah dilaksanakan terhadap guru-guru pelatih yang masih muda dan sepenuh
masa berada di kampus berbanding guru-guru di sekolah yang kebanyakannya berumur dan
mempunyai tanggungjawab lain yang sememangnya tidak pernah kurang.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
45/49
AGENSI YANG TERLIBAT DALAM PELAKSANAAN MBMMBI
Sokongan kerajaan yang kuat dalam meralisasikan transformasi pendidikan ini dapat
dilihat melalui penyediaan guru untuk mendidik pelajar di serata pelusuk negara.Kementerian
Pelajaran menyasarkan untuk melatih 10,000 guru bahasa Inggeris bagi memastikan pengajaran
Bahasa Inggeris di sekolah berjalan lancar. Penyediaan latihan berkenaan selaras dengan
pelaksanaan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
bagi murid Tahun Satu yang akan bermula pada tahun depan. Hampir 12,000 guru terlibat
dalam program latihan khusus untuk mengajar mata pelajaran bahasa Inggeris yang diadakan
tahun lepas dan untuk tahun ini kementerian menyasarkan 10,000 guru bahasa Inggeris
diberikan latihan sama untuk memastikan kelestarian MBMMBI di sekolah-sekolah.
Selain itu, kementerian juga memberikan komitmen yang padu dalam perlaksanaan
MBMMBI dengan menawarkan kerja secara kontrak melalui pengambilan semula guru bersara
Bahasa Inggeris. Mulai tahun ini sehingga 2013, kementerian menyasarkan 600 guru bersara
bahasa Inggeris telah dilantik secara kontrak di seluruh negara, dan sehingga Mac lepas 168
guru telah menerima tawaran. Kementerian juga meningkatkan kapasiti bilik komputer di
sekolah sebagai makmal bahasa Inggeris, dengan 20 buah sekolah dipilih sebagai perintis
makmal dan diperluaskan ke 700 buah sekolah lagi . Semua ini adalah bertujuan memberi
kemudahan kepada sekolah-sekolah dalam melaksanakan MBMMBI.
Mentor yang terbabit di sekolah rendah untuk membantu guru bahasa Inggeris dalam
aspek seperti berikut:
I. Perancangan dan pelaksanaan program peningkatan profesionalisme guru bahasaInggeris.
II. Pengendalian, program/kursus/ bengkel/ latihan dalam kluster dan zon.III. Kerjasama dengan pakar dari luar negara yang lain dalam kluster dan zon.IV. Perkhidmatan pakar dalam.perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.V. Bantuan dalam aktiviti sokongan pengajaran dan pembelajaran.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
46/49
VI. Pelaksanaan aktiviti penyelidikan yang sesuai.VII. Kerjasama dengan pihak KPM dalam pengendalian penilaian program.
VIII. Pembentukan pasukan jurulatih yang berpotensi dalam kalangan guru sekolah.
Bahan berkenaan adalah bahan perisian kursus pendidikan khusus bagi mata pelajaran Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris.Bahan digital ini berbentuk CD Standalone yang dapat dijalankan
di semua komputer.Bahan diterapkan dengan unsur didik hibur, di samping menitikberatkan
kemahiran berbahasa.
-
7/22/2019 Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
47/49
SOKONGAN IBU BAPA DALAM MELAKSANAKAN MBMMBI
Pada awalnya ramai ibu bapa yang bimbang mengenai peralihan bahasa pengantar
dalam pendidikan sains dan matematik daripada Bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Bahasa
Malaysia (MBMMBI).Namun kebimbangan ini dapat dirungkaikan melalui pendekatan soft
landing.Ada juga ibu bapa yang tersenyum bersetuju dengan dasar baru kerajaan dalam
memartabatkan Bahasa Malaysia melalui pendekatan MBMMBI di sekolah.Melalui pendekatan
MBMMBI di sekolah, bahasa pengantar di sekolah ialah dengan menggunakan Bahasa Malaysia.
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia
merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan serta perhubungan utama dalam
bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.MBMMBI juga
bermatlamat untuk memperkukuh Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa
komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik bagi membolehkan penerokaan
pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.
MBMMBI ini juga kurikulumnya direka bentuk apabila hasil dapatan daripada kajian
perlaksanaan PPSMI mendapati murid sukar memahami mata pelajaran Matematik dan Sains
dalam bahasa Inggeris.Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep Matematik
dan Sains kerana mereka tidak memahami pengajaran yang menggunakan bahasa pengantar
bahasa Inggeris.Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid
dapat memahami kedua-dua mata