Download - d20102041502 Shazlin Bt Sulaiman
KRP 3013
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
KUMPULAN
MELAKA 01 (A112 PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SHAZLIN BINTI SULAIMAN D20102041502 810427045238
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF MADYA DR. AMIR HASAN DAWI
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
JABATAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN PEND KHAS
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM
PERAK.
PEMARKAHAN
1 REFLEKSI
2 PERBICANGAN
3 E FORUM
JUMLAH
TUGASAN BAHAGIAN A: Refleksi Tajuk
Pelajar perlu membuat refleksi ke atas 5 (LIMA) tajuk yang terdapat dalam modul KRP3013 seperti berikut: Unit 3: MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAHUnit 5: MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAHUnit 7: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAHUnit 9: BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANUnit 11: PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
Penghantaran bagi tugasan ini ialah melalui tapak assignment (BAHAGIAN A: REFLEKSI TAJUK). Tarikh akhir penghantaran Refleksi Tajuk ini ialah pada hari terakhir minggu 10. Ringkasan Pemarkahan: 1 refleksi tajuk yang berkualiti x 4 mrkh x 5 tajuk = 20 markah
Bagaimana membuat refleksi yang baik?Refleksi yang baik mengandungi perkara-perkara mengikut format berikut:
1 PERKARA DIPELAJARIPerkara baru yang anda pelajari.Apakah perkara-perkara yang disampaikan dalam topik.
2 KAITAN DENGAN KERJAYABagaimakah kaitan antara perkara-perkara yang disampaikan dalam topik ini mempunyai hubungan dengan kerjaya anda. Apakah faedahnya.
3 KAITAN DENGAN BIDANGBincangkan bagaimana topik berkaitan dengan bidang anda (Pengkhususan anda sekarang: major dan minor).
4 APLIKASI DAN TINDAKANBagaimana pengaplikasian topik kepada tugas anda sekarang. Apakah tindakan yang dapat anda lakukan seterusnya.
5 KEPENTINGAN Bagaimanakah kepentingan topik yang anda bincangkan kepada sekolah, masyarakat dan negara.
Kembangkan perbincangan anda dengan menghubungkan topik anda kepada bahan-bahan tambahan yang anda perolehi daripada bahan lain seperti buku dan rujukan internet.
Buat lakaran peta minda atau lain-lain grafik dalam perbincangan anda. Refleksi setiap unit hendaklah memenuhi kriteria di atas menggunakan font ariel saiz
11, serta langkau 1.5. Sila buat tugasan secara individu, sebarang PLAGIARISME tidak akan diberi markah
dan boleh diambil tindakan tata tertib.
Prof Madya Dr. Amir Hasan Dawi
UNIT TAJUK
3 MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
1 PERKARA DIPELAJARI
Matlamat pendidikan dan kurikulum mengikut zaman yang berbeza – beza iaitu
sebelum penjajahan, semasa perlaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu
dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara
umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah hakikatnya selari dengan
pernyataan – pernyataan yang terkandung dalam FPK.
Pendidikan pada zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional
tanpa premis khusus yang dinamakan sekolah. Pendidikan berlaku dalam kalangan
keluarga dan ahli masyarakat. Matlamat pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan
keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Untuk kehidupan dunia, anak – anak dididik
oleh ibu bapa untuk melakukan kerja – kerja sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa
sendiri.
Penjajah Inggeris telah menubuhkan sekolah – sekolah vernacular. Sekolah –
sekolah tersebut terbahagi kepada tiga iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah – sekolah
ini menggunakan bahasa rasmi masing – masing sebagai bahasa penghantar. Pendidikan
pada ketika ini bermatlamat memberi pendidikan asas kepada kanak – kanak negara ini
agar mereka dapat melakukan aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa
mereka.
Matlamat KBSR difahami mengikut matlamat setiap mata pelajaran. Setiap
matlamat mata pelajaran dibuat bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam FPK.
(KSSR) diperkenalkan pada tahun 2011 menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.
Kurikulum tersebut menggabungkan beberapa mata pelajaran menjadi dalam satu
bidang, mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu. Penerapan di
peringkat awal membantu dan mempermudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-
murid tersebut di tahun - tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur dan
kematangan mereka. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran dalam KSSR
akan menjadi lebih menarik dan interaktif.
2 KAITAN DENGAN KERJAYA
Guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan kurikulum. Peranan
mereka termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan melaksanakan
kurikulum. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, kandungan kurikulum sekolah
iaitu Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran
dan pembelajaran perlu dikuasai sepenuhnya oleh para guru. Di samping itu, guru harus
mempunyai pengetahuan tentang ilmu kontan mata pelajaran pengkhususannya serta
mempunyai ilmu kontan pedagogi termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar
pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk
melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk. Di peringkat sekolah, peranan
guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas seperti
menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya, menentukan keperluan
pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan
bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan
kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan
meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat
pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.
Sehubungan dengan itu, menurut Salleh, Mohd Yusof dan Raja Ismail (2007)
guru merupakan agen perubahan yang berperanan penting menyebarkan kurikulum
kepada para pelajar dan sebagai agen penyambung amalan teori dan praktikal. Guru juga
dikatakan berpotensi mengubah sikap dan status pandangan murid terhadap sesuatu
kandungan mata pelajaran. Sesi pengajaran seseorang guru perlu berpandukan
kurikulum yang disediakan beserta dengan kepercayaan, nilai dan sikap guru tersebut
untuk menterjemahkan kurikulum yang disampaikannya kepada para murid.
Kepercayaan ialah sub-set tingkak laku yang digunakan untuk memberi penerangan dan
memandu jenis- jenis tingkah laku. Pegangan nilai seseorang guru pula akan
mempengaruhi pengajarannya berdasarkan ‘apa’ yang memberi manfaat kepada murid.
faktor yang paling dominan dalam konteks ini ialah sikap guru terhadap kurikulum yang
merupakan faktor penentu kejayaan atau penghalang sesuatu hasrat kurikulum.
Bermakna sikap guru akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru
sama ada sesuatu kurikulum yang diajar itu terlaksana atau sebaliknya.
3 KAITAN DENGAN BIDANG
Kurikulum terbahagi kepada beberapa bidang utama iaitu bidang komunikasi,
bidang manusia dan alam sekeliling dan bidang perkembangan diri individu.
Bidang Komunikasi yang terdiri daripada komponen kemahiran asas
merangkumi dua kemahiran asas utama iaitu bahasa dan konsep nombor dan asas
mengira. Kemahiran asas bahasaditerjemahkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu,
dan Bahasa Inggeris manakala konsep nombor dan asas mengira pula diterjemahkan
melalui mata pelajaran Matematik.
Bidang ini pula terdiri daripada komponen kerohanian, nilai dan sikap yang
diterjemahkan melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid-murid beragama
Islam dan Pendidikan Moral bagi murid-murid beragama lain. Komponen kedua dalam
bidang ini ialah manusia dengan alam sekelilingnya yang diterjemahkan melalui mata
pelajaran Sains dan Kajian Tempatan yang akan diajar kepada murid-murid semasa
mereka berada pada Tahap Dua. Pendidikan Islam sekolah rendah wajib dipelajari oleh
setiap murid Islam dari tahun 1 hingga tahun 6 dan menekankan kemahiran-kemahiran
asas yang perlu dikuasai oleh individu Muslim merangkumi aspek keimanan,
kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan menunjukkan tumpuan khusus mata
pelajaran ini dan keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan.
Bidang perkembangan diri individu merangkumi tiga komponen utama iaitu
Kemahiran Hidup, Kesenian dan Rekreasi dan Kokurikulum. Komponen ini Kemahiran
Hidup diterjemahkan melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup manakala Komponen
Kesenian dan Rekreasi diterjemahkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual,
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
4 APLIKASI DAN TINDAKAN
Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. Pembinaan kefahaman
tentang konsep dan kemahiran perlu dibentuk di peringkat awal melalui objek sebenar
atau objek konkrit. Pemahaman konsep dan kemahiran ini disusuli pula dengan latihan
secara lisan dan bertulis yang mencukupi.
Guru juga perlu menggunakan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan
latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta
minat murid. Pertimbangan juga perlu diberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza-
beza dalam kalangan murid. Pendekatan inkuiri- penemuan berpusatkan murid juga
perlu digunakan secara meluas untuk menjadikan pengalaman pembelajaran yang
menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar.
5 KEPENTINGAN
Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan
perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai,
kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah, iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme,
dan kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan oleh murid dalam dunia
pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan, dan patriotisme diberi
penekanan selaras dengan matlamat negara membangunkan masyarakat madani.
Kurikulum Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas ilmu
supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai estetik berjaya
melahirkan generasi yang berbudaya. Di samping itu kemahiran berfikir dan kemahiran
belajar diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran yang menegaskan penguasaan
konsep, proses dan bahasa.
Penyampaian yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk
murid-murid agar mempunyai cita- cita yang tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih
berusaha dan mampu mengubah diri yang menyumbang kepada asas tamadun
masyarakat, bangsa dan negara. Dengan itu para guru perlu memastikan setiap murid
menguasai ilmu, amalan dan kemahiran yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran
Pendidikan Islam ini dapat menyumbang ke arah pembentukan muslim mukmin yang
berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab,
beramal soleh, dan bertakwa selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
UNIT TAJUK
5 MATA PELAJARAN DI SEKOLAH RENDAH
1 PERKARA DIPELAJARI
Peranan kurikulum dalam pendidikan di Malaysia adalah untuk mengembangkan potensi
murid-murid dari segi intelek, jasmani, rohani dan sosial dengan secara seimbang dan
menyeluruh, membina sifat-sifat yang boleh membawa ke arah perpaduan negara serta
menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara.
ProgramKBSR terbahagi kepada dua tahap . Tahap satu (Tahun 1 hingga Tahun 3)
menekankan penguasaan 3M dan Tahap dua (Tahun 4 hingga Tahun 6)
memperkukuhkan semula penguasaan 3M serta pembinaan dan kandungan sains yang
kukuh. Pengubahsuaian tertentu pada KBSR dilakukan pada Tahun 1994 supaya
matlamat dan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020 dapat
direalisasikan dengan lebih berkesan lagi
2 KAITAN DENGAN KERJAYA
Keberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaian dalam
rancangan mengajar,guru-guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Peranan guru termasuk menginterpretasi, merancang, memodifikasikan, dan
melaksanakan kurikulum. Untuk mencapai matlamat pendidikan ini, kandungan
kurikulum sekolah iaitu Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala
aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai sepenuhnya oleh para guru. Di
samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang ilmu kontan mata pelajaran
pengkhususannya serta mempunyai ilmu kontan pedagogi termasuk menghubungkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, mengendalikan pengajaran
bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif
dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulum yang terbentuk.Di peringkat
sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulum meliputi tugas-tugas
seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kandungannya,menentukan keperluan
pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan
bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan
kurikulum serta membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan
meningkatkan.
3 KAITAN DENGAN BIDANG
Kurikulum Matematik Sekolah Rendah memberi penegasan terhadap pembentukan asas
ilmu matematik supaya penyemaian dan penyuburan pengetahuan, minat, sikap dan nilai
estetik berjaya melahirkan generasi yang berbudaya matematik. Di samping itu
kemahiran berfikir dan kemahiranbelajar diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang menegaskan penguasaan konsep, prosesdan bahasa matematik.
Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid
untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi
tujuan ini penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu
berperingkat,bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid.
Pertimbangan juga perludiberi kepada gaya pembelajaran yang berbeza-beza dalam
kalangan murid. Pendekatan inkuiri-penemuan berpusatkan murid digunakan secara
meluas untuk menjadikan pengalaman matematik yang menyeronokkan, bermakna,
berguna dan mencabar.
Pertimbangan yang sewajarnya perlu diberi dalam merancang dan
melaksanakanpengajaran dan pembelajaran secara optimum dan berkesan. Pembinaan
kefahaman tentang konsepdan kemahiran perlu dibentuk di peringkat awal melalui objek
sebenar atau objek konkrit.Pemahaman konsep dan kemahiran ini disusuli pula dengan
latihan secara lisan dan bertulis yangmencukupi. Di samping itu latihan mencongak
yang lebih kerap dan menghafal fakta yang berkaitan dengan empat operasi asas iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi perlu diberi tumpuanyang sewajarnya. Penyelesaian
masalah merupakan aspek yang terpenting dalam matematik danperlu diterapkan dalam
semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik. Ia merupakankemahiran berfikir
yang menjana cetusan pemikiran yang sistematik dan logik serta bolehdijadikan sebagai
satu pendekatan. Pendekatan penyelesaian masalah memberi penekanan
terhadapperkembangan pemikiran matematik dan keupayaan menaakul yang dilakukan
melalui aktiviti yang konkrit dan berfikrah.
4 APLIKASI DAN TINDAKAN
Di Malaysia, sejak 1970-an lagi telah terdapat beberapa pembaharuan dalam kurikulum.
Di antaranya ialah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR, 1983) dan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM,1989). Pembaharuan kurikulum ini boleh
dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh
(Jaffar, 1995: Noor Azmi,1988).Dalam setiap sistem pendidikan, perubahan yang
dimulakan itu perlu memberi kesan positif. Tetapi ini bukanlah satu perkara yang
mudah. Kebanyakan penyelidikan yang dilakukan dalam tahun 1960-an dan 1970-an
menunjukkan bahawa kegagalan dan perkembangan, penyerapan, pengedaran dan
pelaksanaan kurikulum baru adalah satu amalan yang biasa (Ramlah, 1992). Sistem
pendidikan sentiasa mengalami banyak perubahan. Inovasi diperkenalkan untuk
menyelesaikan masalah dan untuk memperbaiki amalan semasa serta mempertingkatkan
kualiti pendidikan di sekolah. Di Malaysia, pengenalan dan pelaksanaan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) 1987 merupakan dua inovasi utama di dalam pendidikan negara. Perubahan-
perubahan ini mempunyai pelbagai masalah baik dari segi penyebaran, pembangunan
dan proses pelaksanaannya (Zaidatul,1990: Nor Azmi, 1988). Ini berpunca daripada
proses pelaksanaan sesuatu inovasi yang melibatkan satu perubahan di dalam amalan
semasa. Sesuatu pelaksanaan akan menjadi lebih rumit apabila sesuatu aspek inovasi di
tafsir secara berbeza-beza oleh pelbagai pihak yang melaksanakannya. Di dalam bilik
darjah, guru memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini
kepada murid-murid. Mereka ini bertanggungjawab untuk memperkenalkan inovasi dan
kurikulum di sekolah. Untuk menjayakan sesuatu inovasi dalam kurikulum, guru-guru
ini seharusnya diberi pendedahan mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
baru untuk memenuhi kehendak inovasi tersebut.
5 KEPENTINGAN
Kualiti guru-guru bukan sahaja bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran mereka
sendiri tetapi juga bergantung kepada darjah motivasi mereka untuk menggunakan ilmu
pengetahuan dan kemahiran tersebut secara berkesan (Sharifah, 1990). Untuk menguasai
tahap kecekapan yang lebih tinggi mereka perlu menjalani proses menambah,
mendalami dan memahami dunia keguruan serta menguasai pelbagai kemahiran melalui
latihan-latihan yang dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan
berlakunya perubahan di dalam masyarakat pada amnya dan bidang pendidikan
khususnya, guru-guru perlu mengemaskinikan tahap profesionalisme secara berterusan
menerusi kursus-kursus dalam perkhidmatan. Dengan cara ini guru-guru yang terlatih
dapat bersaing seiring dengan perubahan yang pesat dalam bidang pendidikan dan
pembangunan. Mereka akan merasa bahawa mereka dapat memberi sumbangan yang
bermakna terhadap matlamat pendidikan negara dengan menyumbangkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid di sekolah.
UNIT TAJUK
7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH
1 PERKARA DIPELAJARI
Perkara yang dipelajari adalah berkenaan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengajaran mengandungi dua perspektif iaitu perspektif objektivis (melaksanakan
kaedah deduktif) dan perspektif konstruktivis (melaksanakan kaedah induktif). Bagi
pembelajaran pula terbahagi kepada tiga domain iaitu domain kognitif, afektif dan
psikomotor.
Proses pengajaran dan pembelajaran mengandungi tiga fasa iaitu :
1. Fasa sebelum pengajaran
2. Fasa semasa pengajaran
3. Fasa selepas pengajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan ialah :
1. Pembelajaran secara kelas
2. Pembelajaran secara kumpulan
3. Pembelajaran secara individu
Pengajaran pemulihan dijalankan adalah kerana setiap individu mempunyai tahap
keupayaan yang berbeza dan dengan ini guru menjadikan panduan dan amalan untuk
guru merancang, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran dan
bertujuan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca,
menulis dan mengira.
Kelas pengayaan pula ialah untuk memperkembangkan penguasaan kemahiran
murid-murid ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan keupayaan yang ada pada murid.
Kaedah dan teknik pengajaran KSSR ialah :
1. Belajar sambil bermain
2. Penyelesaian masalah
3. Pembelajaran berasaskan projek
4. Pembelajaran koperatif
5. Inkuiri penemuan
6. Pembelajaran luar bilik darjah
7. Pembelajaran tematik
Pengajaran kelas bercantu ialah sekolah yang kurang murid (SKM) yang mana
bilangan murid dalam tahun tersebut kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak
cukup untuk membentuk sebuah kelas. Kelas percantuman mungkin mengandungi
murid dari tahun 1, 2 dan
2 KAITAN DENGAN KERJAYA
Topik ini sangat penting dalam kerjaya saya kerana seorang guru perlu tahu dan mahir
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara yang paling utama ialah berkenaan
tiga fasa dalam pengajaran dan pembelajaran yang mana guru perlulah meneliti setiap
fasa sebelum pengajaran, semasa dan selepas pengajaran. Saya perlu mahir dan tahu
mengenai setiap tiga fasa berkenaan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu juga saya perlu tahu dan strategi yang diperlukan apabila merancang dan
perlulah mahir dalam aktiviti yang dirancang seperti pembelajaran secara kelas,
berkumpulan ataupun individu. Disamping itu juga saya perlulah tahu berkenaan proses
pengayaan dan pemulihan agar setiap kemahiran yang diajar murid dapat.
3 KAITAN DENGAN BIDANG
Dari segi bahasa, menurut kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1993) Perkataan
Pengajaran dan Pembelajaran adalah berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar
yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud
segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan ( seperti caranya, sistemnya
dan lain-lain).
Pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang
membawa kepada satu perubahan. Menurut Shea (1994) dalam Juhazren Junaidi et al.
(2005) pembelajaran ialah satu proses mental atau fizikal yang membawa kepada
perubahan tingkah laku. Eh Ah Meng (1993) pula mengatakan bahawa pembelajaran
adalah satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru.
Guru memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu proses pengajaran
yang baik seterusnya membawa kepada proses pembelajaran murid-murid. Proses
pengajaran melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan
muridnya. Pengajaran dirancangkan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk
melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing,
menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi
memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ini
ditambah lagi dengan adanya bahan media yang sesuai bagi mendekatkan pelajar kepada
konsep yang disampaikan oleh guru.
Penggunaan media melalui teknologi maklumat dapat membantu keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan
kepesatan sains dan teknologi. Kelahiran bidang teknologi maklumat (ICT) melalui
sistem pengkomputeran sebagai wadah baru era globalisasi telah mempertingkatkan lagi
usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum di seantero dunia.
Melalui kepesatan dan perkembangan bidang pengkomputeran, aliran akademik semasa
juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa
teknologi ini . Khususnya dalam bidang pendidikan, penggunaan media dalam proses
pengajaran sememangnya memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan
kedinamikan dalam lapangan pendidikan.
4 APLIKASI DAN TINDAKAN
Melalui unit ini saya mengetahui tentang fungsi sebenar pengajaran dan pembelajaran
secara terperinci terhadap murid dan bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran
boleh jalankan dengan lebih berkesan. Pelbagai kaedah pembelajaran yang didedahkan
boleh diaplikasikan dalam pengajaran seperti kaedah kumpulan, kaedah individu dan
kaedah kelas. Malah saya juga mendapat penjelasan bagaimana untuk merangsang
pengajaran yang dijalankan dengan menggunakan kaedah perspektif objektivis dan
kaedah perspektif konstruktivis yang mana melibatkan pelbagai teori yang mampu
menjadikan objektif pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna kepada murid. Unit
ini juga memberi input mengenai cara menangani murid mempunyai masalah dalam
pembelajaran dengan mengadakan program pemulihan dan program pengayaan sebagai
aktiviti tambahan untuk murid yang mempunyai penguasaan yang tinggi terhadap
sesuatu mata pelajaran.
5 KEPENTINGAN
Tajuk ini amat berguna kepada warga pendidik dalam melaksanakan tugas. Ia juga
merupakan panduan kepada guru dalam mencipta suasana pembelajaran yang harmonis
dan memberi kefahaman kepada murid. Bukan itu sahaja malah pelbagai inisiatif boleh
diambil agar apa yang diperolehi oleh murid adalah berada pada tahap yang disasarkan.
Oleh yang demikian program pemulihan dan pengayaan diwujudkan bagi memastikan
tiada berlakunya keciciran dikalangan murid. Seterusnya murid mampu mencapai
prestasi yang menggalakkan. Apa yang diperjelaskan dalam tajuk ini banyak membantu
golongan guru daam merancang strategi yang sesuai bagi melancarkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
UNIT TAJUK
9 BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
1 PERKARA DIPELAJARI
Bahan pembelajaran atau sumber maklumat sama ada dalam bentuk dokumen, silabus
kursus, fail PowerPoint, fail PDF, fail laman web dan sebagainya merupakan antara
sumber yang boleh disediakan untuk rujukan pengguna. sistem menyediakan pelbagai
kemudahan yang membolehkan bahan pembelajaran ini dimasukkan ke dalam sistem
dan seterusnya dicapai oleh pengguna. Bab ini akan menerangkan kepada anda kaedah-
kaedah yang boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Selain itu, bab ini juga akan
menerangkan beberapa panduan bagaimana untuk menguruskan bahan pembelajaran
atau maklumat yang dimasukkan agar lebih sistematik dan mudah dicapai oleh
pengguna.
2 KAITAN DENGAN KERJAYA
Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa
khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru
mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan
pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian
bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk
menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang
digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan
pengajaran dan pembelajaran.
3 KAITAN DENGAN BIDANG
Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program
pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui
sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Bahan bantu
mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran
dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu bahagian yang padu
dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara
guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau
mempercepatkan proses pemahaman mereka.
Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan media,
organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam
pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.
Kecekapan guru menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran
mampu merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.
4 APLIKASI DAN TINDAKAN
Setelah guru selesai memilih dan mengolah bahan-bahan pengajaran yang hendak
digunakan, guru perlu memberikan penekanan terhadap beberapa aspek yang berkaitan
dengan pembinaan bahan-bahan pengajaran. Antaranya adalah seperti berikut:
a. Bentuk dan fungsi
Apa dia bentuk-bentuk bahasa? Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi,
tatabahasa, perbendaharaan kata dan wacana. Manakala fungsi pula merujuk kepada
proses menyampaikan maksud. Oleh yang demikian, bahan-bahan pengajaran perlulah
dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa kerana ia dapat menyatakan maksud dan fungsi.
Tanpa bentuk-bentuk komunikasi, verbal tidak akan berlaku. Aspek-aspek ini perlu
diberi perhatian untuk membolehkan pelajar mengenal dan menggunakan bahasa dengan
betul.
b. Ketepatan
Ketepatan di sini merujuk kepada ketepatan bahasa yang digunakan, terutama sekali
yang berhubung dengan fungsi dan konteks sosial. Apabila kita menggunakan bahasa,
kita harus dapat menerapkan situasi sosial dan kita harus dapat menyesuaikan bahasa
yang digunakan dengan situasi ketika itu.
c. Kepelbagaian
Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan untuk mendedahkan
pelajar kepada beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam
masyarakat. Pengetahuan pelajar terhadap variasi-variasi bahasa membolehkan pelajar
memilih variasi yang bersesuai dengan konteks dan situasi yang tertentu.
d. Kemahiran bahasa
Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran mendengar dan
membaca dan kemahiran pada aras pelahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur.
Keempat-empat kemahiran ini perlu dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan
dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kesemua kemahiran ini perlu
digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih berkesan
5 KEPENTINGAN
Terdapat banyak kepentingan yang utama bahan bantu mengajar. Antara
kepentingannya ialah bahan bantu mengajar dapat membantu para guru dalam
menyampaikan pengajarannya secara berkesan. Ia juga dapat mempelbagaikan
pendekatan pengajaraan yang mempunyai pelbagai corak interaksi antara objektif
pengajaran, isi pengajaran, guru dan pelajar. Guru dapat menyampaikan sesuatu konsep
dengan lebih jelas dengan penggunaan. Dengan menggunakan BBM penyampaian dan
penerangan maklumat dapat dijalankan dengna lebih terperinci. Ia juga dapat menarik
dan memusatkan perhatian pelajar serta menjimatkan masa dan pelajar akan belajar
lebih banyak dalam masa yang singkat. Dapat memberi satu pengalaman baru kepada
pelajar. Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara pelajar dengan guru dan pelajar
dengan pelajar. Penyebaran BBM boleh meluas kerana penggunaannya tidak terhad
dan boleh digunakan oleh semua pelajar. Bahan itu dapat melahirkan dorongan daya
kreativiti, baik kepada guru mahupun pelajar
UNIT TAJUK
11 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
1 PERKARA DIPELAJARI
Mulai 2011 KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) telah diperkenalkan
menggantikan KBSR( Kurikulum Baru Sekolah Rendah). Secara ringkasnya pada akhir
peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan
seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah :
Penguasaan kemahiran asas( membaca , menulis , mengira dan menaakul)
Kemahiran berfikir(menaakul , kreatif dan inovatif)
Kkesedaran kesejahteraan diri(fizikal dan mental)
Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai-nilai murni.
Jati diri dan semangat patriotisme
Memahami dan menghayati budaya nasional
Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di
sekolah rendah.
Pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat , interpretasi
maklumat (memberi nilai) dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.
Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang
berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusaqn dipanggil
pentaksiran.Proses ini boleh berlaku secara formal dan tidak formal. Penilaian pula ialah
proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai.
Pentaksiran berfokus pada maklumat yang dilakukan secara formatif dan
sumatif manakala penilaian berdasarkan maklumat pengujian dan data kualitatif dari
pemerhatian, soal selidik, senarai semak.
Penilaian formatif bermaksud suatu jenis ujian formal atau tidak formal untuk
mengesan tahap penguasaan dan kemajuan pembelajaran murid. Manakala penilaian
sumatif pula ialah suatu jenis ujian formal untuk mengesan tahap pencapaian murid
dalam sesuatu peringkat persekolahan. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di
peringkat akhir, sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap p[eringkat atau
dengan kata lain dalam proses yang berterusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang
dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan,
pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh gurudi sekolah yang membabitkan pihak-
pihak berkepentingan seperti murid, ibubapa dan organisasi luar.PBS melibatkan proses
mengumpul maklumat secara formatif dan sumatif. PBS secara formatif bertujuan untuk
memperbaiki pembelajaran manakala PBS secara sumatif bertujuan untuk menilai
tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang telah dipelajari.
Untuk itu, melalui kaedah dan instrumen PBS iaitu Standard Pentaksiran ia perlu
difahami dan diketahui oleh semua murid dan ibubapa pada awal proses pembelajaran.
Kaedah pengumpulan bukti PBS ialah melalui cerapan , ujian, tugasan atau pentaksiran
prestasi dan melalui pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja kumpulan.
Dalam KSSR, penilaian berasaskan kepada 6 band. Kerangka Asas Standard
Prestasi seperti berikut:
Band 6 = Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali
Band 5 = Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
Band 4 =Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
Band 3 = Tahu, faham dan boleh buat
Band 2 = Tahu dan faham
Band 1 = Tahu
Selain itu , dalam KSSR Juga terdapat pentaksiran autentik iaitu ia suatu bentuk
penilaian selain daripada penilaian formatif dan simatif. Antara penilaian yang dibuat
ialah melalui portfolio iaitu satu koleksi hasil kerja murid.Penilaian lain ialah Penilaian
Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK). Ia dilaksanakan sepenuhnya mulai
sesi persekolahan 2008. SEGAK mempunyai matlamat agar murid sentiasa peka kepada
pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan bagi meningkat dan mengekalkan tahap
kecergasan fizikal yang optimum.
2 KAITAN DENGAN KERJAYA
Keberkesanan dalam pelaksanaan KSSR memainkan peranan penting dalam
pelaksanaan kurikulum. Peranan guru termasuk menginterpretasi, merancang,
memodifikasikan, dan melaksanakan KSSR. Untuk mencapai matlamat KSSR ini,
kandungan kurikulum sekolah iaitu Sukatan Pelajaran dan kandungan mata pelajaran
serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai sepenuhnya oleh para
guru. Di samping itu, guru harus mempunyai pengetahuan tentang ilmu kontan mata
pelajaran pengkhususannya serta mempunyai ilmu kontan pedagogi termasuk
menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai di antara satu sama lain,
mengendalikan pengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-
ciri keguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan matlamat
dan objektif KSSR yang telah diperkenalkan.Di peringkat sekolah, peranan guru dalam
pelaksanaan dan kejayaan KSSR meliputi tugas-tugas seperti pentaksiran dan penilaian
berdasarkan Standard Prestasi , Portfolio dan Penilaian Standard Kecergasan Fizikal
Kebangsaan bagi membuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan dengan tujuan
meningkatkan kecemerlangan murid dari aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani.
Bagi menjamin perkembangan insan yang menyeluruh, maka Kementerian Pelajaran
Malaysia telah memperbaiki sistem pentaksiran apabila menggabungkan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Pusat.Pentaksiran Berasaskan Sekolah memberi
peluang dan ruang kepada semua pihak yang terlibat secara langsung seperti guru-guru,
murid-murid dan ibubapa untuk bekerjasama memantau dan menilai kemajuan dan
perkembangan murid-murid.
3 KAITAN DENGAN BIDANG
Melalui KSSR , murid-murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan
seharian. Bagi memastikan kemahirann asas ini dikuasai oleh murid, pentaksiran dan
penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di sekolah rendah. Melalui
penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul , guru boleh
menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan
maklumat tentang pembelajaran murid.Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat
dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau
diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif
seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band.
Ukuran di atas boleh didapati samada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak.
Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal
selidik, kuiz dan senarai semak.
Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses
memberi nilai atau interprestasi kepada maklumat itu.Misalnya, pernyataan “Salina
mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan
seorang murid yang cemerlang dalam matapelajarn itu”, merupakan penilaian atau
interprestasi tentang ukuran atau maklumat. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah
seperti “Baik”, “cemerlang”,”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan “Boleh
membaca dengan kefahaman yang tinggi”.
Melalui kaedah dan instrumen PBS, guru dapat membuat pentaksiran untuk melihat
prestasi murid dan pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran.
4 APLIKASI DAN TINDAKAN
Mulai 2011, KSSR telah diperkenalkan bagi mengantikan KBSR. Melalui KSSR,
konsep pentaksiran dan penilaian dibuat bagi mengenal pasti pencapaian kompetensi
murid-murid. Menurut Payne (2003) Pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses
mengumpul maklumat, menginterprestasi maklumat atau memberi nilai kepada
maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut.
Pentaksiran dilakukan dengan menggunakan kaedah pengukuran dan penilaian yang
berfokus berdasarkan maklumat yang dilakukan secara pentaksiran secara formatif dan
sumatif. Hasil maklumat untuk tindakan susulan ke arah peningkatan prestasi. Manakala
penilaian ialah proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan
data kualitatif. Ia berperanan sebagai membuat pentaksiran tentang pencapaian murid
untuk tujuana pemulihan dan penggredan. Ia menggunakan kaedah ujian, soal selidik,
rekod anekdot, senarai semak dan rubrik. Hasil menunjukkan pencapaian dan
tingkahlaku murid-murid secara keseluruhan. Menurut Wheeler (1967),Aktiviti
penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir, sebaliknya ia boleh juga
dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain dalam proses yang berterusan.
Melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kendalian sekolah, melibatkan
peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di
sekolah. PBS melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentif dan boleh diharap
oleh guru secara formatif dan sumatif.Proses PBS melibatkan aktiviti berikut :
Mengumpul maklumat yang autentif dan boleh diharap secara berterusan
berdasarkan standard prestasi (band 1-6) dan penggunaan pelbagai kaedah
(cerapan, ujian, tugasan dan pentaksiran kendiri,rakan sebaya dan kerja
kumpulan), alat, teknik dan konteks.
Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang
prestasi murid dan guru semasa sepanjang(formatif) dan di hujung(sumatif)
proses pengajaran-pembelajaran berlangsung.
Menggunakan kepelbagaian maklumat
Membuat penilaian dan melaporkan secara lisan dan/atau bertulis tentang
prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid.
Selain itu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdapat juga Pentaksiran Autentif
iaitu melalui penghasilan portfolio dimana guru perlu memberi penjelasan terperinci
kepada murid, ibubapa dan guru lain yang terbabit tentang penyediaan portfolio bagi
mendapatkan kerjasama. Selain itu juga terdapat Penilaian Standard Kecergasan Fizikal
(SEGAK). Pelaporan SEGAK adalah dalam bentuk sijil yang diiktiraf di peringkat
pusat.
5 KEPENTINGAN
Penilaian dan pentaksiran dalam KSSR adalah satu proses bagi menentukan matlamat
atau objektif pengajaran pembelajaran tercapai secara berkualiti. Komponen pentaksiran
dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang dihasilkan setelah melalui tempoh
pembelajaran yang panjang.
DSP dalam KSSR menetapkan kometensi tertentu yang murid perlu kuasai pasda
tempoh dan tahap persekolahan tertentu.Kompetensi tersebut diterjemahkan ke dalam
aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Menurut KPM (2010), standard tersebut adalah :
Bagi memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan
Menetapkan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas
Mengenalpasti strategi penambahbaikan
Mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah
Pentaksiran Berasaskan Sekolah memberi peluang dan ruang kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung seperti guru-guru, murid-murid dan ibubapa untuk bekerjasama
memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan murid-murid khususnya dari aspek
intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Murid-murid kini dilihat sebagai individu yang
berbeza yang perlukan bimbingan dan penilaian yang berbeza Pentaksiran dan Penilaian
authentik/ alternatif menjadi pilihan untuk guru dan murid memacu kejayaan.