Download - CTU part 1

Transcript

Apakah itu syariah?Syariah bererti cara dan jalan Apabila anda telah mengakui Allah sebagai yang paling berdaulat atas diri anda dan menerima penghambaan terhadapnya dan apabila anda telah mengakui bahawa rasul adalah penguasa dan pemerintah yang Nampak didunia ini , sebagai wakil dari tuhan serta mengakui bahawa kitab suci yang dibawa rasul tersebut memang dikirimkan oleh allah,maka ini beerti bahawa anda telah memasuki din allah. Setelah itu, bagaimana cara anda untuk mengabdi kepada allah, dan jalan mana yang mana yang harus ditempuh dalam pengabdian anda kepada nya. Itu yang disebutkan syariah. Cara dan jalan ini juga ditunjukkan allah melalui rasulnya yang mengajar cara menyembahnya serta jalan menuju kesucian dan kebersihan. Rasul menujukkan kepada kita jalan menuju kebajikan dan kesalehan, cara-cara memberikan hak-hak, cara-cara melakukan perhubungan dan urusanurusan dengan sesama manusia , dan cara hidup keseluruhan. perbezaan antara din adalah din selamanya adalah satu dan sama. Baik dulu mahupun sekarang, maka syariah adalah banyak.sebahagian daripadanya di hapuskan, sebahagian lagi diganti.

SKOP SYARIAH ISLAMTerbahagi kepada dua : 1. 2. Skop Perlaksanaannya

Skop Dari segi skop, syariah Islam mengandungi perkara-perkara seperti : i. Hubungan antara manusia dengan Allah swt (ibadah khusus)

ii. Hubungan antara manusia dengan manusia (ibadah umum/muamalah) iii. Hubungan antara manusia dengan alam sekitar (contoh;haiwan ,benda-benda,atau tumbuh-tumbuhan)

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH SWT

Sifat hubungan antara manusia dengan Allah SWT dalam ajaran Islam bersifat timbal-balik, iaitu manusia melakukan hubungan dengan Tuhan dan Tuhan juga melakukan hubungan dengan manusia. Tujuan hubungan manusia dengan Allah adalah dalam rangka pengabdian atau ibadah. Dengan kata lain, tugas manusia di dunia ini adalah beribadah, sebagaimana firman Allah swt dalam Al-Quran surat Adz-Dzariat ayat 56: Ertinya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.

Secara umum, ibadah kepada Allah itu ada dua macam, iaitu ibadah yang perbuatan dan lisan telah di tentukan oleh Allah swt, dan ibadah dan bentuk perbuatan yang tidak di tentukan oleh Allah swt. Ibadah jenis pertama adalah Mahdhoh, iaitu ibadah dalam erti ritual khusus, misalnya solat, puasa, dan haji: cara melakukan ruku dan sujud dan lafaz-lafaz apa saja yang harus dibaca

dalam melakukan solat telah ditentukan oleh Allah SWT; demikian pula cara melakukan thawaf dan sai dalam haji beserta lafaz bacaannya telah ditentukan oleh Allah SWT. Inti ibadah jenis ini sebenarnya adalah memohon keampunan dan memohan pertolongan dari Allah swt. Jenis ibadah yang kedua disebut ibadah ghairu mahdoh atau ibadah dalam pengetahuan umum, iaitu segala bentuk perbuatan yang ditujukan untuk kesilapan, kejayaan, dan keuntungan. Contohnya adalah membuang duri dari jalan atau membantu orang yang dalam kesusahan. Semua perbuatan tersebut, asalkan diniatkan karena Allah SWT dan bermanfaat bagi kepentingan umum, adalah pengabdian atau ibadah kepada Allah SWT. Jika inti hubungan manusia dengan Allah adalah pengabdian atau ibadah, maka inti hubungan Tuhan dengan manusia adalah aturan, iaitu perintah dan larangan. Manusia diperintahkan berbuat menurut peraturan yang telah ditetapkan Allah. Jika manusia menyimpang dari ajaran itu, maka ia akan tercela, baik dalam kehidupan di dunia mahupun di akhirat. Ajaran ini terbahagi kepada dua, pertama ajaran yang diturunkan dalam bentuk hukum-hukum alam (sunnatullah) dan ajaran yang diturunkan dalam kitab suci Al-Quran dan hadis Nabi Muhammad saw. Ajran yang dituruankan dalam kitab suci Al-Quran dan hadis Nabi, misalnya tentang perintah solat, perintah zakat, perintah puasa, perintah haji, larangan berzina, larangan mencuri, larangan meminum arak, larangan memakan daging babi, dan lain-lain. Dalam hal ini, manusia diperintahkan mentaati segala perintah dan menjauhi segala larangan. Ajaran lain yang diturunkan dalam hukum alam adalah,contohnya, api itu bersifat membakar. Oleh sebab itu, jika orang mahu selamat, maka dia harus menjauhkan dirinya dari api. Sebagai contoh lain, benda yang berat jenisnya lebih berat dari air akan tenggelam dalam air. Oleh yang demikian, manusia akan tenggelam jika masuk ke dalam air laut tanpa pelampung, kerana berat manusia lebih berat dari air. Demikianlah ajaran yang diturunkan dalam kitab suci (yah qurniyah) dan yang diturunkan dalam hukum alam (yah kawniyah). Keduanya harus dipatuhi agar orang dapat hidup selamat dan sejahtera, baik di dunia maupun di akhirat. Begitulah prinsip dasar ajaran Islam mengenai hubungan manusia dengan Tuhannya. Intinya adalah pengabdian dan penyembahan kepada Allah (ibadah), baik dengan cara yang ditentukan oleh Allah maupun yang tidak ditentukan, dan dengan berpandu kepada ajaran quraniyah dan kauniyah.

Makna Hubungan Dengan Allah. Hubungan manusia dengan AllAH S.W.T, mengikut keterangan Al-Quran Al-Karim bermaksud supaya manusia menjadikan hidup, mati, solat dan segala ibadah semata-mata untuk-Nya. Maksud dari Firman Allah S.W.T:

Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku bagi Allah, Tuhan sekalian alam.[Al-Anam: 162]. Hendaklah seseorang itu menyembah Allah s.w.t dengan penuh keikhlasan. Rasulullah s.a.w telah berulang kali menerangkan pengertian hubungan hamba dengan Rabbnya sehingga tiada setitik debupun yang menutupi pengertian ini. Jadi, mengertilah kita akan hakikat hubungan dengan Allah s.w.t iaitu. Maksud daripada Sabda Rasulullah s.a.w(antara lain). Takut akan Allah di tempat sunyi dan tempat yang terang. [Hadith]. Hendaklah engkau yakini bahawa yang ditangan Allah itu lebih terjamin daripada apa yang ada di tangan engkau.[Hadith] Hendaklah engkau menuntut keredhaan Allah dengan kemarahan manusia.[Hadith]. Kita tidak pula mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah s.w.t. Setelah terjalin rapi hubungan ini, kecintaan seseorang, perseteruan, pemberian dan larangannya semuanya demi Allah s.w.t semata-mata tanpa dicemari oleh tujuan-tujuan lain. Inilah pengertian kesempurnaan hubungan dengan Allah s.w.t. Maksud Sabda Rasulullah s.a.w (antara lain). Sesiapa yang cintakan Allah, memberi kerana Allah dan mencegah kerana Allah, sesungguhnya telah sempurnalah imannya.[Hadith] Kemudian hendaklah kita memperbaharui doa kita pada tiap-tiap malam dalam rakaat terakhir solah witir kita. Tidakkah kita sering ucapkan: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami minta pertolongan daripada Engkau, minta hidayat daripada Engkau, beristighfar kepada Engkau, beriman kepada Engkau dan bertawakkal kepada Engkau. Kami memuji kepada Engkau atas kebaikan, kami berterima kasih dan tidak kufur kepada Engkau, kami menyingkir dan menjauhkan sesiapa yang derhakakan Engkau. Ya Allah, Dikaulah yang kami sembah dan akan Dikaulah kami sembahyang dan sujud, kepada Engkaulah kami berusaha dan maju. Kami mengharapkan rahmat Engkau, kami takut akan azab Engkau. Sesungguhnya azab Engkau tetap menimpa orang-orang kafir. Hendaklah kita merenungi maksud doa ini. Apakah setiap daripada malammalam kita membenarkan dan mempersetujui ikatan kita dengan Allah s.w.t? Sudah terukir gambaran hubungan ini dalam doa yang dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w apabila baginda bangun mengerjakan sembahyang di tengah malam, Rasulullah s.a.w sentiasa menyebut doa berikut ini, bermunajat dengan Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Tinggi. Ya Allah, Ya Tuhanku, kepada Engkaulah aku berserah, dengan Engkaulah aku beriman, di atas Engkaulah aku bertaubat, kepada Engkaulah aku kembali, bersama Engkaulah aku bermusuh dan kehadapan Engkaulah aku berbica

HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA

Antara manusia dengan manusia terdapat hubungan yang sangat kompleks. Keduanya saling berinteraksi, saling memerlukan, saling melengkapi dan saling bergantungan antara satu dengan yang lain. Contohnya hubungan manusia dengan manusia dalam kehidupan sehari-hari. Hubungan kedua-dua ini dapat juga menghasilkan karya-karya besar dari akal dan fikiran manusia masingmasing. Masyarakat adalah sekumpulan orang yang hidup bersama dan menghasilkan kebudayaan atau masyarakat adalah kesatuan hidup manusia yang berinteraksi menurut adat istiadat tertentu yang bersifat bersambungan dan terikat oleh identiti bersama (iaitu kebudayaan yang dihasilkannya). Jadi hubungan manusia dengan manusia itu dapat tercipta jika ada kehidupan bersama yang terusmenerus (masyarakat). Hubungan kedua ini juga merupakan kebudayaan yang tidak boleh diciptakan oleh seseorang yang hidup sendirian di tengah hutan atau di gurun pasir. Dalam masa yang sama, manusia dengan manusia dalam berinteraksi dan melakukan tindakan-tindakan itu sendiri untuk memenuhi keperluanan hidupnya. Sebagai contoh hubungan simbiosis mutualisme (saling menguntungkan). Sebagai contoh kita dalam mencari pekerjaan, pastinya kita memerlukan orang lain dalam mencari informasi kekosongan pekerjaan dan pada saat itu kita akan berinteraksi sama orang itu. Dan mulai dari situ kita akan selalu memerlukan orang lain dalam kehidupan kita sehari-hari. Ini merupakan salah contoh hubungan manusia dengan manusia. Contoh selanjutnya hubungan antara seorang ibu dengan anaknya yang saling terikat batin sejak lahir, ini kerana dari anak itu lahir sudah hidup bersama-sama. Hubungan Manusia dengan Manusia merupakan salah satu kewajiban bagi muslim. Banyak hal yang diperintahkan Allah SWT dalam upaya kita menjalin hubunganantara manusia. Didalam Al-quran tertera sebagai berikut:

mendahulukan kepentingan orang lain (QS 2:177,59:9),

3:134),

berbuat baik adalah merupakan sebaik-baik amalan (QS 3:92,

menyempurnakan takaran dan timbangan, serta tidak merugikan orang lain (QS 7:85,11:84, 11:85, 17:35, 26:181, dsb) mengurangi takaran termasuk korupsi kecil-kecilan.

berinfak atau memberikan sebagian rizki kepada orang lain (QS 2:254, 3:92, 14:31,32:16, 35:29, 42:38, dsb)

tolong menolong dan kasih sayang (QS 5:2, 48:29, 24:22, 90:17), dan masih banyak-banyak lagi

Kesimpulan dari semua itu ialah menuntut kita untuk saling mengasihi antara satu dan yang lainnya. Diriwayatkan oleh Abu Huhairah Ra;

Rasulullah SAW bersabda: sesungguhnya di sekitar Arsy terdapat mimbarmimbar dari cahaya, yang di atasnya terdapat suatu kaum yang menggunakan pakaian cahaya. Wajah mereka bercahaya, dan mereka itu bukan nabi dan bukan juga para syuhada. Akan tetapi para nabi dan syuhada tertegun (merasa iri) kepada mereka sehingga mereka berkata: Ya Rasulullah, tolong beritahu siapa gerangan mereka itu? Beliau menjawab: mereka adalah yang saling menjalin cinta kasih kerana Allah, dan saling bermunajad (duduk memikirkan sesuatu) Kerana Allah, dan saling mengunjungi kerana Allah semata. (Hadith Riwayat NasaI dalam Sunan Al-Kubra) Dari hadith di atas dapat kita ketahui bahwa kasih sayang yang berlandaskan Allah adalah sebenar-benarnya kasih sayang. Bersaudara dan bercintalah kerana Allah SWT. .Jika kita lihat zaman sekarang, sangat jarang persaudaraan dan percintaan dilandaskan hanya kerana Allah SWT. Ketika kita bertanya mengapa kamu mahu berteman dengan dia, maka berbagai jawapan akan muncul. Namun, hanya sedikit yang menjawab kerana Allah SWT. Mereka telah lupa bahawa sesungguhnya semua akan kembali kepada Allah SWT. Kita kembali kepada kasih sayang yang dilandaskan hanya kerana Allah SWT. Kasih sayang kerana Allah SWT tebahagi kepada dua : 1. 2. kita menyayangi orang lain dengan harapan mampu mendekatkan diri kita padaAllah SWT. kita menyayangi orang lain kerana Allah cinta kepada dia.

Dua darjat itulah yang mampu menjawab pertanyaan apakah kasih sayang yang kita sekarang berlandaskan Allah SWT atau tidak. Ingatlah bahawa semua akan kembali kepada Allah SWT. Dialah maha penyayang, dan Dia lah yang bakal menguatkan kasih sayang diantara kita, dan Dia juga yang akan memisahkan kita.

Al-Quran memberikan penegasan terhadap status Rasulullah S.A.W. sebagai pembawa rahmat bagi sekalian alam atau alam jagat (Wama ar salna kailla Rahmatan Lil Alamin). Jiwa hamba, peranan khalifah, al-Quran sebagai sumber ilmu dan petunjuk akan lebih melengkapkan fitrah insaniah. Ini dengan menjadikan Muhammad S.A.W. sebagai Nabi dan Rasul bagi menjadi contoh yang mempunyai watak atau akhlak Qurani. Bayangkan manusia yang diberikan status hamba, peranan sebagai khalifah, alQuran sebagai sumber ilmu dan petunjuk tanpa contoh atau qudwah untuk diteladani atau diikuti. Pasti manusia akan meraba-raba atau hilang pedoman untuk mencari model sebenar bagi mengamalkan apa yang Allah S.W.T. perintahkan. Allah S.W.T. tidak memilih gunung-ganang, batu batan, pokok atau haiwan sebagai sumber contoh dan teladan manusia. Pada gunung-ganang, batu batan, pokok atau haiwan tidak banyak yang boleh dicontohi oleh manusia bagi melaksanakan peranannya sebagai hamba dan khalifah. Pada semut dan lebah, ada sesuatu yang boleh dicontohi oleh manusia, tetapi ia tidak lengkap seperti yang diperlukan oleh manusia. Pada pokok padi tidak banyak yang boleh dipelajari. Ada pepatah mengatakan supaya ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk, menggambarkan orang yang berilmu, semakin berilmu semakin tinggi jiwa tawaduknya. Namun, ia juga tidak cukup melengkapkan sifat manusiawi yang diperlukan oleh manusia. Oleh itu, pemilihan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Khalifah contoh bertepatan kerana Baginda adalah manusia yang memiliki sifat manusiawi yang diperlukan oleh manusia lain. Menariknya, Allah tidak memilih Muhammad sebagai rasul tanpa memberikan tarbiah rabbaniah kepadanya. Allah S.W.T. lakukan tarbiah rohaniah dan rabbaniah kepada Muhamad dengan terbentuk watak Qurani dan akhlak tinggi terhadap dirinya. Hadith Rasulullah mengukuhkan maksud kerasulan Muhammad S.A.W. : Innama buith tu liutammima, maqarimah akhlak (tidak diutuskan aku melainkan dengan amanah untuk menyempurnakan akhlak manusia). Isu utama dalam risalah kenabian atau kerasulan ialah bertitik-tolak kepada proses penyempurnaan akhlak manusia. Dalam hidup ini, apabila manusia menolak sifat amanah, sebaliknya menyuburkan sifat pecah amanah, ia menyebabkan akhlak menjadi rosak. Apabila akhlaknya rosak, dirinya akan rosak dan sistem boleh menjadi rosak. Malah, negara juga boleh menjadi rosak. Bayangkan jika manusia menolak sifat jujur dan ikhlas dalam melakukan komunikasi dengan orang lain. Ia boleh menyebabkan perselisihan hubungan dan pendapat berlaku. Ia boleh meretakkan ukhuwah dan rasa

persaudaraan yang amat dituntut oleh agama. Manusia yang tidak jujur dan ikhlas ini adalah bayangan mereka yang sudah cacat akhlaknya. Bayangkan manusia dalam melaksanakan tanggungjawabnya berlaku tidak adil kepada pihak lain. Ketidakadilan atau perbuatan zalim ini bukan saja boleh merosakkan dirinya, malah manusia lain. Perbuatan zalim boleh menyebabkan pihak lain teraniaya dan menyebabkan rasa tidak puas. Ia boleh menyebabkan perpecahan sesama manusia dan hilangnya amanah terhadap sesuatu. Bayangkan sekiranya seseorang atau sesuatu kumpulan bersikap ikhlas, jujur, amanah dan adil terhadap sesuatu, hebat sungguh jenis masyarakat yang dapat dibangunkan. Lebih-lebih lagi, sifat yang mulia itu boleh mengembangkan ukhuwah dan rasa percaya tinggi sesama insan. Kekuatan pada sifat ini kerana manusia yakin kepada Allah sebagai penciptanya dan yakin terhadap balasan Allah S.W.T. pada akhirat nanti. Ia selari dengan doa yang dibaca oleh kita ia itu Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafilakhirati khasanah, waqina azabannar. Inilah landasan kekuatan yang menjadikan manusia terus istiqamah atau teguh hati dengan cabaran duniawi yang amat banyak. Allah S.W.T. berikan rahmat dan nikmat yang amat banyak kepada manusia. Tanpa pertimbangan nilai baik yang dikembangkan oleh Rasulullah S.A.W., manusia akan hilang pedoman dan akhirnya akan terpaut dengan tarikan kebendaan dan nafsu-nafsi. Akhirnya, menjerumuskan manusia kepada kerosakan akhlak. Bayangkan apabila manusia menjadikan kebendaan sebagai ukuran, nafsu-nafsi sebagai pakaian harian, pangkat dan darjat sebagai batas perbezaan, gelar dan status sebagai ukuran pergaulan, ia tidak akan menyumbang kepada proses pembinaan akhlak terpuji.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR

Isu hubungan manusia dengan alam sekitar fizikal bandar dalam konteks kemerosotan ekosistem bandar memang jelas dan terbukti sejak dahulu lagi menerusi kajian saintifik. Manusia merupakan agen pemusnah rantaian sistem alam sekitar semulajadi yang akhirnya mencetuskan pelbagai masalah kepada ekosistem umpamanya berlaku kematian sungai, hakisan tanah, kejadian banjir,ancaman penyakit serta kepupusan spesies. Dalam konteks pengurusan ekosistem, masyarakat sering menyalahkan pihak kerajaan yang gagal menguruskan keadaan alam sekitar bandar pada masa kini, sedangkan masalah alam sekitar bandar merupakan peranan semua pihak untuk menguruskannya. Melalui konteks

pengurusan secara tradisional sememangnya kerajaan berperanan dalam segala hal bagi menentukan arah tuju sesebuah kehidupan masyarakat, tetapi zaman kelihatan berubah yang menunjukkan semua pihak dalam Negara mempunyai peranan yang penting untuk membantu pemerintah. Oleh itu, pendekatan pengurusan alam sekitar bandar merupakan pilihan tepat pada masa kini bagi memperlihatkan bahawa di samping kerajaan yang mengurus persekitaran bandar, pihak masyarakat, NGO dan swasta juga harus memainkan peranan bersama supaya setiap perancangan sehingga peringkat implementasi dasar melibatkan semua pihak di atas dalam bentuk heterarki.

Manusia dipertanggungjawabkan memelihara dan mengekalkan keindahan alam dengan cara: menjaga kebersihan persekitaran dan tempat tinggal,laut dan sungai dengan tidak membuang sampah atau sisa buangan di merata-rata tempat. Kedua,tidak merosakkan ekologi alam dengan melakukan penebangan hutan tanpa kawalan seperti melakukan kegiatan pembalakan haram. Ketiga,mengadakan kempen kesedaran perihal pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar. Keempat,membuat perancangan pembangunan yang teliti sebelum sesuatu projek dilaksanakan. LARANGAN MEROSAKKAN ALAM Allah s.w.t memberi amaran kepada mereka yang melakukan kerosakan kepada alamsebagai mana firmanNya yang bermaksud:

telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbuknya yan g demikian)kerana Allah hendak merasakan mereka dengan sebahagian daripada balasan perbuata-perbuatan yang buruk yang telah mereka lakukan,supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.(surah arRum:41)

Oleh itu,kita dilarang sama sekali melakukan kerosakan kepada alam.ini kerana pebuatan merosakkan alam adalah perbuatan dibenci Allah.Mereka yang nerosakkan alam bermakna telah lupa nikmat dan

rahmat daripada Allah s.w.t.Selain itu,melakukan penebangan hutan dan pembakaran secara terbuka akan merosakkan alam seperti berlaku tanah runtuh dan boleh membawa penyakit.Dan akhirnya,keindahan alam akan mula berkurangan,manakala kehidupan pelbagai ekosistem alam akan musnah termasuk habitat binatang liar akan musnah.

Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut invironment bermaksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman environmentalisme. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada empirical method. Dalam menguruskan alam sekitar, Barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar. Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan. Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas. Namun, walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan. Apa yang pasti, ini disebabkan gejala pemencilan pengaruh keagamaan sebagai salah satu faktor penyumbang kegagalan tersebut.

KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM Menurut Islam, invironmentalisme berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan. Menurut sebuah hadis Rasullulah, misi kerasulannya ialah menyempurnakan akhlak yang mulia. Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah. HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM Manusia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan alam sekitar kerana manusia dijadikan daripada unsur-unsur alam dan akhirnya akan kembali seperti asal kejadiannya. Unsur alam lain seperti air juga mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan manusia kerana ia membina pertumbuhan dan kesihatan daripada manusia. Ini bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman? (al-Anbiya, 30) Bahan makanan manusia juga dijadikan daripada unsur air termasuk juga semua jenis haiwan. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmannya yang bermaksud: Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (an-Nur, 45) Menerusi penjelasan dan penerangan berdasarkan dalil-dalil tentang hubungan manusia dengan unsur-unsur tadi, dapat dilihat bahawa hubungan manusia dengan alam sekitar adalah sangat erat saling berkait rapat antara satu sama lain. Malah ada ulama yang mengatakan bahawa jasad manusia dijadikan daripada unsur yang telah bercampur melalui bahan makanan yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan (Muhammad

al-Mubarak, 1973). Dengan ini jelaslah kepada kita betapa jelas dan kompleksnya kejadian manusia dihubungkan terus dengan unsur-unsur bumi.

PENGURUSAN ALAM SEKITAR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatanperbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (al-Rum, 41) Sesungguhnya alam sekitar dan segala kekayaan adalah milik mutlak Allah sebagaimana firman Allah yang bermaksud: Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta Segala Yang ada padanya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-Maidah, 120). Jelas, tiada siapa yang berhak melarang orang lain menceroboh haknya sendiri untuk mencari sara hidup di alam ini. Tetapi perlulah diingat bahawa dalam mengejar kekayaan, alam sekitar tidak patut dicemar atau dimusnahkan. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi (alSyuara, 183) Dalam konsep Islam terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebagai satu pengurusan alam sekitar yang dikehendaki oleh Islam, maka Islam meletakkan 5 konsep penting yang perlu diterapkan ke dalam diri manusia supaya wujudnya proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 1.Konsep Tauhid Dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, aspek penting yang paling ditekankan ialah konsep tauhid. Ini kerana ia merupakan keperluan asas dalam Islam. Dalam pandangan tauhid, manusia hanya takut pada satu kuasa dan dipertanggungjawabkan dihadapan seorang hakim sahaja, mengadap pada satu kiblat dan menumpukan harapan dan kehendak

pada satu sumber sahaja. (Mohd Zuhdi Marzuki & Amer Saifude Ghazali, 2002) 2.Konsep Syariah Syariah adalah teras perundangan hidup Islam. Ia merupakan bidang ilmu pengetahuan yang menyediakan peradaban Islam dengan peraturan yang tetap. Segala teori Syariah merangkumi semua aspek kehidupan manusia dan meliputi kehidupan peribadi, sosial, politik dan intelektual. Secara praktiknya, ia memberi makna dan isi kepada perbuatan orang Islam dalam kegiatan mereka di dunia. (Ziaudin Sardar, 1990) 3.Konsep Ilmu Sebagai langkah ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar, ilmu pengetahuan merupakan perkar penting yang mesti ditekankan. Ini kerana orang yang berilmu dan mengamalkannya tidak akan melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri, masyarakat dan juga alam sekitar. (Nurhibah Hasan Zawawi, 1999)

4.Konsep Khalifah Dalam konsep mengurus alam sekitar, konsep ini amat penting untuk manusia menjaga alam sekitar. Apabila mereka sedar diri mereka sebagai seorang khalifah, maka mereka tidak akan melakukan kerosakan kepada lam sekitar malah akan menjaga dengan sebaik mungkin. 5.Konsep Akhlak Akhlak adalah amat penting terutama sekali kearah pengurusan ala sekitar. Akhlak yang mulia adalah akhlak yang mengarahkan ke arah kebaikan dan keharmonian. Dalam konsep penjagaan alam sekitar, sifatsifat mulia seperti kasih sayang, sifat suka menjaga kebersihan, bertanggungjawab dan sikap murni yang lain amat penting dalam menjaga alam sekitar dengan sebaiknya. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semakin pantas dunia berkembang seiring dengan teknologi terkini, maka begitu juga semakin bertambahnya masalah-masalah yang melibatkan alam sekitar.Iklim duni ayang semakin panas akibat pemanasan global merupakan salah satu contoh mudah bagaimana kegagalan manusia dalam memelihara alam sekitar. Sememangnya Islam menggalkan umatnya agar sentiasa memajukan diri dengan pelbagai nikmat yang dikurniakan di alam ini. Namun perlu diingat ianya juga tidaklah boleh sehingga melampaui batas yang telah ditetapkan oleh syariat.

Sepertimana yang telah diperjelaskan penulis sebelum ini, konsep alam sekitar menurut Barat ternyata hanya menumpukan usaha pemeliharaan alam sekitar berdasarkan konteks falsafah hidup mereka sahaja tanpa disulami dengan nilai-nilai agama. Mereka beranggapan agama tiada kaitan dengan alam sekitar. Namun ini ternyata berlainan dengan Islam dimana Islam menekankan kehidupan ini secara keseluruhan iaitu berdasarkan hubungan manusia yang bukan sahaja terhad kepada Allah dan manusia tetapi juga meliputi hubungan manusia dengan alam sekitar. Ini jelas membuktikan setiap makhluk ciptaan Allah itu berhubungan di antara satu sama lain dan saling kait mengait bagi meneruskan kelangsungan hidup yang harmoni di dunia. Maka dalam hal ini, Islam menekankan konsep-konsep asas dalam mengurus alam sekitar agar sistem yang telah ditetapkan Allah itu tidak terganggu. Ini sepertimana yang telah dibicarakan penulis iaitu dengan berdasarkan konsep tauhid, syariah, ilmu, khalifah dan akhlak. Maka andai kata semua konsep ini berjaya diasimilasikan dengan sempurna oleh setiap manusia dalam kehidupan mereka maka akan terjaminlah alam sekitar ini daripada kerakusan manusia itu sendiri.

Petikan kertas kerja Abu Bakar Yang, Pegawai Penyelidik, Pusat Sains dan Teknologi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berjudul `Pendidikan Alam Sekitar Di Malaysia dari Perspektif Islam' yang dibentangkan pada Seminar Islam Hadhari: Kefahaman Mengenai Pemuliharaan Alam Sekitar baru-baru ini :

Masalah alam sekitar seperti pencemaran, penebangan hutan, pengurangan sumber bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan hilangnya keseimbangan kepada alam. Permasalahan ini sering menjadi perbincangan hangat pada setiap lapisan masyarakat dunia. Sesungguhnya krisis ini telah menjadi begitu parah sehingga setiap kerajaan di dunia berusaha mengambil tindakan bagi menanganinya. Dalam hal ini apakah pandangan Islam terhadap permasalahan alam sekitar? Adakah Islam mempunyai penyelesaian terhadap kemelut yang berterusan ini atau mempunyai satu garis panduan yang boleh diikuti dalam hubungan manusia dengan alam sekitar.

Kebelakangan ini terdapat salah faham di kalangan umat Islam yang tidak mendalami ilmu dan peradaban Islam dengan beranggapan bahawa permasalahan serta isu-isu berkaitan alam sekitar adalah perkara yang tiada hubung kait dengan ajaran Islam. Mereka beranggapan pemuliharaan alam sekitar dan hal-hal yang berkaitan dengannya tidak termasuk dalam ruang lingkup Islam. Hakikat sebenarnya ialah segala hal yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang dasar. Ilmu-ilmu Islam dasar tersebut ialah, kefahaman dan pendidikan alam sekitar serta kaitannya dengan ilmu Usuluddin, etika, fikh, usul fikh ( maqasid syariah) dan ilmu al-Quran dan sunah. Ilmu usuluddin (ilmu tauhid) mempunyai hubungan yang erat dengan halhal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang berada dalamnya, sama ada makhluk yang hidup atau mati, berakal atau sebaliknya. Semua elemen ini merupakan petunjuk yang nyata akan wujudnya Allah Maha Pencipta. Manusia pula memiliki peranan yang amat penting dalam memelihara dan memulihkan alam sekitar. Peranan manusia adalah semulia-mulia tanggungjawab yang dipikul ke atas setiap orang Islam dan tanggungjawab ini boleh dibahagikan kepada tiga tujuan yang utama. Tujuan pertama, mengabdikan diri kepada Allah, sebagai wakil (khalifah) di muka bumi dan membangunkan peradaban. Ibadah ini meliputi segala sesuatu yang diperintahkan oleh Allah baik berupa perkataan ataupun perbuatan. Dalam konteks ini, bentuk ibadah itu mencakupi segala aspek kehidupan. Tujuan kedua, sebagai khalifah Allah di atas muka bumi, agar ia dapat disempurnakan dengan baik. Tujuan ketiga, untuk membangunkan peradaban di muka bumi, ia telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran bermaksud: Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya. (Hud:61). Pengertian yang dapat difahami sebagai pemakmurnya di sini ialah manusia sebagai makhluk yang membangunkan bumi menerusi usaha-

usaha seperti aktiviti pertanian, perindustrian, memperbaiki taraf hidup serta menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Ilmu etika atau akhlak (tasawuf) adalah satu bidang ilmu yang sangat berkait rapat dengan alam sekitar. Sememangnya kod etika pemeliharaan dalam bahasan etika atau akhlak dianggap sebagai salah satu rukun tasawuf. Sebagaimana definisi oleh golongan tasawuf bahawa `kejujuran berserta kebenaran, dan etika (akhlak) berserta ciptaan,' sudah pasti alam sekitar adalah sebahagian daripada ciptaan yang dinyatakan tersebut. Allah s.w.t juga telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: ``Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orangorang yang berbuat kebaikan.'' (Surah An Nahl:128) Berdasarkan kepada ayat di atas maka agama adalah perintah untuk beriman dan bertakwa kepada Allah dan berbuat baik kepada sesama makhluk. Bertakwa dan melakukan kebaikan adalah landasan utama untuk seseorang itu terus berada pada jalan atau agama Allah. Sehubungan itu, tuntutan ini harus dilaksanakan pada setiap waktu dan keadaan serta kepada setiap makhluk yang ada di alam ini. Dengan itu melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi elemen utama alam ini adalah sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah. Lanjutan itu juga terdapat pelbagai perintah Allah supaya manusia memberi perhatian dan berbuat baik kepada alam sekitar berserta dengan seluruh unsur yang dikandungnya. Iaitu berbuat baik kepada sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, air, udara dan tanah. Berbeza dengan Barat yang menganggap bahawa antara punca menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan alam sekitar ialah bertambahnya jumlah penduduk dunia dan permintaan terhadap sumber alam semakin meningkat, maka al-Quran menyatakan bahawa nikmat Allah itu tidak dapat dihitung, sumber-sumber alam itu adalah sangat banyak dan subur. Hanya manusia yang terpedaya dengan sikap zalim dan kufurnya kepada nikmat Allah.

Kezaliman dan kekufuran terhadap nikmat Allah menyebabkan ketidakseimbangan pada alam, dan seterusnya memberikan akibat kepada kehidupan manusia. Memahami Sekiranya kita membuka kitab fikh, antara perbahasan pertama yang dinyatakan ialah yang berkaitan dengan Thaharah (perbahasan mengenai tatacara bersuci), yang terdapat padanya pembahagian najis, cara-cara mensucikannya serta pembahagian mengenai jenis-jenis air. Semua ini berkaitan dengan interaksi manusia dengan alam di sekitarnya. Islam mendidik umatnya supaya memahami bahawa pemuliharaan alam sekitar tidak hanya dibahas dalam ilmu fikh sahaja, tetapi juga dalam usul fikh, terutamanya dalam tujuan-tujuan syariat (maqasid syariah). Tujuan ditegakkan syariat itu sendiri adalah untuk menjaga agama, diri (nyawa), keturunan, akal dan harta benda. Syariat-syariat itulah yang kemudiannya dinamakan dengan `al dharurah al khamsa' membawa erti lima kemasaalahatan dasar yang menjadi asas tegaknya kehidupan manusia. Lima perkara tersebut kemudiannya dijadikan rujukan terhadap keperluan-keperluan asas, di mana manusia tidak mampu hidup dengan sempurna tanpa lima perkara ini. Apabila kita melihat dengan lebih mendalam kita akan dapati bahawa halhal yang berkaitan dengan pemeliharaan dan pelestarian alam sekitar terkandung dalam kelima-lima maslahat asas di atas. Sebagai orang Islam, kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk memelihara atau membaik pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha menjaga agama. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai kewujudan manusia di muka bumi ini. Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Oleh hal yang demikian manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan diminta pertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya. Perbincangan mengenai ilmu syariat, bermula dengan ilmu usuluddin, ilmu etika (akhlak) dan usul fikh, semuanya bersumberkan kepada alQuran yang merupakan rujukan paling utama. Ini adalah kerana segala hukum, kaedah-kaedah yang dikeluarkan, serta kesimpulan yang dibuat tidak akan diterima sekiranya tidak disandarkan kepada al-Quran dan sunah. Sesungguhnya al-Quran juga memberikan perhatian yang sangat besar kepada alam sekitar sama ada secara langsung ataupun tidak. Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa. Segala-gala yang didapatinya di dunia ini berupa nikmat yang diberikan oleh Allah akan digunakannya untuk lebih mendekatkan dirinya pada Allah. Pancaindera kita merupakan nikmat yang terbesar pada diri manusia. Dengan mata boleh melihat warna warni kehidupan, dengan pertuturan kemesraan terjalin, dengan pendengaran pencetus kepada kefahaman Sedarilah pentingnya tiga nikmat ini, tidak ada satu pun manusia yang dijadikan Allah, yang tiada mata , pendengaran dan bisu dalam satu masa yang sama, tetapi pasti dibukakan salah satu dari tiga ini. Dengan matanya, keagungan dan kebesaran Allah dapat dikenal pasti. Dengan pendengaran , kebijaksanaan Tuhan terungkai dengan pelbagai bunyi yang terhasil. Kicauan burung, derauan angin, kilat guruh dan pelbagainya mengindahkan lagi kebijaksanaan Tuhan. Dengan percakapan, kehalusan seni bijaksana Tuhan terserlah dengan pelbagainya bahasa yang dituturkan manusia. Dengan bentuk lidah yang sama , tetapi bahasa yang dihasilkan berbeza. Cantiknya seni kehidupan yang dijadikan Tuhan.

Perlaksanaan Aspek perlaksanaan adalah perintah dan larangan Allah swt,terbahagi kepada tiga iaitu : 1. Kewajipan yang menjadi tangungjawab individu serta harus dilaksanakan di individu. Contoh, perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada individu terutama sekali dalam kontek hubungan langsung seseorang hamba dengan penciptanya. Misalnya solat, puasa dan lain-lain ibadah khusus.

2. Perintah perlaksanaannya dianjurkan supaya dilakukan secarakolektif atau berjamaah. Seluruh perintah yang terkandung dalam al-Quran adalah tanggungjawab setiap umat Islam. Sebagai contoh,dakwah, jihad, amar makruf nahi mungkar, dan tuntutan fardu kifayah yang lain.

3. Perintah yang tidak mampu dilaksanakan di peringkat individu mahupun kolektif tetapi ianya menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini selalunya bersangkutan dengan perlaksanaan hokum bagi kesalahan jenayah seperti,hudud,qisas tazir. Ini jelas menunjukan bahawa tangungjawab serta peranan yang harus dimain oleh setiap individu muslim mahupun masyarakat ataupun Negara adalah sama serta menggambarkan Islam itu agama yang syumul.

PERUNDANGAN ISLAM

Pengertian perundangan islam Perundangan islam pada bahasa ialah jalan lurus yang menunjukkan manusia kepada kebaikan. Pada istilah ialah sesuatu yang disyariatkan oleh allah kepada hambanya daripada akidah, ibadah, akhlak, muamalah

dan peraturan-peraturan kehidupan untuk memberi kebahagian didunia dan akhirat.

Ciri-ciri perundangan islam. Perundangan islam mempunyai ciri-ciri tertentu antaranya ialah: 1. Keadilan

Keadilan menurut islam ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.ia merupakan matlamat penting dalam system perundanagn islam. Semua golongan samada yang lemah atau yang kuat, yang miskin atau yang kaya, yang berpangkat atau rakyat biasa akan mendapat keadilan berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang sama. 2. Tidak menyusahkan

Ia bererti perundangan islam tidak membebankan manusia. Semua orang mampu dan berkeupayaan melakukan sesuatu suruhan mahupun meninggalkan sesuatu larangan. Dalam suruhan allah s.w.t terdapat kelonggaran pada waktu atau keadaan tertentu seperti dibenarkan rukhsah dalam ibadah solat, puasa, haji, dan lain-lain mengikut kemampuan manusia. Setiap larangan allah pula adalah bertujuan untuk menjauhkan manusia daripada kemudaratan disamping menguji keimanan. Apabila dalam keadaan darurat manusia diberi kelonggaran sekadar yang diperlukan dalam perkara-perkara yang diharamkan. 3. Sedikit tanggungjawab.

Syariaat yang dipertanggugjawabkan kepada munusia tidaklah terlalu banyak sehingga membebankan kehidupan manusia, tetapi hanya untuk memenuhi keperluan yang dikehendaki oleh suasana kehidupan manusia seharian. Ia didapati dalam bentuk perintah, larangan ataupun pilihan. Bebanannya adalah sedikit, bersifat biasa dan mampu ditanggung oleh manusia seperti beban bekerja mencari rezeki , bebanan berpuassa pada bulan ramadhan dan sebagainya. Jika diteliti kewajipan manusia terhadap allah, ia sudah pasti mampu dilakukan kerana solat hanya lima waktu sehari semalam, puasa hanya sebulan dalam setahun, zakat hanya diwajibkan apabila cukup nasab dan haji diwajibkan kepada yang berkemampuan dan sekali seumur hidup. 4. Beransur-ansur ( )

Al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara berperingkatperingkat selama 23 tahun. Ini menunjukkan perinsip perundangan islam

mempunyai ciri beransur-ansur. Penurunan dan penguatkuasaan undangundang islam secara beransur-ansur akan memberi peluang kepada manusia memahami, mengamalkan serta menghayatinya. Contohnya, pengharaman minum arak. Peringkat pertama Allah s.w.t menyatakan arak adalah perkara mungkar. Peringkat kedua allah melarang umat islam meminum arak ketika hendak menunaikan solat. Peringkat ketiga, barulah allah mengharamkan arak secara menyeluruh. 5. Menyeluruh( )

Undang-undang islam adalah langkah dan mencakupi seluruh kehidupan manusia. Ia merangkumi aspek-aspek akidah, ibadah, munakahat, muamalah dan jenayah. Ia juga sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Dalam perundangan islam terdapat konsep sebat yang tidak boleh berubah seperti hudud dan qisas. Terdapat juga konsep murunah (anjal) iaitu perlanksaan harus dilihat pada kesesuian dengan maslahah ummah.

Rumusan perundangan islam. Perundangan islam boleh menjamin kesejahteraan hidup manusia didunia dan di akhirat. Ia mengambil kira keperluan dan kemaslahatan manusia, sesuai pada setiap masa, tempat dan keadaan. ummat islam mesti yakin sepenuhnya dengan perundangan islam serta merialisasikan dalam kehidupan seharian.

SYARIAT DAN PEMBANGUNAN UMMAH

Apakah itu syariat? syariat Islam adalah ajaran Islam yang membicarakan amal manusia baik sebagai makluk ciptaan Allah maupun hamba Allah. Terkait dengan susunan tertib Syari'at, Al Quran Surat Al Ahzab ayat 36 mengajarkan bahwa sekiranya Allah dan RasulNya sudah memutuskan suatu perkara, maka umat Islam tidak diperkenankan mengambil ketentuan lain. Pengertian Syariat bisa disebut syirah. Artinya secara bahasa adalah sumber air mengalir yang didatangi manusia atau binatang untuk minum. Perkataan syaraa fiil maai artinya datang ke sumber air mengalir atau datang pada syariah. Kemudian kata tersebut digunakan untuk pengertian hukum-hukum Allah yang diturunkan untuk manusia. Sedangkan arti Syariat menurut istilah adalah maa anzalahullahu li ibaadihi minal ahkaami alaa lisaani rusulihil kiraami liyukhrijan naasa min dayaajiirizh zhalaami ilan nuril bi idznihi wa yahdiyahum ilash shiraathil mustaqiimi. Artinya, hukum-hukum (peraturan) yang diturunkan Allah swt. melalui rasul-rasulNya yang mulia, untuk manusia, agar mereka keluar dari kegelapan ke dalam terang, dan mendapatkan petunjuk ke jalan yang lurus. Jika ditambah kata Islam di belakangnya, sehingga menjadi frase Syariat Islam (asy-syariatul islaamiyatu),berarti Syariat Islam adalah hukum-hukum peraturan-peraturan yang diturunkan Allah swt. untuk umat manusia melalui Nabi Muhammad saw. baik berupa Al-Quran maupun Sunnah Nabi yang berwujud perkataan, perbuatan, dan ketetapan, atau pengesahan. Oleh sebab itu secara implisit dapat dipahami bahwa jika terdapat suatu perkara yang Allah dan RasulNya belum menetapkan ketentuannya maka umat Islam dapat menentukan sendiri ketetapannya itu. Pemahaman makna ini didukung oleh ayat dalam Surat Al Maidah QS 5:101 yang menyatakan bahwa hal-hal yang tidak dijelaskan ketentuannya sudah dimaafkan Allah.

Pembangunan Ummah

Kekuatan dalam segenap bidang perlu dimioliki dan dikuasai oleh umat Islam untuk menghadapi cabaran terutamanya dalam era globalisasi. Kekuatan itu bukan sekadar bersifat fizikal dan mental,tetapi perlu diiringi dengan kekukuhan jati diri. Oleh itu, agama perlu dijadikan teras atau satu daripada komponen utama pembangunan. Ia perlu mewarnai dan menjadi dasar kepada setiap pembangunan yang dilaksanakan. Ini kerana sekiranya peraturan dan nmilai-nilai keagamaan diketepikan daripada arus perdana perencanaan pembangunan,ia mewujudkan ruang kosong ke atas nilai,adab,akhlak dan etika. Pengabaian itu akhirnya membenarkan tindakan matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja ada baik atau pun sanggup dilakukan untuk mencapai sesuatu matlamat. Perbuatan itu jika menjadi amalan akan mewujudkan masyarakat yang rosak dan kacau-bilau. Dalam hubungan ini, kerajaan mengambil pendekatan bijaksana iaitu melaksanakan pembangunan secara seimbang iaitu memenuhituntutan didunia dan diakhirat. Pendekatan ini bukan sahaja untuk menjamin umat Islam di Negara ini mantap dari segi kerohaniannya,malah mampu hidup selesa dan disegani penganut agama lain kerana pencapaian mereka dalam setiap sapek kehidupan, selagi ia tidak menyalahi hukum Allah. Sedar atau tidak, kita harus megakui usaha itu dilakukan bersungguhsungguh dan berterusan sehingga Malaysia diangkat sebagai Negara Islam contoh, bukan sahaja kerana usahanya memantapkan pengangan akidah umat Islam,mengukuhkan keiman dan menyuburkanamalan mereka melalui gerakan kerohanian,malah aspek pembangunan lain seperti undang-undang,ekonomi dan pendidikan, yang juga diteraskan kepada Islam.

Aspek-aspek pembangunan ummah:

1.

Aspek pendidikan:

Ilmu pengetahuan dapat diperoleh melalui pendidikan. Melalui ilmu pengetahuan sesebuah Negara dapat dibangunkan,begitu juga dalam sektor ekonomi. Oleh yang demikian,aspek pendidikan amat penting.

2.

Aspek pembangunan sumber manusia:

Aspek ini penting dalam melahirkan kumpulan yang mempunyai daya saing dan kemahiran tinggi dalam usaha menghasilkan produk berkualiti.

3.

Aspek ekonomi:

Aspek ini umat islam perlu kuat penguasaan ekonominya kerana hanya dengan cara itu, mereka berupaya menyumbang lebih besar untuk membantu saudara seislam lain yang kurang bernasib baik.

4.

Aspek prasarana rakyat

Prasarana yang dinikmati rakyat sekarang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tahun . tahun di awal kemardekaan. Ini membuktikan keprihatian kerajaan memenuhi tuntutan rakyat yang terhasil daripada kemakmuran ekonomi Negara. Kemudan- kemudahan seperti bekalan air dan elektrik, perkhidmatan kesihatan, pembinaan masjid dan surau , pembanggunan sekolah , universiti serta institute pendidikan yang lain. Pembanggunan prasarana ini menepati tuntutan agama yang mahukan rakyat hidup dalam keadaan selesa dan tidak menderita.

5.

Aspek sains dan teknologi

Penguasaan sains dan teknologi menjadikan ummat islam lebih dihormati dan mengurangkan pergantungan mereka pada pihak luar. Ummat islam tidak boleh ketinggalan seperti dalam bidang persenjataan dan bioteknologi. Sebagai khaira ummah, satu perencanaan khusus perlu dilaksanakan demi melahirkan golongan ahli sains yang boleh mengkaji dan boleh membuat penemuan-penemuan cemerlang serta dibanggakan oleh masyarakat islam khasnya dan seluruh dunia amnya, sebagaimana tokoh di zaman silam seperti ibnu sina dalm bidang perubatan dan alkhawarizmi dalam bidang astronomi dan fizik. Kekuatan dan pencapaian yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi akan menjadikan kita umat yang disegani serta mampu untuk lebih berdikari. 6. Aspek teknologi maklumat dan komunikasi

Dalam rangka membangun teknologi maklumat dan komunikasi kita juga haruslah menjadikan diri serta masyarakat sebagai model bagi manusia yang lain dalam menghadapi tuntutan zaman. Usaha ini bukan sekadar membangun prasarana dan keupayaan teknikal semata-mata tetapi turut merangkumi pembanggunan sumber manusia dalam bidang berkaitan. Dengan kemampuan menguasai ICT, ummat islam dapat bersaing dengan lebih kompetatif. 7. Aspek keluarga dan sosial

Pada ketika yang sama, institusi keluarga dan social perlu dibangunkan kerana ia adalah asas kepada pembentukan ummat islam yang beketerampilan, kaya dengan nilai-nilai murni , luhur serta tinggi jati dirinya. Keluarga adalah institusi yang memainkan peranan penting kerana ia adalah institusi pertama menentukan corak sesebuah masyarakat. Kejayaan membangunkan keluarga juga adalah penentu kepada sesebuat pembentukan sebuah Negara itu sendiri. Oleh itu ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak kerana mereka mencorakkan sama ada seseorang itu menjadi insan cemerlang dari segi akhlak dan sebagainya.

Tahap-tahap pembangunan ummah: Pembangunan fizikal Merujuk kepada tahap kesihatan tubuh badan manusia. Syariat Islam menekankan kepada permakanan yang halal dan berkualiti. Selain itu, ibadah khusus dan umum juga menyumbang kepada kesihatan tubuh badan seperti pergerakan dalam solat,kawalan dalam pernafasan dalam bacaan al-Quran serta berpuasa. Pembangunan kognitif Proses perkembangan dari aspek pengetahuan dan keupayaan untuk membuat persepsi berfikir,memahami dan menggunakan kemahiran dalam menjalani kehidupan. Perkara yang berkaitan ialah menunut ilmu dan berfikir. Ayat al-Quran dan hadis banyak menjelaskan tentang kepentingan menuntut ilmu. Sebagai contoh, ayat al-Quran yang pertama iaitu dari surah al-A'laq diturunkan menggesa umat Islam supaya membaca untuk mendapat ilmu. Pembangunan emosi Merupakan pembangunan perasaan yang ditunjukkan melalui hubungan sesama manusia dan makhluk seluruhnya. Emosi juga sumber keseronokan dan kesedihan yang berupaya mempengaruhi perkembangan moral seseorang individu. Pembangunan sosial membawa maksud proses perkembangan di daalm hubungan antara manusia dan alam sekeliling. Syriat Islam telah mengatur tatacara untuk menjalinkan hubungan sesama manusia. Contohnya adab-adab pergaulan di dalam keluarga, jiran dan masyarakat sekitar. Syariat Islam juga menuntut supaya berkasih sayang,hormat menghormati,tolong menolong. Pembangunan kerohanian Pembangunan kerohanian merupakan proses untuk melahirkn jiwa yang bertakwa. Fungsi akal akan pincang sekiranya jiwa tidak bertakwa. Secara keseluruhannya,pembangunan ini adalah asas kepada semua pembangunan. Setiap individu akan menempuh semua demensi pembangunan sepanjang hidup. Setiap pembangunan berpandukan

ajaran Syariat Islam. Kesimpulan Sebagai konklusinya, merupakan satu perundangan yang lengkap, adil dan menyaluruh serta merangkumi dari segala aspek yang berkaitan dengan manusia sejagat. Syariat Islam yang bersifat rabbani ini sesmestinya mampu menegakkan keadilan dalam menyeimbangkan keperluan dan kepentigan manusia. Kepatuhan dan ketaatan kepada Syariat Islam akan membawa kepada kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Rujukan syariah 1.Penerbit,ketua penerangan penyelidikan negeri johor, pejabat negeri besar johor, aras bawah bangunnan sultan Ibrahim, bukit timbalan 80502 johor bharu. Penyunting khairul azmi mohammad dan faizal fadhil. Isbn 983-2298-02-4. Konsep pembanggunan ummah dalam islam perspektif Malaysia. Ms 1-26 2.Mohammad saleh hj ahmad . edisi dan cetakan pertama ogos 1999, isbn 9832026-14-1. Penerbit, pustaka hj abdul majid . no 47 jalan e2/10 . taman ehsan , kepong 52100 kuala lumpur. Dicetak warni sdn,bhd. Pengantar syariat islam .129. 3.Alsyahid sayyid qutb.sayyid abul a`la al maududi. Terjemahan hafiz Muhammad uthman sallahudin Abdullah abd rahman rukaini dari buku fudemental oh islam, dirasat al islamiyah. Al-mustaqbal li hadza al din. Cetakan terbaru 2001. Isbn 967-99958-1-x. diterbit oleh dewan pustaka fajar. 18 jalan keda kepang 11/2c 40100 shah alam , Selangor. manhaj hidup muslim ms 114=126 4.Prinsip-prinsip asas islam CTU 101 5.http://www.sentra-edukasi.com/2010/04/pengertian-syariat-islam.html


Top Related