Download - contoh refleksi

Transcript

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

EDU 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK

PORTFOLIOPERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR

KUMPULAN _________ DISEDIAKAN OLEH

NAMA MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI

NO ID D20102046348

NO TELEFON 0172553224

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan 1.3 Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan 1.4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia 1.5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia 1.6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan 1.7 Reka bentuk kurikulum di Malaysia 1.8 Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan 1.9 Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia 1.10 Akta Pendidikan 1996 2.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. 2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. 3.0 FORUM E-LEARNING 3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? 3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-sekolah? Berikan hujah anda. 3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. 3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. 3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

1.0 ) REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.1 TAJUKPerkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara

1.Ringkasan Isi Kandungan UnitPERKEMBANGAN PENDIDIDKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNANINSAN DAN NEGARA Sistem pendidikan di Malaysia umumnya boleh dibahagikan kepada i.Sistem pendidikan sebelum kedatangan British (1400-1786). ii.Sistem pendidikan semasa penjajahan British (bermula dari Francis Light membukaPulau Pinang 1786 mula Perang Dua Kedua). iii.Sistem pendidikan bermula dari pembentukan Malayan Union 1946 . Tanah Melayu mencapai kemerdekaan 1957. iv.Sistem pendidikan awal kemerdekaan dari tempoh selepas merdeka pembentukanMalaysia 1963.

DASAR PENDIDIKAN NEGARA Pendahuluan Pada umumnya dasar pendidikan negara digubal pada peringkat pusat oleh Kabinet, Kerajaan dan Kementerian Pendidikan melalui sistem Jawatankuasa. Tujuannya ialah membentuk satu sistem pendidikan yang seragam menyeluruh dan diterima pakai seluruh negara. Pengubalan ini satu usaha yang rumit. Ia harus dilakukan dengan teliti, dibuat kajian dan dilihat pelbagai sudut. Sesuatu dasar yang digubal itu dijadikan satu kod etika atau amalan dalam pendidikan supaya ia tidak berlaku penyelewengan. Dasar pendidikan merupakan satu sistem rangkaian maklumat atau media yang menjelmakan idealisme, falsafah, matlamat dan objektif pendidikan negara. Ini bermaksud meliputi ruang lingkup pelbagai aspek dan elemen dalam masyarakat iaitu sosial,politik, adat resam, agama, hak, ketatasusilaan, kewarganegaraan, bahasa dan sebagainya. Ia juga mengambil kira kepelbagaian atau variasi budaya, etnik dan kedudukan geografi. Usaha ini menjurus kepada matlamat mencapai integrasi nasional. Selain daripada itu dasar pendidikan yang digubal memberi tumpuan berbagai aspek dan

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

komponen dalam sistem pendidikan termasuk perkara pendidikan formal, jenis pendidikan, kurikulum, pentadbiran, penyertaan dan agihan insfrastuktur. Dasar itu diberi perhatian untuk memastikan pengukuhan prinsip demokrasi, kesamarataan dan kesejagatan dalam pendidikan. Selepas merdeka kerajaan yang memerintah telah menyusun semula sistem pendidikan . dasar-dasar pendidikan yang ada diperkukuhkan dalam perlembagaan dan undang- undang . Dasar yang digubal diperakukan oleh undang-undang supaya ia lebih telus dan mengelakkan salah faham serta hak dan keistimewaan golongan masyarakat yang lain.

RumusanPendidikan dalam zaman sebelum pemerintahan Inggeris ia bercorak non-formal. Kedatangan penjajah pula telah banyak menimbulkan masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan. Pendidikan agama telah berubah corak dengan penubuhan Sekolah Agama Islam yang moden dikenali dengan nama Madrasah. Laporan L.J.Barnes ( 1951 ) merupakan komponen yang penuh kontroversi. Ia memperlihatkan kepentingan sesuatu etnik sahaja. Laporan Razak ( 1956 ) dan Laporan Rahman Talib ( 1960 ) telah menjadi asas penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar dasar yang penting dikemukakan oleh Laporan tersebut dimaktub ke dalam Akta Pelajaran 1961. Sehingga tahun-tahun selepas kemerdekaan hingga 1970 dianggap penyusunan semula sistem pendidikan bukan sahaja di Semenanjung juga di Sabah di Sarawak. Tahun tujuh puluhan hingga sembilan puluhan bolehlah dianggap sebagai era pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan serta memperolehi pendidikan berkualiti. Perkara pokok yang dapat dilihat disini ialah pengubalan dasar yang lama dan tidak diterima pakai digantikan yang baru bersesuaian tuntutan masa dan zaman. Oleh itu pengubalan dasar ini merupakan satu proses yang begitu kompleks. Proses pengubalan dasar terbahagi kepada enam langkah Fowler ( 1990 ) mengikut urutan ,iaitu pengenalpastian isu ( issue definition ) , penyusunan agenda ( agenda setting pengubalan dasar ( policy formulation ) , penerimaan dasar ( policy adaption ) pelaksanaan ( implementation ) dan penilaian ( evalution ). Model ini merupakan satu model yang wujud dalam kitaran kehidupan kita perlu perhatian ahli politik untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul. Adakalanya kerajaan atau pemimpin politik begitu peka isu yang dicetuskan melalui media-media tempatan . Sekiranya sesuatu isu dikenalpasti dan diberi perhatian utama oleh kerajaan, sudah tentu ia dimasukkan ke dalam agenda dasar untuk proses pengubalan yang terkandung dasar tersebut dikemukakan dalam parlimen untuk diterima dan diperakukan seterusnya dilaksanakan diperingkat kementerian sehingalah ke peringkat akar-umbi

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.2 TAJUK

LAMPIRAN 1

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan

1.Ringkasan Isi Kandungan UnitPendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merujuk 3 ideologi. Idea-idea tersebut seperti yang terkandung dalam Rukun Negara,Dasar Ekonomi Baru ( 1971 ) dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1996). Ianya gabungan matlamat,dasar dan amalan-amalan pendidikan yang kekal,jelas dan logik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Prinsip perdana proses pelajaran dan pembelajaran (P&P) KBSR dan KBSM adalah keperluan menjadikanFalsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai rujukan asas bagi merealisasikan pencapaianFalsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah. Sekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak), beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik. Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalam kalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegang kepadaFalsafah Pendidikan Kebangsaan danFalsafah Pendidikan Guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudah pasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan hanya satu impian sahaja.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.3 TAJUKFalsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.4 TAJUKDasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.5 TAJUKPerancangan pembangunan pendidikan di Malaysia

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.6 TAJUKKurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.7 TAJUKReka bentuk kurikulum di Malaysia

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.8 TAJUKPenterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.9 TAJUKEtika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

REFLEKSI UNIT PELAJARAN UNIT 1.10 TAJUKAkta Pendidikan 1996

LAMPIRAN 1

1.Ringkasan Isi Kandungan Unit

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2. pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. konsep 1. 2. 3. 4. 5. penjelasan

3. Pandangan/komentar anda dalam kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

2.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN

2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri ciri yang

terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu, esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang. Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid murid dan guru terlibat secara langsung

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan misalnya melayari facebook, berchatting, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam) hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima pada setiap bulan. Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka. Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka.

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk. Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru guru akan sedar akan kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga

perlu memainkan peranan dalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa. Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa. Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

nilai kejujuran dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-batas tatacara pengurusan kejayanya. Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah. Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang, peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan kewangan di sekolah. Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan tekad menolak rasuah dengan tegas. Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan. Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan dan rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik. Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai seorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar di dalam kelas. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukan untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua aspek kehidupan. Guru seharusnya

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka. KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.Kejadian ini amat memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang dilakukannya terhadap mangsa, katanya. Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya. Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan oeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongan termasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.

2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DALAM PROFESSION PERGURUAN:DARI PERSPEKTIF SEORANG GURU MATEMATIK Profession perguruan sering dikatakan sebagai profession yang mudah , tidak memeningkan kepala dan menjanjikan gaji yang tinggi. Disebabkan itu, ramai rakyat Malaysia kini meletakkan pekerjaan ini sebagai pilihan backup jika mereka tidak mendapat pekerjaan yang diingini. Bagi sesiapa yang beranggap begini , sebenarnya mereka telah membuat kesilapan yang besar dengan mengambil keputusan ini. Profession perguruan merupakan profession yang sangat memcabar dan memerlukan persedian yang cukup daripada segala segi seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek. Tanpa keperluan-keperluan ini tidak mungkin seorang guru mampu mengajar dengan baik dan berkemungkinan besar gejala seperti guru stress dan sebagainya akan berlaku. Mari kita memikirkan sejenak apa yang dipaparkan di dada akhbar mengenai guru bermasalah, guru mengalami tekanan emosi dan sebagainya. Mengapakah perkara-perkara

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

begini berlaku ? Perkara-perkara ini berlaku berkemungkinan disebabkan pengawalan emosi yang tidak baik dan tidak mampu dan belum bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang diterima.Setiap profession mempunyai cabarannya yang tersendiri tidak kira profession kedoktoran , perguruan,kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapat perbezaannya pada jenis dan keadaanya.Profession perguruan menjurus kepada cabaran-cabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalam pengajarannya secara khususnya.Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon berkata, dalam abad ke-21 ini, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi. Setiap pendidik di mana-mana institusi pendidikan pasti dan akan menhadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Pendidik atau guru diibarat ibu bapa kedua di sekolah dan secara tidak langsung bebanan tanggungjawab menjaga pelajar ini sudah menjadi kewajiban mereka. Begitu juga apabila di dalam kelas, kebanyakkan ibu bapa meletakkan segala kepercayaan dan tanggungjawab kepada para guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Tetapi alangkah malang dan sedihnya nasib seorang guru apabila seorang anak muridnya gagal di dalam peperiksaan dan turut dimarahi oleh ibu bapa pelajar yang tidak memahami.Kenyataan di atas boleh dikatakan hanya cabaran-cabaran yang dilihat dari kanca mata kita kini atau general tetapi sebenarnya masih terdapat cabaran cabaran yang lebih khusus yang dihadapi oleh seorang yang bernama guru sebagai contoh cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seorang guru dalam subjek matematik. Dalam penulisan ini , pengkhususan akan di berikan kepada cabaran-cabaran yang akan dihadapi oleh para guru matematik di sekolah dan bagaimana cara yang terbaik untuk mengatasinya.

Sebagai seorang guru matematik, cabaran utama pada masa kini adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas saban hari. Dunia kini ,kita boleh menyaksikan bahawa teknologi sentiasa di kemaskinikan atau updatedan boleh dikatakan penghasilan perisian atau teknologi baru berlaku setiap 24 jam. Oleh itu, sebagai guru matematik seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi agar seiring dengan dunia kini dan mampu memudahcarakan proses pengajaran dan pembelajaran.Datuk Dr. Ahamad sipon berkata, kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk membangunkan pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam masyarakt alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan matematik dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran matematik tradisional. Dunia semakin canggih walhal boleh kita boleh mengatakan pelajar-pelajar juga semakin pintar dalam penggunaan teknologi. Maka guru juga seharusnya lebih cekap dan mengajar menggunakan strategi yang sesuai dengan zamannya. Saidina Omar Al-Khattab r.a pernah berkata, Didiklah anak kamu mengikut zamannya. Jangan kamu didik mereka mengikut zaman kamu. Kata-kata ini memang berhubungkait dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik. Sehubungan ini peranan

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

seorang guru matematik adalah amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya.Bila difikikan secara positif ,pengaplikasian teknologi dalm pengajaran matematik mampu menghasil generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi Negara maju 2020.

Cabaran kedua sebagai seorang guru matematik adalah persepsi pelajar-pelajar tentang subjek matematik itu sendiri. Subjek matematik dia ajar dan di masukkan di dalam kurikulum sejak kita dari bangku sekolah tadika lagi. Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian kita tetapi yang menghairankan kini mengapa subjek ini tidak digemari ramai pelajar dan ada mengatakan subjek ini adalah sebagai subjek killer yang hanya mencacatkan keputusan mereka sahaja. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudah pasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaran matematik itu satu subjek yang membosankan, sukar untuk mencari jawapan, melihat angka-angka sahaja sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata- ratanya bersifat negatif .Di manakah salah silapnya pelajar kita. Kenapakah mereka berkelakuan sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?. Cabaran seperti ini sudah berlaku sejak dari zaman era pra-kemerdekaan lagi, dan sebagai guru pada zaman globalisasi ini seharusnya kita berusaha menghapuskan persepsi negatif pelajar kita ini dengan sentiasa berfikir secara kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran yang baik , penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian, suasana kelas konduksif, budaya sekolah yang positif dan ketrampilan guru itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat pelajar terhadap subjek kritikal ini. Cabaran yang seterusnya adalah kesinambungan cabarab sebelum ini iaitu cabaran komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah banyak memberi impak negatif mahu pun positif dalam kurikulum sekolah . Bila difikirkan impak secara negatifnya, pelaksanaan PPSMI ini telah semakin menambahkan jurang antara pelajar bandar dan pedalaman .Penggunaan bahasa ibunda kita sendiri ramai pelajar kita tidak berminat dan gagal dalam subjek ini walhal apabila digunakan dalam bahasa asing ini.Perkataan Yes dan No sahaja yang sering kali didengari apabila guru menyoal dan menanyakan soalan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar pelajar pedalaman.Merisaukan lagi keadaan ini, dikhuatiri keadaan seperti pada zaman 60-an akan berulang kembali apabila hanya segelintir sahaja anak melayu terutamanya yang mengambil jurusan kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan di univeriti-universiti disebabkan keciciran dalam subjek ini sejak dibangku sekolah lagi. Seterusnya, kita fokus pula pada cabaran yang dihadapi oleh para guru atas pelaksanaan PPSMI.Secara jelasnya, pelaksanaan PPSMI ini memberi kesan kepada kedua-dua belah

MOHD SAIFUL BAHRIN B MOHD RANI 850508086441

PPG UPSI SEM 2 D20102046348

pihak samada pelajar ataupun guru itu sendiri. Diakui terdapat guru-guru matematik dan sains kini yang lemah penggunaan bahasa Inggerisnya. Inilah cabaran kepada mereka berhadapan dengan perubahan kurikulum yang baru, mahu tidak mereka tetap perlu memikulnya segagah yang mungkin. Cabaran ini harus diambil secara profesional oleh guru-guru dan menganggapkan bahawa cabaran ini akan memberi keuntungan kepada mereka kelak.

Kesimpulannya, pendidikan adalah proses tranmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat.Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak selalu mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untuk menagapainya dengan memerlukan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin yang tinggi. Dan begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi . Lazimnya sesuatu perubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana..


Top Related