KUMPULAN 2
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan
Model Inkuiri Penemuan
Disediakan oleh:SMK Tun IsmailSMK Dato’ SethSMK Banang Jaya
Murid : Tingkatan 1 Cemerlang
Tema : JIRIM DALAM ALAM
Bidang Pembelajaran : Udara Di Sekeliling Kita
Masa : 2 waktu (70 minit)
Objektif Pembelajaran :
1. Memahami komposisi udara2. Memahami Oksigen diperlukan untuk pembakaran.
Hasil Pembelajaran : 1. Menunjukkan melalui aktiviti peratusan oksigen dalam udara.2. Menyatakan oksigen diperlukan untuk pembakaran.
Fasa Cadangan aktiviti Cadangan komunikasi
1. Persediaan
Memerhati Menciri Mengelas Menyoal
1. Murid diberikan lembaran kerja (rujuk lampiran 1).
2. Murid ditunjukkan video.3. Sambil menonton
tayangan video tersebut, murid dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam lampiran 1.
4. Murid dan guru berbincang jawapan kepada soalan-soalan dalam Lampiran 1.
1. Sekiranya kamu ingin memasak makanan, apakah yang kamu perlukan untuk menghidupkan api di dapur?
2. Adakah bahan-bahan yang kamu sebutkan tadi sudah cukup untuk menghidupkan api?
3. Adakah api akan menyala sekiranya kamu membakar sebatang lilin di dalam sebuah bilik yang sangat kecil dan gelap?
4. Sekiranya lilin menyala, berapa
lamakah masa yang diambil untuk lilin itu padam?
5. Sekiranya lilin itu padam dalam masa yang singkat, mengapa perkara tersebut boleh berlaku?
6. Mengapa lilin hanya akan menyala jika ada udara?
7. Apa yang berlaku pada api lilin jika tiada udara?
8. Apakah kandungan udara yang menyebabkan lilin menyala?
9. Adakah pembakaran lilin memerlukan sebarang gas untuk berlaku?
10. Gas apakah yang diperlukan untuk sesuatu pembakaran berlaku?
2. Imaginasi Meneroka Merancang Meramal Membuat
hipotesis
1. Murid berbincang di dalam kumpulan mengenai perkara yang diperlukan untuk pembakaran berlaku.
2. Murid membina hipotesis berdasarkan perbincangan
1 Bagaimanakah pembakaran boleh berlaku?
2 Sekiranya sesuatu kebakaran berlaku, apakah bahan yang sesuai digunakan untuk memadamkan kebakaran tersebut?
3 Mengapa kita sering gunakan air untuk memadamkan kebakaran?
4 Bolehkan kita gunakan kain yang basah untuk menutup bahan yang terbakar?
5 Mengapa kain yang basah lebih cepat memadamkan api yang sedang marak?
6 Sekiranya anda hanya mempunyai alat pemadam api jenis penyembur karbon dioksida ketika kebakaran berlaku, bolehkah anda gunakan untuk
memadamkan api?7 Apakah gas yang diperlukan
dalam pembakaran?8 Sekiranya kawasan tersebut
tiada lansung gas yang kamu sebutkan tadi, bolehkah sesuatu pembakaran berlaku?
3. Perkembangan Menguji
hipotesis
1. Murid dibahagi kepada kumpulan yang terdiri daripada 5-6 orang.
2. Setiap kumpulan diminta mengambil bahan dan radas berikut:Balang gas, Alas balang gas, Lilin, Plastesin, Besen, Air berwarna, mancis, dan Pen Dakwat Kekal.
2. Dengan menggunakan bahan dan radas yang dibekalkan, setiap kumpulan dikehendaki
menjalankan satu aktiviti berikut: (i)Aktiviti 1 (menunjukkan
bahawa oksigen diperlukan untuk pembakaran dan menunjukkan peratusan oksigen dalam udara)
1. Lengkapkan lembaran kerja (lampiran 2) yang berkaitan dengan aktiviti kumpulan anda.
4. Tindakan Membuat
kesimpulan Melapor Dokumentasi Mentaksir
1. Murid melengkapkan lembaran kerja yang disediakan
2. Murid membincangkan dapatan setiap kumpulan dalam kelas.
.
.
1. Mengapa api terpadam?2. Adakah lilin yang diletakkan di
bawah balang gas akan menyala dalam masa yang lama?
3. Mengapa lilin cepat padam?4. Mengapa lilin akan terus menyala
dalam udara yang terbuka?5. Apa perbezaan yang dapat kamu
perhatikan dengan paras air berwarna pada besen P dan Q?
6. Mengapa paras air pada set P kekal?
7. Mengapa paras air pada set Q
meningkat?8. Mengapa balang gas tersebut
dibahagikan kepada 5 bahagian?9. Mengapa paras air hanya akan
meningkat hingga ke bahagian yang pertama sahaja?
10. Bolehkah paras air meningkat hingga ke bahagian yang kedua atau ketiga?
11. Mengapa air boleh masuk ke dalam balang gas?
12. Mengapa air tidak boleh masuk ke dalam balang gas pada besen P?
13. Setiap satu bahagian pada balang gas mewakili berapa peratus oksigen dalam udara?
14. Jadi, berapa peratuskah kandungan oksigen dalam udara?
15. Secara teorinya, kandungan oksigen dalam udara ialah 21 peratus. Jika kandungan oksigen dalam udara tiba-tiba bertambah menjadi 50 peratus, setakat manakah paras air berwarna akan meningkat?
16. Sekiranya kamu melakukan eksperimen yang sama di bulan, adakah keputusan yang kamu peroleh akan sama seperti kamu melakukan eksperimen ini di Bumi?
Pentaksiran
Berdasarkan keupayaan pelajar menyatakan oksigen diperlukan dalam pembakaran.
Berdasarkan keupayaan pelajar menyatakan peratusan oksigen dalam udara.
Nilai dan sikap1. Bekerjasama dalam menjalankan aktiviti kumpulan.2. Menghargai gas oksigen bagi proses pembakaran.
LEMBARAN KERJA (Lampiran 1- tayangan video)
1) Apakah warna cecair yang digunakan?_____________________________________________
2) Senaraikan radas yang digunakan ?____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3) Apakah yang berlaku pada api lilin?_____________________________________________
4) Apakah yang berlaku pada paras air berwarna sebelum dan selepas api padam?____________________________________________
LEMBARAN KERJA (lampiran 2)
Aktiviti 1.
Arahan: 1. Sediakan radas seperti dalam rajah berikut. 2. Tandakan aras air pada balang gas dengan menggunakan pen penanda dakwat kekal.3. Bahagikan ruang udara di dalam balang gas kepada lima bahagian dengan
menandakan pada balang gas.
4. Nyalakan kedua-dua batang lilin.5. Telungkupkan balang gas untuk menutup lilin di besen Q itu. Biarkan lilin di besen 6. P terdedah kepada udara persekitaran.
7. Perhatikan nyalaan lilin di P dan Q serta paras air di kedua-duanya.
Soalan1. Lilin manakah yang akan menyala lebih lama? Berikan satu inferens berdasarkan
eksperimen ini._________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Apakah gas yang digunakan dalam pembakaran?______________________________________________
Set P Set Q
3. Apakah yang berlaku pada paras air di besen P dan Q? Berikan satu inferens. _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Kesimpulan1) Gas ______________________ diperlukan untuk pembakaran.
2) Kandungan gas _________________ dalam udara ialah _____%.