Transcript
Page 1: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 1/53

Lawatan Ke Kilang Minuman

Pada 16 November 2009, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telahmengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Petaling Jaya, Selangor. Rombongan ini

disertai oleh 30 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu dan 4 orang guru pengiring.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang proses membuat air minuman berkarbonat. Di samping itu, lawatan ini juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan

serta memupuk semangat keusahawanan murid-murid.

Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan sebuah bas yang disewa khas.

Kami tiba ke kilang itu pula kira-kira pada pukul 10.30 pagi dengan disambut oleh beberapa

orang pegawai kilang tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas tentang kilang tersebut

oleh salah seorang daripada mereka.

Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kami dapati

sebahagian besar kerja memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi.Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna biru serta sarung tangan

ketika bertugas. Kami diberi peluang oleh pihak kilang untuk mengemukan soalan tentang proses

membuat minuman berkarbonat. Ramai peserta yang mengemukan soalan untuk mengetahui

maklumat tentang memproses minuman itu.

Pada pukul 1.00 petang, kami dijemput untuk makan tengah hari di kantin kilang itu. Kami juga

diberi setin minuman setiap seorang sebagai cenderahati. Sebelum bertolak balik, ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain telah memberi cenderamata kepada pengurus kilang tersebut

sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami melawat kilang itu. Kira-kira pukul 2.00

 petang, kami bertolak ke sekolah semula dan sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Walaupun

hanya beberapa jam melawat kilang itu tetapi kami gembira kerana banyak pengetahuan barudiperoleh.

Laporan disediakan oleh: 19 November 2009

------------------------------

(Nik Syukri b. Nik Sabri)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Page 2: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 2/53

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah

mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli

 persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun.

Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para

 pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka

sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang

 pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salah

seorang pegawai kilang tersebut.

Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian

 besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerja

di kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika

 bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang

yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.

Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ

terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang

canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan di

kantin kilang tersebut.

Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiapseorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telah

menyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta

dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta

dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh, 25 Januari 2010

..................................................

(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)

Setiausaha,

Persatuan kemahiran Hidup

Page 3: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 3/53

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yangke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telahdilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerjasekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat

markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumah

sukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin. Pada pukul 8.00

 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan

di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada pukul 8.10 pagi.Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh

serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para peserta

yang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabit hormat dan seterusnyamerasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yang

dijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul 10.00 pagi. Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter menjadi acara

kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara

 penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah menyampaikan hadiahkepada para pemenang.

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning.

Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semuahadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2010

..............................................................

(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Page 4: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 4/53

Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 2010

Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah ditubuhkan pada tahun 2008.Sehingga hari ini seramai 45 orang ahli berjaya didaftarkan yang terdiri daripada murid-murid

Tahap Dua. Sepanjang penggal pertama persekolahan tahun 2010, kelab ini telah mengadakan

aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Kawasan yangterlibat ialah padang, taman sains dan bilik darjah.

Pada penggal kedua pula, kelab ini telah mengadakan "Kempen Kitar Semula". Kempen ini

 bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin barang-barang terpakai seperti botol-botol kaca, barang-barang plastik, surat khabar dan lain-lain untuk dikitar semula. Selain dapat memelihara

alam sekitar, aktiviti ini juga telah menambahkan tabungan kelab hasil jualan barang-barang

terpakai tersebut kepada kedai kitar semula. Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat

mengalakkan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

Pada 16 Jun 2010, Kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat kitar semula diShah Alam. tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab tentang bagaimana

menguruskan barang terpakai untuk dikitar semula.

Manakala pada 18 Ogos 2010, kelab ini telah mengadakan pertandingan reka cipta denganmengunakan bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat

kreativiti murid-murid dalam menghasilkan sesuatu ciptaan daripada barang-barang tersebut.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli kelab serta para pelajar.

Semua ahli kelab berharap kelab ini akan lebih aktif pada masa hadapan. Jika sekiranya ahli-ahli

kelab menghadapi sebarang masalah, mereka diharap segera mengemukakan masalah itu untuk 

dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama dengan guru penasihat dan ahli jawatan kuasaKelab Alam Sekitar.

Laporan disediakan oleh, 15 Disember 2010

.................................................

(Ahmad Naim Safwan bin Sufian)

Setiasaha,

Kelab Alam Sekitar.Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Page 5: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 5/53

Cerita Jenis Fakta

Banjir  

Banjir adalah bencana alam yang sering melanda negara kitaterutamanya di negeri -negeri Pantai Timur, Semenanjung Malaysia.

Kebiasaannya negeri-negeri ini akan mengalami musim tengkujuh pada setiap

akhir tahun. Hujan lebat yang kerap berlaku pada musim itu menyebabkan

banjir di kawasan tersebut. 

Banjir kerap melanda kawasan-kawasan yang rendah seperti kawasan

berhampiran sungai. Banyak harta benda yang musnah serta binatangternakan dan tanaman mati. Mereka yang terlibat seperti para petani akan

mengalami kerugian besar. 

Banjir juga boleh mengancam nyawa. Ramai yang lemas kerana

bermain dengan air banjir yang alirannya deras dan dalam. Apatah lagi jika

mereka tidak tahu berenang.

Air banjir yang keruh menghanyutkan pelbagai benda yang berbahaya

seperti kayu tajam, tali dan sebagainya. Ada yang nahas kerana terlanggar 

atau terperangkap dengan benda-benda yang dihanyutkan air deras ini. Air 

banjir juga tercemar dengan pelbagai kotoran daripada air kumbahan,

bangkai binatang dan sebagainya. Keadaan ini boleh menyebarkan penyakit.

Justeru, janganlah mengambil air banjir untuk diminum, apatah lagi jika tidak 

dimasak.

Oleh itu, apabila tiba musim hujan kita mestilah berhati -hati. Adalah lebih

baik jika kita berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum air naik.

Page 6: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 6/53

Autobiografi: Aku Sehelai Baju 

Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada

sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badankumenunjukkan RM 350.00.

Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadis bernama Linda. Lindamemakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku, mereka

semua memuji kecantikan yang aku miliki.

Selang beberapa bulan, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut,

dia mengambil seterika lalu menggosokku.

Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupauntuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan tetapi

akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian

 badanku terbakar.

Apabila terhidu bau badanku terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Namun sudah

terlambat kerana aku sebahagian badanku telahpun hangus. Kini aku hanya menjadi penghuni

setia almari usang.

Autobiografi: Aku Sebuah Basikal 

Aku berasal dari "Negara Matahari Terbit". Aku dibuat di sebuah kilang di negara maju itu.Badanku terdiri daripada besi, getah, kaca dan plastik.

Setelah siap dipasang, aku digelar basikal. Aku dan kawan-kawanku yang lain ditempatkan disebuah bilik di kilang itu sementara menunggu untuk dipasarkan. Aku berasa sungguh gembira

kerana ramai kawan-kawan memuji kecantikanku.

Tidak lama kemudian, aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah pelabuhan untuk menaikisebuah kapal dagang. Aku berasa sungguh seronok apabila mendapati kami akan dihantar ke

Malaysia. Melalui perbualan beberapa orang kelasi kapal itu, aku dengar ramai kanak-kanak di

Malaysia ingin memiliki kami. Aku semakin bangga.

 Nasib kami sungguh malang. Tanpa disangka kapal yang kami naiki karam setelah dipukul

ombak besar. Aku dan kawan-kawanku tenggelam ke dasar laut. Setahun kemudian, akudijumpai oleh seorang penyelam. Waktu itu badanku sudah berkarat. Penyelam itu membawaaku dan kawan-kawanku naik ke daratan. Akhirnya kami dihantar ke kilang kitar semula.

Aku berasa sungguh kesal kerana telah menjadi bahan terbuang sebelum sempat mencurahkan baktiku kepada orang Malaysia. Bagaimanapun, itu tidak penting kerana aku yakin semuanya

adalah ketentuan Tuhan.

Page 7: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 7/53

Cerita Jenis Gambaran

Berani

Pada waktu rehat, tiba-tiba sahaja perutku terasa sakit lalu aku pun segara menuju ke tandas.

Sewaktu perjalanan ke situ, aku ternampak beberapa orang murid sedang menconteng dindingsekolah.

Aku menghampiri mereka untuk menghalang mereka daripada terus melakukan perbuatan itu.

Rupa-rupanya mereka ialah rakan sekelasku iaitu Aizat, Farid dan Azwan. Aku terus menegur 

dan menasihati mereka supaya segera menghentikan perbuatan tersebut. Ini menyebabkan

mereka marah lalu tanpaku duga Aizat cuba menumbukku. Mujurlah aku sempat

mengelak. Kemudian, mereka memberi amaran, jika aku tidak mahu diapa-apakan, aku mestilah

merahsiakan kegiatan mereka.

Selepas itu, aku pun terus beredar menuju ke tandas. Selepas ke tandas, aku segera mencari guru

disiplin iaitu Cikgu Nadirah. Amaran mereka tidak aku endahkan kerana aku tidak mahu

kegiatan sebegitu terus berlarutan. Sejurus kemudian, Cikgu Nadirah memanggil mereka ke

 pejabat dan mereka kelihatan amat takut.

Di pejabat, Cikgu Nadirah menasihati mereka supaya tidak melakukan perbuatan jahat itu lagi

 jika tidak mahu dikenakan tindakan yang lebih tegas. Mereka juga dikehendaki memadamkan

semula contengan di dinding sekolah. Nasihat Cikgu Nadirah telah menyebabkan mereka insaf.

Beberapa hari kemudian, Azwan, Aizat dan Farid datang untuk meminta maaf kepadaku.

Semenjak hari itu mereka menjadi kawan karibku.

Ibu bapaku Hilang

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke bandar Temerloh untuk menyertai

Kempen Mengibarkan Jalur Gemilang. Keadaan di situ sangat sesak dengan orang ramai. Ketika

saya sedang asyik memerhati keadaan sekililing, tiba-tiba saya dapati ibu bapa saya sudah tiada

di sisi saya. Saya berasa amat bimbang dan takut.

Saya berusaha untuk mencari mereka tetapi masih gagal ditemui. Kemudian saya mencari

 pondok telefon untuk menghubungi ayah saya. Saya terlihat sebuah pondok telefon lalu terus

 berjalan ke situ. Malang sekali, apabila saya dapati telefon di situ telah rosak.

Saya berasa semakin bimbang dan hampir menangis. Tiba-tiba saya disapa oleh seseorang.

Apabila saya menoleh ke arah suara itu, saya lihat seorang makcik sedang tersenyum. Katanya

dia sudah lama memerhatikan saya yang tampak gelisah seperti mempunyai masalah besar. Saya

terus menceritakan keadaan yang menimpa diri saya. Selepas itu, dia membawa saya ke sebuah

Page 8: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 8/53

 pondok pengawal keselamatan yang tidak jauh dari situ.

Setibanya kami di situ, saya terus menemui seorang pengawal keselamatan untuk mengadu akan

masalah saya. Kemudian, pengawal keselamatan itupun membuat pengumuman menggunakan

alat pembesar suara di pondok keselamatan itu. Tidak lama kemudian, ibu bapa saya kelihatan

 berlari anak ke arah kami. Saya berasa sungguh lega dan gembira. Sebaik sahaja bertemu, ibu

terus memeluk dan mencium saya.

Saya mengucapkan terima kasih kepada mak cik dan pegawai keselamatan yang telah menolong

saya. Pegawai keselamatan itu pula menasihatkan ibu bapa saya supaya lebih berhati-hati apabila

membawa anak-anak ke tempat yang sesak seperti ini.

Perlawanan Bola Sepak 

Sekolah saya mempunyai sebuah padang yang luas. Setiap hari, padang ini digunakan untuk

aktiviti Pelajaran Pendidikan Jasmani pada waktu pagi atau kegiatan ko-kurikulum pada waktu

petang. Suasana padang itu berubah apabila sekolah saya mengadakan perlawanan bola sepak

persahabatan dengan Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia pada petang 14 Julai 2009 yang lalu.

Sebelum pertandingan bermula, murid-murid dan sebahagian daripada penduduk kampung mula

berkumpul di sekeliling padang sekolah. Mereka masing-masing kelihatan amat teruja untuk

menyaksikan perlawanan bola sepak tersebut. Ada juga murid-murid dan beberapa orang penduduk

kampung yang mengunyah makanan dan menikmati aiskrim sementara menunggu pasukan bola sepak

masuk ke padang. Di penjuru padang kelihatan seorang penjual aiskrim bermotosikal sedang sibukmelayan kanak-kanak yang ingin membeli aiskrimnya.

Orang ramai bangun dan bertepuk tangan sebaik sahaja terlihat kelibat kedua-dua pasukan bola sepak

masuk ke padang. Setiap pasukan kelihatan sungguh bersemangat untuk memenangi perlawanan itu.

Saya juga berasa amat gementar dan berharap pasukan bola sepak sekolah saya akan memenangi

perlawanan tersebut.

Semasa perlawanan, para pemain bermain dengan bersugguh-sungguh. Tepukan dan sorakan

kedengaran di sekeliling padang. Para pemain menunjukkan aksi yang sungguh hebat kerana kedua-dua

pasukan bola sepak ini adalah juara dan naik juara bagi pertandingan bola sepak sekolah rendah daerahTemerloh pada tahun lepas.

Perlawanan ini berakhir apabila pengadil meniupkan wisel penamat. Saya bersyukur kerana perlawanan

ini telah dimenangi oleh pasukan bola sepak sekolah saya. Para pemain bersalam-salaman dengan

pasukan lawan dan para pengadil sebelum keluar padang. Saya berharap pada tahun hadapan, saya pula

akan mewakili sekolah dalam pertandingan seperti ini.

Page 9: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 9/53

Cerita: Rumah Pak Abu Terbakar 

Pada suatu petang, aku terdengar bunyi pelik di luar rumah lalu segera keluar untuk melihat apa

yang sedang berlaku. Aku terlihat asap berkepul-kepul di udara dari rumah Pak Abu. Rupa-rupanya rumah Pak Abu berlaku kebakaran.

Aku segera pergi memberitahu ibu bapa. Kemudian bapaku terus keluar rumah untuk meminta pertolongan daripada penduduk kampung. Ramai penduduk kampung yang datang dan mereka

 bertungkus-lumus memadamkan api tersebut. Namun begitu, api itu semakin marak. Sementara

itu, aku segera menelefon pihak bomba. Kira-kira I5 minit kemudian, bomba pun sampai ketempat kejadian. Setengah jam berikutnya, api yang marak itu berjaya dipadamkan tetapi

malangnya rumah Pak Abu telah pun musnah sama sekali.

Pihak bomba menyatakan bahawa punca kejadian itu mungkin akibat daripada kebocoran paipdapur gas. Ini memandangkan kebakaran bermula dari bahagian dapur rumah dan tong gas di situ

 pula didapati telah meletup. Syukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku. Namun, kerugian

dianggarlkan lebih daripada RM 300,000. Pak Abu dan keluarganya mengucapkan terima kasihkepada semua yang datang menolong memadamkan kebakaran rumah mereka.

Memandangkan Pak Abu jiran terdekat kami, ibu bapaku mengajak Pak Abu sekeluarga

menumpang di rumah kami untuk sementara waktu. Semasa di rumah kami, Pak Abu selalukelihatan muram kerana mungkin mengenangkan peristiwa pahit yang melanda keluarganya.

Selang tiga bulan kemudian, rumah Pak Abu telah siap dibina semula. Pak Abu berasa amatgembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga kami yang banyak membantu mereka.

Akhirnya, Pak Abu dan keluarganya telah mengambil keluargaku sebagai keluarga angkat

mereka.

Cerita: Alies Pengsan 

Pada suatu pagi, semasa aku pulang ke kelas selepas waktu Pendidikan Jasmani, aku ternampak 

seorang murid terbaring di tengah padang sekolah. Aku pun pergi ke arah murid tersebut. Rupa-

rupanya murid itu ialah rakan sekelasku iaitu Alies. Aku berasa cemas lalu terus memanggil

rakan-rakanku yang masih berada berhampiran padang sekolah.

Aku berasa bimbang melihat keadaan Alies yang pucat. Tiba-tiba aku terlihat Cikgu Zakini di

hujung padang. Tanpa berlengah aku segara memanggilnya dengan cemas. Kemudian, Cikgu

Zakini bergegas menuju ke arah kami untuk mengetahui apa yang berlaku.

Cikgu Zakini terus meminta kami membawa Alies ke kantin. Setelah berbincang dengan cikgu-

cikgu lain, akhirnya mereka bersetuju supaya Alies dibawa ke klinik dengan segera. CikguZakini meminta aku menemaninya untuk menghantar Alise ke klinik. Sesampainya di klinik, aku

membantu Cikgu Zakini memapah Alies masuk ke bilik doktor. Kemudian, aku diminta oleh

doktor supaya menunggu di luar bilik sahaja. Aku gelisah kerana berasa amat bimbang akankeadaan Alies semasa menunggu di situ.

Page 10: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 10/53

 

Tidak lama kemudian, Cikgu Zakini keluar sambil memapah Alies. Aku berasa sungguh gembira

apabila melihat Alies telah pun sedar. Cikgu Zakini memberitahu aku bahawa Alies pengsanakibat pening kepala dan demam. Sebaik sahaja Cikgu Zakini selesai mengambil ubat, aku

membantu Cikgu Zakini memapah Alies masuk ke dalam kereta. Kemudian, kami menghantar 

Alies ke rumahnya. Ibu bapanya mengucapkan terima kasih kepada kami atas bantuan itu.

Keesokan harinya, aku mengajak beberapa orang rakanku melawat Alies. Kami membawa

sedikit buah tangan untuk Alies. Aku dan rakan-rakanku gembira apabila melihat keadaan Alies

yang sudah semakin sembuh.

Cerita: Lembaga itu, Hantu? 

Pada petang itu, aku terpaksa berjalan kaki untuk pulang ke rumahku. Tiba-tiba, aku ternampak sebuah bas yang dipandu perlahan. Aku menahan bas itu lalu menaikinya untuk pulang ke rumah.

Di pertengahan jalan, salah satu tayar bas itu pancit. Aku terpaksa turun dari bas itu lalu berjalankaki. Aku berjalan seorang diri dalam hujan renyai-renyai yang mulai turun. Hatiku ingin

mengikut jalan pintas untuk lebih cepat sampai ke rumah tetapi aku berasa takut. Bagaimanapun

aku terus memberanikan diri melalui jalan pintas itu walaupun aku tahu laluan itu amat sunyi dangelap. Di kiri dan kanan jalan pintas itu terdapat pokok-pokok getah. Di situ juga kedengaran

 pelbagai bunyi seranggan dan suara burung hantu yang menakutkan aku.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang memanggil-manggil namaku. Aku fikir suara itu adalahkhayalan sahaja. Aku menoleh ke belakang. Alangkah terperanjatnya aku apabila terlihat satu

lembaga melambai-lambai ke arahku. Aku membuka langkah seribu. Aku berlari dengan sekuat-

kuat hatiku. Setelah berasa selamat, aku bersandar pada sebatang pokok dengan nafas yang

tercungap-cungap.

Tiba-tiba seorang lelaki muncul di hadapanku sambil memanggil namaku. Aku amat terkejut

lantas berlari untuk meyelamatkan diri. Malang sekali apabila lelaki itu sempat memelukkudengan kuat hingga aku tidak berdaya melepaskan diri. Lelaki itu menyuruh aku bertenang dan

dalam cahaya samar, aku memberanikan diri, melihat wajah lelaki itu. Alangkah terkejutnya aku

kerana rupa-rupanya lelaki itu ialah abangku sendiri.

Kemudian, dia memberitahuku bahawa dia mencari aku setelah aku terlalu lewat pulang ke

rumah. Aku menceritakan segala peristiwa yang aku alami pada petang itu. Setelah tamat kelas

tambahan, aku mendapati basikalku hilang. Oleh sebab itulah aku terpaksa pulang ke rumah

dengan berjalan kaki. Setibanya di halaman rumah, aku segera memberitahu ayahku tentang peristiwa yang menimpa diriku. Ayah menasihatiku supaya jangan terlalu percaya kepada hantu

hingga menjadi terlalu takut seperti itu lagi.LinkWithin 

Cerita: Keputusan UPSR Sudah Keluar. 

Page 11: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 11/53

Pada hari Sabtu yang lepas, aku dan rakan-rakanku pergi ke sekolah dengan menunggang basikal.

Tujuan kami ke sekolah adalah untuk mengetahui keputusan UPSR yang akan diumumkan pada

hari tersebut.

Sebaik sahaja sampai di sekolah, kami terus meletakkan basikal di tempat letak basikal. Kami

 berasa tidak sabar lagi untuk mengetahui keputusan UPSR lalu terus masuk ke dalam dewansekolah. Di dewan, kami melihat ramai pelajar yang telah hadir. Tidak lama kemudian, GuruBesar sekolah kami mengumumkan keputusan UPSR.

Aku berasa sungguh gementar, apatah lagi apabila melihat pelbagai memek muka kawan-kawanku apabila keputusan UPSR mereka diumumkan seperti gembira, sedih, cemas dan lain-

lain lagi. Sebaik sahaja namaku disebut, aku berasa sungguh gembira kerana aku mendapat

keputusan yang cemerlang iaitu 5A.

Guru besar dan guru-guru lain mengucap tahniah kepadaku atas kejayaanku itu. Rakan-rakanku

 juga turut mengucap tahniah kepadaku. Aku mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang

telah mengajarku dengan penuh dedikasi serta tidak pernah mengenal erti penat dan putus asa.Aku berjanji, jasa dan bakti guru-guru akan diingati sehingga ke akhir hayatku.

Kemudian, aku dan rakan-rakanku pulang ke rumah masing-masing. Sebaik sahaja sampai di

rumah, aku memberitahu ibu bapaku tentang keputusan peperiksaan UPSR yang aku peroleh. Ibu bapaku kelihatan amat gembira dengan keputusan itu dan mengucapkan tahniah kepadaku. Aku

 juga megucapkan terima kasih kepada ibu bapaku atas dorongan yang mereka berikan selama ini.

Itulah kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan dalam hidupku.

Fakta: Langkah-langkah Mewujudkan Minat Membaca Di Kalangan Para

Pelajar 

Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mewujudkan minat membaca di

kalangan para pelajar. Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Rangka Karangan :

Pendahuluan

-membaca banyak kebaikannya-mesti dipupuk sejak kecil

Perenggan ke-2

-pihak sekolah memainkan peranan

-mengadakan kempen membaca

Page 12: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 12/53

-perpustakaan yang lengkap dan menarik 

Perenggan ke-3-ibu bapa memupuk minat membaca anak-anak 

-peruntukkan wang untuk buku anak-anak 

Perenggan ke-4-harga buku berpatutan

-semua golongan mampu membeli buku

Penutup

-membaca penting

-mesti dipupuk sejak di bangku sekolah

***********************************

Membaca mempunyai banyak kebaikkan. Oleh itu, minat membaca di kalangan para pelajar 

mestilah dipupuk sejak dari kecil lagi.

Antara langkah-langkah untuk memupuk minat membaca di kalangan para pelajar adalah dengan

mengadakan kempen membaca terutamanya di peringkat sekolah lagi. Pihak sekolah bolehmenjalankan kempen ini dengan mengadakan pelbagai pertandingan seperti pertandingan

mengarang dan sebagainya. Selain itu, perpustakaan sekolah juga haruslah mempunyai pelbagai

 bahan bacaan yang menarik, disamping sentiasa bersih, selesa dan mempunyai kemudahan yang

mencukupi. Ini akan menarik minat pelajar untuk mengunjungi perpustakaan.

Ibu bapa pula mestilah memainkan peranan untuk memupuk minat membaca di kalangan anak-

anak dengan memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli buku-buku yang bersesuaian untuk  bacaan anak-anak mereka. Jadikan membaca sebagai aktiviti harian keluarga dan wujudkan

 perpustakaan mini di rumah.

Pihak kerajaan pula perlulah memantau supaya buku-buku yang dijual adalah dengan harga yang

 berpatutan supaya semua golongan pelajar mampu membeli buku-buku yang mereka perlukan.

Kesimpulannya, membaca amat penting kepada murid-murid. Oleh itu, minat membaca perludipupuk sejak dari bangku sekolah lagi.

Fakta: Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank  

Page 13: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 13/53

Ceritakan tentang kebaikan-kebaikan menyimpan wang di bank. Panjang karangan kamu

mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

* * * * *

Rangka Karangan :

Pendahuluan

-digalakkan simpan wang di bank kerana banyak kebaikannya

-buka akaun bank sebelum boleh menyimpan wang-banyak pilihan bank 

Perenggan ke-2-simpanan dijamin selamat

-kehilangan atau kecurian, tanggungjawab bank 

-bencana alam, tangungjawab bank 

Perenggan ke-3

-menjamin masa hadapan

-contoh; membiayai pengajian

-perlu menyimpan secara tetap

Perenggan ke-4

-cermat berbelanja-pandai menguruskan wang sendiri

-lepas daripada masalah kewangan

Penutup-amalan menyimpan wang perlu diamalkan

-kehidupan akan lebih terjamin

** ** ** ** **

Kebaikan-kebaikan Menyimpan Wang di Bank 

Kita amat digalakkan untuk menyimpan wang di bank kerana mempunyai banyak kebaikannya.Bagi membolehkan kita menyimpan wang di bank, kita perlulah membuka akaun bank di mana-

mana bank seperti Bank Simpanan Nasional, MayBank, Tabung Haji dan lain-lain bagi.

Antara kebaikan menyimpan wang di bank ialah simpanan kita dijamin selamat. Kita tidak perlurisau tentang keselamatan wang simpanan kita daripada kecurian dan kehilangan kerana semua

itu akan ditanggung oleh pihak bank. Begitu juga jika sekiranya berlaku bencana seperti

kebakaran, banjir dan lain-lain lagi, wang kita tetap dijamin selamat di bawah tanggungjawab pihak bank. Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang lagi akan kehilangan wang simpanan

apabila kita menyimpan wang di bank.

Menyimpan wang di bank juga boleh menjamin masa depan kita. Contohnya, apabila kita ingin

Page 14: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 14/53

melanjutkan pelajaran, kita boleh membiayai pengajian itu dengan mengeluarkan wang

simpanan kita di bank. Oleh itu, kita mestilah menyimpan wang secara tetap supaya wang kita

akan sentiasa bertambah dan dapat digunakan untuk masa hadapan.

Selain itu, kita dapat berjimat-cermat apabila kita menyimpan wang di bank. Kita tidak akan

 boros berbelanja kerana sebahagian wang akan kita simpan di bank. Ini akan melatih kitamenjadi seorang yang pandai menguruskan wang perbelanjaan dalam urusan seharian kita.Amalan perbelanjaan yang baik akan mengelakkan seseorang itu terjebak dalam masalah hutang

dan sebagainya.

Kesimpulannya, amalan menyimpan wang di bank haruskan kita amalkan kerana cara ini amat

 banyak kebaikannya. Oleh itu, tanamkan sikap untuk menyimpan wang di bank demi kehidupan

yang lebih terjamin.

Fakta: Masa Itu Ibarat Emas 

Masa itu ibarat emas. Oleh itu, kita mestilah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dengantidak melakukan aktiviti yang boleh merugikan. Gunakanlah masa lapang kepada perkara-

 perkara yang lebih berfaedah.

Pada masa cuti sekolah, kita boleh menggunakan masa lapang itu untuk melakukan pelbagai

aktiviti yang berfaedah seperti menolong ibu bapa di rumah. Kita boleh membantu mereka

dengan mengemas rumah, menyiram pokok bunga, menolong ibu memasak dan lain-lain lagi. Ini

dapat meringankan tugas ibu bapa dan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kita.

Selain itu, masa lapang haruslah kita gunakan untuk membaca atau mengulang kaji pelajaran.

Aktiviti ini boleh menambahkan kemahiran dan kecekapan kita dalam sesuatu mata pelajaran.

Kita juga akan dapat membaiki kelemahan dalam pelajaran. Ini akan membantu kita lulus dengancemerlang dalam peperiksaan.

Selain itu, jika ada kesempatan, kita boleh berkelah bersama keluarga. Dengan berkelah, kitadapat merehatkan fikiran dan menyegarkan minda setelah penat berlajar. Apatah lagi berkelah

 juga dapat mengeratkan tali persaudaran kerana kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang

menyeronokkan seperti bermain, makan dan sebagainya bersama keluarga

Masa lapang terutamanya pada musim cuti sekolah juga boleh kita gunakan untuk berkunjung ke

rumah saudara-mara. Ini dapat mengeratkan persaudaraan antara saudara mara, di samping

dapat melancong dan menikmati keindahan alam.

Kesimpulannya, masa amat berharga. Justeru, hargailah masa demi kehidupan yang lebih

sempurna. Masa cuti sekolah atau masa lapang boleh dilalui dengan perkara yang tidak sia-sia

apabila kita menghargai masa.

Fakta: Faedah-faedah Memanfaatkan Perpustakaan 

Page 15: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 15/53

Murid-murid digalakkan pergi ke perpustakaan. Berikan pandapat kamu tentang faedah-faedah

yang diperolehi jika seseorang itu memanfaatkan perpustakaan.

** ** ** ** **

Perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Di perpustakaan terdapat banyak buku-buku yang boleh dibaca seperti seperti buku cerita, novel, majalah, buku rencana dan lain-lain lagi. Dengan

membaca, pengetahuan murid-murid semakin bertambah dan ini tentu membantu murid-murid

dalam pelajaran.

Murid-murid dapat mengisi masa lapang dengan memanfaatkan perpustakaan. Mereka yang

selalu ke perpustakaan akan terhindar daripada gejala yang tidak sihat seperti melepak, merokok dan lain-lain lagi. Dengan itu, murid-murid akan berjaya dalam pelajaran dan masa depan

mereka akan lebih cerah. Sebaliknya, gejala yang tidak sihat akan mengelapkan masa depan

mereka.

Selain itu, perpustakaan adalah tempat membentuk disiplin diri. Perpustakaan mempunyai

 peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi seperti larangan membuat bising, memulangkan buku

mengikut tarikh, menyusun semula buku di raknya dan seumpamanya lagi. Justeru, murid-murid

dapat berlatih mendisplinkan diri di perpustakaan dan ini diharap akan menjadi amalan dalamkehidupan mereka.

Perpustakaan juga dapat menjimatkan wang ibu bapa murid-murid. Murid-murid tidak perlumembeli semua buku kerana sesetengah buku boleh dipinjam di perpustakaan. Ini tentu dapat

menjimatkan wang ibu bapa murid-murid.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, menfaatkanlah perpustakaan yang disediakan demi kemajuan kita dalam pelajaran. Tambahan pula, murid-

murid juga dapat menghilangkan rasa bosan setelah penat belajar dengan membaca buku-buku

tertentu di perpustakaan.

Fakta: Kebaikkan Buah-buahan Tempatan 

Rakyat Malaysia digalakkan makan lebih banyak buah-buahan tempatan. Tuliskan tentang

kebaikan buah-buahan tempatan.

** * *** *** *** ***

Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang terdapat di negara kita Malaysia. Antara contoh buah-buahan tempatan ialah durian, rambutan, langsat dan lain-lain lagi.

Rakyat Malaysia digalakkan mengambil buah-buahan tempatan kerana buah-buahan tempatanmasih segar. Oleh itu, buah-buahan ini tentu lebih berkhasiat kerana kandungan berbagai-bagai

 jenis zat dan vitaminnya masih terpelihara dan ini tentunya lebih baik untuk kesihatan kita.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati terutama pada musim buah-buahan. Pokok buah-

Page 16: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 16/53

 buahan ini seperti pisang dan betik boleh kita tanam sendiri di sekeliling rumah, apatah lagi

sekiranya kita tinggal di kampung. Ini akan akan memudah kita mendapatkan buah-buahan ini

tanpa perlu pergi ke kedai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan juga dapat membantu meningkatkan ekonomi negara. Apabila kita lebih

gemar memilih buah-buahan tempatan, ini akan meningkatkan pendapatan petani dan seterusnyadapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan. Secara tidak langsung kita telah membantunegara dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkat ekonomi negara.

Kesimpulannya, kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana banyak kebaikannya. Tambahan pula buah-buahan tempatan didapati lebih murah daripada buah-buahan

import. Oleh sebab itu, rakyat Malaysia dapat menikmati buah-buahan ini tanpa mengira kaya

atau miskin.

Fakta: Langkah-langkah Untuk Memastikan Kejayaan Dalam Pelajaran 

Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Tuliskan sebuah karangan tentang langkah-langkahuntuk memastikan kejayaan dalam pelajaran.

*** *** *** *** ***Pelajaran amat penting kepada para pelajar. Pelajaran dapat menjamin masa depan pelajar dalam

apa juga bidang yang mereka minati. Pelajar haruslah belajar bersungguh-sungguh bagimemastikan mereka berjaya dalam pelajaran.

Antara langkah-langkah untuk memastikan kejayaan dalam pelajaran ialah menumpukan

 perhatian semasa guru mengajar. Tumpuan yang sepenuhnya akan memastikan pelajar faham

akan apa yang mereka pelajari di kelas. Jika mereka tidak faham akan sesuatu topik pelajaran,mereka hendaklah segera bertanya guru supaya mereka tidak terus ketinggalan dalam pelajaran.

Pelajar juga haruslah membuat jadual waktu di rumah. Jadual waktu itu mesti dipatuhi bagimemastikan mereka dapat menggunakan masa seperti yang dirancang. Apabila pelajar pandai

membahagikan masa, ini akan membantu mereka berjaya dalam pelajaran. Di samping itu,

 jagalah kesihatan dengan mengambil makanan yang seimbang dan sebagainya supaya pelajar 

sentiasa berkeadaan cergas dan cerdas. Kesihatan yang baik akan memudahkan pelajar memahami pelajaran.

Selain itu, disiplin diri juga menjadi faktor kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran. Pelajar 

yang berdisiplin seperti mematuhi peraturan sekolah dan sebagainya akan membolehkan mereka berjaya dalam pelajaran. Ini kerana pelajar yang tidak berdisplin adalah lebih cuai seperti gagal

menyiapkan kerja rumah dan ini sudah tentu mengganggu mereka dalam pelajaran.

Kesimpulannya pelajaran amat penting kepada para pelajar. Ini kerana orang yang berilmu akan

dipandang mulia. Oleh itu, kita mestilah mengikut langkah-langkah yang betul untuk berjaya

Page 17: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 17/53

dalam pelajaran.

Fakta: Faedah-faedah Mempelajari Komputer. 

Komputer amat penting dalam kehidupan kita pada masa kini. Banyak perkara terpaksa kita

lakukan dengan bantuan komputer seperti menyimapan data-data penting, mengedit video dan

sebagainya. Oleh itu wajarlah murid-murid berusaha menguasai ilmu komputer sejak dari

sekolah rendah lagi bagi mengelakkan diri daripada ketinggalan dalam kehidupan ini.

Antara faedah komputer ialah dapat membekalkan pelbagai maklumat kepada kita. Melalui

komputer, kita boleh melayari internet. Dengan ini, kita akan mengetahui pelbagai maklumat dan

 perkembangan dunia dengan pantas.

Selain itu, kita juga dapat melakukan sesuatu kerja dengan cepat dan mudah dengan

menggunakan komputer. Tambahan pula, kerja-kerja yang dihasilkan dengan menggunakankomputer lebih menarik dan kemas. Sebarang kesilapan juga dapat diperbetulkan dengan lebih

mudah dan pantas dengan menggunakan komputer.

Dalam pada itu, komputer juga boleh menghiburkan kita. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan

dapat dilakukan melalui komputer seperti mendengar muzik, menonton video dan bermain

 pelbagai permainan. Ini boleh merehatkan minda kita setelah penat belajar asalkan tidak 

dilakukan secara berlebih-lebihan hingga mengabaikan pelajaran.

Kesimpulannya, mempelajari komputer mempunyai banyak faedah. Tambahan pula sudah ada

 perisian komputer seperti 'Zoom-A' yang boleh membantu para pelajar mengulang kaji

 pelajaran. Oleh itu, tanamkan sikap ingin mempelajari komputer supaya kita tidak ketinggalan dizaman moden ini.

Fakta: Senaman Asas Kesihatan 

Senaman adalah asas kesihatan kita. Senaman secara teratur dan berterusan akan

memastikan kesihatan kita sentiasa baik. Kita boleh bersenam dengan pelbagai cara seperti berjoging, berbasikal, berenang dan lain-lain lagi.

Senaman mempunyai banyak faedahnya. Apabila kita bersenam, badan kita akan berpeluh, otot

menjadi kuat dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan. Ini menjadikan badan kita

sihat lalu menyukarkan daripada terkena penyakit seperti demam, batuk, selsema dan lain-lainlagi.

Senaman juga menjadikan bentuk badan lebih menarik iaitu tidak terlalu gemuk atau kurus.

Penampilan diri akan lebih menarik kerana badan yang langsing akan memudahkan pergerakan

kita. Oleh itu, kita akan lebih berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat.

Selain itu, aktiviti senaman dapat mengisi masa lapang. Ini dapat mengelakkan kita daripada

Page 18: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 18/53

melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau memudaratkan seperti melepak, merokok 

dan sebagainya.

Justeru, kita mestilah mengambil berat tentang senaman kerana senaman dapat menjamin

kesihatan kita. Tambahan lagi, kajian pakar membuktikan senaman dapat mencerdaskan

 pemikiran. Oleh itu, jadikan senaman sebagai amalan hidup kita seharian.

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca 

Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di

kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa ini bahan bacaan yang sesuai

seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat mudah kita dapati seperti di kedai-kedai

 berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan menambahkan ilmu

 pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar, kita akan mengetahui berita semasadi dalam dan di luar negara sama ada berita tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan kata. Orang yang selalu

memabaca akan mampu menulis karangan dengan lebih baik. Ini kerana melalui pembacaan, kita

akan menemui perkataan-perkataan yang jarang didengar dan ini boleh memperbaiki

 perbendaharan kata.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik, cerpen dan lain-lain lagi.

Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih bahan bacaan berunsur hiburan ini keranaada juga yang tidak sesuai atau tidak elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama kepada para pelajar.Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat mengelakkan mereka terjebak dengan

gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita haruslah amalkan sikap suka membaca pada setiap

masa supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

Fakta: Cara-cara Memupuk Semupuk Semangat Kejiranan. 

Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau

 buruk kepada kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan mengembirakan kita, manakala

 jiran yang sebaliknya akan menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan sebagainya. Olehitu, sewajarnyalah kita sentiasa memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan saling tegur-menegur dan kunjung-

mengunjungi sesama jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran sakit, kelahiran

anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita salingmengambil berat antara satu sama lain.

Page 19: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 19/53

Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini,

kita dapat berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan sebagainya. Justeru, kita dapat

mengenali jiran dengan lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin terhadap masalah jiran. Apabila jiran

kita mengalami kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita mestilah bersediamenghulurkan bantuan sekadar mampu jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran tetangga. Pelbagai cara boleh kitalakukan untuk mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari keluarga sesama jiran

terdekat. Pupuklah semangat kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga sentiasa aman

dan harmoni.

Fakta: Cara-cara Memperoleh Kejayaan Cemerlang Dalam Pelajaran. 

Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam pelajaran. Begitu juga dengan saya. Olehitu setiap pelajar mesti tahu cara-cara memperoleh kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam pelajaran adalah dengan membuat jadualwaktu di rumah. Jadual ini akan membantu pelajar agar sentiasa menepati masa semasa di

rumah. Di samping itu, para pelajar mestilah rajin membaca. Dengan membaca, pengetahuan kita

akan meningkat. Ini pastilah akan menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar dalam pelajaran.

Selain itu, para pelajar perlulah mengulangkaji pelajaran. Ini akan membantu pelajar terus

mengingati dan memahami topik pelajaran yang telah dipelajari . Kesannya, pelajar akan

cemerlang dalam ujian atau peperiksaan. Pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-aktiviti

kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah seperti kelas tambahan, kelas motivasi dansebagainya. Ini kerana aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan kemahiran para

 pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya pelajar jaga hendaklah menumpukan perhatian kepada pengajaran guru di kelas.

Elakkan bermain-main semasa guru mengajar kerana ini menyebabkan kita tidak memahami apa

yang disampaikan oleh guru. Jika kurang faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera bertanyakan guru supaya masalah itu tidak terus berpanjangan.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar 

haruslah berusaha dengan tekun dan gigih supaya impian mereka tercapai.

Melengkapkan cerita: Serina Demam Panas 

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku .... 

*** *** *** *** ***

Tiba-tiba aku terdengar orang mengetuk tingkap bilikku. Aku segera membuka tingkap tersebut. 

Page 20: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 20/53

Rupa-rupanya jiranku, Mak Cik Jamilah. Mak Cik Jamilah memberitahuku bahawa anaknya

diserang demam panas. Suaminya tiada di rumah kerana sedang berkursus.

Aku segera ke ruang tamu. Aku memberitahu ayah dan ibuku bahawa anak mak cik Jamilah

diserang demam panas. Ayah dan ibuku segera ke rumah jiranku itu untuk menbantu mereka.

Ibu dan Mak Cik Jamilah memapah Serina masuk ke dalam kereta ayahku untuk dibawa keklinik yang berhampiran. Ibu menyuruh aku menjaga rumah dan mengunci pintu. Aku patuh

nasihat ibuku.

Aku berasa bimbang akan Serina yang diserang demam panas. Aku hanya mampu berdoa kepada

Allah supaya Serina selamat.

Tidak lama kemudian, aku terdengar enjin kereta ayahku. Aku segera membuka pintu. Ibumemberitahu aku bahawa Serina ditahan di wad.

Keesokan harinya, Aku dan keluargaku menziarahi Serina di hospital. Aku bersyukur keranaSerina kini sudah hampir sembuh. Mak cik Jamilah mengucapkan terima kasih kepada aku dan

keluargaku.

Melengkapkan cerita: Kunci basikalku hilang 

Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak 

 basikal. Tiba-tiba .....

*** *** *** *** ***

 Aku baru selesai menghadiri kelas tambahan. Aku segera mengambil basikalku di tempat letak 

basikal. Tiba-tiba aku dapati kunci basikal aku hilang. Aku berasa sungguh bimbang.

Aku mencari kunci basikalku di tempat letak basikal. Malangnya kunci basikalku tiada. Jam

tangan aku menunjukkan hampir pukul 3.00 petang. Aku berasa sangsat takut.

Aku terus pergi ke pondok telefon yang berhampiran.Mujurlah aku mempunyai wang syiling.

Aku menelefon ibuku. Aku memberitahu ibu tentang kehilangan kunci basikalku. Ibuku

menyuruhku menunggu di sekolah.

Tidak lama kemudian, ibuku pun datang. Ibu dan aku mengangkat basikal lalu memasukkan ke

dalam kereta.

Ibuku membawa aku ke kedai membuat kunci. Ibuku menempah kunci baru untuk basikalku.Selepas beberapa minit, kunci baru siap dipasang. Aku berasa sungguh gembira. Ibuku

menasihati aku agar tidak cuai lagi.

Semenjak kejadian itu menimpaku, ibu dan bapaku melarang aku menunggang basikal ke

Page 21: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 21/53

sekolah lagi. Aku dihantar oleh ayah ke sekolah. Aku berasa sungguh sedih kerana tidak dapat

 berbasikal ke sekolah bersama rakan-rakanku lagi.

Melengkapkan cerita: Membantu Mak Cik Nadia 

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan .....

*** *** *** *** ***

Sebaik sahaja loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan telah tamat, aku terus menuju

ke pintu pagar sekolah untuk pulang cepat. Ketika dalam perjalanan pulang, aku terdengar suarawanita menjerit. Rupa-rupanya beg tangan wanita itu diragut oleh dua orang lelaki bermotosikal.

Apa yang mengejutkan wanita itu ialah jiranku Mak Cik Nadia.

Aku terus mencatat nombor plat motosikal yang ditunggang oleh dua orang peragut tersebut.

Aku memujuk Mak Cik Nadia supaya bersabar. Nasib baik Mak Cik Nadia tidak mengalamikecederaan yang teruk.

Aku terus ke pondok telefon yang berhampiran untuk menelefon pihak polis. Tidak lama

kemudian, beberapa orang polis datang. Meraka membawa aku dan Mak Cik Nadia ke balai polis

untuk membuat laporan. Aku memberitahu nombor plat motosikal dan jenis motosikal peragut

itu. Aku juga memberitahu yang mereka melarikan diri ke Jalan Sulaiman. Pihak polismengucapkan terima kasih kepadaku.

Setelah beberapa jam, pihak polis berjaya memberkas dua orang lelaki tersebut. Pihak polis

menghantar aku dan Mak Cik Nadia pulang ke rumah. Ibu bapaku berasa terkejut sebaik sahajamelihat aku keluar daripada kereta polis. Pihak polis menceritakan kepada ibu bapaku apa yang

terjadi.

Melengkapkan cerita: Menolong Nurul 

Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi jalan. Aku berasa simpati .....

*** *** *** *** ***

 Ketika aku pulang dari sekolah, aku ternampak seorang kanak-kanak sedang menangis di tepi

 jalan. Aku berasa simpati melihat budak itu.

Aku terus menghampiri budak tersebut sambil menuntun basikalku. Rupa-rupanya budak itu

ialah anak jiranku, Nurul. Aku memujuk Nurul supaya berhenti menangis. Aku menyuruh Nurul

menceritakan apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya Nurul ketinggalan bas. Aku cubamententeramkannya dan berjanji akan membawanya pulang.

Kemudian, aku menyuruh Nurul membonceng basikalku. Nurul kelihatan gembira dengan

Page 22: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 22/53

 pelawaanku itu. Selepas itu, aku pun mengayuh basikalku di bawah terik cahaya matahari

menuju ke rumahnya yang terletak kira-kira 5 kilometer dari situ. Walaupun memenatkan kerana

terpaksa mengayuh basikal lebih berat daripada hari-hari biasa tetapi aku gembira kerana dapatmenolongnya.

Setiba di rumahnya, bajuku telah basah lencun dengan peluh. Aku memberhentikan basikalkulalu menyuruhnya turun. Nurul kelihatan amat gembira sekali lalu mengucapkan terima kasihkepadaku sebelum masuk ke rumahnya. Selepas itu, aku terus menuju ke rumahku yang hanya

 beberapa meter sahaja dari rumahnya.

Setibanya di rumah, aku ditegur oleh ibu bapaku kerana pulang lewat. Namun, selepas aku

menceritakan peristiwa tersebut, mereka kelihatan gembira akan sikapku itu. Kata ayahku. "Kita

haruslah menolong orang yang kesusahan. Apatah lagi, jika orang itu ialah jiran atau saudara

mara sendiri".

Laporan :Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan SeriTualang 

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Anda dikehendaki

menyediakan laporan tentang kegiatan-kegiatan yang telah dijalankan oleh persatuan tersebut.

Sediakan laporan itu selengkapnya.

*** *** ***** *** ***

Rangka karangan

Pendahuluan:-penubuhan persatuan

-anggota persatuan-tujuan penubuhan

Isi

a) kegiatan-peraduan menulis esei tentang sains-pemenang

 b) ceramah -guru pakar Matematik dan Sainsc) gotong-royong-menceriakan taman Sains

d) lawatan ke Taman Herba

Penutup-berterima kasih kepada guru penasihat.

*** *** *** *** ***

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Page 23: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 23/53

 

Persatuan Matematik dan Sains Sekolah Kebangsaan Seri Tualang dibentuk pada tahun 1999.

Anggota -anggota persatuan ini berjumlah 56 orang. Mereka terdiri daripada pelajar Tahun Tigahingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk membantu meningkatkan pencapaian pelajar 

dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta memudahkan pelajar bertukar-tukar pendapat

tentang pelajaran ini.

Sepanjang tahun 2011, persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sama ada berbentuk 

akademik mahupun bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah "Peraduan

Menulis Cerpen Fiksyen Sains". Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangatmenggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, pelajar Tahun

Enam Amanah.

Kami juga menganjurkan ceramah tentang Sains dan Matematik. Ceramah ini disampaikan olehsalah seorang guru pakar Matematik dan Sains daerah Temerloh iaitu Cikgu Azhar Muhammad

dari SK Penderas. Selain itu, kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan

kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan Taman Sains SKST dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

Pada 25 September 2011, kami telah mengadakan lawatan ke Taman Herba di Pusat Sains

 Negara, Kuala Lumpur. Taman ini mempunyai lebih dari 90 spesis tumbuhan herba yang adaantaranya amat sukar ditemui. Sebagai hasil lawatan ini, kami banyak memperolehi pengetahuan

tentang penyelidikan tumbuhan herba dalam bidang perubatan.

Pada keseluruhannya, kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan. Kami

 juga berterima kasih kepada guru penasihat, Cikgu Mohd Hamidi yang banyak memberikan

 bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh, 25 Oktober 2011

 Hasif___ (HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,

Temerloh,Pahang.

*************************************

Laporan: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-47 

Laporan: Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-47

Setiap tahun negara kita akan mengadakan sambutan hari kemerdekaan negara bagi mengingati

detik bersejarah yang amat berharga kepada semua rakyat Malaysia. Pada tahun ini iaitu tahun

Page 24: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 24/53

2004, sambutan Hari Kemerdekaan Negera bertempat di Kuantan, Pahang. Sambutan tersebut

diadakan pada tarikh 31 Ogos, bersempena hari kemerdekaan negera. Ramai yang datang terdiri

daripada pelbagai bangsa dan agama untuk meraikan hari yang bersejarah tersebut.

Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap

 Negara. Kemerdekaan daripada penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah kerana ramai pahlawan terpaksa berkorban harta dan nyawa bagi memastikan negara terlepas daripada belengu penjajahan yang menyeksakan. Oleh itu sewajarnyalah kita berganding bahu agar negara kita

terus maju, aman dan harmoni.

Pada tahun ini saya amat gembira kerana pertama kali berpeluang menyaksikan sendiri sambutan

itu di Kuantan. Sambutan itu bermula tepat pada pukul 8.00 pagi dengan upacara menaikkan

 bendera Jalur Gemilang. Serentak dengan upacara tersebut, semua hadirin berdiri tegak dan

menyanyi lagu 'Negaraku' dengan penuh bersemangat. Apatah lagi apabila nyanyian keramat itudisemarakkan dengan alunan muzik yang dimainkan oleh sebuah pasukan pancaragam.

Kemudian, hadirin menyanyikan beberapa lagu patriotik antaranya ialah lagu 'Malaysia Jaya',

'Malaysia Maju', dan 'Keranamu Malaysia'. Menarik sekali melihat mereka menyanyikan lagu-lagu tersebut sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang.

Selepas itu perbarisan lintas hormat telah diadakan pada pukul 9.00 pagi oleh murid-murid

sekolah, kaki tangan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain lagi. Upacara perbarisan ini bertambahmenarik dengan munculnya kenderaan-kenseraan pasukan keselamatan negara kita seperti

 bomba, polis dan tentera serta pelbagai kenderaan yang dihias cantik dengan Bendera Jalur 

Gemilang dan sebagainya. Semua peserta perbarisan mengibarkan bendera Jalur Gemilangsemasa perbarisan tersebut. Lebih menarik lagi apabila serentak dengan upacara

tersebut, penerbangan lintas hormat oleh beberapa buah helikopter dan jet pejuang negara kita

turut diadakan.

Pada pukul 11.00 pagi, upacara penutup telah diadakan. Saya berasa amat bertuah kerana pada

tahun ini saya berpeluang menghadiri Sambutan hari Kemerdekaan yang sungguh meriah. Saya

 berharap agar sambutan Hari Kemerdekaan akan diadakan dengan lebih meriah lagi pada tahunhadapan. "Saya berasa bangga menjadi Warga Negara Malaysia".

Laporan desediakan oleh, 6 September 2004

..................................

(NUR SYHIRAH BINTI ABU BAKAR)

Laporan: Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun 

Andaikan bahawa anda setiausaha sesuatu persatuan di sekolah anda. Andadikehendaki menyediakan laporan tentang lawatan ke sebuah kilang yang telah dijalankan oleh

 persatuan tersebut. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh rangka karangan.

Page 25: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 25/53

 

Pendahuluan

- Persatuan Kemahiran Hidup mengada lawatan ke kilang sabun- jumlah peserta dan guru yang terlibat dalam rombongan

- tujuan lawatan; mendedahkan tentang proses membuat sabun

- menambahkan ilmu pengetahuan- memupuk semangat keusahawanan

Perenggan ke-2

- bertolak dengan menaiki bas- tiba di kilang sabun dengan disambut oleh pegawai kilang

- mendengar taklimat

Perenggan ke-3- dibawa ke bahagian memproses sabun

- proses dijalan dengan mesin berteknologi tinggi

- pekerja kilang memakai pakaian seragam dan sarung tangan khas- peserta menyoal pekerja kilang dan dilayan mesra

Perenggan ke-4

- dibawa ke bahagian pembungkusan sabun- pelbagai jenis sabun sedang diproses

- mesin yang canggih

- diberi jamuan ringan

Penutup

- setiap peserta diberi cenderamata sebelum pulang

- cenderamata kepada pihak kilang sebagai tanda penghargaan- peserta sangat seronok dan mendapat banyak pengetahuan

*** *** *** *** ***

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Sabun

Pada 23 Januari 2010, Persatuan Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Merapoh telah

mengadakan lawatan sambil belajar ke sebuah kilang sabun di Kuala Lumpur. 30 orang ahli persatuan dan 3 orang guru pengiring terlibat dalam rombongan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang proses membuat sabun.

Justeru, akan menambahkan ilmu pengetahuan serta memupuk semangat keusahawanan para pelajar. Peserta bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas yang disewa khas. Mereka

sampai ke kilang sabun itu pada pukul 9.30 pagi. Ketibaan mereka disambut oleh beberapa orang

 pegawai kilang. Kemudian, satu taklimat ringkas tentang kilang tersebut disampaikan oleh salahseorang pegawai kilang tersebut.

Page 26: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 26/53

 

Selepas itu para peserta dibawa ke beberapa bahagian memproses sabun. Sebahagian

 besar kerja memproses sabun ini dilakukan oleh mesin yang berteknologi tinggi. Pekerja-pekerjadi kilang tersebut memakai pakaian seragam yang berwarna hijau dan sarung tangan ketika

 bekerja. Di situ, ramai peserta mengambil kesempatan menyoal beberapa orang pekerja kilang

yang sedang bertugas dan mereka dilayan dengan mesra.

Pada pukul 11.00 pagi, para peserta dibawa ke bahagian pembungkusan sabun. Di situ

terdapat pelbagai jenama sabun seperti Lux, Protex dan Okchid dibungkus dengan mesin yang

canggih. Kemudian Pada pukul 12.30 tengah hari, semua peserta diberi sedikit jamuan ringan dikantin kilang tersebut.

Para peserta bertolak balik pada pukul 2.00 petang. Mereka diberi sebuku sabun setiap

seorang sebagai cenderamata oleh pihak kilang. Guru pengiring iaitu Cikgu Aisyah telahmenyampaikan cenderamata kepada pengurus kilang sebagai tanda penghargaan. Para peserta

dilihat sangat seronok menyertai rombongan ini kerana mendapat banyak pengetahuan serta

dapat melihat sendiri cara-cara membuat sabun.

Laporan disediakan oleh, 25 Januari 2010

..................................................

(Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi)

Setiausaha,Persatuan kemahiran Hidup

Laporan: Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang 

Anda dikehendaki menyediakan laporan tentang temasya sukan tahunan yang dijalankan di

sekolah kamu. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh Rangka Karangan :

Pendahuluan

- temasya sukan kali yang ke-10

- diadakan di padang sekolah

Perenggan ke-2- sehari sebelum; gotong-royong untuk kerja-kerja persiapan terakhir 

- khemah didirikan dan dihias

- papan markah dipasang- bendera-bendera dikibarkan

Perenggan ke-3- cuaca pagi temasya sangat baik 

Page 27: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 27/53

- penonton memenuhi ruang tempat duduk 

- tuan pegawai daerah tiba dan disambut oleh Guru Besar 

- dimulakan dengan perbarisan lintas hormat- merasmikan temasya

Perenggan ke-4- acara sukan dilangsungkan- berjalan lancar dan teratur 

- rehat pada pukul 10.00 pagi sebelum disambung semula

- larian 400 meter menjadi acara kemuncak - acara selesai; penyampaian hadiah dilakukan oleh pegawai pendidikan daerah

-

Penutup

- rumah kuning johan keseluruhan- temasya tamat

- hadirin menghadiri jamuan di kantin sebelum bersurai

** ** ** ** ** **

Laporan Temasya Sukan Ke-10 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 14 Mac 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan termasya sukan yang

ke-10. Termasya sukan ini diadakan di padang sekolah bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sehari sebelum temasya itu dimulakan, kerja-kerja membuat persiapan terakhir telahdilaksanakan. Khemah-khemah didirikan dan dihias dengan cantik. Beberapa orang pekerja

sekolah, guru dan murid berganding bahu meyiapkan kerja-kerja tersebut. Papan untuk mencatat

markah rumah-rumah pasukan diletakkan di tengah-tengah padang. Manakala, bendera rumahsukan, bendera Negei Pahang dan Jalur Gemilang dikibarkan di bahagian depan astaka.

Keadaan cuaca pada pagi temasya sukan itu sangat baik, redup dan berangin. Pada pukul 8.00 pagi, semua penonton termasuk ibu bapa mula memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan

di sebelah astaka. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh telah tiba pada pukul 8.10 pagi.

Ketibaan beliau disambut oleh Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh

serta ahli jawatankuasa PIBG. Acara dimulakan dengan perbarisan lintas hormat para pesertayang mengambil bahagian. Pegawai Pendidikan Daerah menerima tabit hormat dan seterusnya

merasmikan sukan tersebut.

Selepas upacara perasmian dilakukan, acara sukan pun dilangsungkan. Acara-acara yangdijalankan berjalan lancar dan teratur. Acara sukan berhenti untuk berehat pada pukul 10.00

 pagi. Acara sukan disambung semula pada pukul 10.30 pagi. Acara lari 400 meter menjadi acara

kemuncak sukan pada hari itu. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua acara tamat. Seterusnya acara penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah telah menyampaikan hadiah

kepada para pemenang.

Page 28: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 28/53

Pasukan yang menjadi juara pada kejohanan sukan ke-10 ini ialah pasukan Rumah Kuning.

Temasya sukan ini tamat kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Sebelum bersurai, semua

hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan di kantin.

Laporan disediakan oleh, 16 Mac 2010

..............................................................

(Nur Rafhanah Izzah binti Ahmad Zaidee)

Laporan: Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar 

Kamu sebagai Setiausaha Kelab Alam Sekitar diminta menyediakan laporan tahunan persatuan

tersebut. Tuliskan laporan kamu selengkapnya.

*** *** *** *** ***

Laporan Tahunan Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang, 2010

Kelab Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah ditubuhkan pada tahun 2008.

Sehingga hari ini seramai 45 orang ahli berjaya didaftarkan yang terdiri daripada murid-muridTahap Dua. Sepanjang penggal pertama persekolahan tahun 2010, kelab ini telah mengadakan

aktiviti gotong-royong untuk membersihkan dan mencantikkan kawasan sekolah. Kawasan yang

terlibat ialah padang, taman sains dan bilik darjah.

Pada penggal kedua pula, kelab ini telah mengadakan "Kempen Kitar Semula". Kempen ini

 bertujuan mengumpulkan sebanyak mungkin barang-barang terpakai seperti botol-botol kaca,

 barang-barang plastik, surat khabar dan lain-lain untuk dikitar semula. Selain dapat memeliharaalam sekitar, aktiviti ini juga telah menambahkan tabungan kelab hasil jualan barang-barang

terpakai tersebut kepada kedai kitar semula. Kempen ini telah mendapat sambutan yang amat

mengalakkan daripada pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

Pada 16 Jun 2010, Kelab ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke pusat kitar semula di

Shah Alam. tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan ahli kelab tentang bagaimanamenguruskan barang terpakai untuk dikitar semula.

Manakala pada 18 Ogos 2010, kelab ini telah mengadakan pertandingan reka cipta dengan

mengunakan bahan-bahan terbuang. Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakatkreativiti murid-murid dalam menghasilkan sesuatu ciptaan daripada barang-barang tersebut.

Pertandingan ini telah mendapat sambutan hangat daripada ahli-ahli kelab serta para pelajar.

Semua ahli kelab berharap kelab ini akan lebih aktif pada masa hadapan. Jika sekiranya ahli-ahli

kelab menghadapi sebarang masalah, mereka diharap segera mengemukakan masalah itu untuk 

dibincangkan dan diselesaikan bersama-sama dengan guru penasihat dan ahli jawatan kuasa

Kelab Alam Sekitar.

Page 29: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 29/53

 

Laporan disediakan oleh, 15 Disember 2010

.................................................(Ahmad Naim Safwan bin Sufian)Setiasaha,

Kelab Alam Sekitar.

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Laporan: Laporan Bulan Merdeka 2010 Laporan Bulan Merdeka 2010 Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 1 hingga 30 Ogos 2010, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakanBulan Merdeka. Tujuan bulan ini diadakan adalah untuk menanamkan rasa kecintaan murid-murid kepada negara.

Pada minggu pertama, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktivitimewarnakan bendera Jalur Gemilang. Murid-murid Tahap Satu dan Tahap Dua telah menyertai

aktiviti ini. Bendera yang siap diwarnakan dipasang atau digantung di beberapa tempat seperti di

 pagar sekolah. Sekolah Kebangsaan Seri Tualang kelihatan lebih ceria dengan dihiasi bendera- bendera Jalur Gemilang ini.

Pada minggu kedua, pementasan drama telah diadakan. Drama ini bertajuk ‘Warga

Merdeka’. Drama ini dicipta dan diarahkan oleh Cikgu Hamidi Wahid. Drama ini telahmelahirkan perasaan cinta pelajar kepada negara.

Pada minggu ketiga, satu pameran tentang tokoh-tokoh telah diadakan di perpustakaansekolah. Antara wajah perjuang negara yang dipamerkan ialah Tunku Abdul Rahman, Dato’

Hussien Onn, Dr. Burhanudin bin Helmi dan lain-lain lagi.

Pada minggu keempat, Larian Merdeka telah diadakan. Larian ini sejauh 3 kilometer.Murid-murid berlari sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan kalimat keramat

'Merdeka!'.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Tualang berasa sangat gembira kerana dapatmenjayakan Bulan Merdeka. Sesungguhnya Bulan Merdeka yang diadakan telah dapat

melahirkan atau menambahkan rasa cinta murid-murid kepada negara.

Laporan disediakan oleh, 2 September 

2010

Page 30: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 30/53

.....................................

(NUR ANIS NATASYA BINTI ALWI)

*********************************************

Laporan: Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan SeriTualang. Sekolah kamu telah mengadakan Kempen Bulan Membaca peringkat sekolah. Tuliskan laporantentang pelancaran kempen tersebut.

*** *** *** *** ***

Pelancaran Kempen Bulan Membaca Sekolah Kebangsaan Seri Tualang

Pada 25 Julai 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan "Kempen

Bulan Membaca" peringkat sekolah. Pelancaran ini telah diadakan di dewan sekolah. Tujuan

kempen ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat membaca di kalangan murid-murid.

Majlis pelancaran ini diadakan pada pukul 8.00 pagi. Majlis ini dimulakan dengan

 perhimpunan dan ucapan perasmian daripada guru besar sekolah kami iaitu Encik Awang Satip b.

Mat Salleh.

Pada pukul 8.45 pagi, pertandingan bercerita oleh murid-murid tahap 1 telah diadakan.

Pertandingan bercerita ini telah dimenangi oleh Nurul Wahida. Selepas itu, pertandingan berpidato telah diadakan yang disertai oleh murid-murid tahap 2. Pertandingan ini telah

dimenangi oleh Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi.

Kemudian, acara melepaskan belon yang tertulis "Mari Membaca" diadakan pada pukul10.00 pagi sebagai tanda pelancaran kempen tersebut. Selepas itu, diikuti pula dengan

 pertandingan kuiz yang disertai oleh murid-murid tahap 1 dan 2. Bagi pelajar Tahap 1,

 pertandingan itu dimenangi oleh Siti Hajar, manakala pelajar Tahap 2 pula ia dimenangi oleh

Husain.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada pukul 11.30 pagi. Hadiah-hadiah telah

disampaikan oleh guru besar sekolah kami kepada para pemenang. Selepas itu, murid-muriddijemput ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan.

Laporan disediakan oleh, 27 Julai

2009

..........................................

(Shamsul b. Kamal)

Laporan: Laporan Lawatan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang ke Melaka 

Page 31: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 31/53

Kamu telah mengikuti lawatan ke suatu tempat yang menarik. Tuliskan satu laporan tentang

lawatan tersebut.

*** *** *** *** ***

Pada 24 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan lawatan ke MelakaBandaraya Bersejarah. Ahli rombongan kami seramai 40 orang murid dan 5 orang guru

 pengiring. Kami pergi dengan menaiki sebuah bas yang disewa khas.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan dan pengalaman murid-

murid. Sebelum kami bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Manap. Kami bertolak 

 pada pukul 7.00 pagi. Kira-kira pada pukul 10.00 pagi, kami berhenti untuk bersarapan di PekanBahau, Negeri Sembilan. Kami meneruskan perjalanan kira-kira setengah jam kemudian.

Kami tiba di Zoo Melaka iaitu tempat pertama lawatan kami pada pukul 12.00 tengah hari. Kami

dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar seperti harimau, gajah, singa, rusa, kijang, zirafah danlain-lain lagi. Kami berasa amat gembira kerana dapat melihat sendiri gelagat haiwan liar itu.

Selepas itu, kami pergi pula ke Taman Buaya, pelbagai jenis buaya terdapat di sini seperti buaya

tembaga, buaya katak dan lain-lain lagi. Kemudian, pada pukul 1.30 petang, kami pergi keTaman Rekreasi Air Keroh untuk makan tengah hari yang telah disediakan oleh guru pengiring.

Pada pukul 2.00 petang, kami pergi ke Tugu A Famosa. Kami melihat tinggalan sejarah diZaman Penjajahan Portugis di Melaka dahulu. Banyak gerai yang menjual pelbagai cenderamata

dibuka di sini. Ramai murid dan guru tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah sebagai

tanda kenangan.

Pada pukul 4.00 petang, kami telah diberi peluang masuk dan melihat sendiri Model Kapal

Perang Portugis yang pernah menyerang Melaka pada zaman dahulu. Selain itu juga, kami dapat

menaiki Menara Taming Sari yang membolehkan kami melihat serata Bandaraya Melaka dariatas. Pelbagai perasaan dapat kami rasai semasa menaiki menara ini seperti cemas, gembira,

kagum dan sebagainya.

Pada pukul 5.00 hingga 6.00 petang, kami singgah pula di sebuah pasar raya besar di bandaraya

ini. Di pasar raya ini, terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual pakaian, alat-alat elektronik,

dan sebagainya.

Selepas itu, kami bertolak balik ke Temerloh. Kami singgah di Masjid Negeri Melaka untuk 

sembahyang dan makan malam. Kami tiba di sekolah kami pada pukul 12.00 malam. Kami

 berasa gembira kerana dapat melawat pelbagai tempat yang menarik semasa lawatan tersebut.Kami berharap agar pihak sekolah akan mengadakan lawatan lagi.

Laporan disediakan oleh. 30 Ogos 2009

.........................................

(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi)

Page 32: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 32/53

Laporan: Lawatan Ke Kilang Minuman 

Lawatan Ke Kilang Minuman

Pada 16 November 2009, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telahmengadakan lawatan ke Kilang Minuman Pepsi di Petaling Jaya, Selangor. Rombongan ini

disertai oleh 30 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu dan 4 orang guru pengiring.

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang proses membuat air 

minuman berkarbonat. Di samping itu, lawatan ini juga untuk menambahkan ilmu pengetahuan

serta memupuk semangat keusahawanan murid-murid.

Kami bertolak dari sekolah kira-kira pada pukul 8.00 pagi dengan sebuah bas yang disewa khas.

Kami tiba ke kilang itu pula kira-kira pada pukul 10.30 pagi dengan disambut oleh beberapa

orang pegawai kilang tersebut. Selepas itu, kami diberi taklimat ringkas tentang kilang tersebutoleh salah seorang daripada mereka.

Kemudian, kami dibawa melawat ke beberapa bahagian memproses minuman. Kami dapati

sebahagian besar kerja memproses minuman itu dilakukan oleh mesin-mesin berteknologi tinggi.Pekerja-pekerja di kilang ini memakai pakaian seragam yang berwarna biru serta sarung tangan

ketika bertugas. Kami diberi peluang oleh pihak kilang untuk mengemukan soalan tentang proses

membuat minuman berkarbonat. Ramai peserta yang mengemukan soalan untuk mengetahuimaklumat tentang memproses minuman itu.

Pada pukul 1.00 petang, kami dijemput untuk makan tengah hari di kantin kilang itu. Kami juga

diberi setin minuman setiap seorang sebagai cenderahati. Sebelum bertolak balik, ketua guru pengiring kami iaitu Cikgu Ain telah memberi cenderamata kepada pengurus kilang tersebut

sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan kami melawat kilang itu. Kira-kira pukul 2.00

 petang, kami bertolak ke sekolah semula dan sampai kira-kira pukul 5.00 petang. Walaupunhanya beberapa jam melawat kilang itu tetapi kami gembira kerana banyak pengetahuan baru

diperoleh.

Laporan disediakan oleh: 19 November 2009

------------------------------(Nik Syukri b. Nik Sabri)

Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Laporan: Laporan Aktiviti Menceritakan dan Mengindahkan Kawasan Sekolah

Kebangsaan Seri Tualang 

Page 33: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 33/53

Sekolah kamu baru sahaja mengadakan aktiviti menceriakan dan mengindahkan sekolah. Tulis

laporan tentang aktiviti tersebut.

*** *** *** *** ***

Pada 18 Ogos 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan aktiviti menceriakan

dan mengindahkan kawasan sekolah. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid Tahun 4, 5, 6 dan

guru-guru sekolah.

Pada pukul 8.00 pagi, guru ko-korikulum kami iaitu Cikgu Razak telah memberi

taklimat kepada semua guru dan murid tentang aktiviti yang akan dijalankan. Murid-murid telahdibahagikan kepada enam kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh dua orang guru. Kumpulan

 pertama dan kedua ditugaskan untuk menanam pokok bunga yang pelbagai jenis di sekitar 

kawasan sekolah. Antara pokok bunga yang ditanam ialah pokok bunga kertas, orkid, bunga

matahari dan lain-lain lagi. Pasu-pasu bunga juga telah dicatkan dengan warna-warna yangmenarik.

Kumpulan ketiga dan keempat pula membuat Taman Sains dan Hidroponik. Pelbagai jenis

tanaman herba dan sayur-sayuran ditanam di taman ini seperti sireh, sawi, kacang botol dan lain-lain lagi. Manakala, kumpulan kelima dan keenam pula perlu menyediakan pelbagai papan tanda

khas. Antara papan tanda yang disediakan ialah melabel nama pokok, nama bangunan dan nama

taman.

Pada pukul 10.00 pagi, kami berehat dan menikmati minuman dan juadah kuih-muih di kantin

sekolah yang disedia oleh pihak sekolah. Setengah jam kemudian, iaitu pada pukul 11.00 pagi,

kami menyambung gotong-royong kembali.

Aktiviti menceria dan menghias kawasan sekolah tamat pada pikul 12.00 tengah hari. Selepas

itu, murid-murid dan guru-guru menikmati makan tengah hari di kantin sekolah. Kami sungguhgembira kerana dapat menyertai aktiviti ini. Kami berharap sekolah kami akan sentiasa bersih

dan ceria.

Laporan disediakan oleh, 21 OGOS 2009

......................................

(HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI)

Surat Kiriman Rasmi: Pencemaran di Kampung Merapoh 

Setiausaha,JKKK Kampung Merapoh,

Page 34: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 34/53

27210, Kuala Lipis,

Pahang.

 ____________________________________________________________________________ 

Pegawai Daerah,Kompleks Kerajaan,27100 Kuala Lipis,

Pahang. 24 APRIL 2012

Tuan,

Pencemaran di Kampung Merapoh

Saya Wahab bin Ali, Setiausaha JKKK Kampung Merapoh ingin memaklumkan beberapa

masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ini. Hal ini berlaku sebaik sahaja pembukaan

sebuah kilang simen di kawasan bekas lombong emas yang dilakukan tanpa mempedulikankebajikan dan keselamatan penduduk kampung ini.

2. Pembukaan kilang ini telah menyebabkan debu-debu beterbangan. Hal ini

mengakibatkan rumah penduduk kampung dipenuhi dengan debu serta menjejaskan kesihatan penduduk. Ramai penduduk yang menghidap asma dan batuk sejak akhir-akhir ini.

4. Sungai Merapoh yang dahulunya merupakan sumber ikan bagi penduduk kampung kinitelah dicemari dengan bahan-nahan merbahaya meyebabkan ikan-ikan di sungai itu hampir 

 pupus. Airnya yang jernih kini sudah menjadi keruh kemerah-merahan dan boleh meyebabkan

kegatalan atau penyakit kulit. Kecerian di sepanjang sungai itu yang menjadi tempat penduduk 

kampung memancing atau berekreasi kini tiada lagi.

3. Selain itu, lori-lori yang mengangkut simen dan batu sering dipandu dengan laju dan

membahayakan keselamatan penduduk. Jalan raya utama ke kampung ini yang berhampirandengan Balai Polis Kampung Merapoh itu telah rosak teruk tanpa dipedulikan sejak 5 bulan lepas.

Lori-lori tersebut menggunakan laluan ini kerana hanya laluan ini sahajalah untuk ke kilang

simen itu dari jalan besar.

5. Oleh itu, pihak JKKK Kampung Merapoh, dan penduduk kampung ini ingin pihak tuan

mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah kami ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.................................(WAHAB BIN ALI)

Page 35: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 35/53

Setiausaha,

JKKK Kampung Merapoh,

27210, Kuala Lipis,Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Memesan Buku Cerita 

Suhaimi bin Ramli

 No. 7, Jalan TJ 1/8,Taman Temerloh Jaya,

28000 Temerloh,

Pahang. Darul Makmur 

 _____________________________________________________________________________ 

Pengurus Tarikh: 23 April 2012MYKAMS Enterprise (SA0048635-M)

 No. 5, Kedai Setingkat,

Jalan Parit 13 Sungai Panjang,45300 Sungai Besar,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.

Tuan,

MEMESAN BUKU CERITA.

Berhubung perkara di atas, saya Suhaimi bin Ramli ingin memesan beberapa buah buku cerita

yang diterbitkan oleh syarikat tuan seperti yang diiklankan di dalam akhbar Berita Harian.

2. Tujuan saya memesan buku-buku tersebut adalah untuk mengisi masa lapang dan juga

untuk kegunaan adik-adk saya. Saya memilih syarikat tuan kerana saya mendapati buku-buku

yang diterbitkan oleh syarikat tuan bermutu tinggi dan harganya pula berpatutan.

3. Buku-buku yang ingin saya pesan adalah seperti berikut:

1. Tiga orang Bidadari : RM 12.30

2. Hadiah untuk Ayah : RM 12.503. Cikgu Amira : RM 12.20

4. Kembara Seorang Hamba : RM 18.00

5. Tangisan Berdarah : RM 15.806. Mulanya Di sini : RM 15.00

Jumlah = RM 85.80 

4. Bersama-sama ini saya sertakan wang kiriman pos sebanyak RM85.80 bagi bayaran buku-

Page 36: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 36/53

 buku tersebut. Jumlah wang tersebut tidak termasuk perbelanjaan pengiriman atau penghantaran

kerana mengikut iklan yang disiarkan di dada akhbar, semua kos penghantaran buku ditanggung

sepenuhnya oleh syarikat tuan.

Saya berharap agar syarikat tuan dapat mengirimkan buku-buku tersebut dengan segera.

Kerjasama daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian ,terima kasih.

Yang Benar,

.......................................

(SUHAIMI BIN RAMLI)

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Lawatan Sambil Belajar ke Kilang Perabot 

Persatuan Alam Sekitar 

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,28000 Temerloh,

Pahang.

 ________________________________________________________________________ 

Tuan Pengurus Tarikh: 15 April 2012

Kilang Perabot TM Jaya Sdn. Bhd,

28000 Temerloh,Pahang..

Tuan,

Memohon Lawatan Sambil Belajar 

Berhubung perkara di atas, saya, Siti Aishah bt Sahari, setiausaha Persatuan Alam Sekitar ingin

memohon mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan.

1. Tujuan kami mengadakan lawatan sambil belajar ini kerana kami ingin tahu dengan lebih

dekat tentang cara-cara untuk membuat perabot serta jenis-jenis kayu yang sesuai atau seringdigunakan untuk membuat perabot. Lawatan ini diharap akan dapat menambah ilmu pengetahuan

kami tentang pembuatan perabot kayu serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk 

memelihara hutan dan alam sekitar. Ini akan membantu kami dalam mata pelajaran KemahiranHidup.

2. Kami memilih mengadakan lawatan sambil belajar ke syarikat tuan kerana syarikat tuanamat terkenal dalam menghasilkan barangan perabot yang yang bermutu tinggi, tahan lama dan

Page 37: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 37/53

model yang menarik serta terkini. Selain itu, harganya pula amat berpatutan dengan kualiti

 barangan yang dihasilkan.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, ahli rombongan kami seramai 42 orang yang terdiri

daripada 20 orang murid lelaki, 19 orang murid perempuan dan 3 orang guru pengiring. Butir-

 butir lawatan ini ialah seperti berikut:Tarikh : 19 April 2012Masa : 9.00 pagi

Kenderaan : Bas

Kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dangan ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

.....................................(SITI AISHAH BT SAHARI)

Setiausaha Persatuan Alam Sekitar,

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh, Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Gangguan Bekalan Air 

Anda sebagai ketua kampung diminta menulis surat kepada Jabatan Bekalan Air kerana bekalanair di kampung anda sering terggangu.

** ** ** ** **

Ketua Kampung

Kampung Bukit Kelulut,28000 Temerloh,

Pahang. Darul Makmur 

 _________________________________________________________________________ 

Tuan Pengarah

Jabatan Bekalan Air Temerloh,28000 Temerloh,

Pahang. Darul Makmur. 20 April 2012

Tuan,

Page 38: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 38/53

 

GANGGUAN BEKALAN AIR PAIP

Berhubung perkara di atas, saya Riduan bin Ramli selaku ketua kampung Kampung Bukit

Kelulut ingin membuat aduan tentang gangguan bekalan air paip yang sering berlaku sejak 

 beberapa minggu kebelakangan ini.

2. Gangguan bekalan air ini telah menimbulkan banyak masalah kepada penduduk kampung

ini. Antara masalah tersebut ialah kesukaran untuk mendapatkan air bagi kegunaan harianseperti mandi, membasuh, memasak dan lain-lain lagi.

3. Oleh sebab itu, penduduk kampung ini terpaksa menggunakan sumber air alternatif yangtidak dirawat seperti air sungai, air parit atau air perigi untuk dijadikan air minuman dan pelbagai

kerja yang lain. Selain menyusahkan mereka, punca-punca air ini juga tidak terjamin daripada

segi kesihatan. Ini kerana lokasi kampung ini yang berhampiran dengan kawasan industri dan

 bandar boleh menyebabkan pencemaran air berlaku.

4. Sejak akhir-akhir ini, penduduk kampung mula mengeluh kerana pelbagai penyakit telah

menyerang mereka. Antara penyakit tersebut ialah demam, selsema dan penyakit kulit. Saya

 bimbang keadaan ini berpunca akibat penggunaan air yang telah tercemar.

Saya sebagai wakil penduduk kampung berharap pihak tuan mengambil tindakan segera akan

masalah yang dilaporkan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Yang benar,

...................................

(RIDUAN BIN RAMLI)Ketua Kampung Bukit Kelulut,

28000 Temerloh,

Pahang. Darul Makmur 

Surat Kiriman Rasmi: Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 

Sekolah Kebangsaan Merapoh,

28000 Merapoh,Kuala Lipis,

Pahang.

Page 39: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 39/53

 ____________________________________________________________________________ 

Ibu bapa dan Penjaga Murid,Sekolah Kebangsaan Merapoh,

28000 Merapoh,

Kuala Lipis,Pahang. 1 OKTOBER 2010

Tuan,

Kempen Kebersihan dan Keceriaan Sekolah

Merujuki perkara di atas, pihak sekolah ini akan menganjurkan Kempen kebersihan danKeceriaan Sekolah sepanjang bulan ini.

2. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk menyemai kesedaran dalam kalangan murid

tentang kepentingan kebersihan dan keceriaan sekolah. Selain itu, pihak sekolah berharap agar kempen ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan pihak ibu bapa atau

 penjaga melalui pelbagai kegiatan sepanjang kempen ini dijalankan.

3. Antara kegiatan yang akan dijalankan bersempena dengan kempen ini termasuklah aktiviti

gotong-royong, pertandingan mewarna, pertandingan kelas terbersih, ceramah kesihatan,

 pertandingan mengarang dan program kitar semula.

4. Kegiatan gotong-royong dan kitar semula akan turut disertai oleh Pegawai Pelajaran Daerah.

Kegiatan ini diharapkan dapat memastikan kawasan sekolah tidak dicemari oleh sampah dan

kawasan pembiakan nyamukdapat dihapuskan.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat kami hargai. Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

............................................

(ABDUL MALEK BIN IBRAHIM)Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Merapoh,

27210 Merapoh,

Kuala Lipis, Pahang.

Surat Kiriman Rasmi: Penghargaan dan Pesanan Buku 

Page 40: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 40/53

 

Mohd Tarmizi bin Wahid

 No. 74, Kampung Merapoh,28000 Kuala Lipis,

Pahang.

 ____________________________________________________________________________ 

Pengurus Penerbitan,

Pustaka Mayaraya,

45, Jalan Petaling 5,47500 Petaling Jaya. 12 DISEMBER 2011

Tuan,

Penghargaan dan Pesanan Buku

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada syarikat tuan kerana begitu aktif menerbitkan buku-buku akademik yang bermutu. Banyak murid termasuk saya yang

memperoleh manfaat daripada penerbitan ini kerana pencapaian saya semakin

memberangsangkan.

2. Untuk maklumat tuan, saya telah mendapat 5A dalam UPSR tahun yang lalu. Kejayaan ini

saya peroleh hasil daripada bimbingan guru yang berdedikasi, perbincangan dengan rakan, dan

latihan serta ulang kaji yang berterusan. Semasa saya mengulang kaji pelajaran, buku-bukuterbitan syarikat tuan menjadi pilihan. Tampaknya pilihan saya ini tepat. Hal ini demikian kerana

keputusan peperiksaan saya yang kurang memuaskan sebelum ini telah dapat diperbaiki.

3. Tahun hadapan saya akan belajar di sekolah menengah pula. Saya berhasrat untuk terusmenggunakan buku-buku terbitan syarikat tuan. Jika tidak berhalangan, sudilah kiranya pihak 

tuan mengirimi saya senarai buku PMR terbitan syarikat tuan berserta borang pesanannya.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

Tahniah kepada tuan dan kakitangan syarikat tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

............................

(MOHD TARMIZI BIN WAHID)

Surat Kiriman Rasmi: Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan

Rujukan 

Page 41: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 41/53

 

Tulis sepucuk surat kepada pihak sekolah untuk memohon peminjaman buku latihan dan rujukan.Berikan alasan-alasan kamu memohon pinjaman tersebut.

HASIF ZAKWAN BIN MOHD HAMIDI No.7, TJ 1/8, Taman Temerloh Jaya,

28000 Temerloh,

PAHANG. DARUL MAKMUR  ____________________________________________________________________________ 

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Seri Tualang,Temerloh,

PAHANG. 28 FEBRUARI 2010

Tuan,

Memohon Kemudahan Peminjaman Buku Latihan dan Rujukan

Berhubung perkara di atas, saya Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi, murid Tahun 5 Amanah, ingin

memohon agar diberikan kemudahan peminjaman buku latihan dan rujukan yang saya dapati banyak terdapat di bilik-bilik panitia mata pelajaran di Sekolah Kebangsaan Seri Tualang.

2. Ini kerana hampir 2 bulan lagi saya akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. Saya

 berharap dengan peminjaman buku-buku itu nanti akan dapat membantu saya semasamengulangkan kaji pelajaran.

3. Bersama-sama ini saya senaraikan buku-buku latihan dan rujukan yang diperlukan:

I. Buku latihan dan rujukan Bahasa Melayu Tahun 5.II. Buku latihan dan rujukan Bahasa Inggeris Tahun 5.

III. Buku latihan dan rujukan Matematik Tahun 5.

IV. Buku latihan dan rujukan Sains Tahun 5.

V. Buku latihan dan rujukan Pendidikan Agama Islam Tahun 5.

5. Saya berharap agar pihak tuan mempertimbangkan pemohonan saya ini. Kerjasama dan

keperihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Page 42: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 42/53

 

................................................

(Hasif Zakwan b. Mohd Hamidi)

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Persediaan menghadapi UPSR  

Anda diminta menulis surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang persediaan yang andalakukan untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

 No. 74, Taman Seri Merapoh,27210 Merapoh,

Kuala Lipis,

Pahang. Darul Makmur.

26 Januari 2011

Assalamualaikum. Menemui sahabatku Amir yang kini berada di Pulau Pinang, semogadalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga. Saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Sahabatku,

Apa khabar saudara sekarang? Bagaimana dengan persediaan saudara untuk 

menghadapi peperiksaan UPSR yang akan kita hadapi pada bulan September nanti? Untuk 

 pengetahuan saudara, saya telah membuat beberapa persediaan bagi menghadapi peperiksaantersebut. Antara persediaan yang saya buat adalah dengan mengulang kaji pelajaran pada waktu

malam. Saya belajar dari pukul 8.00 malam hingga pukul 11.00 malam setiap hari.

Semasa belajar di kelas pula, saya akan menumpukan perhatian yang sepenuhnyaterhadap pengajaran guru. Jika saya tidak faham akan sesuatu pelajaran semasa belajar di kelas,

saya akan segera bertanya guru supaya saya dapat mengikuti pelajaran itu sebaik mungkin.

Ibu bapa saya pula telah menghantar saya belajar ke kelas tambahan sebanyak dua kali

seminggu untuk memastikan saya cemerlang dalam pelajaran. Saya amat berterima kasih atas

usaha mereka itu. Saya berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan

harapan kedua-dua ibu bapa saya.

Di samping itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah dan Perpustakaan Awam

Merapoh untuk meminjam buku-buku rujukan. Biasanya saya pergi ke Perpustakaan Awam

Merapoh pada hujung minggu sekiranya ada kelapangan masa. Di situ juga saya boleh berbincang dengan kawan-kawan tentang topik-topik yang agak sukar untuk difahami

dan bertukar-tukar nota.

Itulah antara persediaan saya untuk menghadapi peperiksaan UPSR. Saya berharap kita

akan dapat menjawab soalan dengan mudah dalam peperiksaan itu nanti. Sama-samalah kita

 berdoa agar mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah sekolah menengah yang terpilih.

Page 43: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 43/53

 

Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan buat tatapan saudara kali ini. Akhir sekali,

sambutlah salam ingatan saya untuk saudara serta keluarga.

Sahabatmu,

.............................

(Khairi bin Zaideen )

Surat Kiriman Tidak Rasmi: Memenuhi masa lapang 

Andaikan bahawa anda baharu sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR. Abang anda yang

 belajar di luar negara mengirimkan surat kepada anda dan bertanya perkara yang anda sedanglakukan kini. Balas surat abang anda.

 No. 74, RPS Merapoh,

28000 Merapoh,

Pahang. Darul Makmur.

6 Februari 2011

Assalamualaikum. Menemui kakandaku yang kini berada di Universiti Azhar semoga

dalam keadaan sihat sejahtera.

Kakanda yang dikasihi,

Apa khabar kakanda sekarang? Adinda berharap agar kakanda sihat hendaknya. Adinda

serta keluarga di sini sihat-sihat sahaja.

Surat kakanda telahpun adinda terima pada 31 Januari 2011 yang lalu. Adinda bersyukur 

kerana peperiksaan UPSR telah selesai. Alhamdulillah semua soalan yang dikemukan dapat

adinda jawab dengan mudah. Sekarang ini adinda sedang menanti keputusannya dengan penuh

debaran. Adinda berharap dan berdoa akan mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan tersebut.Diharap kakanda juga demikian, selalu mendoakan adinda agar berjaya dengan cemerlang dalam

 peperiksaan itu nanti.

Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan, adinda menghabiskan masa denganmembaca pelbagai buku terutamanya novel yang dipinjam dari perpustakaan sekolah. Selain itu,

kadang-kadang adinda juga ada bertukar-tukar buku dengan kawan-kawan. Adinda ingin

menggunakan masa yang banyak terluang ini dengan menambahkan ilmu pengetahuan.

Pada hujung minggu nanti, adinda akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur. Adinda akan

Page 44: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 44/53

melawat Zoo Negara, Petrosains, Planetarium dan Masjid Negara. Dengan melawat ke tempat-

tempat tersebut, adinda berharap akan dapat memberi pengalaman yang berguna, di samping

menikmati pemandangan yang indah di sepanjang lawatan tersebut.

Bilakah kakanda akan pulang ke kampung? Adinda dan keluarga di sini amat rindu akan kakanda.

Adinda berharap kakanda dapat pulang dengan segera.

Setakat inilah sahaja yang dapat adinda coretkan buat tatapan kakanda. Sambutlah salam sayang

daripada adinda dan keluarga.

Adindamu,

......................................................

(HASIF ZAKWAN BIN HAMIDI)

Amalan Hidup Sihat

Yang Mulia Tuan Pengurusi Majlis,para hakim yang bijaksana,Guru Besar,guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Hari ini saya akan menyampaikan sebuah

syarahan yang bertajuk "Amalan Hidup Sihat".

Hadirin yang dihormati,

Kita perlu mengamalkan cara hidup yang sihat.Dengan amalan hidup yang sihat,kita akan hidup

 bahagia dan sejahtera.

Disini saya ingin menggariskan beberapa amalan hidup yang sihat seperti bermain,bersukan,bersenam dan lain-lain lagi.Kita perlu bersukan dan bersenam untuk badanyang sihat dan cergas.

Kita perlu makan-makanan yang bersih.Kita juga perlu makan-makanan yang berkhasiat sepertisayur-sayuran dan buah-buahan.Selain sayur-sayuran kita juga perlu makan buah-buahan dan

minuman seperti air susu,air milo dan lain-lain lagi.

Oleh itu,saya menyeru kepada semua marilah kita sama-sam mengamalkan amalan hidupsihat.Sekian,terima kasih.

Syarahan: Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar. 

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-

guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah

"Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam Sekitar".

Page 45: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 45/53

 

Hadirin sekalian,

Antara langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ialah menguatkuasakan

undang-undang dan peraturan alam sekitar yang telah diperuntukkan. Pihak berkuasa mestilah

mengenakan tindakan yang tegas dan berat terhadap pencemar alam sekitar supaya mereka serik untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Selain itu, kempen penjagaan alam sekitar haruslah dipergiatkan. Kempen ini boleh disiarkan

melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Kempen-kempen ini akanmenyedarkan orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

Hadirin sekalian,

Masyarakat mestilah diberikan kesedaran secara berterusan akan tanggungjawab menjaga alam

sekitar. Aktiviti seperti ceramah dan gotong-royong dapat membantu orang ramai menjadi lebih

 bertanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar.

Di samping itu, masyarakat juga perlulah bersikap perihatin dan bertanggungjawab. Jika

mendapati ada pihak yang mencemarkan alam sekitar, mereka perlulah melaporkan kepada pihak 

 berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.

Hadirin sekalian,

Tanggunjawab menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama. Alam sekitar yang

terpelihara atau dijaga dengan baik akan menjadikan hidup kita lebih selesa dan sihat.

Sekian, terima kasih.

Syarahan: Cara-cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya 

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang arif 

lagi bijaksana, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah

"Cara- cara Mengurangkan Kadar Kemalangan Jalan Raya di Negara Kita".

Hadirin sekalian,

Salah satu cara mengurangkan kadar kemalagan jalan raya di negara kita adalah dengan

mematuhi peraturan- peraturan jalan raya yang ditetapkan. Antara peraturan yang mesti dipatuhioleh pemandu adalah dengan tidak menggunakan telefon binbit, tidak merokok, dan tidak minum

minuman keras semasa memandu. Menggunakan telefon bimbit ketika memandu boleh

mengurangkan kosentrasi pemandu di jalan raya. Ini boleh menyebabkan kemalangan.

Selain itu, pemandu mesti memeriksa kenderaan sebelum memandu supaya kenderaan sentiasa

dalam keadaan baik. Antara yang mesti diperiksa ialah tayar, enjin dan lain-lain lagi. Justeru, kitaakan terhindar daripada kemalangan jalan raya .

Page 46: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 46/53

 

Hadirin sekalian,

Pihak-pihak yang bertanggungjawab mestilah mengambil berat tentang keadaan struktur jalan

raya, lampu isyarat dan lain-lain lagi. Para pengguna jalan raya pula mestilah melaporkan segera

sebarang kerosakan jalan raya supaya dapat diperbaiki secepat mungkin. Ini kerana banyak jugakes kemalangan jalan raya disebabkan oleh struktur dan kerosakan jalan raya itu sendiri.

Di samping itu, pemandu haruslah memandu dengan had yang ditetapkan. Memandu kenderaaan

secara laju menyebabkan kita hilang kawalan apabila berlaku sesuatu kejadian yangmencemaskan. Oleh itu, ikutlah had laju yang ditetapkan supaya kita terhindar daripada

kemalangan jalan raya.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada semua supaya memandulah dengan berhati-hati. Bak 

kata pepatah, "Biar lambat asalkan selamat".

Sekian, terima kasih.

Syarahan: Faedah Makan Buah-buahan Tempatan 

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, para hakim yang arif 

lagi bijak sana, guru-guru, serta rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahterasaya ucapkan.

Pada pagi yang mulia ini, saya ingin menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk ‘’Faedah

makan buah-buahan tempatan’’ . Definisi buah-buahan tempatan menurut kamus dewan ialah buah-buahan yang dikeluarkan dalam sesebuah negara . Contohnya buah manggis, durian

tembikai dan sebagainya.

Buah-buahan tempatan banyak mengandungi khasiat setanding dengan buah-buahan yang

diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi vitamin c dan buah limau mengandungi

asid yang boleh menghadamkan makanan yang kita makan.

Buah-buahan tempatan mudah didapati kerana keluaran dalam negara kita. Oleh itu, buah-

 buahan tempatan didapati lebih segar dan kurang mengadungi bahan pengawet. Buah-buahan ini

 banyak dijual di gerai buah-buahan seluruh negara.

Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah jika dibandingkan dengan

 buah-buahan import. Ini kerana buah-buahan tempatan tidak memerlukan kos yang tinggi untuk 

dipasarkan seperti kos pengangkutan berbanding buah-buahan yang diimport.

Buah-buahan tempatan juga telah pun berjaya dieksport ke luar negara. Contohnya buah nanas

yang ditinkan telah dieksport ke luar negara seperti Arab Saudi, Amerika Syarikat dan lain-lainlagi. Ini menunjukkan buah-buahan tempatan juga digemari dan dipercayai dari segi mutu atau

Page 47: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 47/53

kualitinya.

Kesimpulannya, mengambil buah-buahan tempatan sangat banyak faedahnya. Selain segar, berkhasiat dan bermutu, buah-buahan tempatan juga dapat menjimatkan perbelanjaan kita. Oleh

itu, makanlah buah-buahan tempatan sebagai buah-buahan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

Syarahan: Faedah-faedah Kitar Semula. 

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-

guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah

"Faedah-faedah Kitar Semula".

Hadirin sekalian,

Pelbagai bahan terbuang seperti tin minuman, surat khabar dan sebagainya boleh dikitar semulamenjadi bahan atau alat yang berguna. Oleh yang demikian, kita seharusnya tidak membuang

 bahan-bahan yang telah digunakan tersebut begitu sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Bekas

yang diperbuat daripada plastik, kaca atau alaminium yang telah digunakan boleh dikumpul dandijual semula untuk diproses menjadi bahan baharu.

Apabila bahan-bahan terbuang dapat dikitar semula, secara tidak langsung akan juga dapat

membantu mengatasi masalah pencemaran alam sekitar. Ini akan dapat mengurangkan sampahsarap yang berbau busuk berlonggokan di sana-sini yang menyakitkan mata. Kesannya alam

sekitar kita menjadi lebih bersih, berudara segar dan dapat mengurangkan masalah kesihatan kita

semua.

Hadirin sekalian,

Kitar semula juga dapat menambah pendapatan kita. Dengan menjual kertas, surat khabar lama,tin minuman, botol kaca dan botol plastik, sedikit sebanyak akan membantu menampung

 perbelanjaan kita seharian.

Selain itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah penggunaan kawasan yang luas bagi

tujuan perlupusan sampah-sarap. Dengan kitar semula, kita dapat menjimatkan ruang kawasan

 perlupusan sampah. Kawasan itu sebaliknya boleh dibangunkan untuk perkara lain seperti

dijadikan kawasan perumahan dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak membuang barang-barang yang

terpakai masing-masing begitu sahaja. Kita mestilah bekerjasama mengitar semula bahan-bahan

yang kita telah digunakan dengan mengumpul barang-barang tersebut supaya dapat dikitar semula menjadi bahan yang lebih berfaedah serta dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Page 48: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 48/53

Rencana: Kebaikan-kebaikan Perpustakaan 

Perpustakaan mempunyai banyak kebaikan. Di perputakaan ada banyak bahan bacaan

seperti buku rujukan, majalah, surat khabar dan lain-lain lagi. Banyak faedah yang akan kita peroleh apabila kita menggunakan perpustakaan.

Di perpustakaan, para pelajar dapat menambah ilmu pegatahuan. Apabila para pelajar membaca di situ, mereka akan dapat mengetahui hal-hal yang belaku di dalam dan di luar negara

sama ada yang berkaitan dengan bidang ekonami , politik, sosial dan berbagai-bagai lagi. Ini

akan meluaskan pengetahuan mereka.

Selain itu, kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang lebih berfaedah dengan

mengunjungi perpustakaan. Ini dapat mengelakkan kita daripada membuang masa secara sia-sia.

Oleh itu, ini akan menghindarkan kita daripada terjebak dalam gejala-gejala yang tidak sihatseperti melepak, bergaduh, merokok dan lain-lain lagi.

Perpustakaan juga dapat membentuk disiplin para pelajar. Ini kerana di perpustakaanterdapat pelbagai peraturan. Antara peraturanya ialah tidak boleh membuat bising, memulangkan buku tepat pada masanya dan menjaga kebersihan perpustakaan.

Di samping itu, perpustakaan dapat menambah pembedaharaan kata kita. Apabila kitamembaca buku-buku rujukan, kita akan terjumpa perkataan-perkataan baharu. Ini akan

membantu kita menulis karangan dengan lebih baik.

Kesimpulannya, perpustakaan mempunyai banyak faedahnya. Oleh itu, tanamkan

sikap suka mengunjungi ke perpustakaan.

Rencana: Kepentingan Disiplin Diri Kepada Murid-murid 

Murid-murid perlu mematuhi peraturan sekolah. Apabila murid-murid mematuhi peraturan

sekolah ini bermakna mereka telah berdisiplin. Antara peraturan sekolah yang mesti dipatuhiialah menepati masa, memakai lencana ,berambut pendek dan lain-lain lagi.

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan dapat belajar dengan selesa. Murid-muridini tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak baik seperti berbuat bising di dalam kelas,

 bergaduh, menghisap rokok, bersikap samseng dan seumpamanya. Ini dapat mengelakkan

mereka daripada menerima masalah yang boleh menganggu pelajaran mereka seperti di denda

oleh guru, tidak dipercayai, ketinggalan dalam pelajaran dan sebagainya.

Apabila murid-murid mematuhi peraturan sekolah pula, mereka akan cemerlang dalam pelajaran.

Ini kerana mereka dapat memberikan tumpuan kepada pelajaran. Murid-murid akan lebih selesa belajar dalam suasana disiplin mereka terkawal. Keadaan ini akan mendorong mereka belajar 

dengan bersungguh-sungguh untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang. Justeru, ini akan

mencerahkan masa depan mereka.

Page 49: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 49/53

Murid-murid yang mematuhi peraturan sekolah akan disukai dan disayangi oleh guru-guru serta

rakan-rakan. Oleh itu, murid-murid ini akan dipilih sebagai pemimpin seperti pengawas, ketua

darjah, pengawas perpustakaan dan lain-lain lagi. Ini sangat berguna kepada mereka sebagai pemimpin di masa hadapan.

Kesimpulannya, mematuhi peraturan sekolah amat penting kepada murid-murid. Murid yang berdisiplin akan cemerlang manakala murid yang tidak berdisiplin akan merugikan diri sendiri.Oleh itu, amalkan disiplin diri untuk kebaikan diri dan menjaga nama baik sekolah .

Berita: Anugerah Pelajar Cemerlang 

Andaikan anda pemberita akhbar tempatan. Anda perlu membuat liputan tentang Anugerah

Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri 2011. Tuliskan berita tersebut.

** ** *** ** **

PAHANG, 16 NOVEMBER-Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi, 12 tahun, telah terpilih sebagaiPelajar Cemerlang Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur bagi Tahun 2011. Penghargaan ini

telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato` Adnan bin Yaacob.

Penyampaian anugerah ini berlangsung di Dewan Besar Muazham Shah, Kuantan, Pahang

 bersempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia. Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah murid

Tahun 6, Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Seri Tualang, Temerloh, 2011. Beliau telah

memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR yang lalu dan merupakan seorang yang rajin belajar serta sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya.

Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi merupakan seorang murid yang cergas dalam bidang

sukan. Beliau telah mewakili negari Pahang dalam Pasukan Bola Sepak Sekolah Rendah, 2011.Beliau juga telah menjadi johan dalam acara lompat jauh dan lompat tinggi di peringkat negeri

Pahang.

Di sekolah, Hasif Zakwan bin Mohd Hamidi ialah Ketua Pengawas dan Ketua Pasukan

Pengakap. Beliau juga memegang jawatan penting dalam beberapa persatuan di sekolahnya

seperti Pengerusi Persatuan Bahasa Melayu, Setiausaha Persatuan Bahasa Inggeris danBendahari Persatuan Metametik.

Beliau menyatakan perasaan gembira dan bersyukur atas anugerah ini. Beliau menasihatkan

kepada rakan-rakan yang ingin berjaya agar membuat sesuatu itu dengan penuh komitmen, tidak 

mudah putus asa dan tekun. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu-bapa, guru-guru danrakan-rakan atas dorongan dan semangat yang diberikan.

Murid tahun enam sekolah anda dianugerahi tokoh murid 2011 atas kecemelangan dalam pelbagai bidang. Anda diminta menulis berita tentang kejayaanya itu. Tulis berita itu

selengkapnya.

Page 50: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 50/53

TEMERLOH, 25 OKTOBER 2011-Nor Fatini binti Adam iaitu murid Tahun Enam Sekolah

Kebangsaan Seri Tualang tahun 2011 telah terpilih sebagai Tokoh Murid Sekolah Rendah

Peringkat Daerah Temerloh pada tahun 2011. Beliau terpilih kerana kecemerlangan dalam pelbagai bidang.

 Nor Fatini binti Adam ialah salah seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Tualang yang telahmendapat 5A dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2011. Sebelum itu, beliau telah mendapattempat pertama dalam setiap peperiksaan kelas sejak beliau belajar di Tahun Satu lagi.

Keupayaannya mengekalkan kecemerlangan dalam akademik hingga ke Tahun 6 membuktikan

 beliau seorang pelajar yang berkebolehan tinggi.

 Nor Fatini binti Adam juga sangat aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Beliau dipilih menjadi

Ketua Pandu Puteri dan Setiausaha Pesatuan Matematik di sekolah beliau pada tahun 2011.

Menurut rakan-rakan, beliau seorang yang mempunyai kesungguhan dan kewibawaan dalammenjalankan sesuatu aktiviti yang dirancang oleh kelab. Kejayaan terbesar Persatuan Pandu

Puteri Sekolah Kebangsaan Seri Tualang adalah apabila terpilih sebagai wakil negeri ke Jambori

Pandu Puteri Kebangsaan.

 Nor Fatini binti Adam juga telah mewakili sekolah dalam kegiatan sukan dan olahraga. Beliau

merupakan ayam tambatan dalam pasukan bola baling, bola jaring dan hoki perempuan. Oleh

sebab itu, beliau diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan-pasukan tersebut. Pasukan yang beliau ketuai telah menempa banyak kejayaan seperti johan bola baling peringkat Daerah

Temerloh, naib johan bola jaring peringkat Daerah Temerloh dan tempat ke-3 bagi kejohanan

hoki peringkat negeri Pahang.

Selain itu Nor Fatini binti Adam telah memasuki pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris

dan pertandingan syarahan dalam Bahasa Melayu. Beliau bejaya menjadi johan peringkat

daerah dalam kedua-dua pertandingan tersebut. Oleh itu, memang tidak boleh dinafikan lagiketokohan beliau dalam pelbagai bidang yang diceburi hingga mengangkat beliau sebagai Tokoh

Murid Daerah Temerloh bagi tahun 2011. Menurut Nor Fatini kejayaan yang diperolehnya

adalah hasil dorongan dan bimbingan guru-guru, ibu bapa dan rakan-rakan. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan dan bimbingan mereka selama ini.

Berita: Banjir 

PAHANG, 16 NOVEMBER 2009 - Kampung Bangau Parit telah dilanda banjir. Tiga hari

sebelum kejadian, hujan turun mencurah-curah di kebanyakan kawasan di daerah Temerloh.

Penduduk kampung tersebut tidak menduga kampung mereka akan dilanda banjir kerana jarangsekali banjir berlaku di kampung mereka. Oleh itu, ramai yang tidak bersedia bagi menghadapi

keadaan tersebut.

Setelah air naik ke paras yang merbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk kampung

mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang selamat.

Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir yang hampir mencecah lantai di kebanyakanrumah penduduk kampung.

Page 51: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 51/53

 

Banjir berpunca apabila air Sungai Pahang telah melimpah lalu menenggelami beberapa tempat

di kampung tersebut. Penduduk kampung telah dipindahkan oleh pasukan penyelamat denganmotorbot dan ditempatkan di Dewan Serbaguna Datuk Harun sehingga banjir surut.

Penduduk kampung dijangka akan mengalami kerugian besar kerana banyak tanaman danhaiwan ternakan mereka mati. Namun begitu, penduduk kampung bersyukur kerana setakat initiada kes kehilangan nyawa dilaporkan.

Ketua kampung, Encik Anuar bin Abu Hassan memberitahu bahawa pihak kerajaan negeri akanmenyumbangkan sedikit bantuan kewangan bagi meringankan beban penduduk kampung yang

terlibat. Selain itu, penduduk kampung juga dinasihatkan supaya sentiasa bersedia dan

 berwaspada bagi menghadapi situasi banjir.

Berita: Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah 

Sekolah kamu telah menganjurkan Kempen Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tuliskan beritatentang kempen tersebut.

** ** ** ** **

TEMERLOH, 14 JULAI - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen

Mengindahkan Kawasan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikankawasan sekolah sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin

Mat Salleh menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen inimelibatkan semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong membersihkan

 persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong ini ialah menanam

 pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-longkang dan menebassemak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang bersesuaian seperti

cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang untuk 

ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan menyiram

 pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam

dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah

kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.

Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu

 jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas

kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Merekamengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.

Page 52: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 52/53

 

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA 

BAHAGIAN A 

CEMERLANG, ayat gramatis, menepati stimulus,perbendaharaan kata dan kosa kata meluas,

ejaan dan tanda baca yang betul.

Keputusan BAIK , ayat jelas dan menepati stimulus, perbendaharaan kata dan kosa kata

sederhana

MEMUASKAN -mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus. Perbendaharaan kata dan kosa

kata terhad dan sesuai. Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM bila ayat tidak sesuai dengan stimulus, penggunaan

 perkataan yang terhad dan tidak bersesuaian dengan stimulus. Banyak kesalahan ejaan dan tanda

 baca.

ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA 

BAHAGIAN B 

CEMERLANG - persembahan jelas, menarik, pengolahan idea sangat baik, ayat gramatis bertepatan dengan tema, kosa kata dan perbendaharaan kata meluas tiada kesalahan ejaan dan

tanda baca.

Keputusan BAIK - persembahan jelas, pengolahan idea baik dengan ayat gramatis sesuaidengan tema. Perbendaharaan dan kosa kata sederhana. Terdapat kesalahan dalam tanda baca

tetapi tidak menjejaskan karangan.

Page 53: Contoh Karangan Bm Baru

7/16/2019 Contoh Karangan Bm Baru

http://slidepdf.com/reader/full/contoh-karangan-bm-baru 53/53

 

MEMUASKAN - persembahan ringkas, menyatakan idea dengan menggunakan ayat dasar,

 perbendaharaan dan kosa kata terhad. Banyak kesalahan tanda baca dan ejaan.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM

Persembahan tidak sesuai dengan tema. Idea tidak tepat,tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan perkataan terhad dan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.

BAHAGIAN C

CEMERLANG -Ulasan jelas,tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata meluas bersesuaian dengan

rangsangan serta betul penggunaan ejaan dan tanda baca.

BAIK  

  Ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa kata yang sederhana serta

 bersesuaian dengan rangsangan terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi

tidak menjejaskan ayat.

MEMUASKAN 

  Ulasan tepat ayat mudah dan ringkas. Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan

sesuai. Terdapat kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM 

  Ulasan tidak menepati,penggunaan perkataan terhad dan tidak bersesuaian denganrangsangan serta banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.


Top Related