Transcript
Page 1: Contoh Karangan 2014

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam

untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada

Mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, “Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi

walaupun kakimu menjejaki perlimbahan”. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan

wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat

subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang

saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014.

Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya

juga. Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu

perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni

tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya

lakukan.

Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang

dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang

tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah

dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik,

pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut.

Benarlah bak kata orang tua-tua, “Nikmat sihat itu hanya berada pada

seseorang yang sakit”. Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan

makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada

mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak,

dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan

fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani

serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan pesan

Nabi SAW dalam sebahagian daripada Hadithnya, “Jagalah nikmat sihat sebelum

datang sakit”.

Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu

memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-

tengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa

depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat.

Resepinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran

yang cocok dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi

Page 2: Contoh Karangan 2014

seorang pendidik yang berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah

sihingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Walaupun impian itu masih jauh ibarat di

seberang lautan, namun kejayaan cemerlang pada peringkat SPM amatlah penting.

Sememangnya, semua pihak sudah maklum bahawa SPM menjadi pananda aras untuk

seseorang itu menentukan hala tujunya. Insya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi

semangat juang, sesungguhnya di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan

ialah strategi belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu

lebih bijak merancang strategi pembelajaran agar dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu,

saya perlu melipatgandakan latihan daripada koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya

perlu memperkukuh daya ingatan yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal

atau membuat latih tubi. Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan

membuat beberapa nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke mana-

mana sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan juga hendaklah saya amalkan sebagai

salah satu daripada strategi belajar secara berkesan. Percambahan idea dan sikap saling

memberi dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah saya utamakan. Pendapat rakan

harus diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah

sikap saling membantu bak aur dengan tebing.

Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud, “Bertanyalah

kepada yang bijak seandainya kamu tidak tahu” jelas menuntut supaya saya

sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuwan. Mereka itu pastilah para

guru, ikon-ikon yang berjaya dan golongan profesional dalam bidang yang ingin saya

ceburi. Sekiranya ingin menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus

didekati atau jikalau mahu menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin

masyarakat, dan NGO yang wajar saya dekati. Daripada merekalah akan terbina motivasi

untuk saya merancang masa depan. Sikap malas belajar dan malu bertanya harus dikikis

daripada jiwa dan sanubari, bak kata peribahasa minta pada yang ada, mengaji pada

yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh

perahu hanyut.

Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang

disusun, Allah SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala urusan.

Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan tersirat di dalam benak sanubari kita. Saya

yakin kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat

pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya

cukup yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada

Allah pasti segala yang dihajati akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat

Page 3: Contoh Karangan 2014

yang lain akan saya implementasikan dengan istiqamah. Saya sangat pasti selangkah

kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti bersama-sama kita.

Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali dijauhi.

Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi

Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita, justeru

usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik mungkin. Adat muda

memikul tugas dan muda juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala

hajat dan impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan sebaik

mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri berada di atas

trek yang betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.

1. Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir. Anda berazam

untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Jelaskan perancangan-perancangan anda untuk mencapai matlamat tersebut.

Memulakan kalimah bicara ini, saya ingin meminjam kata-kata hikmat daripada

Mantan Presiden Indonesia, Seokarno iaitu, “Gantunglah cita-citamu di langit yang tinggi

walaupun kakimu menjejaki perlimbahan”. Demikianlah betapa besarnya cita-cita dan

wawasan kepada kehidupan seseorang insan yang normal. Hidup tanpa cita-cita, ibarat

subur sepohon yang rendang tetapi tidak berbuah. Justeru, cita-cita besar yang sedang

saya impikan sekarang adalah untuk menjadi pelajar cemerlang dalam SPM 2014.

Demikianlah hasrat yang turut dikongsi bersama oleh ibu bapa serta guru-guru saya

juga. Sungguhpun begitu, cita-cita amatlah ideal untuk diucapkan, sebaliknya terlalu

perit untuk diterjemahkan menjadi realiti. Oleh itu, demi memenuhi hasrat murni

tersebut, saya hendaklah bersedia dari sekarang dan banyak prakarsa yang harus saya

lakukan.

Langkah pertama ialah saya perlulah menghargai nikmat kesihatan yang

dianugerahi Allah SWT kepada saya. Nikmat kesihatan merupakan aset peribadi yang

tidak boleh dijual beli. Saya amat bersyukur kerana dilahirkan sempurna dengan wajah

dan paras rupa yang baik. Allah mentakdirkan kepada saya kesihatan yang baik,

pemikiran yang waras, dan emosi yang stabil. Alangkah bernilainya anugerah tersebut.

Page 4: Contoh Karangan 2014

Benarlah bak kata orang tua-tua, “Nikmat sihat itu hanya berada pada

seseorang yang sakit”. Dalam usia remaja ini, saya perlu peka terhadap pemilihan

makanan dengan memilih makanan yang baik lagi halal dan menjauhi diri daripada

mendekati makanan yang berbahaya. Saya amat serius tentang bahaya dadah, arak,

dan rokok yang dengan jelas membawa mudarat kepada fizikal dan minda. Pertumbuhan

fizikal pun hendaklah saya kawal dengan memastikan rutin harian dan latihan jasmani

serta riadah dijalankan mengikut jadual. Dalam hal ini, saya amat tertarik dengan pesan

Nabi SAW dalam sebahagian daripada Hadithnya, “Jagalah nikmat sihat sebelum

datang sakit”.

Sebagai anak muda yang sedang meniti arus perubahan milenium, saya perlu

memiliki visi dan hala tuju yang jelas. Hidup tanpa visi ibarat bahtera di tengah-

tengah samudera tanpa nakhoda. Hidup akan terumbang-ambing dan tiada masa

depan. Visi saya adalah menjadi insan cemerlang merangkumi dunia dan akhirat.

Resepinya, saya perlu belajar ketika usia remaja dan mengenal pasti bidang kemahiran

yang cocok dengan jiwa saya. Andai dimakbulkan Tuhan, saya berazam untuk menjadi

seorang pendidik yang berjaya dan kompeten dan mampu menggenggam ijazah

sihingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D). Walaupun impian itu masih jauh ibarat di

seberang lautan, namun kejayaan cemerlang pada peringkat SPM amatlah penting.

Sememangnya, semua pihak sudah maklum bahawa SPM menjadi pananda aras untuk

seseorang itu menentukan hala tujunya. Insya-Allah sekiranya saya gigih dan digarapi

semangat juang, sesungguhnya di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Asas utama yang tidak kurang pentingnya untuk mencapai kejayaan

ialah strategi belajar yang berkesan. Dalam masa yang sangat suntuk ini, saya perlu

lebih bijak merancang strategi pembelajaran agar dapat mengimpakkan hasil. Oleh itu,

saya perlu melipatgandakan latihan daripada koleksi soalan tahun-tahun sebelum. Saya

perlu memperkukuh daya ingatan yang kadang-kadang memerlukan saya menghafal

atau membuat latih tubi. Prakarsa yang efektif yang mampu saya lakukan adalah dengan

membuat beberapa nota kecil yang bersaiz poket dan mudah untuk dibawa ke mana-

mana sahaja. Konsep belajar secara berkumpulan juga hendaklah saya amalkan sebagai

salah satu daripada strategi belajar secara berkesan. Percambahan idea dan sikap saling

memberi dan menerima dengan rakan-rakan hendaklah saya utamakan. Pendapat rakan

harus diraikan dan tidak pula lokek untuk menyumbangkan idea. Sesungguhnya, inilah

sikap saling membantu bak aur dengan tebing.

Meminjamkan sepotong firman dalam al Quran yang bermaksud, “Bertanyalah

kepada yang bijak seandainya kamu tidak tahu” jelas menuntut supaya saya

sentiasa berdampingan dengan tokoh-tokoh ilmuwan. Mereka itu pastilah para

Page 5: Contoh Karangan 2014

guru, ikon-ikon yang berjaya dan golongan profesional dalam bidang yang ingin saya

ceburi. Sekiranya ingin menjadi tokoh korporat maka golongan peniaga yang harus

didekati atau jikalau mahu menjadi pemimpin nescaya tokoh-tokoh politik, pemimpin

masyarakat, dan NGO yang wajar saya dekati. Daripada merekalah akan terbina motivasi

untuk saya merancang masa depan. Sikap malas belajar dan malu bertanya harus dikikis

daripada jiwa dan sanubari, bak kata peribahasa minta pada yang ada, mengaji pada

yang tahu dan sentiasa berwaspada sikap malu bertanya sesat jalan, malas berkayuh

perahu hanyut.

Kendatipun, sebagai hamba-Nya, sebanyak manapun perancangan yang

disusun, Allah SWT tidak boleh saya lupakan sama sekali dalam segala urusan.

Allah tahu akan apa-apa yang tersurat dan tersirat di dalam benak sanubari kita. Saya

yakin kepada qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Namun, atas sifat

pemurah-Nya, doa dan kegigihan tidak pernah menghalang untuk kita berjaya. Saya

cukup yakin, hasil ramuan usaha yang gigih dan doa yang tidak putus-putus kepada

Allah pasti segala yang dihajati akan menjadi kenyataan. Ibadat solat dan ibadat-ibadat

yang lain akan saya implementasikan dengan istiqamah. Saya sangat pasti selangkah

kita ke hadapan mahupun selangkah surut ke belakang, Allah pasti bersama-sama kita.

Oleh itu, dalam menggapai impian dan wawasan, Allah jangan sama sekali dijauhi.

Berburu ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Berguru kepalang ajar

Bagai bunga kembang tak jadi

Serangkap pantun di atas mengajari saya bahawa dalam melengkapkan cita-cita, justeru

usaha, ilmu, dan keiltizaman hendaklah diolah dengan sebaik mungkin. Adat muda

memikul tugas dan muda juga tidak berulang datang, justeru untuk memastikan segala

hajat dan impian terlaksana maka usia muda hendaklah saya manfaatkan dengan sebaik

mungkin. Sesungguhnya, saya amat yakin apabila segala persediaan diri berada di atas

trek yang betul, insya-Allah segala impian pasti menjadi kenyataan.

Page 6: Contoh Karangan 2014

2. Anak-anak boleh membantu ibu bapa dalam usaha mengurangkan bebanan

ekonomi dalam rumah tangga. Selaku pengerusi kelab pengguna di sekolah,

anda diminta menyampaikan ucapan tentang langkah-langkah hemat

berbelanja dalam usaha mengurangkan bebanan ekonomi dalam rumah

tangga.

Tulis ucapan anda itu selengkapnya.

Semua pihak telah maklum, bahawa sepanjang tahun 2008 hingga hari ini kos

sara hidup keluarga adalah terlalu getir. Kegetiran tersebut berpunca daripada suasana

ekonomi dunia yang suram. Peningkatan mendadak harga minyak, perubahan suhu

Page 7: Contoh Karangan 2014

dunia, bencana alam, dan krisis bahan makanan cukup menakutkan banyak pihak.

Hingga ke hari ini suasana ekonomi dunia masih dalam suasana yang tidak menentu.

Banjir besar yang melanda negara-negara pengeluar pertanian seperti Australia, India,

dan Cina amat menakutkan kita. Walaupun Malaysia tidak begitu teruk terjejas, namun

bahangnya mula dirasakan terutama sekali kepada keluarga yang berada pada garis

kemiskinan dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2500. Beban kewangan adalah

antara fenomena yang teruk dirasai oleh golongan berkenaan. Sehubungan dengan itu,

anak-anak hendaklah memahami akan susah payah ibu bapa dengan cara melakukan

pelbagai prakarasa agar dapat mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung.

Budaya berjimat cermat ialah senjata yang paling ampuh digunakan apabila

berada dalam situasi begini. Langkah tersebut amatlah pragmatik dalam menghadapi

suasana darurat dalam rumah tangga. Anak-anak diharap dapat memahami keadaan

berat ringan yang ditanggung oleh ibu dan ayah. Prakarsa berjimat yang perlu dilakukan

hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti

mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa

merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya

mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak

diperlukan. Memang benar budaya berjimat cermat itu lunak dibicarakan sebaliknya

tidak mudah untuk dipraktikkan, namun segala-galanya adalah berpunca daripada sikap.

Contoh yang paling mudah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah

daripada paras RM20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuama. Inilah

sebenarnya hakikat amalan sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Anak-anak yang baik adalah yang prihatin terhadap ibu bapa mereka. Setiap anak

tentulah maklum akan kedudukan kewangan keluarga. Oleh itu, anak-anak perlulah

menunjukkan rasa simpati terhadap jerih payah ibu bapa bekerja mencari rezeki.

Fahamilah akan beratnya tanggungan bak kata peribahasa, seberapa berat mata

memandang beratlah lagi bahu yang memikul. Anak-anak seperti ini sudah pasti akan

mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja

sekadar yang perlu sahaja. Amatlah malang sekali apabila ada anak-anak pada era

sekarang seakan-seakan tidak mempunyai sikap belas kasihan kepada ibu bapa. Mereka

mudah terdorong untuk menuruti gaya hidup rakan-rakan yang lebih mewah. Mereka

mendesak dan meminta-meminta sesuatu yang diluar upaya ibu bapa seperti inginkan

pakaian yang berjenama dan berselera untuk makan ditempat-tempat yang eksklusif.

Sepatutnya, anak-anak hendaklah mengelak daripada sebarang pengaruh dan budaya

bermewah-mewah kerana resam hidup, pipit sama pipit dan enggang sesama enggang

masakan dapat terbang bersama.

Page 8: Contoh Karangan 2014

Walaupun bebanan kos hidup semakin meningkat, tetapi dalam sebuah negara

seperti Malaysia, peluang untuk memperoleh pendapatan tambahan sentiasa terbuka.

Peluang-peluang kerja sambilan seperti pembantu kedai dan berniaga secara kecil-

kecilan mudah diperoleh di mana-mana jua. Anak-anak yang baik sudah tentu dapat

menghidu peluang tersebut dengan cara melakukan kerja sambilan sewaktu lepas

sekolah dan lebih-lebih lagi dalam musim cuti sekolah. Perkara yang penting ialah

ketepikan perasaan malu dan malas. Sebenarnya telah banyak teladan yang dapat dikuti

daripada ikon-ikon tersohor seperti Tan Seri Syed Mokhtar Al Bukhary, Tan Seri Loh Boon

Siew dan Dato Seri Tony Fernandez yang berjaya menjadi konglomerat dengan

memulakan peniagaan dari bawah. Oleh itu, langkah yang terpenting setiap anak

perlulah mempunyai wawasan dan jiwa yang cekal untuk berjaya ibarat kata tokoh

tersohor Sukarno, “Gantunglah cita-citamu di bintang yang tinggi sekalipun kakimu

masih mencecahi perlimbahan”.

Bak kata peribahasa, daun boleh melayang jauh getah tetap mengalir ke perdu

ialah peribahasa yang menerangkan bahawa, anak-anak yang baik sentiasa kembali

kepada induknya. Hal demikian amatlah mustahak dijadikan pedoman oleh anak-anak

yang telah menginjak usia dewasa. Mereka ini hendaklah memperlihatkan sikap

membalas budi dan bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Setelah bertahun-tahun ibu

bapa mendidik dan menjaga, apabila sayap sudah penuh kembalilah kepada induk untuk

melihat susah payah mereka. Bantulah ibu bapa atas kadar yang terdaya. Janganlah

apabila telah besar panjang, ibu bapa langsung tidak dijengah. Adik-adik yang masih

kecil perlu dibantu. Malanglah sangat apabila kedapatan anak-anak yang sudah besar

remaja tetapi masih bergantung kepada ibu bapa. Oleh itu, berpada-padalah dan

sedarlah bahawa setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan. Janganlah

bersikap kacang lupakan kulit, ibarat gemuk membuang lemak, cerdik membuang

saudara.

Kaya atau miskin, susah mahupun senang adalah menjadi sunnatullah. Semuanya

adalah sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hamba-Nya agar tidak mengenal

putus asa. Demi berhadapan dengan cabaran kesusahan dan beban hidup, semua orang

digalakkan berusaha dengan lebih gigih. Hidup ibarat roda, hari ini di bawah mungkin

esok ke atas. Prakara yang paling penting ialah keinginan untuk berusaha dan tidak

berputus asa. Peribahasa menyatakan, di mana-mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Sebagai anak yang sudah besar panjang perlulah mengorak langkah untuk memikirkan

sebarang kerja yang dapat meringankan beban ibu bapa. Dalam pada itu, sebagai insan

yang tidak putus daripada khaliq-Nya, kita perlu berdoa, bermuhasabah dan bermunajat

agar diberikan taufik dan hidayah oleh Allah sehingga terbuka jalan dan ikhtiar. Yakinlah

akan firman Allah dengan mafhumnya, “Tuhanmu tidak akan mengubah nasib sesuatu

Page 9: Contoh Karangan 2014

kaum itu, melainkan kaum itulah yang mengubah nasib mereka sendir”i. Insya-Allah

jikalau kita gigih dan tidak putus memohon petunjuk-Nya, nescaya limpah kurnia dan

restu Allah akan tetap bersama-sama kita.

Kesimpulannya, ketika berdepan dengan pelbagai cabaran sebagai kesan

daripada krisis kewangan, setiap keluarga tidak boleh mati akal. Ibu bapa hendaklah

mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab, manakala anak-anak perlu faham

akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa. Sikap saling menyokong dan saling

memerlukan boleh menjadi jambatan untuk menzahirkan impian, “Rumahku Syurgaku”.

Semoga dengan sikap yang sentiasa positif segala masalah akan usai juga akhirnya,

ibarat sepanjang-panjang jalan berliku ada penghujungnya.

Page 10: Contoh Karangan 2014

3. Pengetahuan tentang sejarah dikatakan teras kepada pembentukan

tamadun sesuatu bangsa. Malangnya sejak akhir-akhir ini sindrom buta sejarah

telah melanda generasi muda.

Ulaskan pendapat anda tentang kewajaran kerajaan mewajibkan lulus mata

pelajaran sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Perbuatan mengoyak-ngoyak Jalur Gemilang, mempersendakan kalimat dalam

lagu Negaraku, merosakkan sumber alam semula jadi, bersekongkol dengan musuh

negara, rasuah, dan tidak menghormati undang-undang adalah antara anasir

kerendahan budi bahasa dan lunturnya jiwa patriotik seseorang. Namun demikian,

fenomena seumpama itu seolah-olah menjadi kepuasan kepada sesetengah individu

untuk menunjukkan diri mereka hebat. Mereka berbangga apabila dikatakan berjaya

merobek-robek sistem perundangan, peradaban, dan budaya masyarakat. Tingkah laku

keji seperti ini sudah pasti boleh meruntuhkan nilai patriotisme dalam kalangan rakyat

seandainya tiada sebarang tindakan proaktif diambil. Menyedarinya, kerajaan telah

mengambil pendekatan mewajibkan subjek sejarah kepada semua pelajar, malahan

subjek tersebut diwajibkan lulus pada peringkat SPM. Walaupun terdapat reaksi pro dan

kontra, saya berpendapat langkah tersebut sebagai kena pada masa dan situasi untuk

mengembalikan hak dan maruah negara agar tidak dicacatcelakan oleh individu yang

tidak bertanggungjawab.

Sejak ribuan tahun dahulu sejarah telah dijadikan sumber rujukan untuk

melahirkan negara bangsa yang sedar akan asal usul dan akar umbi tamadun.

Hal demikian amatlah penting kerana kejahilan terhadap asal usul boleh melahirkan

individu yang mudah menderhaka dan tidak mempunyai jati diri untuk berasa megah

terhadap tanah tumpah darah. Oleh itu, sejarahlah yang munjadi murabbi dan mujadid

untuk memberikan segala maklumat tentang keadaan sebenar tanah air dan bangsa

sendiri. Sama ada dalam bentuk bertulis, monumen, prasasti mahupun serpihan, segala-

galanya menjadi penting apabila boleh dirujuk sebagai bahan sejarah. Itulah sahaja

wadah yang dapat membezakan kewujudan sesebuah negara dengan negara yang lain.

Apabila rakyat telah sedar dan faham hakikat sejarah, justeru fahamlah mereka akan

Page 11: Contoh Karangan 2014

tamadun tanah air sendiri. Sekiranya prakarsa ini dapat diterjamahkan, nescaya amat

relevanlah syarat wajib lulus sejarah dalam kalangan pelajar diperkasakan semula.

Rakyat dari satu generasi ke satu generasi akan berlalu pergi, sebaliknya negara

akan terus kekal berdaulat. Demi mempertahankan kedaulatan, maka sejarahlah

yang dapat menjelaskan tentang kedudukan sebenar masyarakat dan sistem

politik di sesebuah negara. Tanpa pengetahuan yang terdidik tentang sejarah, sudah

pasti akan lahir manusia badut yang hanya layak untuk menjadi pelakon di pelbagai

pentas. Mereka gagal menghayati akan harga sebuah kedaulatan dan tidak teragak-

agak untuk merosakkan tanah air sendiri. Segala imej tentang tamadun, budaya, sosio

politik dan ekonomi yang telah bertapak ribuan tahun akan menjadi catatan di atas

kanvas sejarah sahaja. Oleh sebab itu, rakyat harus faham dan sedia bertolak ansur

dalam kalangan masyarakat yang menganut pelbagai ideologi, budaya dan adat resam.

Rakyat perlu menghormati antara satu sama lain dan bersatu untuk membentuk bangsa

Malaysia yang berasaskan permuafakatan dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui.

Dengan hal yang demikian, langkah kerajaan itu adalah tepat sebagai strategi mendidik

rakyat agar faham dan tahu akan sejarah terbentuknya negara Malaysia di dalam acuan

masyarakat majmuk.

Tokoh-tokoh silam dan masa kini tidak pernah berbalah pendapat tentang

pernyataan yang menyebut, “Sejarah ialah guru yang paling benar dan sejarah tidak

pernah berbohong”. Atas kebenaran tersebutlah, sejarah menjadi elemen paling

penting untuk mendidik rakyat memahami sistem bernegara. Sejarah merujuk

kepada peristiwa yang pernah terjadi dan peristiwa yang perlu diteladani. Oleh itu,

pengalaman landskap sejarah hendaklah dijadikan sumber untuk mengubah tingkah laku

masyarakat agar faham tentang sistem pemerintahan dan sistem bernegara. Sejarah

mengajar rakyat menghargai negara, menghormati pemimpin yang telah banyak

berjasa dan menghargai betapa bahagianya hidup dalam sebuah negara yang damai dan

aman serta makmur. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mengambil iktibar daripada

catatan sejarah tentang betapa sulitnya untuk menatijahkan negara ini seperti yang

wujud pada hari ini. Pengalaman-pengalaman pahit yang telah diharungi generasi

terdahulu seperti dalam peristiwa penjajahan kuasa Barat, Perang Dunia Kedua, Darurat

dan beberapa episod pertelagahan kaum sudah cukup untuk pemimpin dan rakyat

menjadi lebih matang.

Sejarah juga telah dikenal pasti sebagai elemen penting membantu

mempercepat pembangunan sesebuah negara. Sesebuah negara akan terus jumud

sekiranya tidak mahu belajar daripada sejarah silam. Sesungguhnya, pengalaman inilah

yang telah menjadikan beberapa negara seperti Jepun, Korea, Vietnam dan beberapa

Page 12: Contoh Karangan 2014

negara Komanwel di Asia Tengah untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi yang gagah.

Semua negara berkenaan pada awalnya pernah hancur akibat bahana peperangan yang

melanda. Namun, dengan kekuatan rakyatnya menilai semula sejarah, justeru mereka

bangkit untuk membajai semangat patriotisme menjadi bangsa yang berjaya. Hal yang

sama turut dikongsi oleh Malaysia yang mampu bangkit dalam tempoh 57 tahun sahaja

selepas ratusan tahun kita dibelenggu dalam rahang penjajahan. Pada hari ini, lihatlah

sahaja di mana-mana pelosok bumi Malaysia, harapan kejayaan sudah terhidang di

hadapan mata. Benarlah hakikat bahawa, rakyat yang kenal sejarah asal usul dan jatuh

bangun bangsa mereka sahaja yang mampu bangun untuk mengorak langkah semula

Selain itu, sejarah pasti terus menjadi agenda untuk melahirkan rakyat

yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. Perasaan sayang

dan terhutang budi kepada negara akan membentuk peribadi rakyat yang berjiwa

patriotik, berintegriti dan berwawasan. Mereka akan bersedia pada bila-bila masa untuk

menjadi tulang belakang pertahanan negara. Panggilan keramat dalam lirik,

inilah barisan kita

yang ikhlas berjuang

akan terus terpahat dalam jiwa dan sanubari anak muda demi menggalas amanah

keamanan sejagat. Pada hari ini, walaupun negara sudah aman, panggilan jihad terus

terpahat dalam jiwa warganegara apabila ramai yang rela menyahut panggilan untuk

menjalankan misi keamanan di seluruh pelosok rantau. Sikap patriotik seperti itu sudah

pasti memberi jaminan bahawa ketenteraman dan keselamatan sosial bakal terjamin.

Oleh yang demikian itu, janganlah ada pihak yang ingin menangguk di air keruh dengan

menyatakan langkah mewajibkan lulus sejarah sebagai tindakan selangkah ke belakang

kerana kononnya sejarah tidak mempeunyai nilai komersial.

Ratusan tahun kita berjuang untuk mengembalikan maruah dan kemerdekaan

tanah air. Kini setelah 57 tahun negara mengecapi kemerdekaan setiap rakyat harus

merasai sendiri denyut nadi mengecapi nikmat kemerdekaan. Kita perlu ingat bahawa,

mempertahankan kemerdekaan dan kemakmuran yang telah lama dikecapi adalah lebih

susah. Oleh itu, seandainya wujud sikap talam dua muka akibat buta sejarah maka

amat wajarlah kerajaan mengambil langkah segera untuk mewajibkan syarat lulus

sejarah dalam peperiksaan seandainya langkah tersebut boleh menyelamatkan masa

depan negara.

Page 13: Contoh Karangan 2014

4. Pelaburan asing memainkan peranan yang penting dalam proses

pembangunan sesebuah negara.

Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi kemasukan pelaburan asing di

sesebuah negara.

Pelaburan asing merupakan strategi lautan biru dalam memperkasakan sektor

ekonomi kepada sesebuah negara. Dalam konteks pasaran, pelaburan asing bermaksud

sesebuah kerajaan atau konglomerat cuba menjualkan teknologi, kepakaran dan produk

menjangkau ke pasaran global. Dalam era globalisasi kini, pelaburan asing menjadi

sebahagian daripada insentif ekonomi berimpak besar untuk melonjakkan pendapatan

syarikat mahupun negara. Sama seperti negara-negara di dunia yang lain, Malaysia turut

tidak ketinggalan sebagai pemain ekonomi industri yang sedang berkembang dengan

Page 14: Contoh Karangan 2014

membuka dasar pelaburan luar di samping turut menggalakkan pelabur-pelabur

tempatan untuk mengembangkan sayap perniagaan di lapangan antarabngsa. Hal

demikian telah menunjukkan bahawa pelaburan asing sebagai suatu kemestian jikalau

sesebuah negara mahu bersaing di pentas ekonomi antarabnagsa. Pelaburan asing yang

bersifat rentas negara yang sedang berkembang pesat pada hari ini adalah dipengaruhi

oleh beberapa faktor sama ada faktor dalaman mahupun luaran.

Keamanan dan keharmonian dalam sesebuah negara menjadi bonus

untuk negara tersebut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kini

dalam suatu nada untuk mewujudkan kesamarataan sejagat, kestabilan politik dan

keamanan di sesebuah negara menjadi agenda penting. Hal tersebut akan mendorong

syarikat-syarikat besar di peringkat antarabangsa untuk memperkembangkan polisi

pelaburan mereka di rantau lain. Dengan hal yang demikian, setiap negara mula

menggerakkan inisiatif agar iklim politik dan keamanan domestik sentiasa terkawal.

Dengan keyakinan tersebutlah, syarikat-syarikat ternama antarabangsa seperti Apple,

Pansonic, IBM, SAMSUNG dan sebagainya sudah wujud dalam lingkungan geopolitik

antarabangsa. Hampir tidak mustahil apabila masyarakat hari ini tidak mengetahui

tentang asal usul sesebuah syarikat itu mula diasaskan adalah semata-mata atas

kewujudannya yang melampaui garis sempadan geografi antarabangsa.

Polisi yang telus dan mesra pelabur yang diamalkan oleh sesebuah

kerajaan turut menyokong pelaburan asing. Kebanyakan negara Dunia Ketiga

khususnya mula membuka mata kepada pelaburan asing sebagai suatu strategi untuk

menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat mereka. Hal demikian telah membuka

laluan kepada berkembangnya pasaran luar oleh negara-negara industri seperti Jepun,

Amerika Syarikat dan negara-negara EU. Di Asia Tenggara sendiri, polisi yang

dilaksanakan oleh negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand telah

membuka peluang pekerjaan yang banyak di samping berjaya memacukan ekonomi

domestik. Pada hari ini, industri seperti automobil yang dikuasai oleh Jepun telah mula

membuka pelaburan mereka terutama di Indonesia dan Thailand. Syarikat-syarikat

automotif ternama Jepun seperti Toyota, Honda, Isuzu dan Nissan pada hari ini telah

mula memindahkan teknologi mereka terutama ke Indonesia dan Thailand atas dasar

ketelusan negara terbabit dalam polisi pelaburan asing mereka ibarat sambil menyelam

minum air.

Pasaran tempatan di sesebuah negara turut menjadi insentif utama

kemasukan pelaburan asing. Matlamat utama pelaburan adalah untuk memperluas

pasaran produk. Oleh itu, peluang terbaik kepada pelabur adalah dengan terus

menanam modal di negara terbabit. Selain memperoleh bekalan buruh tempatan yang

Page 15: Contoh Karangan 2014

murah, antara 20 hingga 30 peratus produk dapat dipasarkan untuk kegunaan domestik.

Sementara itu, bagi kebanyakan negara dunia Ketiga, pertumbuhan kadar kelahiran

tidak pernah disekat. Sebagai contoh, negara-negara seperti Indonesia 280 juta, Thailand

80 juta, Pakistan 196 juta sudah tentu mempunyai potensi pasaran yang terlalu besar.

Fenemona tersebut telah memberi insentif besar kepada kemajuan pasaran domestik

bak kata peribahasa banyak air ikan tidak mati.

Pada hari ini dasar buruh di peringkat global menjadi semakin komplek

dengan fenomena pergerakan migrasi dan pendatang. Gelombang perpindahan

dari negara miskin ke negara-negara maju dan negara Dunia Ketiga menyebabkan

peningkatan buruh asing di kebanyakan negara semakin sukar dikawal. Fenomena yang

sama jelas terjadi kepada Malaysia apabila limpahan buruh asing telah mencecah 4 juta

orang. Limpahan tersebut telah memaksa kerajaan lebih berlembut atas dasar

kemanusiaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada pekerja asing untuk

berkhidmat dalam sektor swasta dan syarikat multinasional. Lama-kelamaan dasar

tersebut sudah menjadi suatu polisi pula apabila lebih banyak pelabur asing yang

berminat untuk melabur. Hal demikian samalah seperti kata peribahasa, di mana-mana

ada air bertakung di situlah ikan bernaung.

Selain itu, kemasukan pelabur asing turut disokong oleh dasar

pelaburan kebangsaan yang diamalkan oleh kebanyakan negara. Apabila dirujuk

kepada Malaysia, kerajaan melalui MITI sentiasa menghantar misi kempen pelaburan luar

ke negara-negara maju. Langkah tersebut yang merupakan strategi serampang dua

mata yang memberikan fokus kepada penyediaan peluang pekerjaan dan pemindahan

teknologi menyebabkan pelabur luar bagai pucuk dicita ulam mendatang, orang

mengantuk disorongkan bantal. Kemasukan pelabur asing juga turut menerima pelbagai

insentif daripada pihak kerajaan seperti zon perindustrian bebas, kemudahan prasarana,

jaminan pinjaman bank dan keselamatan operasi yang terjamin. Di samping itu, negara

turut menerima tempias positif apabila berlaku pemindahan teknologi kepada anak-anak

tempatan yang menjadi sebahagian daripada dasar melahirkan lebih ramai tenaga

profesional tempatan.

Tuntasnya, dalam dalam era yang dikawal oleh polisi global kini, sesuatu polisi

hendaklah dirancang dalam situasi menang menang kepada semua pihak yang

berkepentingan. Dasar perlindungan dan dasar monopoli sudah tidak relevan lagi. Hal

yang sama sudah tentu berlaku dalam dasar pelaburan antara negara kerana ekonomi

adalah menjadi tangan ghaib yang menentukan kedudukan politik dan sosial di sesebuah

negara. Sesungguhnya, polisi pelaburan asing yang diamalkan oleh Malaysia pada masa

ini adalah tepat juga.

Page 16: Contoh Karangan 2014

1. Kes salah laku seperti vandalisme, buli dan tidak menghormati guru kerap

berlaku di sekolah belakangan ini. Situasi ini menggambarkan amalan budaya

penyayang semakin luntur dalam kalangan pelajar.

Sebagai seorang pelajar yang bertanggungjawab jelaskan peranan anda dalam

memupuk budaya penyayang di sekolah.

Sejak tiga dekad belakangan, sering didengari kenyataan yang menyebut,

bahawa orang Melayu sebagai bangsa Asia yang sangat tinggi nilai hormat dan bersopan

santun. Malah nilai itulah yang telah mengangkat imej Malaysia untuk dikenali di

seantero alam. Namun, selepas dilanda pelbagai arus perubahan dan ancaman

globalisasi yang semakin pantas, nilai-nilai murni itu semakin memupus dalam budaya

dan tradisi masyarakat Melayu. Kini dalam pola masyarakat majmuk, masyarakat

Malaysia kelihatan komplek. Tiada lagi nilai sopan santun dan hilang budaya hormat dan

berkasih sayang. Hukum sesiapa yang kuat dia menang, yang cepat dia dapat, dan yang

megah dia gagah sedikit demi secara sedikit membentuk pola baru imej bangsa Malaysia

pada abad milenium ini. Oleh itu, sebagai anak muda saya perlu menghayati semula

nilai-nilai murni masyarakat agar budaya hormat dapat dinobatkan semula.

Isi-isi penting :

Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak

yang terpuji – mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik – disenangi rakan dan

para guru

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati – senang berkawan, cepat mesra,

peramah dan menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh

kerpada perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – tidak mudah terikut-ikut

dengan perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi pelajar yang cemerlang akademik – ikhlas

membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Page 17: Contoh Karangan 2014

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – proses bergaul dengan rakan-rakan

secara sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar

tersohor di persada negara

Kesimpulan : Hidup pokok berbuah, hidup manusia berjasa ialah ungkapan peribahasa

yang mendorong seseorang itu agar beriltizam untuk menyumbangkan khidmat dan jasa.

Budaya penyayang seandainya dipupuk dan dibaja boleh memberi natijah kepada

lahirnya masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin. Oleh hal yang demikian, saya

sangat teruja untuk berada di tengah-tengah khalayak bagi meuar-uarkan idea yang baik

ini agar terbentuk juga masyarakat yang berbudaya, beretika serta penyayang.

Sesungguhnya, inilah Malaysia yang menjadi harapan kita menjelang dekad yang akan

datang.

2. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat sekolah .

Tajuk pidato anda ialah, “Ibu Bapa Pendorong Anak-anak Dalam

Merealisasikan Budaya Membaca”.

Sediakan teks pidato itu selengkapnya.

Pendahuluan 1

Apabila kita menoleh semula kepada sejarah kemajuan manusia, perihal

membaca merupakan suatu wahana yang menjadi enjin utama untuk sesuatu bangsa itu

maju. Dalam sejarah Islam juga, permulaan madani bermula dengan membaca apabila

Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dengan asas membaca.

Seterusnya membaca terus menjadi nadi kejayaan Zaman Renaisance apabila banyak

sumber bacaan dalam tamadun Islam berpindah tangan kepada masyarakat Barat

selepas berakhirnya Perang Salib. Revolusi ciptaan mesin cetak yang bermula di Jerman

telah membuka dimensi pembacaan sebagai sangat penting yang menganjak manusia

menemukan pelbagai ciptaan moden hasil pembacaan. Oleh itu, tradisi warisan turun-

temurun ini hendaklah diteruskan khususnya dalam kalangan keluarga untuk

membudayakan amalan membaca dalam kalangan anak-anak.

Pendahuluan 2

Apabila seseorang itu cuba mengkaji dan mendalami kandungan yang tersurat

mahupun tersirat daripada Surah Al Alaq, nescaya jawapan yang diperoleh tentulah

amalan membaca adalah merupakan suatu kewajipan. Kewajipan membaca bukan

sekadar menjadi pelengkap kepada sesuatu peperiksaan, sebaliknya menjadi

tanggungjawab untuk melahirkan umat yang berjaya, bijaksana, dan hebat menguasai

Page 18: Contoh Karangan 2014

dunia keilmuan. Namun demikian, saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks

apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca. Sama ada di

peringkat masyarakat umum hinggalah ke pusat-pusat pengajian, amalan membaca

gagal dibudayakan. Walaupun pelbagai kempen dan insentif diberi untuk

menyemarakkan amalan tersebut, hasil yang diperoleh amatlah mengecewakan. Oleh

itu, sejajar dengan sesuatu kejayaan itu bermula dari rumah, nescaya keluarga haruslah

memainkan peranan aktif untuk memupuk semula amalan membaca.

Isi 1 : Ibu bapa perlu menjadikan aktiviti membaca sebagai agenda wajib

dalam rumah tangga – membaca hendaklah menjadi amalan penting setaraf dengan

keperluan asasi yang lain seperti makan, minum, riadah dan semua aktiviti keluarga

Isi 2 : Ibu bapa hendaklah menunjukkan karisme sebagai golongan terpelajar

dan berfikir – mencetuskan idea-idea baru, bernas dan matang melalui pengalaman

membaca – melahirkan rasa bangga kepada anak-anak atas kebolehan ibu bapa

Isi 3 : Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk membentuk tabiat

membaca – melengkapkan semua sudut di dalam rumah dengan prasarana membaca

dan bahan-bahan bacaan yang pelbagai bidang

Isi 4 : Cuba memahami watak dan kecenderungan anak-anak – menyediakan

bahan bacaan yang sesuai dengan minat mereka

Isi 5 : Mencuri peluang untuk menanamkan sikap suka berfikir secara

intelektual – pemikiran kelas pertama melalui kegiatan membaca – sesi sumbang saran

dan pendapat dalam kalangan ahli keluarga

Kesimpulan : Dalam semua kecenderungan dan kejayaan anak-anak, sudah pasti ibu

bapa adalah sebagai penjana utama. Walaupun tidak dinafikan aspek minat, kecerdasan

dan bakat menjadi penentu jalan hidup anak-anak, namun ibu bapa berperanan penting

untuk mewarnakan mereka dengan betul. Oleh itu, budaya membaca dalam keluarga

akan menjadi mangkin kepada kejayaan anak-anak dalam apa-apa bidang yang mereka

minati.

Page 19: Contoh Karangan 2014

3. Gagasan 1Malaysia antara lainnya bertujuan untuk mengeratkan

perpapaduan kaum ke arah melahirkan negara yang aman, stabil, makmur dan

dihormati oleh orang lain.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh pelbagai pihak bagi

mewujudkan dan mengekalkan perpaduan di negeri ini.

Tanggal 3 April 2009, tarikh tersebut akan terus terlakar dalam sejarah negara apabila

Perdana Menteri Malaysia yang keenam dengan rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana

Menteri. Beliau ialah Dato Seri Mohamed Najib Tun Razak yang meneruskan legasi kepimpinan

ayahandanya Tun Abdul Razak bin Dato Hussein. Bukan sekadar itu sahaja, malah tarikh tersebut

telah menjadi mercu tanda baru satu lagi gagasan Malaysia moden dilancarkan. Gagasan

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan kini menjadi landasan penting untuk

pemimpin dan rakyat Malaysia menentukan arah tuju kejayaan Malaysia dalam pelbagai bidang

menjelang hari-hari yang mendatang. Oleh hal yang demikian, dalam merealisasikan matlamat

keramat itu, para pemimpin dan rakyat Malaysia hendaklah menyumbangkan peranan yang aktif

mengikut kemampuan dan kedudukan masing-masing.

Tanggungjawab paling utama ialah para pemimpin hendaklah melaksanakan

tanggangungjawab yang telah diamanahkan demi kebaikan rakyat. Tanggungjawab merupakan

amanah yang amat penting untuk ditunaikan sejajar dengan sepotong Hadith Rasulullah yang

bermaksud, “Setiap daripada kamu mempunyai tanggungjawab dan setiap yang

Page 20: Contoh Karangan 2014

dipertanggungjawabkan akan disoal ke atas diri mereka”. Inilah doktrin yang perlu dipegang

dengan kukuh oleh para pemimpin di setiap peringkat. Dalam hal ini, para pemimpin hendaklah

mempunyai komitmen yang tinggi agar janji dan manifesto ditunaikan dengan sebaik mungkin.

Imej seseorang pemimpin akan terserlah melalui kebijaksanaan mentadbir, pekerti yang mulia, adil

lagi berpandangan jauh. Dalam konteks satu Malaysia, keadilan hendaklah disamaratakan dalam

kalangan semua kaum agar setiap juzuk kaum tidak terasa diri mereka terpinggir daripada arus

perdana. Sesungguhnya, dengan kebijaksanaan dan keadilan pemimpin, rakyat akan bersatu padu

dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

Kredibiliti seseorang pemimpin tidak mungkin terserlah andainya tidak mendapat

sokongan dan kerjasama daripada rakyat jelata. Dengan yang demikian, Imej 1Malaysia hendaklah

dijelrnakan daripada kerjasama yang terjalin kukuh antara pemimpin dan rakyat. Antara pemimpin

dan rakyat bagaikan irama dan lagu, andai salah satunya pincang nescaya musnahlah kedua-

duanya. Oleh itu, amatlah wajar diwujudkan jalinan persefahaman yang kukuh dan harmoni antara

kedua-dua pihak. Sikap saling hormat dan saling menyokong boleh menjadi jambatan yang

memperkukuh hubungan. Sebagai pemimpin serlahkan nilai kepemimpinan yang berwibawa agar

sentiasa dikagumi rakyat. Manakala sebagai rakyat berilah taat setia yang tidak berbelah bahagi

kerana kedua-duanya memerlukan kerjasama erat ibarat ke gunung sama didaki, ke lurah sama

dituruni, hati gajah sama dilapah dan hati kuman sama dicecah.

Menjelang era milenium dan dalam perubahan arus perdana global, masyarakat hendaklah

memperlengkap diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang paling tuntas. Rakyat

seharusnya mempunyai kemahuan yang tinggi untuk meletakkan diri mereka sebagai masyarakat

kelas pertama. Mereka wajar berganjak dan bersedia keluar daripada pemikiran jumud dalam

kepompong katak di bawah tempurung. Kemampuan berfikir secara global dan berfikir di luar

kotak mampu menjanakan transformasi rakyat yang memiliki ciri-ciri kebijaksanaan, produktif, dan

gigih berdaya saing. Langkah strategik untuk mencapai matlamat tersebut adalah dengan

membangunkan pelbagai institusi pendidikan dan kemahiran. Langkah terbaik seperti yang sedang

berlaku kini adalah dengan wujudnya kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta yang

menyediakan pelbagai peluang pendidikan yang bertaraf dunia. Seandainya inisiatif ini terus

diperkasakan, nescaya gagasan 1Malaysia pasti menjadi realiti.

Memetik kata-kata filosof agung Confucious, “Apalah guna kita tidur sebantal jikalau mimpi

berbeza-beza, lebih baik berlainan bantal namun mimpi kita masih sama”. Kata-kata yang telah

diucapkan sejak lebih 3000 tahun itu benar-benar memberikan impak kepada negara berbilang

kaum seperti Malayisia. Demi merealisasikan hasrat 1Malaysia, langkah paling utama ialah

masyarakat menjalinkan perpaduan yang sejati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum.

Pemahaman konservatif yang menyatakan, perbezaan dalam aspek agama, budaya dan ragam

hidup menjadi perintang perpaduan perlulah diubah segera. Sepatutnya, perihal kepelbagaian

daripada pemajmukan itu hendaklah dijadikan aset untuk membentuk suatu negara bangsa yang

unik. Sebagai rakyat Malaysia jauhilah fahaman perkauman yang masih menebal, sebaliknya

jadilah masyarakat yang berfikiran terbuka dengan mempertingkatkan nilai hormat terhadap

kepercayaan agama, adat resam, dan kaum. Insya-Allah, sekiranya nilai taboo ini berjaya

Page 21: Contoh Karangan 2014

disingkirkan pastilah suatu fasa baru 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

boleh menjadi landasan baru rakyat Malaysia.

Atas rasa cinta kepada tanah air tercinta, seyogialah seluruh rakyat membuktikan

semangat patriotisme mereka. Keharmonian dan kesejahteraan negara perlulah diisi dengan

agenda pembangunan. Pembangunan yang meliputi aspek material dan spiritual harus berarak

serentak. Amatlah malang sekiranya, bumi bertuah yang sangat kaya dengan pelbagai potensi ini

tidak dimanfaatkan untuk kesejahteraan insan. Kita harus bersama-sama berganding bahu untuk

membangunkan dan mempelbagaikan potensi ekonomi negara. Oleh itu, setiap warga dituntut

untuk memaksimumkan daya usaha melalui cara berfikir, cara bekerja, dan mematangkan

kreativiti. Seluruh rakyat tidak perlu berfikir tentang siapakah dirinya di bumi bertuah ini?

Sebaliknya dalam suatu suara 1Malaysia mereka perlu bangkit untuk memaksimumkan daya

pengeluaran negara. Oleh itu, sudah tiba masanya kita menjadi negara yang mengeksport produk

dan kepakaran daripada sekian lama menjadi masyarakat pengguna semata-mata.

Memetik lirik-lirik dalam lagu patriotik “Malaysia Berjaya” yang berbunyi “Dari Perlis

hinggalah ke Sabah, kita sudah berjaya” memaparkan betapa pentingnya kita bersatu dan

berusaha untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Kini kejayaan tersebut

hendaklah direalisasikan oleh generasi baru Malaysia agar segala agenda yang telah dirancang

oleh pemimpin yang terdahulu dapat mengimpakkan manfaat yang berganda kepada seluruh

rakyat Malaysia. Oleh itu, gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan harus

diteruskan dengan pengisian dan keterlibatan menyeluruh oleh rakyat Malaysia.

4. Masalah pencemaran dan isu kemusnahan alam sekitar semakin

membimbangkan masyarakat dunia akhir-akhir ini.

Bincangkan langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh negara-negara

serantau bagi mengatasi masalah ini.

KELANTAN

Page 22: Contoh Karangan 2014

1. Murid hari ini diharap menjadi remaja berwawasan untuk kemajuan negara.

Jelaskan ciri-ciri yang perlu anda miliki untuk menjadi remaja berwawasan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sepanjang

kerjayanya sebagai pemimpin utama negara telah mencetuskan pelbagai idea yang

pragmatik. Idea-idea seperti Dasar Pandang Ke Timur, Dasar Penswastaan dan

Persyarikatan Malaysia, Slogan Bersih, Cekap, dan Amanah dan yang paling menarik

ialah Wawasan 2020 (WW 2020). Kini, WW 2020 telah diadikan garis panduan dan hala

tuju untuk kerajaan dan rakyat Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Walau bagaimanapun, segala dasar yang dibentangkan bukan sekadar muluk dalam

kata-kata sahaja, tetapi hendaklah direalisasikan dengan kegigihan dan strategi yang

betul dan tepat. Insya-Allah, matlamat dan wawasan tersebut akan menjadi kenyataan,

justeru inilah jaminan saya untuk hasrat murni negara itu tercapai. Dengan hal yang

demikian, sebagai remaja pencetus inovasi madani, saya perlulah memperlengkap diri

sebagai remaja trampil demi menggalas amanah negara yang cukup mencabar itu.

2. Ibu bapa, kaunselor dan pihak berwajib memainkan peranan yang penting

dalam menangani masalah remaja.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

3. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia mengadakan majlis rumah terbuka

setiap kali menyambut perayaan kerana amalan ini mendatangkan pelbagai

manfaat.

Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.

Isi-isi penting :

Page 23: Contoh Karangan 2014

Isi 1 : Membuktikan Malaysia sebuah negara yang memiliki pelbagai budaya,

adat resam dan upacara sambutan yang boleh dilakukan secara besar-besaran

– lambang kepada keunikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia pelbagai kaum

Isi 2 : Sebagai produk pelancongan dan imej yang unik negera Malaysia – sukar

ditemui di mana-mana negara di dunia

Isi 3 : Melahirkan sikap rakyat yang sentiasa bersyukur – mengadakan majlis dan

keraian untuk rakan taulan dan tetamu pelbagai kaum

Isi 4 : Membina jambatan perpaduan masyarakat – mengeratkan hubungan – saling

ziarah dan menghargai kehidupan yang aman dan toleran

Isi 5 : Menzahirkan warna-warni budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai –

keindahan alam semula jadi yang turut diserikan dengan pelbagai corak kehidupan

rakyat yang harmoni.

4. Mutakhir bencana alam seperti gempa bumi, banjir dan ribut taufan telah

melanda beberapa buah negara di dunia. Kerjasama sejagat amat diperlukan

bagi membantu negara-negara terlibat.

Sarankan bentuk sumbangan yang boleh dihulurkan untuk membantu negara

yang dilanda bencana alam seperti itu.

Page 24: Contoh Karangan 2014

Malapetaka alam sering menarik simpati warga dunia. Malaysia turut tidak

ketinggalan menghulurkan pelbagai bantuan kepada mangsa yang ditimpa

malapetaka di seluruh dunia.

Bincangkan sumbangan Malaysia terhadap mangsa-mangsa malapetaka alam.

Nasib malang dan ajal maut tiada sesiapapun yang mampu menduganya. Geruh

tidak berbunyi, malang tidak berbau menggambarkan betapa setiap malapetaka

yang berlaku tidak pernah dijangkakan. Semuanya sudah ditakdirkan oleh Tuhan yang

berkuasa dan berlaku secara natural. Fenomena alam seperti perubahan suhu,

pergerakan tektonik, dan ombak laut amat sukar dijangkakan walaupun dengan bantuan

sistem teknologi canggih. Segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Mangsa yang

terlibat langsung tidak berpeluang untuk menyelamatkan diri. Menurut pakar-pakar

fenomena alam, abad ke-21 merupakan tempoh matang terhadap perubahan sistem

alam yang berlaku dalam tempoh 2000 tahun. Dengan hal yang demikian, malapetaka

alam berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat jua.

Memandangkan kita tidak mempunyai kudrat untuk menghalang tragedi besar

malapetaka alam, kita hanya boleh menghulurkan bantuan kepada mangsa yang dilanda

pelbagai malapetaka.

Dalam mendepani episod sedih daripada pelbagai kejadian, Malaysia tidak

ketinggalan menghulurkan pelbagai sumbangan. Simpati Malaysia itu dilakukan atas

dasar perikemanusiaan. Pemimpin dan rakyat Malaysia sentiasa insaf, jikalau hari ini kita

bebas daripada malapetaka, namun esok atau lusa bencana mungkin menimpa. Kita

mengambil pendekatan sedikit tanda ingat, banyak tanda ada untuk membantu

mereka yang dilanda musibah. Langkah tersebut diambil juga atas dasar setia kawan

dan jalinan mesra antara pemimpin yang sentiasa dirintis oleh Malaysia.

Penglibatan Malaysia dalam menangani kemelut kemanusiaan itu termasuklah

menghantar pasukan mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan yang terdiri daripada

Pasukan Gerak Cepat dan Pasukan SMART sentiasa dihantar sebagai kumpulan awal

untuk turut sama dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa. Pasukan tersebut

pernah dihantar membantu dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Indonesia, dan

tragedi Taufan Durian dan yang terkini Taufan Hayyan di Filipina. Selain itu, pasukan

bomba dihantar juga dalam kerja-kerja menyelamat dan memadamkan kebakaran di

Sumatera dan kepulauan Riau di Indonesia.

Pasukan perubatan yang diketuai oleh Mercy Malaysia tidak ketinggalan

menyalurkan khidmat merawat mangsa. Selain merawat mereka juga memberikan

Page 25: Contoh Karangan 2014

khidmat kaunseling kepada mangsa yang mengalami trauma. Kini Mercy Malaysia yang

dipimpin oleh Dato Dr Jamilah semakin mendapat tempat di hati masyarakat setempat

kerana perkhidmatan cemerlang mereka. Ketika mengadakan operasi menyelamat

mangsa dalam tragedi gempa bumi di Pakistan, Mercy Malaysia telah menerima pujian

hasil kepakaran dan disiplin yang tinggi para pengamal perubatan dari Malaysia. Selain

khidmat sosial yang berkualiti, pasukan tersebut telah menjadi duta kebajikan untuk

menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak sempat dan tidak berkemampuan

untuk sampai ke tempat tragedi, huluran simpati tidak pernah berhenti. Pelbagai usaha

dijalankan seperti mewujudkan tabung derma mangsa bencana alam. Oleh itu, setiap

agensi dan organisasi telah mengambil iniisiatif mengumpul derma dalam bentuk wang

ringgit. Agensi-agensi terkemuka sama ada media cetak atau media elektronik telah

membuka akaun khas di bank-bank tempatan bagi membolehkan orang ramai

menderma kepada mangsa tragedi. Bukan sekadar usaha tersebut, terdapat juga orang

perseorangan atau organisasi bukan kerajaan yang sanggup mengumpul pakaian baru

dan terpakai untuk dihantar ke lokasi dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Malaysia.

Semua usaha tersebut terhasil daripada penghayatan nilai murni dan falsafah

kemanusiaan yang sentiasa dianuti oleh rakyat Malaysia.

Di pihak kerajaan, bantuan pascabencana terus dihulurkan. Antara bantuan yang

diberikan seperti sumbangan modal dan kepakaran untuk membangunkan semula

kawasan yang telah tejejas teruk. Sebagai negara berjiran yang dapat merasakan

rintihan dan suara hati saudara serantau, Malaysia telah membantu kerajaan Indonesia

dalam usaha membangunkan semula sistem pendidikan di wilayah Acheh dan Jogjakarta

di Indonesia yang terjejas teruk dalam peristiwa gempa bumi dan Tsunami. Dengan

sokongan yang diberikan itu telah dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung

oleh mangsa-mangsa. Anak-anak dapat meneruskan semula pelajaran, sementara hidup

baru dapat dimulakan sedikit demi sedikit.

Kini malapetaka sudah berlalu dan kemungkinan peristiwa-peristiwa ngeri itu

bakal berulang tiada sesiapapun yang dapat menduga. Walau bagaimanapun, atas sifat

perikemanusiaan, rakyat Malaysia tetap berazam untuk terus membantu mangsa selagi

terdaya. Segala bantuan yang telah dihulurkan terbit daripada perasaan yang ikhlas

demi kesejahteraan dunia sejagat.

Page 26: Contoh Karangan 2014

1. Sambutan Hari Ibu diadakan pada setiap tahun demi menghargai jasa dan

pengorbanan mereka.

Sebagai anak yang penyayang, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk

menzahirkan rasa kasih sayang tersebut.

Setiap anak menjadi permata hati dan harapan kepada ibu bapa.

Bincangkan sikap yang patut diamalkan oleh anak-anak agar hasrat tersebut

menjadi kenyataan.

Tanggal ..... haribulan ...... tahun 1995 (*masukkan tarikh lahir anda sendiri)

dengan izin Allah SWT, lahirlah seorang insan di mayapada ini. Kelahiran yang

memberikan sinar dan cahaya kepada kedua-dua ibu dan ayah. Doa dan harapan yang

tidak putus-putus ditadahkan ke petala langit memohon restu dan makbul Allah SWT

supaya anak tersebut menjadi cahaya mata, buah hati pengarang jantung. Demikianlah

suatu hakikat yang sering melingkari kehidupan insan supaya anak-anak yang lahir ke

dunia ini menjadi permata hati yang membahagiakan kehidupan ibu dan ayah. Alangkah

bahagianya kedua-dua insan mulia tersebut sekiranya anak yang bertuah itu benar-

benar menuruti acuan yang telah disepoh dan dicanai sejak awal. Dengan hal demikian,

betapa besar harapan ibu bapa, seyogia besar lagilah azam anak-anak untuk

menzahirkan impian tersebut menjadi kenyataan.

Setiap anak hendaklah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya telah melahirkan kita ke dunia ini. Sementelahan itu berterima kasihlah

kepada kedua-dua ibu bapa yang telah bersusah payah melahirkan kita. Langkah yang

Page 27: Contoh Karangan 2014

terpenting ialah anak-anak hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah agar memberi

barakah kesihatan dan kesejahteraan kepada ibu bapa. Sementara itu, anak-anak juga

perlu membentuk jati diri mereka agar mudah berjinak-jinak dengan amalan yang

diredai. Binalah kekuatan peribadi sebagai insan yang mulia di dunia dan memperoleh

ganjaran pahala. Tiada yang lebih berguna selepas ibu bapa pergi melainkan menadah

harapan agar anak-anak mengirimi mereka doa seperti dalam Hadith Rasulullah yang

bermaksud , “Apabila mati seseorang anak Adam itu, maka terputuslah segala amal baik

dan buruknya, melainkan tiga yang masih ditinggalkan iaitu sedekah jariah, ilmu yang

bermanfat, dan anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu

bapa”.

Kalangan bijaksana pernah menukilkan, “Budi pekerti pakaian peribadi, akal

fikiran pakaian insani”. Keluhuran budi dan kebijaksanaan insani merupakan modal besar

untuk seseorang itu berjaya dalam kerjaya dan dipandang mulia oleh masyarakat. Oleh

itu, jadilah anak-anak yang hebat di tengah-tengah masyarakat dengan pancaran budi

bahasa yang terserlah serta minda yang kreatif dan inovatif. Belakangan ini, pelbagai

kecelaruan dalam masyarakat tercetus akibat kemuflisan pekerti anak-anak remaja.

Akhirnya, sikap keji tersebut membawa kesengsaraan kepada ibu bapa. Ibu bapa

terpaksa menelan malu akibat anak-anak yang bankrup akhlak. Pelbagai angkara

songsang seperti pergaulan bebas, berzina, menipu dan seribu satu angkara lagi seyogia

dijauhi jikalau ada perasaan sayang terhadap ibu bapa.

Anak yang baik sentiasa beriltizam untuk mengubah kehidupan ibu bapa agar

menjadi lebih baik. Oleh yang demikian, berusahalah dengan gigih demi jaminan hidup

yang lebih sempurna. Dunia yang diwarnai dengan pelbagai budaya ilmu harus dikuasai

dengan membudayakan ilmu dalam kehidupan. Amatlah jengkel seseorang yang tidak

berilmu apabila berada di tengah-tengah masyarakat. Sejajar dengan perkembangan

teknologi, tuntutlah ilmu setinggi yang mungkin dan lengkapi diri dengan pelbagai

kemahiran. Kedua-dua pakej tersebut menjadi jaminan untuk bersaing dalam pasaran

global. Sesungguhnya, ilmulah yang dapat membezakan antara yang dungu dan yang

cemerlang. Sesuai dengan wasiat Rasulullah SAW dalam Hadith baginda tentang

kepentingan menuntut ilmu yang bermaksud, “Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara

Cina sekalipun”, membuktikan bahawa ilmulah yang menjadi jaminan untuk hidup

bahagia.

Ikram dan kasih sayang menjadi penambat hati ibu bapa terhadap anak-anak.

Tamsil orang tua-tua, ketika telapak kaki sebesar dua jari, anak-anak sudah ditimang

bagai menatang minyak yang penuh. Malang sekali apabila anak-anak sudah meningkat

dewasa ada yang tergamak memutuskan hubungan dengan ibu bapa. Sebenarnya,

Page 28: Contoh Karangan 2014

celakalah anak-anak yang seumpama ini. Anak-anak seperti ini tidak akan bahagia di

dunia malah di akhirat akan menerima bala daripada sifat sombong tersebut. Selagi

kudrat, ibu bapa tidak akan menagih apa-apa kepada anak-anak melainkan berharap

kepada sifat mawaddah anak-anak sahaja. Patuhilah seperti Firman Allah dalam Surah

Israk, ayat 23 yang bermaksud, “Dan Tuhanmu memerintahkan kamu agar jangan

menyembah selain-Nya. dan hendaklah berbuat baik kepada kedua-dua ibu

bapa. Jika salah seorang atau kedua-duanya telah lanjut usia dalam

peliharaanmu, maka jangan sekali-kali kamu meninggikan suara walaupun

dengan perkataan, oh!”. Oleh yang demikian, sebaik-baik anak ialah mereka yang

tidak pernah memutuskan hubungan silaturahim dengan ibu bapa.

Hidup ini sandar-menyandar ibarat aur dengan tebing. Sebagai anak yang baik,

jalinkan kehidupan dengan rangkaian sahabat handai dan rakan taulan. Hidup menjadi

harmoni dalam masyarakat yang saling menghormati antara satu dengan yang lain. Jiran

tetangga umpama keluarga sendiri kerana segala mudarat dan musibah jiranlah yang

lebih dahulu mendatangi kita. Rakan taulan dan jiran ibu bapa hendaklah dihormati,

dengan yang tua dijunjung taat manakala yang muda bergaullah secara berhemat.

Tingkah laku yang baik akan menyerlahkan imej sebenar ibu bapa kerana kenal batang

pada daunnya. Sesungguhnya, inilah imej anak-anak yang menjadi permata hati dan

harapan kepada ibu bapa.

Akhir kata, jadilah sebaik-baik anak yang boleh membahagiakan ibu bapa sejadi

mereka di dunia mahu pun sesudah mati. Jauhi diri daripada terjebak dengan perkara-

perkara mungkar yang boleh mencontengi ibu bapa dengan arang. Sebenarnya, inilah

imej anak-anak yang didambakan oleh ibu bapa lebih-lebih lagi ketika menjelang usia

emas mereka. Ingatlah bahawa, syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

Bersempena dengan hari ibu, anda telah dijemput mewakili generasi remaja

bagi menyampaikan ucapan bersempena dengan hari Anugerah Ibu Cemerlang.

Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Yang saya hormati, Puan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Ketua Pengarah Jabatan

Pembangunan Wanita dan Masyarakat Malaysia, Yang Berbahagia Pengarah Pusat

Komuniti Malaysia Zon Utara, Yang Mulia guru-guru dan seterusnya raka-rakan pelajar

yang dikasihi sekalian.

Page 29: Contoh Karangan 2014

Hadirin sekalian,

Pada pagi yang mulia ini saya mengambil kesempatan istimewa ini untuk

mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa penganjur yang telah memilih saya

untuk melafazkan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh bermakna kepada

golongan Hawa. Tahniah untuk seluruh wanita yang bergelar ibu kerana telah diberi

penghargaan khas pada hari yang istimewa yang dinamakan ‘Hari Ibu’. Semoga

pemilihan hari ini menjadi lakaran sejarah untuk semua pihak merenung sejenak akan

sumbangan besar yang telah diberikan oleh para ibu. Oleh itu, pada kesempatan ini saya

mengucapkan, ‘Selamat hari Ibu’.

Hari istimewa ini sudah sewajarnya diadakan bagi mengembalikan ingatan

tentang pengorbanan besar seseorang wanita yang bergelar ibu. Ibu yang juga sebagai

pengemudi rumah tangga merupakan nukleus kepada perkembangan tamadun manusia.

Ibu juga sebagai penyeri dan penghias rumah tangga. Sesuai dengan sifat mereka yang

lemah lembut, teliti, penyabar, dan sensitif kehadiran seorang wanita yang bergelar ibu

mampu membahagiakan sesebuah rumah tangga. Seseorang bayi akan berasa selamat

apabila berada dalam pangkuan ibu. Anak-anak akan berasa tenteram dan riang apabila

berada di samping ibu. Manakala suami pula berasa dirinya terjaga apabila berada di sisi

isteri yang tersayang. Demikianlah hebatnya seorang wanita yang bergelar isteri dan

ibu , bak kata peribahasa tangan yang menghayun buaian itu memerintah dunia.

Dalam menegakkan sebuah institusi masyarakat yang dinamik, peranan keluarga

amatlah penting. Apabila dikaitkan dengan keluarga, justeru ibulah insan yang menjadi

penentu hala tuju mendidik dan menguruskan rumah tangga agar anak-anak membesar

dengan sempurna. Dalam masyarakat tradisi, ibu menjadi penunggu setia di dalam

rumah, sementara si suami keluar mencari rezeki. Kegagalan ibu melaksanakan

tanggungjawab menjaga anak-anak nescaya pincanglah keluarga tersebut. Kepincangan

dalam keluarga pasti membawa musibah besar terhadap masyarakat dan negara. Atas

sokongan padu isteri, biasanya suami dapat melaksanakan tanggungjawab dengan

sebaik mungkin. Tanpa isteri sebagai sumber inspirasi seseorang suami menghadapi

pelbagai kesulitan untuk melaksanakan tanggungjawab mencari rezeki apabila dalam

masa yang sama terpaksa melihat kebajikan anak-anak. Kejayaan sesebuah rumah

tangga sama ada dalam aspek ekonomi dan pendidikan anak-anak mesti terjana

daripada gemblengan sinergi suami dan isteri. Dengan komitmen kuat itulah, para

cendekiawan pernah menyatakan “Kejayaan seseorang lelaki itu berdiri di

belakangnya seorang wanita”.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Page 30: Contoh Karangan 2014

Dalam dunia serba moden ini segala fungsi manusia mula mengalami proses

mobiliti. Mobilasasi tersebut seperti wanita turut bersama-sama suami keluar mencari

rezeki. Hal tersebut adalah kerana wanita hari ini memiliki ilmu pengetahuan dan lebih

berdaya saing dengan kehendak semasa. Ramai wanita yang berjaya menjadi

profesional seperti guru, doktor, jurutera, akauntan, dan peniaga. Situasi ini

membangkitkan cabaran yang lebih besar terhadap para ibu untuk menyeimbangkan

tanggungjawab mereka antara keluarga dan kerjaya. Namun demikian, atas kecekalan

hati mereka, ramai wanita yang berjaya dalam kedua-dua fungsi iaitu menjadi ibu yang

baik dan menjadi pekerja yang profesional. Ramai wanita profesional yang telah bergelar

ibu dapat menguruskan rumah tangga dengan baik dan melahirkan anak-anak yang

pintar untuk meneruskan tradisi kecemerlangan keluarga.

Atas prihatin kerajaan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan

Masyarakat telah diwujudkan. Fungsi kementerian yang diterajui oleh Dato Seri Shahrizat

Abdul Jalil itu adalah sebagai induk yang menjaga hal ehwal kebajikan wanita dan

keluarga. Selain itu, kementerian tersebut menjadi ikon kepada kejayaan kaum wanita

apabila semua kegiatan wanita telah diselaraskan agar peranannya lebih menyeluruh.

Langkah mewujudkan kementerian tersebut juga sebagai pengiktirafan besar kerajaan

terhadap komitmern tinggi gender tersebut dalam masyarakat.

Rakan-rakan sekalian,

Kita yakin, selagi wujud bulan dan matahari, tradisi dan kehendak asasi manusia

tidak akan berubah. Keinginan kepada jantina yang berbeza dan keinginan untuk

membentuk sebuah keluarga yang bahagia akan terus menjadi fokus masyarkat.

Walaupun dunia berubah dalam pelbagai bentuk atas permintaan dan aspirasi manusia,

fungsi lelaki dan wannita sebagai suami dan isteri tetap tidak berubah. Oleh hal yang

demikian, sanjungilah peranan ibu anda kerana komitmennya terhadap masa depan

anda. Hormatilah wanita sebagai penggerak tamadun bangsa. Selamat Hari Ibu

Sekian terima kasih.

Page 31: Contoh Karangan 2014

4. Dalam usaha memburu kemewahan hidup, segelintir remaja didapati

terjebak dalam kegiatan keldai dadah di peringkat antarabangsa.

Pada pendapat anda, mengapakah fenomena tersebut berlaku?

‘Keldai dadah’, suatu frasa yang menggambarkan tahap kebodohan berdarjah

tinggi manakala dadah ialah najis yang amat kotor dan membinasakan. Alangkah

hinanya barang siapa yang terlibat dengan pekerjaan tersebut kerana kebodohan diri

yang boleh memerangkap sehingga membawa kepada kemusnahan. Walau

bagaimanapun, fenomena tersebut bukan lagi asing di negara seperti Malaysia. Hingga

kini sudah ratusan anak muda yang telah memasuki perangkap sebagai keldai dadah

yang telah diformasikan oleh rangkaian penyeludup dadah antarabangsa yang

berpangkalan di Asia, Afrika dan Eropah Timur. Bukan sedikit pula dalam kalangan

mereka yang sedang meringkuk di dalam penjara di beberapa buah negara seperti di

China, Amerika Latin dan di beberapa buah negara Eropah. Inilah suatu musibah

daripada tempelak peribahasa, niat di hati nak peluk gunung, malang terpeluk biawak

celaka. Sesungguhnya, banyak sekali umpan sama ada dalam bentuk material mahupun

keinginan nafsu yang memerangkap anak-anak muda untuk dijadikan keldai dadah.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Sifat darah muda yang mudah terpengaruh untuk mencuba sesuatu yang

baru – tawaran pendapatan yang lumayan dan dapat melancong ke luar negara

Isi 2 : Kejahilan untuk menilai benar atau salah sesuatu tawaran – mudah

termakan janji manis

Isi 3 : Keterujaan/obses remaja malah ibu bapa supaya anak-anak dapat

bekerja di luar negara – menerima tawaran daripada sindiket tanpa banyak soal –

masuk perangkap sindiket untuk dijadikan keldai dadah

Isi 4: Dasar pelancongan negara yang sangat berhemah kepada pelancong

asing – ejen-ejen pengedar dadah mudah bolos – mudah berkomunikasi dan merekrut

anak-anak muda tempatan untuk menjadi perantara mengedar dadah dalam rangkaian

antarabangsa

Page 32: Contoh Karangan 2014

Isi 5 : Kedudukan Malaysia sendiri yang menjadi pintu masuk bekalan dadah

antarabangsa – peluang untuk memperoleh bekalan dadah – urusan pengedaran dapat

dilakukan dengan cepat

Isi 6 : Kebanyakan anak muda negara yang jahil tentang undang pengawalan

dan pencegahan dadah di luar negara – kawalan ketat di pintu masuk di lapangan

terbang – mudah mengambil risiko untuk membawa dadah apabila mendapat tawaran

yang lumayan

5. Membaca karya-karya sastera boleh membentuk jati diri seseorang.

Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembacaan karya-karya

tersebut.

Karya kreatif merupakan cetusan idea yang bersandarkan minda yang kreatif dan

tajam serta diasosiakan dengan emosi yang sentimental. Wadah yang ingin disampaikan

adalah berdasarkan kepekaan terhadap segala isu dan konflik dalam kehidupan.

Gabungan antara minda dan emosi itu diketengahkan kepada masyarakat pembaca

melalui medium bahasa yang indah, berseni dan tinggi kreativitinya. Oleh hal yang

demikian, karya-karya kreatif berupaya menggerakkan daya berfikir pembaca melalui

pemikiran yang kritis dan analitikal. Berbeza daripada sumber-sumber maklumat

deskriptif, genre sastera memuatkan pelbagai sumber seperti persoalan, gaya bahasa,

teknik penyampaian, dan nilai-nilai estetika yang tinggi. Oleh itu, tidak syak lagi kita

bakal memperoleh pelbagai faedah apabila mengkaji pelbagai genre sastera.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Dapat menyelami daya berfikir orang-orang yang bijaksana - menggali

segala khazanah ilmu melalui perkongsian pemikiran kreatif - mengenali gaya berfikir

dan cetusan ilmu yang diketengahkan melalui isu, persoalan, dan tema yang digarapkan

- mewujudkan interaksi tidak langsung dengan para ilmuwan, seniman, dan budayawan

Isi 2 : Memperoleh idea-idea dan pemikiran besar melalui tema dan persoalan

yang telah digarapkan - menggerakkan minda untuk berfikir berdasarkan gagasan

idea penulis - berfikir secara realistik dan pragmatik melalui buah fikiran dan persoalan

yang dikemukakan - menjana minda agar mampu menjadi insan bijaksana melalui

perkongsian dan percambahan idea yang kreatif dan inovatif

Page 33: Contoh Karangan 2014

Isi 3 : Menggali khazanah budaya dan cara berfikir masyarakat - penerapan

melalui latar tempat dan latar masyarakat - secara tidak langsung dapat meninjau

tentang sesuatu lokasi walaupun tidak pernah menjejakkan kaki - mendalami corak

hidup, corak pemikiran, dan pelbagai aktiviti sosioekonomi

Isi 4 : Memperkaya perbendaharaan ilmu dan kosa kata - teks kreatif memang

kaya dengan varisai bahasa - mempelajari pelbagai bentuk bahasa - menikmati

pengucapan seni yang indah seperti dalam pengucapan falsafah, bahasa tinggi, puisi,

bidalan, dan peribahasa

Isi 5 : Menganjak paradigma minda, sikap, dan gaya bertindak - penerapan unsur

nilai yang amat kaya dalam setiap karya kreatif - menajamkan minda melalui

penghayatan dan berfikir secara hikmah daripada pelbagai konflik dan episod yang

dipaparkan - mendidik diri untuk lebih positif berpandukan amanat yang disampaikan

sama ada secara langsung atau tidak langsung

Kesimpulan : Sesungguhnya, ilmu itu luas bak lautan yang tidak bertepian seperti

yang diungkapkan dalam serangkap syair,

Ilmu alat yang sangat berguna

Idaman orang yang bijaksana

Hamparnya luas amat saujana

Tepinya ajal sempadannya fana

Apabila mengkaji sesebuah karya kreatif sudah pasti pelbagai limpahan ilmu yang bakal

diperoleh. Yakinlah bahawa, dengan mengkaji genre sastera adalah amat

menguntungkan selain sangat menghiburkan.

DIMENSI DIRI

Belakangan ini jasa tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti Tunku Abdul

Rahman, Tun H.S. Lee, dan Tun Sambanthan semakin dilupakan.

Bincangkan cara-cara anda menghargai jasa tokoh-tokoh kemerdekaan.

Pendahuluan : Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang

dan manusia mati meninggalkan nama ialah peribahasa yang merujuk kepada

Page 34: Contoh Karangan 2014

sumbangan seseorang itu akan terus diingati walaupun dia sudah tiada lagi. Sumbangan

dan jasa bakti akan tetap menjadi kenangan terutama sekali jasa yang ditaburkan

kepada negara. Tokoh-tokoh seperti negarawan yang telah banyak menaburkan jasa

kepada masyarakat dan negara adalah wajar sekali nama mereka disanjung dan terus

kekal terpahat dalam tinta sejarah. Justeru, jasa tokoh-tokoh terkemuka seperti Tunku

Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Za’aba, Tun H S Lee, Tun Sambantah dan ramai lagi

wajar diberi pengnormatan atas jasa yang telah mereka sumbangkan. Oleh itu, sebagai

generasi muda yang dapat menghirup udara keamanan dan kesjeahteraan, saya akan

terus mengingati jasa mereka dengan pelbagai cara yang boleh dilakukan.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Saya hendaklah menanamkan perasaan bangga lagi bermaruah menjadi

rakyat Malaysia – dapat menyuntik perasaan sayang dan menghargai perjuangan

tokoh-tokoh terdahulu

Isi 2 : Saya hendaklah menjadi anak muda yang bersifat patriotik yang sentiasa

memahami dan menghayati sejarah negara – sentiasa menyimpan perasaan

bangga dan berterima kasih kepada tokoh-tokoh yang telah bersusah payah

memerdekakan dan memajukan negara

Isi 3 : Menjadikan tokoh-tokoh sebagai idola sanjungan saya – berasa bangga,

teruja dan terhutang budi atas kebijaksanaan, hemah peribadi dan keberanian mereka

memperjuangkan keamanan negara – menyimpan cita-cita untuk menuruti tauladan

mereka

Isi 4 : Mengambil bahagian yang aktif dalam koakademik yang berkaitan

dengan sejarah, tamadun dan budaya – menyertai pertandingan seperti kuiz,

melukis poster, mengarang dan mengadakan sambutan ulang tahun mengingati jasa

mereka yang telah pergi

Isi 5 : Mencadangkan kepada semua pihak agar mengabadikan nama tokoh-

tokoh negara pada setiap tempat penting – sebagai suatu langkah untuk

menghidupkan perjuangan mereka – mendidik masyarakat muda mengenali secara lebih

dekat diri dan sumbangan mereka

Kesimpulan : Kata-kata hikmat yang menyebutkan, tiada yang dahulu tiada yang

sekarang dan tiada yang lama maka tiadalah yang baharu menunjukkan bahawa hubung

kait antara yang lama dan yang baru sentiasa saling memerlukan. Seandainya, generasi

terdahulu sebagai pelakar sejarah, nescaya generasi kini perlulah menauladani sejarah

dan bijak pula menghargainya. Apa-apa yang telah dilakarkan oleh mereka hendaklah

dijadikan wasilah untuk membentuk sebuah masyarakat madani. Mana-mana yang salah

jadikanlah panduan untuk membuka lembaran sejarah yang baru, kerana yang baik

jadikan tauladan, manakala yang buruk jadikan sempadan.

Penguasaan pelbagai bahasa penting dalam kehidupan seseorang.

Page 35: Contoh Karangan 2014

Bincangkan kepentingan menguasai pelbagai bahasa dalam kehidupan remaja

kini.

Pendahuluan : Mafhum daripada sepotong ayat al-Quran yang bermaksud,

“Sesungguhnya aku jadikan manusia dalam berbagai-bagai bangsa dan bahasa agar

mereka saling berkenal-kenalan dan bertolong bantu. Perbezaan bangsa dan bahasa

bukanlah alasan untuk memisahkan antara manusia. Sepatutnya manusia

memanfaatkan peluang untuk mendalami ilmu dengan menguasai pelbagai bahasa.

Pelbagai bahasa wujud di dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa

Arab, bahasa Ibrani, bahasa Mandarin, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa-bahasa

yang berasaskan etnik wujud di seantero pelosok alam. Dengan hal yang demikian,

amatlah wajar rakyat Malaysia menyambut baik gesaan kerajaan untuk mempelajari

pelbagai bahasa.

Isi 1: Bahasa merupakan unsur yang global dan universal

-          untuk melihat kebesaran Yang Maha Pencipta – (Maksud ayat al-Quran, “Aku jadikan

manusia daripada berbagai-bagai bangsa dan bersuku-suku dengan pelbagai bahasa

agar mereka dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain)

-          membentuk umat yang sentiasa bersyukur

-          pandai menghormati hak dan kedaulatan manusia sejagat

Isi 2: Sebagai medium mencari dan menggali khazanah ilmu yang dimiliki oleh

pelbagai bangsa

-          setiap bangsa memiliki keistimewaan tersendiri (bangsa Eropah dengan kemajuan

teknologi, bangsa Cina dengan tamadun perubatan herba/tradisional, bangsa Jepun

dengan kecanggihan ilmu dan teknologi dan bangsa Arab dengan pembinaan budaya,

kesenian, seni bina dan falsafah.

-          sebagai medium untuk memudahkan kita mencari ilmu tanpa memerlukan medium

perterjemahan yang panjang/lama

Isi 3 : Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga dunia

-          mengeratkan hubungan diplomatik antara negara

-          mengelak salah faham dan wujud hubungan saling menghormati

-          dapat bertukar-tukar ilmu, teknologi, kebudayaan dan falsafah

Isi 4 : Mudah untuk berhijrah dan berkomunikasi dengan seluruh bangsa di

dunia

-          dapat meneroka alam sejagat yang wujud di seluruh dunia

-          memperoleh ramai rakan dan kenalan di seluruh dunia

Page 36: Contoh Karangan 2014

-          medium terbaik dalam usaha menuntut ilmu dan mengenali budaya masyarakat global

Isi 5 : Strategi keselamatan

-          dapat mencungkil maklumat rahsia dan niat jahat orang lain terhadap diri kita

-          langkah awal untuk pertahanan diri daripada sebarang anasir yang tidak baik

-          memperkemas logistik pertahanan negara dalam bentuk peralatan dan perang saraf

Kesimpulan : Berpandukan kata-kata peribahasa, air banyak ikan tidak mati

membuktikan bahawa, apabila banyak khazanah yang kita peroleh banyak pula perkara

yang boleh kita lakukan. Demikianlah dengan pengayaan pelbagai bahasa sudah pasti

menolong kita untuk menggali segala khazanah ilmu. Dengan yang demikian, jadikanlah

usaha memperluas pengetahuan tentang pelbagai bahasa sebagai langkah untuk kita

bangun bersaing di peringkat global.

Sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah telah mengakibatkan

peningkatan kes kemalangan di jalan raya.

Tulis sebuah rencana tentang peranan remaja sebagai pengguna jalan raya

yang berhemah.

Pendahuluan : Pelbagai OPS untuk mengatasi kemalangan di jalan raya telah

dilancarkan oleh pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia. Malang sekali dalam

setiap operasi yang dilancarkan bukan sahaja sasaran untuk mengurangkan kemalangan

jalan raya tidak tercapai, malah mangsa yang paling ramai terlibat ialah golongan

remaja. Golongan remaja sebagai pihak yang terbanyak menggunakan jalan raya turut

dikenal pasti sebagai pihak yang kurang beretika semasa memandu mahupun

menunggang motosikal. Aksi-aksi seperti memandu laju, berlumba, merempit dan tidak

menghormati undang-undang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Hal demikian

telah membawa musibah apabila statistik kemalangan di Malaysia semakin meningkat

tahun demi tahun. Melihatkan keadaan yang semakin parah itu dan boleh menyebabkan

bunga bangsa taruhan negara menjadi korban di jalan raya, saya berpendapat banyak

prakarsa yang harus direalisasikan oleh remaja untuk menjadi pengguna jalan raya yang

berhemah.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Melengkapi diri dengan syarat pemanduan yang menepati piawai

undang-undang trafik – syarat seperti lesen memandu, cukai jalan dan insuran serta

pengetahuan tentang undang-undang jalan raya

Page 37: Contoh Karangan 2014

Isi 2 : Tahu perkara-perkara asas tentang ciri-ciri keselamtan pada kenderaan –

kebanyakan remaja hanya tahu memandu/menunggang kenderaan sahaja – perlu

tingkatkan kepekaan terhadap ciri-ciri mekanikal kenderaan

Isi 3 : Mampu menguasai emosi dan mengawal nafsu sewaktu di jalan raya –

tidak bersikap terburu-buru dan melayani kehendak darah muda remaja – tidak mudah

tersirna dengan cabaran berlumba atau dicabar

Isi 4 : Mengasuh peribadi luhur untuk menghormati pemandu lain – tidak angkuh

dan menganggap jalan raya sebagai kemudahan bersama – boleh bertolak ansur dalam

situasi sukar seperti kesesakan jalan raya, waktu puncak atau kerosakan kenderaan

pemandu lain

Isi 5 : Mengelak diri daripada aktiviti memandu/menunggang secara

berkumpulan dan berkomboi dengan rakan sebaya – sebagai sebab utama berlaku

perlumbaan haram dan merempit – mengelak diri dipengaruhi kegiatan tidak sopan

semasa di jalan raya.

Kesimpulan : Walaupun pelbagai nasihat dan slogan tentang keselamatan jalan raya

terpapar di merata-rata tempat strategik, namun hakikatnya belum mampu untuk

mendidik masyarakat agar lebih berhemah di jalan raya. Fenomena inilah yang

mendedahkan rakyat negara ini menjadi mangsa di jalan raya. Walaupun kecil dalam

peta dunia, namun Malaysia cukup besar dalam statistik kemalangan di jalan raya. Oleh

itu, remaja sebagai golongan sasar terpenting hendaklah lebih prihatin semasa di jalan

raya kerana geruh tidak berbunyi malang tidak berbau.

Remaja sering menjadikan individu tertentu sebagai idola dalam kehidupan

mereka.

Bincangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri anda supaya boleh menjadi idola

kepada orang lain.

Pendahuluan : Apabila ditanyakan kepada mana-mana remaja tentang idola mereka,

nescaya pelbagai watak individu akan dipilih sebagai ikon mereka. Antara yang paling

popular tentulah pemimpin negara, golongan artis, ahli sukan atau tokoh-tokoh agama.

Walau sesiapa jua yang menjadi pilihan, seyogia keterampilan, kebijaksanaan dan

hemah adalah menjadi kayu ukur untuk menentukan individu berkenaan menjadi idola.

Hakikat peribahasa, kerbau dipegang talinya, manusia dipegang pada identitinya

menunjukkan bahawa ciri yang terbaik haruslah dimiliki oleh setiap individu jikalau mahu

menjadi tokoh ikutan dan pimpinan yang boleh diteladani. Oleh itu, sebagai pemimpin

masa depan, saya amat teruja untuk memperkasakan diri dengan pakej peribadi yang

sempurna agar mampu menjadi ikon yang boleh memberi impak terbaik kepada orang

lain.

Page 38: Contoh Karangan 2014

Isi-isi penting :

Isi 1 : saya perlu menjadi pelajar yang proaktif dalam mengamalkan akhlak

yang terpuji – mempamerkan sikap dan tingkah laku yang baik – disenangi rakan dan

para guru

Isi 2 : menjadi pelajar yang mudah didekati – senang berkawan, cepat mesra,

peramah dan menghormati rakan – menjadi pelajar yang luhur budi bahasa serta patuh

kerpada perintah Tuhan

Isi 3 : mengamalkan prinsip dan identiti diri/jati diri – tidak mudah terikut-ikut

dengan perangai buruk rakan – tegas dan berani kerana benar

Isi 4 : belajar secara istiqamah – menjadi pelajar yang cemerlang akademik – ikhlas

membantu rakan untuk berjaya dalam akademik

Isi 5 : penglibatan dalam aktiviti kokurikulum – proses bergaul dengan rakan-rakan

secara sihat – menyumbang kejayaan kepada sekolah – mengangkat imej sekolah agar

tersohor di persada negara

Kesimpulan : Pilih suatu petikan yang sesuai – gabung kepada tema –nyatakan

cadangan – lahirkan impian/harapan

Page 39: Contoh Karangan 2014

DIMENSI KELUARGA

Kenaikan kos sara hidup membebankan golongan masyarakat yang

berpendapatan rendah.

Huraikan peranan keluarga untuk memupuk amalan berjimat cermat dalam

menangani permasalahan tersebut.

Anda merupakan pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan

Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) diminta menyampaikan sebuah

ceramah kepada belia-belia di tempat anda. Tajuk ceramah tersebut ialah

“Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat”.

Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

Pendahuluan : Dalam sejarah tamadun dunia, kita telah belajar tentang pelbagai

peristiwa pahit dan manis rakyat menjalani kehidupan. Pernah diberitakan, rakyat pernah

mengecapi kenikmatan hidup semasa pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz yang

sangat adil lagi telus dalam urusan pentadbiran negara. Kecemerlangan yang dicapai

sehinggakan Baitul Mal negara sentiasa penuh kerana tiada rakyat yang layak menerima

zakat. Kegemilangan yang sama turut dikecapi oleh rakyat Mesir semasa Nabi Yusuf

menjadi Menteri Ekonomi. Dua contoh yang tersebut adalah sebahagian daripada

beberapa kejayaan pemerintah yang lain sejak zaman prasejarah hinggalah era milenium

ini. Sesungguhnya, dalam apa-apa kapasiti pun, kejayaan sesebuah negara adalah

bermula daripada kebijaksanaan pemimpin merancang pelan strategik negara melalui

agenda berjimat cermat.

Isi-isi penting :

Page 40: Contoh Karangan 2014

Isi 1 : Meuar-uarkan kempen penjimatan secara berterusan dan tersusun –

usaha untuk menyedarkan rakyat suoaya tidak membazir – kempen penjimatan tenaga

elektrik, air dan bahan makanan – amalan berbelanja secara berhemah

Isi 2 : Melipatgandakan kempen supaya rakyat membeli barangan buatan

Malaysia – langkah penjimatan tepat, harga murah b arang bermutu) – langkah

serampang dua mata, selain berjimat dapat sokong IKS

Isi 3 : Galakan usaha menabung – mengelak daripada berbelanja yang tidak perlu –

inisiatif kerajaan melancarkan pelbagai dana dan saham amanah (ASNB, AS1M,

tabungan koperasi, pembelian insurans)

Isi 4 : Kempen penjimatan bahan-bahan makanan dan utiliti – untuk

mengurangkan kos perbelanjaan harian dan mengamalkan gaya hidup sihat (kempen

kurangkan gula, kurangkan penggunaan minyak masak dan penjimatan petrol)

Isi 5 : Melancarkan skim khidmat sokongan – membantu golongan yang

berpendalatan rendah – KR1M, BR1M, dan Restoran 1 Malaysia – langkah membantu

rakyat agar tidak tertekan dan terpaksa berhutang

Kesimpulan : Hukum ingat sementara belum kena dan jimat sementara belum habis

hendaklah dijadikan amalan dan ‘Hadith’ Melayu agar dapat mendidik manusia supaya

beringat dan berwaspada dalam apa-apa situasi sekalipun. Sudah lumrah, malang tidak

berbau dan geruh tidak berbunyi yang sepatutnya kita hayati supaya sentiasa membuat

persediaan agar tidak dilanda malapetaka. Janganlah sudah terkena baharu hendak

beringat-ingat, bak sudah terhantuk baharu hendak menengadah.

Page 41: Contoh Karangan 2014

Pusat penjagaan orang tua semakin bertambah bagai cendawan tumbuh

selepas hujan.

Jelaskan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak agar menghargai warga

emas.

Pendahuluan : “Warga Emas Teras Masyarakat”. Itulah suatu slogan yang

memberikan pengiktirafan atas keberadaan warga emas di tengah-tengan masyarakat.

Walaupun sebahagian mereka boleh dianggap sebagai Quran buruk, namun kewujudan

mereka banyak memberikan impak positif untuk melahirkan masyarakat yang

penyayang, prihatin dan tahu membalas budi. Malahan berdasarkan sepotong pepatah

Cina yang bermaksud, “Apabila di dalam rumah kamu tersimpan seorang tua, tahulah

bahawa di dalam rumah itu sudah menyimpan suatu barang yang berharga”. Oleh hal

yang demikian, keberadaan warga emas perlu dianggap sebagai suatu rahmat dan

hendaklah diberikan penghormatan pada kedudukan tertinggi. Dalam hal ini, ibu bapalah

yang bertanggungjawab untuk mendidik generasi muda agar tahu menghormati warga

emas.

Isi 1 : Ibu bapa perlu banyak bercerita tentang kehebatan dan sumbangan

datuk dan nenek kepada anak-anak – anak akan faham bahawa keidupan

Page 42: Contoh Karangan 2014

berkeluarga yang mereka sedang alami adalah hasil daripada pengorbanan induk yang

lebih tua

Isi 2 : Kerap membawa anak-anak berziarah orang tua di kampung – penting

kepada masyarakat bandar yang semakin terpisah jauh daripada warga emas – anak-

anak dapat kenal dan bermanja dengan induk mereka

Isi 3 : Mendidik anak-anak bersikap merendah diri kepada orang-orang tua –

memberi ucapan hormat dan sedia mendengar cakap golongan tua – elakkan bercerita

tentang sejarah silam orang tua terutama tentang perkara negatif

Isi 4 : Lebih kerap membawa anak-anak ke majlis-majlis kenduri-kendara dan

menziarah kematian – anak-anak akan lebih dekat dengan khalayak tua – boleh

berinteraksi dan kenal cita rasa warga emas

Isi 5 : Membawa ibu bapa bertandang atau tinggal bersama – anak berasa lebih

mesra dengan datuk dan nenek mereka – cepat tumbuh perasaan kasih sayang.

Kesimpulan : Warga emas ialah insan yang amat banyak meninggalkan jasa kepada

generasi masa kini. Segala jerih payah mereka perlu dihargai dan diberi balasan yang

setimpal dengan sumbangan mereka. Biarlah pengorbanan tersebut terus lestari dengan

sikap tahu membalas budi daripada anak-anak dan cucu-cucu. Inilah hakikat hidup dalam

rangkaian generasi dan salasilah keturunan yang tidak putus buat selama-lamanya.

Hampir setiap ahli keluarga mempunyai akaun laman sesawang seperti

Facebook, Twitter, dan Instagram.

Tulis sebuah rencana tentang kesan penggunaan media sosial terhadap

hubungan kekeluargaan.

Kes-kes yang berkaitan keselamatan kanak-kanak semakin meningkat dari hari

ke hari.

Bincangkan peranan ibu bapa dalam menjamin keselamatan anak-anak.

Kemahiran berkomunikasi, kemahiran penyelesaian masalah, dan kemahiran

kepimpinan penting dalam alam pekerjaan.

Page 43: Contoh Karangan 2014

Huraikan cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membantu anak-

anak menguasai kepelbagaian kemahiran.

DIMENSI MASYARAKAT/NEGARA

Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang dianjurkan oleh Kelab

Keusahawanan sekolah bertajuk ‘Pertanian ialah Perniagaan’.

Tulis teks syarahan anda itu selengkapnya.

Kerajaan perlu memperkasakan sektor pertanian.

Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila sektor pertanian

diperkasakan.

Page 44: Contoh Karangan 2014

Bak kata orang tua-tua, “Berbakti kepada bumi, bumi tidak pernah menipu”.

Maksud di sebalik ungkapan tersebut menjelaskan bahawa kerja-kerja bercucuk tanam

sudah pasti membawa hasil yang tidak mengecewakan. Kaitan peribahasa tersebut

boleh dirujuk dengan aktiviti pertanian di negara ini yang memerlukan pemerkasaan

semula setelah kerancakannya semakin malap akibat hambatan sektor-sektor lain

terutama dalam sektor industri pembuatan. Sebagai sebuah negara yang dianugerahi

Allah dengan kesuburan tanah-tanihnya, pihak kerajaan hendaklah meletakkan sasaran

sektor pertanian dalam NKRA negara. Sebenarnya terdapat banyak habuan positif

kepada semua pihak sekiranya sektor pertanian ini diperkasakan semula.

Faedah yang pertama tentulah kepada pihak kerajaan sendiri apabila dapat

mewujudkan suatu lagi saluran strategik untuk ekonomi negara. Pihak kerajaan dapat

mengurangkan kadar pengaliran wang keluar kerana mengimport barangan makanan

khususnya barangan pertanian. Statistik yang dikeluarkan dalam tahun 2013, sejumlah

30 bilion telah dibelanjakan untuk mengimport pelbagai jenis barangan makanan. Hal

demikian amatlah ironi kepada sebuah negara seperti Malaysia. Sementara itu, sebagai

suatu daripada maslahat tanggungjawab kepada rakyat, kerajaan dapat mengurangkan

kadar pengangguran dalam kalangan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Pada

hari ini, sektor pertanian terpaksa menerima penangan kuat daripada sektor-sektor lain

sehingga keadaannya diibaratkan hidup segan mati tak mahu.

Kumpulan yang kedua bakal memperoleh faedah tentulah sektor swasta yang

mempunyai hubung kait perniagaan dalam bidang pertanian. Para peniaga yang terlibat

secara langsung mengeluarkan input-input pertanian seperti pembekal jentera,

pengeluar baja, racun dan biji benih akan dapat mengembangkan sayap perniagaan

mereka dengan lebih meluas lagi. Jikalau selama ini syarikat-syarikat agro seperti BASF

dan ICI, sukar untuk mengembangkan produk mereka, namun apabila aktiviti pertanian

kembali diperkasakan sudah tentu bidang pemasaran mereka akan berkembang. Dengan

perkataan yang lain, semua syarikat yang ada hubung kait dengan produk pertanian

bakal meraih untung daripada polisi kerajaan yang bersifat menang-menang dan mesra

perniagaan seperti itu. Demikianlah hakikat yang saling menyokong bagai aur dengan

tebing.

Masyarakat tani ialah golongan sasar yang mendapat durian runtuh terbesar

sekiranya dasar kerajaan yang lebih mesra pertanian benar-benar berlaku. Selama ini

golongan tani yang dilihat sebagai komuniti kelas ketiga dalam strata masyarakat di

Malaysia, sebaliknya apabila sektor pertanian kembali bernafas golongan inilah yang

bakal menjadi entreprenuer dan pedagang yang mempunyai kuasa ekonomi terkuat.

Page 45: Contoh Karangan 2014

Kesuraman dalam sektor ini telah memberikan kesan yang amat negatif terhadap guna

tanah selain turut terjadi penyelewengan ke atas tanah pertanian di seluruh negara.

Belakangan ini, pengubahan status tanah pertanian kepada tanah industri dan tanah

pegangan bebas semakin menjadi-jadi. Alasan utama yang diberi kerana wujud tanah

terbiar dan tanah rang yang tidak diusahakan. Seharusnya, perkembangan negatif itu

hendaklah dilihat sebagai suatu strategi untuk melenyapkan kuasa pemilikan tanah

khususnya dalam kalangan rakyat tempatan, ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

Kalangan peniaga dan pedagang juga turut memperoleh faedah daripada

prakarsa yang positif ini. Bidang perniagaan seperti eksport import akan memasuki fasa

baru apabila Malaysia mula menjadi hub utama pengeluaran hasil-hasil pertanian. Bagi

merancakkan lagi eksport, Malaysia tidak boleh selama-lamanya bergantung kepada

eksport komoditi pertanian seperti minyak sawit dan getah sahaja. Pada masa ini kedua-

dua bidang komoditi ini mula mendapat saingan hebat daripada negara-negara jiran

seperti Indonesia dan Thailand. Oleh itu, pemerkasaan sektor pertanian akan memberi

ruang kepada bidang pertanian yang lain seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan

bunga-bungaan. Langkah seperti yang diambil oleh kerajaan Perlis dalam menjenamakan

pengeluaran mempelam Harumanis sepatutnya menjadi pembuka jalan kepada negeri-

negeri lain. Oleh itu, motto Kementerian Pertanian dan Industri asas Tani dalam

menjenamakan semula pertanian dengan logo, “Pertanian ialah Perniagaan” boleh

memberikan nafas baru kepada semua pihak yang berkepentingan dalam sektor yang

sangat dominan ini.

Kesimpulannya, anugerah Tuhan yang amat berharga ini wajar dimanfaatkan agar

faedahnya dapat dirasai oleh semua pihak. Walaupun sektor petroleum dan pembuatan

menjadi sumber kebergantungan ekonomi negara, justeru tidak salah sekiranya bidang

pertanian turut menjadi pelengkap kepada seluruh kegiatan ekonomi di negara ini.

Inisiatif yang paling penting, kita hendaklah melipatgandakan usaha dan

menggemblengkan kepakaran kerana jika tidak dipecahkan ruyung, di manakan dapat

sagunya?

Page 46: Contoh Karangan 2014

Semua warga sekolah terutama murid-murid bertanggungjawab untuk

mengekalkan tahap disiplin dalam kalangan murid di sekolah.

Bincangkan.

Pendahuluan : ‘Disiplin’ suatu kata yang sudah cukup klise tetapi sangat berhantu

dalam kalangan pelajar. Bagi pelajar di sekolah, dalam mana-mana peringkat sekalipun

sentiasa rimas apabila dikaitkan dengan perihal disiplin. Malahan, dalam beberapa

keadaan, guru-guru yang menjadi penguasa disiplin sangat ‘popular’ dengan kebencian

oleh para pelajar. Kisah-kisah panas guru disiplin dipukul, kereta guru dicalari atau

disimbah cat telah menjadi sebahgian daripada risiko yang terpaksa dihadapi. Walau

bagaimanapun, dalam benci tapi ‘rindu’ tanpa peraturan dan disiplin mungkin sistem

pendidkan di Malaysia tidak sampai ke tahap yang ada seperti sekarang. Oleh itu,

pelestarian sistem disiplin hendaklah diteruskan dan sentiasa diperkasakan supaya

proses kemenjadian pelajar akan berhasil.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Agar dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang selesa, selamat,

tenteram serta dapat melahirkan modal insan yang berkualiti – tanpa suasana

pembelajaran yang kondusif matlamat mendidik akan terbantut – melahirkan generasi

pelajar yang membawa pelbagai anasir kepada mengara

Isi 2 : Dapat menjalinkan hubungan yang akrab dan mesra antara murid dan

guru serta sebaliknya – mewujudkan suasana taman ilmu yang tenteram dan

berhikmah – wujud jalinan kasih sayang dalam kalangan warga sekolah

Isi 3 : Berupaya melahirkan insan soleh yang berilmu, berakhlak, dan

kompeten – sebagai jaminan terhadap masa dengan lahirnya modal insan yang hebat

dan cemerlang

Langkah-langkah :

Isi 4 : Semua sistem, rutin dan program sekolah hendaklah dipatuhi oleh

pelajar – cuba menghayati nilai disiplin sebagai penggerak dan penjana kejayaan

Page 47: Contoh Karangan 2014

Isi 5 : Semua pelajar hendaklah menanamkan perasaan bangga terhadap alma

mater – menanamkan azam untuk berjasa kepada sekolah dan menjulang nama sekolah

ke persada pendidikan negara

Kesimpulan : Tepat sekali apabila dikatakan disiplin adalah berperanan sebagai

janakuasa yang menggerakkan ketahanan diri pelajar daripada terjerumus ke kancah

bahaya. Walaupun, disiplin bukan elemen yang popular dalam kalangan umum pelajar,

namun kehadirannya hendaklah diterima, ibarat ubat sekalipun pahit namun sangat

mujarab.

Masyarakat kini kurang kesedaran tentang peranan mereka sebagai pengguna

yang bijak.

Huraikan ciri-ciri pengguna bijak.

Penghidap penyakit kronik seperti kanser, dan AIDS semakin meningkat.

Langkah-langkah perlu diambil untuk menyedarkan masyarakat tentang

bahayanya penyakit kronik.

Bincangkan.

Malaysia mempunyai tempat-tempat menarik seperti pantai-pantai, tempat-

tempat bersejarah, dan kawasan tanah tinggi.

Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh

masyarakat setempat untuk memajukan tempat-tempat tersebut.

Page 48: Contoh Karangan 2014

Industri pelancongan antara penyumbang terbesar ekonomi negara. Anda ingin menulis

rencana berkaitan dengan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri

pelancongan.

Tulis rencana tersebut selengkapnya.

Tajuk : Pelancongan di Malaysia, Potensi dan Tanggungjawab Semua Pihak

Oleh : Dayan Asytar Bin Dayan Asyhar

Sudah acap kali penganjuran tarikan pelancong ke luar negara oleh pelbagai agensi

sentiasa mendapat sambutan yang memberangsangkan. Penganjuran tersebut turut disokong oleh

pihak kerajaan dengan menganjurkan Kempen Tahun Melawat Malaysia. Kini Malaysia mula

dikenali di saentero dunia sebagai destinasi pelancongan yang menarik, murah, dan eksotik.

Malaysia telah menduduki tempat kesembilan dari sepuluh negara yang paling popular dikunjungi

pelancong. Kerajaan Malaysia telah menyasarkan, pada tahun 2012, jumlah kemasukan pelancong

kepada 24.5 juta orang dengan anggaran tukaran asing sebanyak RM58 bilion. Sejajar dengan

hasrat negara untuk menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama ekonomi negara,

maka semua pihak di Malaysia patut memainkan peranan aktif masing-masing.

Memandangkan industri pelancongan merupakan satu daripada matlamat dalam NKRA

negara, justeru gemblengannya hendaklah diterajukan oleh pihak kerajaan melalui agensi-

agensinya. Agensi-agensi yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti Kementerian

Pelancongan, Jabatan-jabatan Pelancongan negeri, Kementerian Luar Negeri, dan Kementerian

Kebudayaan dan Komunikasi hendaklah memainkan peranan yang aktif. Pihak yang terbabit perlu

Page 49: Contoh Karangan 2014

mengambil tanggungjawab untuk merancangkan pelbagai program promosi dan ‘menjualkan’

nama Malaysia di persada dunia. Kementerian Pelancongan hendaklah mempunyai KPI yang jelas

untuk menentukan sasaran kemasukan pelancong. Oleh itu, usaha yang terbaik, kementerian

perlualah merancangkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelancong ke Malaysia. Sepatutnya

pihak berkenaan perlu mengambil kesempatan daripada kedudukan strategik Malaysia untuk

laluan ke Singapura, Indonesia, dan Thailand.

Inisiatif seterusnya hendaklah turut digerakkan oleh sektor swasta juga. Memandangkan

kegiatan pelancongan merupakan salah satu daripada cabang ‘membuat duit’, justeru pihak

swasta tidak boleh terlepas pandang dalam menyokong matlamat negara untuk menjadi destinasi

pelancongan yang paling dikunjungi. Langkah paling strategik pihak swasta hendaklah menyokong

dan mengambil bahagian dalam program galakan pelancongan di luar negara. Pihak swasta

terutama konglomerat utama seperti YTL,Kumpulan Genting, FELDA, Perbadanan Kemajuan Negeri

hendaklah lebih gigih membangunkan prasarana pelancongan seperti kemudahan penginapan dan

pengangkutan. Walaupun rangkaian hotel mewah dan hotel bajet tumbuh bagaikan cendawan

selepas hujan ternyata jumlahnya adalah terlalu kecil. Hal demikian sering terjadi di pusat-pusat

pelancongan ternama seperti Pulau Langkawi yang sering menghadapi masalah tempat

penginapan apabila terdapat penganjuran bertaraf antarabangsa seperti pameran LIMA. Selain

penginapan, kemudahan pengangkutan yang lebih cekap dan mesra pelancong perlu disediakan .

Pendek kata, kemudahan infrastruktur dan prasarana hendaklah disediakan bermula dari

pelancong menjejaki kaki hinggalah mereka pulang dengan senyuman puas.

Manakala Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar

negara hendaklah menjaga dan memperindah kawasan jagaan masing-masing. Semua pihak

sudah maklum, kunjungan pelancong asing ke sini adalah dengan matlamat untuk menghirup

udara dan persekitaran yang nyaman dan indah. Dengan hal demikian, pihak terbabit wajar

mengutamakan aspek kebersihan dan keindahan landskap alam. Semua potensi bumi seperti

sungai, laut dan gunung perlu dikekalkan lestarinya. Pihak berkenaan perlu mengambil inisiatif

mewartakan tempat-tempat tersebut seperti yang dilakukan oleh Thailand yang mewartakan

semua pulau sebagai taman luat. Pulau-pulau seperti Phuket, Koh Adang, Koh Lanta, Koh Samui

dan banyak lagi kini menjadi syurga pelancong dan lombong emas kepada negara Thai. Malaysia

juga bukan kurang dengan potensi tersebut kerana beberapa destinasi utama seperti Pulau

Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Redang, dan gunung Kinabalu semakin mendapat tempat di hati

pelancong. Tegasnya, sudah tiba masa kita belajar daripada kejayaan negara jiran tersebut dalam

usaha memanipulasikan sumber alam sebagai dana kekayaan negara.

Pada era milenium ini, minda masyarakat hendaklah lebih terbuka dan positif terhadap

industri pelancongan. Seandainya dalam tiga dekad yang silam orang selalu menuduh sektor

pelancongan sebagai industri yang mengumpankan gejala negatif tetapi kini tuduhan seumpama

itu adalah meleset sama sekali. Kita hendaklah lebih positif dengan menyokong semua usaha

pihak kerajaan untuk menjanakan ekonomi melalui sektor palancongan. Semua pihak hendaklah

berganding bahu untuk memaparkan identiti rakyat Malaysia yang tinggi tamadunnya, terbuka

Page 50: Contoh Karangan 2014

fikirannya dan berbudaya sopan seperti, peramah, dan berbudi bahasa. Sebagai sebuah negara

Islam, kita hendaklah lebih pragmatik kerana dalam Islam sendiri amat menggalakkan umatnya

bermujahadah dan melancong seperti dalam konteks ibadah Haji , Umrah dan Ziarah. Seperkara

lagi, apabila lebih ramai pelancong nescaya akan berlakulah rentas komunikasi global yang boleh

membentuk suatu dimensi baru rakyat Malaysia yang berfikiran positif dan bertaraf dunia.

Langkah yang tidak kurang penting juga ialah penglibatan aktif duta-duta di luar negara.

Semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara sama secara rasmi atau individu hendaklah

mengambil peluang menarik minat lebih ramai pelancong. Di peringkat kerajaan, duta-duta dan

kuasa usaha di luar negara hendaklah mengadakan program menjelajah ke merata pelosok untuk

turut sama dalam program tarikan pelancong. Selain itu, kumpulan terbesar iaitu pelajar Malaysia

di seberang laut hendaklah bijak berkomunikasi dengan strategi sambil menyelam minum air

untuk menyampaikan mesej yang jelas tentang Malaysia. Sebagai generasi muda yang mempunyai

ilmu pengetahuan, mereka sewajarnya boleh menjadi misi negara untuk menerangkan pelbagai

keistimewaan negara sama ada dalam aspek rumpun bangsa rakyatnya, pola budayanya, pelbagai

cita rasa makananya dan tentang indahnya permata yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai

‘Semenanjung Emas’ dalam kalangan padagang dari Eropah dan Arab. Pendek kata, jikalau semua

pihak dapat melaksanakan komitmen masing-masing, agenda pelancongan negara sudah pasti

berjaya.

Sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni, Malaysia amat strategik untuk dikunjungi

oleh pelancong-pelancong sama ada dari Timur atau Barat. Peluang harus dimanfaatkan dengan

sebaik-baiknya pada masa ini apabila Malaysia begitu popular kepada pelancong dari Timur

Tengah dan Asia Timur jauh. Peluang yang sedia terhidang hendaklah bijak direbut, bak kata

peribahasa rezeki jangan ditolak, aral jangan diraih.

Sikap prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur penting dalam kehidupan

bermasyarakat.

Huraikan langkah-langkah untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan

nilai-nilai murni.

Pendahuluan : Beberapa sumber daripada peribahasa Melayu boleh dipetik sebagai

menandakan masyarakat Melayu amat mementingkan nilai-nilai murni bekerjasama dan

bertolak ansur. Antara peribahasa yang boleh dipetik adalah seperti ke gunung sama

didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; bagai

aur dengan tebing hidup serumpun bak serai sejunjung bak sirih dan hidup ibarat suatu

Page 51: Contoh Karangan 2014

anggota, jangan memiat daging, sakit di orang sakitlah di awak. Demikianlah begitu

banyak sarana agar masyarakat perlu hidup secara bertoleransi dan bermasyarakat agar

terbentuk kekuatan ummah sama ada dalam aspek ekonomi, sosial dan budaya. Namun

demikian, impian untuk membentuk sebuah institusi masyarakat yang ampuh mungkin

muluk dalam kata-kata, tetapi bukan mudah untuk direalisasikan. Oleh hal yang

demikian, semua entiti dalam masyarakat perlulah beriltizam untuk membina sebuah

masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni sebagai anak kunci masyarakat

madani.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Zahirkan kesedaran dalam jiwa setiap anggota masyarakat akan nilai

bersyukur – bersyukur kerana ditakdirkan hidup dalam sebuah negara yang aman -

mensyukuri nikmat Allah dan menghargai sumber alam – berpada-pada dan reda (redha)

dengan nikmat yang ada

Isi 2 : Para pemimpin perlu menzahirkan daya kepemimpinan bertauladan,

hemah dan bijaksana – pemimpin sebagai cerminan kepada rakyat – tunjuk tauladan dan

pekerti yang mulia perlu diserlahkan untuk ikutan masyarakat

Isi 3 : Guru dan ibu bapa perlu menjadi ejen terpenting untuk membimbing

anak-anak mengamalkan pekerti mulia – anak-anak dan remaja akan tumbuh

membesar dalam persekitaran yang paling awal iaitu di rumah dan sekolah (hakikat

peribahasa, air perabung mengalir ke cucur atap dan guru kencing berdiri murid kencing

berlari)

Isi 4 : Mengutamakan teras pendidikan, agama dan moral merentas ilmu

pengetahuan – anak-anak dididik menerima ilmu secara berhikmah – mengamalkan

ilmu dengan jalan yang betul – ilmu untuk kesejahteraan insan dan mensyukuri nikmat

Tuhan

Isi 5 : Mendidik masyarakat yang berdisiplin, patuhi undang-undang dan

menyayangi alam sekitar – masyarakat yang bijak, dinamik dan faham akan nilai

murni dalam masyarakat – masyarakat yang menghargai alam sebagai komponen

penting – masyarakat yang bertanggungjawab

Kesimpulan : Peribahasa yang menyatakan, terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku

celaka padahnya hendaklah dijadikan panduan dan sempadan agar dalam semua

tingkah laku tidak menyalahi pertaturan dan tataetika. Justeru, perihal kehidupan dengan

amalan nilai murni hendaklah diperkasakan. Baik negara mahupun masyarakat pasti

Page 52: Contoh Karangan 2014

memperoleh impak yang cukup signifikan apabila masyarakat mula mengamalkan nilai-

nilai murni seperti prihatin, bekerjasama, dan bertolak ansur. Sesungguhnya,

inilah impian untuk membentuk negara maju dalam acuan kita menjelang Wawasan

2020.

Page 53: Contoh Karangan 2014

DIMENSI ANTARABANGSA

Keamanan hanya dapat dicapai melalui perundingan bukannya melalui

peperangan.

Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah

hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak

perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan

maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar

mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, demi keamanan

dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah

mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia

tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara –

menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala

dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia – amalan saling mengiktiraf sebagai

negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam

kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global – boleh

mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat

dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO

- mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan

persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas

pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran

antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian

dalam pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

Page 54: Contoh Karangan 2014

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-

negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang

bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan

diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri – memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat

dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai

agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti

kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat,

banyak tanda ada.

Masalah pendatang asing tanpa izin dapat ditangani secara berkesan melalui

kerjasama dengan negara-negara jiran.

Huraikan usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-

negara jiran untuk menangani masalah tersebut.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah

hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak

perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan

maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar

mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, demi keamanan

dan kemakmuran masyarakat sejagat, sama ada pemimpin mahupun rakyat hendaklah

mengambil inisiatif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh warga dunia

tanpa memilih perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama.

Isi-isi penting :

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara –

menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala

dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia – amalan saling mengiktiraf sebagai

Page 55: Contoh Karangan 2014

negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak perasaan curiga dan prejudis dalam

kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global – boleh

mewujudkan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat

dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO

- mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan

persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas

pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran

antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian

dalam pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-

negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang

bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan

diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri – memperoleh pengiktirafan oleh masyarakat

dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan maklumat siber

Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai

agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti

kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat,

banyak tanda ada.

Page 56: Contoh Karangan 2014

Kerjasama Malaysia dengan negara-negara-negara jiran amat

diperlukan untuk memerangi jenayah pemerdagangan manusia

yang kini telah menjadi isu global.

Bincangkan pernyataan tersebut.

Pendahuluan : Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena

tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan, dan bencana alam telah mula

mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam

kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah

sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah

antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laut dan tekong darat. Kesan daripada

jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan

sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang

berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut

mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi, dan sosial.

Sebagai salah sebuah negara transit dan juga penerima, Malaysia tidak wajar berpeluk

tubuh dan memandang sebelah mata terhadap krisis ini. Malaysia wajar menjalinkan

kerjasama strategik dengan negara-negara jiran agar jenayah yang tidak

berperikemanusiaan ini dibendung dengan sebaik mungkin.

Isi-isi penting :

Isi 1 : Memperkukuh sistem politik dan keamanan dalam negara masing-

masing – kestabilan dalam negeri boleh menjadi aset untuk menghalang kemasukan

warga asing dengan sewenang-wenangnya

Page 57: Contoh Karangan 2014

Isi 2 : Membanteras gejala rasuah yang masih berleluasa dalam kalangan

negara-negara dunia ketiga – berusaha mengurangkan indeks rasuah terutama

dalam kalangan penguatkuasa seperti polis, tentera, dan pengawal pintu masuk perairan

negara (peribahasa amalan buruk lontar batu sembunyi tangan)

Isi 3 : Mengadakan kerjasama rondaan dalam kalangan negara berjiran –

mencegah kemasukan warga asing sacara haram – kedudukan Malaysia dengan negara

jiran terutama Indonesia yang kondusif kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin

(hidup berjiran, ibarat aur dengan tebing)

Isi 5 : Komitmen diplomatik yang intim dalam kalangan pemimpin negara –

pertelagahan politik memberi laluan mudah untuk orang lain mengambil kesempatan

(peribahasa jong pecah yu yang kenyang)

Kesimpulan : Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis

kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Yang berbeza dari masa ke masa hanya modus

operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah

diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan

manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

Kerjasama yang erat antara negara jiran mendatangkan banyak faedah.

Jelaskan kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara

yang berjiran.

Pendahuluan: Ibarat hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing. Demikianlah

hidup kita yang saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Kita tidak boleh hidup

bersendirian bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Banyak

perkara yang kita perlu kepada sokongan orang lain. Tuhan juga telah berfirman dengan

maksudnya, “Aku jadikan manusia daripada bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar

mereka saling mengenali dan bertolong bantu.” Oleh hal yang demikian, sebagai

kerajaan yang bebas dan merdeka, semua negara patut mengambil inisiatif untuk

menjalinkan hubungan diplomatik dengan seluruh negara di dunia tanpa memilih

perbezaan pendapat, ideologi, bangsa, dan agama. Sesungguhnya, amat besar natijah di

sebalik usaha diplomatik seperti itu.

Isi 1: Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara –

menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala

Page 58: Contoh Karangan 2014

dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia - agar wujud amalan mengiktiraf

antara satu sama lain sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka - mengelak

perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia

Isi 2: Mewujudkan jalinan sosial, ilmu, dan budaya di peringkat global -

menjadikan hub pendidikan global - mengeksport dan mengimport sumber maklumat

dan ilmu pengetahuan melalui jaringan kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO

- mengenali cara hidup budaya dan adat resam pelbagai masyarakat dunia - menjalinkan

persefahaman melalui misi sukan, kerja amal, dan sumbangan kemanusiaan

Isi 3: Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global - memperluas

pasaran di peringkat global - memperkenalkan produk masing-masing di pasaran

antarabangsa – menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global –

mewujudkan jaringan yang harmoni dalam situasi menang-menang

Isi 4: Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa - mengambil bahagian

dalam pelbagai aktiviti antarabangsa – persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial, dan

keamanan - menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-

negara merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC), dan dunia (PBB)

Isi 5: Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang

bersatu padu - menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat, dan

diiktiraf - tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok

masyarakat dunia - memperluas sistem rangkaian maklumat global dalam jalinan

maklumat siber -membangunkan minda dan peribadi rakyat agar setanding dengan

warga dunia

Kesimplulan : Dalam abad milenium ini, umat manusia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat global. Daripada kita

dianggap sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam

pelbagai agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus

berbakti kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit

tanda ingat, banyak tanda ada.

Page 59: Contoh Karangan 2014

Negara-negara Asia Tenggara terkenal dengan kawasan pelancongan yang

menarik seperti Pulau Tioman di Malaysia, Pulau Bali di Indonesia dan Hanoi di

Vietnam.

Huraikan kerjasama Malaysia dengan negara-negara Asia Tenggara dalam

memajukan industri pelancongan.

Page 60: Contoh Karangan 2014

Pertandingan koakademik seperti pidato, pantun, dan debat pada peringkat

antarabangsa memberikan peluang kepada peserta untuk meningkatkan

kemahiran berbahasa dan menambahkan ilmu pengetahuan.

Berikan pendapat anda.

Penyertaan pelajar dalam pelbagai program dan pertandingan di peringkat

antarabangsa dapat mengharumkan nama negara di mata dunia.

Jelaskan manfaat-manfaat yang diperoleh melalui penyertaan dalam program

dan pertandingan itu.

Pendahuluan : Manusia pada dasarnya mempunyai impian dan matlamat yang sama

iaitu untuk hidup bebas dan berjaya. Sementara itu, setiap orang dituntut agar

menghormati hak asasi orang lain. Hak-hak tersebut seperti hak untuk kebebasan, hak

memperoleh kasih sayang dan hak untuk mencari ilmu pengetahuan. Walau

bagaimanapun, dalam beberapa kepentingan tertentu masyarakat dunia sering

bertelagah sehingga membawa kepada peperangan. Oleh itu, dalam abad milenium ini

pelbagai usaha telah dijalankan oleh masyarakat antarabangsa untuk merapatkan

semula jurang perbezaan yang wujud. Pelbagai program dan pertandingan sama ada

sukan inovasi seperti reka cipta mula mendapat penyertaan kalangan masyarakat

antarabangsa. Sebenarnya, banyak sekali faedah yang bakal diperoleh oleh setiap

negara peserta apabila terlibat secara aktif dalam program-program seperti ini.

Isi 1 : Menjalinkan hubungan diplomatik antara negara – jalinan kerjasama dan

keamanan di bawah payung PBB – memupuk semangat perpaduan dan berdamai dalam

kalangan manusia sejagat

Isi 2 : Suatu usaha positif memperluas jaringan antarabangsa dalam bidang

ilmu pengetahuan – sifat ilmu yang akan berkembang apabila semakin luas

jaringannya (rujuk kata-kata hikmat Saiyidina Ali KW) – memahami hakikat bahawa

setiap bangsa memiliki keistimewaan tertentu dalam bidang ilmu (contoh : bangsa Cina

tentang ilmu perubatan, Jepun dalam bidang sains dan teknologi, bangsa Arab tentang

falsafah dan seni bina dan ilmu agama)

Isi 3 : Mempercepat transformasi kemajuan negara – transformasi amat berkait

rapat dengan penguasaan ilmu pengetahuan – anak-anak Malaysia yang pulang dengan

ilmu pengetahuan akan membantu mempercepat kemajuan negara – mereka menjadi

penyebar pengetahuan dan menjadi agen penggerak negara maju menjelang 2020.

Page 61: Contoh Karangan 2014

Isi 4 : Mendedahi remaja dengan perubahan budaya dan sosial masyarakat

asing – boleh mengubah cara berfikir dan bertindak secara lebih matang – bijak bergaul

dan mempunyai jaringan komunikasi diseluruh dunia

Isi 5 : Mengadakan program pertukaran tenaga pakar dan tenaga akademik –

membolehkan peluasan ilmu pengetahuan berkembang secara global – kemajuan dunia

berkembang secara positif untuk manfaat semua warga dunia – tiada lagi penindasan

dan peperangan

Kesimpulan : Dalam abad milenium ini, umat Malaysia tidak harus terkongkong dalam

belenggu katak di bawah tempurung. Kita tidak boleh lagi hidup bersendirian kerana

sebarang gerak geri kita sentiasa diperhati oleh masyarakat luar. Daripada kita dianggap

sebagai bangsa yang tidak mesra masyarakat dunia dan disisihkan dalam pelbagai

agenda lebih baik kita memberi sumbangan sedaya yang mampu. Kita harus berbakti

kepada masyarakat dunia sekadar yang upaya bak kata peribahasa sedikit tanda ingat,

banyak tanda ada

Page 62: Contoh Karangan 2014

Program pertukaran pelajar antara negara mendatangkan pelbagai faedah

kepada pelajar dan negara yang terlibat.

Huraikan faedah-faedah tersebut

Pendahuluan : Secara tradisionalnya manusia dipisahkan oleh sempadan geografi dan

geopolitik. Sungguhpun demikian, pemisahan bukanlah bererti manusia tidak

mempunyai persamaan dan nilai murni yang sama. Cita rasa dan hak untuk dihormati

telah wujud secara azali sejak manusia dilahirkan lagi. Lebih-lebih lagi dalam dunia siber

seperti sekarang, pemisahan secara tradisional sudah tidak relevan lagi. Oleh itu,

manusia harus bertemu dan berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Proses

tersebut boleh membuang segala syak wasangka dan sebaliknya dapat membina

tamadun alaf baru yang saling menyokong dan melahirkan suasana menang-menang.

Tahap perintis untuk mewujudkan persefahaman tersebut adalah melalui program

pertukaran pelajar antarabangsa. Tidak syak lagi banyak signifikan di sebalik usaha yang

telah dilaksanakan oleh NGO antarabangsa itu, bak kata peribahasa lama hidup luas

pengalaman, jauh berjalan banyak pengetahuan (pandangan)

Isi 1 : Dapat memperluas jalinan persefahaman politik, ekonomi, dan sosial –

mewujudkan suatu era baru dalam slogan, “Satu Dunia Satu Komuniti” – mewujudkan

kedamaian sejagat dalam alaf baru

Isi 2 : Membuka ruang minda – pendedahan tentang kepelbagaian budaya, etika, dan

ilmu pengetahuan – pertukaran maklumat antara negara maju dan negara-negara

membangun (peribahasa, jauh berjalan luas pandangan, lama hidup banyak

pengalaman)

Isi 3 : Mengurangkan persengketaan yang berpunca daripada salah faham

politik dan ideologi – para pelajar bakal menjadi duta kecil yang membawa misi damai

dan menjadi bakal pemimpin masa depan yang mesra keamanan

Isi 4 : Mewujudkan satu kesatuan budaya masyarakat majuk – saling memahami

dan saling menghormati budaya, adat resam, dan agama – mencetuskan keamanan

dengan saling menghormati hak dan piagam masyarakat lain

Page 63: Contoh Karangan 2014

Isi 5 : Sebagai perintis kepada jalinan persahabatan antara negara – wujud

hubungan lebih intim antara negara-negara peserta – boleh mengelak sikap

mementingkan diri serta dendam kesumat dalam kalangan pemimpin dunia

Kesimpulan : Sesungguhnya, manusia dijadikan daripada satu hubungan benih antara

Adam dan Hawa. Amatlah ironi apabila manusia sejak dari zaman pratamadun lagi terus

bersengketa hingga ke hari ini. Usaha positif hendaklah digemblengkan agar budaya

‘haiwan’ yang telah sekian lama mempengaruhi minda sebahagian daripada pemimpin

besar dunia dapat dihapuskan. Alangkah indahnya, apabila manusia dapat merasai

nikmat keamanan yang sejati.


Top Related