Download - CETAKAN KAYU

Transcript

CETAKAN KAYU

CETAKAN KAYUAREFIANAH POHONGPENGENALAN KEPADA CETAKAN KAYUCetakan kayu (woodblock Printing) merupakan teknik percetakan teks, imej, atau corak yang digunakan secara meluas di Asia Timur terutamanya negara China. Cetakan ini asalnya merupakan cara mencetak imej, teks, atau corak di atas permukaan kain ( textile) dan kemudiannya dicetak di atas kertas. Cara ini digunakan untuk mencetak pakaian iaitu pada awal 220 masihi di China dan Mesir pada awal abad ke 4.

Di Jepun seni cetakan kayu lebih dikenali sebagai Ukiyo e.

Kebanyakkan masyarakat Eropah telah menggunakan teknik percetakan di atas permukaan kertas iaitu daripada potongan kayu ( woodcut ) kecuali untuk Block Book yang dihasilkan pada lingkungan abad ke 15.

Ukiyo-e

Kaedah yang paling awal digunakan.

Muncul di Negeri China pada kurun ke-8.

Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian.

Sejarah Permulaan Cetakan Kayu ( Woodblock Printing ) Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah.

Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung.

Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati.

Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.

Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.

CETAKAN KAYUCETAKAN LINOTerdapat beberapa cara membuat cetakan yang perlu diambil berat :a. Stamping.Digunakan ke atas kebanyakkan fabrik dan kebanyakkanya cetakan kayu awal eropah. (1400 1440). Percetakan dilakukan dengan meletakkan kertas atau fabrik ke atas meja atau apa sahaja permukaan rata dengan blok kayu itu di atasnya dan menekan atau mengetuk bahagian belakang blok kayu itu.

b. Rubbing.Cara yang sering digunakan bagi cetakan kertas timur. Selain itu ia juga digunakan dalam cetakan kayu eropah.TokohTan Tee Chie

Brobak Birds Competition

1966.

Lim Mu HueChinese Puppet Theatre1966Tokoh-tokoh lainLee Joo ForAbdullah Latif MohidinSeah Kim Joo dan T.K. KaranLong Thien ShihIbrahim IsmailLee Kian SengPROSES & TEKNIK1. Blok kayu disediakan sebagai ukiran timbul, di mana kawasan yang menunjukkan warna putih dibuang atau diukir dengan pisau, pahat atau kertas pasir dan membiarkan ime timbul pada permukaan asal.

2. Blok itu dipotong secara memanjang mengikut ira kayu. Ini penting dalam meletakkan dakwat pada blok dan membuatkan ia lebih tahan serta kukuh dan boleh bersentuhan dengan kertas mahupun kain bagi mendapatkan imej cetakan yang baik.3. Imej yang dilukis atau dihasilkan pada blok kayu itu haruslah dalam kedudukan imej cermin terutama sekali jika terdapat teks padanya. Seni mengukir ini secara teknikalnya dikenali sebagai Xylography. Namun begitu, istilah ini jarang digunakan dalam Bahasa Inggeris.ALAT DAN BAHAN

Dakwat cetakan

Alat pengukir.

Kepingan kayupenggelekProses cetakan timbulan menggunakan blok kayu.

Proses mengukir imej pada permukaan blok kayu.

Menggelek dakwat ke atas permukaan blok kayu yang telah diukir.

Mengosok belakang kertas cetakan menggunakan lengkungan suduuntuk memastikan dakwat benar-benar rata pada kertas cetakan.

Imej cetakan yang terhasil.

Beberapa siri cetakan asli yang dipanggil 'Edisi'.CONTOH CETAKAN KAYU YANG LAIN

Contoh hasil cetakan blok kayu dan kolograf

SEKIAN TERIMA KASIH


Top Related