Download - Cerucuk
BCT 103BINAAN BANGUNAN 1
by. En OSMAN BIN ZOLKIFLI
Cerucuk
PENGENALAN Sesuai untuk bangunan bertingkat-tingkat. Ia
merupakan salah satu substruktur yang tidak asing lagi yang berfungsi sebagai tunjang kepada kestabilan struktur bangunan tinggi selain kekuatan struktur kerangka itu sendiri.
Asas cerucuk berupaya menanggung beban yang tinggi yang pada kebiasaannya tidak dapat ditanggung oleh strata tanah yang lembut dan mempunyai keupayaan galas yang rendah.
FUNGSI CERUCUK
Memindahkan keseluruhan beban-beban daripada substruktur dan superstruktur kepada lapisan tanah yang lebih stabil melalui kaedah-kaedah seperti:
- galas hujung
- geseran
- tindak balas rintangan pasif tanah.
Faktor Pemilihan Cerucuk
Keperluan Cerucuk
Beban Bangunan Tidak
Seragam
Lapisan Galas wujud Melebihi
3 m Dalam
Kerja Penyahairan
Atau Sokongan Korekan Mahal
Pemindahan Beban
Terdapat 2 jenis cerucuk (berdasarkan pemindahan beban) :
Geseran
Galas Hujung
Cerucuk Geseran
Geseran berlaku sepenuhnya antara permukaan cerucuk dengan tanah.
Digunakan pada tanah liat yang keras, dan juga pada tanah pasir yang padat.
Beban
Geseran
Cerucuk Galas Hujung Bergantung pada lapisan
galas tanah.
Dihentak sehingga sampai ke lapisan galas tanah.
Sejumlah kecil geseran berlaku.
Digunakan pada tanah liat yang lembut atau tanah pasir longgar.
Lapisan Galas
Beban
Jenis-Jenis Cerucuk
Konkrit Keluli Kayu
Cerucuk
Terhentak Tergerek
Tuang Disitu
Konkrit
Pratuang
Putaran Tukulan
Konkrit
Cerucuk Konkrit
Paling popular.
Ukuran panjang mencapai 20 m.
Diperkuatkan dengan tetulang keluli.
Terdiri daripada 2 jenis iaitu cerucuk tuang di situ, dan cerucuk pratuang.
Kebaikan Cerucuk Konkrit Pratuang
Dapat bertahan lama dalam apa keadaan sekalipun.
Sangat sesuai untuk disambungkan kepada superstruktur yang terdiri daripada konkrit.
Keburukan Cerucuk Konkrit Pratuang
Susah mengendalikan kerja-kerja mencerucuk.
Memerlukan kawasan yang luas selepas penuangan untuk menyimpan cerucuk.
Susah untuk dipotong atau disambungkan ke dalam atau kepada cerucuk yang lain.
Cerucuk Keluli
Digunakan apabila panjang cerucuk yang diperlukan terlalu besar.
Sangat sesuai pada tanah berbatu bagi maksud menggalas beban yang berat.
Terdapat dalam bentuk H dan segiempat geronggang.
Kebaikan Cerucuk Keluli
Mudah dipasang dan disambungkan secara kimpalan.
Dapat diperolehi dalam pelbagai saiz dan mempunyai panjang yang tidak melebihi 12m untuk memudahkan pengangkutan.
Dapat menembusi strata tanah yang keras.
Sesuai digunakan untuk pembinaan superstruktur keluli.
Keburukan Cerucuk Keluli
Mudah berkarat terutama di kawasan yang terdedah pada air masin.
Mudah bengkok atau terpesong dari paksi cerucuk semasa hentakan terutama bagi cerucuk jenis H.
Harganya lebih mahal (kos tinggi).
Cerucuk Kayu
Jarang digunakan dalam pembinaan.
Untuk projek-projek kecil.
Terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Cerucuk kayu bakau
- Cerucuk kayu berubat
Kebaikan Cerucuk Kayu
Mudah diperolehi Harganya tidak begitu mahal (kos murah) Cara pengendalian lebih senang.
Keburukan Cerucuk Kayu
Mudah reput untuk pembinaan di kawasan yang terdedah kepada pengaliran air laut.
Saiz terhad Keupayaan galasnya lebih rendah. Mudah pecah
Cerucuk Tergerek
Dibina dengan mengeluarkan tanah dan mengisinya dengan konkrit tuang di situ.
Digunakan apabila kerja cerucuk terlalu hampir dengan bangunan lain.
Digunakan apabila getaran dan bunyi bising tidak dibenarkan. (Hospital)
Cerucuk Tergerek Putar
Sesuai untuk projek yang kecil sehinggalah kepada projek yang besar.
Sesuai untuk kebanyakan jenis tanah liat.
Cerucuk Tergerek Tukul
Digunakan untuk projek saiz kecil dan sederhana.
Digunakan pada tanah liat dan tanah kelikir.
Kebaikan Cerucuk Tergerek
Dapat diperiksa terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pengkonkritan dilakukan.
Mudah dipotong atau disambungkan. Tidak memerlukan ruang kerja yang luas. Dapat dituang dan dikonkrit pada aras yang
dikehendaki. Sangat sesuai digunakan bagi kawasan
pembinaan yang terhad serta dapat menghindarkan kebisingan dan gegaran.
Lebih ekonomi berbanding dengan cerucuk keluli.
Keburukan Cerucuk Tergerek
Batang cerucuk mungkin patah apabila menerima tekanan himpitan tanah di sekelilingnya terutama semasa konkrit belum benar-benar keras.
Ujian Beban Cerucuk
Tujuan: memastikan rekabentuk dan perlaksanaan jenis cerucuk yang dipilih adalah mencukupi dan mampu menampung beban yang dikenakan.
Proses Penanaman Cerucuk
i) Cerucuk ditanda setiap 1 kaki
ii) cerucuk dihentak dengan mesin piling
iii) Tanah di sekeliling cerucuk akan
dikorek bagi binaan tukup cerucuk
iv) Lebihan Cerucuk dipotong Sehingga
Ke Dasar Korekan Tukup Cerucuk
v) Acuan Dan Keluli Tetulang Untuk
Tukup Cerucuk
PERBINCANGAN
Satu projek besar bagi binaan bangunan pusat membeli-belah tujuh tingkat akan didirikan di kawasan bandar. Binaan tersebut berhampiran dengan sekolah dan hospital. Manakala bersebelahan dengan binaan tersebut terdapat sebuah bangunan pejabat tanah.
Hasil daripada penyiasatan tapak, didapati tanah di kawasan tersebut adalah jenis tanah liat.
Sebagai seorang jurutera, anda dikehendaki mencadangkan jenis cerucuk yang sesuai bagi situasi di atas dengan mengambil kira semua faktor yang berkaitan. Nyatakan alasan yang kukuh bagi pemilihan cerucuk tersebut.
Sekian, Terima Kasih