Download - cerita rakyat

Transcript
Page 1: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 1/15

 

Tiung melarikan kalung

Di atas sebatang pokok di pinggir sebuah hutan,

tinggal sepasang burung tiung. Mereka mempunyai dua

ekor anak yang masih kecil.

Pada suatu hari, mereka mendapati anak mereka tiada

lagi di dalam sarang. "Mungkin anak kita terjatuh ke

tanah," kata tiung jantan.

Mereka cuba mencari di bawah pokok. Rupa-rupanya

di bawah pokok itu terdapat seekor ular sawa. Tahulah

mereka bahawa anak mereka telah dimakan oleh ular

sawa.

Tiung jantan tidak sempat melarikan diri. Tiung jantan

ditangkap oleh ular sawa. Matilah tiung jantan ditelan

oleh ular sawa.

Tiung betina berasa sedih. Namun, tiung betina tidak

berputus asa. Tiung betina segera terbang ke istana raja.

Ketika itu, puteri raja sedang bersiram (mandi) di dalamkolam. Tiung betina melihat di tepi kolam itu terdapat

seutas kalung. Kalung itu kepunyaan puteri raja.

Page 2: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 2/15

 

Tiung betina segera mengambil kalung itu. "Tolong!

Kalung beta dicuri oleh burung," puteri raja itu menjerit.

Beberapa orang

pengawal segera mengejar tiung betina. Tiung

betina melarikan kalung itu ke tepi hutan.Tiung

betina melemparkan kalung itu di hadapan ular

sawa.

Apabila pengawal tiba, mereka segera membunuh ular

sawa itu. Kemudian mereka mengambil kalung itu

semula. 

Demikianlah balasan yang diterima oleh ular sawa yang

 jahat itu. Setiap perbuatan jahat pasti akan menerima

balasan buruk.

Page 3: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 3/15

 

Kaki Sang Kancil digigit buaya

Pada suatu hari, Sang Kancil berjalan-jalan di tebing

sebatang sungai. Tiba-tiba Sang Kancil berasa

dahaga.Sang Kancil pun pergi ke tepi sungai itu. Sang

Kancil turun ke sungai untuk minum air.

Tiba-tiba Sang Kancil terasa kakinya tersangkut. Sang

Kancil cuba mengangkat kakinya tetapi tidak terdaya.

Sang Kancil tahu kakinya ditangkap oleh buaya.

Sang Kancil mencari helah untuk melepaskan

kakinya."Wahai Sang Buaya, apa kamu buat di dalam air

cetek ini?" Sang Kancil bertanya.

Aku sudah tangkap kaki

kamu.Aku hendak makan kamu,kata buaya.

Page 4: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 4/15

 

"Tetapi itu bukanlah kaki aku," kata Sang Kancil."Kamu

menangkap batang kayu," kata Sang Kancil lagi.

Buaya terpedaya dengan kata-kata Sang Kancil itu.Buaya pun terus melepaskan kaki Sang Kancil.

Sang Kancil segera lari naik ke atas tebing."Sang Buaya,

kamu memang bodoh!" kata Sang Kancil. "Kaki aku kamu

sangka batang kayu," kata Sang Kancil lagi.

Buaya sangat marah mendengar kata-kata itu. Buaya

mahu menangkap Sang Kancil. Tetapi Sang Kancil lari

masuk ke dalam hutan.

Page 5: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 5/15

 

Mengapa kerbau tidak bergigi

Pada suatu hari, bangau hinggap di atas belakang

kerbau. Bangau suka makan kutu di atas belakang

kerbau.

Bangau ingin tahu sesuatu daripada kerbau.

Sambil makan kutu, bangau bertanya kepada

kerbau."Oh, kerbau! Oh, kerbau!" kata bangau."Ada apa

hal?" tanya kerbau. "Bolehkah aku tanya sedikit?"

kata bangau.

"Boleh! Tanyalah!" jawab kerbau."Mengapakah gigi

kamu di sebelah atas tidak ada?" tanya bangau."Oh,

panjang ceritanya!" kata kerbau.

"Ceritalah! Aku mahu dengar," kata bangau."Pada

suatu petang, aku asyik ragut rumput. Tiba-tiba kaki

aku terpijak ekor puyuh," kerbau bercerita.

"Puyuh terkejut lalu mengibaskan sayapnya.

Sayapnya terkena mulut aku. Mulut aku berdarah,"

kata kerbau."Gigi aku tercabut.

Page 6: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 6/15

 

Gigi aku tidaktumbuh lagi sehingga sekarang," ujar

kerbau. 

"Di celah kuku kaki aku ada bulu, bulu itu ialah

ekor burung puyuh," kerbau terus bercerita.

"Puyuh itu terbang. Tetapi puyuh itu terbang

dengan tidak berekor lagi." ujar kerbau.

"Begitulah ceritanya," kata kerbau."Kasihan aku

mendengar cerita itu," kata bangau.

Kononnya, itulah sebabnya sehingga sekarang

puyuh tidak ada ekor. Kerbau pula tidak ada gigi disebelah atas.

Page 7: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 7/15

 

Puteri Saadong

Di negeri Kelantan, pada suatu zaman dahulu ada seorang puteri

raja bernamaP

uteri Saadong.P

uteri Saadong bukan sahaja terkenalkerana berbudi pekerti mulia, malah masyhur kerana wajahnya

sungguh jelita.

Oleh sebab itu, nama Puteri Saadong menjadi sebutan ramai di

segenap ceruk rantau. Ramailah golongan raja dan rakyat jelata ingin

mengenali Puteri Saadong.Malah, sesetengah putera raja bercita-cita

ingin meminang Puteri Saadong.

Salah seorang yang turut bercita-cita demikian

ialah Raja Siam. Baginda pernah menghantar rombongannya untuk

meminang Puteri Saadong. Tetapi pinangan itu ditolak oleh Puteri

Saadong. Puteri Saadong tidak ingin menjadi permaisuri Raja Siam.

Raja Siam berasa sangat kecewa. Namun, Raja Siam tidak berputus

asa. Baginda sentiasa berfikir cara untuk mengambil Puteri Saadong

menjadi permaisurinya.

Pada suatu hari, Raja Siam mendapat khabar bahawa Puteri

Saadong sudah berkahwin. Suaminya ialah seorang putera raja

bernama Raja Abdullah.Marahlah Raja Siam bukan kepalang! 

Page 8: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 8/15

 

Akhirnya Raja Siam mengambil keputusan untuk menyerang negeri

Kelantan. Berlakulah peperangan dan ramailah rakyat yang

terkorban. Puteri Saadong berasa sangat sedih.

Puteri Saadong lalu memberitahu suaminya, "Biarlah adinda pergi

menghadap Raja Siam itu. Adinda akan cuba memujuk Raja Siam

supaya berhenti berperang."Tetapi suaminya tidak bersetuju.

"Jika adinda pergi, adinda mungkin akan ditangkap oleh Raja Siam,"

ujar suaminya.Puteri Saadong cuba memujuk lagi, "Kita tidak

mempunyai cara lain lagi. Jika kita kalah berperang, negeri kita akan

ditawan oleh Raja Siam."

Akhirnya, Raja Abdullah terpaksa bersetuju dengan cadangan

isterinya itu. Puteri Saadong lalu pergi ke negeri Siam. Hari demi hari,

Raja Abdullah menunggu kepulangan isterinya. Tetapi Puteri Saadong

tidak pulang-pulang. Puteri Saadong menjadi tawanan Raja Siam.

Namun demikian, Puteri Saadong tetap berada dalam selamat.

Setiap kali Raja Siam cuba menghampiri Puteri Saadong, badan Raja

Siam itu dipenuhi penyakit kudis. Puaslah baginda cuba mengubati

penyakitnya itu. Tetapi tiada sembuh.

Setelah setahun berlalu, akhirnya sembuhlah penyakit yang dihidapi

oleh Raja Siam itu. Baginda berasa insaf. Baginda lalu membebaskan

Puteri Saadong.

Puteri Saadong segera pulang ke Kelantan untuk menemui

suaminya. Tetapi alangkah terkejutnya Puteri Saadong kerana

suaminya sudah mempunyai isteri baharu.

Page 9: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 9/15

 

"Pergilah engkau menjadi permaisuri Raja Siam itu!" Raja Abdullah

menghina Puteri Saadong.

Sedihlah hati Puteri Saadong mendengar kata-kata itu. Lebih

menyedihkan lagi, suaminya menghalau supaya dia pergi dari situ.

"Di sinilah tempat tinggal adinda. Adinda tidak mahu pergi.

Kasihanilah adinda!" ujar Puteri Saadong sambil menangis.

Raja Abdullah tersangat marah. Baginda mencabut keris hendak

membunuh Puteri Saadong.

Terpaksalah Puteri Saadong mempertahankan diri untuk

menyelamatkan nyawanya. Dalam pergelutan itu, Puteri Saadong

secara tidak sengaja telah tertikam suaminya.Mangkatlah Raja

Abdullah.

Peristiwa itu sangat menyayat hati! Sejak itu, Puteri Saadong tidak

mahu tinggal di istana itu lagi. Dengan linangan air mata, Puteri

Saadong berangkat meninggalkan istana tersebut.

Semenjak itu sampailah sekarang, tiada seorang pun mengetahui,

ke manakah sebenarnya Puteri Saadong membawa diri? Tinggal

menjadi kenangan hanyalah peristiwa yang menyayat hati!

 

Page 10: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 10/15

 

Sang Kancil dan Pak Belang

Pada suatu petang, Pak Belang berjumpa dengan

Sang Kancil. "Hmm, dapatlah aku tangkap kancil!"

kata Pak Belang.

"Janganlah tangkap aku!" kata Sang

Kancil. "Sabarlah dahulu wahai hulubalang di

rimba!" pujuk Sang Kancil."Mengapa?" tanya Pak Belang."Sekarang aku

diperintahkan oleh Raja Sulaiman supaya menjaga

Gong Hikmat," kata Sang Kancil.

"Bunyi gong ini sungguh merdu, jika dipalu," kata

Sang Kancil."Bolehkah aku mendengarnya?" tanya

Pak Belang.

"Kamu tidak boleh dengar. Nanti Raja Sulaiman

marah," kata Sang Kancil."Berilah aku pukul sekali.

Aku mahu dengar bunyinya sekali sahaja," kata PakBelang.

Page 11: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 11/15

 

"Aku pergi bertanya pada Raja Sulaiman dahulu,"

kata Sang Kancil."Apabila aku bagi isyarat, engkau

pukullah gong itu," kata Sang Kancil lagi.

Sang Kancil terus lari jauh.Pak Belang sudah lama

menunggu. Pak Belang berasa tidak sabar

menunggu. Pak Belang pun memukul Gong Hikmat

itu.

Gong Hikmat itu ialah sarang tebuan. Sarang tebuan

itu pecah. Tebuan pun terus menyengat Pak Belang.

Pak Belang kesakitan kerana disengat oleh tebuan.

Pak Belang lari lintang-pukang.Pak Belang sungguh

marah pada Sang Kancil. Namun, Sang Kancil sudahhilang.

Page 12: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 12/15

 

Badang gagah perkasa

Pada zaman dahulu ada seorang petani. Namanya

Badang.Badang menebas dan menebang hutan

untuk membuat padi huma.

Selepas menebas hutan, Badang menahan lukah di

anak sungai untuk menangkap ikan. Ikan itu dibakar

untuk dijadikan lauk.

Pada suatu petang, Badang pergi ke sungai untuk

melihat lukah. Lukahnya tidak ada ikan, kecuali

sisiknya sahaja. Tulang-tulang ikan berselerakan di

tepi sungai.

Badang berasa hairan. Siapakah makan ikan di

dalam lukahnya? Badang ingin tahu, siapakah yang

mengangkat lukahnya? Dia mengintai di sebalik

pokok di tepi sungai.

Hari semakin malam. Badang masih menunggulagi.

Page 13: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 13/15

 

Tiba-tiba datang suatu lembaga hitam. Rambut dan

 janggut putihnya panjang hingga ke dada.

Badang memberanikan diri. Badang menangkap

lembaga itu. Badang hendak membunuh lembaga

itu.

Lembaga itu meminta maaf. Lembaga itu berjanji

akan memberikan sesuatu kepada Badang. Badang

mahu menjadi gagah perkasa.

Lembaga itu memberitahu supaya makan

muntahnya. Badang setuju. Lembaga itu segera

muntah pada daun keladi.

Badang makan muntah itu sehingga habis.

Kemudian Badang cuba menolak kayu

berdekatannya. Pokok-pokok yang besar itu dapat

ditumbangkannya dengan senang.

Badang suka hati. Badang pun melepaskan lembagaitu. Lembaga itu memberitahu bahawa dia datang

kerana hendak menolong Badang.

Page 14: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 14/15

 

Badang sudah menjadi gagah perkasa. Badang

tidak perlu menggunakan kapak lagi untuk

menebang pokok.Semenjak itu, Badang semakinrajin dan tekun bekerja.

Page 15: cerita rakyat

5/8/2018 cerita rakyat - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/cerita-rakyat-559bf4f96f3ca 15/15

 

 

CERITA RAKYAT 

y Tiung melarikan kalung

y Sang Kancil digigit buaya

y Mengapa kerbau tidak bergigi

y Puteri Saadong

y Sang Kancil dan Pak Belang

y Badang gagah perkasa

NAMA  : NUR IZZATUL AQILA BINTI MOHD SENI 

TINGKATAN  : 1PLUTO 

NAMA GURU: ENCIK AHMAD NIZAM 


Top Related