Transcript
Page 1: Cara buat Partition Hard Disk pada Windowshlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict012019.pdf · Cara buat Partition Hard Disk pada Windows Membuat partition hard disk

Cara buat Partition Hard Disk pada Windows

Membuat partition hard disk (hard disk partitioning) ni sebenarnya adalah untuk membahagi-bahagikan ruang simpanan data yang terdapat dalam satu hard disk kepada

beberapa bahagian yang lebih kecil. Bila kita beli satu hard disk berkapasiti 500 Giga Byte, kita mungkin hendak bahagi-bahagikan hard disk tersebut kepada dua bahagian atau lebih. Contohnya kita buat 2 partition 250GB, Windows akan nampak seoah-olah kita ada dua

hard disk misalnya disk C 250GB dan disk D 250GB, kalau 3 partition ada tiga hard disk, disk C 100GB, D 200GB dan E 200GB. Saiz kapasiti partition-partition tu kita boleh tentukan sendiri.

Selain sebagai langkah pencegahan, partition juga berguna bagi pengguna komputer yang ingin memasang lebih dari satu

sistem operasi dan juga pengguna yang ingin mengasingkan di antara ruang untuk program dan ruang untuk fail-fail data. Sebelum anda melakukan partition, terlebih dahulu anda

dinasihatkan untuk melakukan full image backup untuk keseluruhan hard disk berkenaan. Ia penting sebagai langkah pencegahan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini

sepanjang proses berkenaan dijalankan. Kemudian, anda perlu menyediakan ruang storan secukupnya khusus untuk partition yang akan dibuat tersebut.

Aplikasi untuk wujudkan Partition Bagi pengguna Windows 7, Windows 8 dan Windows 10, sistem-sistem operasi ini

menyediakan alatan khusus untuk membahagi-bahagikan ruangan storan komputer anda.

Alatan ini boleh diakses dengan menaip kata kunci partitions pada ruangan carian dan pergi

pada Create and format hard disk partitions. Program Disk Management akan muncul dan

melalui program berkenaan, klik kanan pada partition sedia ada dan pilih Shrink

Volume untuk mengecilkan kapasiti maksimum ruangan berkenaan.

Page 2: Cara buat Partition Hard Disk pada Windowshlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict012019.pdf · Cara buat Partition Hard Disk pada Windows Membuat partition hard disk

Kemudian, sebuah kotak dialog muncul untuk meminta anda memasukkan jumlah

maksimum kapasiti yang anda ingin wujudkan. Angka default yang dipaparkan

merupakan jumlah maksimum yang boleh anda ambil dan anda tidak boleh mengambil

amaun ruang yang lebih besar dari itu.

Misalnya, jika partition sedia ada hanya mempunyai ruangan kosong sekitar 225 GB,

anda hanya dibenarkan untuk mengambil ruang tidak lebih dari 225 GB.

Seterusnya, jika anda sudah menetapkan amaun ruangan yang ingin dibahagikan, klik

pada butang Shrink dan ikuti langkah-langkah yang diarahkan. Selesai melakukan proses

tersebut, klik kanan pada unallocated space hard disk berkenaan dan pilih Simple New

Volume dan ikuti langkah-langkah yang diarahkan.

Jika anda masih lagi gagal untuk melakukan partition dengan menggunakan Disk

Management Microsoft Windows, anda boleh mencuba perisian percuma

seperti EASEUS Partion Master Free dan perisian berbayar seperti Partition Wizard

dari MiniTool. Cuma bagi perisian percuma seperti EASEUS, anda perlu memilih Custom

Installketika instalasi untuk menghindar pemasangan perisian lain yang anda tidak ingini.

Sumber : http://hteknologi.com/blog/cara-buat-partition-hard-disk/

Page 3: Cara buat Partition Hard Disk pada Windowshlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict012019.pdf · Cara buat Partition Hard Disk pada Windows Membuat partition hard disk

ELAK JADI MASA SCAMMER!!

Semenjak dua ini, pelbagai kes melibatkan penipuan

melibatkan pengguna yang akhirnya terpaksa menanggung

kerugian besar apabila ditipu oleh beberapa pihak yang tak

bertanggungjawab.

Dalam era dunia digital hari ini, tanpa kita sedar, sebenarnya nombor telefon kita adalah data peribadi yang paling berharga dan jika diperoleh penjahat, dengan mudah diorang

dapat menipu pengguna.

Sebelum lebih ramai yang terkena, ini kami nak kongsi tips untuk elakkan diri anda daripada menjadi mangsa scammer.

#1. Jangan Jawab Panggilan Antarabangsa

#2.Jangan berikan sebarang maklumat peribadi.

#3.Catat Segala Maklumat Pemanggil

#4. Jangan Muat Turun Aplikasi Yang Mencurigakan

Jangan memuat turun sebarang aplikasi jika anda diminta berbuat demikian kerana dikhuatiri

mengandungi Malware atau Spyware yang mungkin dapat mendedahkan butiran peribadi anda.Pastikan aplikasi itu adalah aplikasi rasmi daripada syarikat berkenaan, lagi-lagi yang melibatkan kewangan.

#5.Hubungi Talian Khidmat Pelanggan

Ini taktik yang selalu digunakan oleh scammer luar. Jadi, anda janganlah

jawab panggilan daripada nombor telefon luar negara yang tidak dikenali,

lainlah nombor tersebut adalah senarai kenalan anda.

Maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, password perbankan online, kod CVV pada kad bank anda atau pun nombor TAC anda sila

simpan untuk kegunaan anda sendiri sahaja. Jika ada pihak meminta maklumat tentang kad debit/kredit dan perbankan online anda, lebih baik anda tamatkan sahaja panggilan tersebut jangan layan

panggilan tersebut. Nanti anda termakan ayat-ayat manis scammer!

Jika anda menerima panggilan daripada bank atau pihak penguatkuasa undang-undang mengenai sebarang masalah undang-undang

melibatkan anda, catat butiran daripada pihak yang menghubungi anda. Bertenang dan jangan panik. Semak nombor telefon bank anda atau pihak penguatkuasa undang-undang di laman web rasmi mereka

seterusnya hubungi mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Jika anda ada menerima panggilan yang tidak dikenali dan agak mencurigakan berulang kali, catatkan butiran dan nombor

berkenaan dan terus hubungi talian khidmat pelanggan dan nyatakan segala butiran perbualan anda sebelum ini. Pastikan talian yang anda hubungi itu betul lah. Cara mudah, layari laman web

rasmi pihak yang berkenaan.

Page 4: Cara buat Partition Hard Disk pada Windowshlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict012019.pdf · Cara buat Partition Hard Disk pada Windows Membuat partition hard disk

#6.Guna Aplikasi Untuk Menyekat Panggilan

Moga perkongsian ini bermanfaat dan team rileklah nak pesan supasa sentiasalah berhati-hati dengan panggilan yang mencurigakan.

Sumber : https://rileklah.com/viral/tips-berguna-untuk-elak-jadi-mangsa-scam

Playstore dan iOs sering mengeluarkan aplikasi yang boleh menyekat panggilan. Fungsi ini amat berguna kerana masa

panggilan diterima, sesetengah aplikasi boleh detect dan paparkan nombor berkenaan sebagai scammer dan sebagainya.

Salah satu contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah Truecaller.

Salah satu contoh aplikasi yang boleh digunakan ialah Truecaller.

Sumber : Unit Rangkaian & Keselamatan, Bahagian Pengurusan Maklumat KKM

Page 5: Cara buat Partition Hard Disk pada Windowshlabuan.moh.gov.my/v4/penerbitan/ict/2019/buletinict012019.pdf · Cara buat Partition Hard Disk pada Windows Membuat partition hard disk

Sumber : www.1govuc.my


Top Related