Transcript
  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    1/10

    KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN PENGURUSANPENDIDIKAN: CABARAN KEPADA GURU BESAR DAN

    PENGETUA

    Norasmah Othman, PhDKamaruzaman Moidunny

    ABSTRAK

    Kertas ini membincangkan konsep asas kepimpinanpendidikan dan pengurusan pendidikan sebagai mana yangdialami oleh guru besar dan pengetua di sekolah-sekolah.Peranan guru besar dan pengetua yang semakin mencabardari sehari ke sehari memerlukan mereka meneliti danmemahami semula isu-isu kepimpinan dan pengurusan yangpelbagai. Justeru, mereka perlu mengetahui tentangpiawaian dan ciri-ciri penting dalam menggerakkan sekolahagar menjadi sebuah organisasi yang berkesan dancemerlang. Sehubungan itu, standard kompetensikepengetuaan yang bertujuan untuk memperlengkapkan diriguru besar dan pengetua dengan semua kemah iran yangdiperlukan sebagai seorang pemimpin serta pengurus jugaakan dibincangkan. Ciri-ciri penting dalam standardkompetensi kepengetuaan ini seharusnya dapatmenggerakkan minda guru besar dan pengetua bagimembuat refleksi kendiri bagi mengesan kekuatan dankelemahan yang mereka ada.

    PENDAHULUAN

    Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitupengurusan dan pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluasdi Britain, Eropah dan Afrika manakala istilah pentadbiran selaludigunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush 2003).Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugasperingkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolahmanakala pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasadi sekolah; sementara pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat

    1 7

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    2/10

    KEPIMPINAN PENDIDIKAN DAN PEN GURUS ANPENDIDIKAN

    Pengurusan pendidikan mempunyai pelbagai definisi yang digunakan olehpakar-pakar pendidikan. Tidak terdapat definisi tunggal yang dipersetujuioleh semua orang bagi pengurusan pendidikan kerana pembangunannyaamat pesat dan terdapat pengaruh disiplin-disiplin bidang lain sepertisosiologi, sains politik, ekonomi dan pengurusan umum. Bush (2003)mentakrifkan pengurusan pendidikan sebagai satu bidang kajian danamalan yang berkait dengan operasi bagi organisasi pendidikan. ManakalaBolam (1999) pula mentakrifkan pengurusan pendidikan sebagai suatufungsi eksekutif untuk melaksanakan dasar yang telah dipersetujui. BagiGlatter (1999) pula, pengurusan pendidikan adalah kajian yang berkaitandengan operasi dalaman institusi pendidikan dan hubungannya denganpersekitaran.Guru besar ataupengetua seringkalimemainkan peranan sebagaipemimpindan pengurus. Menurut Abdul Aziz (2003), mereka adalah pemimpinprofesional yang memainkan dua peranan yang saling bergantungan antarasatu sarna lain. Peranan ini dinamakan sebagai kepimpinan danpengurusan.Hughes (1988) telah mencadangkan Model Dua Peranan bagi guru besardan pengetua iaitu peranan pemimpin profesional dan peranan ketuaeksekutif. Manakala Bell (dalamBell dan Bush 2002) menyatakan bahawakepimpinan dan pengurusan tidak boleh dipisahkan dan sebarang langkahuntuk memisahkan peranan tersebut adalah tidak tepat. lni adalah keranaperanan sebagai pemimpin profesional dengan peranan pengurusan adalahsaling lengkap melengkapi antara satu sarna lain.Bagi O'Sullivan et al. (1990) pula, peranan pengurusan bukan sahajadilaksanakan oleh guru besar atau pengetua tetapi juga guru penolongkanan, guru kanan mata pelajaran dan guru-guru dengan tanggungjawabkhusus. Mereka bertindak sebagai koordinator, pengawal, perancang danpelaksana. Andaian di atas tidak mencakupi jangkaan atau tindakanterhadap tingkah laku dan aktiviti kerana tidak memasukkan dimensikepimpinan yang berasaskan nilai pendidikan dan falsafah, jugaprofesionalisme.Sejak akhir-akhir ini, terdapat peningkatan tanggapan bahawa sekolahmempunyai kepimpinan yang terserak atau tertabur dalam pengurusansekolah (Gron 1999,2000). Contohnya diBritain, kerajaannya menyatakan

    l'

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    3/10

    menggunakan kemahiran komunikasi yang cemerlang, mempunyaihubungan manusia yang baik, sensitif kepada adat dan budaya yangpelbagai, mempunyai visi yang jelas, mampu mewujudkan persekitaranpendidikan yang dinamik, menerima tugas sebagai tanggungjawabprofesional, membuat keputusan berdasarkan persetujuan bersama danmahir dalam pengurusan dan teknologi maklurnat; dan kemahiran per-sonal yang lain.Manakala Shahril (2001) pula menyatakan bahawa kepimpinan yangcemerlang mempunyai ciri-ciri kepimpinan berkualiti, berkernahiran danberketrampilan, rnernpunyai wawasan dan kreatif serta inovatif,berkemahiran berkornunikasi dan berrnotivasi, berkemahiran membuatkeputusan dan menyelesaikan masalah, mempunyai kecergasan fizikal,kestabilan emosi dan kecergasan fikiran; serta berirnan dan bermoral.Berdasarkan generalisasi di atas, terdapat idea yang sarna daripadaperspektif Malaysia dengan perspektif Barat daripada segi ciri-ciripemimpin sekolah. Walau bagaimanapun, dengan perbezaan konteksseperti corak pentadbiran sekolah dan budaya, pengalaman Barat mungkinkurang sesuai untuk diaplikasikan secara langsung di Malaysia. Namunbegitu, adalah diakui bahawa idea-idea daripada Barat ini rnenyediakanpengetahuan asas kepada guru besar at au pengetua dalam usahamenambahbaikkan sekolah masing-masing. Menurut Abdul Aziz (2003)pengaruh politik, pentadbiran dan sistem pendidikan British di Malaysiabukanlah suatu perkara yang baru. Malaysia telah menerirna pengaruhBarat ini semenjak sebelurn merdeka lagi, dan diteruskan hingga ke hariini ditambah pula dengan pengaruh globalisasi.

    KEPENTINGAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINANSEKOLAH

    Pengurusan sekolah boleh didefinisikan sebagai tindakan guru besar ataupengetua dalam rnelaksanakan tugas bersama serta melalui individu dankumpulan bagi rnencapai objektif organisasi sekolah. Manakalakepirnpinan sekolah rnerupakan sernua aktiviti dan perlakuan guru besaratau pengetua yang rnencerminkan kebolehannya rnempengaruhi individudan kumpulan ke arah rnencapai objektif organisasi sekolah (lAB 1993).

    17:

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    4/10

    Mengikut Cooper dan Boyd (1987), program latihan ini dikawal, diadakandi universiti, diwajibkan, hanya untuk kalangan guru dan diiktiraf melaluipenganugerahan sijil khas. Sementara diEngland pula, sesiapa yang inginmenjadi seorang pentadbir sekolah diwajibkan menyertai danmenyempurnakan program latihan National Professional Qualification forHeadship (NPQH) (Bush dan Jackson 2002). Mulai 1April 2004, semuaguru besar atau pengetua yang dilantik buat kali pertama ke jawatantersebut mestilah mempunyai atau sedang berusaha mendapatkankelayakan dalam latihan NPQH. Seterusnya menjelang 1 April 2009,NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar dan pengetuabaru di London, seperti yang termaktub dalam Seksyen 135, AktaPendidikan 2002 (DfES 2004a). Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinandan pengurusan telah diiktiraf sebagai faktor penting dalammempertingkatkan standard pendidikan.Berdasarkan kenyataan Datuk Dr. Zulkurnain Awang, Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran Malaysia pada 21 Januari 2007, pengenalpastiancalon guru besar atau pengetua boleh dibuat melalui kelayakan merekasendiri dan melalui permohonan (Hasani dan Mariam 2007). Beliau turutmenyatakan bahawa mulai tahun 2007, permohonanperlu dibuat oleh calonuntuk menjadi guru besar atau pengetua. Ini bermaksud, faktor kekanananatau senioriti bukan lagi menjadi faktor utama untuk perlantikan (Hasanidan Mariam 2007). Sementara melalui Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006-2010 (PIPP 2006-2010) pula, hanya calon yangberdedikasi dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap jawatanpengurusan dan bukannya berasas kepada kelulusan akademik semata-mata, akan dilantik menjadi guru besar atau pengetua. PIPP 2006-2010yang dilancarkan pada 16Januari 2007 dilihat sebagai usaha KPM untukmerealisasikan Misi Nasional bagi menjadi negara maju menjelang tahun2020 (Anon 2007a).Dua kunci utama untuk mencapai kejayaan sebenar PIPP adalahkepimpinan di peringkat sekolah dan komitmen ibu bapa (Ainon 2007b).Nilai kepimpinan dan keupayaan pengurusan di peringkat sekolahmemainkan peranan penting. Dalam hal ini, gurubesar atau pengetua akanmenentukan hala tuju sekolah dan menyelesaikan masalah-masalah bagimengatasi cabaran untuk memnuhi kehendak PIPP. Justeru, kepimpinanunggul di peringkat sekolah perlu diberi perhatian dan sokongan yangsewajarnya untuk mewujudkan sekolah yang berkesan dan menepati PIPP.

    17'

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    5/10

    Sergiovanni (1984) telah mengklasifikasikan peranan-peranan guru besardan pengetua kepada lima bidang utama iaitu dalam bentuk petugas,pendidikan, organisasi, pentadbiran dan pasukan. Peranan-peranan inibertambah dan berubah mengikut masa, menjadikannya bertambahkompleks dan rencam. Perkara ini memberikan implikasi yang seriusterhadap kebolehan dan kemampuan guru besar dan pengetua untukmenghadapinya. Jika mereka tidak bersedia terhadap cabaran-cabaran yangbakal dihadapi, kecemerlangan murid dan sekolah sukar untukdibangunkan. Jelas sekali mereka perlukan bantuan dan sokongan dalammenghadapi cabaran-cabaran dan harapan tinggi yang diletakkan di bahumereka. Oleh itu, pengwujudan program-program latihan yang sesuaibagipemimpin-pemimpin pendidikan adalah satu keperluan. Kursus-kursusseperti Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah (KPKS), PengurusanStrategik untuk Organisasi Pendidikan dan kursus PengurusanPermuafakatan Strategik yang dilaksanakan oleh KPM melalui InstitutAminuddin Baki (lAB) merupakan langkah yang sangat baik dan perluditeruskan.Di samping program latihan yang sesuai bagi guru besar dan pengetuasekolah, satu standard kompetensi untuk mereka seharusnya diguna pakai.Standard kompetensi ini seharusnya dapat menjadi titik rujukan dalammenyediakan asas kepimpinan dan pengurusan sekolah yang mantap danberkesan. Justeru itu, di bawah ini dipaparkan perbahasan tentangkompetensi yang dimaksudkan itu.

    STANDARD KOMPETENSI KEPENGETUAAN

    Di Amerika Syarikat, Council of Chief State School Officers (CCSSO)telah mengeluarkan standard untuk pemimpin sekolah pada tahun 1996yang mengandungi perkara asas berkaitan pengetahuan, kecenderunganbertindak dan pencapaian, yang akanmembantu mewujudkan sekolah yangproduktif dan mengukuhkan hasil pendidikan (CCSSO 1996). Standardini dibina daripada kajian dan perbincangan personel daripada 24 buahnegeri yang disesuaikan dengan kurikulum kursus pemimpin pendidikanyang dikeluarkan oleh National Council of the Accreditation of TeacherEducation (NCATE). Terdapat enam standard yang dikemukakan olehCCSSO yang menyatakan bahawa:

    17~

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    6/10

    ard kompetensi kepengetuaan bagi negeri-negeri England, Wales, Scot-land dan Ireland Utara.Dalam konteks Malaysia, Jemaah Nazir Sekolah (INS) telah menggubalStandard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang mengandungipernyataan dan instrumen pemastian standard untuk pemimpin-pemimpinsekolah (JNS 2004). Standard ini mengandungi empat dimensi yangdikenali sebagai hala tuju kepemimpinan, pengurusan organisasi,pengurusan program pendidikan dan kemenjadian murid. Hala tujukepemimpinan mempunyai elemen visi, misi dan kepemimpinan. Dimensipengurusan organisasi pula mengandungi struktur organisasi, perancangan,iklim, pengurusan dan pembangunan sumber serta pengurusan maklumat.Manakala dimensi pengurusan program pendidikan pula mempunyaielemen pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid,pengajaran dan pembelajaran, pembangunan sahsiah dan penilaianpencapaian murid. Dimensi kemenjadian murid pula mengandungi elemenakademik, kokurikulum dan sahsiah.Bagi Hussein (1989), kompetensi yang selalu dikaitkan dengan guru besardan pengetua adalah misi sekolah, kurikulum dan pengajaran, pentadbiransekolah serta hubungan dan komunikasi manusia. Kompetensi ini dilihatsebagai ramuan penting untuk sekolah yang berkesan dan berjaya. Bagibeliau juga, pentadbiran sekolah dilihat sebagai perkara yang paling kurangpenting berkaitan formulasi dan proses pelaksanaan serta pematuhanundang-undang dan peraturan.Bagi Louis dan Miles (1990) pula, guru besar dan pengetua perlu menjadipengurus, mereka bentuk dan melaksanakan pelan, memfokuskan kepadapencapaian tugas, berurusan dengan struktur dan sistem, ketua yangberpegang pada visi, menggalakkan perkongsian dan rasa kekitaan,melibatkan diri dengan perancangan evolusi, sentiasa peka denganperbezaan budaya serta perubahan yang mungkin untuk jangka masapanjang. Sementara bagi Grant (1978) (dalam Gaban 1982) menyatakanbahawa kompetensi guru besar dan pengetua terdiri daripada lapan bidangiaitu mewujudkan matlamat, menguruskan staf, menyusun atur masa danruang, menyusun atur bahan dan perkakasan, perkhidmatan luarpengajaran, hubungan dengan komuniti, latihan dan perkhidmatan sertapenilaian program.

    18]

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    7/10

    amalan pengurusan strategik,kemahiran dan teknik menangani perubahan.Kualiti peribadi yang dimaksudkan adalah seperti komunikasi, kepimpinan,inovasi, minat dan keyakinan. Sementara amalan pengurusan strategikpula melibatkan pengenalpastian masalah, perancangan strategik,pelaksanaan dan penilaian strategik.

    PENUTUP

    lsu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlahmerupakan suatu isu yang lapuk walaupun telah lama dibincangkan olehpakar-pakar pendidikan. lsu-isu baru dalam bidang pendidikan yangsemakin kompleks memerlukan kefahaman dan pentaksiran semulakonsep-konsep kepimpinan dan pengurusan oleh guru besar dan pengetua.lni adalah kerana guru besar dan pengetua perlu menghadapi sertamenangani isu-isu ini secara spontan selama mana mereka masih menjawatjawatan sebagai pemimpin dan pengurus sekolah. lni adalah kerana, sebuahsekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorangguru besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanandan kecemerlangan mereka seharusnya didasari oleh kemampuan dankeupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan pengurusan secaraberkesan dan cemerlang.

    RUJUKAN

    Abdul Aziz Md. Noor. 2003. An investigation into the headship trainingprogramme for aspiring primary school headteachers. PhDDissertation, University of Bristol.

    Abdullah Sani Yahaya. 2005. Mengurus disiplin pelajar. Bentong: PTSPublications &Distributors Sdn. Bhd.

    Anon. 2007a. PIPP 2006-2010. Utusan Malaysia, 17 Januari: 3.Anon. 2007b. Kepimpinan sekolah jadi kunci kejayaan. UtusanMalaysia, 17 Januari: 3.AyobJantan. 2005. Pengetua sekolah yang efektif. SiriPenguruan Sekolah.

    Bentong: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

    18:

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    8/10

    Cooper, B. S., & Boyd, W. L. 1987. The evolution of training for schooladministrator. DIm. Murphy, 1. &Hallinger, P. (pnyt). Approachesto administrative training in education. Albany: State University ofNew York Press.

    Council of Chief State School Officers (CCSSO). 1996. Interstate schoolleaders licensure consortium: standards for school leaders. Wash-ington: CCSSO.

    Cuban, L. 1988. The managerial imperative and the practice ofleadershipin effective schools. New York: State University of New YorkPress.

    Culbertson, 1. 1980. Educational administration: where we are and wherewe are going. Paper presented at Fourth International IntervisitationProgram in Educational Administration.

    DfES. 1998. Teachers meeting the challenge of change. Kertas hijau.London: HMSO.DfES. 2004a. Guidance on the mandatory requirement to hold the

    National Professional Qualification for Headship (NPQH). London:Department for Education and Skills.

    DfES. 2004b. National Standards for Headteachers. London: Deparmentfor Education and Skills.

    Dimmock, C. 1999. Principals and school restructuring:conceptualisingchallenges as dilemmas. Journal of Educational Administration,37(5): 441-462.

    Edmond, R. 1979. Effective schools for the urban poor. EducationalLeadership, 37(1): 15-27.Fayol, H. 1916. General and industrial management. London: Pitman.Fidler, B. 1997. School leadership: some key ideas. School leadership&management, 17(1): 23-37.Gaban, C. S. 1982. The necessary job competencies of secondary school

    principals as perceived by school administrators in Sabah,Malaysia. Ph.D Thesis, University Microfilms International.

    1 8

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    9/10

    Hughes, M. 1985. Theory and practice in educational management, inM. Hughes, P. Ribbins and H. Thomas (eds), Managing education:The system and the institution. London: Holt, Rinehart andWinston.

    Hughes, M., &Bush, T. 1991. Theory and research as catalyst for change,inW.Walker, R. Farquhar and M. Hughes (eds), Advancing Educa-tion: School Leadership in Action. London: Falmer Press.

    Hussein Mahmood. 1989. A study of principals' perception of theircompetency needs in instructional leadership. Ph.D thesis,University of Michigan.

    Hussein Mahmood. 1997. Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Institut Aminuddin Baki. 1993. Kajian kepimpinan guru besar dalampengurusan sekolah rendah - instrumen dan cadangan. GentingHigh-lands: Institut Aminuddin Baki.

    Institut Aminuddin Baki. 2006a. Standard Kompetensi KepengetuaanSekolah Malaysia. Genting Highlands: Institut Aminuddin Baki,KPM.

    Ishak Sin. 2006. Memperkasakan kepimpinan sekolah - teori manakahyang perlu diguna pakai oleh pengetua? Kertas kerja SeminarNasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-13. AnjuranInstitut Aminuddin Baki. 4-8 Disember.

    Jemaah Nazir Sekolah. 2004. Standard kualiti pendidikan Malaysia -sekolah, pernyataan standard. SKPM1 Edisi Disember. KementerianPelajaran Malaysia.

    Koru, J. M. 1994. The assistant principals: crisis manager, custodian orvisionary. NASSP Buletin: 67-71.

    Louis, K., &Miles, M. B. 1990. Improving the urban high school: whatworks and why. New York: Teacher College Press.

  • 5/9/2018 Cabaran Kepimpinan Dan Pen Gurus An

    10/10

    Stoll, L., & Fink, D. 1996. Changing our schools. Buckingham: OpenUniversity Press.

    Taylor,F.W. 1947. Principles of scientificmanagement. New York:Harperand Row.

    The National Assembly for Wales. 2004. National Standards forHeadteachers. Wales: The National Assembly for Wales.

    WahidHashim. 2007. Pelan paling kritikal. Utusan Malaysia, 17 Januari:10.

    Weber, M. 1947. in t. Parsons (ed), The theory of social and economicorganization. New York: Collier-Macmillan.

    Zaiton Md. Noor. 2001. Masalah pengurusan sekolah yang dihadapipengetua dan guru besar yang baru dilantik. Tesis Sarjana.,UniversitiKebangsaan Malaysia.

    Zakaria Abdullah. 1996. Indikator pemimpin cemerlang: satu analisispengurusan. Jumal Pengurusan Pendidikan. Genting Highlands:Institut Aminuddin Baki.

    Dr. Norasmah Othman adalah pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan,UKM.


Top Related