BULETIN PERDANAPejabat Perdana Menteri
SEREMBAN – Sikap toleransi yang di amalkan rakyat Malaysia merupakan kunci kepada pembangunan dan keamanan negara, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata walaupun negara memiliki masyarakat berbilang kaum dan agama, namun rakyatnya tidak bermusuh sesama sendiri sebaliknya bekerjasama meraikan bersama hari kebesaran masing-masing.
Beliau berkata walaupun menganuti agama yang sama, rakyat kebanyakan negara lain tidak dapat hidup dengan aman kerana tiada sikap toleransi sehingga mengakbitkan negara itu dilanda peperangan dan ramai rakyatnya terbunuh.
Dr Mahathir turut menyeru rakyat di negara ini memperkukuh dan meneruskan sikap toleransi dalam masyarakat majmuk.
“ K i t a s e b e n a r n y a mendapat untung yang besar kerana negara kita terdapat begitu banyak kaum dan suku kaum sehingga dunia iktiraf Malaysia sebagai Truly
Asia”
[ Berita selanjutnya di www.pmo.gov.my ]Sumber: BERNAMA
Sikap Toleransi Kunci Pembangunan dan Keamanan Negara - PM
6 Feb: Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2019 8 Feb: Hari Perpaduan dan Ulangtahun ke 15 MPMNPP17 Feb: Pelancaran Dasar Komuniti Negara24 Feb: Perasmian Kompleks APM Langkawi
5 Mac: Perundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei 20196 Mac: Lawatan Rasmi ke Filipina13 Mac: Menerima Lawatan Rasmi dari TYT Moo Jae-In, Presiden Republik Korea14 Mac: Menghadiri Mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)19 Mac: Menyampaikan Ucaptama di IMKL 201922-23 Mac: Lawatan Rasmi ke Republik Islam Pakistan
2 Apr: Menghadiri Majlis Perasmian Minggu Sains Negara Pusat Sains Negara (PSN)4 Apr: Menyampaikan Ucapan Penutup di Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 20196 Apr: Majlis Pelepasan Peringkat Pertama (Kuala Lumpur – Tampin) Le Tour De Langkawi (LTDL) 20199 Apr: Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kesembilan10 Apr: Menyampaikan Ucaptama dan merasmikan Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-15, 201911 Apr: Majlis Perasmian Malaysia Autoshow 2019 anjuran MITI16 Apr: Menyampaikan Ucaptama di Majlis
Februari 2019
Mac 2019
April 2019
www.facebook.com/TunDrMahathir Emelkan aduan atau cadangan anda di [email protected]
April 2019 • Bil 2/2019
www.pmo.gov.my@chedetofficial@chedetofficial
AKTIVITI RASMI TUN DR MAHATHIR
2 Buletin Perdana • April 2019 • Bil 2/2019
PUTRAJAYA — Semua pihak terutamanya pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu menjaga sensitiviti kaum dan agama dalam negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai parti gabungan yang terdiri daripada pelbagai kaum, setiap kenyataan yang dikeluarkan tidak sepatutnya menyakitkan hati mana-mana kaum dan agama, kata beliau yang juga Pengerusi PH.
“Sama ada kita Islam atau bukan Islam tetapi teguran terhadap kaum dan agama lain jangan dilakukan oleh kita.
“Kalau ada masalah hubungan, kita perlu rujuk kepada kerajaan dan bukan keluarkan pendapat kepada khalayak ramai. Itu bukan cara kita,” katanya ketika berucap pada Sesi Pemukiman Kerajaan Negeri Johor bersama kepimpinan Kerajaan Persekutuan.
Dr Mahathir berkata perbincangan perlu dibuat secara dalam parti supaya penyelesaian dapat dicari, yang pastinya memerlukan tolak ansur daripada semua pihak.
Dr Mahathir berkata walaupun berlainan parti, namun hasrat kerajaan adalah sama iaitu untuk membangunkan negara dan negeri yang diperintah.
[ Berita selanjutnya di www.pmo.gov.my ]Sumber: BERNAMA
GAMBAR KENANGAN BERSAMA PM
KATA-KATA HIKMAH
“Ini negara kita. Kitalah
yang akan menentukan
nasib kita. Tidak ada
orang lain yang boleh
menentukan nasib
kita. Bangunlah dan
berjuanglah untuk
mencapai matlamat
Jaga Sensitiviti Agama dan Kaum - PM
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali bergambar bersama ahli-ahli Kelab Pencinta Alam selepas merasmikan Sambutan Hari Bumi di Taman Tugu
Berminat untuk gambar kenangan anda bersama Perdana Menteri Malaysia di-siarkan di dalam Buletin Perdana? Sila kirimkan gambar anda di alamat emel [email protected]. Gambar yang terpilih akan disiarkan pada edisi akan datang.
-Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sambutan Hari Malaysia ke-55
Padang Merdeka, Kota Kinabalu 16 September 2018-
3 Buletin Perdana • April 2019 • Bil 2/2019
PENJAWAT AWAM PEMANGKIN KEHARMONIAN KAUM
Oleh: Ketua Setiausaha Negara
“Kita perlu tahu akan sejarah kita kerana dengan sejarah ini lah yang menentukan kita berada seperti yang kita perolehi sekarang ini.” petikan kata-kata YAB PM,
Tun Dr. Mahathir pada Perjumpaan Bulanan YAB PM dengan Warga JPM.
Menyingkap kembali sejarah pembentukan negara, rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dari Perlis hingga ke Sabah dapat mencapai kesepakatan untuk bersatu padu dan hidup bersama bagi membentuk Negara Malaysia. Persefahaman yang dicapai ini dilengkapi dengan sikap bekerjasama dan bertoleransi yang membawa kepada perpaduan. 61 tahun kemerdekaan, kita berjaya menjadikan perbezaan di antara kita sebagai aset dalam memajukan negara sehingga kita dihormati kini. Sejarah ini bukan sekadar untuk ditulis tetapi harus terus dihayati dan diteladani hikmahnya agar tidak menjadi noktah.
Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan Malaysia juga pernah menyebut, “Dalam masyarakat kita yang berbilang kaum, adalah penting mewujudkan perpaduan yang tulen dan memelihara perasaan toleransi serta hormat menghormati antara satu sama lain.
Jika kita tidak bersatu dan sentiasa berselisih faham, curiga mencurigai antara satu sama lain, maka anasir-anasir anti-nasional ini akan senang mempergunakan keadaan bagi mencapai niat jahat yang
terselindung.
Justeru itu, kita sebagai penjawat awam yang merupakan barisan hadapan negara harus sentiasa mempromosikan dan memperkukuhkan perpaduan. Sikap toleransi dan keharmonian harus sentiasa diterap dan diamalkan dalam memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat yang berbilang kaum. Jadikan kepelbagaian dan perbezaan kaum, agama dan budaya di antara kita sebagai pemangkin positif kepada perkhidmatan yang lebih cemerlang. Bertitik tolak daripada hal ini, penggunaan media sosial dan peranan media arus perdana juga harus digunakan dengan sebaik mungkin dalam menyebarkan mesej-mesej perpaduan nasional.
Akhir kata, harapan saya agar ikatan yang kita kongsi bersama sebagai rakyat Malaysia akan terus kukuh supaya perpaduan terus menjadi tonggak kepada keharmonian, kestabilan dan kesejahteraan negara.
Penulis Tamu
Biodata Ringkas YBhg Datuk Seri Dr. Ismail bin Hj. Bakar
Tarikh Lahir : 19 Januari 1960
Asal: Batu Pahat, Johor
Kerjaya: Beliau menyertai perkhidmatan
tadbir dan diplomatik pada 13 Januari
1986. Antara jawatan penting yang pernah
disandang adalah:
2008 - 2010 : Penasihat Kanan, Ibu Pejabat
Bank Dunia, Washington D.C.
Jan - Nov 2014 : Pengarah Belanjawan,
Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian
Kewangan.
Nov 2014 - 2015 : Ketua Setiausaha,
Kementerian Pengangkutan.
2015 - Jun 2018 : Ketua Setiausaha,
Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani.
Jun 2018 - Ogos 2018 : Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Kementerian Kewangan.
Ogos 2018 - Kini : Ketua Setiausaha Negara
Pendidikan :
1983 : Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian),
Universiti Malaya.
1995 : Sarjana Pentadbiran Perniagaan,
University of Hull, United Kingdom.
2004 : Doktor Falsafah dalam Federalisme
Fiskal, University of Hull, United Kingdom.
Rujukan : https://www.ksn.gov.my/about/biodata
4 Buletin Perdana • April 2019 • Bil 2/2019
Kemajuan teknologi di era globalisasi membuatkan informasi begitu cepat beredar. Melalui
media sosial, berbilion informasi disebar luas setiap hari. Hanya dalam kiraan jam bahkan detik, apa yang terjadi ratusan bahkan ribuan kilometer jaraknya, boleh terus tersebar dan diketahui seluruh pengguna internet.
Media sosial juga memberikan seluas-luas “kemerdekaan” kepada pengguna untuk mengekspresikan dirinya, memberikan pandangan tentang apa jua perkara, atau mungkin sekadar meluahkan perasaannya yang telah sekian lama terbuku di hati, sama ada secara positif atau negatif.
Jika kita peka dan prihatin dengan keadaan yang terjadi pada ketika ini, kita pasti tahu terdapat sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk
menyebarkan fitnah, kebencian dan provokasi. Dan antara sentimen yang paling kuat dimainkan adalah kaum dan agama.
Sekiranya terdapat sebarang insiden yang berlaku, tangan-tangan “gatal” ini yang mengeruhkan suasana dengan mencetuskan provokasi. Perkara yang baru nak kembali jernih, keruh semula. Jauh lebih malang lagi apabila ianya menggambarkan kedangkalan pemikiran dan ketidakcerdikan dalam berbahasa, dan boleh mendorong kepada perkara yang merosakkan.
Sebagai pengguna media sosial, kita juga mesti biasa melihat sendiri beberapa teman kita yang sama ada sedar atau tidak turut menjadi penyebar kebencian/provokasi bernuansa kaum dan agama. Ada yang menyampaikannya secara
tersirat, ada juga secara terang-terangan dan terbuka, cuma caranya berbeza-beza. Ada yang sekadar menyampaikan (share) informasi berita, gambar atau pernyataan walaupun kebanyakan asal usul sumbernya tidak jelas. Ada pula yang aktif “menambah rencah” dengan kata-kata mereka sendiri.
Provokasi atau kebencian ibarat virus yang boleh menjangkiti siapa saja, tidak kenal usia, status sosial maupun taraf pendidikannya. Berwaspadalah kerana isu kaum dan agama begitu mudah dimanipulasi untuk mencipta kebencian sekaligus permusuhan. Perkara ini jika tidak ditangani dengan baik akan mengakibatkan kemusnahan yang lebih binasa.
Artikel ini disediakan oleh: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Bahaya Provokasi di Laman Sosial
Ilust
rasi
ole
h K
endr
ick
Ng
Tun Mahathir’s Special Address at Malaysia Social Media Week 2015 (MSMW2015) in Kuala Lumpur, 23 April 2015.Sumber : http://english.astroawani.com/malaysia-news/msmw2015-internet-should-be-censored-tun-m-58496
5 Buletin Perdana • April 2019 • Bil 2/2019
6 Buletin Perdana • April 2019 • Bil 2/2019
Adukan kepada SKMM di https://aduan.skmm.gov.my/
Nilai hidup pertama ialah kerajinan, kalau otak geliga tapi tidak baca buku tidak boleh lulus, tetapi kalau otak tidak geliga, rajin kejar ilmu, InsyaAllah kita akan berjaya. Sebab itu kalau nak jadi BANGSA BERJAYA mesti ada dua nilai hidup ini, KERAJINAN dan KEPAKARAN dalam ilmu yang kita tuntut.
Tun Dr Mahathir Mohamad, 1 April 2019,
Konvensyen Kebangkitan Harimau Asia, UiTM Shah Alam
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, MALAYSIA.
Program Food Bank Malaysia adalah hasil daripada inisiatif Zero Waste Policy yang diperkenalkan oleh KPDNHEP bertujuan untuk memastikan
semua memastikan semua rakyat mempunyai akses kepada makanan bagi mengatasi isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh
rakyat pada masa ini.rakyat pada masa ini.https://www.kpdnhep.gov.my/majlis-pelancaran-
program-food-bank-malaysia/
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga RM40 kepada keluarga miskin tegar dan miskin yang berdaftar dan disahkan
dalam Sistem eKasih.https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/
Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah,dengan memberi
fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). https://wwhttps://www.pekab40.com.my/
My100 dan My50 adalah pas yang menawarkanperjalanan tanpa had pada rangkaian kereta api dan bas Rapid KL selama 30 hari berturut-turut.
https://www.myrapid.com.my/fares-and-payments/all-tickets/faq-unlimited-pass-my100my50
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan
persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.
https://bit.ly/2Wk2xap
Bantuan Sara Hidup atau BSH adalah satu bantuan daripada Kerajaan yang ditujukan kepada beberapa
kategori penerima yang telah dikenalpasti.https://bsh.hasil.gov.my/
Pelaksanaan Skim KWSP Untuk Suri Rumah (i-SURI) diperkenalkan bagi mewujudkan jaringan
sosial dan seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa.
http://www.kwsp.gov.my/portal/documents/10180/6409248/Insentif_Suri_01012019.pdf
Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan
perlindungan kesihatan takaful percuma kepada individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun
serta pasangan mereka.https://wwhttps://www.mysalam.com.my/b40/info/
Apa yang telah Kerajaan lakukan untuk rakyat dalam tempoh 1 tahun…
Kerajaan Sentiasa BersamamuULANGTAHUN PERTAMA