Transcript
Page 1: Buletin minda pengetua 2nd ed

mastikan visi dan misi se-

kolah tercapai”, katanya.

“Saya juga mengharapkan

pemimpin pelajar ini dapat

memberikan komitmen

yang tinggi dengan

mengekalkan kompetensi

kepimpinan mereka bukan

sahaja pada masa

sekarang tetapi juga seba-

gai persediaan mereka

untuk memasuki alam

masyarakat yang sebenar

pada masa depan. Sebagai

pemimpin muda yang

bakal meneruskan legasi

kepimpinan negara masa

depan semua pelajar seha-

rusnya bersedia memban-

gunkan kompetensi diri

masing-masing dengan

nilai-nilai kepimpinan me-

lalui pelbagai medium

aktiviti pelajar di sekolah

sama ada dalam bidang

akademik, hal ehwal murid

mahupun kokurikulum,”

katanya lagi.”

Kulaijaya – Watikah per-

lantikan pemimpin pelajar

SMK Bandar Putra bagi

tahun 2011 telah disem-

purnakan oleh Supt

Zulkifly bin Yahya, Ketua

Polis daerah Kulaijaya

pada 9 Februari 2011

bertempat di Dewan Per-

dana Putra di sini.

Azman Adnan, pengetu-

anya berkata penyerahan

watikah ini melibatkan 406

orang pemimpin pelajar

meliputi pengawas seko-

lah, pengawas perpusta-

kaan, pengawas asrama,

ketua tingkatan dan

pemimpin unit beruniform,

persatuan dan kelab koku-

rikulum sekolah ini. Majlis

turut dihadiri oleh En. Ab-

dul Shukur Md Radi, wakil

PIBG dan 1300 orang

murid serta guru-guru

sekolah ini.

“ Majlis penyerahan wati-

kah ini julung kali ini

diadakan bertujuan untuk

memberikan pengiktirafan

kepada semua pemimpin

pelajar sekolah ini untuk

melaksanakan tanggung-

jawab yang diamanahkan

dengan cekap dan berke-

san bagi membantu me-

Watikah Pembangkit Semangat

- 406 pelajar terima watikah pelantikan pemimpin

Aireen Najwa

- Tokoh Nilam Kulaijaya 2011

Aireen Najwa sekali lagi

mengulagi kehebatan

kemenjadian murid SMK

apabila memenangi anu-

gerah berkenaan di per-

ingkat daerah Kulaijaya

bagi tahun 2011.

Beliau akan mewakili

Kulaijaya ke Anugerah

Tokoh Nilam peringkat

negeri Johor yang akan

diadakan pada 2 Mac

2011 akan datang di Ba-

hagian Teknologi Pen-

didikan Negeri Johor.

Tahniah kepada Aireen

dan kita raikan kejayaan

ini bersama dengan doa

kemenangan di pering-

kat negeri kelak.

EDISI 2/2011 - 10 FEB. 2011

MINDA PENGETUA

Intipati Ucapan

Perasmian oleh

Supt. Zulkifly

Yahya

“Kita mesti bangga den-

gan kejayaan hasil usaha

gigih kita selama ini”

“Murid kini adalah pen-

erus perjuangan pemim-

pin masa depan”

“Kecemerlangan minda

mesti seiring dengan

kecemerlangan sahsiah

dan ketrampilan kepimpi-

nan”

“Elakkan terlibat dalam

gejala social remaja yang

boleh melemahkan

minda”

P&P Berkesan 2

Pemimpin 360 Darjah 2

Kerjasama 3

Anjakan Paradigma 4

Salah laku siber 5

Kisah Jam 5

Misteri Lampu Men- 6

Petikan berita yang tersiar

dalam

akhbar

MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya.

SMK Bandar Putra, Jalan Nuri 9, Bandar Putra, 81000 Kulaijaya

Menarik di dalam

Page 2: Buletin minda pengetua 2nd ed

1. Memberi bantuan klinikal Kebolehan guru utk mendiag-

nostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan

menyediakan pengalaman pembela-

jaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu.

Guru hendaklah bertindak sebagai

seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakit-

nya. Oleh itu peranan guru adalah

membantu, memulih dan mem-bimbing sesuatu kemahiran se-

hingga mereka mampu mengua-

sainya.

2. Merancang pengajaran Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembela-

jaran yg sesuai utk pelajar dan

membuat penilaian terhadap penca-paian pelajar. Perancangan yg teliti

terhadap perkara-perkara itu di-

harapkan akan menghasilkan ke-

jayaan seperti yg dirancang.

3. Melaksanakan pengajaran Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar.

Kemahiran dan keupayaan guru

melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan

merangsang diri pelajar mengguna-

kan kaedah pembelajaran yg betul.

4. Pengurusan bilik darjah Menyediakan suasana pembela-

jaran dan persekitaran yg sesuai,

menarik dan selesa dalam bilik

darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan

itu akan memudahkan guru melak-

sanakan pengajaran mereka.

5. Memantau kemajuan Menilai dan melaporkan secara

sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan

latar belakang peribadi. Pelaporan

ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan

menilai peningkatan pencapaian

pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga

akan dapat digunakan oleh guru

lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.

6. Menyayangi pelajar Perbuatan, tuturkata dan ting-

kahlaku guru yg menggambarkan

sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mem-

percayai, membimbing, memberi

sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru

melaksanakan tugas dgn perasaan

gembira dan menyeronokkan.

gup tidak diberi imbuhan ker-

ana melakukannya seperti mana

dikecapi oleh pemimpin ata-

sannya.

Sementara memimpin silang

membawa konotasi, seseorang

pemimpin berkenaan bertindak

seperti rakan kepada rakan-

rakan dalam organisasinya.

Hakikatnya persahabatan meru-

pakan asas penting untuk mem-

pengaruhi orang lain. Rakan

sejawat akan sentiasa menden-

gar kita, mencari asas per-

samaan antara kita, mempunyai

elemen kecindan (humor), dan

sentiasa mahu berkongsi

keadaan sebenar dalam waktu

orang lain tidak mahu melaku-

kannya. Inilah yang menjadi

matlamat pemimpin 360 darjah.

Ketiganya, pada peringkat

memimpin ke bawah bermak-

sud bagi mereka yang sudah

berada pada tahap pemimpin

paling atas, mereka harus ber-

gerak dengan penuh hikmah

dan berhati-hati merentasi ra-

kan seorganisasi. Pemimpin

perlu melihat mereka dengan

Hampir 2 bulan saya mem-

peroleh buku 360-Degree

Leader (Pemimpin 360-Darjah)

versi Bahasa Melayu tulisan

John C Maxwell, hadiah dari-

pada seorang rakan, baru hari

ini saya dapat habis memba-

canya. Agak menyeronokkan

kerana input baru.

Maxwell cuba meleraikan ma-

salah yang sering menghantaui

ramai pemimpin yang sukar

memimpin kerana tidak berada

di kedudukan paling atas. Me-

lalui "Pemimpin 360 Darjah"

beliau mengutarakan gagasan

memimpin ke atas, memimpin

ke bawah dan memimpin secara

silang. Ini bermaksud semua

anggota dalam organisasi dapat

berfungsi sebagai pemimpin

mengikut atau pada kedudukan

masing-masing.

Pada tahap memimpin ke atas,

pemimpin akan membantu

ketuanya untuk memimpin,

melakukan perkara-perkara

yang tidak boleh dilakukan oleh

orang lain seperti yang diharap-

kan oleh ketuanya serta sang-

penuh harapan, keyakinan,

percaya keupayaan mereka

untuk melaksanakan impian

organisasi dan sentiasa mem-

punyai sikap mendorong

kepada subordinat, malah

memimpin pengikut dengan

memahami hakikat mereka

sebagai individu dan bukannya

kelompok semata-mata. Dalam

proses memimpin ke bawah ini

memerlukan ciri kebijaksanaan

tinggi pada pemimpin berke-

naan.

6 Strategi Pembelajaran dan Pengajaran Berkesan

Pemimpin 360 Darjah Maxwell cuba

meleraikan

masalah yang

sering

menghantaui

ramai pemimpin

yang sukar

memimpin kerana

tidak berada di

kedudukan paling

atas.

MINDA PENGETUA

Mudah diperolehi

sama ada dalam

versi Inggeris atau

bahasa Malaysia

Pembelajaran berkesan meli-

batkan perancangan, pelak-

sanaan, penyeliaan, tindak

ikut dan penambahbaikan

serta proses bimbingan yang

berkesan

Halaman 2

Page 3: Buletin minda pengetua 2nd ed

Apa yang penting?………

kerjasama. Segmen dari-

pada cerita “Wonder Pets”

yang saya paparkan di atas

itulah juga yang kalimatnya

yang sering anak bongsu

saya tonton di kaca TV iaitu

rancangan Wonder Pets dan

sering menyanyikannya. Ia

amat menarik perhatian saya

untuk menulisnya kerana

kalau anak-anak yang masih

kecil boleh mengambil ikti-

bar moral melalui cerita-

cerita binatang ini, apatah

lagi kita orang yang dewasa.

Satu ketika dulu semasa

saya masih kecil, nenek saya

sering bercerita tentang

cerita-cerita binatang (sang

kancil dan buaya, kucing

dengan anjing, arnab dan

kura-kura serta cerita-cerita

lain yang penuh dengan pen-

gajaran dan moral. Kini

cerita-cerita binatang ini

sebenarnya masih punya

banyak peranan untuk men-

didik anak-anak kita. Cuma

yang membezakannya ialah

medium yang digunakan

sahaja. Dulu – melalui cerita

lisan sedangkan kini – me-

dia elektronik.

Bagaimanapun marilah

sama-sama kita hayati apa

maksud kalimah KER-

JASAMA ini atau dalam

bahasa arab disebut Taawun.

Apabila kita membongkar

khazanah Al Quran dan As-

Sunnah banyak membicara-

kan tentang kepentingan

memupuk dan memelihara

semangat kerjasama. Hidup

bermasyarakat, hidup saling

bantu-membantu, konsep

kerjasama seperti ayat yang

dirakamkan di dalam surah

Al-Maidah ayat yang kedua

menyebut,

“Bertolong-tolonglah kamu

kepada perkara kebaikan dan

janganlah kamu bertolong-

tolng kepada perkara keja-

hatan”. (Surah al-Maidah ; 2)

Ayat ini menegaskan ke-

wajipan sesama umat manusia

menolong di antara satu sama

lain di dalam perkara kebai-

kan dan landasan keimanan.

Tetapi pada masa yang sama,

umat manusia ditegah sama

sekali bertolong bantu di

dalam perkara dosa dan juga

permusuhan. Walaupun niat-

nya betul tetapi jalannya salah

juga ditegah dalam Islam

seperti Zorro mencuri untuk

membantu jiran kemiskinan.

Begitu juga dalam or-

ganisasi, tanpa amalan ker-

jasama tidak mungkin kita

mampu melaksanakan semua

tugas dengan berkesan bagi

mencapai matlamat or-

ganisasi. Tiada manusia yang

dapat hidup bersendirian

tanpa bantuan daripada orang

lain. Dalam organisasi kita

umpama sebatang lidi yang

mempunyai peranan masing-

masing dan jika lidi-lidi ini

dapat ditautkan menjadi se-

cekak umpamanya maka bo-

lehlah kita gunakannya untuk

menyapu agar kawasan kita

menjadi bersih. Jika kita um-

pamakan diri kita sebagai lidi,

dengan kerjasama yang baik

dalam kumpulan pastinya kita

dalam melakukan yang ter-

baik untuk organisasi kita.

Dalam kumpulan panitia

contohnya, jika ada 4 atau 5

orang guru maka mudahlah

kita melaksanakan apa juga

aktiviti – daripada merancang

program, melaksana program,

membuat soalan penilaian,

membuat penilaian dan seba-

gainya. Maka disarankan agar

kita sentiasa bekerja dalam

satu kumpulan atau pasukan

yang mantap. Istilah kerja

sepasukan ini amat popular

sekarang. Pasukan bola sepak

tidak mampu menang kalau 11

orang pemain tidak dapat me-

mainkan peranan mengikut

posisi masing-masing. Tugas

untuk memenangkan pasukan

bukan digalas oleh striker sa-

haja tetapi semua pemain ter-

masuk penjaga gol dan pen-

yokong.

Mari kita sorot kembali

sejarah peristiwa hijrah, salah

satu kisah bersejarah di dalam

lipatan sejarah umat Islam

telah pun menzahirkan peri

pentingnya semangat ker-

jasama dan ia disemai dan

dibajai di dalam setiap sa-

nubari umat Islam. Melalui

peristiwa ini, seluruh para sa-

habat dan pengikut Nabi Mu-

hammad SAW bersatu sepe-

nuh hati, jiwa dan raga ber-

sama- sama menjayakan misi

hijrah demi menyelamatkan

Islam.

Yang paling penting, fak-

tor keberjayaan misi hijrah

Nabi adalah disebabkan se-

mangat “kerjasama” yang cu-

kup ampuh di kalangan saha-

bat para sahabat pada ketika

itu. Senjata “kerjasama” inilah

yang menjadi formula ke-

jayaan misi Hijrah Nabi yang

penuh berstrategi. Sebagai

contoh, di dalam misi Hijrah

Nabi, Sayyidina Ali memai-

nkan peranan yang cukup

penting apabila beliau meng-

gantikan tempat tidur Nabi

ketika Nabi diancam oleh

Kafir Musyrik.

Apa yang penting...Kerjasama..

Halaman 3

Di dalam perjalanan

Hijrah ke Madinah

pula, Sayyidina Abu

Bakar berperanan me-

nemani Rasulullah

sepanjang perjalanan

menuju ke destinasi.

Ini merupakan contoh

yang membawa

pengertian dan kesan

yang cukup besar

tahap pentingnya kon-

sep kerjasama ini diha-

yati dan dibudayakan

dalam kehidupan se-

harian.

Seperti dalam cerita

kartun “Wonder Pets”,

Apa yang penting ?

…….kerjasama…..

Kita pula bagaimana?

Marilah kita menjadi-

kan nilai yang dimak-

tubkan sebagai antara

nilai-nilai yang perlu

diterap dalam jiwa

penjawat awam seba-

gai kebiasaan, seterus-

nya amalan dan bu-

daya bekerja kita. In-

syallah.

Watak kartun wonder Pets

yang digemari kanak-kanak

“ Semua pencapaian

manusia, semua

kekayaan yang dimiliki

adalah bermula dengan

satu idea”

- Napoleon Hill

Page 4: Buletin minda pengetua 2nd ed

MINDA PENGETUA

tahuan. Individu dalam organisasi

perlu mengubah paradigma lama

mengenai peranan mereka dalam

konteks peranan baru ini yang

memerlukan pembudayaan penge-

tahuan. Pemesatan dan perubahan

di bidang atau peringkat lain yang

sekaligus mempengaruhi or-

ganisasi dan individu seperti K-

ekonomi, kerajaan elektronik,

perdagangan elektronik dan seba-

gainya akan menuntut penilaian

semula kepada bentuk dan cara

kita berfikir, berkhidmat dan men-

dapat perkhidmatan. Perubahan-

perubahan lain dalam falsafah

organisasi seperti keutamaan

kepada pelanggan, kualiti, akaunt-

abiliti, budaya kerja cemerlang

dan lain-lain memerlukan indi-

vidu menyemak kembali cara dan

struktur pemikiran yang membo-

lehkan pemindahan dan penye-

suaian dibuat segera.

Anjakan paradigma dalam

konteks semua ini bermakna men-

gubah kerangka pemikiran kepada

realiti-realiti yang dibawa oleh

perubahan-perubahan ini serta

bertindak mengikut tuntutan-

tuntutan paradigma baru. Anjakan

paradigma ini juga sesuai diguna-

kan untuk menerangkan peri

penting perubahan untuk sesuatu

kemajuan berasaskan teknologi

Perkataan anjakan paradigma per-

nah dipopularkan oleh Thomas Kuhn

dalam tahun 1963 (The Structure of Sci-

entific Revolution – www. Takethe-

leap.com). Mengikut Kuhn, kemajuan

saintifik bukanlah satu proses evolusi,

tapi satu siri selingan damai yang disen-

tak oleh revolusi intelektual yang meng-

gegarkan. Dalam revolusi ini berlaku

satu penggantian dalam tassawur atau

konsep 'world view'.

Definisi paradigma di sini lebih meru-

juk kepada paradigma sebagai model,

pola atau cara kita melihat dan menilai

satu realiti atau keadaan - satu set pera-

turan atau kerangka yang kita pegang.

Apabila berlaku perubahan dalam para-

digma, maka ini disebut sebagai satu

anjakan paradigma. Dalam banyak

aspek, kehidupan manusia telah banyak

berubah. Perubahan ini telah di pacu

oleh pelbagai faktor seperti teknologi

maklumat dan juga kemajuan di bidang

sains yang lainnya. Perubahan- peruba-

han ini akan mencetuskan perubahan-

perubahan lain seperti cara kita berkerja

dan seterusnya menuntut penilaian

kepada aspek-aspek kerja yang lain dan

yang berkaitan. Pemikiran kita juga ha-

rus berubah bagi membolehkan kita

terus berfungsi seiring dengan tuntutan-

tuntutan baru ini.

Secara ringkasnya 'anjakan para-

digma' seperti yang mudah untuk kita

fahami ialah bermaksud 'ubah kaedah

atau ubah cara lama'. 'Ubah' ini terma-

suklah tukar, buang, tinggalkan, perbaiki

dan sebagainya. Dan 'cara' pula ini ter-

masuklah ruang-lingkup gaya

pemikiran, kaedah,pentadbiran, teknik,

'approach' dan yang sama erti den-

gannya..

Di peringkat organisasi sekolah mis-

alnya, telah timbul keperluan sekolah

menjadi sebuah organisasi pembelajaran

serta dianggotai oleh individu berpenge-

atau rekacipta terkini kepada masyara-

kat. Ini membawa maksud, paradigma

akan sentiasa berubah selaras dengan

perubahan dunia semasa. Apa sahaja

yang menjadi perkara baru pada hari

ini akan segera menjadi basi pada

keesokkannya. Lebih-lebih lagi yang

bersangkutan dengan ICT yang sen-

tiasa berinnovasi menyajikan

teknologi terkini. Contohnya telefon

bimbit, notebook dan sebagainya. Ker-

ana apabila satu teknologi baru dite-

mui untuk mengatasi teknologi yang

lama, maka satu anjakan paradigma

diperlukan bagi menerima pakai para-

digma yang baru tadi. Kebarangkalian

untuk ketinggalan dalam perlumbaan

teknologi amat tinggi jika tidak sen-

tiasa dikemaskini dengan input terk-

ini.

Paradigma yang sedia ada selalu

dikategorikan sebagai paradigma zon

selesa atau comfort zone. Justeru,

amat berat bagi mereka untuk mening-

galkan paradigma zon selesa itu. Le-

bih-lebih lagi ia tidak mengganggu

gugat status-quo yang dikecapi. Oleh

itu, untuk melakukan anjakan para-

digma, ia memerlukan satu kesedaran

dan kekuatan dalaman untuk merobah

kebiasaan itu. Melainkan mereka

mendapati zon selesa itu tidak lagi

sesuai dengan gaya hidup mereka, lalu

inginkan perubahan yang total, maka

disitu anjakan paradigma lebih mudah

dilakukan.

Contoh paling mudah berkaitan

dengan teknologi jam yang kita pakai

setiap hari. Dahulu pembuat jam

mekanikal terkemuka dunia dikuasai

oleh orang Swiss. Tidak mengguna

bateri dan mereka sangat bangga den-

gan kepakaran itu. Tiada siapa yang

boleh menggalahkan orang Swiss

dalam kaedah pembuatan enjin jam.

Akibatnya mereka leka dan selesa

dalam paradigma itu lalu tidak mem-

Memahami Anjakan Paradigma

- penyelesaian kepada kemajuan dan penambahbaikan

Halaman 4

Page 5: Buletin minda pengetua 2nd ed

perdulikan idea dan teknologi baru

yang lebih bernas. Sehinggalah, Seiko

dari Jepun, membuat 'reverse engineer-

ing' terhadap teknologi Quartz. Iaitu

mengubah keseluruhan paradigma enjin

mekanikal kepada enjin Quartz yang

menggunakan bateri. Ini telah mengaki-

batkan perubahan menyeluruh terhadap

industri tersebut. Penerimaan jam

Quartz yang begitu menggalakkan dari

pengguna seluruh dunia menyebabkan

penjualan jam mekanikal Swiss jatuh

merudum. Hampir-hampir mereka

gulung tikar. Akhirnya, pengusaha jam

Swiss terpaksa berubah dan menerima

pakai paradigma baru dengan mem-

perkenalkan jam Swatch berenjin

Quartz untuk menandingi Seiko ke-

luaran Jepun. Mereka bernasib kerana

cepat sedar dan berubah untuk kekal

dalam persaingan sehingga sekarang.

Untuk beranjak ke satu paradigma

yang baru seseorang perlu berani men-

gambil risiko. Walaupun begitu,

menolak yang lama dan mengganti baru

bukan bermakna benci, hanya pemba-

haruan yang dicari untuk menghasilkan

produk/output yang lebih menguntung-

kan/menyenangkan sesuai dengan tun-

tutan zaman. Ia juga berkait dengan

lumrah alam, yang lamakan pergi, yang

baru mengganti. Silih berganti hari

demi hari. Cuma perkara yang baru dan

beranjak dari yang lama kepada yang

baru sahaja mungkin terpaksa mengha-

dapi pelbagai macam cabaran, kesu-

karan dan penerimaan dari segi mental

dan fizikal. Malah dalam Islam sendiri

kita sering mendengar konsep hijrah

dan kebaikannya. Selagi tidak

memesong akidah, anjakan paradigma

harus dilakukan demi kebaikan. Ia

berkonsepkan 'hijrah' dari satu ruang-

lingkup lama ke ruang-lingkup baru,

dari melakukan kejahatan kepada ke-

baikan, dari kesusahan ke kesenangan

dan begitulah seterusnya.

********************************

Alkisah, Seorang pembuat jam tangan berkata

kepada jam yang sedang dibuatnya.

“Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik

paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”

“Ha?,” kata jam terperanjat,

“Saya tak sanggup?” Tukang jam pun ter-

diam….

“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?”

“ha…lapan puluh enam ribu, empat

ratus kali? Dengan jarum yang

kecil seperti ini?” jawab jam penuh

ragu.

Tukang jam pun terdiam….

“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam

satu jam?” “Apaa..Dalam satu jam harus ber-

detik 3,600 kali?”

“Banyak sangat tu…” respon jam ragu-ragu

dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam pun terdiam…. Lalu tukang jam itu

dengan penuh kesabaran kemudian bercakap

kepada si jam.

“Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu

kali setiap saat?” “Haaaa, kalau begitu, aku

sanggup!” kata jam dengan penuh yakin.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik

satu kali setiap saat. Tanpa terasa, detik demi

detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar

biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh

dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu juga ber-

erti ia telah berdetik sebanyak 86,400 kali

dalam sehari..dan 3,600 kali dalam satu

jam..dan tentu saja 31,104.000 kali selama seta-

hun.

Kes buli siber yang semakin menular di

sekolah merupakan satu lagi cabaran baru

bagi warga pendidik dan ibu bapa untuk

bekerjasama dalam menangani masalah

disiplin di kalangan pelajar. Kewujudan

teknologi internet dengan pelbagai kemu-

dahan dan begitu mudahnya untuk mem-

bangunkan web dan blog telah menyebab-

kan penyebaran maklumat palsu, tulisan

berbentuk cercaan, menghina dan men-

gugut melalui khidmat pesanan ringkas

(SMS) dan Internet seperti laman sembang

facebook, twitter serta rakaman video yang

disebarkan di kalangan pelajar yang boleh

memberi kesan emosi terhadap mangsa.

Lihat sahaja di laman Youtube yang mema-

parkan pelbagai aksi pelajar malah ada

sebahagiannya amat keterlaluan bukan

sahaja di negara ini tetapi juga di negara-

negara yang lain. Begitu juga ruangan fo-

rum yang bukan sahaja memaparkan ba-

hasa yang kesat, slanga malah lucah juga.

Ini merupakan masalah disiplin baru di

negara ini tetapi ia telah lama berlaku den-

gan meluas di kalangan pelajar di negara

barat yang mengakibatkan penderaan men-

tal. Ia akan memberi kesan yang cukup

buruk kepada mangsa apabila keadaan

begitu tertekan. Sehubungan itu sebagai

langkah awal guru dan semua pihak yang

berkepentingan dengan pendidikan perlu

memantau aktiviti pelajar dan lebih

mendekati mereka yang mungkin merasa

resah dan terancam dalam diam. Apa yang

paling penting ibu bapa juga perlu mengin-

gatkan anak-anak agar tidak menyalah-

gunakan kemudahan teknologi maklumat

dan tidak menggunakan kesempatan untuk

menjejaskan imej dan memburuk-burukkan

rakan sebaya, guru, imej sekolah dan

bidang pendidikan itu sendiri.

Inilah cabaran baru yang perlu ditan-

gani oleh warga pendidik di sekolah. Un-

tuk menanganinya memerlukan perhatian

dan kerjasama semua pihak – KPM, warga

pendidik, ibu bapa dan pelajar-pelajar

sendiri. Kita seharusnya menggalakkan

keterampilan pelajar dalam memban-

gunkan pelbagai blog dan web tetapi seha-

rusnya menjurus kepada aspek-aspek yang

positif sahaja dan bukannya menjadi-

kannya medium untuk memburuk-

burukkan pihak lain, memaparkan gambar

dan aksi yang memualkan dan elemen-

elemen yang tidak membina minda dan

integriti.

KISAH JAM

Moral daripada cerita ini ialah ……

ada kalanya kita ragu-ragu dengan

segala tanggungjawab yang terasa

begitu berat. Namun sebenarnya jika

kita sudah melaksanakannya, ter

nyata kita mampu, bahkan sesuatu

yang mungkin kita anggap tidak

mampu laksanakannya adalah mudah

untuk dibuat. Jangan berkata “tidak”

sebelum anda mencubanya.

“ Kreativiti wujud di mana-mana. Anda tidak dapat lari daripadanya. Apa

yang penting ialah mengusahakannya dan melakukan perubahan”

“ Kepuasan hidup ialah apabila kita menjadi dewasa seperti sekarang dan men-

gimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak-kanak tetapi apa yang lebih mem-

berangsangkan ialah menyedari bahawa kita telah membesar menjadi seorang yang

kita impi-impikan semasa kecil. Inilah yang dikatakan impian yang terkabul”

- Walt Disney -

Salah laku siber - cabaran

baru pendidikan

Halaman 5

Page 6: Buletin minda pengetua 2nd ed

banyak cerita sekolah yang diketahuinya.“Cikgu pasti ke hendak masuk

ke pejabat? Cikgu ada kunci ke?” Dia bertanya bertalu-talu. Daripada

nada suaranya, kelihatan seolah-olah dia keberatan untuk menerima cadanganku.“Saya memang ada membawa kunci. Saya memanggil

kamu ke sini untuk menyiasat mengapakah lampu berkenaan bernyala,”

jelasku kepadanya.Kami berdua mendaki tangga pejabat perlahan-lahan. “Entah-entah ada penceroboh tak?” Soalku kepada kepada

Penyelia Asrama bagi menangkan hati. Soalan itu tidak berjawab,

sebaliknya dia hanya memandang mukaku dengan seribu satu persoalan.Aku terkejut apabila mendapati bahawa pintu pejabat tidak

berkunci. Pengetua juga tidak kelihatan di pejabatnya.

“Cari siapa?” Tiba-tiba terdengar suara dari belakang. Aku kenal

suara itu.“Oh, cikgu, terkejut saya,” jawabku kepada Pengetua dalam

keadaan kaget. Aku dan Penyelia Asrama tanpa diarah terus bersalaman dengannya. “Kenapa? Kamu takut?” Tanyanya meneka

hati kami berdua.“Tidak, tadi semasa saya datang ke sekolah, pejabat

ini gelap tetapi tiba-tiba saya lihat terang benderang. Sebab itu kami ke sini untuk melihat keadaan yang sebenar,” balasku menerangkan

keadaan.

“Oh....begitu. Tadi saya sebenarnya dari Putrajaya, tetapi singgah

sekejap untuk meminit dan membaca surat-surat masuk. Takut ada

surat penting dan perlukan tindakan segera,” jelas Pengetua panjang lebar.

Aku dan Penyelia Asrama saling berpandangan dan secara tidak disedari kami tersenyum sendiri. Aku sebenarnya amat kagum dengan

kejadian yang kualami pada hari ini.

Sejak hari itu, tiada lagi kedengaran cerita-cerita lampu pejabat

menyala, kerana kami tahu bahawa Pengetua yang kerap datang ke

sekolah tanpa mengira waktu untuk menyiapkan tugas, terutamanya

ketika beliau berada di luar kawasan.

Hari itu, seperti biasa aku

hadir ke sekolah pada pukul 8.45 malam. Tujuannya untuk melihat

keadaan asrama sekolah. Peman-

tauan perlu dilaksanakan secara kerap agar murid-murid asrama

sentiasa belajar terutamanya pada

waktu yang telah ditetapkan.

“Assalamualaikum cikgu,” tegur

seorang murid ketika bertemu den-ganku semasa hendak menuju ke

tempat belajar. “Waalaikumsalam,”

jawabku ringkas.

Suasana sekolah tenang sahaja.

Telah menjadi kebiasaan bagiku untuk datang ke asrama melalui

kawasan sekolah. Aku jarang meng-

gunakan pintu pagar utama asrama. Kelihatan murid-murid berbaris

menuju ke tempat belajar yang telah

ditetapkan. Begitulah keadaannya setiap malam. Sebelum ke asrama,

aku sempat melihat sepintas lalu keadaan sekolah. Lampu-lampu di

kaki lima memancarkan cahaya

menerangi kawasan sekolah.

Hatiku agak keberatan untuk

meninjau kawasan blok belakang sekolah. Terngiang-ngiang di

telingaku kata-kata beberapa orang

rakan terhadap sekolah ini.

“Cikgu, sekolah ini agak pelik

sedikit, bilik muzik tu kadang-kala pendingin hawanya boleh terpasang

sendiri,” terang seorang guru tanpa

kupinta pada hari pertama aku ditempatkan di sekolah ini.

“Mungkin guru terakhir yang menggunakan bilik itu terlupa

memadamkannya tak?” Balasku

“Atau mungkin suisnya telah rosak, boleh juga menyebabkan keadaan itu

berlaku,” terangku lagi walaupun

tidak dipinta. “Tidak cikgu, lampu pejabat tu pun

kadang-kadang terang benderang

walaupun ia telah dipadamkan ketika pekerja pulang,” sambung seorang

cikgu yang lain.

Sambil menyambut tangan murid

yang ingin bersalam denganku ketika

mereka ke tempat belajar, aku meneruskan perjalanan ke asrama. Di

pejabat asrama aku memeriksa

beberapa dokumen seperti laporan harian penghuni, buku laporan

warden dan beberapa fail asrama.

“Apa khabar cikgu?” Tegur

Penyelia Asrama. “Bila cikgu

datang?” Tanyanya lagi sebelum

sempat aku membalas

salamnya.“Waalaikumsalam, saya baru sampai kira-kira sepuluh

minit tadi,” terangku kepada

Penyelia Asrama.Penyelia Asrama Sekolah memang kerap datang

waktu malam. Selain memantau

keadaan asrama, beliau selalunya mengutip yuran makan murid pada

waktu malam.“Saya ingin ke

sekolah pula untuk melihat serta memantau murid-murid belajar,”

kataku kepada Penyelia

Asrama.“Tengoklah cikgu, saya pun sebentar lagi juga akan ke

sana sebelum pulang ke rumah,”

balasnya.Aku terus keluar dari pejabat asrama untuk ke sekolah

semula.Sampai sahaja di tepi

dewan sekolah, aku terkejut. Tiba-tiba aku terpandang bilik pengetua

terang-benderang. “Tadi aku rasa

pejabat gelap tanpa cahaya,” aku berkata dalam hati.“Boleh tak

datang ke sekolah sekarang juga?”

Pintaku kepada Penyelia Asrama dengan menggunakan telefon

bimbit.“Ada apa cikgu?”

Tanyanya.

“Datang sahaja, saya nak minta

tolong. Saya sekarang di tepi

dewan,” jelasku.Tidak sampai 3 minit, Penyelia Asrama sudah

terpacak di depanku.“Cuba awak

lihat, lampu bilik pengetua terpasang. Tadi masa saya ke

asrama, keadaannya gelap sahaja.

Pengetua hari ini bermesyuarat di Putrajaya,” aku menerangkan

situasi yang sebenarnya.

“Jadi apa kita nak buat cikgu?”

Tanya Penyelia Asrama itu

lagi.“Kita kena padam lampu tu,” kataku.Tanpa berbicara, muka

Penyelia Asrama kelihatan agak

keberatan dengan cadanganku itu. Aku dapat meneka bahawa dia

juga tertanya-tanya mengapa keadaan ini boleh berlaku. Apa

yang pasti, beliau telah

ditempatkan di sekolah ini lebih awal daripadaku. Pasti lebih

Misteri Lampu Menyala Penulis : En. Mohamed Yusof Mohamed

En. Mohamad Yusof bin Mohamed merupakan mantan Penolong

Kanan (Pentadbiran) SMK Bandar Putra. Kini beliau bertugas seba-

gai Pen. Pengarah (Sekolah Berasrama Penuh, Kluster dan Program

Khas), Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Halaman 6

MINDA PENGETUA hanya untuk terbitan dan edaran dalaman sahaja. Kandungan, susun letak, grafik dan suntingan oleh En. Azman Adnan, Pengetua SMK Bandar Putra, Kulaijaya.


Top Related