Download - Buletin Akhir

Transcript

KELUARAN TERAKHIR SEMPENA PESTA SUKAN IPTIM 2011 l SAYONARA

PENGHARGAAN

EDISI KHAS| 29/10/11 2 ZULHIJAH 1432 SABTU

Pesta Sukan IPTIM 2011 sudah melabuhkan tirai. Genap sudah tujuh (7) hari Pesta Sukan IPTIM 2011 berlangsung di Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya. Maka, sudah sampai saat yang dinanti-nantikan iaitu majlis penutupan Pesta Sukan IPTIM 2011 yang berlangsung di dewan Al-Malik Faisal. Tepat jam lima (5) petang, majlis ini berlangsung dan dirasmikan oleh Professor Madya Dato’ Dr. Syed Zahir Idid Syed Osman. Di dalam ucapannya, beliau mengatakan bahawa pesta sukan ini mampu menjalin ukhuwah Islamiyyah antara antara atlit,sukarelawan mahupun jawatankuasa yang terlibat. Beliau juga ada mengutarakan bahawa pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia akan duduk satu meja bagi berbincang mengenai insentif yang akan diberikan kepada atlit - atlit yang menunjuk-kan prestasi yang cemerlang dalam acara sukan dalam usaha menyediakan bintang-bintang sukan yang mampu melonjakkan nama Malaysia terutamanya yang kini ketandusan atlit yang benar – benar menyer-lah.

Seterusnya, dewan terus dihangatkan lagi dengan sesi penyampaian hadiah. Semua pemain berdebar-debar menantikan pengumuman bagi juara keseluruhan pesta sukan ini. Juara keseluruhan Pes-ta Sukan IPTIM 2011 telah dimenangi oleh kontinjen tuan rumah, Pusat Asasi, Universiti Islam Antarabang-sa Malaysia, Petaling Jaya dengan pungutan pingat emas sebanyak lima (5), perak (2) dan gangsa (2). Setinggi – tinggi tahniah diucapkan kepada kontinjen tuan rumah.

Kemudian, tuan rumah bagi Pesta Sukan IPTIM yang akan datang iaitu Kolej Universiti Islam

Selangor (KUIS) telah diumumkan. Setelah berakhirnya penyerahan bendera Pesta Sukan IPTIM kepada

bakal tuan rumah, maka berakhirlah sudah Pesta Sukan IPTIM 2011. Diharapkan semangat kesukanan

dan ukhuwah yang terjalin terus berkekalan. Majulah sukan untuk IPTIM.

Selamat tinggal pesta sukan iptim 2011

Apakah perasaan anda setelah Pesta Sukan IPTIM 2011 tiba di penghujungnya?

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana Pesta Sukan IPTIM 2011 berjalan dengan lancar tanpa sebarang masa-lah. Walaupun saya berasa agak sedih, namun secara keseluruhannya saya tetap gembira.” Nor Izzatul Farha Azmi Atlit Badminton Beregu Wanita, IIC

“Saya pasti akan merindui suasana Pesta Sukan IPTIM pada tahun ini. Namun, pada masa yang sama saya berasa gembira kerana dapat menimba pengalaman baru dan me-rasai sendiri suasana kehidupan di sini.” Nurul Fajrina Jamilus Atlit Bola Jaring, Kolej UNITI

KELUARAN TERAKHIR SEMPENA PESTA SUKAN IPTIM 2011 l SAYONARA


Top Related