Download - Buku skrap msk3153
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
KRAF TRADISIONAL
1
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
Kraf tradisional bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam
menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satugenerasi seperti
membuat tembikar, batik, ukiran, tenunan, anyaman, tekat,wau, gasing perhiasan diri dan
lain-lain lagi. Kraf tradisional adalah merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan
nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tradisional, kaya denganunsur-
unsur budaya dan ini jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, gerak, dan
warnanya. Barang-barang kraf ini dihasilkan mengikut kaedah reka bentuk dan hiasan
tertentu. Bahan yang digunakan tidak terhad. Kebanyakan barang-barang kraf ini pada
asalnya dihasilkan adalah untuk kegunaan harian atau untuk sesuatu kerohanian. Tukang
pandai Melayu terus berusaha mencipta bukan sahaja untuk menghasilkan barang untuk
tujuan kegunaan tetapi juga penghasilan bahan yang indah untuk berbagai-bagai tujuan.
Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya
ciptadan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.
Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
1. Alat Domestik
2. Alat Permainan
3. Alat Pertahanan Diri
4. Batik
5. Seni Tekat
6. Tembikar
7. Seni Anyaman
8. Seni Ukiran Kayu
BATIK
2
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke
15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada
masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi
kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula
diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik
berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau
menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di
alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun
1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di
Kelantan dan Terengganu.
MOTIF BATIK
Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses
melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk
utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam
semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.
CONTOH MOTIF ORGANIK
1.Motif Ayam
2.Motif Bunga Buluh
3.Motif Bunga Kerak Nasi
4.Motif Bunga Kotak Bercampur
5.Motif Bunga Orkid
6.Motif Bunga Raya
7.Motif Daun Sireh
8.Motif Geometrik
9.Motif Pucuk Rebung
10.Motif Rama-rama
11.Motif Siput
3
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF CONTOH MOTIF GEOMETRIK
1.Motif Pucuk Rebung
2.Motif Bunga Kotak Bercampur
CORAK
Corak kain batik bermaksud bagaimana motif-motif yang dipilih dicorakkan di
atas kain batik tersebut.
Antara corak-corak yang sering digunakan.
1.Corak Berdiri
2.Corak Jalur
3.Corak Melintang
4.Corak Menyeluruh
5.Corak Menyerong
6.Corak Tompok-tompok
7.Corak Ulangan Batu-bata
8.Corak Ulangan/Selang seli
PROSES MEMBUAT
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
1.Blok penerap
2.Campuran lilin
3.Kain
4.Pencelup
5.Sebuah Meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk membuat batik.
Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan warna yang gelap sedikit.
Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan kemudian dicelup dengan warna yang
lebih gelap. Proses ini akan diteruskan hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang
mengandungi soda. Apabila direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain
4
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF batik ini kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering,
akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
PENJENISAN KAIN BATIK
Batik terbahagi kepada tiga jenis.
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang menggunakan blok corak. Blok
corak diperbuat daripada kayu atau logam. Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan
mengikut susunan yang tertentu sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan
terlebih dahulu ke dalam pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Canting
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin panas di atas kain putih.
Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna mengikut kesesuaian corak
dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana bahagian-bahagian yang terkena lilin
itu tidak akan meninggalkan kesan warna apabila proses mematikan warna di lakukan.
Lilin akan cair dan tanggal menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai
benteng.
Batik Skrin
Batik skrin ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan batik blok dan conteng.
Hanya kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna sahaja yang berbeza. Corak
batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang berpengidang.
Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan warna di atas
corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali dengan
corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan satu
skrin untuk satu warna sahaja.
PENGGUNAAN
Penduduk di negara kita menggunakan batik secara meluas. Batik digunakan
untuk membuat baju, kain sarung atau batik lepas. Sebagai contoh, pakaian seragam
5
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF pramugari kapal terbang MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis-
majlis formal dan majlis keramaian. Selain dibuat pakaian, batik juga digunakan sebagai
hiasan seperti alas meja, cadar, sarung kusyen, tudung kepala, alas televisyen dan lain-
lain lagi. Batik boleh dibeli dengan harga yang murah dan berpatutan. Batik begitu
digemari pelancong-pelancong asing kerana coraknya yang menarik dan unik. Ia sering
dijadikan buah tangan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
PROSES BATIK CANTING
1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan
2. Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik
telah mahir)
4. Panaskan campuran lilin sehingga cair
5. Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada
kain mengikut motif yang telah
dibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak pada
kain tersebut
6. Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin
7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian
rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain
tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 – 12 jam
6
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
PROSES BATIK BLOK
Dari sehelai kain putih, ia akan mengalami beberapa proses tertentu seperti
menerap kain dengan lilin, mencelup warna, mencetak corak, mematikan warna dan
menghilangkan lilin dengan di rebus kedalam air panas. Kemudian kain batik akan di
jemur sehingga kering dan di bungkus untuk dijual.
PROSES BATIK SKRIN
Merujuk kepada kaedah melakar corak dan cara menerapkan warna yang
menggunakan corak batik yang dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain
polyster yang berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan
dengan melalukan warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan
diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang
lengkap. Ini disebabkan satu skrin untuk satu warna sahaja. Batik skrin kurang dikenali
berbanding kaedah batik terap dan conteng.
7
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
RUMUSAN
Batik merupakan kraf yang begitu sinonim dengan masyarakat Melayu sejak sekian lama.
Ia adalah seni yang memperlihatkan pelbagai susunan motif dan akhirnya menghasilkan
satu corak yang tinggi nilai estetikanya.
1. Batik ialah kain yang dilukis atau diterap dengan lilin (Kamus Dewan, 2005).
2. Terdapat empat jenis batik berdasarkan teknik pembuatannya: terap, lukis, skrin dan
pelangi.
3. Dua bentuk batik ialah dekoratif dan pakaian. Antara bentuk dekoratif ialah dompet,
kipas tangan dan beg tangan. Pakaian pula ialah kain sarung, baju dan seluar.
SENI TEKAT
Dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
8
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan
pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat
dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu
Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang
keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian
mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul
Ridzuan dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan
negeri yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat
beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat
timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni
tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana
kelengkapan istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan
kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk
kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat.
Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,perusahaan menekat
dimajukan lagi dengan program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan
pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil
mutunya yang terjamin.
Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Perbadanan KemajuanNegeri Perak dan industri pelancongan telah
mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan
berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu
memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
PERALATAN TEKATAN
1. Pemidang Kayu - digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman
9
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF di samping mengelakkan kedutan atau lipatan. Ukuran pemidang bergantung pada lebar
kain dasar atau jenis barang yang hendak dihasilkan.
2. Cuban[laola] - ialah jarum besar untuk melilit benang emas atau perak.
3. Benang - digunakan untuk menekat. Biasanya benang emas, benang perak, benang
putih atau benag kapas dan benag pelbagai warna. Benang yang digunakan ini adalah
sama dengan benaang untuk membuat songket. Benang emas dan perak digunakan
sebagai benang hiasan manakala benang putih digunakan untuk mengetatkan kedudukan
tekat emas pada mempulur. Benang petih tidak kelihatan pada permukaan kain.
4. Irasan atau Kain Dasar - Kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah yang
berwarna terang. Kain baldu berwarna merah dan biru paling banyak digunakan oleh para
penekat di sampin warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam. Kain
baldu ini dilapisi dengan sehelai kain kapas putih yang berfungsi untuk mengukuh dan
mengemaskan sulaman benang.
5. Mempulur - digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat daripada
rotan sega, kertas tebal dan gam.
JENIS-JENIS TEKAT
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.
Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman
benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
10
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai
tukanghanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang
dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-
manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat
ialahmenghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar,
peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya.
(Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas, benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji (gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur akan menjadikan bentuk sulaman timbul. )
PROSES MENEKAT
1. Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif dilukis di atas beberapa helai
kertas yang dilekat tindih antara enam hingga lapan helai.
2. Kemudiannya bentuk motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang
11
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25 sentimeter.
3. Mempulur daripada kertas digunakan untuk membentuk motif tumbuhan dengan gaya
organik. Corak yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak banji atau corak
kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
4. Seterusnya, kain dasar yang tebal tetapi lembut daripada jenis baldu yang berbulu
halus dan berkilat ditegangkanpada pemidang kayu. Kain baldu yang selalu
digunakan daripada warna gelap seperti merah pulasan, merah tua, ungu, hijau tua
dan hitam.
5. Pemidang kayu pula ada dua jenis iaitu pemidang berkaki dan tanpa kaki. Ukuran
pemidang bergantung kepada reka bentuk yang diingini.
6. Baldu yang ditegangkan pada pemidang disambungkan dengan kain putih yang
diikatkan ke bingkai pemidang. Oleh itu, baldu n menjadi tegang.
12
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
7. Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui
jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak
meninggalkan kesan lubang pada kain dasar.
8 .Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih
mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun
rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas.
9.Sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
DEFINISI ANYAMAN
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-
tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan
tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN
13
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar.
Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis
seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan
keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal
digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk
kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94)
di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut
dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di
peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain
yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri
Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
ANYAMAN BAKUL
Proses dan Teknik Anyaman Bakul
1. Lagang
Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. Ukuran
panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu
bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti ‘V’ di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu
anyaman bermula.
2. Anyaman
Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai
dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar
dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman
jenis sulaman digunakan.
14
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF 3. Lepih
Dikenali sebagai ‘anyaman mati’ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman.
Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang
dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit
ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut
4. Sisip
Proses ini memerlukan alat ‘penyisip’ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk
memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan) masuk.
Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai
5. Kerat
Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak
kemas dan menarik.
15
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
ANYAMAN MENGKUANG
Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.
Proses Menghasilkan Anyaman Mengkuang
1. Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di
bahagian umbi pokok. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya
untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun
itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api
kecil hingga layu.
2. Melayur
Daun-daun dilayur atas api atau boleh juga dijemur pada panas matahari hingga
benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air
yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang
belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu
jari dan jari telunjuk.
3. Menjangka
Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua.
16
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat
yang dipanggil jangka.
4. Merendam
Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga
bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih.
5. Mewarna bilah daun
17
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
Mencelup warna
Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu
merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga
warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna
tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun
bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna
dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah
dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.
6. Mengayam
18
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta
corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah
ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang
berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk
meneruskan anyaman tudung saji.
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif
dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri
perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun
di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng,
kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu
kelarai pucuk rebung.
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat
Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai
bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga
kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur
tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis,
pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala
gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk
19
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk,
jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.
ANYAMAN RIBU-RIBU
Ribu-ribu atau nama saintifiknya Lygodium tergolong dalam famili paku-pakis,
tumbuh menjalar di kawasan terbiar, hutan-hutan muda, kebun kelapa atau kebun getah
yang tidak diusahakan lagi. Ribu-ribu jarang sekali dikenali masyarakat umum, kecuali
dikalangan pencipta kraf, para penyelidik serta pakar perhutanan dan botani. Namun
demikian, penggunaannya amat meluas di zaman silam terutama dalam kehidupan
seharian orang-orang Melayu terutama di Kelantan dan Terengganu. Secara tradisi,
anyaman ribu-ribu di Semenanjung biasanya terdapat pada terendak, bekas tembakau,
serkap ikan, penahan ikan sawah serta jebak puyuh. Penutup rabung rumah Melayu di
Terengganu turut menggunakan ribu-ribu biasa yang dijalin antara kepingan bilahan
buluh.
Kini penggunaan ribu-ribu di Semenanjung telah mula berkurangan
berbanding dengan negeri Sabah yang masih giat menjalankan warisan ini. Anyaman
ribu-ribu atau dikenali dengan panggilan Rinago di sabah masih diusahakan secara turun
temurun oleh suku kaum Rungus terutama di daerah Kudat. Kini kemahiran ini telah
mula menular kepada kaum asli Sabah yang lain. Ribu-ribu yang biasa digunakan oleh
kaum ini ialah jenis sederhana dan halus.
Cara Memproses Ribu-Ribu
20
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Batang ribu-ribu serta akarnya dicabut. Daun-daun dan bahagian hujung
(pucuk) nya dipotong. Ribu-ribu dibelah sedikit dengan pisau kepada dua atau tiga
bahagian mengikut ukuran. Belahan dimulakan daripada hujung hingga ke pangkal.
Seterusnya belahan dibuat dengan hanya menggunakan ibu jari. Benda tajam seperti
pisau adalah tidak sesuai kerana akan menyebabkan belahan tidak seimbang, mudah
putus dan rosak. Setelah belahan hampir kehujung atau pangkal, empulur akan ditarik
keluar. Ribu-ribu kemudian digantung dan dijemur di tempat yang teduh hingga kering.
Ribu-ribu yang terlalu kering akan mengakibatkan kulit ribu-ribu menjadi kecut dan
mudah patah bila dianyam. Ia juga perlu dielakkan daripada terkena air sebelum
digunakan agar ia tidak mudah bertukar kepada warna hitam.
Ribu-ribu yang telah kering seterusnya diraut dengan pisau. Helaian ribu-ribu kemudian
dijangka mengikut saiz yang dikehendaki dengan memasukkannya melalui lubang tudung
tin yang ditebuk.
Alat-Alat Untuk Menganyam Ribu-Ribu
Beberapa peralatan perlu disediakan terlebih dahulu.
• Penyucuk ais yang kecil alat yang panjangnya lebih kurang tiga inci ini digunakan
untuk menjalin ribu-ribu.
• Rotan empulur digunakan sebagai bahan lingkaran atau bingkai asas bagi
menjalin ribu-ribu mengikut bentuk dikehendaki.
• Pengetip kuku digunakan untuk memotong dan memperkemaskan lebihan ribu-
ribu yang dijalin.
21
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
Proses Anyaman
Rotan empulur atau bemban diraut dengan pisau dan kemudian dibasahkan sedikit
untuk melembutkannya.Ribu-ribu disimpulkan sedikit dan seterusnya dijalin pada rotan
empulur. Jalinan seterusnya dibuat mengikut lingkaran rotan dengan menggunakan
penyucuk ais. Sementara itu, lebihan ribu-ribu pula dipotong menggunakan pengetip
kuku. Jalinan atau ikatan lilitan dibuat dengan kemas dan teliti sehinggalah barangan
siap.
Kegunaan Ribu-Ribu
Secara tradisi, ribu-ribu asli digunakan tanpa sebarang pewarna. Namun
demikian, ribu-ribu kini telah dicelup pewarna untuk membentuk pelbagai corak dan
warna yang menarik pada barangan ribu-ribu. Kraf Rinago atau ribu-ribu pada asalnya
digunakan oleh kam Rungus di Sabah sebagai bekas penyimpan bahan-bahan untuk ubat-
ubatan tadisional. Melalui pengubahsuaian pelbagai bentuk, kraf ribu-ribu kini tampil
22
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF dengan berwajah baru. Penggunaannya juga turut meluas, tidak lagi sekadar bekas
serbaguna, bekas barang kemas atau tepak sirih tetapi juga turut dijadikan sebagai
perhiasan, bekas buah, pasu bunga dan sebagainya.
UKIRAN KAYU
PENGENALAN
Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi
satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu
23
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih
kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat
dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.
SEJARAH PERKEMBANGAN UKIRAN KAYU
Sukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu.
Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia
Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman
dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan
24
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita
membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri
Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan
seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga
tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa
Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan
Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai
seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir
di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak
Darul Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780).
Di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dan Kedah adalah negeri yang
mempunyai pengukir dari turun temurun. Dikata bahawa kebanyakan ukiran kayu adalah
terpengaruh dengan motif ukiran negara Siam, kerana pada suatu masa dahulu negeri ni
di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak ukiran masjid, wakaf, istana dan
rumah-rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam. Tidak
menghairankan kalau dikatakan bahawa seni ukir di negara ini telah didatangi dari selatan
negeri Thailand iaitu Patani.
JENIS-JENIS UKIRAN
a. Ukiran Tebuk Tembus
Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang
ditebuk dengan menggunakan gerudi gergaji (gergaji menggerudi) supaya tembus
bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis ini, iaitu ukiran tebuk
tidak silat dan ukiran tebuk silat.
Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat pada rumah-rumah lama iaitu
bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid. Bentuk bunga ukir
ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat, bahagian yang
menindih serta melengkung keluar ditimbulkan dan bahagian yang melengkung ke dalam
25
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF serta yang tertindih ditenggelamkan. Sesungguhnya silat ialah istilah yang menunjukkan
bahagian yang timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang
terdapat pada bentuk ini ialah awan larat, silang dan simetri.
26
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
b. Ukiran Bunga Timbul
Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak
silat. Terdapat pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan yang diperbuat daripada
kayu, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama seperti ukiran tebuk.
27
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
c. Ukiran Arca
Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat,
kukur kelapa, kotak nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul
tetapi lebih halus dan kecil.
28
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
d. Larik
Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran
larik berbentuk bulat dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik.
Ukiran ini sering terdapat pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah
dan sebagainya.
29
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
d. Ukiran Kayu Hanyut
Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan
Kraf tangan Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut
diukir pada bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan
sebagainya. Kayu induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.
30
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
PENGENALAN
Alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya dimainkan
untuk mengisi masa lapang selepas kerja-kerja menuai padi. Contoh-contoh alat
permainan kraf tradisional adalah wau dan gasing.
PERMAINAN WAU
31
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF
Permainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional
orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi
unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang
terdapat pada wau tersebut.
Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam
beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun
begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.
Permainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di
kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah,
Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim
menuai.
Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah.
Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain
sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu
pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah.
Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam
mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati
daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman.
32
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk
wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat.
Ciri-ciri utama wau
Mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor.
Jenis-jenis wau
• Wau bulan
• Wau Jala Budi
• Wau Kucing
• Wau daun atau barat
Jenis kegunaan wau:
• Ditayangkan di udara
• Dipertandingkan keindahan hiasannya
• Untuk hiasan dinding dan dijual kepada pelancong
Proses Membuat Wau
Alat
• Pisau kecil, pisau raut, pisau pemotong, pensil dan gunting
Bahan
• Buluh (jenis yang kuat, liut dan ringan seperti buluh duri), kertasminyak atau
kertas warna, gam dan benang
Langkah-langkah untuk membuat wau:
• Ambil beberapa kepingan buluh yang telah diurut.
• Ikat buluh yang telah diraut untuk dijadikan bingkai wau.
• Ambil beberapa helai kertas warna mengikut warna kehendakkita.
• Lipat dua helai kertas warna tadi dan tekap bentuk wau tersebut.
33
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF • Lipat bahagian atas kertas menjadi 1/4 dan lukis ukiran awanlarat.
• Potong dan sobek bahagian awan larat yang telah dilukis.
• Bahagian yang telah dilsobek itu harus ditampal pada kertaswarna.
• Tampal kertas tersebut untuk dihias pada wau.
PERMAINAN GASING
Pengenalan
Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan.
Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau
leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina,
gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu
dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.
Jenis-jenis Gasing
. Gasing Pahang . Gasing Pari . Gasing Paying
. Gasing Puyuh . Gasing Loceng . Gasing Berembang
. Gasing Botol . Gasing Bugis . Gasing Bunut
. Gasing Cina . Gasing Denak . Gasing Jantung
. Gasing Kanak-kanak Johor . Gasing Leper Kelantan
. Gasing Loceng . Gasing Merlimau . Gasing Paku.
Bahagian-bahagian Tubuh Gasing
• Paksi
34
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF berupa logam yang dipasakkan pada patak untuk meligatkangasing dan juga
berfungsi sebagai sangga tuas
• Patak
di antara tubuh dengan paksi gasing
• Labu
antara bahu dengan patak untuk lilitan gasing
• Kepala
atas tubuh gasing yang bulat dan kecil
• Leher
lekuk di antara kepala dengan bahu untuk melekatkan hujung tali gasing
• Bahu
atas tubuh gasing sebagai tempat melilit tali
• Pemotek
Hiasan kepala gasing uri daripada sebarang logam atau plastikyang dilekapkan
pada kepala gasing uri
• Turap
Dipasang pada kepala gasing untuk menjaga bahagian kepalasupaya tidak retak,
tanggal dan mengelakkan dari pecah
Fungsi Gasing
• Gasing hiasan
Dibuat hanya untuk dijadikan hiasan. Pereka gasing jenis ini tidakmemilih kayu
dan tidak mementingkan fungsi berpusing
• Gasing permainan
Bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi sesuai untukpermainan.
• Gasing pangkah
Pembuat perlu memilih jenis kayu yang sesuai mendapat beratyang betul,
memastikan imbangan yang baik dan mendapatkeligatan yang baik supaya tahan
urinya walaupun setelah dipangkah.
35
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF • Gasing permainan
Gasing yang dibuat untuk pertandingan diberi nama gasing uri.Ianya bukan untuk
pangkah memangkah tetapi untuk pertandinganurinya sahaja. Ianya popular di
pantai timur sahaja.
Proses Membuat Gasing
• Kayu yang dipilih ditarah dengan kapak untuk membentukrangka kasar gasing
yang berbentuk seakan-akan dua piringbertangkup dua.
• Gerudi digunakan untuk menebuk lubang di bahagian pusatkayu.
• Paku berukuran kira-kira 9cm panjang dibenamkan danmeninggalkan kira-kira
2cm di bahagian luar.
• Proses melirik, iaitu proses membuat gasing mengikut bentukdan saiz yang
dikehendaki.
• Kertas pasir digunakan untuk menggilap. Gasing boleh terusdigunakan atau pun
dicat dan diwarna terlebih dahulu supayakelihatan lebih menarik.
• Gasing yang telah siap menampakkan keindahan dan seni ciptayang bermutu
tinggi.
Cara Bermain Permainan Gasing
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri.
Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan.
Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut
dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan
lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.
Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali
setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga
36
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan
serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.
PERMAINAN CONGKAK
Pengenalan
Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang
digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang
pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah
congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas
tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-
batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang
sahaja.
Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung".
Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil
37
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF "rumah".
Cara-cara Bermain Congkak
a) Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap
"kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah"
hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung
lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh
meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang
mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di
kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-
masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah
masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira
kalah
RUJUKAN
Norwani Mohd. Nawawi. (1989). Malaysian songket. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
38
MSK 3135: PRAKTIS STUDIO KRAF Siti Zainon Ismail. (1986). Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Dunia Seni Visual Tahun 1, 2 dan 3 Sekolah Rendah.
39