Download - Buku Skrap

Transcript
Page 1: Buku Skrap

1.0 Pengenalan

Masyarakat Malaysia yang menganut agama masing-masing sudah mewarisi

nilai-nilai sepunya yang telah membina jati diri rakyat Malaysia.Sebagai contoh

perlakuan tidak senonoh seperti berkelakuan lucah di khalayak ramai merupakan

sesuatu buruk di sisi semua agama lebih-lebih lagi agama Islam.Begitu juga

bersekedudukan dan perzinaan merupakan sesuatu yang keji di sisi setiap agama yang

dianuti oleh masyarakat Malaysia.Boleh dikatakan perkara-perkara seumpama ini

diterima sebagai suatu prinsip nilai yang sejagat walaupun diamalkan secara berbeza

bagi setiap kaum.Warisan seperti inilah yang telah membina jati diri masyarakat

Malaysia selaras dengan hakikat ‘sejarah yang membina bangsa dan negara’.

Pembinaan sebuah masyarakat yang mempunyai jati diri mulia tidak mungkin

tercapai sekiranya tiada wujud prinsip-prinsip nilai yang boleh diterima secara

bersama.Sistem nilai yang berasaskan kepentingan diri individu tidak mungkin berupaya

membina sebuah masyarakat yang hidup harmoni.Bagaimanapun penerimaan prinsip-

prinsip nilai secara bersama perlu diperkukuhkan dengan mekanisme kawalan moral

bermula dari individu sehinggalah tanggungjawab pemerintah.Malangnya perkara

seumpama ini semakin tidak diberi perhatian dalam masyarakat kita, malah wujud pula

tangan-tangan kotor yang berusaha meruntuhkannya.

2.0 Nilai-nilai yang diamalkan dalam sebuah masyarakat majmuk

Nilai-nilai kemasyarakatan dan kemanusiaan yang diamalkan oleh orang-orang tua

sejak tamadun awal adalah seperti amanah, bertanggungjawab, tolenrasi, kasih sayang,

kesederhanaan, rasional, dan lain-lain lagi.

Page 2: Buku Skrap

Nilai-nilai yang diamalkan dalam

sebuah masyarakat.

Amanah

Bertanggungjawab

Tolenrasi

Kasih Sayang Kesederhanaan

Harga Diri

Hemah Tinggi

Page 3: Buku Skrap

Definisi

Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang

lain.

Kepentingan dan keperluan bersikap amanah dalam perhubungan

Menjamin pergaulan dan perhubungan yang baik.

Taat melahirkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Diri akan disanjung dan dihormati oleh orang lain.

Semua agama menuntut penganutnya megamalkan sikap amanah.

Contohnya :

Dalam pekerjaan, pekerja yang bekerja dibayar gaji oleh majikannya perlu sedar ke atas

akad (perjanjian) menerima tawaran kerja sebelum ini agar amanah dilakukan dalam

pekerjaan tidak terkeluar daripada landasan sebenar mengapa kita menerima pekerjaan

yang ditawarkan sebelum ini.

Amanah

Page 4: Buku Skrap

Definisi

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan

dengan sempurna.

Kepentingan Sikap Bertanggungjawab Dalam Perbagai Situasi

o Bersedia bertanggungjawab melakukan sesuatu tugas.

o Bersedia ditegur dan dikritik.

o Tidak boleh menangguhkan kerja atau tugas.

o Bertanggungjawab atas sesuatu kesalahan atau kesilapan.

o Memastikan tugas dan kerja dilaksanakan dengan sempurna.

Contohnya :

Bertanggungjawab

Page 5: Buku Skrap

Definisi

Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya

pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Tanggungjawab di rumahBelajar bersungguh agar dapat membanggakan keluarga dan sekolah.Menjaga nama baik keluarga dengan tidak melakukan perkara negatif

Tanggungjawab di sekolahMenjaga kemudahan dan harta sekolah dengan baik agar dapat dugunakan oleh semua orang.

Tsnggungjwab terhadap masyarakatMemberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan agar dapat meringankan beban yang ditanggung.

Tanggungjawab terhadap negaraMempertahankan negara daripada sebarang ancaman yang memudaratkan rakyat dan negara.

Ciri-ciri sikap bertolenrasi dalam perhubungan.

Tidak bersikap mementingkan diri sendiri.

Sentiasa mengutamakan perasaan orang lain.

Menghormati dan saling memahami dalam komunikasi.

Bersedia untuk menerima perbezaan dan keunikan setiap manusia.

Tolenrasi

Page 6: Buku Skrap

Bertolenrasi antara satu sama yang lain dapat menwujudkan dan mengekalkan

kemesraan serta mengukuhkan perpaduan.

Definisi:

Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam

pemikiran,pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang

lain.

Kersederhanaan

Page 7: Buku Skrap

Kebaikan mengamalkan nilai kesederhanaan.1. Dapat melahirkan sikap berjimat cermat.2. Melahirkan individu yang sentiasa menjaga harga diri.3. Dapat mengawal emosi dan mewujudkan hubungan yang mesra.

Definisi

Sikap sederhana

dalam kehidupan

Mengambil makanan

yang seimbang.

Perbelanjaan- tidak

berbelanja dengan boros.

Pakaian- memakai pakainan

yang sesuai dan bersopan.

Tingkah laku- tidak asyik melakukan

sesuatu perkara sehingga abaikan

perkara lain.

Tidak terlalu mementingkan

diri sendiri hingga abaikan

kepentingan orang lain.

Kasih Sayang

Page 8: Buku Skrap

Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati

yang ikhlas.

Kita perlu mengasihi dan menyayangi ibu bapa untuk membalas jasa dan budi mereka

yang membesarkan dan mendidik kita. dan untuk menghargai pengorbanan mereka

yang telah melahirkan kita ke dunia.

Kasih Sayang MasyarakatGuru

Orang Kurang Upaya

Keluarga/Ibu Bapa

Page 9: Buku Skrap

DefinisiKeupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri.

Harga Diri

Page 10: Buku Skrap

TINGKAH LAKU YANG MEROSAKKAN DIRI PERLU DIJAUHI :~ Merokok dan kesannya

。Memudaratkan kesihatan

。Membazirkan wang

。Mencemarkan imej diri dan keluarga

~ Penyalahgunaan dadah dan kesannya

。Membawa maut

。Imej keluarga tercemar

。Dipandang hina oleh masyarakat

DEFINISI :Beradab sopan dan berbudi dalam pergaulan seharian.

Hemah Tinggi

Page 11: Buku Skrap

PERLAKUAN YANG BERHEMAH TINGGI :

1. Senyum apabila menerima pujian.

2. Tunduk apabila berjalan di depan orang tua yang sedang bercakap.

3. Bersalam apabila bertemu dengan orang yang kita kenal.

4. Beratur ketika menaiki bas.

5. Merendah diri.

BERBUDI BAHASA

Sentiasalah amalkan sifat berbudi bahasa dengan siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama.

Setiap tutur kata harus dijaga, tingkah laku harus tertib dan sentiasa bersopan santun ketika berinteraksi.

Nilai-nilai yang perlu diamalkan dalam sebuah negara

majmuk.

Page 12: Buku Skrap

Nilai-nilai yang tidak perlu diamalkan dalam sebuah negara majmuk

Nilai-nilai yang diamalkan dalam sebuah

negara majmuk.

Amanah

Bertanggungjawab

Tolenrasi

Kasih Sayang Kesederhanaan

Harga Diri

Hemah Tinggi

Page 13: Buku Skrap

Nilai-nilai yang tidak perlu diamalkan

dalam sebuah negara majmuk.

Rasuah

Mementingkan diri sendiri

Rusuhan kaum

Melanggar peraturan dan

undang-undangMembazir

Moral rendah

Malas

Perbezaan tentang nilai-nilai yang

perlu diamalkan dan nilai-nilai yang

tidak perlu diamalkan dalam sebuah

negara majmuk.

Page 14: Buku Skrap

Nilai-nilai yang perlu diamalkan.

Amanah

Bertanggungjawab

Tolenrasi

Kasih sayang

Kesederhanaan

Harga diri

Hemah tinggi

Nilai-nilai yang tidak perlu diamalkan.

Rasuah

Malas

Rusuhan kaum

Mementingkan diri sendiri

Membazir

Melanggar peraturan dan undang-undang

Moral rendah

Page 15: Buku Skrap

Tugasan 2

Tokoh Tamadun China : Lao Tze (640 SM-470 SM)

Page 16: Buku Skrap

1.0 Riwayat hidup

Menurut kitab Shiji, nama asli Lao Tze adalah Lier. Beliau juga digelar Boyang

dan Dan. Terdapat segolongan sarjana mengatakan Boyang dan Dan merupakan nama

sopan beliau. Secara literal, Lao Tze bermaksud Old Master. Beliau dilahirkan di daerah

Ku, Chuguo (sekarang dinamakan Henan) pada tahun 640 Sm dan meningeal dunia

pada tahun 470 SM. Beliau merupakan tokoh utama dalam tradisi Cina dan kedua-dua

golongan iaitu golongan bangsawan dan rakyat biasa menganggap beliau dalam

keturunan mereka. Sepanjang sejarah, karya-karya beliau telah diterima umum.

Dalam tradisi Cina, Lao Tzu dianggap sebagai pengarang yang terkenal “Tao Te

Ching” atau “Daodejing”. Kisah terawal Lao Tzu ditemui dalam Rekod History Grand

(Shiji) yang ditulis oleh ahli sejarah Cina, Sima Qian (145-86 SM). Shiji mengandungi

beberapa cerita yang berkaitan dengan Lao Tzu. Salah satu ceritanya, Lao Tzu

dikatakan hidup sezaman dengan Confucius (551-479 SM). Dipercayai bahawa Lao Tzu

adalah seorang pegawai di arkib imperial dan menulis sebuah buku dalam dua bahagian

sebelum berlepas ke Barat. Dalam cerita kedua, Lao Tzu dikatakan hidup sezaman

dengan Confucius dan menulis buku dalam 15 bahagian. Cerita lain pula mengatakan

bahawa Lao Tzu merupakan ahli sejarah yang hebat dan ahli astrologi Lao Dan yang

tinggal pada zaman pemerintahan Duke Xian Qin.

Dalam satu legenda popular, Lao Tzu dikatakan telah dilahirkankan apabila

ibunya telah merenung kepada bintang yang jatuh. Dikatakan juga bahawa beliau

tinggal di dalam rahim untuk 62 tahun dan  kemudiannya dilahirkan apabila ibunya

bersandar pada pokok plum. Beliau muncul sebagai seorang yang berjanggut kelabu

dan panjangnya hingga paras bahu. Ini dikatakan merupakan simbol kebijaksanaanya

sepanjang hayat.

2.0 Sumbangan Lao Tze

“Daodejing” adalah salah satu karya yang paling penting dalam asal usul alam

semesta China. Seperti ahli falsafah Cina kuno yang lain, Lao Tzu menjelaskan idea-

idea beliau melalui percanggahan, analogi, pembahagian kata purba, pengulangan,

simetri dan irama. Menurut “Daodejing”, Dao (Tao) adalah sumber mistik dan ideal

semua kewujudan. Tao ini ghaib, tidak unggul tetapi amat kuat dan sangat merendah

Page 17: Buku Skrap

diri serta merupakan punca segala perkara. Turut diterangkan bahawa manusia tidak

mempunyai tempat yang istimewa dalam Tao dan hanya salah satu daripada

manifestasinya yang banyak. Rakyat mempunyai keinginan dan kehendak bebas.

Taoisme berasaskan ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Menurut lagenda, Lao

Tze adalah seorang pegawai yang penting di istana Dinasti Chou. Beliau mula

menyebarkan falsafahnya selepas meninggalkan jawatannya. Nilai yang dapat kita

belajar daripada tokoh Lao Tze adalah beliau seorang pengarang serta pendidikan yang

rajin berusaha dalam menceburi ilmu dalam bidang sastera dan kefahaman tentang

ajaran Taoisme. Beliau telah menghasil karyanya iaitu “Tao Te Ching”. Sebagai

pengarang “Tao Te Ching”, beliau mempunyai ramai pengikut. Lao Tze dianggap oleh

pengikut-pengikutnya sebagai nabi bagi ajaran Taoisme. Beliau telah menunjukkan

kerajinan dalam dalam pendidikan dan agama. Beliau menunjukkan ketekunan serta

kesabaran dalam menghadapi karenah belajar anak-anak murid yang pelbagai bagi

membolehkan anak-anak murid rajin belajar.

Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. Ajaran

yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. Ajaran

Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan

negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta. Tao

membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam

semesta. Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa

kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau

tasawuf. Beliau tidak berputus asas dalam menyebar ajaran-ajaran Taoisme. Sifat inilah

yang amat penting untuk menjadi seorang pengarang ataupun pendidik kerana sifat

inilah yang akan membangunkan semangat seorang pendidik agar lebih berkobar-kobar.

Sifat ini akan memberi murid semangat untuk belajar tanpa putus asa juga. Ini adalah

kerana pendidik adalah inspirasi semua murid. Pendidik juga adalah contoh bagi murid-

murid yang diajarnya. Jadi, jikalau sebagai pendidik, kita menunjukkan sifat pemalas,

tidak bertanggungjawab dan lain lagi-lagi, ini akan menjejas pemikiran dan semangat

belajar murid-muridnya.

Page 18: Buku Skrap

Sebahagian ahli falsafah menyatakan bahawa penjelasan ini tidak menghiraukan

suasana agama. Wu wei, adalah satu konsep penting dalam Daodejing. Konsep ini

adalah kompleks dan biasanya digambarkan dalam makna berganda seperti “tidak

melakukan apa-apa”, “tidak memaksa”, “tidak bertindak”, “tidak mewujudkan” dan

“mengikut aliran masa ini”. Ini boleh digunakan untuk menerangkan konsep utama Ziran

atau harmoni dengan Tao. Lao Tzu menggunakan istilah ini secara amnya dengan

kesederhanaan dan rendah diri sebagai kebaikan utama, sering berbeza dengan

tindakan mementingkan diri sendiri. Pada pandangan politik, Lao Tzu memberitahu

untuk mengelakkan keadaan seperti peperangan, undang-undang yang keras dan cukai

yang berat. Taois sering melihat hubungan antara Wu wei dan amalan esoterik. Buku ini

juga mengandungi arahan untuk Tao mahir mengenai meditasi qigong dan mengajar

untuk kembali ke negeri asal.

Selain itu, Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi

dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan

upacara yang merugikan. Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia

seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. Lao Tze menganggap bahawa

seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. Beliau tidak

bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam.

Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara

China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. Bagi penganut

Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. Mereka

menganggap bahawa lebih banyak undang-undnag dikenakan keganasan akan timbul

dengan lebih giat lagi. Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan

penduduk di luar bandar. Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada

kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

 

Page 19: Buku Skrap

Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara

keduniaan. Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda

semula jadi. Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui tindakan undang-undang

kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao Tze mengatakan bahawa

perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak

dan tidak rasional. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho

Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. Ketenteraman

manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi

tanggungjawab. Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana

raja-raja belum wujud lagi." Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di

dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. Penduduknya tidak

pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.

Justeru, tokoh Lao Tze telah membawa beberapa kesan pada nilai dalam

masyarakat masa kini. Taoisme adalah sebahagian besar pemikiran Lao Tzu telah

membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak

warisan kesusasteraan yang terkenal. Konsep dan pengajaran tersebut telah

mewujudkan satu komuniti serta dapat mengelakkan hubungan anatara satu sama lain

dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang perpaduan. Komuniti merupakan satu

persoalan yang begitu penting dalam setiap tamadun tradisional. Tidak boleh dinafikan

bahawa komuniti sangat berpengaruh dalam menentukan personaliti dan identiti

seseorang manusia. Komuniti juga dapat memastikan bahawa nilai-nilai dan norma-

norma murni dalam masyarakat sentiasa dihormati.

Page 20: Buku Skrap

Di samping itu, komuniti dapat memberi sokongan moral, material dan

psikologikal kepada anggota-anggotanya. Dikotomi perseorangan (individu) dan

komuniti jarang wujud dalam masyarakat tradisional. Pengajaran Lao Tzu berpegang

pada nilai-nilai moral tertentu yang lazimnya bersumberkan agama atau kuasa

transenden. Bagaimanapun, fenomena seperti ini bukanlah bermakna seseorang itu

tidak mempunyai identiti tersendiri dalam komuniti tradisional. Dalam sejarah

ketamadunan manusia, dapat diperhatikan bagaimana identiti seseorang dan

kemantapan komuniti mencapai keseimbangan dalam beberapa tradisi tertentu.

Seterusnya, falsafah Taoisme dalam pandangan Lao Tzu telah menekankan

persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Nilai bertanggungjawab,

amanah, hemah tinggi dan lain-lain lagi dapat diamalkan oleh sesebuah negara ataupun

kerajaan pada masa kini kerana pengaruh falsafah tamadun-tamadun tradisional.

Peranan dan tanggungjawab kerajaan dijelaskan melalui peranan dan tanggungjawab

seseorang raja. Sifat-sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-

tamadun silam. Dalam tamadun China, tulisan Lao- Tze sangat menekankan perkara ini.

Lao Tzu membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil dan menumpukan

perhatian kepada persoalan yang sarna. Kesetiaan kepada raja dan perlindungan yang

diberikan oleh raja kepada rakyat merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-

tamadun tradisional. Namun demikian, kesetiaan yang diberikan oleh rakyat tetap

berpandukan nilai-nilai moral. Sekiranya seseorang raja melanggar lunas-Iunas

keadilan, maka ketika itu rakyat boleh menyanggah dengan tujuan untuk

membetulkannya.

Kesimpulannya, nilai terakhir yang membawa kesan pada masyarakat masa kini

ialah nilai kerajian, contohnya rajin dan suka membaca. Seseorang yang membaca buku

akan berfikiran luas, terbuka, bijak dan bukan bersifat seperti katak di bawah tempurung.

Sebagai seorang guru seperti tokoh Lao Tzu, beliau akan tahu menilaikan apa yang baik

untuk diajar dan pandai menasihati murid-murid menjadi lebih berfikiran kreatif. Menjadi

seorang guru yang sempurna adalah contoh yang baik untuk semua murid kerana

pengorbanan guru akan menentukan kejayaan murid. Bahkan pemimpin sekarang pun

pada masa dulu pun dididik oleh seorang guru. Guru yang sempurna dibaratkan lilin

yang menerangi hidup seorang pelajar.

Page 21: Buku Skrap

http://nourelaien.blogspot.com/2013/10/tokoh-falsafah-china-lao-tzu.html

Refleksi

Salam 1 Malaysia, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana

dapat menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin ucapkan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing dan rakan-rakan kerana banyak membantu dan memberikan kerjasama.

Ketika mula-mula saya mendapat tugasan ini daripada pensyarah, saya berasa agak

terkejut kerana saya tidak tahu apa-apa tentang tajuk yang terpaksa saya buat, ini

merupakan kali pertama saya mendengar dan belajar tentang tajuk ini. Oleh kerana

tajuk ini merupakan perkara baru bagi saya, saya telah mendengar dengan teliti apa

yang diterangkan oleh pensyarah serba sedikit tentang tugasan tersebut. Saya juga

membaca dengan teliti dan cuba memahami kehendak soalan agar menepati kehendak

soalan. Setelah memahami kehendak tugasan tersebut saya mula mencari dan

mengumpul bahan dari pelbagai sumber dan rujukan.

Melalui tugasan yang saya jalankan sepanjang masa, saya dapati bahawa

subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara adalah penting untuk disediakan

kepada setiap peringkat murid sama ada di sekolah rendah, sekolah menegah mahupun

universiti. Berdasarkan konteks tugasan, saya perlu mengumpul beberapa jenis

maklumat yang berkaitan dengan peribadi seorang tokoh tamadun. Tokoh yang saya

pilih adalah tokoh tamadun China, Lao Tze. Daripada tokoh yang saya analisis, saya

dapati bahawa banyak nilai dan etika yang baik terdapat dalam tokoh tersebut. Beliau

seorang pengarang serta pendidikan yang rajin berusaha dalam menceburi ilmu dalam

bidang sastera dan kefahaman tentang ajaran Taoisme. Beliau tidak berputus asas

dalam menyebar ajaran-ajaran Taoisme. Sifat yang ada terhadap tokoh ini telah

memberi ajaran kepada saya sebagai seorang pendidik pada masa hadapan. Maka,

tugasan ini membawa banyak manfaat kepada saya untuk bersedia menjadi seorang

guru yang mahir di sekolah pada masa hadapan.

Melalui analisis saya tentang tokoh tersebut, saya dapat mengetahui perjalanan,

kisah dan sumbangan dalam kehidupan beliau. Beliau sentiasa berusaha untuk

mencapai kejayaan dalam hidup. Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui

tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. Lao

Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya

bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional. Oleh itu, saya menyedari bahawa kita

haruslah sentiasa berfikir secara rasional semasa melakukan sesuatu tindakan. Lao Tze

Page 22: Buku Skrap

juga menekankan persoalan moral atau akhlak sebagai dasar sesebuah kerajaan. Sifat-

sifat raja yang saksama dan adil merupakan tema utama tamadun-tamadun silam. Saya

dapat merumuskan bahawa tokoh tersebut berfikiran dan berpandang jauh demi

kesejahteraan dan keharmonian hidup manusia bukan sahaja zaman dahulu malahan

juga mempengaruhi kita sehingga masa kini. Pengalaman yang dilalui oleh tokoh

tersebut telah memberi pengajaran kepada saya untuk menjadi seorang guru serta

pemimpin yang saksama dan adil.

Akhir kata daripada saya, saya amat bersyukur dapat meyelesaikan tugasan ini

pada masa yang dtetapkan kerana di samping memenuhi permarkahan kerja kursus

saya, saya juga mendapat banyak maklumat dan mafaat daripada tajuk yang telah saya

jalankan pada kali ini. Ilmu sangat penting di dalam kehidupan kita kerana untuk berjaya

di dunia dan di akhirat, kita memerlukan ilmu pengetahuan yang banyak. Oleh itu, saya

sering mengingatkan diri saya sendiri untuk mencari limu tambah-tambah lagi ilmi

keagamaan walaupun di mana saya berada kerana saya tahu ia bakal menjadi bekalan

saya di dunia dan akhirta.

Sekian, terima kasih.


Top Related