Transcript
Page 1: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 1

BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI PADA : JANUARI 2017

KANDUNGAN

Pengenalan 1

Kolej Kediaman -

Dasar Penginapan di Asrama/Kolej Kediaman -

Falsafah Penginapan Asrama/Kolej Kediaman -

A. Peraturan-peraturan Kolej Kediaman KPMAM 3

B. Kriteria-kriteria Pemilihan Penempatan Pelajar -

a) Syarat-syarat Kelayakan Masuk Kolej Kediaman -

b) Kelayakan Istimewa -

c) Anggota Panel Pemilihan Tempat Tinggal -

C. Peraturan-peraturan Kolej Kediaman

D. Tatatertib Asrama

E. Penggunaan Barangan Elektrik

F. Peraturan Memasak

G. Waktu Senyap

H. Iklan Tempatan

I. Tetamu

J. Etika Pakaian

K. Kegiatan Berdua-duan/berkhalwat di sekitar Kolej

L. Pengunaan Kasut dan Selipar

M. Kecurian dan Laporan Kehilangan

N. Peraturan Pusat Kemudahan Kolej Kediaman

O. Penggunaan Televisyen

P. Pendaftaran Tinggal Di Kolej Semasa Cuti

Q. Sopan Santun

R. Menyimpan Alat-alat Dan Bahan-bahan Yang Bebahaya di Asrama

S. Stor

T. Peraturan-peraturan Surat, Bungkusan, Surat Berdaftar danTelegram

U. Etika Pakaian Pelajar

V. Peraturan Mengkosongkan Bilik

W. Kenderaan

X. Peraturan Kecemasan

Page 2: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 2

RAYUAN PENEMPATAN.

PERTIKAIAN

PERATURAN DAN PEKELILING KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ PROFESIONAL MARA

AYER MOLEK ( TAMBAHAN DAN PINDAAN SEMASA)

- PENGGUNAAN SISTEM E-OUTING

- PERATURAN WAKTU KELUAR MASUK MAHASISWA/SISWI

- PERATURAN PENGGUNAAN KENDERAAN OLEH MAHASISWA/SISWI

- GANTIRUGI KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN HARTA BENDA KOLEJ KEDIAMAN

- SENARAI DENDA BAGI KESALAHAN YANG DILAKUKAN

- PERATURAN PERLAKSANAAN MERIT DEMERIT BAGI SETIAP MAHASISWA/SISWI

PERHATIAN :

Buku Peraturan Khas Asrama/ Kolej Kediaman yang dikeluarkan ini perlu dibaca bersama dengan

buku Panduan Tatatertib Dan Peraturan Akademik yang dikeluarkan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar

KPMAM.

Sebarang peraturan yang bercanggah dengan peraturan yang dikeluarkan oleh Bahagian

Pengajian Pendidikan Tinggi (BPT) atau bercanggah dengan Buku Panduan Tatatertib KPMAM ,

maka hendak dirujuk kepada Peraturan Daripada Pihak (BPT) dan Panduan Tatatertib Kolej

dahulu.

……………………………………………

Rujukan Ringkasan :

Pihak Pengurusan Kolej : Terdiri dari Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah

Pihak Pengurusan Kediaman Kolej : Pihak Pengurusan Kediaman Dan Unit Felo

Unit Felo : Unit felo sahaja

MPP : Majlis perwakilan pelajar

STK : Seketeriat Tindakan Kolej

Page 3: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 3

PENGENALAN

KOLEJ KEDIAMAN

Kolej Kediaman bersifat “kemudahan tetapi bukan hak” merupakan tempat ekslusif kepada

pelajar untuk menjalanan aktivit harian. Selain untuk tempat menginap ia juga merupakan asas

terpenting dalam pembentukan sahsiah, berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan

berdaya tahan melalui proses pengajaran,pembelajaran dan pembentukan peribadi bagi

meningkatkan budaya ilmu di Kolej.

DASAR PENGINAPAN DI ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

Penempatan di asrama/kolej kediaman merupakan satu KEMUDAHAN untuk pelajar, tetapi

BUKANNYA HAK seseorang pelajar.

Penginapan seseorang pelajar (tinggal di asrama/kolej kediaman) ditentukan mengikut budibicara

dan kuasa mutlak Kolej.

FALSAFAH PENGINAPAN DI ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

“Asrama/Kolej kediaman adalah pusat kecemerlangan lanjutan dan pelengkap kepada

sIstem pendidikan Kolej dalam melahirkan graduan yang berakhlak mulia, berpengetahuan

luas, kritis, kreatif, inovatif, menjauhi permasalahan sosial serta memperjuangkan keadilan

kepentingan bersama.”

A. PERATURAN-PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ PROFESSIONAL MARA

AYER MOLEK

Semua mahasiswa/mahasiswi Tahun 1 DIWAJIBKAN tinggal di kolej kediaman kecuali mendapat

kebenaran daripada Pengarah atau Pihak Pengurusan Kolej untuk tigggal di luar Kolej Kediaman.

Pelajar senior TIDAK DIWAJIBKAN tinggal di asrama.

Penempatan pelajar di Kolej Kediaman akan dipilih setiap sesi dan akan ditetapkan oleh

Jawatankuasa Pemilihan Penempatan Kolej Kediaman .

Page 4: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 4

Pelajar yang memohon untuk tinggal di Kolej Kediaman hendaklah mengisi borang khas

penginapan asrama/online dan diperbaharui setiap sesi.

Penempatan Kolej Kediaman akan dibuat pada setiap sesi melibatkan semua pelajar yang

menginap di Kolej Kediaman mengikut ketetapan pihak Kolej.

Kolej berhak menarik balik tawaran tempat tinggal/penginapan di asrama atas sebab-sebab

kepentingan Kolej atau disabitkan dengan tatatertib Kolej.

Penghuni yang telah diberikan tempat penginapan, tidak boleh bertukar/pindah bilik kecuali

mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Unit Felo dan Pengurusan Kolej

Kediaman.

B. KRITERIA-KRITERIA ASAS PEMILIHAN PENEMPATAN PELAJAR

a) SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK KOLEJ KEDIAMAN

1. Semua pelajar tahun 1 Semester 1 DIWAJIBKAN tinggal di kolej kediaman

2. PNGK 2.5 keatas (tertakluk kepada budi bicara Pihak Pengurusan Kolej)

3. Tidak DISABITKAN dengan kesalahan tatatertib

4. Tidak berhutang dengan Pihak Kolej

5. Aktif menyertai aktiviti Kolej

6. Tertakluk kepada kekosongan tempat di Kolej Kediaman.

b) *KELAYAKAN ISTIMEWA

1. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

2. Seketeriat Tindakan Kolej ( STK / Ahli Jawatankuasa Asrama)

3. Seketeriat Pembangunan Rohani ( SPI)

4. AJK Kelab dan Persatuan

5. Unit Beruniform

6. Orang Kurang Upaya (OKU)

*Wajib memohon dan tidak terlibat dengan mana-mana kesalahan tatatertib.

Page 5: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 5

c) ANGGOTA PANEL PEMILIHAN TEMPAT TINGGAL

Jawatankuasa pemilihan pelajar Kolej Kediaman ( mesti terdiri daripada Unit Felo, MPP

dan STK) dan Pengurusan Kediaman Kolej

Dipersetujuan oleh Pihak Pengurusan Kolej (Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah)

C. PERATURAN-PERATURAN KOLEJ KEDIAMAN

1. Setiap penghuni mesti mengisi dan menandatangani beberapa borang mengenal butir

perabot yang ada dalam bilik untuk mengesahkan sama ada lengkap atau tidak semasa

ia mula tinggal di bilik berkenaan. Bayaran denda atau ganti rugi akan dikenakan jika

berlaku kerosakan atau kehilangan perabot di bilik tersebut. Tindakan disiplin akan

diambil oleh Pihak Pengurusan Kediaman Kolej jika sabit kesalahan.

2. Hanya penghuni yang berdaftar/sah sahaja dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman.

Pihak Kolej boleh mendakwa penghuni dibawah tindakan tatatertib Kolej jika didapati

ada setinggan di biliknya. Penghuni tersebut boleh dikeluarkan dengan serta merta dan

tidak lagi dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman pada masa akan datang.

3. Setiap penghuni diwajibkan mendaftar keluar semasa cuti semester dan mendaftar

semula dibuku rekod pendaftaran masuk di Kolej Kediaman setiap semester bermua.

Denda akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mematuhi peraturan ini.

4. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman boleh mengarahkan penghuni mengkosongkan

tempat tinggalnya yang disediakan di Kolej Kediaman pada bila-bila masa tanpa apa-

apa sebab.

5. Pihak Pengurusan Kolej boleh dari semasa ke semasa memberi apa-apa perintah atau

arahan secara bertulis atau lisan yang difikirkan perlu untuk memelihara ketenteraman

dan tatatertib asrama.

6. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman dan kakitangan Kolej boleh membuat

pemeriksaan mengejut di asrama pada bila-bila masa.

7. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan segera. Pihak Pengurusan Kolej

Kediaman akan mengenakan denda kepada penghuni berkenaan jika kerosakan yang

Page 6: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 6

mendatangkan mudarat tidak dilporkan segera. (Rujuk dalam Peraturan Kadar Denda/

Gantirugi penghuni yang melanggar peraturan)

D. TATATERTIB ASRAMA

1. Penghuni tidak boleh berpindah bilik tanpa kebenaran secara bertulis terlebih dahulu

daripada Pihak Pengurusan Kolej Kediaman / Unit Felo.

2. Bilik-bilik hendaklah dibersihkan sendiri oleh penghuni. Bilik yang didapati kotor akan

dikenakan denda. (Rujuk dalam Peraturan Kadar Denda/Gantirugi penghuni yang

melanggar peraturan)

3. Peghuni adalah tidak dibenarkan memindah/mengubah/mengalihkan kedudukan

perabot di dalam bilik atau memasukkan perabot-perabot baru ke dalam bilik tanpa

kebenaran.

4. Penghuni tidak dibenarkan membuat/melakukan penyambungan pendawaian elektrik

untuk sebarang kegunaan di dalam bilik

5. Penghuni tidak dibenarkan membuat/membawa/memiliki sebarang jenis haiwan

peliharaan di dalam bilik/kawasan Kolej Kediaman.

6. Penghuni dengan sengaja merosakkan bahagian bangunan dan barang Kolej akan

dikenakan tindakan tatatertib oleh Pihak Kolej. Mereka juga diminta membayar balik

kos pembaikan dan pengantian.

7. Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan

berbentuk kertas pada dinding bilik/unit/rumah/ atau memaku sebarang jenis tampalan

yang boleh merosakkan dinding/cermin dengan pin, paku, gam dan kertas tampalan.

(sekiranya berlaku poster akan ditanggalkan)

8. Penghuni tidak boleh menghalang atau menahan seseorang Pegawai dan Staf

Pegurusan Kediaman Kolej atau Unit Felo daripada memasuki dan membuat

pemeriksaan di bilik berkenaan. “seseorang pelajar menetap tidak boleh melakukan

sesuatu untuk menghalang, merintang dan menahan seseorang pegawai/pekerja atau

Page 7: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 7

staf atau ejen Kolej daripada memasuki bilik pelajar menetap itu dan menjalankan

tugas-tugas kewajipan atau tanggungjawab di dalam bilik itu”

- Kolej boleh mengkehendaki seseorang pelajar menetap mengkosongkan tempat

tinggalnya atau berpindah ke tempat tinggal lain yang disediakan oleh Kolej pada

bila-bila masa tanpa memberi apa-apa sebab.

- Pihak Pengurusan Kolej atau Pihak HEP atau mana-mana orang lain yang diberi

kuasa olehnya boleh dari semasa ke semasa memberi secara lisan atau bertulis

apa-apa perintah, suruhan atau arahan yang difikirkan perlu atau sesuai untuk

memelihara ketenteraman dan tatatertib dalam asrama dan perintah, suruhan atau

arahan itu boleh pada amnya mengenai semua pelajar atau sesuatu golongan atau

seseorang pelajar tertentu dan adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pelajar yang

mengenainya perintah, suruhanatau arahan itu diberi, mematuhi dan

melaksanakannya.

9. Penghuni tidak boleh berada diluar Kolej Kediaman selepas jam 11.00 malam kecuali

dengan kebenaran Pengurusan Kolej Kediaman atau wakilnya.

10. Pelawat luar tidak dibenarkan berada dalam premis asrama kecuali dengan kebenaran

selepas jam 11.00 malam.

11. Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur

seperti plastic, tuala wanita dan lain-lain ke dalam tandas atau saliranair/parit

(longkang)

12. Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat. Semua sisa-sisa

makanan hendaklah dimasukkan dalam plastic dan dibuang ke dalam tong sampah

yang disediakan.

13. Penguin asrama tidak dibenarkan membawa makanan yang boleh mengotorkan bilik

tidur.

14. Pelajar DILARANG MEROKOK di dalam bilik kediaman dan kawasan Kolej.

Page 8: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 8

15. Penghuni tidak dibenarkan membawa masuk, memiliki, mengguna, menyimpan,

mengedar, menjual apa-apa bahan lucah, racun, dadah, rokok, minuman keras, alat-

alat perjudian dan makanan/minuman yang haram disisi Islam di asrama.

16. Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis elektrik apabila tidak

berada di dalam Kolej Kediaman untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran.

Penghuni yang didapati tidak mematuhi arahan ini akan dikenakan denda oleh pihak

pengurusan Kolej Kediaman.

17. Mahasiswa tidak dibenarkan memasuki kawasan yang dikhaskan untuk mahasiswi dan

juga sebaliknya.(kecuali kakitangan yang bertugas).

18. Mahasiswa tidak dibenarkan berambut panjang dan berekor. Rambut hendaklah tidak

mencecah kolar bahu. (sila rujuk Peraturan Akta Kolej dan Kolej Kediaman)

19. Pelajar senior tidak dibenarkan melakukan penderaan(ragging) ke atas pelajar baru.

Mereka yang didapati berbuat demikian akan diambil tindakan tatatertib, termasuk

dibuang daripada Kolej(melanggar tatatertib Kolej).

20. Rujuk panduan Tatatertib dan Peraturan Akademik.

Page 9: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 9

E. PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRIK

1. Setiap pelajar dikenakan bayaran setiap semester mengikut kadar yang ditetapkan.

2. Bayaran yang dikenakan akan hendaklah dibayar setiap awal semester dan sesi

pengajian bermula.

F. PERATURAN MEMASAK

1. Penghuni kolej adalah dilarang memasak atau menggunakan alat-alat elektrik seperti

heater, rice cooker dan hot plate di dalam Kolej Kediaman. Penghuni yang melanggar

peraturan ini akan tindakan tatatertib. Alat-alat memasak akan dirampas, tidak

dikembalikan dan akan dikenakan denda.

G. WAKTU SENYAP

1. Penghuni tidak dibenarkan membuat bising sehingga menggangu ketenteraman

penghuni lain pada bila-bila masa.

2. “Waktu Senyap” bermula jam 7.30 malam sehingga 7.30 pagi

3. Pihak Pengurusa Kolej Kediaman akan mengambil tindakan terhadap mereka yang

didapati melanggar peraturan tersebut.

4. Pelajar juga tidak dibenarkan melepak melepak di kawasan tertentu tanpa tujuan yang

boleh menjejaskan imej Kolej.

H. IKLAN TAMPALAN

1. Sebarang iklan hanya boleh ditampal di papan notis yang disediakan sahaja dengan

kebenaran pihak Pengurusan Kolej Kediaman.

2. Semua notis yang ditampal hendaklah diturunkan setelah tamat tempoh notis tersebut.

3. Penghuni tidak dibenarkan menconteng/menampal di dinding asrama, bili tidur dan

lain-lain bagi maksud-maksud tertentu.

4. Notis yang ditampal mesti memaparkan nama pengiklan.

Page 10: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 10

I. TETAMU

1. Penghuni tidak dibenarkan menerima sebarang tetamu atau keluarganya di dalam bilik

tidur.

2. Tetamu atau keluarga penghuni tidak dibenarkan bermalam di bilik pelajar.

J. ETIKA PAKAIAN

1. Etika pakaian Mahasiswa/Mahasiswi KPMAM perlu dipatuhi bila-bila (sila rujuk

Peraturan Pakaian Rasmi Pelajar)

2. Pelajar perlu berpakaian kemas dan sopan semasa berurusan di pejabat Pentadbiran

Kolej/Kafeteria.

3. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian sukan yang kotor dan berpeluh ke Pejabat

Pentadbiran Kolej/Kafeteria.

4. Pelajar tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata semasa ke pejabat

Kolej/Kafeteria.

K. KEGIATAN BERDUA-DUAAN/BERKHALWAT DI SEKITAR KOLEJ

1. Penghuni Kolej dilarang berkelakuan tidak sopan dan menjolok mata seperti berdua-

duaan (berlainan jantina antara lelaki dan wanita), melakukan aktiviti berkhalwat

(berlainan jantina atau sesama jantina) dengan menimbulkan syak serta mencurigakan

di sekitar Kolej Kediaman/ Kolej. (mahasiswa/mahasiswi akan di rujuk ( Buku Panduan

Tatatertib dan Peraturan Akademik) dan digantung kemudahan penginapan

sementara).

2. Aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual adalah dilarang diamalkan didalam

dan sekitar kawasan Kolej Kediaman/ Kolej.(Pelajar akan di rujuk pada jawatankuasa

tatatertib dan digantung kemudahan penginapan sementara).

L. PENGUNAAN KASUT DAN SELIPAR

1. Penghuni diwajibkan meletakkan kasut dan selipar dengan teratur/tersusun (dalam bilik

atau luar bilik).

2. Denda akan dikenakan ke atas penghuni-penghuni yang melanggar peraturan

ini.(Rujuk Senarai Kadar Bayaran Denda)

Page 11: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 11

M. KECURIAN DAN LAPORAN KEHILANGAN

1. Penghuni dinasihatkan supaya memastikan biliknya sentiasa dikunci pada setiap masa.

2. Penghuni tidak dibenarkan menyimpan wang berlebihan dan barangan yang berhaga

di dalam bilik dan merata-rata tempat.

3. Penghuni yang kecurian hendaklah melaporkan kes kecurian dengan segera kepada

Pentadbiran Kolej. Membuat laporan polis dan Pihak Keselamatan yang bertugas.

N. PERATURAN PUSAT KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

1. Pihak pengurusan adalah bertanggungjawab menentukan pembahagian pusat

kemudahan dan kegunaannya.

2. Semua kemudahan hendaklah digunakan dengan cermat oleh penghuni

3. Masjid/Surau bagi penghuni beragama Islam adalah dikendalikan oleh Jawatankuasa

Masjid/Surau berkenaan dibawah pengawasan TNC HEP.

O. PENGUNAAN TELEVISYEN

1. Penghuni hendaklah menggunakan kemudahan TV yang disediakan di asrama dengan

cermat.

2. Penghuni hendaklah memastikan system suara TV tersebut tidak menggangu

ketenteraman penghuni yang lain.

3. Penghuni juga tidak dibenarkan membuat bising semasa berada di dalam bilik TV

sehingga menggangu ketenteraman penghuni yang lain.

4. Penghuni dilarang sama sekali tidur dalam bilik TV.

P. PENDAFTARAN TINGGAL DI KOLEJ SEMASA CUTI

1. Bagi mereka yang menginap di kolej semasa cuti semester perlulah mengisi borang

tinggal semasa cuti semester yang boleh didapati di Pejabat Pengurusan Kolej

Kediaman. Tindakan akan diambil terhadap mereka yang tinggal di asrama kediaman

secara haram (tanpa mendaftar). Bayaran penginapan akan dikenakan sepanjang

tempoh tersebut dan perlu dibayar di Pejabat Bendahari.

Page 12: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 12

Q. SOPAN SANTUN

1. Pelajar diwajibkan menunjukkan sikap bersopan santun dengan sesiapa sahaja.

Sentiasalah bertegur sapa/memberi salam/hormat menghormati/menunjukkan sikap

berkerjasama dan membantu.

R. MENYIMPAN ALAT-ALAT DAN BAHAN-BAHAN YANG BERBAHAYA DI

ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

1. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan/membawa/memiliki bahan-bahan yang mudah

terbakar seperti minyak petrol dan bahan kimia di dalam bilik. Pelajar juga dilarang

menyimpan alat/perkakas yang tajam seperti kerambit/pedang dan lain-lain.

2. Mereka yang didapati memiliki/menyimpan/membawa alat-alat tersebut

akandiambilkan tindakan tatatertib berdasarkan peraturan Kolej Kediaman dan Kolej.

Page 13: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 13

T. STOR**

1. Semua barang yang hendak ditinggalkan perlulah disimpan di dalam stor sepanjang cuti

semester dengan dimasukkan ke dalam kotak, diikat kemas, dicatatkan nama,no bilik dan

no matrik pada kotak tersebut.

2. Stor tersebut akan dibuka semula pada tarikh pendaftaran akademik tiap-tiap semester dan

akan ditutup semula sebulan selepas tarikh tersebut.

3. Jika didapati masih ada barang-barang yang belum diambil selepas tarikh tersebut. Pihak

Pentadbiran Kolej menganggap barang-barang tersebut tidak diperlukan lagi dan pihak

Pentadbiran Kolej boleh membuangnya.

4. Barang-barang yang tidak disimpan didalam stor semasa cuti dianggap tidak berguna lagi

dan akan dirampas/dibuang.

**Stor akan dikendalikan oleh Sekreteriat Tindakan Kolej.

**Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

U. PERATURAN-PERATURAN SURAT, BUNGKUSAN, SURAT BERDAFTAR DAN

TELEGRAM

1. Pejabat Kolej Kediaman hanya bertanggungjawab atas surat-surat yang beralamat lengkap

sahaja.

2. Mahasiswa/siswi DIKEHENDAKI menunjukan kad mahasiswa/siswi/matrik setiap kali

menuntut bungkusan, surat berdaftar dan lain-lain.

V. ETIKA PAKAIAN MAHASISWA/SISWI

1. Pakaian mestilah KEMAS, BERSIH dan SESUAI dengan amalan biasa masyarakat

Malaysia.

2. Amalkan PAKAIAN BERSOPAN (baju kemeja biasa, baju T berkolar, berkasut, berselar

panjang dibawah paras lutut) dikhalayak ramai di dewan kuliah, perpustakaan, pejabat,

kafeteria/kantin.

3. Pemakaian BAJU KARPORAT kolej pada hari Selasa dan pemakaian TALI LEHER

adalah DIWAJIBKAN kepada mahasiswa/siswi lelaki semasa meghadiri majlis rasmi.

Mahasiswa/siswi wanita DIKEHENDAKI berbaju kurung, jubah atau pakaian lain yang

sopan dengan berskirt panjang atau seluar panjang yang longgar. Pada hari tersebut.

4. Elakkan daripada BERPAKAIAN TIDAK SOPAN dan yang TERLALU MENDEDAHKAN

TUBUH DAN MENJOLOK MATA seperti berikut di khalayak ramai ;

Page 14: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 14

i. Berselipar

ii. Berseluar pendek atau berskirt di atas paras lutut

iii. Berbaju T tanpa kolar bagi mahasiswa/siswi lelaki

iv. Berseluar terlampau ketat

v. Berbaju ketat dan tanpa lengan bagi mahasiswa/siswi perempuan

5. Untuk aktiviti makmal,sukan dan kebudayaan, mahasiswa/siswi hendaklah mematuhi

amalan pakaian yang telah dikuatkuasakan.

6. Mahasiswa/siswi lelaki dilarang berambut panjang dan berekor. Rambut hendaklah tidak

mencecah kolar bahu.

7. Mahasiswa/siswi dilarang sama sekali mewarnakan rambut kecuali hitam dan putih.

8. Mahasiswa/siswi DIWAJIBKAN memakai Kad Mahasiswa/siswi semasa berurusan di

Pejabat Kolej.

Page 15: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 15

POTONGAN RAMBUT MAHASISWA/SISWI LELAKI KPMAM

PAKAIAN RASMI MAHASISWA/SISWI KPMAM

W. PERATURAN MENGOSONGKAN BILIK

1. Dalam masa seminggu sebelum bilik dikosongkan, Pihak pengurusan Kolej Kediaman,

Unit Felo atau STK akan memeriksa alat perabot dan lain-lain peralatan dan

kerosakan. Jika bersabit dengan kerosakan dan kehilangan, penghuni akan dikenakan

denda atau membayar ganti rugi.

2. Setiap penghuni hendaklah MEMASTIKAN pintu dan tingkap dikunci sebelum

meninggalkan bilik.

Page 16: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 16

3. Kunci hendaklah diserahkan sendiri di pejabat berkenaan semasa penghuni membuat

pendaftaran keluar pada waktu pejabat dan menandatangani borang pendaftaran

keluar.

4. Kunci yang hilang perlu diganti dan akan dikenakan tindakan denda

5. Penghuni hendaklah memindahkan barang-barang milik sendiri daripada bilik/almari

dalam ruangan umum. Sebarang alat dan benda yang ditinggalkan dianggap tidak

diperlukan lagi dan pihak asrama boleh membuangnya.

X. KENDERAAN

1. Penghuni Kolej Kediaman tidak DIGALAKKAN membawa kenderaan. Sekiranya

penghuni kolej masih membawa kenderaan,penghuni tersebut WAJIB mengisi borang

pendaftaran kenderaan di Pejabat Pengurusan Kediaman Kolej.

2. Kenderaan hendaklah diletakkan diruang/petak yang dibenarkan sahaja.

3. Kenderaan yang tidak diletakkan pada ruang yang dibenarkan akan dikenakan saman.

4. Pemilik kenderaan tidak dibenarkan membunyikan kenderaan mereka sehingga

mengganggu ketenteraman penghuni lain.

5. Mahasiswa/siswi dilarang memandu kereta/motorsikal di atas koridor beranda/kaki

lima, halaman berkepung atau dimana-mana bahagian daripada mana-mana

bangunan kolej.

6. Mahasiswa/siswi dilarang meletakkan kenderaan di tempat yang boleh

membahayakan, menghalang atau menyusahkan orang atau kenderaan lain,

7. Mahasiswa/siswi dilarang memandu lebih daripada had laju yang ditetapkan.

8. Rujuk peraturan-peraturan tambahan dan pindaan Kediaman Kolej.

Page 17: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 17

Y. PERATURAN KECEMASAN

1. Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni hendaklah membunyikan alat penggera

kebakaran dan memaklumkan kepada felo atau kakitangan kolej DENGAN SEGERA.

2. Setiap penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan berhati-hati dan berkumpul di satu

tempat yang dikhaskan.

3. Jika kebakaran kecil berlaku gunakan alat pemadam api ;

4. Pihak pengurusan Kolej Kediaman akan mengadakan kawad keselamatan dari

semasa ke semasa dengan kerjasama pihak Bomba dan jawatan kuasa Pengurusan

Keselamatan Universiti.

5. Mahasiswa/siswi yang sengaja membunyikan alat penggera kebakaran tanpa sebab

munasabah akan dikenakan tindakan tatatertib .

6. Penghuni hendaklah menghubungi Felo/Pihak Pengurusan Kolej Kediaman/sekiranya

berlaku kecemasan yang memerlukan rawatan. Sekiranya Felo/Pihak Pengurusan

Kolej Kediaman/ tidak dapat dihubungi,mahasiswa/siswi bolehlah menghubungi mana-

mana ahli Sekreteriat Tindakan Kolej atau ketua blok/aras atau pengawal keselamatan

yang bertugas.

7. Felo bertugas bertanggungjawab menghantar penghuni yang berkenaan ke

hospital/klinik yang berdekatan sekiranya tiada perkhidmatan ambulans.

8. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman/ HEP akan mengeluarkan surat pengesahan bagi

urusan kemasukan penghuni ke wad hospital/klinik.

BIL JENIS KEBAKARAN JENIS ALAT PEMADAM API

1 Kebakaran dari bahan kayu dan fabrik Gunakan alat pemadam api (Fire Extinguisher)

2 Kebakaran dari cecair yang mudah

terbakar

Gunakan alat pemadam api yang mengandungi

Foam dan karbon dioksida

3 Kebaran yang berpunca dari api Gunakan alat pemadam api yang mengandungi

foam, karbon dioksida dan bahan kimia.

Page 18: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 18

RAYUAN PENEMPATAN

1. RAYUAN PENUKARAN BILIK PENGINAPAN

1.1 Rayuan penempatan hendaklah dibuat dalam masa dua minggu selepas

pendaftaran. Rayuan yang lewat daripada masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.

2. PERATURAN GANTI RUGI

2.1 Penghuni adalah bertanggungjawab diatas semua peralatan dan kemudahan yang

terdapat di dalam unit kediaman/bilik tersebut.

2.2 Sebarang kerosakan/kehilangan kemudahan di bilik mahasiswa/siswi, denda dan

ganti rugi akan dikenakan kepada penghuni.

3. JENIS GANTI RUGI

3.1 Ganti rugi individu

3.2 Jika kerosakan akibat kecuaian/disengajakan oleh penghuni berkenaan,tindakan

tuntutan ganti rugi akan dimajukan oleh pegawai pentadbiran kolej kepada Timbalan

Pengarah Hal Ehwal Pelajar. Bahagian Kolej akan membuat penilaian jumlah ganti

rugi yang akan dikenakan kepada penghuni berkenaan.

3.3 Ganti rugi berkumpulan

3.4 Apabila berlakunya kerosakan di kolej dimana pihak yang bertanggungjawab tidak

dapat mengesan, ganti rugi akan dikenakan keatas semua penghuni.

PERTIKAIAN

Jika berlaku sebarang pertikaian berhubung pemakaian dan penguatkuasaan peraturan-peraturan

atau

sub-sub peraturan diatas maka keputusan pihak Pengurusan Tertinggi Kolej, Unit Tindakan dan

Tatatertib Kolej (UTK), Unit Felo akan digunapakai sebagai pemutus tindakan serta keputusan

pihak berkuasa tatatertib ini adalah MUKTAMAD.

Page 19: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 19

PERATURAN DAN PEKELILING KOLEJ KEDIAMAN KOLEJ PROFESIONAL MARA

AYER MOLEK ( TAMBAHAN DAN PINDAAN SEMASA)

KEMUDAHAN PENGINAPAN KOLEJ KEDIAMAN

Kolej Profesional Mara Ayer Molek menyediakan 4 blok kolej kediaman untuk para

mahasiswa/siswi.iaitu:

Kediaman Lelaki:

i. Kolej Kediaman Tun Ali

ii. Kolej KediamanTun Mutahir

iii. Kolej Kediaman Tun Perak

Kediaman Wanita :

i. Kolej Kediaman Tun Teja

Pantry dan bilik gosok juga disediakan di setiap aras kolej kediaman bagi memudahkan urusan

mahasiswa/siswi di asrama.

Bilik rehat juga disediakan dengan dilengkapi televisyen,`key board` dan ruangan santai pelajar.

PENGGUNAAN SISTEM E-OUTING

1. Sistem ini mula dilaksanakan pada sesi Jan – Jun 2015 dan bertujuan untuk merekodkan

keluar masuk mahasiswa/siswi di kolej.

2. Sistem e-outing ini melibatkan pergerakan keluar masuk kolej mahasiswa dan mahasiswi.

3. Mahasiswa atau mahasiswi perlu mengimbas kad matrik mereka di mesin pengimbas yang

diletakkan di pondok pengawal setiap kali keluar dan masuk kawasan kolej.

4. Setiap pergerakan keluar dan masuk mahasiswa/mahasiswi akan dimaklumkan kepada ibu

bapa masing- masing melalui khidmat pesanan ringkas.

5. Mahasiswa/sisiwi WAJIB memberikan maklumat yang tepat berkenaan nombor telefon bimbit

penjaga perlu diberikan dan kemaskini sekiranya terdapat perubahan.

6. Mahasiswa/siswi yang gagal untuk mengimbas kad matriknakan diambil tindakan tatatertib.

Page 20: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 20

BARANG LARANGAN

1. Rokok, chewing gum,minuman keras, pakaian menjolok mata,seluar jeans, bahan lucah,

bahan-bahan berbahaya tidak dibenarkan dibawa ke kolej kediaman.

PEMERIKSAAAN BILIK / ROLL CALL

- Bergantung kepada kepada keperluan semasa dan felo bertugas.

PERATURAN WAKTU KELUAR MASUK MAHASISWA/SISWI

HARI AKADEMIK HUJUNG MINGGU & CUTI AM

KELUAR SELEPAS 7.00 PAGI

SELEPAS 7.00 PAGI

PULANG SEBELUM 7.00 PETANG

SEBELUM 7.00 PETANG

PERATURAN PULANG BERMALAM

HUJUNG MINGGU

CUTI AM

WAKTU KELUAR

HARI JUMAAT, SELEPAS JAM 2.30 PETANG

HARI SEBELUM CUTI, SELEPAS KELAS TERAKHIR BERAKHIR

WAKTU PULANG

HARI AHAD, SEBELUM 7.00 PETANG

HARI SEBELUM KELAS BERMULA, SEBELUM 7.00 PETANG

Page 21: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 21

AKTIVITI HARI JUMAAT - (1.00 PETANG – 2.30 PETANG)

SISWA

SISWI

SOLAT JUMAAT

PROGRAM USRAH DAN KEROHANIAN DI SURAU AS-SOLIHIN BERSAMA PENSYARAH TERLIBAT DAN JAWATANKUASA KEROHANIAN KOLEJ.

PERATURAN PENGGUNAAN KENDERAAN OLEH MAHASISWA/SISWI

1. Semua mahasiswa/siswi dibenarkan membawa motosikal dan hanya mahasiswa/siswi

semester 3 ke atas sahaja dibenarkan membawa kereta di kolej.

2. Mahasiswa hendaklah mendaftarkan dan membeli pelekat kereta (salinan kad pengenalan

dan lesen memandu) perlu disediakan untuk proses pendaftaran

3. Pelekat kebenaran rasmi kolej untuk membawa/memiliki kenderaan hendaklah dilekatkan di

cermin kereta atau di bahagian hadapan motosikal

4. Mahasiswa/siswi dibenarkan meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat yang

disediakan untuk mahasiswa/siswi sahaja.

PERINGATAN PENTING :

i. Bayaran pelekat adalah RM5.00 untuk setiap kenderaan dan didaftarkan setiap semester.

ii. Pihak kolej akan menyita kenderaan yang tiada pelekat atau kenderaan yang diletakkan

bukan di tempat yang sepatutnya.

iii. Denda sebanyak RM 10.00 dan maksimum RM30.00 akan dikenakan terhadap

mahasiswa/i yang melanggar peraturan tersebut.

Page 22: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 22

PERALATAN YANG DILARANG DIBAWA MASUK KE KOLEJ

i. Seterika / cerek / alat pemanas air elektrik / periuk nasi/ periuk serbaguna elektrik

ii. KIPAS (*perlu dapatkan kebenaran terlebih dahulu)

iii. Dapur memasak / pembakar roti

iv. Extension yang mempunyai 3-PIN PLUG (hanya dibenarkan di kolej kediaman siswa lelaki

sahaja)

v. TV, VCR dan Pembesar suara tidak melebihi 100 wd

vi. Barang kemas

vii. PISAU (*perlu dapatkan kebenaran terlebih dahulu)

viii. Penggunaan polisterin, mancis & pemetik api

PERINGATAN PENTING :

i. Peralatan elektrik yang dibenarkan bawa masuk ke kolej kediaman perlu didaftar dengan

bayaran pelekat (sticker)sebanyak RM3.00/semester untuk setiap peralatan.

ii. Barang-barang yang dibawa pihak kolej tanpa kebenaran yang dirampas tidak akan

dipulangkan.

iii. Pihak pengurusan kolej kediaman tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku

sebarang kehilangan atau kerosakan.

BEKALAN ELEKTRIK DI KOLEJ KEDIAMAN

Pemberhentian dilaksanakan pada ketetapan berikut :

Hari Waktu

Isnin-Jumaat 8.00 pagi hingga 3.00 petang

Sabtu,Ahad dan cuti am Tiada pemberhentian

Page 23: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 23

GANTIRUGI KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN HARTA BENDA KOLEJ KEDIAMAN

Berikut adalah kadar nilai gantirugi kehilangan atau kerosakan (vandalisme) peralatan di kolej

kediaman yang perlu dibayar oleh penghuni bilik atau aras:

BIL. UNIT

DIBEKALKAN PERKARA NILAI GANTIRUGI

1. 4 KATIL RM50.00 – RM300.00

2. 4 ALMARI PAKAIAN RM50.00 – RM300.00

3. 4 STUDY CAREL TIDAK MELEBIHI RM200.00

4. 4 KERUSI RM15.00 – RM50.00

5. 1 BAKUL SAMPAH RM5.00

6. 2 TOMBOL PINTU TIDAK MELEBIHI RM50.00

7. 1 RAK SELIPAR/KASUT TIDAK MELEBIHI RM50.00

9. 3 (SETIAP

ARAS) ALAT PEMADAM API TIDAK MELEBIHI RM200.00

L P

10. 1 - ALMARI KASUT RM50.00 – RM100.00

11. 2 1 PINTU TIDAK MELEBIHI RM150.00

12. 1 (SEORANG) KUNCI BILIK/TAG/SAMPUL TIDAK MELEBIHI RM10.00

NOTA: SILA LAPORKAN KEPADA PEJABAT PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN

DALAM TEMPOH 1 MINGGU SELEPAS ANDA MENDAFTAR MASUK SEKIRANYA

PERALATAN YANG DIBEKALKAN TIDAK LENGKAP ATAU ROSAK.

Page 24: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 24

LAMPIRAN : SENARAI KADAR DENDA BARU MENGIKUT KESALAHAN

YANG DILAKUKAN (PINDAAN JANUARI 2017 )

KESALAHAN

KADAR DENDA MINIMUM

( MAKSIMUM SEHINGGA RM 50.00 – MENGIKUT

TAHAP KESALAHAN YANG DILAKUKAN )

MEROKOK RM10.00

MEMILIKI ROKOK DAN BARANGAN BERKAITAN /

BARANGAN BERUNSUR TEMBAKAU DAN

SEUMPAMANYA / ROKOK ELEKTRONIK DAN

BARANGAN BERKAITAN ATAU SEUMPAMANYA.

RM5.00 SEBATANG /PUNTUNG

KELUAR TANPA KEBENARAN DILUAR WAKTU YANG

DITETAPKAN /

TIDAK MENGIMBAS KAD PADA SISTEM E-OUTING.

RM5.00

PULANG LEWAT TANPA KEBENARAN RM5.00

TIDAK MELENGKAPKAN KAD PROFIL /

TIDAK MENAMPAL KAD PADA PINTU BILIK RM5.00 /SEORANG

TIDAK MENDAFTAR BARANGAN ELEKTRIK YANG

DIBENARKAN RM5.00 /ITEM

MEMBAWA BARANGAN ELEKTRIK YANG TIDAK

DIBENARKAN RM5.00 + BARANGAN AKAN DIRAMPAS

BILIK KOTOR, BERBAU & TIDAK KEMAS RM10.00 /SEORANG

KESALAHAN MELETAK KENDERAAN RM10.00

KESALAHAN TIDAK MENDAFTAR DAN TIDAK

MENAMPAL PELEKAT KENDERAAN RM10.00

TERTINGGAL KUNCI DI DALAM BILIK RM3.00 – RM5.00

(MENGIKUT BILANGAN PENGHUNI BILIK)

VANDALISMA RM10.00 + GANTIRUGI

(MENGIKUT KOS PERALATAN)

HILANG KAD AKTIVITI MAHASISWA KPMAM RM 10.00

TIDAK MENGHANTAR KAD AKTIVITI PADA TARIKH

DAN MASA YANG DIMAKLUMKAN RM10.00

TIDAK MELAKUKAN PEMBERSIHAN (CLEARANCE)

BILIK KEDIAMAN DENGAN SEMPURNA .

(SETIAP KALI CUTI SEMESTER ATAU BERPINDAH

BILIK)

RM 50.00/ BILIK ( BAGI BILIK BERDUA)

RM 100.00/ BILIK ( BAGI BILIK BEREMPAT)

LAIN-LAIN KESALAHAN* RM3.00 – RM50.00

Page 25: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 25

*PERINGATAN:

*KESALAHAN-KESALAHAN LAIN TERMASUK :

- MEMINDAHKAN PERALATAN DAN PERABOT YANG TELAH DITETAPKAN,

- TIDAK MENUTUP LAMPU/KIPAS/PLUG SEBELUM MENINGGALKAN BILIK,

KASUT/SELIPAR TIDAK DISUSUN RAPI,

- MENGGANTUNG PAKAIAN DI TINGKAP/PAGAR KOLEJ KEDIAMAN/ DALAM BILIK

AIR/ BILIK DB / BILIK GOSOK,

- TIDAK MEMATUHI AMALAN 5S DAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA,

- TIDAK MEMATUHI AMALAN BUMI HIJAU DAN PENGGUNAAN POLISTRIN,

- BERKELAKUAN TIDAK SOPAN / PENCEMARAN BUNYI LAIN-LAIN KESALAHAN

YANG AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA,

- MANA-MANA KESALAHAN YANG TERMAKTUB DALAM BUKU PERATURAN KHAS

KOLEJ KEDIAMAN KPMAM (PINDAAN JANUARI 2017)

*JIKA DIDAPATI KESALAHAN BERULANG DILAKUKAN SERTA TIDAK

MENGENDAHKAN AMARAN YANG DIBERIKAN DAN/ ATAU DENDA YANG DIKENAKAN,

MAHASISWA BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN DAN KES DISERAHKAN KEPADA UNIT

TATATERTIB KOLEJ (UTK).

*PERUBAHAN DAN PINDAAN AKAN DIMAKLUMKAN DARI MASA KE SEMASA MELALUI

PENGUMUMAN DAN SEBARAN NOTIS MAKLUMAN.

*SEBARANG PENERANGAN LANJUT BOLEH DIRUJUK DALAM BUKU PERATURAN KHAS

KOLEJ KEDIAMAN KPMAM (PINDAAN JANUARI 2017) .

Page 26: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 26

KEGAGALAN MEMBAYAR DENDA

i. Pelajar hendaklah membayar denda secepat mungkin bagi mana-mana peraturan yang

dilanggar dan didenda. Mahasiswa/siswi hendaklah membayar denda yang dikenakan

bagi pelangaran peraturan.

ii. Kegagalan dalam membayar dnda akan mengakibatkan perkara berikut :

a. Slip menduduki Peperiksaan Akhir Semester disekat

b. Keputusan Peperiksaan ditahan

c. Siswa/Siswi yang tamat Latihan Industri tidak dibenarkan membuat clearance

sesudah tamat Latihan Industri.

d. Sijil Tamat Pengajian akan ditahan

iii. Kesemua kesalahan ini hanya akan digugurkan apabila siswa/siswi tersebut selesai

membayar denda

Page 27: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 27

PERATURAN PERLAKSANAAN MERIT DEMERIT BAGI SETIAP MAHASISWA/SISWI

1. Sistem ini diperkenalkan selaras dengan kesalahan tatatertib berdasarkan Buku Peraturan

dan Tatatertib kolej.

2. Pihak Kolej berhak menggunakan sistem merit-demerit atau sistem mata dan bonus mengikut

kesesuaian dan keperluan dalam usaha meningkatkan taraf disiplin dan sahsiah

mahasiswa/siswi di Kolej Profesional MARA Ayer Molek.

3. Sistem ini juga diperkenalkan bagi kemudahan Kolej Kediaman di mana mahasiswa/siswi

perlu memenuhi kriteria tertentu mengikut peraturan yang akan dinyatakan bagi melayakkan

diri menduduki Kolej Kediaman.

4. Siswa/siswi yang layak menduduki Kolej Kediaman, hendaklah memastikan kriteria-kriteria

berikut dipenuhi :

a. Siswa/siswi hendaklah melengkapkan Kad Aktiviti Siswa dengan menghadiri aktiviti

kolej.

b. Memastikan tidak melanggar mana-mana peraturan Kolej atau Kolej Kediaman;

c. Permohonan menduduki Kolej Kediaman yang boleh dibuat apabila memulangkan

Kad Aktiviti Siswa dipulangkan.

d. Tidak dibenarkan mana-mana siswa/siswi menghantar Kad Aktiviti Siswa individu

yang lain.

e. Sekiranya prosedur ini tidak diikuti, siswa/siswi terbabit dikira sebagai gagal

mendapat tempat untuk menduduki Kolej Kediaman pada semester seterusnya.

Page 28: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 28

KAEDAH PELAKSANAAN MERIT DAN DEMERIT

1. Setiap peringkat aktiviti yang dilaksanakan di kolej mempunyai markah merit yang berbeza.

2. Setiap aktiviti yang dianjurkan, penyelaras program atau aktiviti akan menyediakan kupon atau

cop atau menandatangani Kad Aktiviti Siswa. Oleh itu, mahasiswa perlulah menghadiri aktiviti

atau program tersebut agar memenuhi Kad Aktiviti Siswa tersebut.

3. Aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Kolej atau MPP akan diberi merit sebanyak 20 mata

manakala aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan atau Unit atau lain-lain akan diberi

merit sebanyak 10 mata.

1.1 CONTOH KAD AKTIVITI

4. Penentuan bagi kelayakan kemudahan Kolej Kediaman adalah bergantung sebanyak mana

merit atau mata yang diperolehi oleh mahasiswa/siswi tersebut iaitu dengan menghadiri aktiviti

yang telah dianjurkan.

5. Maksimum merit atau mata adalah bergantung kepada jumlah aktiviti yang dilaksanakan pada

semester tersebut.

6. Demerit berlaku sekiranya Siswa/Siswi terbabit melanggar peraturan yang dinyatakan seperti

di dalam Buku Peraturan dan Tatatertib Kolej.

BIL. TARIKH AKTIVITI JAWATAN / PENGLIBATAN COP / TANDATANGAN / KUPON

1 23/6/16 HARI KEUSAHAWANAN AJK SUKARELAWAN

Page 29: BUKU PERATURAN KHAS INI TELAH DIKEMASKINI … · 2017-01-09 · peraturan khas asrama/kolej kediaman kpmam unit felo dan pengurusan kediaman kpmam 2 rayuan penempatan. pertikaian

PERATURAN KHAS ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN KPMAM

UNIT FELO DAN PENGURUSAN KEDIAMAN KPMAM 29

7. Bagi kesalahan Kategori A, mata atau demerit sebanyak 20 mata akan dilakukan manakala

bagi kesalahan Kategori B akan demerit sebanyak 10 mata.

8. Pemarkahan demerit juga akan berlaku sekiranya Siswa/Siswi terbabit melanggar mana-

mana peraturan kolej kediaman yang dinyatakan dalam Pekeliling Peraturan Kolej Kediaman

dan markah yang akan demerit adalah mengikut kategori kesalahan Siswa/Siswi terbabit.

1.2 CONTOH DEMERIT

9. Pengarah, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP), Timbalan Pengarah Hal Ehwal

Akademik (HEA), Unit Tatatertib Kolej (UTK), dan Unit Felo mempunyai kuasa atau

bertanggungjawab untuk memotong atau demerit markah aktiviti mahasiswa/siswi yang

melanggar peraturan kolej atau kolej kediaman.

10. Sekiranya Siswa/Siswi yang GAGAL untuk menghantar Kad Aktiviti Siswa atau GAGAL

memenuhi pemarkahan kelayakan menduduki Kolej Kediaman di akhir setiap semester

terbabit akan dianggap sebagai tidak layak menduduki Kolej Kediaman.

11. Siswa/Siswi yang GAGAL memulangkan sendiri Kad Aktiviti Siswa juga akan dianggap

sebagai gagal memenuhi prosedur permohonan menduduki Kolej Kediaman.

BIL. TARIKH AKTIVITI JAWATAN / PENGLIBATAN COP / TANDATANGAN / KUPON

1 23/6/16 HARI KEUSAHAWANAN AJK SUKARELAWAN


Top Related