Tarikh : __________________
BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT BPK/001/_______
SEKSYEN KREATIF
(PERMOHONAN PEMASANGAN KAIN RENTANG / BANTING)
Pemohon (J/S/P/I/U) : _________________________________________________________
Tujuan : _________________________________________________________
Tempat Pemasangan (Tanda Yang Berkenaan)
Simpang ke UMS.
Jalan Bulatan UMS.
Di hadapan bangunan Canselori.
Dihadapan kolej kediaman A/B/C/D/E/ Indah Permai/ Kingfisher.
Tarikh Pemasangan : __________________ Tarikh Diturunkan: _________________
Pegawai / AJK yang bertanggungjawab : _____________________________________________________
No. Kad Kakitangan / Matrik : _____________________________________________________
Alamat : _____________________________________________________
Tandatangan Pemohon : ______________________ Tarikh : _____________________
PENGESAHAN J/S/P/I/U:
Saya dengan ini mengesahkan bahawa permohonan ini adalah untuk kegunaan rasmi dan membenarkan
peruntukan seperti yang dimaksudkan di atas.
Tarikh:_________________________ Tandatangan & Cop Jabatan:_______________________________
(Dekan/Ketua Jabatan/Bahagian)
KELULUSAN BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT KELULUSAN BAHAGIAN
PERHUBUNGAN KORPORAT
Permohonan ini DILULUSKAN/TIDAK DILULUSKAN
Ulasan :__________________________________________________________________________________
Tarikh :_________________________ No. Semakan : __________________________
No. Isu : _________________________ Tarikh Kuatkuasa : _________________________
KELULUSAN BAHAGIAN KESELAMATAN UMS
Tandatangan & Cop Jabatan :_________________________ Tarikh : _________________________
(Pegawai Keselamatan UMS)
BORANG PERKHIDMATAN PEMASANGAN KAIN RENTANG /BANTING/sm/2010
SYARAT-SYARAT DAN TERMA PENGGANTUNGAN BANNER/BANTING
BAHAGIAN A : KESEMPURNAAN BAHAN
1. Banner dan banting harus mencerminkan imej Institusi Pengajian Tinggi dan
Universiti Malaysia Sabah.
2. Penggunaan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya dibenarkan. Jika
menggunakan dwi bahasa, Bahasa Melayu harus digunakan sebagai bahasa pertama
dan saiz huruf bahasa kedua mesti lebih kecil daripada Bahasa Melayu.
3. Penganjur dikehendaki untuk membuat semakan untuk pastikan ejaan, nahu,
tatabahasa dan sebagainya.
4. Banner/Banting yang akan digantung perlu menggunakan ayat yang jelas, padat dan
mudah difahami.
5. Gunakan huruf Saiz 6 dan hitamkan untuk ayat-ayat penting yang boleh dilihat pada
jarak 100 meter.
6. Perkataan penting yang perlu ditonjolkan mengikut kepentingan:
i. Tajuk acara
ii. Perasmi
iii. Tarikh
iv. Tempat
v. Tema
7. TIDAK DIBENARKAN menggunakan mana-mana logo parti-parti politik, organisasi,
pertubuhan atau nama individu yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan
warga kampus.
8. Pastikan banner dan banting tidak menghalang penglihatan papantanda atau
penglihatan jalan raya sehingga boleh mengakibatkan kemalangan.
9. Pemasangan banner dan banting hanya dibenarkan ditempat yang dinyatakan seperti
dalam borang permohonan Bahagian Keselamatan. Jika didapati tidak mengikut
arahan, Bahagian Keselamatan berhak menurunkan kain rentang yang tidak mengikut
peraturan Pejabat Bahagian Keselamatan.
10. Banner dan banting perlu diturunkan oleh penganjur selewat-lewatnya 2 HARI selepas
aktiviti berlangsung.
11. Semua banner dan banting hendaklah dipasang dengan kemas dan diikat dengan kuat.
12. Pemasangan banner dan banting tidak boleh menutup sepenuhnya atau sebahagian
kain rentang yang sedia ada.
13. Sekiranya banner/banting rosak disebabkan oleh bencana alam, Penganjur diminta
untuk memperbaikinya dengan kadar segera.
14. Pelanggaran mana-mana syarat seperti di atas membolehkan petugas-petugas
Bahagian Keselamatan menurunkan banner dan banting yang terlibat tanpa notis.
BAHAGIAN B : PENGUATKUASAAN
1. Pihak penganjur harus mengikuti prosedur dan syarat yang telah ditetapkan. Borang
permohonan dan draf kain rentang (blue print) hendaklah dikemukakan terlebih awal
kepada Bahagian Perhubungan Korporat (BPK), UMS. Setelah mendapat Kelulusan
daripada BPK, barulah kain rentang/banner/banting mula dibuat oleh J/S/P/I/U
(Penganjur).
2. Kelulusan daripada BPK adalah berbentuk Cop kelulusan dengan nombor siri. Tanpa
cop kelulusan kain rentang/banting tidak boleh digantung.
3. Pemasangan yang dilakukan dalam kawasan UMS, hendaklah di kawasan atau tempat
yang dibenarkan sahaja. Jika dipasang di luar kawasan UMS, pihak penganjur perlu
mendapat kelulusan daripada DBKK. Salinan hendaklah dipanjangkan ke Bahagian
Keselamatan.
4. Bahagian Keselamatan bertanggungjawab memastikan banner dan banting dipasang
dengan kemas dan diturunkan pada masa yang telah ditetapkan. Selain itu, bahagian
ini juga membuat pemantauan pematuhan prosedur dan syarat.
Disediakan oleh,
Bahagian Perhubungan Korporat
Universiti Malaysia sabah