Transcript
Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

PSZ 19 :16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS***

JUDUL: KAJIAN TENTANG FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG IBU BAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR

TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya BUANDA @ ARBAYA BINTI WARITH . ( HURUF BESAR ) mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaannya seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Naskah salinan didalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

sahaja. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang

dipersetujui kelak. 5. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 6. * * Sila tandakan ( )

DR. MOHD RIZAL MOHD SAID _________________________________ __________________________________

( TANDATANGAN PENULIS ) ( TANDATANGAN PENYELIA ) Alamat Tetap : KG. KUNAK 3, PETI SURAT 12, 91207 KUNAK, SABAH.

Tarikh : 2 MEI 2008 Tarikh : 2 MEI 2008

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan Oleh

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. *** Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus atau penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TANDA TANGAN PENUL S I

DR. MOHD RIZAL MOHD SAID

Nama Penyelia

TANDA TANGAN PENYELIA

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

i

KAJIAN TENTANG FAKTOR UTAMA YANG MENDORONG IBU BAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN

UNIVERSITI, SKUDAI JOHOR.

BUANDA @ ARBAYA BINTI WARITH

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

ii

PENGESAHAN PENYELIA

Saya / Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/

kami* ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Tanda tangan : _________________________________

Nama Penyelia : DR. MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

iii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tanda tangan : _____________________________

Nama Penulis : BUANDA @ ARBAYA BINTI WARITH

Tarikh : 2 MEI 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

iv

Dedikasi Kepada…

Insan Tersayang

Inak dan Bapak, Adik-adik,

Suami dan anak-anak.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

v

PENGHARGAAN Syukur alhamdulillah kepada Allah SWT, kerana dengan izinNya juga saya telah

berpeluang menyiapkan kajian ini sepenuhnya. Setinggi penghargaan kepada Pensyarah

Pembimbing Dr. Mohd Rizal Mohd. Said yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar

dan panduan sehingga kajian ini dapat berada pada landasan yang betul. Tunjuk ajar

beliau telah memberikan saya keyakinan untuk meneruskan kajian ini. Tanpa bimbingan

beliau tidak mungkin saya dapat menyiapkan kajian ini. Bagi saya beliau merupakan

pakar rujuk untuk memastikan kajian saya ini kelak mencapai objektifnya.

Istimewa buat keluarga yang disayangi, ibu bapa saya yang menjadi pelita

sepanjang perjalanan kehidupan ini, adik beradik saya , suami dan anak-anak yang telah

banyak berkorban sepanjang saya menjalankan kajian ini. Tanpa kalian saya tidak akan

berada seperti yang ada sekarang.

Kepada pihak yang terlibat sepanjang kajian ini. Responden yang telah

memberikan kerjasama yang begitu baik dan juga kaki tangan pejabat Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, yang telah banyak mempermudahkan

prosedur sepanjang kajian ini.

Jasa kalian akan menjadi kenangan yang tidak dapat dinilai dengan material

semata-mata. Semoga Allah SWT juga yang membalasnya.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor yang mendorong ibu bapa

menghantar anak mereka ke kelas tuisyen. Faktor tersebut ialah faktor masa, tahap

pendidikan ibu bapa, pencapaian akademik anak dan kepercayaan terhadap kelas

tuisyen. Ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana pembolehubah-pembolehubah

yang dinyatakan mempengaruhi keputusan dikalangan ibu bapa untuk menghantar anak

mereka ke kelas tuisyen. Seramai 120 orang ibu bapa di lima buah pusat tuisyen di

sekitar Taman Universiti, Skudai Johor telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini

menggunakan kaedah deskriptif yang menggunakan soal selidik yang dibina setelah

berbincang dengan pensyarah pembimbing. Data-data dikumpul menggunakan teknik

pemprosesan data SPSS (Statistical Package for the Social Sciences). Dapatan data

kajian diproses dan menggunakan frekuensi, peratus dan min sebagai perbandingan.

Secara umumnya, keputusan kajian telah menunjukkan bahawa faktor-faktor yang

dinyatakan mempunyai pengaruh yang berbeza. Kajian juga menunjukkan bahawa

kepercayaan responden terhadap kelas tuisyen merupakan faktor utama. Walaupun,

kajian telah dapat memberikan sedikit maklumat tentang kesemua faktor yang

dinyatakan, kajian yang selanjutnya adalah diperlukan terutamanya dalam membuat

kajian khusus tentang faktor-faktor lain yang mempengaruhi persepsi ibu bapa terhadap

kelas tuisyen.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

vii

ABSTRACT

This study aims at looking into the factors that influence the cause of why

parents deliver their children go to tuition class. They include the factors of time factor,

education achievement of parents, academic achievement of children and their trust

tuition class. A hundred and twenty parents of around Taman Universiti Skudai Johor

are involved in this study. For this purpose, the study uses a method of deskriftive which

is being modified from the previous data. This data are then scrutinized using the

technique of Statistical Package For Social Sciences (SPSS) and collected for processing

using the techniques of frequency, percentages and mean for est. In general, the result

of the study has shown that the time factors, academic achievement factor, and the factor

of trust. The study also shows that the respondents agree trust factor to be the prime

factor. Based on the Frequency Analysis which is conducted upon each item, the parents

However, the study has given some information about the reason why parent deliver

their child go to tuition class. An extended study is needed so as to focus on an intricate

study on factors influencing the parents reason, and why there send their children go to

tuition class.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA

SURAT

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI RUJUKAN xiv

1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 11

1.8 Daftar Istilah 11

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

ix

1.8.1 Ibu Bapa

1.8.2 Tuisyen

1.8.3 Masa

1.8.4 Tahap Pendidikan

1.8.5 Prestasi

1.8.6 Kepercayaan

1.9 Penutup 14

2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Faktor Masa Yang Mendorong Ibu Bapa Menghantar

Anak Mereka Ke Kelas Tuisyen

17

2.3 Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa Yang Mendorong

Mereka Menghantar Anak Ke Kelas Tuisyen

18

2.4 Faktor Pecapaian Akademik Anak Menyebabkan Ibu

Bapa Menghantar Anak Mereka Ke Kelas Tuisyen

19

2.5 Faktor Kepercayaan Terhadap Kelas Tuisyen

Menyebabkan Ibu Bapa Menghantar Anak Mereka Ke

Kelas Tuisyen

21

2.6 Penutup 25

3 METODOLOGI KAJIAN 26

3.1 Pengenalan 26

3.2 Rekabentuk Kajian 27

3.3 Instrumen Kajian 28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 30

3.5 Kajian Rintis 31

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Analisis Data 33

3.8 Penutup

34

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

x

4 ANALISIS DATA 35

4.1 Pengenalan 35

4.2 Bahagian A

4.2.1 Taraf Pendidikan Ibu Bapa

4.2.2 Bilangan Anak

4.2.3 Peperiksaan Penting Yang Dihadapi Oleh Anak

4.2.4 Anak Belajar Dalam Tingkatan

36

4.3 Bahagian B

4.3.1 Faktor Masa

4.3.2 Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

4.3.3 Faktor Prestai Pencapaian Anak

4.3.4 Faktor Kepercayaan Terhadap Kelas Tuisyen

38

37

42

47

51

4.4 Penutup 56

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan

5.2.1 Faktor Masa

5.2.2 Faktor Tahap Pendidikan Ibu Bapa

5.2.3 Faktor Prestasi Pencapaian Akademik Anak

5.2.4 Faktor Kepercayaan Terhadap Kelas Tuisyen

59

60

62

63

65

5.3 Rumusan 66

5.4 Cadangan 68

5.5 Masalah- Masalah Kajian 69

5.6 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 70

5.7 Penutup

71

Rujukan 72

Lampiran A - D 76-98

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

xi

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL

TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Tahap Persetujuan dan Skor 27

3.2 Bilangan Sampel daripada Populasi 31

3.3 Nilai Alpha Kajian Rintis 32

3.4 Tafsiran Nilai Markat Min Kajian 33

4.1 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 36

4.2 Taburan Responden Mengikut Bilangan Anak 37

4.3 Taburan Responden Mengikut Peperiksaan Penting

Yang Akan Di Hadapi Oleh Anak Mereka

37

4.4 Taburan Responden Mengikut Tingkatan / Tahun

Anak

38

4.5 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan

Kajian 1

39

4.6 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 1 42

4.7 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan

Kajian 2

44

4.8 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 2 47

4.9 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan

Kajian 3

48

4.10 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 3 51

4.11 Frekuensi, Peratus dan Min Bagi Item Persoalan

Kajian 4

52

4.12 Purata Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 4 55

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

xii

SENARAI GAMBAR RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA

SURAT

1.3 Carta Alir Prosedur Kajian 32

4.1 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 1 43

4.2 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 2 47

4.3 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 3 51

4.4 Carta Pai – Purata Peratusan Bagi Persoalan Kajian 4 55

4.5 Carta Bar – Purata Peratusan Bagi Keseluruhan

Kajianan 1

56

4.6 Carta Pai – Tahap Aspek Kajian Faktor Pendorong

Ibu Bapa Menghantar Anak Mereka Ke Kelas

Tuisyen.

57

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

xiii

SENARAI RINGKASAN

ICT - Internet Communication Technology

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PKK - Pusat Perkembangan Kurikulum

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru

SBT - Skim Baucar Tuisyen

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPVM - Sijil Pelajaran Vokasioanal Malaysia

SPSS - Statistical Package For The Social Science

STPM - Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA

SURAT

A Borang Soal Selidik 76-82

B Surat Pengesahan Item Soal Selidik 83-84

C Surat Pengesahan Status Pelajar 85

D Data SPSS 86-96

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan merupakan isu yang sering diperkatakan masyarakat hari ini kerana

ia merupakan agenda penting kearah pembentukkan masyarakat berilmu pengetahuan

terutama dalam melahirkan generasi muda yang mampu mencorak masa depan sesebuah

negara. Menurut Awang Had Salleh (1985), untuk melahirkan masyarakat yang

berdisiplin dan bermotivasi perlulah menyediakan generasi muda dengan ilmu atau

pendidikan. Pendidikan boleh disampaikan dengan dua cara iaitu dengan pendidikan

tidak formal yang dilakukan di rumah dan pendidikan formal yang diterima di sekolah-

sekolah. Menurut beliau lagi, masyarakat yang berdisiplin sahaja sebenarnya tidak

memadai, tetapi untuk maju kehadapan, perlu ada daya usaha, keinginan dan cita-cita

untuk meningkat maju. Masyarakat yang ingin maju hendaklah berdisiplin dan

bermotivasi tinggi yang dapat dilakukan menerusi pergerakan yang cergas, mencapai

kesempurnaan dan sentiasa produktif serta berkualiti tinggi dalam apa juga usaha yang

dilakukan.

Oleh kerana itu untuk terus maju kehadapan mahu atau tidak masyarakat

terpaksa berubah dari segi sikap dan gaya pemikiran. Menurut Atan Long (1979)

kekuatan atau kelemahan sesebuah masyarakat bergantung kepada ahli-ahli masyarakat

yang memberikan sumbangan kepada keutuhan dan kemajuan serta perkembangan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

2

masyarakat berkenaan. Sesebuah masyarakat perlu sanggup berubah atau anjakan

paradigma dan menerima perubahan untuk terus hidup dan berkembang mengikut

kemajuan zamannya. Jika tidak, mereka akan ketinggalan zaman atau pun tertinggal

dalam meneruskan kehidupan yang terus berubah. Perkembangan tersebut dapat dirasai

dalam semua aspek kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.

Sejajar dengan perkembangan tersebut program pembangunan sumber tenaga

manusia perlu dirancang dan mempunyai hala tuju untuk memenuhi dan menangani

perubahan dan keperluan negara dimasa depan. Untuk memastikan agenda

pembangunan insan tersebut, pembangunan pendidikan haruslah diberi keutamaan.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat termasuk ketua-ketua keluarga, pemimpin

politik dan masyarakat bersama-sama berganding bahu bagi meyahut cabaran dan

merealisasikan usaha tersebut iaitu untuk melahirkan rakyat yang cemerlang.

Untuk menyahut cabaran tersebut, kerajaan Malaysia telah bertindak membuat

perubahan drastik dalam dasarnya. Pembangunan pendidikan 2001-2010 dirangka

berasaskan Dasar Wawasan Negara untuk melahirkan bangsa Malaysia yang berdaya

tahan, membangun dan meningkatkan daya saing antara bangsa, menggalakkan

masyarakat yang saksama, membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan

mengekalkan pertumbuhan ekonomi serta memperkukuhkan pembangunan sumber

manusia. Seterusnya menjadi hasrat Bahagian Pembangunan Dasar Pendidikan untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek mewujudkan dan meningkatkan

kreativiti dan inovasi dikalangan pelajar, menggalakkan dan meningkatkan budaya ilmu,

membudayakan sains dan teknologi, pendidikan sepanjang hayat serta menyediakan

sistem pendidikan yang cekap dan bertaraf dunia untuk membolehkan Malaysia menjadi

pusat kecemerlangan pendidikan (Bahagian Pembangunan Dasar Pendidikan 2001).

Hala tuju pembangunan insan melalui perspektif pendidikan salah satunya memberi

penekanan kepada sains dan teknologi memerlukan individu yang cemerlang dalam

pencapaian akademik mereka. Ini kerana penguasaan mata pelajaran seperti matematik

dan sains amat penting sebagai tiket dalam bidang tertentu.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

3

Salah satu dari dasar tersebut iaitu dasar pembelajaran sepanjang hayat

contohnya, telah menggalakkan masyarakat meningkatkan pengetahuan masing-masing.

Perubahan globalisasi juga pendorong kepada keadaan dimana masyarakat menghadiri

kelas tuisyen tanpa had umur untuk mendalami sesuatu bidang. Misalnya, untuk

mendalami pengguasaan bahasa asing, terdapat individu yang sanggup mengikuti kelas

tuisyen.

Begitu juga dengan dasar pendemokrasian pendidikan yang merupakan salah

satu dari dasar dalam pembangunan pendidikan negara. Dasar tersebut telah memberi

peluang kepada ibu bapa memilih untuk memberikan pendidikan yang terbaik untuk

anak-anak mereka. Jika masyarakat tidak memahami dan menghayati arus perubahan

dalam dunia pendidikan dan persekitaran yang tidak merangsang pemupukan budaya

ilmu tersebut, maka akan wujudlah ramai pelajar yang akan tercicir dan tidak tahu hala

tuju mereka. Taraf pendidikan dan pengetahuan keibubapaan yang semakin meningkat

di kalangan masyarakat telah menyebabkan mereka ingin memastikan anak mereka

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan untuk bersaing dalam apa sahaja bidang

dalam dunia globalisasi kini.

Atas kesedaran tersebut telah mendorong kepada kecenderungan di kalangan ibu

bapa kini untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen atau mendapatkan khidmat

tutor secara peribadi untuk anak mereka di rumah. Dorongan yang menebal untuk

melihat kejayaan anak-anak mereka setanding dengan anak-anak orang lain dalam

pencapaian akademik di sekolah selalunya menjadi faktor utama mengapa sebahagian

besar ibu bapa sanggup berbelanja lebih asalkan anak mereka tidak ketinggalan dalam

perlumbaan mengejar kecemerlangan dalam peperiksaan. Hasrat ini tidak sukar dipenuhi

kerana pusat-pusat tuisyen yang tumbuh bagai cendawan dimusim hujan di seluruh

negara sedia menawarkan khidmat mereka (Ahmad Kamil Mohamed, 2007).

Malahan dikalangan ibu bapa yang lebih berkemampuan, mengeluarkan

sejumlah wang untuk menggaji guru-guru memberi tuisyen khas untuk anak mereka di

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

4

rumah bukanlah satu beban. Galakan dari ibu bapa yang begitu tinggi telah

menyebabkan permintaan terhadap kelas tuisyen semakin meningkat. Oleh itu tidak

menghairankan kalau kita dapati ada setengah pusat tuisyen yang beropeasi tidak lebih

daripada seperti sekolah biasa. Juga tidak memeranjatkan bilangan pelajar di dalam satu

kelas adakalanya melebihi jumlah pelajar di sebuah kelas biasa di sekolah. Di dalam

kelas yang saiznya tidak ubah seperti kelas biasa di sekolah amatlah mustahil untuk

setiap orang pelajar diberikan perhatian yang khusus sedangkan matlamat sebenar

mengapa mereka ke pusat tuisyen ialah untuk mendapat layanan istimewa selain

daripada membantu mereka menyelesaikan masalah dalam pelajaran yang mereka

hadapi di sekolah. Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang memerlukan perhatian

secara peribadi daripada seorang guru untuk belajar dengan lebih berkesan (Ahmad

Kamil Mohamed,2007).

Situasi yang berlaku seperti di atas telah menyebabkan ada pihak yang

menyarankan supaya Kementerian Pendidikan mengambil langkah memantau operasi

pusat-pusat tuisyen di seluruh negara, ia memang baik dan perlu diberikan perhatian

segera. Kita tidak mahu ibu bapa dan juga para pelajar menjadi mangsa kepada

pengendali pusat tuisyen yang cuma bermotifkan keuntungan semata-mata. Bukan

sedikit ibu bapa yang terpedaya dengan pelbagai tawaran dan kemudahan menarik yang

ditawarkan oleh pusat-pusat tuisyen dalam iklan promosi mereka. Ekoran itu kerajaan

telah mengeluarkan pekeliling tentang garis panduan bagi guru-guru yang ingin

mengajar di kelas tuisyen.

Budaya masyarakat kini yang lebih terdorong untuk menghantar anak mereka ke

kelas tuisyen. Sebenarnya, mengapa tuisyen ini dilihat dan menjadi begitu penting oleh

masyarakat kita hari ini? Tuisyen kini tidak lagi dilihat sebagai sekadar untuk

membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam mata pelajaran tertentu di sekolah, tetapi

sudah menjadi sebahagian daripada aktiviti yang perlu dilalui oleh seorang pelajar selain

daripada belajar di sekolah itu sendiri.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

5

Fenomena pergi ke kelas tuisyen mungkin tidak wujud langsung pada zaman

dahulu. Waktu itu, murid-murid sekolah bergantung sepenuhnya kepada tunjuk ajar di

samping bahan-bahan yang diperoleh daripada guru-guru di sekolah. Malah, kelas

tambahan yang dianjurkan oleh sekolah juga tidak ada dalam kamus pelajar pada waktu

itu. Di rumah pula, ibu bapa walau pun tidak berpelajaran tinggi namun masih punyai

masa untuk menggalakkan anak mengulang kaji pelajaran anak mereka (Ahmad Kamil

Mohamed,2007). Kekurangan yang dialami oleh pelajar-pelajar bukan menjadi batu

penghalang untuk mereka mengecapi kejayaan seperti yang dinikmati oleh pelajar masa

kini. Kalau pun tidak setanding pelajar sekarang, apa yang lebih membanggakan ialah

pelajar-pelajar yang lahir bukan sahaja baik pencapaian akademiknya malah terjamin

akhlaknya.

Melihat kepada keghairahan ibu bapa dan kegilaan anak-anak sekarang terhadap

tuisyen ini, tidakkah ini seolah-olah mencerminkan guru-guru di sekolah tidak boleh

diharapkan sepenuhnya. Sedangkan pada hakikatnya, masih ramai lagi guru-guru yang

berkebolehan di sekolah yang boleh dijadikan sumber rujukan para pelajar.

Walau apa pun hakikatnya yang berlaku di sekolah khususnya yang bersangkut

dengan sistem pembelajaran di sekolah itu sendiri, namun rata-rata pelajar yang terlibat

dengan tuisyen berpandangan bahawa masalah pelajaran mereka tidak dapat diselesaikan

sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah kerana saiz kelas yang terlalu besar dan guru

tidak punyai cukup masa untuk memberi tumpuan kepada mereka khususnya kepada

pelajar yang lemah (Normah Mohd Taib,1993). Oleh itu, berpaling kepada guru tuisyen

merupakan jalan penyelesaiannya. Ini ditambah lagi dengan beban kerja guru yang

semakin bertambah yang tentunya tidak hanya terbatas setakat mengajar pelajar di dalam

kelas sahaja. Ada yang terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian yang tidak

sepatutnya mereka lakukan lalu mereka tidak punya masa yang terluang untuk

mendekati pelajar yang menghadapi masalah dalam pelajaran.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

6

Malah sebahagian ibu bapa berpendapat bahawa mereka terpaksa menghantar

anak mereka ke pusat tuisyen kerana sistem persekolahan yang ada sekarang tidak

menyediakan peluang untuk anak-anak mereka mendapat perhatian yang khusus

daripada para guru, justeru bilangan pelajar yang begitu besar dalam sesebuah kelas.

Dasar sistem pendidikan negara yang terlalu mementingkan peperiksaan juga

turut dilihat sebagai penyumbang kepada bertambahnya pusat-pusat tuisyen dewasa ini.

Bagi ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka berjaya, sama ada mahu atau tidak,

anak-anak mereka akan dipaksa menghadiri kelas-kelas tuisyen (Ahmad Kamil

Mohamed, 2007).

1.2 Latar Belakang Masalah Menurut Dr Novandri Hasan Basri (2002), sekarang, hampir semua ibubapa dan

masyarakat mempunyai taraf pelajaran yang lebih tinggi. Orang dewasa kini telah pun

berjaya melalui sistem persekolahan. Ini menghasilkan satu masyarakat yang juga

mempunyai ilmu-ilmu yang dahulunya hak ekskusif dan hanya diketahui oleh guru-guru.

Lantaran itu, mereka mengganggap guru-guru di sekolah hanya sebagai objek penyalur

formal ilmu sahaja.

Kekurangan sebenar yang berlaku di sekolah biasa merupakan pendorong ibu

bapa mencari alternatif lain untuk anak mereka mendapatkan bimbingan. Bilangan

pelajar yang ramai dalam satu-satu masa menyebabkan guru tidak dapat memberika

perhatian secara individu. Menurut Awang Iskandar (2000) dalam Norhaslinda sikap

tidak ambil berat guru bagi memahami dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh

pelajar mungkin menimbulkan rasa kecewa dan putus asa dikalangan pelajar. Selain itu

kurangnya timbang rasa dan bantuan guru terhadap pelajar menyebabkan tidak wujud

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

7

kemesraan serta hubungan dua hala di antara guru dengan pelajar. Selain dari mengajar,

guru juga dibebankan dengan pelbagai tugas seperti penasihat aktiviti ko-kurikulum,

pengurusan bengkel dan hal-hal pentadbiran. Beban tugasan ini menyebabkan guru-

guru tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran. Akibat dari

situasi ini keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat

dioptimumkan.

Sistem pendidikan di Malaysia juga merupakan pendorong kepada ibu bapa

untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen supaya anak mereka tidak ketinggalan

berbanding pelajar lain. Dalam Seminar Kebangsaan Penilain KBSM yang bertemakan

Isu dan Hala Tuju Strategik ke Arah Abad 21, Zalina Yahya (1996) dipetik sebagai

menyatakan pendidikan KBSM diperingkat sekolah menjurus ke arah berorientasikan

peperiksaan. Pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai usaha

sekolah lebih menekankan perkembangan potensi intelek dan meningkatkan prestasi

pencapaian peperiksaan semata-mata. Sebagai contoh, pencapaian dan kecemerlangan

seseorang pelajar dinilai dengan pencapaian dalam peperiksaan wajib iaitu UPSR, PMR,

SPM dan STPM. Dalam aspek penilaian diperingkat sekolah, ia dilakukan melalui

pemantauan pencapaian kemajuan pelajar secara berterusan, ujian merupakan rujukan

kreteria perkembangan pelajar dalam aspek afektif, disamping dalam peperiksan awam

pada peringkat kebangsaan (Ariffin Ba’ada, 2003).

Persaingan yang begitu sengit masa kini untuk mendapatkan kecemerlangan

dalam keputusan peperiksaan bukan saja dipikul oleh pelajar tetapi juga ibu bapa. Ibu

bapa mengalakkan anak mereka atau memaksa anak mereka ke kelas tuisyen semata-

mata untuk memastikan anak mereka berjaya. Motivasi dan dorongan ibu bapa

sebenarnya memainkan peranan penting. Menurut Brophy J (1987) dalam Ariffin

Ba’ada, motivasi belajar dapat dibangkitkan melalui modeling, jangkaan dan harapan

dari orang- orang yang signifikan seperti ibu bapa atau guru. Ia juga datang dari

perasaan atau penilaian murid terhadap aktiviti sekolah, sama ada bermakna atau tidak.

Sekiranya mereka rasa penting, mereka akan lakukan dengan baik. Adalah menjadi tugas

serta tanggungjawab ibu bapa untuk membantu dan membimbing anak-anak

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

8

menyelesaikan kerja rumah, mengurus masa belajar di rumah, memberikan motivasi dan

mengatasi masalah mereka (Kelly, 1996).

Perkembangan ini telah mendorong kepada permintaan terhadap kelas tuisyen

yang semakin meningkat. Ibu bapa semakin sedar akan tanggungjawab dan peranan

mereka dalam menggalakkan anak mereka mencapai kecemerlangan. Ibu bapa sanggup

membelanjakan sejumlah wang untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.

1.3 Pernyataan Masalah

Kini semakin ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka mengikuti

kelas tuisyen sama ada tuisyen yang dibuat secara persendirian atau pun di pusat tuisyen.

Kemudahan pembelajaran yang disediakan oleh kerajaan di sekolah formal biasa seolah

tidak meyakinkan ibu bapa dan mereka beranggapan bahawa anak mereka masih

memerlukan kelas tuisyen. Ilmu keibubapaan yang semakin meningkat juga sepatutnya

menyedarkan ibu bapa bahawa mereka perlu meluangkan masa untuk meninjau

perkembangan pelajaran anak mereka. Namun begitu masih ramai ibu bapa yang

sanggup menghantar anak mereka ke kelas tuisyen walaupun mereka merupakan

golongan yang berpelajaran dan berpendapatan tinggi. Ibu bapa sanggup

membelanjakan wang untuk membiayai kelas tuisyen anak mereka dengan harapan anak

mereka dapat menguasai mata pelajaran tertentu dan mendapat keputusan cemerlang

dalam peperiksaan. Oleh yang demikian pengkaji ingin mengkaji sama ada faktor masa,

tahap pendidikan ibu bapa, prestasi pencapaian akademik anak atau kepercayaan ibu

bapa terhadap kelas tuisyen menyebabkan mereka memilih untuk menghantar anak-anak

mereka ke kelas tuisyen.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

9

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

1.4.1. Mengenalpasti sama ada masa merupakan faktor utama yang mendorong

ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.

1.4.2. Mengenalpasti sama ada taraf pendidikan ibu bapa merupakan faktor

utama yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas

tuisyen.

1.4.3. Mengenalpasti sama ada pencapaian akademik anak merupakan faktor

utama yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas

tuisyen.

1.4.4. Mengenalpasti sama ada keyakinan terhadap kelas tuisyen merupakan

faktor utama yang mendorong ibu bapa menghantar anak mereka ke kelas

tuisyen.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang akan di kaji dalam kajian ini adalah seperti berikut :

1.5.1 Apakah faktor masa menyebabkan ibu bapa menghantar anak

mereka ke kelas tuisyen

1.5.2 Apakah faktor taraf pendidikan ibu bapa menyebabkan mereka

menghantar anak ke kelas tuisyen

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*** - fp.utm.my fileBAPA MENGHANTAR ANAK MEREKA KE KELAS TUISYEN DI SEKITAR TAMAN UNIVERSITI , SKUDAI JOHOR . SESI PENGAJIAN : 2007/2008. Saya BUANDA

10

1.5.3 Apakah faktor pencapaian akademik menyebabkan ibu bapa

menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.

1.5.4 Apakah faktor keyakinan terhadap kelas tuisyen menyebabkan ibu

bapa menghantar anak mereka ke kelas tuisyen.


Top Related