Transcript
Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PERBEZAAN TAHAP KEBIMBANGAN TRET DAN STET DI

KALANGAN ATLIT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUHARA TAWAU, SABAH SEBELUM PERTANDINGAN SERTA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEBIMBANGAN.

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya : HASHIFAH BINTI BACHO (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ( PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara Institusi Pengajian Tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : PETI SURAT 27, DR.MOHAD. ANIZU MOHD.NOR 91007, TAWAU, SABAH. (Nama Penyelia) Tarikh : 19 FEBRUARI 2004 Tarikh: 19 FEBRUARI 2004

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TDAK TERHAD, sila lampirkan surat dari pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis ini dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelididkan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ………………………………………

Nama Penyelia : Dr. Mohad. Anizu B. Mohd. Nor

Tarikh : 19 Febuari 2004

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

i

PERBEZAAN TAHAP KEBIMBANGAN TRET DAN STET DI KALANGAN ATLIT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUHARA TAWAU, SABAH SEBELUM

PERTANDINGAN SERTA FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN

KEBIMBANGAN

HASHIFAH BINTI BACHO

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

August 2003

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ………..………………………

Nama Penulis : Hashifah Bte Bacho

Tarikh : 19 Februari 2004

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

iii

DEDIKASI

Khas buat ayah ibu dan ahli keluarga yang dicintai,

Jutaan terima kasih atas nasihat dan galakanmu,

Doa restu kalian menjadi inspirasi perjuanganku.

Khas buat teman karibku dan rakan-rakan yang disanjungi,

Terima kasih atas bantuan dan tunjuk ajar,

Kenangan bersama kalian tidak dapat ku lupakan.

Ku penuhi ruangan ini hanya untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas

segala doa restu, kesabaran, sokongan, dorongan dan bantuan kalian semua.

Pengorbanan dan kesabaran adalah kunci kejayaan.

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat jua

akhirnya penyelidik menyiapkan dan menyempurnakan kajian ilmiah ini dalam masa

yang ditetapkan.

Dikesempatan ini penyelidik ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan

setinggi penghargaan buat Dr. Mohad Anizu Mohd. Nor selaku pensyarah

pembimbing. Beliau telah banyak mengorbankan masa dan memberi tunjuk ajar

serta dorongan sepanjang tempoh penyelidikan ini dijalankan. Tidak lupa juga untuk

pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang lain yang memberi tunjuk ajar terhadap

penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Sekolah Menengah

Kebangsaan Kuhara Tawau iaitu pengetua , guru-guru, jurulatih serta atlit-atlit

sekolah tersebut yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya

dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Akhir sekali, penyelidik ingin menyampaikan penghargaan ini kepada

keluarga tersayang kerana banyak memberi semangat dan membantu dalam sumber

kewangan. Tidak lupa juga untuk rakan-rakan dan kepada semua yang terlibat sama

ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

v

ABSTRAK

Kebimbangan merupakan satu perasaan yang terlalu subjektif hingga

membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada sesiapa sahaja yang

mengalaminya dan ianya terbahagi kepada dua iaitu kebimbangan stet dan

kebimbangan tret. Tujuan kajian ini adalah untuk membuat perbandingan mengenai

tahap kebimbangan tret dan tahap kebimbangan stet di kalangan atlit. Ia juga turut

mengkaji tentang perbezaan tahap kebimbangan tret dan tahap kebimbangan stet

antara atlit lelaki dan juga atlit perempuan sebelum pertandingan serta faktor-faktor

yang menyebabkan timbulnya rasa bimbang. Kajian ini telah dijalankan di Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, Sabah. Bagi mendapatkan data kajian, tiga

jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu Ujian STAI dan Ujian SCAT serta

borang senarai faktor penyebab rasa bimbang. Sampel yang dipilih terdiri daripada

pelajar sekolah menengah seramai 41 orang iaitu 21 atlit lelaki dan 20 atlit

perempuan yang menyertai acara balapan dan padang dalam Sukan Sekolah-Sekolah

Zon Daerah Tawau pada tahun 2003. Semua data dan skor berkaitan dengan kajian

yang diperolehi dibuat penganalisaan menggunakan perisian Statistical Package for

Social Science (SPSS 11.5). Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan terhadap tahap kebimbangan stet dan tahap kebimbangan

tret bagi atlit sekolah tersebut sebelum pertandingan. Ini kerana kebimbangan tret

wujud dalam diri seseorang secara semulajadi manakala kebimbangan stet pula

wujud disebabkan pengaruh keadaan dalam situasi tertentu. Perbezaan tahap

kebimbangan stet dan tret antara atlit lelaki dan perempuan pula tidak menunjukkan

perbezaan yang signifikan. Ini kerana atlit lelaki dan perempuan mempunyai tahap

kebimbangan yang sama. Kesimpulannya, kebimbangan state berkaitan dengan

sesuatu situasi yang spesifik manakala kebimbangan tret pula bergantung kepada

umur, jantina dan jenis sukan yang diceburi.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

vi

ABSTRACT

Anxiety is a subjective thing that make us feel uncomfortable. There are two

types of anxiety it was a ‘state anxiety’ and ‘track anxiety’. The purpose of this

research is to compare the ‘state and trait’ anxiety level among Kuhara high school

track and field athletes before “School Sport Competition between zone district

2003”. This research is to determine whether there is any significant difference

concerning the ‘state and trait’ anxiety level of these athletes and also to know

whether there have a significant different of ‘state and trait’ anxiety level among

female and male athletes. Besides, the factor of causing anxiety also can be

recognized. This research was carried out at Kuhara High School,Tawau, Sabah. To

obtain the research data, three types of questionnaires were given to the athletes,

which is the STAI test, to test the trait anxiety level, and the SCAT test, to test the

state anxiety level and also a form to list the factor causing anxiety among athletes.

The samples are the track and field athletes, 21 of them is a male athletes and

another 20 is a female athletes who take part for School Sport Competition between

zone district 2003. All the data and scores obtained concerning the research was

analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS 11.5). The result in

this research were show that there is a significant difference in trait and state anxiety

level among track and field athletes before competition. For the ‘state and trait’

anxiety level among female and male athletes, there is no significant difference

before competition. It is because male and female athletes got the same anxiety

level. For the conclusion, state anxiety is depends from the situation of the

competition on that day but track anxiety is depends from age, types of sport and sex.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH x

SENARAI LAMPIRAN xi BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Hipotesis Kajian 7

1.6 Persoalan Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 10

1.9 Limitasi Kajian 10

1.10 Definisi operasional 11

1.11 Penutup 13

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

viii

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Kajian Berkaitan 16

2.3 Rumusan 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Pemilihan Sampel 28

3.4 Instrumen Kajian 28

3.5 Markat Alat Kajian 30

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Jenis Maklumat Dan Data 32

3.8 Analisis Data 33

BAB IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 35

4.2 Penganalisaan Secara Deskriptif 36

4.3 Penganalisaan Secara Inferensi 41

4.4 Analisis Faktor Timbulnya Rasa Bimbang 45

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 47

5.2 Perbincangan Penganalisaan Secara Deskriptif 48

5.3 Perbincangan Penganalisaan Secara Inferensi 50

5.4 Faktor-faktor Yang menimbulkan Kebimbangan 51

5.5 Kesimpulan 56

5.6 Cadangan 56

5.7 Penutup 58

BIBILIOGRAFI 59

LAMPIRAN 61

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

ix

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.2.1 Ringkasan Tentang Maklumat Responden. 36

4.2.2 Taburab Bilangan Dan Peratusan Mengikut Skor 37

Dan Tahap Kebimbangan Tret (Ujian STAI)

Sebelum Pertandingan.

4.2.3 Taburan Skor Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT) 39

Yang Diperolehi Oleh Atlit Lelaki Dan Atlit Perempuan.

4.2.4 Nilai Min Dan Sisihan Piawai Bagi Ujian STAI Dan SCAT. 40

4.3.1 Analisis Ujian-t Tahap Kebimbangan Tret (Ujian STAI) 42

dan Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT).

4.3.2 Analisis Ujian-t Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT) 43

Antara Atlit Lelaki Dan Atlit Perempuan.

4.3.3 Analisis Ujuan-t Tahap Kebimbangan Tret (Ujian STAI) 44

Antara Atlit lelaki Dan Atlit Perempuan.

4.4.1 Faktor Yang Mempengaruhi Rasa Bimbang Mengikut 45

Keutamaan.

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

x

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.2.1 Proses Tekanan. 18

2.2.2 Model Interaksi Kebimbangan 21

4.2.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Mengikut Skor 38

Dan TAhap Kebimbangan Tret (Ujian STAI)

Sebelum Pertandingan.

4.2.3 Taburan Skor Tahap Kebimbangan Stet (Ujian SCAT) 40

Yang Diperolehi Oleh Atlit Lelaki Dan Atlit Perempuan.

4.2.4 Perhubungan Nilai Min Dan Sisihan Piawai 41

Bagi Ujian STAI Dan SCAT.

4.3.1 Lengkungan Normal Ujian-t. 42

4.3.2 Lengkungan Normal Ujian-t. 43

4.3.3 Lengkungan Normal Ujian-t. 44

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

xi

SENARAI LAMPIRAN

NO.LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A BIODATA RESPONDEN 61

B BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN DIRI 62

SPIELBERGER (STAI)

C BORANG SOAL SELIDIK PERTANDINGAN 64

ILLINOIS (SCAT)

D BORANG SOAL SELIDIK FAKTOR 66

PENYEBAB KEBIMBANGAN

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, terdapat begitu banyak kegiatan bagi membentuk individu yang

lengkap sama ada dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. Sukan adalah salah

satu bidang yang dapat membantu memperlengkapkan individu agar menjadi insan

yang berguna. Dalam merealisasikan matlamat ini terdapat beberapa masalah dalam

melahirkan individu yang berketrampilan terutamanya dalam bidang sukan. Antara

masalah yang wujud di kalangan mereka ialah individu begitu bimbang apabila

menyertai sebarang kegiatan sukan terutamanya sebelum dan semasa pertandingan

yang disertai oleh mereka hingga menjejaskan prestasi mereka. Kenyataan ini

disokong oleh Cox (1990); Landers dan Boutcher (1984) yang menyatakan tahap

optima kebimbangan berkait dengan prestasi terbaik atlit, di mana tahap yang

melebihi atau di bawah optima mempengaruhi prestasi yang biasa diperolehi oleh

atlit.

Dalam menerangkan konsep kebimbangan, beberapa definisi operasional

iaitu stress, kebangkitan (arousal) dan kebimbangan yang digunakan dalam

membincangkan mengenai kebimbangan akan terlebih dahulu diperjelaskan. Stress

adalah suatu keadaan peningkatan kebangkitan fisiologikal yang terhasil daripada

sesuatu tuntutan

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

2

terhadap seseorang individu yang menuntut individu tersebut menumpukan perhatian

dalam tingkah laku untuk mengatasi sesuatu dengan jayanya (Jones, 1990) manakala

kebangkitan boleh dinyatakan sebagai suatu isyarat kepada seseorang individu

bahawa beliau memasuki suasana yang mencabar yang memerlukan beliau bersedia

melakukan sesuatu tugasan secara fizikal, intelek atau perseptual dan ia dicirikan

melalui isyarat psikologikal (Hardy, et.al 1996). Seterusnya kebimbangan dilihat

sebagai reaksi emosi yang negatif dan diikuti dengan kebangkitan sistem saraf

autonomik (Landers dan Boutcher, 1993). Menurut Horn (1992) pula, kebimbangan

boleh diandaikan sebagai suatu impak kepada emosi seseorang atau kebangkitan

kepada dimensi kognitif.

Kebimbangan boleh juga diberikan pengertian sebagai satu perasaan yang

terlalu subjektif hingga membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada sesiapa

sahaja yang mengalaminya menurut Mahoney dan Meyers (1989). Menurut Marten

(1977), reaksi kebimbangan boleh terhasil daripada keperluan objektif persekitaran

yang diinterprestasikan sebagai ancaman.

Senario ini wujud dalam pelbagai jenis sukan dan juga melibatkan beberapa

ahli sukan ternama dunia. Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-

saat genting sering kali menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan

ternama. Kegagalan melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar

berpunca dari tekanan, kebangkitan serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga

menyebabkan individu yang berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta

berfikir dengan baik sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan yang

dibuat sering kali memakan diri sendiri. Fenomena ini wujud pada atlit yang

melibatkan diri dalam acara individu khasnya seperti lari pecut dan lompat jauh di

mana wujudnya kebimbangan menyebabkan mereka tidak mampu melakukan larian

atau lompatan dengan cemerlang walau pun catatan masa atau jarak sebelum ini iaitu

semasa sesi latihan melayakkan mereka untuk beraksi cemerlang.

Kebimbangan merupakan satu perasaan bersifat negatif yang wujud melalui

perasaan takut, gemuruh, gugup, gementar, bimbang, kekhuatiran dan

menghubungkan pengaktifan atau kebangkitan dari segi tubuh badan (Weinberg,

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

3

1999). Dengan erti kata yang lain, kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan

kognitif atau emosi yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang

dilahirkan dalam bentuk ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu

seperti kekalahan, ugutan fizikal, rasa malu dan sebagainya.

Setiap individu akan mengalami tahap kebimbangan yang berlainan terhadap

situasi-situasi tertentu. Cratty (1973) menyatakan bahawa individu yang tidak

pernah berasa takut atau bimbang merupakan individu yang cacat personalitinya. Ini

jelas menunjukkan bahawa rasa bimbang wujud dalam diri setiap atlit Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau, Sabah. Cuma tahap kebimbangan mereka

sahaja yang berbeza-beza sama ada rendah, sederhana atau tinggi. Perasaan bimbang

ini boleh dimanifestasikan oleh perasaan ketidakpastian serta tanda-tanda fizikal

seperti perut memulas, tapak tangan berpeluh, rasa sejuk atau denyutan jantung yang

pantas (Cratty, 1973).

Levitt (1980) mengkategorikan kebimbangan kepada dua iaitu kebimbangan

tret (trait anxiety) dan kebimbangan seketika atau stet (state anxiety). Kebimbangan

tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu. Individu yang memiliki ciri-ciri ini

sering mentafsirkan situasi di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat

diri. Persepsi ini akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka. Contohnya,

seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri

mudah tertekan serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru, segala

tindak balas atau respon yang diambil terhadap situasi di persekitaran akan

meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan mereka kini telah

dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.

Manakala kebimbangan seketika atau stet pula merujuk kepada tahap

kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu terhadap bentuk tekanan

yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu. Bagi individu yang berdarah

gemuruh tadi, sekiranya beliau mentafsirkan bahawa tekanan yang wujud

dipersekitarannya cukup menekan, maka individu tersebut akan bertindak atau

memberikan respon yang akan meningkatkan lagi tahap kebimbangan serta

kebangkitan fisiologikalnya. Kebimbangan itu dimanifestasikan oleh rasa tertekan,

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

4

takut, peningkatan kadar nadi serta tangan atau badannya menggeletar. Kesannya,

individu tersebut akan rasa semakin tertekan dan takut serta aksinya pula menjadi

tidak menentu.

Contohnya, seorang pemain perseorangan badminton yang sedang bersedia

melawan pihak lawannya. Dalam konteks ini, kebimbangan berasaskan situasi

mungkin berpunca dari tekanan kerana beraksi di hadapan penonton yang ramai.

Bagai manapun, kebimbangan ini diperkuatkan lagi oleh kebimbangan kognitif

(minda) beliau yang aktif menilai situasi tersebut. Akibatnya beliau mungkin akan

membayangkan bahawa penonton tersebut akan mengejek sekiranya skor beliau jauh

ketinggalan. Media pula akan menyiarkan berita kegagalan beliau ke seluruh negara

serta beberapa perkara negatif yang lain. Kesannya, tahap kebimbangan stet beliau

akan semakin meningkat gara-gara sumbangan kognitif (minda) yang negatif ini.

Hasilnya, prestasi atlit badminton tadi akan jatuh atau merosot dengan mendadak.

Martens (1977) berkata tahap kebimbangan yang tinggi boleh menghalang

seseorang daripada meningkatkan prestasinya. Dengan menguasai setiap kemahiran

dan teknik dalam acara badminton tidak menjanjikan yang seseorang atlit itu boleh

berlawan dengan baik semasa pertandingan. Mental dan emosi juga merupakan

faktor yang penting dalam menentukan kejayaan seseorang. Pemain-pemain perlu

mengawal rasa bimbang yang dihadapi ketika atau sebelum mereka bertanding.

Pendapat ini telah disetujui oleh Masomo (1977) dan Weinberg (1982), menurut

mereka, adalah sangat perlu dan penting bagi pemain-pemain mengawal perasaan

bimbang yang mereka alami bagi membolehkan mereka beraksi dengan baik dalam

pertandingan.

1.2 Latar Belakang Kajian

Mengikut Berger (1971), kebimbangan adalah gangguan atau perasaan yang

timbul akibat daripada persepsi terhadap sesuatu bahaya yang kurang jelas.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

5

Spielberger (1996) telah mengkategorikan kebimbangan kepada dua jenis iaitu

kebimbangan tret dan kebimbangan stet.

Kebimbangan tret ialah keadaan yang cenderung untuk menjadi bimbangan

pada situasi yang menekan, wujud dalam diri seseorang yang diberi tanggungjawab

untuk menjadi ketua pasukan dalam sesuatu pertandingan. Dia merasa tertekan

kerana takut tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya. Kebimbangan stet pula

ialah perasaan yang mencemaskan pada keadaan-keadaan yang tertentu atau pada

situasi waktu itu. Contohnya ketika menghadapi pertandingan yang penting untuk

ke perlawanan akhir.

Seterusnya Spielberger menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tahap

kebimbangan yang tinggi akan cenderung mengalami kebimbangan state walau pun

tidak semestinya pada tahap yang amat tinggi. Kebimbangan state adalah suatu

keadaan yang sementara yang berkaitan dengan sesuatu situasi spesifik dan

berkemungkinan berbeza dari segi intensiti dan jangka masa.

Setiap individu yang dilahirkan di dunia adalah berbeza. Begitu juga dengan

tahap kebimbangan tret semasa pertandingan setiap individu adalah berbeza kerana

setiap individu mempunyai tahap persepsi yang berbeza mengenai sesuatu rancangan

yang mengancam sama ada secara ekstrinsik mahupun secara intrinsik.

Menurut Martens (1977), tahap kebimbangan yang tinggi boleh menghalang

seseorang dari meningkatkan prestasinya. Menguasai kemahiran-kemahiran dalam

permainan sahaja tidak memadai untuk membolehkan seseorang bermain dengan

cemerlang. Kestabilan emosi juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan

permainan seseorang. Pemain-pemain perlu mengawal rasa bimbang yang mereka

hadapi ketika bertanding. Pendapat sedemikian turut dipersetujui oleh Massimo

(1977) dan Weinberg (1982). Menurut mereka, adalah sangat perlu dan penting bagi

pemain-pemain mengawal perasaan bimbang yang mereka hadapi bagi

membolehkan mereka beraksi dengan baik.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

6

1.3 Pernyataan Masalah

Tidak dapat dinafikan pelbagai masalah wujud dalam diri seseorang individu.

Terdapat punca-punca khusus yang akan membuatkan seseorang itu merasa tertekan

dan menjadi bimbang. Kebimbangan inilah yang akan menjadikan satu keadaan

negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut,

seram, gentar, rungsing, cemas, bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi

yang lain. Perasaan cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu

merasa khuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu

sama ada ia boleh atau mungkin tidak berupaya melakukan sesuatu yang terbaik

untuk dirinya.

Individu yang telibat di dalam acara sukan tidak terkecuali daripada

mempunyai perasaan bimbang sewaktu pertandingan. Mengikut Gould (1999) telah

mendapati bahawa tahap kebimbangan yang serius akan menyebabkan kemerosotan

pencapaian dan prestasi sama ada bagi atlit sendiri ataupun kepada pasukannya. Hal

ini menunjukkan betapa besarnya kesan kebimbangan terhadap prestasi atlit.

Lantaran itu, fenomena ini perlu diatasi oleh setiap atlit untuk membolehkan mereka

beraksi dengan cemerlang dalam sesuatu kejohanan yang disertai.

Melihat kepada tahap kebimbangan atlit ini, kita seharusnya mencari jalan

untuk mengatasinya kerana ia akan memberi kesan yang negatif terhadap pencapaian

atilt. Ini kerana emosi mereka yang tidak stabil sedikit sebanyak akan menjejaskan

prestasi atau persembahan mereka. Pendek kata, atlit tidak dapat mempamerkan

corak permainannya yang sebenar.

Sehubungan dengan permasalahan ini, timbullah minat penyelidik untuk

membuat kajian tentang tahap kebimbangan yang dihadapi oleh atlit dan membuat

satu perbandingan kebimbangan tret dan stet di antara atlit lelaki dan atlit perempuan

Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau serta faktor-faktor yang

menyebabkan rasa bimbang.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

7

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan persoalan yang sering timbul di atas maka objektif kajian ini

adalah untuk :

1.4.1 Mengkaji tahap kebimbangan tret dan stet di kalangan atlit-atlit Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.

1.4.2 Membuat perbandingan tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit

lelaki dan atlit perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.

1.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan timbulnya kebimbangan di

kalangan atlit-atlit Sekolah Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.

1.5 Hipotesis Kajian

Terdapat beberapa hipotesis di dalam kajian ini iaitu :

Hipotesis Null 1 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan

tahap kebimbangan stet dan tahap kebimbangan tret di kalangan atlit Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.

Hipotesis Alternatif 1 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan

tahap kebimbangan stet dan tahap kebimbangan tret di kalangan atlit Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileSULIT kepentingan Malaysia seperti ... jenis soal selidik diberikan kepada atlit iaitu ... pelajar sekolah menengah seramai 41 orang

8

Hipotesis Null 2 = Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan

tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit lelaki dan atlit perempuan Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.

Hipotesis Alternatif 2 = Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan

tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit lelaki dan atlit perempuan Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau.

1.6 Persoalan Kajian

16.1 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbezaan tahap

kebimbangan stet dan tahap kebimbangan tret di kalangan atlit Sekolah Menengah

Kebangsaan Kuhara Tawau.?

1.6.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap perbandingan tahap

kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit lelaki dan atlit perempuan Sekolah

Menengah Kebangsaan Kuhara Tawau?

1.7 Kepentingan Kajian

Melalui kajian ini, diharap dapat membantu jurulatih untuk membincangkan

secara literatur tentang perbezaan tahap kebimbangan stet dan tret di kalangan atlit.

Bukan itu sahaja, malah jurulatih dapat membuat ramalan gerak balas yang

bersesuaian dengan atlitnya bagi mengatasi masalah kebimbangan yang berbeza di

antara lelaki dan perempuan. Ia merupakan satu petunjuk untuk mengenal pasti

kedudukan tahap kebimbangan atlit sama ada di peringkat serius atau masih boleh

dibaiki dari segi psikologi. Kajian ini juga membolehkan punca-punca berlaku atau

wujudnya situasi kebimbangan stet dan kebimbangan tret di kalangan atlit

dikenalpasti.


Top Related