UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENERIMAAN PROGRAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI KALANGAN PELAJAR TAHUN ENAM ; SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya : IZYAN HAZWANI BINTI ABDOL RAHAMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan
dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis
daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar
yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan
pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/
badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO.8, JALAN TIONG 3, 83500 PARIT SULONG, BATU PAHAT.
Tarikh : MEI 2006 Tarikh : MEI 2006
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Nama Penyelia: DR. MOHD SHARIFF BIN MUSTAFFA
PENERIMAAN PROGRAM BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI KALANGAN
PELAJAR TAHUN ENAM ; SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH KEBANGSAAN
PARIT SULONG, BATU PAHAT, JOHOR.
IZYAN HAZWANI BINTI ABDOL RAHAMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Kimia )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _____________________
Nama Penulis : IZYAN HAZWANI BINTI ABDOL RAHAMAN
Tarikh : _____________________
iii
Dedikasi
Untuk ayah dan ibu yang sangat dikasihi..
Abdul Rahaman b. Ithnain dan Latifah bt. Khalid
Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…
Untuk insan dan saudara terdekat yang begitu memahami..
Pengorbanan yang tidak mungkin saya lupakan
Insya ALLAH…
Buat semua teman seperjuangan..
Persahabatan kita adalah suatu yang paling manis dan tidak akan luput dari ingatan
selagi hayat dikandung badan…
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-NYA dapat
saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Kimia.
Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
penyelia saya iaitu Dr. Mohamed Sharif bin Mustaffa yang banyak memberikan
bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih
juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu pelajar Sekolah
Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor kerana telah memberikan kerjasama
sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana banyak
memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang kajian ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan
seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.
Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Sesungguhnya yang baik
itu datangnya daripada ALLAH dan yang serba kekurangan adalah kelemahan diri saya
sendiri.
Izyan Hazwani bt. Abd. Rahaman
Mac 2006
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti penerimaan program perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Seramai 100
orang pelajar tahun enam telah dipilih secara rawak mudah dalam kajian ini. Instrumen
kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang memfokuskan kepada tiga komponen
pendekatan perkhidmatan iaitu perkembangan, pencegahan dan pemulihan. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa pendekatan perkembangan dan pencegahan mendapat
sambutan yang positif daripada pelajar manakala pendekatan pemulihan menunjukkan
penerimaan yang sederhana. Di akhir kajian, pengkaji telah mencadangkan beberapa
langkah yang sesuai kepada pihak sekolah untuk memantapkan program perkhidmatan
pemulihan.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to study the acceptance of programme in guidance
and counseling services in Sekolah Kebangsaan Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. About
100 students who in standard six were choosen randomly as samples in this study. The
instrument used is questionnaire set focused on three major approachment which are
developmental, prevention and rehabilitation. The finding shows developmental and
prevention approachment get a possitive respons from students while rehabilitation
approachment get medium level. In the end of this research, researcher gives a few
suggestion to improve rehabilitation approachment.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 3
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
viii
1.6 Skop dan Batasan Kajian 7
1.7 Definisi/Istilah 8
1.7.1 Bimbingan
1.7.2 Kaunseling
1.7.3 Program
1.7.4 Pelajar Tahun Enam
1.7.5 Sekolah Rendah
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Tujuan-tujuan Perkhidmatan Bimbingan
di Sekolah Rendah 13
2.2 Perkhidmatan Kaunseling kepada Pelajar 14
2.3 Kandungan Program Bimbingan dan
Kaunseling 15
2.4 Penerimaan Pelajar Terhadap Program
Bimbingan dan Kaunseling 16
2.5 Bentuk Pendekatan Bimbingan dan
Kaunseling 18
2.5.1 Pendekatan Perkembangan
2.5.2 Pendekatan Pencegahan
2.5.3 Pendekatan Pemulihan
2.6 Kesimpulan 22
ix
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI
3.0 Pengenalan 23
3.1 Rekabentuk Kajian 24
3.2 Tempat Kajian 25
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.4 Instrumen Kajian 26
3.5 Penganalisaan Data 28
3.5.1 Analisa Akhir dan Klasifikasi
Semula 29
3.6 Kajian Rintis 30
3.7 Tatacara Kajian 32
3.8 Kesimpulan 32
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.0 Pendahuluan 33
4.1 Keputusan dan Analisis Data Bagi
Item-item Bahagian A 34
4.1.1 Jantina responden
4.1.2 Kelas
4.1.3 Bilangan adik beradik
x
4.1.4 Kedudukan responden dalam keluarga
4.1.5 Bangsa
4.1.6 Penjaga kepada responden
4.1.7 Pekerjaan penjaga responden
4.1.8 Jarak ke sekolah
4.1.9 Kenderaan ke sekolah
4.2 Keputusan dan Analisis Item-item
Bahagian B 40
4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1
4.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2
4.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3
4.3 Penerimaan Pelajar Terhadap Program-program
Bimbingan dan Kaunseling 49
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 51
5.1 Perbincangan dan Rumusan 52
5.1.1 Penerimaan pelajar terhadap program-
program pendekatan perkembangan
Bimbingan dan Kaunseling
5.1.2 Penerimaan pelajar terhadap program-
program pendekatan pencegahan
Bimbingan dan Kaunseling
5.1.3 Penerimaan pelajar terhadap program-
program pendekatan pemulihan
xi
Bimbingan dan Kaunseling
5.2 Cadangan 57
5.2.1 Cadangan dan saranan terhadap guru
kaunseling
5.2.2 Cadangan dan saranan terhadap pihak
sekolah
5.2.3 Cadangan dan saranan terhadap
Pejabat Pendidikan Daerah
5.3 Kesimpulan 61
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN
RUJUKAN
Rujukan 63
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN
Lampiran A-C
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Orientasi Perkhidmatan Bimbingan 18
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Skor Bagi Pernyataan Item
Bahagian B 28
3.2 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan
Min Dalam Pembinaan dan Analisis : Ujian
Bilik Darjah 29
3.3 Jadual Pengkelasan Penilaian Kajian
Penerimaan Program-program Bimbingan
dan Kaunseling 30
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34
4.2 Taburan Responden Mengikut Kelas 35
4.3 Taburan Responden Mengikut Bilangan
Adik Beradik 35
4.4 Taburan Responden Mengikut Kedudukan
dalam Keluarga 36
4.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 37
4.6 Taburan Responden Mengikut Penjaga 37
4.7 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan
Penjaga 38
4.8 Taburan Responden Mengikut Jarak Kediaman
Dengan Sekolah 38
4.9 Taburan Responden Mengikut Jenis
Kenderaan ke Sekolah 39
4.10 Taburan Responden Menjawab Persoalan
Kajian 1 41
xiv
4.11 Taburan Responden Menjawab Persoalan
Kajian 2 44
4.12 Taburan Mod Bagi Sumber Pengetahuan
Responden Mengenai Progam-program
Pencegahan 46
4.13 Taburan Responden Menjawab Persoalan
Kajian 3 47
4.14 Jadual Keputusan Penerimaan Program-program
Bimbingan dan Kaunseling Berdasarkan Purata
Min 49
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Contoh Borang Soal Selidik 68
B Surat Kelulusan Kajian dari EPRD 73
C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan
Negeri Johor 74
1
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia telah bermula seawal
tahun 1930-an. Ia dilaksanakan secara tidak formal oleh guru-guru kelas dan pengetua-
pengetua asrama di dalam sistem pendidikan British. Perkhidmatan ini diperkenalkan
dalam sistem persekolahan pada tahun 1960. Namun begitu, pada awal abad yang ke-
21, bidang kaunseling dilihat sebagai satu bidang yang semakin berkembang sejajar
dengan perkembangan sosio-budaya, ekonomi dan teknologi bagi masyarakat di
sesebuah negara.
Matlamat Sistem Pendidikan Negara yang telah digariskan berdasarkan Falsafah
Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Ini akan membawa kepada kesejahteraan rakyat di
Malaysia. Untuk mencapai matlamat ini, gejala-gejala negatif yang semakin menjalar
dan kian meruncing perlu ditangani segera melalui pendekatan yang efektif. Ia perlu
2
dilaksanakan sejak peringkat permulaan lagi di mana pendidikan sekolah rendah
merupakan peringkat permulaan yang paling penting dalam sistem persekolahan di
negara kita.
Oleh sebab itu, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling memainkan peranan
yang penting bagi mencapai visi dan misi sekolah dan seterusnya dapat merealisasikan
Falsafah Pendidikan Negara. Terdapat empat pendekatan utama dalam melaksanakan
perkhidmatan ini di sekolah. Pendekatan tersebut adalah perkembangan, pencegahan,
pemulihan dan krisis. Harapan kepada peranan tersebut adalah untuk meningkatkan
potensi akademik, ko-kurikulum serta sahsiah para pelajar agar mereka dapat menjadi
seorang yang profesional pada masa hadapan.
Namun begitu, terdapat persoalan tentang bagaimanakah sambutan program-
program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini di sekolah serta adakah pelajar
terlibat secara aktif mengikuti program yang dijalankan. Selain itu, terdapat juga
persoalan tentang adakah program-program ini memberi kesan yang positif kepada para
pelajar. Oleh yang demikian, pengkaji ingin meneroka sejauh manakah penerimaan
pelajar terhadap program-program bimbingan dan kaunseling yang dilaksanakan di
sekolah.
3
1.1 Latar Belakang Kajian
Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, vandalisme, buli dan sebagainya oleh
pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Bekas Timbalan
Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir Mohd. Khir berkata terdapat sebanyak 155 kes
kesalahan seksual dilaporkan sepanjang tahun 2000, diikuti 185 kes pada tahun 2001,
137 kes pada tahun 2002 dan 195 kes pada tahun 2003.Bagi kes salah laku berkaitan
dengan perbuatan ala samseng pula, sebanyak 75 kes dicatatkan pada tahun 2000, 48
kes pada tahun 2001, 29 kes pada tahun 2002 dan 24 kes pada tahun 2003 (Utusan
Online). Kes-kes keruntuhan moral dan akhlak serta insiden-insiden kemalangan yang
melibatkan pelajar sering diberi liputan yang meluas oleh akhbar dan majalah.
Walaupun kes-kes sebegini sudah banyak dilaporkan namun begitu, tiada tanda-tanda
yang menunjukkan ia akan berkurangan.
Kebanyakan kes ini adalah melibatkan pelajar-pelajar peringkat menengah di
mana pada peringkat umur belasan tahun, mereka cenderung untuk mencuba sesuatu
yang baru serta gemar bertindak secara agresif tanpa memikirkan akibat yang akan
ditanggung pada kemudian hari. Pendedahan ini dibuat oleh Kementerian Pendidikan
melalui kajian oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (EPRD) pada 28
Mac 2000 yang dilaporkan dalam “ Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah” di
mana fenomena ini amat meresahkan dan mengancam keselamatan pelajar serta guru di
sekolah. Sebanyak 459 daripada 1560 buah sekolah di seluruh negara menghadapi
risiko yang tinggi terdedah kepada perlakuan jenayah di kalangan pelajarnya seperti
mencuri, mencabul, mengugut, merogol dan membunuh. (Dewan Masyarakat, Jun
2000)
Menyedari peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam
pembangunan insan, Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah telah
4
merancang program yang bersifat menyeluruh di mana ia memberi khidmat kepada
semua kelompok sasaran di sekolah. Program-program yang dirancang juga lebih
kepada pendekatan perkembangan, pencegahan dan pemulihan. Program-program ini
adalah lebih terbuka iaitu menggalakkan penyertaan aktif di kalangan pelajar,
pembimbing rakan sebaya serta guru kaunseling terlatih. Walaupun ia bersifat terbuka,
namun konsep kerahsiaan adalah penting dalam perkhidmatan ini. Selain itu, ia juga
bersifat bersepadu kerana input bimbingan dan kaunseling yang sesuai boleh disalurkan
melalui kurikulum dan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan. Seterusnya,
progam yang dirancang juga memberi penekanan kepada bidang-bidang perkembangan
individu seperti moral, agama, psikologi, afektif, kognitif, fizikal, seksual, vokasional
dan kerjaya. Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan bagi melaksanakan program ini
seperi konsultasi, taklimat, lawatan, pameran, drama, tayangan video dan sebagainya
bagi menarik minat para pelajar.
Namun begitu, sejauh mana penerimaan pelajar terhadap program-program
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini belum dapat dipastikan lagi. Oleh itu,
pengkaji ingin meneroka sejauh mana penerimaan pelajar terhadap program-program
ini di salah sebuah sekolah rendah luar bandar di daerah Batu Pahat.
1.2 Pernyataan Masalah
Kewujudan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah
membuktikan bahawa kerajaan prihatin terhadap perkembangan pelajar dalam bidang-
bidang akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah yang mulia. Oleh itu, Guru
Bimbingan atau kaunselor sekolah perlu merancang program-program tahunan yang
sesuai dalam pelbagai bidang bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik,
5
ko-kurikulum dan pembentukan sahsiah yang mulia. Kesemua program yang dirancang
itu adalah berbentuk perkembangan, pencegahan atau pemulihan. Walaupun begitu,
sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling ini?
1.3 Objektif Kajian
Tujuan kajian adalah untuk ;
(i) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap program-program
perkembangan bimbingan dan kaunseling.
(ii) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap program-program pencegahan
bimbingan dan kaunseling.
(iii) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap program-program pemulihan
bimbingan dan kaunseling.
6
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan asas yang dikemukakan bagi mencapai objektif kajian seperti yang
dinyatakan adalah seperti berikut ;
(i) Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program
perkembangan bimbingan dan kaunseling?
(ii) Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program pencegahan
bimbingan dan kaunseling?
(iii) Sejauh manakah penerimaan pelajar terhadap program-program pemulihan
bimbingan dan kaunseling?
1.5 Kepentingan Kajian
Walaupun masalah-masalah yang wujud di sekolah rendah tidak meruncing
seperti di sekolah menengah, namun jika tidak dikawal ia boleh menjadi serius dan akan
mendatangkan masalah kepada pihak sekolah. Oleh itu, Guru Bimbingan atau kaunselor
serta kerjasama dari pelbagai pihak perlulah merancang program sama ada dalam
bentuk perkembangan, pencegahan atau pemulihan. Setiap program atau aktiviti yang
dirancang ini mestilah disusun dengan teliti agar matlamat dan objektifnya tercapai
serta memenuhi Falsafah Pendidikan Negara yang bertekad untuk melahirkan insan
yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan sahsiah.