Transcript
Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan

tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL:

SESI PENGAJIAN : 2005/2006

Saya NORHANA FAZILLA BT. ROZIAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/ Doktor falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi malaysia. 2. Perpustakaan Universiti teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tanda (√) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: PROF.MADYA SYED MOHAMAD 19, JALAN SAGA 7, SHAFEQ BIN SYED MANSOR TAMAN SAGA AL-HABSHI 68000 AMPANG Nama Penyelia

Tarikh : 8 MEI 2006 Tarikh : 8 MEI 2006

HUBUNGAN KESERASIAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI-PERSEKITARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA JAWATAN PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI MELAKA.

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Elektrik)”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA SYED MOHAMAD SHAFEQ BIN SYED

MANSOR AL-HABSHI

Tarikh : APRIL 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

HUBUNGAN KESERASIAN DARJAH KONGRUEN PERSONALITI-

PERSEKITARAN TERHADAP KEPUASAN KERJA DI KALANGAN LIMA

JAWATAN PERUBATAN DI SALAH SEBUAH HOSPITAL DI MELAKA.

NORHANA FAZILLA BT. ROZIAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ......................................

Nama Penulis : NORHANA FAZILLA BT. ROZIAN

Tarikh : 24 MAC 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

iii

DEDIKASI......

Buat insan yang dikenang...

Ayah dan Ibu.....

Terima kasih di atas doa dan dorongan mu

Jasa dan pengorbananmu amatl ku sanjung.

Suami...

Terima kasih di atas doamu dan sokongan mu

Jasa dan pengertian mu ku kenang selamanya

Adik-adik tersayang...

Sokongan kalian amat dihargai

Rakan seperjuangan...

Terima kasih di atas segala panduan dan kerjasama kalian

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

iv

PENGHARGAAN

Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan

kurnia-Nya kajian ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah

S.A.W. yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu Prof. Madya Syed

Mohamad Shafeq Bin Syed Mansor Al Habshi yang telah banyak memberi tunjuk ajar,

cadangan serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan terima

kasih juga kepada Pengarah dan kakitangan hospital di Melaka serta kakitangan Pusat

Sumber Bahagian Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah banyak

memberi kerjasama semasa kajian ini dijalankan.

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-individu yang

terlibat secara tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan keserasian darjah kongruen-

personaliti, persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan kakitangan hospital di

Melaka berdasarkan Teori Holland. Seramai 54 kakitangan hospital daripada pelbagai

jawatan telah mengambil bahagian iaitu Jururawat, Pegawai Farmasi, Juru X-Ray,

Fisioterapi dan Pembantu Perubatan. Tahap kepuasan kerja diukur dengan

menggunakan instrumen Job Descriptive Index (JDI), manakala darjah kongruen diukur

menggunakan Indeks Directed Search (SDS Form-easy) terjemahan Amla (1984, 1987)

telah digunakan. Analisa data dibuat menggunakan “statistical packages for social

sciences” (SPSS-PC+) dan kaedah deskritif serta inferensi telah digunakan untuk

menjawab persoalan kajian. Teknik yang digunakan ialah ujian ANOVA satu hala dan

korelasi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara kepuasan kerja dengan

darjah kongruen bagi kakitangan hospital tersebut. Hubungan antara kepuasan kerja

dengan darjah kongruen bagi jawatan Jururawat adalah sederhana, Fisioterapi adalah

tinggi, Pembantu Perubatan adalah lemah manakala Juru X-ray dan Pegawai Farmasi

adalah sangat lemah. Kajian telah mengenalpasti kod-kod bagi kakitangan hospital

berpandukan kod yang telah diwujudkan oleh Holland dalam The Occupational Finder.

Kod bagi personaliti Jururawat (SCI), Pegawai Farmasi (ISC), Juru X-ray (SAI),

Fisioterapi (SCI) dan Pembantu Perubatan (SIA). Oleh yang demikian, kesimpulan

kajian ini mendapati bahawa hubungan antara darjah kongruen dan kepuasan kerja pada

keseluruhannya adalah pada tahap yang berbeza-beza . Ini menunjukkan kekongruenan

personaliti persekitaran dapat melahirkan kepuasan kerja di kalangan kakitangan

hospital.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the degree congruence- personality

environment with job satisfaction among hospital employees at Malacca base on

Holland’s Theory. 54 hospital employees were selected by different position as nurse,

pharmacist, radiographer, physiotherapist and medical assistant. The level of job

satisfaction measured using Job Descriptive Index (JDI) instrument, while the degree of

congruence measured using the Index Congruence Iachan. The data was analyzed using

“ Statistical Packages Sciences” (SPSS-PC+). The descriptive and inferensi were used

to answer the research question. The technic used are one way ANOVA and correlation.

Result from this research shows that the relation between job satisfaction with degree of

congruence for hospital employees were different as nurse are medium, physiotherapist

are high and medical assistant are low. For radiographer and pharmacist are very low.

The research identified codes for hospital employees based on Holland in The

Occupational Finder. Code personality for nurse (SCI), pharmacist (ISC), radiographer

(SAI), physiotherapist (SCI) and medical assistant (SIA). From the research, it also

shows that there are significant relation between personality congruence with job

satisfaction.. This shows that the congruence personality-environment are related with

the job satisfaction belongs hospital employees.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definasi Istilah 11

1.9.1 Kepuasan Kerja 11

1.9.2 Personaliti 12

1.9.3 Persekitaran 15

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

viii

1.9.4 Darjah Kongruen 17

1.9.6 Kakitangan Hospital 18

1.9.7 Jururawat 18

1.9.8 Juru X-ray 18

1.9.9 Fisioterapi 19

1.9.10 Pembantu Perubatan 19

1.9.11 Gaji 20

1.9.12 Kenaikan Pangkat 20

1.9 Kesimpulan 20

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 21

2.2 Latar Belakang Kajian 22

2.3 Kajian-kajian Lepas di Luar Negari 24

2.4 Kajian-kajian Lepas di Malaysia 25

2.5 Kesimpulan 28

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 29

3.2 Rekabentuk Kajian 29

3.3 Lokasi Kajian 30

3.4 Sampel Kajian 30

3.5 Pengelolaan Kajian 31

3.6 Instrumen Kajian 31

3.6.1 Job Descriptive Index (JDI) 32

3.6.2 Jadual Pemarkatan JDI 34

3.6.3 Kebolehpercayaan dan keesahan JDI 35

3.6.4 Self Directed Search (SDS) 35

3.6.5 Skor Manual Self Directed Search (SDS-Form Easy) 37

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

ix

3.6.6 Kebolehpercayaan dan keesahan Self Directed Search

(SDS-Form Easy). 39

3.7 Indeks Iachan 39

3.8 Penganalisaan Data 40

3.9 Kesimpulan 41

BAB IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 42

4.2 Analisis Deskriptif Subjek 46

4.2.1 Analisis Deskriptif Tahap Indeks Iachan 46

4.3 Deskriptif Item Kepuasan Kerja 52

4.4 Analisis Tahap 57

4.5 Analisis Inferensi – Perbezaan 59

4.6 Analisis Inferensi – Perhubungan 72

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Perbincangan Mengenai Hasil Dapatan Taburan

Responden 85

5.2.2 Perbincangan Mengenai Tahap Kepuasan Kerja 86

5.2.3 Perbincangan Mengenai Analisis Kod Tiga Huruf

yang Diperolehi Pengkaji Berbanding Kod Tiga

Huruf Holland dan Analisis Tahap Indeks

Kongruen Mengikut Jawatan 87

5.2.4 Perbincangan Mengenai Analisis Skor Min

ANOVA Sehala 91

5.2.5 Perbincangan Mengenai Hipotesis Ujian Korelasi Pearson

Antara Kepuasan Kerja Dengan Indeks Kongruen 94

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

x

5.3 Rumusan 97

5.4 Cadangan 98

5.5 Cadangan Kerja Lanjutan 98

5.6 Kesimpulan 99

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

A Surat Kebenaran Hospital 104

B Surat Kebenaran UTM 106

C The Occupations Finder 108

D Keputusan Kod Tiga Huruf bagi Jururawat, Fisioterapi,

Juru X-ray, Pegawai Farmasi dan Pembantu Perubatan 111

E Borang Soal selidik 115

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pecahan item bagi setiap dimensi 33

3.2 Pecahan-pecahan item positif dan negatif

mengikut dimensi 33

3.3 Jadual Pemarkatan JDI 34

3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

Search ( SDS-Form Easy) 36

3.5 Contoh penggunaan skor kasar dan subskala

Self Directed Search (SDS-Form Easy) 37

3.6 Tahap Indeks Kongruen Berdasarkan

Indek Iachan 40

4.1.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jawatan 42

4.1.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Tempoh Berkhidmat 43

4.1.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 44

4.1.4 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 44

4.1.5 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Taraf Perkahwinan 45

4.1.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden

Mengikut Kelulusan Tertinggi 45

4.2.2 Taburan Item Mengikut Dimensi Dan Persekitaran 46

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

xii

4.2.3 Analisis Kod Tiga Huruf Pengkaji Berbanding

Kod Tiga Huruf Holland 47

4.2.4 Analisis Tahap Indeks Kongruen Mengikut

Bidang Pengkhususan 48

4.2.5 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen

Bagi Jururawat 49

4.2.6 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen

Bagi Jawatan Pegawai Farmasi 50

4.2.7 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen

Bagi Jawatan Juru X-ray 50

4.2.8 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen

Bagi Jawatan Fisioterapi 51

4.2.9 Analisis Kod Tiga Huruf Dan Indeks Kongruen

Bagi Jawatan Pembantu Perubatan 51

4.3.1 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap

Item Pekerjaan Sekarang 52

4.3.2 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap

Item Gaji Sekarang 53

4.3.3 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap

Item Peluang Kenaikan Pangkat 54

4.3.4 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap

Item Penyelia Dan Penyeliaan 55

4.3.5 Maklumbalas Responden Terhadap Setiap

Item Rakan Sekerja 56

4.4.1 Analisis Tahap Kepuasan Terhadap Setiap

Faktor Kepuasan Kerja Dan Tahap Kepuasan

Kerja Keseluruhan

4.5.1 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan

Kepuasan Terhadap Pekerjaan Sekarang Dari

Segi Jawatan 59

4.5.2 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap

Pekerjaan Sekarang Dari Segi Jawatan 60

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

xiii

4.5.3 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan

Kepuasan Terhadap Gaji Sekarang Dari Segi Jawatan 62

4.5.4 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap

Gaji Sekarang Dari Segi Jawatan 63

4.5.5 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan

Kepuasan Terhadap Peluang Kenaikan Pangkat Dari

Segi Jawatan 64

4.5.6 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap

Kenaikan Pangkat Dari Segi Jawatan 65

4.5.7 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan

Kepuasan Terhadap Penyelia Dan Penyeliaan

Dari Segi Jawatan 67

4.5.8 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan

Kepuasan Terhadap Rakan Sekerja Dari Segi Jawatan 68

4.5.9 Analisis Skor Min Dan Anova Sehala Perbandingan

Kepuasan Kerja Keseluruhan Dari Segi Jawatan 70

4.5.10 Analisis Ujian LSD Perbandingan Kepuasan Terhadap

Kepuasan Kerja Keseluruhan Dari Segi Jawatan 71

4.6.1 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan

Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Jururawat 72

4.6.2 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan

Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Fisioterapi 75

4.6.3 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan

Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Juru X-Ray 77

4.6.4 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan

Setiap Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan

Pegawai Farmasi 79

4.6.5 Analisis Hubungan Antara Indeks Kongruen Dengan Setiap

Faktor Kepuasan Kerja Di Kalangan Pembantu Perubatan 81

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Kebenaran Hospital 104

B Surat Kebenaran UTM 106

C The Occupations Finder 108

D Keputusan Kod Tiga Huruf bagi Jururawat,

Fisioterapi, Juru X-ray, Pegawai Farmasi dan

Pembantu Perubatan 111

E Borang Soal selidik 115

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Seseorang individu telah dianggarkan bahawa telah menghabiskan kira-kira 1/3

daripada jangka hayat dalam melakukan persedian-persediaan, peranan-peranan dan

aktiviti yang berkait dengan pekerjaan pada waktu individu itu sebelum, semasa dan

selepas menjawat pekerjaan itu menurut Super, 1979 (dalam Ting See How,1993)

Pekerjaan menyediakan 3 fungsi asas hidup:-

1. Merupakan sumber ekonomi

2. Memberikan sokongan sosial

3. Membentuk identiti dan penghargaan kendiri

Pine dan Innis,1987 (dalam Ting See How, 1993)

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

2

Oleh itu, pekerjaan merupakan satu bahagian utama untuk menyempurnakan

kehidupan manusia. Ia merupakan satu aspek kehidupan yang dapat mendatangkan

kepuasan mendalam. Kakitangan hospital juga merupakan satu pekerjaan dan jentera

kepada kemajuan dalam bidang perubatan dan rawatan terkini dan terbaik. Sebagaimana

yang telah kita sedia maklum, perubahan yang pesat didalam arena perubatan dan

rawatan telah membawa keuntungan kepada masyarakat di negara kita. Perubahan-

perubahan ini selaras dengan perkembangan sains dan teknologi dewasa ini.

Oleh sebab itu, perkaitan dan kesesuaian personaliti kakitangan hospital dengan

bidang pekerjaan harus di ambil kira. Ini kerana personaliti merupakan faktor-faktor

yang penting dalam kehidupan seseorang individu. Personaliti mempengaruhi segala

bentuk kelakuan individu tersebut. Ia melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang

dan mencirikan perbezaan antara manusia dengan manusia yang lain.

Menurut Hein (1978), personaliti merupakan keseluruhan individu iaitu kesemua

sifat yang memberinya keindividuan dan membezakan seseorang individu dengan

individu yang lain. Personaliti termaksuklah kombinasi semua tret, sentimen,

kecenderungan, minat, kemahiran, kehendak, cita-cita dan gaya yang membentuk setiap

individu.

Persoalan ukuran personaliti ini melibatkan setiap individu dalam organisasi. Ia

mempunyai pengaruh ke atas pencapaian kepuasan kerja, peningkatan pengeluaran

dalam organisasi negara. Maka di sini penting untuk mengenalpasti personaliti

kakitangan hospital samada menghasilkan kepuasan kerja yang tinggi atau sebaliknya.

Bagi kepuasan kerja yang rendah, pihak organisasi akan cuba mengatasinya dan

melakukan beberapa perubahan sama ada dari segi personaliti, komunikasi dan juga

individu organisasi itu sendiri.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

3

Pengklasifian personaliti yang sesuai dalam bidang pengurusan harus dijalankan

dengan lebih teliti lagi. Hal ini dapat di sokong dengan lebih kuat sekiranya faktor-

faktor lain yang berkaitan turut di ambil kira. Faktor ini termasuklah kecenderungan

seseorang terhadap kerjaya yang ingin di ceburi atau minat kerjaya individu tersebut.

Langkah-langkah seperti ini dapat membantu mengurangkan tekanan di kalangan

kakitangan hospital dalam bidang yang penuh mencabar ini. Sebagaimana yang kita

tahu, tanggungjawab yang di berikan terhadap kakitangan hospital amat berat untuk

dilaksanakan. Kakitangan hospital bukan sahaja perlu memupuk dan meningkatkan

kualiti perkhidmatan perubatan dan rawatan yang bermutu tinggi bagi pesakit-pesakit

dalam dan pesakit-pesakit luar. Malah perlu melengkapkan diri mereka sejajar dengan

perkembangan semasa seperti mempelajari perubatan dan rawatan moden dan canggih

bagi rawatan kesihatan peringkat primer, sekunder dan tertiari.

Rencana akhbar (Harian Metro, 14 Mei 2002) menyatakan, menunjukkan sikap

kasar atau kurang mengendahkan pesakit bukan jalan penyelesaian. Sebaliknya,

jururawat harus bijak dan matang mengendalikan situasi pesakit yang sering meluahkan

rasa tertekan dan kesakitan mereka menerusi pelbagai cara. Apatah lagi, jururawat juga

bagaikan seorang kaunselor yang tidak kering dengan nasihat untuk memberi dorongan

kepada seseorang dalam usaha melawan kesakitan yang dihadapinya.

Berdasarkan kajian Dr Rene Spitz, 1947 (dalam rencana akhbar Harian Metro, 14

Mei 2002) mengenai kuasa sentuhan terhadap bayi di rumah anak yatim, mendapati bayi

yang mendapat susu mencukupi, namun tidak mendapat belaian jururawat lebih mudah

jatuh sakit berbanding bayi yang mendapat belaian sewajarnya daripada jururawat.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

4

Justeru itu, kepusan kerja dan pola personaliti persekitaran amat penting kerana

pemilihan kerja berdasarkan pola personaliti tidak ada banyak menimbulkan beban

kepada seseorang itu. Ini kerana di dorong oleh minat dan kesungguhan didalam

melakukan kerja. Ini juga dapat membantu mereka yang berkhidmat dalam bidang

perubatan memberikan khidmat yang lebih cenderung dan berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Cabaran-cabaran kakitangan hospital pada hari ini bergantung kepada objektif

Kementerian Kesihatan Negara, maka setiap perubahan samada dalam teknologi

perubatan ataupun perubahan dalam organisasi pertadbiran yang berlaku dan setiap kali

itu juga kewibaan kakitangan hospital akan tercabar. Perubahan-perubahan ini dapat di

lihat dalam jangka masa yang panjang yang mana boleh mengakibatkan tekanan fizikal

dan mental serta mempengaruhi tingkah laku kakitangan.

Objektif Kementerian Kesihatan Malaysia adalah untuk membantu seseorang

individu supaya dapat mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi

membolehkannya menjalankan kehidupan sosial dan ekonomi yang produktif.

Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat bagi menunjukkan kehidupan

yang sihat dan bersih. (Sumber:Kementerian Kesihatan Malaysia)

Oleh sebab itu, Holland (1973) menyatakan bahawa membuat keputusan

mengenai pemilihan kerjaya adalah amat penting supaya seseorang individu dapat

memperolehi kepuasan daripada pekerjaanya. Ketidak serasian pemilihan kerjaya akan

menyebabkan seseorang tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja secara

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

5

efektif dan individu tersebut berkemungkinan akan meninggalkan pekerjaannya begitu

sahaja.

Holland (1973), turut menyatakan bahawa keserasian personaliti dan persekitaran

seseorang seterusnya akan mengakibatkan beberapa reaksi yang boleh diramalkan. Jika

seseorang individu berjaya memilih pekerjaan yang serasi maka individu tersebut akan

dapat memperolehi kepuasan dalam bidang yang diceburi.

1.3 Pernyataan Masalah

Sebagaimana kita ketahui, perubatan di negara ini dan dasar kerajaan telah

menunjukan dorongan dan pemikiran baru dalam era perubatan. Kakitangan hospital

memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat perubatan kearah kesihatan

masyarakat di negara ini.

Namun begitu tidak semua kakitangan hospital memandang perkara tersebut

sebagai satu perkara yang positif. Pembaharuan-pembaharuan ini adakalanya

meletakkan mereka kepada tahap kepuasan kerja yang minima apatah lagi jika kerjaya

sebagai kakitangan hospital ini bukan dari jenis pola personaliti dan persekitaranya.

Berhubung dengan itu, perkara-perkara tersebut dianggap bebanan tugas yang besar

yang harus dihadapi di samping tugas-tugas harian yang perlu dilakukan.

Pola personaliti dan persekitaran yang berbeza dengan pekerjaanya mendorong

kakitangan hospital untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar. Contohnya mereka akan

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

6

mencari duit tambahan dengan cara menjadi agen sesuatu produk, kerja sambilan di

klinik-klinik swasta ataupun membuka perniagaan secara kecil-kecilan selepas waktu

pekerjaan. Hal ini dibuktikan oleh seorang jururawat yang bernama Noraini Bt. Ishak

dari Alor Setar, Kedah yang menyertai jualan langsung dan dia menyatakan bahawa

bidang perniagaan tersebut menjadikannya lebih berjaya

(http://www.faznet.net/kisahkejayaan.html). Oleh yang demikian tumpuan kurang

dilakukan di dalam memberi rawatan dan perkhidmatan kepada pesakit atau pelawat

yang datang ke hospital.

Selain itu, ketidakpuasan pekerjaan juga menjadi tekanan kepada para

kakitangan hospital. Ini kerana minat mereka di dalam bidang lain dan terpaksa

berkhidmat pula sebagai kakitangan hospital atas sebab-sebab yang tertentu. Kakitangan

hospital seperti ini akan bersikap negatif dan sentiasa menolak perubahan yang di

lakukan oleh pihak berwajib. Ia akan menganggap pekerjaan itu sebagai sesuatu yang

membebankan dan membosankan seterusnya akan menyebabkan mereka bekerja dalam

suasana ketegangan dan seterusnya objektif profesyen sebagai kakitangan hospital tidak

akan tercapai.

Menurut rencana akhbar (Harian Metro,14 Mei 2002), kerjaya jururawat yang

menjanjikan seribu macam cabaran, seolah-olah tidak mampu menarik minat rakyat

negara ini membabitkan diri dalam bidang berkenaan. Bidang kejururawatan barangkali

tidak sehebat golongan eksekutif atau mereka yang menduduki bilik berhawa dingin,

namun tugas yang sering menjadi pilihan terakhir generasi muda ini sebenarnya

memiliki status yang cukup penting.

Sekiranya kakitangan hospital tidak dapat menjalankan tugas yang di

amanahkan, maka kesan susulan ialah kegagalan negara dalam melahirkan rakyat sihat

negara maju. Oleh sebab itu, kajian ini di jalankan untuk mengukur hubungan kepuasan

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

7

kerja dengan indeks kongruen- personaliti, persekitaran agar kakitangan hospital dapat

menilai tahap kepuasan kerja mereka akan cuba memperbaiki dari kepentingan bersara.

Seterusnya berkhidmat dengan lebih berkesan dan cemerlang.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

1.4.1 Mengenalpasti sejauhmana tahap kepuasan kerja (pekerjaan sekarang, gaji

sekarang, peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan dan rakan sekerja)

dikalangan kakitangan hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray,

Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).

1.4.2 Mengenalpasti pola personaliti dan pola persekitaran kakitangan hospital

(Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).

1.4.3 Mengenalpasti tahap keserasian personaliti-persekitaran kakitangan hospital

(Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).

1.4.4 Mengenalpasti hubungan tahap keserasian personaliti - persekitaran dengan

kepuasan kerja kakitangan hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-

Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS · E Borang Soal selidik 115 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT ... Jadual Pemarkatan JDI 34 3.4 Pecahan item dalam alat ukur Self Directed

8

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah seperti yang dinyatakan di bawah :

1.5.1 Apakah tahap kepuasan kerja (kerja itu sendiri, gaji, peluang kenaikan pangkat,

penyeliaan dan rakan sekerja) dikalangan kakitangan hospital(Pembantu

Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).

1.5.2 Apakah pola personaliti dan pola persekitaran kakitangan hospital (Pembantu

Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).

1.5.3 Apakah tahap keserasian personaliti - persekitaran kakitangan hospital

(Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai Farmasi).

1.5.4 Apakah hubungan indeks tahap keserasian dengan kepuasan kerja kakitangan

hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi dan Pegawai

Farmasi).

1.6 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian di bentuk adalah seperti berikut:

1.6.1 Tiada terdapat perbezaan yang signifikan kepuasan kerja (pekerjaan itu sendiri)

kakitangan hospital (Pembantu Perubatan, Jururawat, Juru X-Ray, Fisioterapi

dan Pegawai Farmasi).


Top Related