Download - bmth6_4-1
Nama : _____________________________________
SULIT.011
SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG RAMBUTANBAHASA MELAYU PEMAHAMANTAHUN 6
MASA : 1 JAM 15 MINIT
Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
Soalan 1 hingga Soalan 19
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar 1
1
Ketibaan Yang Berhormat Dato Farhan untuk __________ penubuhan persatuan belia disambut dengan mesra.
Amemastikan
Bmerasmikan
Cmenubuhkan
Dmenjalankan
Gambar 1
Soalan 2 berdasarkan gambar 2
2
Muhammad Hishamudin terpaksa jalan __________ kerana kaki kanannya patah.
Atongkat
Btertongkat
Cbertongkat
Dmenongkat
Gambar 2
3
Peminat seni ________________untuk membeli lukisan yang dilelongkannya itu.
Aberebut-rebut
Bdiperebutkan
Cmerebutkan
Dberebut
Soalan 4 berdasarkan gambar 3
4
Chef Wan sedang mengeluarkan sebiji kek berperasa coklat yang telah __________.
Anaik
Bpanas
Cmasak
Dhangus
Gambar 3
Soalan 5 berdasarkan gambar 4
5Abdul Rahim tenang menunggu __________ dimakan oleh ikan di sungai itu.
Akailnya
Bjorannya
Cumpannya
Dpancingnya
Gambar 4
6Lelaki yang berpakaian __________________itu bekerja sebagai jurutera.
Akusut-masai
Bremuk-redam
Cserbah-serbih
Dkacau-bilau
Soalan 7 berdasarkan gambar 5
7
Ah Meng dan Abdullah Sani berjalan __________ menuju padang bola sepak.
Aberpusu-pusu
Bberderet-deret
Cbersaing-saing
Gambar 5
8Para tetamu yang dijemput ke majlis itu sudah ______________dewan.
Amemenuhi
Bmemenuhkan
Cpenuhkan
Ddipenuhi
Soalan 9 berdasarkan gambar 6
9
Orang ramai kagum melihat kebolehan wanita itu berjalan sambil __________ bakul tanpa memegangnya.
Amemikul
Bmengepit
Cmengelek
Dmenjunjung
Gambar 6
Soalan 10 berdasarkan gambar 7
10
Syahmi dan Syahidan sedang makan durian __________ ayahnya membersihkan durian yang baru dikutip.
Aketika
Bsetelah
Csupaya
Dsementara
Gambar 7
11
Beberapa orang pegawai atasan tentera turut menghadiri upacara ______________sempena tamat latihan tentera.
Aperaturan
Bperbarisan
Cpenghormatan
Dpenyusunan
12
________Malik, Farid yang bebadan besar ________tak larat mengangkat kotak besar itu.
AWalaupun.....tetapi
BEntah.........entah
CBaik........mahupun
DJangankan.......pun
Soalan 13 berdasarkan gambar 8
13
Rambut Tan Swee Eng kelihatan __________ kerana dia baru bangun tidur.
Akusut
Bkusam
Ckemas
Gambar 8
Soalan 14 berdasarkan gambar 9
14
Seorang anggota pengakap muda sedang __________ air. Mereka melakukan tugas tersebut secara bergotong-royong.
Amerebus
Bmenanak
Cmemasak
Dmenjerang
Gambar 9
Soalan 15 berdasarkan gambar 10
15
Pekedai pasar mini itu sedang __________ beg plastik yang berisi barangan yang dibeli oleh pelanggannya.
Ameletakkan
Bmengirimkan
Cmenghulurkan
Gambar 10
16Pak Mat sekeluarga ___________rumah itu sejak lima tahun yang lalu.
Amenduduki
Bmenumpang
Cmenginap
Dmenetap
Soalan 17 berdasarkan gambar 11
17
Encik Salleh menerima sijil _________ daripada pihak polis kerana beliau memberi maklumat tentang satu kes jenayah.
Apentadbiran
Bpenghargaan
Cperkhidmatan
Dpenghormatan
Gambar 11
18
Kakak mengambil ________________jarum dan _____________benang berwarna biru untuk menjahit kain sekolahnya yang koyak.
Aselaras..........sehelai
Bsebatang........selembar
Csepucuk.........seikat
Dsebilah......sekeping
Soalan 19 berdasarkan gambar 12
19
Seorang pemberita sedang __________ pertanyaan kepada penyanyi baru itu.
Aterkemuka
Bmengemukai
Cdikemukakan
Dmengemukakan
Gambar 12
Soalan 20
Pilih perkataan seerti bagi perkataan yang bergaris.
20Pertunjukan nasyid itu akan diadakan di Dewan Serba Guna, Petaling Jaya.
APersembahan
BPameran
CPertandingan
DPeragaan
Soalan 21
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
21
Munna masih tertunggu-tunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.
Amenghabiskan
Bmenamatkan
Cmenyudahkan
Dmelunaskan
Soalan 22
Pilih peribahasa yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat di bawah.
22Dia membeli jam berjenama itu di _____________dengan harga yang murah.
Apasar gelap
Bpasar borong
Cpasaraya
Dpasar sehari
Soalan 23
Pilih ayat tanya yang betul bagi jawapan yang diberikan.
23Maaf,encik. Radio ini dijual dengan harga tetap.
AMengapa harganya mahal sangat ?
BAdakah harga radio ini tetap?
CBerapakah harga radio ini ?
DBolehkah harga radio ini dikurangkan ?
Soalan 24
Pilih jawapan yang betul bagi ayat tanya yang diberikan.
24Sejak bilakah kamu melibatkan diri dalam kegiatan silat ini ?
ASaya memang berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan silat.
BSaya merancang untuk melibatkan diri dalam kegiatan silat dengan lebih serius.
CSaya tidak pernah melibatkan diri dalam kegiatan silat.
DSaya melibatkan diri dalam kegiatan silat ini sejak dua tahun yang lalu.
Soalan 25
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25Tarikh tutup peraduan mengarang esei alam sekitar adalah pada 28 Februari.
APeraduan mengarang esei akan diadakan pada 28 Februari.
BPeraduan mengarang esei alam sekitar diadakan pada 28 Februari.
C
Keputusan peraduan mengarang esei alam sekitar akan diumumkan pada 28 Februari.
D28 Februari ialah tarikh tutup peraduan mengarang esei alam sekitar.
Soalan 26
Pilih ayat seruan yang betul
26AAmboi, panas benar cuaca pada hari ini !
BOh, di sini rupa-rupanya kamu berdua bersembunyi !
CCis, alangkah mudahnya kerja ini !
DEh, semakin sombong kamu sekarang !
Soalan 27 dan Soalan 28
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
27IBudak lelaki itu bermain layang-layang di kawasan lapang.
IIAni suka mengumpul setem dan menanam bunga pada masa lapang.
IIIEncik Murad berasa lapang kerana masalah itu telah selesai.
IVTulisan Azwa sungguh lapang dan mudah dibaca.
A
B
C
DI dan III sahajaI, II dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
28IPasangan pengantin baru itu sama padan, seperti pinang dibelah dua.
IIKedua-dua belah mata lelaki itu cedera terkena mercun.
IIIEmak meminta ayah belah buah kelapa untuk membuat rendang.
IVMata Nani berair kerana belah bawang.
A
B
C
DI sahajaI dan II sahaja
II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
Soalan 29 dan Soalan 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
29I31 Ogos ialah tarikh Malaysia dilahirkan.
IIDua ekor ikan emas berenang-renang di dalam akuarium
IIIJalan raya berasak-asak dengan kenderaan.
IVUmat Islam menyambut Hari Raya Aidil Fitri setelah berpuasa selama sebulan.
A
B
C
DI dan II sahajaII dan IV sahaja
I, II dan IV sahaja
I, II, III dan IV
30IKakak mengubah bunga mawar di atas bakul.
IIBaju sekolah Aman mengoyak kerana tersangkut pada duri.
IIIPerayaan Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun.
IVKami berasa berhibur melihat pertunjukan sarkas itu.
A
B
C
DIII sahajaII dan III sahaja
III dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Kelab SukanSekolah Rendah Kencana ( 1 )
PENGUMUMAN
Kelab Sukan sekolah ini akan menganjurkan Larian Maraton 2006. Larian ini diadakan sempena Minggu Kesihatan Sekolah yang akan berlangsung pada 11 hingga 16 Jun 2006. larian ini akan diadakan pada hari terakhir minggu tersebut. Para peserta akan memulakan larian dari padang sekolah dan melalui Jalan Balai Pos, Jalan Gurindam dan berakhir di padang sekolah.
Objektif
Objektif utama larian ini adalah untuk menyemai gaya hidup sihat di kalangan murid. Di samping itu, larian ini bertujuan memungut derma untuk Tabung Sukan Sekolah. Wang yang terkumpul itu nanti akan digunakan oleh oihak sekolah untuk mempertingkatkan kemudahan sukan di sekolah ini.Hadiah
Pemenang pertama - RM300, pingat dan sijil penyertaan
Pemenang kedua - RM200, pingat dan sijil penyertaan
Pemenang ketiga - RM100, pingat dan sijil penyertaan
10 hadiah sagu hati- RM50, pingat dan sijil penyertaan
Kepada sesiapa yang berminat, siladaftar nama di bilik kelab mulai hari ini ( 5 Jun 2006 ). Tarikh tutup penyertaan ialah 8 Jun 2006.
CINTAILAH GAYA HIDUP SIHAT
31Apakah pengumuman penting yang ingin disampaikan oleh kelab sukan ini ?
AKelab Sukan itu akan menganjurkan Larian Maraton 2006
BKelab Sukan itu akan mengadakan Minggu Kesihatan Sekolah
CKelab Sukan itu ingin memungut derma untuk tabung sekolah
DKelab Sukan itu ingin menyemai gaya hidup sihat di kalangan murid
32Bilakah Larian Maraton itu akan diadakan ?
A12 Jun 2006
B16 Jun 2006
C17 Jun 2006
D18 Jun 2006
33Semua pernyataan yang berikut adalah berkaitan dengan pengumuman, kecuali
AKelab Sukan mengadakan Larian Maraton 2006 sempena Minggu Kesihatan Sekolah
BPendaftaran untuk penyertaan larian maraton ini adalah percuma
CMinggu Kesihatan Sekolah diadakan selama lima hari berturut-turut
DTarikh tutup pendaftaran adalah pada 8 Jun 2006
34
Berapa lamakah tempoh yang diberikan oleh penganjur kepada murid-murid untuk mendaftar bagi larian tersebut ?
ADua hari
BTiga hari
CEmpat hari
DLima hari
35Apakah tujuan utama Kelab Sukan ini mengadakan Larian Maraton 2006 ?
AMemungut derma bagi Tabung Sukan Sekolah
BMeningkatkan kemudahan peralatan sukan di sekolah
CMenggalakkan lebih ramai murid bersukan
DMeningkatkan taraf kesihatan murid-murid melalui kegiatan sukan
Soalan 36 hingga Soalan 40
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
IPOH, 15 Mac 2006 - Satu program peningkatan prestasi pendidikan telah diadakan semalam. Program tersebut diberi nama Program Gemilang Yayasan Perak 2006. Majlis yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Tanjong Rambutan telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Ahmad Lotfi bin Hj Latif, Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak.
Beliau mengharapkan usaha murni ini akan membuahkan hasil dan mencapai objektif. Beliau juga berasa bangga kerana program ini dapat memberi peluang kepada calon-calon UPSR yang berpotensi untuk mencetus kecemerlangan dalam bidang akademik. Dalam majlis ini juga, beliau telah mengumumkan kelulusan peruntukan sejumlah empat puluh ribu ringgit, sumbangan daripada kerajaan negeri Perak.
Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta. Menurut pengurus program, Encik Badaruddin bin Borhan, program ini bertujuan untuk memberikan latihan yang maksimum kepada calon-calon yang terpilih. Di samping itu juga, mereka akan didedahkan dengan teknik dan kaedah menjawab soalan bagi semua mata pelajaran dalam UPSR. Mereka akan diberi bimbingan secara terperinci oleh dua orang fasilitator bagi setiap mata pelajaran. Program ini diadakan selama tiga hari dua malam.
Seramai seratus empat puluh lima orang murid perempuan telah terpilih untuk menyertai program ini. Peserta yang terpilih adalah daripada enam puluh lima buah sekolah kebangsaan di daerah Kinta yang berjumlah dua ratus tujuh puluh orang murid. Mereka telah diberikan tempat penginapan di Sekolah Menengah berkenaan. Ini membolehkan mereka menimba pengalaman belajar secara berkumpulan serta dapat menyesuaikan diri dengan suasana belajar dan tinggal di asrama.
Dalam ucapan Pegawai Pelajaran Daerah, beliau berharap calon yang terpilih dapat mencipta kecemerlangan. Jumlah yang menghadirkan diri sebagai peserta merupakan satu angka yang besar dan melebihi pencapaian 5A dalam UPSR pada tahun lepas. Beliau berharap peserta dapat mencipta rekod baru dan dapat meningkatkan prestasi yang sedia ada. Beliau juga menyatakan satu daripada cara untuk mencapai kecemerlangan ialah dengan melakukan latihan secara intensif.
Selain itu, beliau berharap semoga para peserta berusaha bersungguh-sungguh dan belajar dengan lebih tekun. Hal ini demikian, untuk melayakkan diri terpilih ke sekolah-sekolah berasrama penuh, calon-calon UPSR mestilah mendapat markah 90% ke atas. Mereka juga berpeluang untuk belajar di sekolah aliran sains, sekolah menengah agama kebangsaan dan di Maktab Rendah Sains Mara. Dengan harapan itu, para peserta tampak bersemangat dan ibu bapa yang hadir berasa besar hati. Mereka juga mengharapkan dan mendoakan kejayaan anak mereka.
36
Siapakah yang bertanggungjawab menaja program kecemerlangan UPSR tersebut?
APihak Kerajaan Negeri Perak
BPengurus Program Yayasan Perak
CSekolah Menengah Tanjong Rambutan
DPegawai Pelajaran Daerah
37
Berapa orangkah fasilitator mata pelajaran yang terlibat menjayakan program tersebut?
Alapan orang C dua belas orang
Bsepuluh orang D empat belas orang
38Bilakah peserta program kecemerlangan akan pulang ke rumah masing-masing?
A14 Mac 2006
B15 Mac 2006
C16 Mac 2006
D17 Mac 2006
39
Jika semua peserta hadir, berapakah beza jumlah peserta perempuan dan peserta lelaki?
A20 orang
B125 orang
C145 orang
D270 orang
40Semua kenyataan di bawah tentang kecemerlangan adalah benar, kecuali
Amendapatkan markah 95 peratus ke atas.
Bmencipta rekod satu kebanggaan pelajar.
Clatihan intensif perlu untuk kecemerlangan.
Dbelajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh.
- KERTAS SOALAN TAMAT -
Pendaftaran percuma
PAGE
PKSR 1/ MEI 2006 Halaman