Download - Blog Sajak

Transcript

http://tintalidaf.blogspot.com/2011/03/sajak-persahabatan.htmlSajak: Persahabatan ( Mohd. Amran Daud )Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

1Seorang kanak-kanakberbaju kurung nampak cantikberlesung pipit beralis lentikbermain-main riang, bermain keseoranganpada wajahnya meriak gembirapada bibirnya menguntum ceriaberderai ketawa mengocak suasana.

IISeorang kanak-kanakberpakaian ceongsam bertocang duabergincu pipi tampak ceriatiba-tiba datang menerpa bertegur sapamenghulur senyum dan ketawa manjapada wajahnya menyerlah kerianganmereka bermain alang-kepalangberkejar-kejaran tanpa halangan.

IIISeorang kanak-kanakbersari bergelang kakibertindik hidung menguntum serimelihat saja telatah manjasi comel berdua, bermain, dan ketawadirinya bagai digamit bermain bersamamengongsi kemesraanmenterjemah makna kejiranan.

IVAh, kanak-kanakbiar berlainan agamabiar berlainan bangsamereka saling bersalamandan berpeluk mesratanpa menghirau adat dan budaya;membina keakraban tanpa curigamembentuk perpaduan tanpa prasangkabersatu hati membentuk jati dirike arah wawasan lebih bererti!

Tema:Sajak ini mengemukakan tema tentang perpaduan antara kaum - masyarakat berbilang kaum perlulah bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan.

Nilai:Nilai perpaduan

Rangkap I , II, dan III menceritakan tentang nilai masyarakat Melayu, India, dan Cina perlulah bersatu padu antara satu sama lain untuk menjayakan wawasan negara.

Nilai keakraban.

Rangkap IV menunjukkan nilai keakraban dalam hubungan persahabatan. Nilai ini dapat dilihat kepada telatah kanak-kanak pelbagai kaum menjalin hubungan persahabatan tanpa timbul rasa curiga. Nilai ini wajar diterapkan sejak kecil lagi supaya dapat mengeratkan hubungan antara kaum.

Menghargai tradisi

Rangkap I, II, dan III turut menekankan nilai-nilai tradisi mengikut kaum masing-masing. Kaum Melayu mengenakan baju kurung, kaum Cina memakai ceongsam manakala kaum India mengenakan pakaian sari.

Hormat-menghormati

Rangkap IV menekankan nilai hormat menghormati sesama kaum dan tidak mengira usia dan menjalinkan hubungan baik dalam kalangan kanak-kanak.

Pengajaran :

Kita hendaklah menjalinkan hubungan persahabatan tanpa mengira kaum atau agama.

Kita janganlah menyimpan perasaan curiga atau prasangka antara satu sama lain.

Masyarakat perlulah bersatu-padu antara satu sama lain bagi menjayakan wawasan negara

http://tintalidaf.blogspot.com/2011/03/sajak-hari-guru.html

Sajak: HARI GURU ( Selina S.F Lee )Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

1Hari iniadalah hari kitamenjunjung amanahsandaran harapan insan berjutayang bernama ibu dan bapamemikul misi murnimengasuh mendidiktunas bangsaharapan nusa.Semasa sambutan Hari Guru, para guru bertekad menunaikan amanah dan harapan para ibu bapa untuk melaksanakan tugas mendidik anak-anak yang bakal menerajui negara.

11Hari iniadalah hari yang menuntut kitabertafakurapakah tiang azammasih tegak kukuhapakah perdu semangattak tergoncang ributSambutan Hari Guru merupakan hari para guru bermuhasabah diri tentang tanggungjawab dan keazaman mereka sama ada masih lagi kukuh atau telah hilang kerana pelbagai dugaan.

111Hari iniada bunga dikalungkanada puji dilafazkanada jasa dikenangada salam dihulurtanda hormat;pada insan yang bergelar GURU.Hari guru merupakan hari para guru menerima penghormatan dan penghargaan kerana jasa-jasa mereka.

Tema:Sajak ini mengemukakan tema tentang penghargaan kepada para guru melalui sambutan Hari Guru.

http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2011/01/sajak-persahabatan-komsas-tingkatan-2.html

Nilai

Nilai amanah

Rangkap I menunjukkan para guru memikul amanah para ibu bapa untuk mendidik dan mengasuh anak-anak mereka.

Nilai tanggungjawab

Rangkap I mengatakan bahawa guru-guru bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas untuk membimbing anak bangsa.

Nilai penghargaan

Rangkap II ini dapat dilihat bahawa jasa guru dihargai dan dikenang melalui sambutan hari guru.

Pengajaran

Para guru hendaklah menunaikan amanah ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka.

Kita hendaklah menghargai peranan para pendidik (guru) dalam usaha mendidik dan memberi ilmu kepada anak bangsa kita sambutan hari guru merupakan salah satu cara yang dilakukan bagi menghargai para pendidik.

Para guru hendaklah sedar peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh mereka.

Kita hendaklah mengenang jasa orang yang banyak memberi ilmu kepada kita jasa para guru hendaklah sentiasa kita kenang.

Sajak Laut (Ismail sharif)

Laut ini begitu birulaut ini begitu luaslaut ini begitu indah.Betapa bahagianya hatilaut ini membuatku bahagialaut ini begitu tenangbegitu kaya.

Kulihat pasir putihkulihat kerangkurasakan ombak menyapa kakiangin pantai membelai.Seorang nelayan jauh di sanaberdiri di atas perahu kecilmenebarkan jalamencari ikan untuk keluarga.

Burung-burung laut menari-nari di sanamengepak-ngepakkan sayapnyabegitu gembira mereka bernyanyibagai berlumbadengan nyanyian ombak.

Setengah matahari kulihat di seberangdi seberang laut biru inibagai malu-malu ia mengintipnamun dengan setiamemberi sinarnya.

Hai, laut biruhari ini juga aku nyatakankau adalah saudaraku!

TemaKeindahan laut dan persekitarannya yang menyumbang terhadap kehidupan makhluk lain.

Nilai

Nilai kesyukuranKeseluruhan rangkap menunjukkan nilai syukur dengan nikmat keindahan alam yang mampu memberikan ketenangan dalam hidup kita.

Nilai kegigihanRangkap tersebut mempamerkan nilai kegigihan nelayan mencari rezeki untuk menyara keluarga.

Nilai kesabaranRangkap tersebut menyatakan nilai kesabar yang dihadapi oleh nelayan dalam menempuhi ombak dengan perahu kecilnya..http://rafnorhafiza.blogspot.com/2011/04/sajak-laut-kokmsas-tingkatan-2.html

Pengajaran

Kita hendaklah bersyukur dengan keindahan alam ciptaan tuhan keindahan dan ketenangan di kawasan laut dapat memberi ketenangan.

Kita perlulah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki nelayan berusaha gigih bagi mendapatkan rezeki untuk menyara keluarga.

Kita seharusnya menghargai keindahan alam sekeliling kita.

http://tintalidaf.blogspot.com/2011/03/sajak-burung-burung-pagi.htmlSajak: BURUNG-BURUNG PAGI ( A. Wahab Ali )Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ( KPM )

Kau telah bangunMengirai sayapmuEntah siul keberapa kau nyanyikanMembuka matakuKemunculan golongan pengemis pada awal pagi untuk mencari rezeki telah menyedarkan penyajak.

Aku bangunMasih kuap sekali di pintuDan setompok cahaya matahari di dadakuKerjaku sudah menantiPada ketika itu penyajak baru sahaja bersiap-siap untuk keluar ke tempat kerja.

Kulihat kau mematuk pasir permataMelintas kota tandus dari pepohonApakah ada ulat-ulat lemak bagimuAtau secebis roti busukDan remah anak-anak sekolahRezekimuBagiku kota ini terlalu sempit bagimuPenyajak memerhatikan golongan pengemis yang berusaha mencari rezeki di tengah kota. Penyajak tertanya-tanya sama ada golongan ini mampu terus mendapatkan sedikit rezeki atau lebihan makanan daripada orang lain. Bagi penyajak, kota tersebut tidak sesuai bagi golongan ini untuk terus mendapatkan rezeki.

Tapi kau yang hanyaSejemput dagingBegitu yakin denganSayapmu yang kecilNamun penyajak dapat merasakan bahawa golongan ini begitu yakin dengan kudrat dan kemampuan mereka walaupun serba kekurangan.

Tema:

Sajak ini mengemukakan tema kehidupan golongan pengemis di tengah kota - Golongan pengemis ini dilambangkan dengan burung-burung yang keluar pada waktu pagi untuk mendapatkan makanan.

Nilai:

Nilai keprihatinan. Contoh keprihatinan dengan nasib golongan pengemis di kota.

Nilai kegigihan. Contoh: Pengemis berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan mereka.

Nilai keyakinan. Contoh: Golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup di kota-kota besar.

Pengajaran

Kita hendaklah prihatin dengan kesusahan yang dialami oleh orang lain contohnya penyajak prihatin dengan nasib golongan pengemis.

Kita hendaklah gigih berusaha untuk mendapatkan rezeki contohnya golongan pengemis keluar awal-awal pagi untuk mencari rezeki.

Kita seharusnya yakin dengan kemampuan diri contohnya golongan pengemis yakin dengan kemampuan mereka untuk terus hidup dengan usaha mereka mencari rezeki.


Top Related