Download - Biuv 5103
BIUV 5103UNDANG-UNDANG
PENTADBIRAN JENAYAH SYARIAHJKSM FUNGSI, PERANAN DAN CABARAN
NURA SHOFIA BINTI IBRAHIM(09BI01006)
NURUL AZNI BINTI MOHD ABDULLAH (09BI01015)
NURUL AQMAR BINTI MOHD YUSOP(10BI01055)
ROSMAINIE BINTI ROFIEE(09BI01224)
PENGENALAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM)
• Penubuhan JKSMJabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah ditubuhkan pada 1 Mac 1998. Penubuhan JKSM ini melalui waran perjawatan bilangan 57,tahun 1998 yang dikuatkuasakan pada tarikh tersebut. Jabatan ini telah dirasmikan pada 25 Disember 1998 oleh menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mana pada ketika itu ialah Yang Berbahagia Dato’ Seri Panglima Dr. Abdul Hamid bin Othman. JKSM diletakkan di bawah naungan Jabatan Perdana Menteri yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.
• mengembalikan martabat institusi kehakiman Islam.
• Peningkatan taraf mahkamah syariah perlu diusahakan agar setanding dengan kedudukan mahkamah sivil.
• mutu perkhidmatan pegawai syariah dapat ditingkatkan.
• penyelarasan perkhidmatan kehakiman dan mahkamah syariah.
FAKTOR PENUBUHAN
Matlamat Penubuhan JKSM
• Visi JKSM ialah ‘Merialisasikan pelaksanaan pentadbiran mahkamah syariah yang adil, cekap dan berkesan’.
• Misi JKSM pula ialah Untuk menyeragamkan peruntukan undang-undang Islam di seluruh negara serta pengendalian kes-kes rayuan secara berkesan dan bersistematik.
Fungsi JKSM
• berfungsi sebagai badan penyelaras yang dipertanggungjawab mengenai sistem perundangan Islam di negara ini.
• bertanggungjawab sebagai perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan pentadbiran perundangan syariah di Negara ini.
• bertanggungjawab mengendalikan Panel Rayuan Syariah bagi kes-kes rayuan daripada
mahkamah tinggi syariah di seluruh Negara.• bertanggungjawab sebagai badan penyelaras
semua prosedur mahkamah-mahkamah syariah di seluruh Negara serta bertanggungjawab mengendalikan semua urusan perkhidmatan guna sama pegawai
syariah di Malaysia.
Peranan JKSM• berperanan dalam memberi nasihat mengenai hal ehwal yang
berkaitan dengan hukum hakam syariah dan kaitannya dengan undang-undang negara kepada kerajaan.
• berperanan sebagai institusi yang mewujudkan dan menjalinkan hubungan kerjasama antara para anggota, bagi mendapatkan pandangan yang positif dalam memajukan sistem perundangan Syariah negara sehingga mencapai ke tahap cemerlang, gemilang dan terbilang.
• berperanan menyelaras kegiatan penyelidikan perundangan syariah dan perlaksanaannya yang dijalankan oleh pelbagai institusi syariah supaya dapat dimanfaatkan untuk semua lapisan masyarakat
• berperanan dalam menangani isu-isu berkaitan pelaksanaan Syariah secara efisien, afektif dan kolektif, tanpa membiarkan masyarakat dipengaruhi oleh pandangan yang negatif dan tidak tepat mengenai Syariah.
CABARAN YANG DIHADAPI OLEH JKSM
• Cabaran Dalam Menguatkuasakan Undang-undang Syariah :Kaedah penguatkuasaan undang-undang ada kalanya perlu dilakukan bagi mencegah serta menyelesaikan jenayah syariah dan pelaksanaannya oleh pihak berkuasa mestilah mendapat sokongan masyarakat.
• Cabaran Terhadap Sikap Dan Peranan Umat IslamKita faham jika pihak yang mempersoalkan bidangkuasa Mahkamah Syariah ini terdiri di kalangan orang bukan Islam. Malangnya, ada orang Melayu sendiri termasuk di kalangan peguam yang beragama Islam yang mempersoalkan status Mahkamah Syariah.
Sekian, Terima Kasih